Home > kehidupan, Terkenang > Hampir ke situ

Hampir ke situ

Aku sadar bukan mudah
untuk mengejar mimpi indah
pernah suatu ketika dulu ku punya
harapan besar
kini aku tak pasti
dapatkah ku miliki

sudah jauh kita temu
kekalkanlah impian lalu
mungkin ada hikmah yg akan menunggu di penghujung jalan
biar nanti kecewa
setidak-tidaknya cuba

.
jika halangan menduga
perjalanan kita
janganlah kau putus asa
kerana ku ada di sisi
setia menemani
andai semangat mu gugur
genggamlah tanganku
kita hampir ke situ

adakala ku terasa
ketabahan tak setegah
tetapi apakan andainya
berhenti separuh jalan
percayalah padaku
aku yakin kita mampu

biar orang kata
rapuhnya harapan
bukan mereka tentukan tapi
kau ada aku
tandaku punya kamu
apa telah akhirnya
tetap bersama

.

.

~ Lagu Hampir ke situ ini dicipta oleh KRU dan didendangkan oleh Mendua (bukan mentua tau !) khas untuk filem Duyung.

~ Mokcik sukakan melodi dan liriknya…  Teman-teman cubalah hayati lirik lagu ini.

~ Tetiba teringin nak jadi duyung……uwaaaa……….

.


  1. October 7, 2009 at 4:20 pm

    salam… pindah lagi kak tie ni tak penat ker angkut barang. lagu tu senikatanya menaikkan semangat menggambarkan bertapa kita saling perlu memerlukan.

    • Tie
      October 7, 2009 at 5:15 pm

      Salam Ilyn,

      Kak tie dah lama di wordpress ni.. sejak April lagi. Tapi theme ni entah berapa kali tukar, cepat bosan laa…

      Memang kita saling memerlukan. Hidup kita jadi pincang tanpa sokongan yang menyayangi.

  2. October 7, 2009 at 4:24 pm

    Dear Kak Tie,
    Lagu ni best.
    ada kenangan.
    lirik pun dalam
    maksudnya..

    ku pun suka lagu ini..

    Kita Hampir Ke Situ..

    • Tie
      October 7, 2009 at 4:34 pm

      Lirik dan melodinya boleh ceriakan kita, kan…😛

  3. kutaksempurna
    October 7, 2009 at 4:27 pm

    nak sampai ke situ??
    situ tu kat mana mama??

    .
    .
    .

    huhuhu… jgn putus asa eh..
    nanti kita sama2 menDUYUNG ke situ…
    klu tak sampai gak, kita menDUGUNG la jawabnya…😛

    .
    .

    semoga mama sampai ke situ jua

    • Tie
      October 7, 2009 at 4:36 pm

      Situ tu rahsia…

      Kena tunggu laa…

      Sampai masa mama akan buat announcement.

      Mama jadi duyung,

      Angie jadi dugong, ya..hehe..

  4. October 7, 2009 at 4:41 pm

    ikan duyung seksi,hahahahaha.

    • Tie
      October 7, 2009 at 4:57 pm

      Semua ikan seksi, hihi..

  5. October 7, 2009 at 4:48 pm

    naper ni Tie? ni kes gambar2 kat phuket tu ker?

    • Tie
      October 7, 2009 at 4:59 pm

      Tak de kena mengena dengan phuket tu…

      Dah buang tebiat nak jadi duyung..

  6. October 7, 2009 at 6:17 pm

    Salam…..chekdee tak naklah jadi duyung …..takut dok kat laut…nanti lemas….ukhussss

    • Tie
      October 7, 2009 at 9:08 pm

      Alaa..chekdee ni, kalau dah jadi duyung dah tentu pandai berenang.

  7. October 7, 2009 at 6:46 pm

    Salam tie,

    Akak rajin juga melayan lirik lagu.. kadang-kadang kena pulak kat diri kita sendiri maksud lirik tu… mengelamun lah pulak kita dibuatnya.

    • Tie
      October 7, 2009 at 9:08 pm

      Hi hi…

      Sama rupanya kita, ya….

  8. ain
    October 7, 2009 at 7:43 pm

    tak pernah dengar lagu ni dn x pernah tengok pun citer duyung.hehehe!!!

    • Tie
      October 7, 2009 at 9:09 pm

      Ni lagu lama la Ain, citer entah tahun bila. Tie teringat sebab masa raya hari tu dimainkan di Astro dan tv3, kalau tak silap. Tengok pun separuh jalan je..

  9. October 7, 2009 at 9:00 pm

    nati da jadik duyung tu, harta karun jangan lupa bg saya bnyak yekk,,muahahahaa

    • Tie
      October 7, 2009 at 9:10 pm

      Harta karun ?

      Ooo… tak teringat pulak! Mana boleh bagi Irfat. Kak tie nak bolot semua, waaakakaa….

  10. syayassir
    October 7, 2009 at 9:38 pm

    hah, memang menarik liriknya..
    lagunya pun sedap di dengar..🙂

    • Tie
      October 8, 2009 at 7:30 am

      Betul tu betul…:mrgreen:

  11. October 7, 2009 at 9:41 pm

    suka jugak dengar lagu nie..best kan kak tie..
    tapi kan..jadi duyung best ker?nanti kena tangkap..
    ish..tak best la..
    kak tie..dok ngebang kat sini jer pun ok..
    tehibur gak hati..
    hehehe..

    • Tie
      October 8, 2009 at 7:31 am

      Tangkap ?

      Err….. siapa pulak nak tangkap kak tie ni ? Kang kak tie lesing baru tau, hehe..

  12. October 7, 2009 at 9:46 pm

    Salam Akak Tie….

    Dah terima sobenier tu ekkkkk?
    Huhuhuhu…..sobenier tu b`kecai atau tak b`kecai??
    Huhuhu….sy dlm ward. Kene tambah air dlm badan….
    Gigi pun sakit….
    Ni sy curik2 guna tenet sbb minta kak ipar bawakan laptop dan broadband.
    Bosan…huhuhuh.

    • Tie
      October 8, 2009 at 7:32 am

      Kita sembang dlm email je, ya Zyma…

  13. cpj
    October 7, 2009 at 10:34 pm

    kesetiaan seorang aku kepada dia, kerana aku dan dia telah menjadi kita…ekekekekee…

    • Tie
      October 8, 2009 at 7:32 am

      Ooo…pandai nyanyi juga cikgu ni, hi hi….

  14. October 7, 2009 at 11:09 pm

    Sy dah jwb e-mail Akak. Pls check ur e-mail,Akak Tie.
    🙂

  15. October 7, 2009 at 11:33 pm

    kotlah Tie jadi duyung, alahai kesian kat penyu dan ikan jaws.. dia org tak cukup makanan sbb habis Tie telan ikan.. huhhu

    satu lagi, air laut akan polluted dan sesetengahnya akan kontang, sbb tak mampu menampung saiz xxxL Tie itu.. air laut semuanya terkuak naik ke tebing sebaik Tie masuk ke dlm laut itu…

    jadi, kesimpulannya tak payahlah berangan nak jadi duyung.. duyung sendiri pun berangan nak jadi manusia.. huhuhu

    syukur!
    hehehe

    psst: maza kaki sakat jerk.. jangan marah aaa..

    • Tie
      October 8, 2009 at 7:34 am

      Janganlah jealouslah pokcik ooii..!!

      Kita ni duyung yang paling comel. Ikan2 tengok pun jadi terpikat, ekekeke……

      • October 8, 2009 at 8:50 am

        Wahhhhh,Kanda Maza ni mmg nak kene lastik nihhhh. Sakat Kak Tie tak tgk kiri kanan ye.
        Size XXXL….bukan sebarangan size tau. XXXL tu kira comel la. Kak Tie boleh jd duyung yg paling comel…. lebih comel dari MAYA KARIN gituuuuu.
        🙂 Sy dah baca e-mail Akak. THANKS!!!!

      • October 8, 2009 at 5:12 pm

        walamak! sekali Duyung Tie bawak geng la.. huhhuhu

        cabutttt..
        hehehhe

        • Tie
          October 8, 2009 at 5:44 pm

          Ha ha ha… Lastik dia Zyma !! Biar kena serombong kapal dia tu, ekekeke……..

  16. October 8, 2009 at 12:28 am

    Sebut pasal putus asa ….. teringat saya kepada seseorang yang berputus asa atas sebab sebab tertentu lantas mengambil keputusan menamatkan nyawanya sendiri …

    • Tie
      October 8, 2009 at 7:35 am

      Tu dah teruk sangat. Dah tak ada iman.

  17. ima
    October 8, 2009 at 1:02 am

    amboiiii sehari dua ni asyik nyanyi je kak tie ni..ada ape2 ke?

    • Tie
      October 8, 2009 at 7:35 am

      Biasalah Ima, musim emo….ekekeke………

  18. October 8, 2009 at 2:02 am

    shais :
    kak tie…kalo lagu dalam cerita duyung…anak saya Adli cukup suka dengan lagu aspalela….hari2 dok lela…lela.

    • Tie
      October 8, 2009 at 7:36 am

      Kak tie pun suka lagu aspelala….hi hi… kelakor betul!

  19. October 8, 2009 at 6:01 am

    kak tie, sha pon suka lagu nieh….walaupon masa gengstarz sha ak minat diorg. rasa macam teruja bila dengar lagu nieh:)

    * sora pompuan tuh best!

    (eh, kak tie jiwang skang…peknen ke? hehehe)

    • Tie
      October 8, 2009 at 7:37 am

      Peknan ?

      Uwaaaaa……….

      Peknan dengan lemak sebakul!

  20. Tirana
    October 8, 2009 at 6:04 am

    Mula-mula baca, ingatkan sajak or puisi yang Tie tulis..hehehe..dalam hati berkata “amboi..pandainya Tie cipta puisi”..Tapi bila baca statement di bawah, rupanya senikata lagu..Alahai, saya ni dah ketinggalan bab2 senikata lagu lebih2 lagi lagu sekarang. Kalau lagu dolu2, memang ada yang masih ingat..hehehe

    • Tie
      October 8, 2009 at 7:38 am

      Tie ni memang tak pandai berpuisi. Tapi suka amati lirik2 lagu.

      Lagu dulu2 pun best gak!

  21. October 8, 2009 at 7:22 am

    salam ziarah….. komen! nantilah .

    • Tie
      October 8, 2009 at 5:45 pm

      Salam kenal😛

  22. October 8, 2009 at 7:39 am

    salam kak tie…maaf lama tak singgah . selamat hari raya, maaf zahir batin ( harap belum terlewat). Kak long pernah sampai ke phuket kira2 12 tahun lepas…berkurun dah tu.

    • Tie
      October 8, 2009 at 5:46 pm

      Salam Zue, Lama tak nampak .

      Selamat hari raya dan maaf zahir batin dari kak tie jugak.

      Pernah gi phuket ? Waa… ada juga pengalaman, ya..

  23. October 8, 2009 at 10:02 am

    Apa perbezaan antara Si Duyung dengan Si Dugong ?

    • Tie
      October 8, 2009 at 5:46 pm

      Duyung lebih comel dari dugong, hi hi hi….

  24. October 8, 2009 at 11:09 am

    salam ziarah🙂

    http://www.omaQ.org

    • Tie
      October 8, 2009 at 5:47 pm

      Salam kenal😆

  25. October 8, 2009 at 11:20 am

    salam kak tie, saya ada je kat rumah hihihi..betul tu duk layan anak2 tengah cuti sekolah…huru hara rumah ku…hahaha…
    takleh lelama depan pc….lg pun hari ni inpection rumah…nak kena kemas apa yg patut…alhamdulillah dah selesai…

    nak jadi duyung kak tie…jgn…hihihi

    • Tie
      October 8, 2009 at 5:48 pm

      Dah agak daa…..

      Biasalah, kak tie ni pun kekadang berebut pc dengan anak2..hehe..

      Nak jadi duyung olok2 je…

  26. October 8, 2009 at 1:03 pm

    Salam Tie,
    Wah..best gak jadi duyung comel. Tapi tak takut ke…ancaman tsunami tu?

    • Tie
      October 8, 2009 at 5:48 pm

      Tsunami ? Err….takut gak ! Jadi duyung dalam besen je laaa…..

  27. October 8, 2009 at 1:43 pm

    saya tengah bayangkan duyung berblogging sambil menyanyi lagu itu…
    Dugong & duyung

    antara realiti dan fantasi kan…

    • Tie
      October 8, 2009 at 5:49 pm

      Kekadang fantasi tu boleh jadi realiti…..

  28. October 8, 2009 at 2:03 pm

    salam.

    lirik lagu ni mmg bermakna. sy pun suka.

    • Tie
      October 8, 2009 at 5:50 pm

      Salam Farah,

      Baguslah kalau suka, kak tie lagi suka,:mrgreen:

  29. October 8, 2009 at 2:06 pm

    k tie,

    nanti kena mata kail susah nak lepas…. toksah jadi duyung… dugong pun jangan…
    huhu…

    • Tie
      October 8, 2009 at 5:51 pm

      Kena mata kail ?

      Alamak ! Takut laa….

  30. October 8, 2009 at 5:20 pm

    kalau jadi duyung cantik mcm maya karin tu takpe kak tie….sedap mata memandang. tapi kalau jadi dugong toksahlah…kih kih kih. tak masuk jiwalah lagu tu kak tie…tak tau nape!!!! takde perasaan kot.

    • Tie
      October 8, 2009 at 5:52 pm

      Waaakakakaaa………..kalau dah cantik macam maya karin tu, tak payah jadi duyung, susah lak nak jalan.

      Tak masuk jiwa ? Laa… macam mana boleh jadi begini ? Meh kak tie jampi ! Puh puh!!

  31. Kak Long
    October 8, 2009 at 9:22 pm

    Memang tak mudah mencapai impian…
    Tapi apa salahnya mencuba.
    Kalau tak tercapai pun, setidak-tidaknya dah cuba kan!

    • Tie
      October 11, 2009 at 8:25 am

      Betul betul betul !!!

  32. October 8, 2009 at 9:29 pm

    Aduh..lupalak nak log dengan alamat baru.
    Agaknya, kat manalah duyung tinggal sekarang ni ya?

    • Tie
      October 11, 2009 at 8:25 am

      Duyung menyorok la kak long… hehe..

  33. iza
    October 9, 2009 at 6:41 am

    semangat semangat😀
    jadi duyung kat tempat lawa cam dalam filem ni ok gak (kat semporna tu).. kalau duyung kat selat melaka melaka takmo lah. Berminyak body nanti, tak kuase ekekeke

    • Tie
      October 11, 2009 at 8:26 am

      Ha ha… memang terus jadi mutant kalau di selat melaka tu…

  34. October 9, 2009 at 10:44 am

    salam kak tie,

    saya tak ada email kak tie.
    nanti kak tie email kat saya ya
    sha_is@yahoo.com
    terima kasih.

    • Tie
      October 11, 2009 at 8:26 am

      Lambat sikit, ya shais. Kak tie sibuk gak. Mungkin lepas Deepavali.

  35. October 9, 2009 at 12:03 pm

    layan wo lagu nih…boleh menaikkan semangat…

    • Tie
      October 11, 2009 at 8:27 am

      Semangat apa tu ?

      Semangat nak naik pelamin ?

  36. October 14, 2009 at 10:27 pm

    kenapakah kak tie menjiwang?😛

    • Tie
      October 15, 2009 at 9:26 am

      Sekali sekala…….. apa salahnya, waakakakaa……..

  37. secret............
    March 26, 2010 at 8:52 pm

    lagu n!e best r!!??….abg sy pown m!nat……

    • Tie
      March 31, 2010 at 11:45 am

      Lagu ni untuk motivasi diri sendiri, dek…

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: