Home > Cuti, Jenjalan > Bercuti di Phuket Island

Bercuti di Phuket Island

Err……… jangan terkejut laa…… Bukan Tie yang ke Phuket Island tu. Hehe…….. sebenarnya adik Tie holiday ke sana, jadi dia emailkan gambor2 ni. Takut kakak dia kempunan. Bolehlah kita berangan seketika. Siapa2 yang pernah ke sana, tentu dapat imbau kenangan manis, kan…….

.

.

hotel di thailand 2

Uwaaa……. bilik mandi ada jendela, boleh terus lompat masuk !!  Jadi jakun pulak mokcik ni, hehe….

.

.

pool dalam bilik

Ada private pool ! Seronoknya kalau dapat berendam lama-lama… untung-untung dapat mengecutkan badan ke saiz S, uwaaaa……..

.

.

udang Alamak !! Udang sedang sunbathing laa….ekekeke……… Mesti sedap kalau dibuat barbeque !!

.

.

wire berselirat Oooiitt !! Wiring tu memang nak membunuh!! Takut ooii……!!

.

.

transportation Tak sanggup nak naik benda ni… mesti mabuk-mabuk ! Terus teringat iklan James Bond oleh hero Tie , Pierce Brosnan tu, hi hi…..

.

.

piercebrosnanOoooppss !!! Waaakakaaa…….

.

.

patong beachInilah pantai Patong. Cuaca suram je. Tourist pun tak de. Kalau tak tentu dapat tengok wayang free, hehe…. Tapi, teringatkan tsunami dulu, tetiba rasa seram………..

.

.

  1. October 5, 2009 at 6:56 pm

    Jie teringat TOM CRUISE adik TOMYAM

    ehehehe…

    • Tie
      October 6, 2009 at 7:23 am

      Oooo….. Tom Cruise pun cute gak !

  2. October 5, 2009 at 7:32 pm

    kaktie nak honeymoon agi ekkk,,,
    kikiki,,,kantoii,,,

    • Tie
      October 6, 2009 at 7:24 am

      Kak tie tak pernah lagi gi honeymoon.. dah 17 tahun kahwin, nanti kak tie nak tuntut! Tapi tak nak ke Thailand.. nak ke Netherland… boleh rembat cheese sebijik!

  3. October 5, 2009 at 7:36 pm

    udang tuh yang tak tahan tuh kak tie…rasa macam nak terbang gi sane. tp kan kak tue, bila fikir2kan balik…skang musim tsunami/gempa bumi…takmolah.

    • Tie
      October 6, 2009 at 7:25 am

      Tu laa.. kak tie puas bebel kat dia, tapi dia nak pergi jugak. Lagipun dah ada flight ticket dan buat reservation. Moga2 dia selamat di sana.

  4. zareda
    October 5, 2009 at 8:16 pm

    wow besnyer.. syurga dunia tu

    • Tie
      October 6, 2009 at 7:25 am

      Hehe.. tapi Tie takut laa…

  5. October 5, 2009 at 9:30 pm

    wow bes nyer..tp kalo dpt g maen salji lg bes…korea!!!lalalallala…

    • Tie
      October 6, 2009 at 7:26 am

      Korea ? Nanti wanie kumpul duit seguni dan bawak kak tie sekali, ya…hehe..

  6. October 5, 2009 at 9:34 pm

    Salam Akak Tie….

    Sy selalu gak turun Phuket…..mmg best and fantastic!!!
    Pantai di sana mmg cantik2 belaka….tak rugi b`cuti di sana,Kak. Berbaloi-baloi.
    Perkara biasa la kalau mat saleh yg tak soleh dan solehah tu b`baju kulit asli di tepian pantai. Boleh nampak segala buah-buahan tropika asli dan hutan rimba yg malu utk kita tgk. Muahahahaha……
    Seafood Thailand mmg best…….very HOT!!! Huhuhuhu…..mulut kita boleh jadi mulut Donald Duck bila melantak Tom Yam Thailand. HOT!!! HOT!!!
    PeePee Island adalah 1st choice sy…….tak sesak sgt.

    Masa pegi Phuket, sy cruising dgn family naik GEMINI Star Cruise 5 Star. 2 1/2hari belayar bermula dari Port Klang…..3 hari stay di Phuket. Dan 2 1/2 hari belayar balik dari Phuket ke Port Klang. Mmg best….

    Tido dlm Star cruise tu mcm dibuai-buai enak…….huhuhuu. 🙂
    Jom kita bercuti,Kak.

    • Tie
      October 6, 2009 at 7:27 am

      Err… memang very hot kat sana. Adik ada beritahu tentang pompuan (tulin atau pelsu, tak tahu laa) dok bergayut kat tiang… Ooo… kak tie yang takut, siap nasihat dia supaya hati2… dan cepat2 balik ke hotel, hehe..

  7. October 5, 2009 at 10:35 pm

    Seronoknya adik kak tie….
    bilik tu …..romantik habis….

    • Tie
      October 6, 2009 at 7:28 am

      Hi hi… Kak tie yang jeles !

  8. hanz
    October 5, 2009 at 11:07 pm

    hmm…Phuket ni, kalau saja nak pi sana dgn tight budget, tak merasa nak menginap cam dlm gambar adik kak Tee tu.. tu mau hotel at least 4 bintang punya..kaya nala, rezeki masing-2 ek? On neutral view, Phuket ni sebenar pulau..tapi tak nampak cam pulau pasal dia mmg besar. Memang fantastic boombastic, byk benda leh buat sana (& kita tak leh buat), cam urut tradisional Siam,santai tepi pantai, jetski, naik bot persiaran gi pulau-2 kecik yg beratus ada sana. Snorkling ke apa lu buat la. nak merasa naik parachute yg bot tarik pun ada sana. Cuaca memang cool bright sunny day la, ujan pun tak lama sgt. Pantai sana pun landai,luas, panjang sejauh mata memanjang (Patong), memang bes la, dll.. Memang byk pilihan makanan (tapi susah cari yg halal, tatau lu olang makan apa & di mana halal punya..indeed)..tukar duit sikit ada cas lebih la. Barang pun actually mahal-2. & mmg SAH syurga maksiat with all those nite life, boozes, boobs & else…happening, mmg pening punya. Bukan tuduh-tuduh ni pasal aku ada pegi sana on personal biznez…tu la wa nampak & alami cam kak Zymazara kata la. Sempoi tu memang sempoi kalau iman nipis, memang hanyut (ni hal yg bese belaku sama jantan perkasa, konon). Ada mampu (masa, duit, dll) pi la merasa ‘nikmat’ di sana..Welcome to Thailand…hehe

    • Tie
      October 6, 2009 at 7:36 am

      Kak tie tak ingat pulak nama hotel dia tu. Nak sebut pun terbelit lidah, hehe..

      Tapi, kalau kak tie mampu pun, tak minat ke sana. Adik kak tie tu berani. Mungkin dia saja nak tengok tempat orang.

  9. cpj
    October 5, 2009 at 11:33 pm

    cuti-cuti malaysia!…cuti-cuti thailand!…kihkihkih…pulau tioman dan pulau redangpun belum sampai…pulau phuket? belum cukup dalam poket.kihkihkih…ekekekekee…

    • Tie
      October 6, 2009 at 7:37 am

      Pulau redang kak tie dah pergi, best gak snorkeling dengan ikan2 cantik. Mehlah cikgu… tapi kena tunggu tahun depan, bulan 2-5…. boleh candak sotong lagik!

  10. Blog Resipi
    October 6, 2009 at 4:54 am

    Aduhhh… tidak tertahan mak menengok udang bertonggekkan di atas ais itusss… sungguh seksi!!!

    • Tie
      October 6, 2009 at 7:37 am

      Hi hi… memang udang2 tu menggiurkan, ekekeke……..

  11. iza
    October 6, 2009 at 8:15 am

    erm lama dah teringin nak pi, tapi belom ada kesempatan. sodapnya udang tu, elok ja depa atur😀

    • Tie
      October 6, 2009 at 11:29 am

      Iza suka ke sana ? Kak tie takut laa..

      Tu udang memang saja nak goda orang, hehe..

    • October 6, 2009 at 12:45 pm

      iza.. jom backpacker trip kita…

  12. October 6, 2009 at 8:29 am

    Salam,

    Alahai…chekdee yang nengokkan photo-photo tu pulak yang macam kempunan …… bilalah nak boleh holidayyyyyyyyy

    • Tie
      October 6, 2009 at 11:29 am

      Chekdee kena tunggu cuti sekolah.. tak lama lagi tu. Tapi baik pergi ke tempat lebih selamat.

  13. October 6, 2009 at 9:44 am

    Wah, berani jugak adik Tie pergi jalan2 ke sana di musim Ribut Taufan dan gempa bumi ni. Harap2 ok lah, selamat pergi & pulang. Berapa agaknya harga udang tu sekilo di sana?

    • Tie
      October 6, 2009 at 11:31 am

      Tu la. Tie dah bebel, dia sengih je. Esok dia pulang laa…

      Udang tu macam mahal je.. 100 g ~ RM15 .

      Kat sini lagi murah.

  14. Kak Long
    October 6, 2009 at 11:32 am

    Rasanya macam pernah nengok bilik dan pool tu. Adik kak tie guna berjaya vacation club ke?
    Pantai tu memang cantik…

    • Tie
      October 6, 2009 at 11:51 am

      Tie tak ingat nama hotel tu.. susah nak sebut.

  15. October 6, 2009 at 11:42 am

    erk! maza cuti2 Malaysia aje lah.. huhuhuu

    kat Langkawi pun tak kurang hebatnya kanzz.. tu belum masuk Pulau Pangkor yg pantainya diiktiraf ke dua tercantik di dunia…

    tapikan, kalau tak keluar pulak takut jadi mcm katak bawah tempurung.. hmmm

    psst: Tie minta duit raya nak gi Phuket! wakakakka

    • Tie
      October 6, 2009 at 11:53 am

      Maza tak boleh pergi phuket! Nanti tak jumpa jalan balik Malaysia…

      Phuket tu syurga bagi kaum lelaki.. Pompuan sana sini tayang body .. Adik Tie ada emailkan gambor2nya.. Tak sesuai ditepekkan di sini. Takut ada yang tembel mata, terutama Maza, waakakaaa…….

    • Tie
      October 6, 2009 at 11:59 am

      Aderk… Maza ooi !

      Tie dah letih dok loading lebih 10 kali kat blog maza tu, dari semalam lagi.. Napa susah sangat nak komen ekk? Dah puas mokcik jampi… abis suara daa…

      • October 7, 2009 at 11:39 pm

        hari ini blog maza meragam gak.. huhuhu

        disquzz merajuk katanya.. aderkkk

        cuba ekau gunakan musang berapi (firefox)… elok kot?!

        • Tie
          October 8, 2009 at 7:29 am

          Tie memang guna firefox tu…. tak boleh , still payah nak loading.

          Maza bubuhlah chatbox kat sidebar tu… Sekurang2nya boleh gak kita bermesyuarat tingkap!

    • October 6, 2009 at 12:41 pm

      jadi la katak di bawah temmpurung kaca.. tak la gelap sangat..

      • Tie
        October 6, 2009 at 4:03 pm

        Katak encem !!

        Ong ong…gerek gerek !

  16. October 6, 2009 at 12:19 pm

    Adehh…mmg cantik..
    tapi tengok dlm gambar jelah nampaknye..
    rasa tak tercapai ler hasrat dapat ke sana hehe..

    • Tie
      October 6, 2009 at 4:04 pm

      Nrina… nanti ajak cik abang ke pulau redang laa… best jugak! Tapi bila dah ada si kecik nanti kena tunggu besar laa. Susah nak bawak jenjalan.

  17. October 6, 2009 at 12:40 pm

    saya baru renew pasport, bila nak sampai sana tak tau la… almaklum pitih cuma ada yg berbunyi keting2 ja…

    thn lepas company nak buat family day ke sana tp tak jadi.. sy siap berangan dah.. hopely tahun nie jadi…

    • Tie
      October 6, 2009 at 4:06 pm

      Hehe…. Tie lagi la pulak, tak ada pasport langsung. Kerja hubby tu leceh sikit. Tak boleh kemana2 kalau tak dapat surat pelepasan. Tunggu dia pencen baru nak buat pasport, nak honeymoon kat overseas…waakakaa…..

    • October 7, 2009 at 11:40 pm

      jangan lupo, ajak den sekali yo? hehehhee

      • Tie
        October 8, 2009 at 7:29 am

        Ooiitt!!

        Kita nak gi honeymoon berdua je.. mana boleh ikut!!

  18. October 6, 2009 at 12:44 pm

    waaaaaa! bestnya tempat tu!!

    tak merasaler maksu nak gi sinun, sampai la ni maksu tak dak pasepot… huhuhu

    • Tie
      October 6, 2009 at 4:07 pm

      Tak pe maksu. Kita bercuti dalam Malaysia pun best gak! Tie pun tak de passport.

  19. October 6, 2009 at 1:32 pm

    Salam Kak,
    Entah biler ler nak ke Phuken Island nie..

    tapi wiring tu memang tak tahan..

    • Tie
      October 6, 2009 at 4:08 pm

      Ooo…Pearls single lagi. Boleh ajak officemates buat package tour.. jimatlah sikit.

  20. pB
    October 6, 2009 at 2:57 pm

    pB pun teringin nak ajak aBear ke sana..
    Tapi belum ada reseki lebih lagi …..

    passport pun dah murah sekarang nie

    • Tie
      October 6, 2009 at 4:09 pm

      Passport murah ? Err….tak tahu la pulak!

      Ada rezeki nanti boleh pergi laa… pergi berdua lagi best! Anak2 tu eksport ke rumah mak je, hehe… pandai mokcik ajar, ya…ekekeke…….

  21. kutaksempurna
    October 6, 2009 at 3:26 pm

    opoccc…… baru je nak terkejut..
    igtkan mama gi bercuti kat phuket..

    fuuuhhhh… lega.. asik kena tinggal je skrg ni..

    jom!! gi sana esok..
    hihihi

    .
    .
    .

    selamat hari raya..
    maaf zahir batin…
    dah raya ke berapa baru nak wish ni… haaaiihhh😛

    • Tie
      October 6, 2009 at 4:11 pm

      Amboi… baru ingat kat mama, ya….

      Gi raya mana ? Mama tak nak bagi duit raya sebab datang lambat! Tu pergi cuci pinggan yang berlambak dalam sink!

      Mama takut nak ke Thailand. Macam2 ada kat sana…. Mama lebih suka ke europe… berangan je lebih , hehe…

  22. October 6, 2009 at 4:00 pm

    berendam lama2 buleh turunkan berat ke? kalo betul nak jugak cuba dlm besen kat umah,hahahahha.

    nampak cuaca gelap kat tepi pantai tu yer.

    • Tie
      October 6, 2009 at 4:14 pm

      Err… tak tahu pulak! Agak2 je, hehe….

      Muat ke masuk dalam besen tu ? Kak tie tak muat . Besen kak tie kecik je… (bukan kak tie yang besar tau!)

      Cuaca di sana memang mendung dan selalu hujan.

  23. October 6, 2009 at 5:24 pm

    zan pernah sekali ikut ofis lama tahun 2004. pengalaman menarik sekali… rindunya suasana…. naik tut tut… membeli belah dan berbagai lagi… tapi dalam pada gitu hati berdebar-debar entah kenapa dan tak sedap rasa – zan pergi pun sebab kena paksa ngan adik ipar yang satu opis. zan berada disana hingga melepasi sehari hari lahir zan. kemudian balik ke mari – selang 4 hari lebih kurang…. dunia di landa tsunami….. bayangkan perasaan yang bermain dihati saya k tie… tempat2 yg k tie tunjuk tu dulu semuanya musnah pd tahun 2004… huhu sahdunya saya..

    • Tie
      October 6, 2009 at 6:12 pm

      Gitu ke Zan ? Kak tie jadi debar-debar juga la.

      Umur Zan panjang lagi tu. Dapat juga kita berkenalan di sini, ya.

  24. Kin
    October 6, 2009 at 5:58 pm

    Wa…ingatkan kak tie yg gi holiday ke phuket tadi. Best ke kat sana eh? tak penah terpikir plak nak gi holiday sana. Takpe, dlm malaysia pun byk lg tempat menarik yg belum pegi!

    • Tie
      October 6, 2009 at 6:15 pm

      Alaa…Kin ni….

      Kin dah cukup bertuah dapat tinggal bertahun2 di Ireland tu. Abadilah kenangan di sana. Mana tahu tak berpeluang untuk ke sana lagi. Kak tie ni paling jauh pun keliling Malaysia je.

      Tak pernah keluar sempadan pun. Tapi, memang betul. Dalam Malaysia pun cukup banyak tempat menarik untuk dilawati. Cuma kak tie teringin nak hirup udara di Europe tu.. terutama di Amsterdam.

  25. syayassir
    October 6, 2009 at 9:12 pm

    syoknya kalau dapat gi cuti kat sini…
    tapi, bila teringat tsunami, bercuti kat pulau tioman je lah.. hehehe…

    • Tie
      October 7, 2009 at 4:32 pm

      Ha ha… pulau tioman pun okay. Tak perlu bimbang tentang makanan halal, kan..?

  26. October 7, 2009 at 6:45 am

    ammvoiii wayang freee ghitewww..

    • Tie
      October 7, 2009 at 4:33 pm

      He he….😆

  27. pB
    October 7, 2009 at 11:28 am

    Kak Tie,

    Ma dok skali dengae pB …

    • Tie
      October 7, 2009 at 4:33 pm

      Ooo…lagilah mudah.

  28. October 10, 2009 at 3:37 am

    fuyooo!!! udang tu memanggil2!! ekekek~
    cantik btul bilik/hotel tu

    takut nak pegi siam.. ehh thailand
    lagi2 h1n1 byk kat sana kan~

    • Tie
      October 15, 2009 at 9:27 am

      Ehehe… kak tie pun takut kat Thailand ni. Macam-macam ada…

  29. mizzsenorita
    January 6, 2010 at 6:27 pm

    kak..ape name hotel yg adik akak duduk tuh??

    • Tie
      January 6, 2010 at 10:16 pm

      Name hotel tu Burasari Hotel kat Patong, Phuket .

      Website hotel tu, http://www.burasari.com

      Adik ambil room type- Elite Collection sebab ada pool access utk setiap bilik ..

  1. October 10, 2015 at 6:42 am

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: