Oooo Bulan…..

Bulan ~ 15 Syawal

8:40pm – Malam ni cik abang suruh keluar tengok bulan ! Tie keluar dengan anak2, snap- snap sampai  berpinar mata…..

Ada sesiapa boleh madahkan Tie sebuah puisi tentang bulan ? Makcik terasa romantik pulak malam ini, ekekekeke……….

.

.

69 Comments (+add yours?)

  1. Blog Resipi
    Oct 04, 2009 @ 20:50:47

    Alaalaa… lomentik pulak Kak Tie kite hari nie… meh kite nyanyi lagu tentang bulan nak??? hehehe.. karang hilang bulan, guruh petir pulak yg kuar…hihihi

    Reply

    • Tie
      Oct 04, 2009 @ 21:22:08

      Hi hi…. alaa…. nyanyi laa… hari ni guruh petir menyorok belakang awan…

      Suasana di sini nyaman betul. Kat Finland macam mana ? Bulan terang tak ?

      Reply

      • Blog Resipi
        Oct 06, 2009 @ 04:53:25

        Bulan kat sini pemalu kak Tie… malam2 tue asik angin bersiung siung jer. cerahnya tidak.heheh..

        Reply

  2. encikbeliau
    Oct 04, 2009 @ 21:01:14

    perghh!! dah lama x berdua2an disinari cahaya bulan purname..

    Reply

  3. mrs azmi
    Oct 04, 2009 @ 21:22:01

    wah cantiknye bulan!

    Reply

  4. kakchik
    Oct 04, 2009 @ 21:36:54

    di kala bulan mengambang
    aku mendongak ke langit malam
    subhanallah…
    indahnya terasa ingin kugapai
    betapa syahdu pemandangan
    ciptaan yang tiada tandingan
    cahayanya berbalam-balam dilindungi awan
    oh Tuhan
    kalau umurku panjang
    izinkan aku melihat sinarnya bulan.

    -nukilan spontan pemuisi kerek, khas untuk kak tie

    Reply

  5. cheryna
    Oct 04, 2009 @ 21:39:42

    o0o0o0o bulan…
    aku tgh pandang ko nieh…..
    4sure..lg ramai yg pandang ko nnt…
    dlm ramai2 yg pandang ko nieh…
    boley x aku jd kn suami..
    bulan jd la agensi….
    pen cari jodoh yang di percayai …

    kak tie boley x..????

    Reply

    • Tie
      Oct 04, 2009 @ 21:46:11

      Uwaaaa…..sakit perut dibuatnya..!!

      Ni puisi cari jodoh ke ? Waakakaaa….

      Sha….. Nanti kak tie gi tanya bulan…

      Samada ada bujang kaya dan romantik untuk Sha, hi hi…

      Reply

  6. Zymazara
    Oct 04, 2009 @ 22:02:56

    Wahhhhh,tantekkkk nyer bulan tu. 🙂

    Bulan…
    Dikau indah di mlm hari…
    Menerangi kelam malam…
    Menyejukkan hati yang merindui….
    Menenangkan jiwa yang mencintai….

    Aku merenung dikau tatkala merindui dia
    Aku bahagia tatkala dikau muncul di kala malam
    Menyinari alam
    Menerangi malam….

    Akak Tie….
    Ini puisi sy utk Akak secara spontan tau.
    Amik la….huhuhu.
    Kalau tak best, flash je dlm lubang jamban ye…. 🙂

    Reply

  7. syayassir
    Oct 04, 2009 @ 22:23:20

    eh, bulan malam ni ye tu kak tie?
    tak kuar rumah pulak malam ni..
    cantik..
    kalau duduk tepi pantai, lagi romantik tengok bulan.. 😛

    Reply

    • Tie
      Oct 05, 2009 @ 07:08:15

      Ye laa…… Napa tak keluar ? Nyorok, ya…hehe…

      Nak duduk tepi pantai ? Sekarang ni tak de peluang laa… budak2 3 orang tu kacau je, hehe…

      Reply

  8. iza
    Oct 04, 2009 @ 23:13:03

    semua orang pakai bulan, Iza nak ubah sikit lah… 😀

    Purnama mengambang… cuma berteman
    Bintang berkelipan dan juga awan
    Siapa tahu…
    Rindu yang mencengkam di hatiku

    Aku meminta pada yang ada
    Aku merindu pada yang kasih
    Aku merayu padamu yang sudi… merindu ku

    waaa nyanyi penuh pe-ra-sa-an ker penuh pe-ra-san ekekeke

    Reply

  9. kenari
    Oct 04, 2009 @ 23:53:40

    kak tie…sy pun dh cuba “tangkap” bulan purnama tu tadi waktu balik dari makan2. tapi almaklum la kan hp cokia (sepupu sepapat nokia) sy nih tk dpt nk mengabadikan keindahan bulan tu…gelap aje foto tu tadi..dh delete pun. nmpk gayanya kena kumpul duit beli camera jugak ni

    Reply

    • Tie
      Oct 05, 2009 @ 07:11:53

      Ha ha ha… ketawa macam mokcik jahat tertelan tombong kelapa…

      Kak tie nasib baik juga. Kamera yang baru ni boleh tangkap bulan tu.. Yang lama nampak gelap je, hehe…

      Kamera kak tie tak sampai RM500…. boleh guna duit raya tu la Kenari….

      Reply

  10. cpj
    Oct 05, 2009 @ 00:04:17

    oh bulan,
    rupa mu buruk kerana tiada cahaya,
    indahnya kau bulan bukan kerana kau,
    indahnya kau bagi mata yang tertipu,
    kau menumpang keindahan cahaya,
    matahari yang menyinari alam semesta,
    kau di puji kerana matahari,
    matahari dikeji kerana panas yang menyinari,
    panasnya cahaya kerana kau wahai matahari,
    sepatutnya bukan kau wahai bulan,
    yang dipujapuji,
    tetapi yang empunya cahaya yang panas atau sejuk tidak diketahui,
    bukan juga kau wahai matahari,
    kerana cahaya kau panas membakar bumi,
    siapakah yang empunya cahaya yang indah tidak terperi?
    cari,cari,cari, kita mesti cari!…

    cpj oktober 09

    Reply

    • Tie
      Oct 05, 2009 @ 07:14:13

      Shh….. napa bagi tau tentang bulan tu ? Mesti bulan merajuk ! Biarlah bulan menumpang cahaya si Matahari…. Siapalah bulan tanpa sang suria…..

      Mekasih cikgu ! Pandai pulak bermadah2 tentang bulan…ekekeke……

      Reply

      • cpj
        Oct 05, 2009 @ 15:54:18

        Apa nak kesiankan bulan kak tie,biarkan dia merajuk .Dulu bila cpj kecewa dalam percintaan, dia tetap mengambang seperti semasa cinta sedang membara…dia langsung tak kesiankan cpj…kihkihkih…ekekekekekee…tak nak kawan ngan bulan…

        Reply

        • Tie
          Oct 05, 2009 @ 19:43:17

          Cikgu pernah kecewa ? Adoi….. kesian gak! Siapalah yang tak bernasib baik tu, ya……

          Jangan merajuk cikgu ooii….. Nanti tak de siapa yang nak pujuk. Sabor je laa….. 😛

  11. nadinezuharra
    Oct 05, 2009 @ 00:11:26

    memang asyik merenung bulan.. lagi2 bersama si dia..heheh..

    mm,tp sekarang tgh tkde idea nak berpuisi sbb tak nampak bulan pun dr balkoni umah nadine..ekeke..nnti kalau dah siap puisi bulan, akan muncul lah di ruangan komentar kak tie ni..k 🙂

    p/s: tgh menunggu bulan jatuh ke riba.. 🙂

    Reply

    • Tie
      Oct 05, 2009 @ 07:15:13

      Eh… kak tie nak juga bulan jatuh ke riba…. !!!

      Sekarang ni pertengahan bulan… rasa2nya kena korek2 poket yang berhabuk tu, hu hu…

      Reply

  12. maza
    Oct 05, 2009 @ 02:30:12

    meh den bagi klue yo..
    puisi original den ..hehehe

    “Bulan Oh Bulan
    Dah nampak bulan kan?
    apa lagi, tu tandanya gaji baru mahu muncul! hehehe

    Bulan oh Bulan
    Dah nampak bukan kan?
    apa lagi, dah dah pergi tidur!

    catatan:maza, Oct.5, 2009 (2.29pagi)

    hehehehe

    Reply

    • Tie
      Oct 05, 2009 @ 07:19:07

      Amboi……

      Pukul 2 pagi tak tido-tido lagi ? Err…. dinda tak ajak ko ?

      Atau merajuk ?? Waakakaa…..

      Ooo…. mokcit tahu… Pokcit sibuk menyiapkan karya terbaru tu… tentang jamban yang runtuh, ekekeke……..

      Reply

  13. Zymazara
    Oct 05, 2009 @ 08:20:02

    Akak Tie……

    Sy post sobenier tu tgh ari ni….
    Akak tak ke mana2 kan?? Dok rumah je kan??? Tunggu abg posmen pegi hantar tau….
    Tak payah pasang kapet merah……abg posmen je, bukan sy. Huhuhhhuhu…..

    🙂

    Reply

    • Tie
      Oct 05, 2009 @ 08:54:23

      Laa… napalah susah2 ni..?

      Kak tie ada di rumah.. Sampai nanti kak tie beritahu, ya.. mekasih…

      Reply

      • maza
        Oct 05, 2009 @ 17:57:07

        malu2 konon.. org dah bagi, sebat ajelah.. kanzz

        hehehhee

        happy birth gitew. heheheheh

        Reply

        • Tie
          Oct 05, 2009 @ 19:45:43

          Eh… mokcit ni memang pemalu tau ! Takkan tak tahu pulak ?

          Maza bila nak pos laju ayam togel tu ? Kalau Tie kempunan siapa yang susah ? Maza jugak ! Waakakaaa…………

  14. ain
    Oct 05, 2009 @ 09:02:23

    cantiknyaaaa…suddenly rindu giler ngan hubby.iskk..iskkk!!!!

    Reply

  15. Pearls
    Oct 05, 2009 @ 09:13:23

    Oh bulan,
    kau pancarkan sinar padaku yang malap cahayanya..

    oh abang,
    kau umpama bulan yang menerangi hidupku..

    terima kasih abang, terima kasih bulan.

    Huhu..

    selamat beromantik..

    Reply

  16. irfat
    Oct 05, 2009 @ 09:54:27

    salam kaktie,,

    waa,,sweetnye,,tgk bulan same2,,=)
    huhuu,,
    tapi bulan mmg cantekk,,terbaekk,, =)

    Reply

  17. nekcun
    Oct 05, 2009 @ 10:14:12

    Tie.. kalau tanya nekcun, nak jiwang-jiwang pasal bulan ni taklah berapa pandai… tapi apa yang pasti, kalau bukan dah mengambang tu… tak lama lagi akan ada bendera merahlah pulak!… hehehe…
    Anyway, belated Happy birthday… ma’af tak sempat nak menyinggah masa tu!… semoga panjang umur, murah rezeki dan kesihatan yang sempurna… Nekcun masa umur-mur gitu masih kuat berlari-lari & terloncat-loncat di padang dan track… sekarang dah terpaksa pencen dari berlari-lari tuh!… dah berat sikit!…hehehe…

    Reply

    • Tie
      Oct 05, 2009 @ 12:29:34

      Mekasih atas ucapan birthday tu…

      Bendera merah ? hehe… sabor aje laa…

      Eh.. Tie masih boleh lagi lari2.. tapi kena hati2, takut tergelecoh ! Terlebih muatan !!

      Reply

  18. Abang Long
    Oct 05, 2009 @ 10:15:24

    Tak rasa takut ke bila BULAN MENGAMBANG PENUH ? hehehe …

    Reply

    • Tie
      Oct 05, 2009 @ 12:31:13

      Bulan memgambang ?

      Err…. belum lagi dengar kisah harimau atau serigala jadian di sini…

      Kalau kerbau pendek tu adalah.. di belakang rumah. Takut gak, tetiba datang menyondol pulak !!

      Reply

  19. akak
    Oct 05, 2009 @ 11:34:00

    Masa anak akak kecik, akak suka agah anak tengok bulan… siap nyanyi…

    Wawawawa…… itu bulan…
    Cak..cak..

    Ooo bulan mana bintang,
    atas bukit kayu ara….
    ooo tuan mana hilang….

    lupeeeee….

    Reply

    • Tie
      Oct 05, 2009 @ 12:32:25

      Ooo… ye laa… baru teringat.

      Tie pun ada gak nyanyi untuk anak. Sekarang ni budak2 dah besar. Kalau mereka dengar mama mereka nyanyi tentu mereka ketawa besar…. malu pulak mama ni, hu hu…

      Reply

  20. ima
    Oct 05, 2009 @ 11:53:16

    engkau laksana bulan,
    tinggi diatas kayangan,
    hatiku dah kau tawan,
    hidupku tak keruan…

    hehehe…lagu ni hubby ima selalu dok nyanyi…nanti kak tie nyanyi
    dgn hubby memang lentok habis…

    Reply

  21. wanie
    Oct 05, 2009 @ 12:08:43

    kak tie berjiwa jiwang ye..hahaha..
    kalo cik abg yg madahkan puisi tok kak tie lg bes..
    syhdu!
    hehheheheheh

    Reply

  22. izan
    Oct 05, 2009 @ 14:52:11

    k tie,

    oooo bulan….. oooo bulan…wau wau wau… bulannnnn…
    hehehe teringat dulu2 kalau2 mak kita nak bergurau ngan kita… dicuitnya perut kita sambil wau wau wau bulannnnnnnn….

    Reply

    • Tie
      Oct 05, 2009 @ 19:37:13

      Ehehehe……………

      Sekarang ni dah tak boleh gurau gitu lagi, Zan ooii….!!

      Tapi kalau gurau dengan cik abang, tak tahu laa… !! Waakaaa………

      Reply

  23. Mak Su
    Oct 05, 2009 @ 14:52:13

    saya ingat Tie nak nyanyi lagu bulan sambil petik gitar di tepi bendang tadi…. 🙂

    nak buat puisi… hehehe, idea tak dak plaks…

    Reply

  24. intan
    Oct 05, 2009 @ 15:31:19

    Kak Tie mmg romantik orgnya… Kena nyanyi lagi Yuna kot Kak Tie..

    🙂

    Reply

  25. kuina
    Oct 05, 2009 @ 16:57:09

    tgk bulan… ohhh semalam hujan..
    bulan tenggelam dibalik awan yang hitam legam…

    Reply

  26. Kin
    Oct 06, 2009 @ 18:26:01

    Bulan…ari tu, dgr kabar ada fenomena bulan pelik nampak jelas kat t’ganu. kak tie semapt tengok tak?

    Reply

    • Tie
      Oct 06, 2009 @ 18:49:36

      Orang kata ‘halo’. Kak tie tak sempat tengok. Dah berselimut kat atas. Kak tie tido awal…sejuk, hi hi..

      Tapi anak dan suami ada keluar tengok. Kata mereka bulan nampak cantik. Rugi rasanya..

      Reply

Leave a reply to Tie Cancel reply