Home > kehidupan > Bomoh, Saka dan Menderhaka pada ibu (Part 3)

Bomoh, Saka dan Menderhaka pada ibu (Part 3)

September 8, 2009 Leave a comment Go to comments

Akhir sekali kisah sedih   Mek Nab.

Mek Nab punya ramai anak. Anak lelakinya saja 6 orang. Semuanya telahpun berumahtangga. Kebanyakannya tinggal berdekatan, sekampung laa…

crying-mother2

Menderhaka pada ibu

Dalam ramai2 anaknya, yang seorang ni selalu mendukakan hatinya. Dia redha dengan perkahwinan anaknya Zakaria ( dah lebih 18 tahun berkahwin) itu, walaupun dia kurang senang dengan menantunya . Sejak beberapa tahun yang lalu, perangai Zakaria  berubah.

Dulu, sekurang-kurangnya dalam seminggu tu ada juga Zakaria datang menjengah Mek Nab. bawa anak dan isterinya. Perjalanan dari rumahnya ke rumah Mek Nab cuma kurang 10 minit dengan motor.

Sekarang, walaupun dijemput datang makan , susah benar nak nampak batang hidungnya (hari raya pun gitu). Kalau datang pun tak sudi makan. Menantunya pun sama. Walaupun dah jadi menantu berbelas tahun, susah nak bersuara, seolah-olah masih malu-malu lagi. Mek Nab amat tersinggung.

Mek Nab tahu, mungkin anaknya berkecil hati atas perkara2 yang lepas. Kes salah seorang adiknya buat jamuan tak jemput dia. Kebetulan tinggal dekat, jadi dia nampak laa…..Tetapi takkanlah berlarutan bertahun-tahun. Kalau jumpa di kedai pun, Zakaria tak menyapa. Membelikan sesuatu tentu jauh sekali. Hinggakan orang2 kampung anggap Zakaria bukan anaknya.

Zakaria lebih rapat dengan keluarga mentuanya. Tinggal pun berjiran. Setiap minggu dia , isteri dan anak tunggalnya, akan pergi berkelah….seringkali bersama ahli keluarga sebelah isternya. Dia sudah tak ambil peduli tentang ibu mahupun adik beradik kandungnya, seperti tiada  apa2 hubungan.

Sedih bila lihat Mek Nab mengalirkan air matanya.  Tie cepat2 bukak cerita lain agar dia tidak berterusan merasa hiba. Untuk redakan hatinya, Tie beritahu, sekurang-kurangnya Zakaria hidup senang, sihat dan tidak menyusahkan Mek Nab. Mek Nab mengangguk kepalanya dengan rasa lega. Dia terus kata, ” Ye la Tie. Mek  suka bila tengok keluarganya bahagia. “

Mek Nab cuma ingin sedikit perhatian, bukan wang atau harta benda. Walaupun anak2nya yang lain mesra dengannya, dia masih ingatkan yang sorang ni. Bagi seorang ibu, semua anak-anaknya  istimewa . Mek Nab sering berkata, ‘ Bila mek mati nanti, tak payahlah beritahu dia…” Hatinya benar-benar terguris.

tanggang

(Batu Tanggang di Bukit Tinggi, Indonesia)

Janganlah buat begitu kepada ibu sendiri. Berdosa besar ! Lelaki ni, walaupun telah berkahwin, hubungannya dengan ibu takkan  putus. Syurga terletak di bawah tapak kaki ibu. Dan kita sebagai isteri pun kena memainkan peranan:-

  • Maafkannya jika ibu @ mentua  ada berbuat salah terhadap kita. Ibu pun manusia juga.
  • menasihatkan suami kita jika dia tidak menziarah ibunya sekian lama. (walaupun mentua benci pada kita) .
  • Juga, kena pastikan suami kita mengirimkan sesuatu atau wang sekadar yang mampu   kepada ibunya setiap bulan, sebagai tanda ingatan.
  • Suruh suami kita talipon ibunya sekali sekala bertanyakan khabar.(kadang-kadang dia lupa) Ibu rasa bahagia bila anak2 mengingatinya.

Ingatlah, ya. Samada kita dalam keadaan senang mahupun susah, jangan   meminggirkan orangtua kita……….. juga mentua. Kebahagiaan kita sering berkait rapat dengan doa seorang ibu. Jangan sesekali mengguris hatinya.  Biasanya seorang ibu tidak akan menunjukkan kesedihannya. Dia sorok jauh-jauh dilubuk hatinya.

Walaupun begitu mungkin ada di antara kita yang punya pengalaman berbeza ;  ibu yang mendukakan. Bersabarlah. Itu dugaan kita.

.

.

Categories: kehidupan Tags: ,
  1. ain
    September 8, 2009 at 12:21 pm

    Alhamdulillah, arwah MIL saya sgt baik orangnya. semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.

    • Tie
      September 8, 2009 at 4:28 pm

      Alhamdulillah…. syukur…

  2. September 8, 2009 at 12:28 pm

    waduh…..
    mendalam pengertiannya

    • Tie
      September 8, 2009 at 4:43 pm

      Biasalah… mokcik ni banyak pengalaman, ekekeke……

  3. September 8, 2009 at 12:38 pm

    pagi raya nanti salam n cium tangan mak mohon ampun n halal makan minum, sy tau sy bnyk lukakan hati mak krn lebih pentingkan keje drpd meluangkan masa dgn mak uwaaa uwaaaa uhukkk uhukkkk

    • Tie
      September 8, 2009 at 4:43 pm

      Kak tie pun sama, hu hu…

  4. September 8, 2009 at 1:38 pm

    waduhhh.. terkedu lah pulak. huhuhu

    • Tie
      September 8, 2009 at 4:44 pm

      Hmm…. meh Tie pulas telinga tu, ekekeke…….

  5. September 8, 2009 at 1:53 pm

    amboi Tie mengalahkan Pokcik Maza lak buat en3 bersiri.. hehehe..

    bulan mulia dan hari mulia yg akan datng nie.. ingat2lah kpd ibu/mak/bonda/umi kita ya…

    • September 8, 2009 at 2:46 pm

      enthanyer kuina.. si Tie agaknya dah kena sampok dgn maza kot. heheheh. tu pasal buat entry pun pakat siri2 gitew. wakakakak

      psst: power gak la kan pawang maza itew.. wakakakka

      • Tie
        September 8, 2009 at 4:46 pm

        Eh… jangan nak perasan kita copy pokcik, ya..

        Ni sebab kisahnya panjang berjela, takot kamu semua tak sempat nak berbuka , kang, ekekeke…..

        Maza, pawang guna apa ? Cakar ayam ke ?

        • September 8, 2009 at 8:54 pm

          Kahkahkahkah…
          Kanda Maza pawang Cakar ayam!!!

          **Penangan kuih tradisional den yo,Kanda Maza?? Cakar Rimau den tak jual laie….
          Huhuhuhu

      • September 10, 2009 at 3:21 pm

        harap2 sampukn tu tak sampai kangar ya…

        • Tie
          September 10, 2009 at 3:34 pm

          Toksah bimbanglah… Maza tu cuma nujum pak belalang je….

          Dok belek2 dalam geluk tu… sambil minum kopi cap arang, ekekeke….

    • Tie
      September 8, 2009 at 4:45 pm

      He he….. Maza kalah ke ?

      Yes ! Tie pemenang… Maza pengalah !! Waakakakaa……..

      • September 9, 2009 at 1:42 am

        cit,.. sajo jo den bagi peluang tu.. hero hindustan katakan.. huhuhuhu

        sekali sekalo jadi budak lenggit pun orait gak kanzzz.. hehehehe

  6. September 8, 2009 at 1:58 pm

    uwaaaaaa sedey nya kak tie. ish ada gak ea cite cam ni.huhu nauzubillah.

    • Tie
      September 8, 2009 at 4:47 pm

      Hmm… esok2 dah bersuami, kena ingat kat dia tentang ibunya tu. Biasa orang lelaki ni nak call mak sendiri pun malas. Kalau nak call makwe rajin pulak!

  7. September 8, 2009 at 2:13 pm

    jadikan ikhtibar.

    • Tie
      September 8, 2009 at 4:47 pm

      Insyaallah…

  8. September 8, 2009 at 2:42 pm

    k tie,

    sentiasa beringat dan berdoa agar anak-anak menjadi anak yang soleh dan soleha… walau kadang mengalir air mata. memang menduga iman dan kesabaran…

    • Tie
      September 8, 2009 at 4:48 pm

      Adoi….

      Bukan senang jadi ibu, kan Zan ??

  9. September 8, 2009 at 2:56 pm

    sian kat mek nab tu kn kak..
    byk dugaan die..
    anak lelaki nie besar tnggungjwb nyer…bile dh kawen, die still ade tanggungjwb pd famly die, so jgn buang kelurga bile dh kawen nnti..besar dosa kalo menderhaka..

    • Tie
      September 8, 2009 at 4:49 pm

      Wanie pun kena ingat. Esok jadi isteri orang kena hormati mentua. anggap dia sebagai ibu sendiri. Biarlah kita mengalah…. esok2 kita jadi ibu dan mentua, insyaallah…

  10. pB
    September 8, 2009 at 2:59 pm

    Kak Tie

    dalae family in law , ada Sako Sako nie …
    Mitok jauh lar jakit kor anok branok pB

    • Tie
      September 8, 2009 at 4:50 pm

      Adoi…….

      Takutnya….

      Sentiasa hati-hati tau !

  11. zareda
    September 8, 2009 at 3:05 pm

    betullah kak tie

    selagi ada hayat ibubapa, sayangilah mereka

    • Tie
      September 8, 2009 at 5:15 pm

      Ye la Zar…

  12. September 8, 2009 at 3:14 pm

    doa seorang ibu akan dimakbulkan Tuhan, moga anak mek nab akan sedar dan insaf.

    • Tie
      September 8, 2009 at 5:16 pm

      Dugaan dia sebagai seorang ibu….

  13. September 8, 2009 at 4:01 pm

    Salam Kak Tie,
    Ermm… yang ada ibu / mertua tak tahu menghargai peluang itu. Rugi betul.
    Moga Allah mengampuni dan membuka hati Zakaria…

    • Tie
      September 8, 2009 at 5:17 pm

      Entahlah, esok2 bila ibu dah tiada, baru nak insaf, kot! Moga2 dilembutkan hatinya….

  14. September 8, 2009 at 4:23 pm

    nauzubillah! kenapala anak mek nab tu masih keras hati…

    kalau saye dapat dok sekampung ngan mak… besnye!!!

    mak!! nak raye ngan mak!

    • Tie
      September 8, 2009 at 5:18 pm

      Tuhan saja yang tahu. Kerana itu peranan isteri penting . Kalau isterinya sedar, tentu dia boleh nasihatkan suaminya tu….

  15. September 8, 2009 at 4:53 pm

    eh kak tie, itu gambo batu malin kundang..hehe..dekat je ngan tempat syd…

    • Tie
      September 8, 2009 at 5:18 pm

      He he…. bolehlah gi tengok. Jadikan ia satu ikhtibar !!

  16. September 8, 2009 at 5:53 pm

    isteri zakaria nieh tak reti ke nasihatkan suaminya? kalau suami tak menjenguk…dia cuba lah nasihat atau dia sendiri menjenguk. kesian anak2 tak kenal neneknya…

    • Tie
      September 9, 2009 at 9:03 am

      Dulu, sebelum kes ni, pun dah renggang hubungannya. Zakaria tu kurang mesra dengan adik beradiknya. Dia agak ego… malah adik beradiknya semuanya ego… Masing-masing rasa diri mereka betul dan hebat. Yang jadi mangsa, ibu mereka.

      Isterinya pernah cuba pulihkan hubungan mereka, tapi ada sorang biras tu memang selalu cari salahnya. Kak Tie pun tak faham laa… cemburu kot. Sekarang ni tak tahulah samada isterinya ada nasihatkan Zakaria tu. Kak tie sendiri pun dah lama tak jumpa dengannya.

      Hubungan kekeluargaan ni harus dipelihara, jangan biarkan ipar duai dan biras meracun. Huru hara la… Sha kena ingat tu. Jangan dengar cerita dari sebelah pihak je.. Esok2 jadi isteri kena hati-hati la…. Kak tie pernah terkena. Sekarang dah sedar dan matang. Dulu, kak tie ni lurus bendul.

  17. September 8, 2009 at 7:02 pm

    Sebenarnya … apa yang kita buat ….semacam pelaburan gak ….itulah yang kita dapat. Kalau kita buat baik….maka baiklah balasannya ……. ALLAH itu maha mengetahui…..

    • Tie
      September 9, 2009 at 9:10 am

      Segala yang berlaku adalah rahsia Allah. Samada balasan dunia mahupun dugaan, hanya dia yang berhak menjatuhkan hukum. Kita hanya ambil apa yang berlaku sebagai satu ikhtibar.

      Jika kita fikir kita takkan dapat masalah hanya semata2 kita tak pernah buat salah… itu satu kesilapan. Dugaan boleh datang pada bila-bila masa. Dan ke atas sesiapa saja , samada orang itu jujur, soleh mahu pun orang yang banyak buat dosa.

      Tentu kita rasa terpukul bila dugaan hebat yang kita terima dipandang masyarakat sebagai satu pembalasan dari Tuhan.

  18. September 8, 2009 at 8:02 pm

    jgn le lukakan ati ibu bapa ni…tambah2 ibu…x selamat idup nti…..takutnya

    • Tie
      September 9, 2009 at 9:11 am

      Kena ingat tu…..

  19. September 8, 2009 at 8:56 pm

    Semoga semuanya dlm keadaan selamat. Dan semoga kita m`dpt cahaya k`baikkan di bulan mulia ni,Insya Allah.

    Take care ye,Kak Tie….

    • Tie
      September 9, 2009 at 9:12 am

      Harap-harap begitu laa…

  20. syayassir
    September 8, 2009 at 9:01 pm

    insaf saya baca ni…
    inilah pesanan mak saya kepada saya…
    tapi, pada saya, memang peranan seorang isteri adalah untuk mengingatkan suami tentang tanggungjawab nya terhadap ibu bapa suami…
    sebab, syurga kita di bawah tapak kaki suami, syurga suami di bawah tapak kaki ibunya…🙂

    • Tie
      September 9, 2009 at 9:13 am

      Yes ! Betul tu Sya.

      Orang sekarang kurang perihatin akan perasaan orang tua mereka. Kadang-kadang depan mata kak tie sendiri, ibu mereka ditengking dan dipersendakan… Terkejut tengok!

  21. September 8, 2009 at 9:43 pm

    huhu,,sdeynye,, sian kat mek nab itu,,

    tp sy ada terbaca, ‘what u give, u get back’,, huhu
    ada jugak terdengar, kalu kita wat camtu kat ibu ayah kita, nati anak2 akan wat 2kali lebih dr apa yg kita wat tu pada kita,,

    huhu,,,
    na’uzubillah,,

    smoga anak+menantu meknab mendapat petunjuk dan hidayah drpdNya,, amiiin,,

    • Tie
      September 9, 2009 at 9:16 am

      Itu hanya balasan di dunia, belum di akhirat lagi.

      Tapi Irfat, kalau kita lihat seorang anak bermasalah, janganlah kita fikir yang ibubapanya pernah bermasalah dengan orang tua mereka dulu. Ada masanya itulah dugaan kepada orang yang Allah sayangi… menerusi anak-anak.

      Jadi, jangan mudah menjatuhkan hukum ke atas seseorang hanya kerana kita melihat dia dalam kesusahan. Kita nanti akan terima padahnya…

  22. September 8, 2009 at 11:28 pm

    saya tau satu kisah benar kisah seorang suami pasal ikut telunjuk isteri sanggup menghalau mak sendiri dan memanggil maknya anjing…. selang beberapa lama, suami seolah2 jatuh koma tidak boleh bercakap …. lidah nye terkeluar terjelir jelir seperti anjing ….. sehinngga seorang bomoh / ustaz datang mengubati nya … meminta isteri memohon maaf kepada sesiapa saja yg merika ingat mereka telah derhaka … teringat isteri kepada mertua lantas mencari mertua memohon maaf …barulah kembali seperti dulu walau pun tidak sempurna…..
    panjang pulak komen ni….

    • Tie
      September 9, 2009 at 9:21 am

      Memang ada . Kak tie takut.

      Kerana itu kak tie selalu pastikan suami kak tie talipon maknya sekurang-kurangnya 2 hari sekali, dan kirimkan wang perbelanjaan harian setiap bulan. Suami kak tie pun ada talipon mak kak tie untuk berbual mesra… sama-sama kami menjaga hati orangtua masing-masing.

      Sebagai menantu, pandai-pandailah jaga hati mentua. Kena banyak bersabar, dan bukan ikut kata hati…

  23. September 9, 2009 at 12:26 am

    Kenangkanlah ibu yang bersusah payah mengandungkan kita selama sembilan bulan dan menanti kehadiran kita dengan rasa kasih dan sayang. Juga pengorbanan ibu menjaga kita sehingga besar begini. Sebanyak mana pun yang kita curahkan pada ibu, takkan pernah sama dengan apa yang ibu telah berikan pada kita. Fikir-fikirkanlah selagi ibu masih ada, agar kita tidak menyesal di kemudian hari.

    p/s: mungkin benar kak tie,sesiapa yang derhaka pada ibunya, takkan senang hidup walaupun di dunia. Banyak kejadian di sekeliling kita yang mampu menginsafkan.

    • Tie
      September 9, 2009 at 9:24 am

      Kita sebagai ibu pun tak boleh terlalu mengikut perasaan. Memang ada kalanya anak ni buat kita rasa sedih.

      Tapi, kita harus tetap doakan kebahagiaan mereka. Tak sanggup lihat kesusahan anak sendiri walaupun dia pernah menyakitkan hati kita.

  24. September 9, 2009 at 3:54 am

    sedih betul. terima kaseh kak tie, kongsi cerita. moga2 anak2 kak tie, soleh solehah smuanya.. salam kenal dari saya.. [suka jugak baca blog kaktie, banyak cerita teladan.kesah kehidupan sendiri eh kaktie?]

    • Tie
      September 9, 2009 at 9:29 am

      Kisah ini sebagai peringatan.

      Kak tie lihat ramai orang terutamanya lelaki kurang perihatin terhadap ibunya bila sudah berumahtangga. Asyik berkepit dengan isteri je. Virus takut B1N1, ekekeke….

      Kisah kehidupan kak tie ? Adalah sikit2 di sini… err… malu laaa…….

      • September 10, 2009 at 6:11 am

        ekekeke,xde ape nk dmalukan,teladan kan bgus utk dkongsi… B1N1, taw jgk kaktie eh? hu3. na3uzubillah la saya esok2 camtu… kim salam anak2 ye kaktie… aslmkum…😀

  25. September 9, 2009 at 8:19 am

    ada hari tu, time saya blom balik cuti lagi, sy cam terasa hati kat mak sy
    pastu ntah ape2 la yg sy ckp kat mak

    esoknya baru tersedar
    uuuuuuu mintak maaf kat mak
    pastu mak ckp.. xpe.. lengkali jgn buat dah

    huwaaaaaaa bulih nangis sgt2!

    MAKK!!! I LABIU~ ehe~

    • Tie
      September 9, 2009 at 9:31 am

      Mak kita pun kekadang silap juga. Tak sengaja la tu…

      Kita kena maafkan dia. Kena ingat, dulu kita lah duduk dalam perutnya selama 9 bulan… begitu susah dia nak urus dirinya…

      Dan melahirkan kita… separuh nyawa dibuatnya… Kak tie dah merasakan saat melahirkan anak. Macam serik je.. hu hu…

  26. September 9, 2009 at 1:38 pm

    Tie… posa-posa nih takut lak nak baca citer Tie tu… tapi apa-apa pun, nekcun selalu do’a semoga semua anak-anak kita adalah anak yang Soleh dan Solehah…

    • Tie
      September 9, 2009 at 9:53 pm

      Insyaallah….

  27. September 9, 2009 at 4:14 pm

    ala kak tie, sedeh pulak terbayangkan mek nab ni, berat mendengar berat lagi menanggung perasaan sendiri mek nab tu kan..kesiannyer kalau Orang2 tua di layan begitu rupa lebeh2 lagi dr anak2 sendiri. harap2 anak menantu nyer ni sempat mintak ampOn dari mek nab, biarla di hujung2 usia mak ayah gembira.., besar dOsanyer menitiskan airmata seOrang ibu.

    • Tie
      September 9, 2009 at 9:54 pm

      Kita sebagai seorang ibu dapat merasa hibanya dia… Harap2 anak2 kita tidak lupakan kita, ya…

  28. September 9, 2009 at 9:51 pm

    salam kak tie…
    cerita kak tie tu ada kena sikit2 kat arwah atuk milla yg baru jer meninggal hari sabtu lepas tu. semua anak2 & cucu dia ada balik kecuali seorang jer anak lelaki dia tak balik. dah diberitahu tapi mcm2 alasannya. masa arwah hidup pun dia tak balik, kalau balik kampung dia lalu jer depan rumah arwah (rmh mertua dia depan sikit, memang kena lalu depan rumah arwah dulu) tapi tak singgah pun. kesian arwah sampai menutup mata anak lelaki dia tu tak juga balik jumpa dia. milla pun dah tak berapa cam muka bapa sedara milla yg ni….ish ish ish. jgnlah kita buat mcm tu, jadikan pengajaran!!! sorilah kak tie, panjang pulak membebel..

    • Tie
      September 9, 2009 at 9:55 pm

      Salam Milla.

      Entahlah, ya… Tak baik kita berkeras gitu dengan orang tua kita sendiri. Tak salah kalau kita beralah. Biarlah ia jadi pengajaran buat kita.

  29. cpj
    September 9, 2009 at 11:33 pm

    Hmm…Kasih Ibu Membawa Ke Syurga…

    • Tie
      September 10, 2009 at 10:30 am

      Insyaallah…. begitulah hendaknya.

  30. September 10, 2009 at 6:13 am

    jgn la wat perangai mcm tu tak baik tau..kite ni idup sekali je kan/klu ade peluang 3 kali sekali pun..org lain tetap sekali jadi jgn la nak mengada2 untuk membazirkan idup dengn benda2 yg merosak kan diri ni n hubungn kan…wah2…terpanjang la pulak.huahuahua

    • Tie
      September 10, 2009 at 10:31 am

      Baguslah Ateh ingat tu.

      Esok2 dah dapat isteri comel, jangan lupa pada mereka pulak!!

  31. Aykay
    September 10, 2009 at 9:56 am

    kak,
    saya mak ayah dah lama pulang ke Rahmatullah. Now MIL dan FIL jadi mak ayah saya… numpang kasih mereka. Dan mereka juga menjadi penghuni tetap doa saya kpd ibu ayah..

    • Tie
      September 10, 2009 at 10:31 am

      Alhamdulillah…. bahagia rasanya…

  32. September 10, 2009 at 9:53 pm

    Akak Tie sihat??? Sy doakan Akak sihat.
    🙂

  33. September 11, 2009 at 2:45 pm

    takutnya tengok gambo tuh, cepat2 skip!

  34. September 11, 2009 at 2:58 pm

    me insaf dgn kekurangan n kelemahan diri me yg inih.. salamm ramadhan akak t yg vogue ittewww

  35. September 11, 2009 at 4:03 pm

    betul2 byk pengalaman he…23x kak tie pun gitew gak… mybe pengalaman yg berbeza kan

    out 1–> he…23x kite dari dulu kini dan selamanya mmg bergantung dgn org luar..sampai la nie dok kne pijak…tp xsedar..dok nk melenting je…

    he..23x nnt sy bukak la bisnes tue huhuhu….ok x kak he…23x

    out 2–> he…23x kak tie bz koje kot sampai xsedar dah 090909 he..23x ke kak tie bz hitung dah berapa hari pose ek…

  36. September 12, 2009 at 1:40 am

    Kisah benar ke ni? Ada watak yg empunya blog dalam cerita ni. Walaubagaimanapun, hal-hal sebegini memang byk berlaku dlm masy kita skrg ni. Ibarat kacang lupakan kulit, anak2 ramai yg lupakan ibu bapa bila besar. Yg sudah berkeluarga seharusnya sudah faham akan besarnya kasih ibubapa, namun ada yg berkeras juga sebab dendam kesumat dsb. Saya yg tinggal jauh ni pun sentiasa rindu sama ibu bapa saya. Once a while cuba contact, kalau ada rezeki pulang, kami pulanglah menjengah ibu bapa. Kasih ibu bapa kekal sepanjang hayat.

  37. Kak Long
    September 12, 2009 at 8:11 am

    Kak Long pernah tengok batu malin kundang kat Padang tu.
    Sedih erk bila tengok banyak lagi si tenggang @ malin kundang zaman moden ni.
    Sebagai ibu, mesti Mek Nab tu terluka sangat.

  38. September 12, 2009 at 1:20 pm

    minta dijauhkan dengan bisikan syaitan supaya tidak menderhaka kpd ibu.

  39. September 13, 2009 at 2:08 pm

    Ya Allah..lindungilah kami dari menderhakai ibu bapa…

  40. September 13, 2009 at 11:42 pm

    Salam Kak Tie….

    Sila dtg amik KAD RAYA kat blog sy tau.

    Take care!!! 🙂

  41. September 14, 2009 at 10:48 am

    out of topic–> he…23x klu xsalah saya la kan kak… kat stesen minyak… orang dah xkisah toilet tue laki ke perempaun..asal leh masuk je…

    asalkan niat terlaksana he…23x

  42. ROSE PURPLE
    September 14, 2009 at 2:01 pm

    Terfikir bila kita tua nanti apa pula nasib kita. Kita rasa kita dah buat yang terbaik untuk makbapak kita tapi kita tak tau macamana perhatian anak-anak kita nanti,lebih2 lagi bila dah kawin. Tak tau menantu punya perangai..didikan tak sama.

  43. September 14, 2009 at 2:08 pm

    kita nanti apalah nasib agaknya….

  44. September 14, 2009 at 3:53 pm

    kak tie lalinggg, jemput kerumah ambik kad ray adari saya ye..tq

    • September 14, 2009 at 3:54 pm

      update please…rakyat jelata ramai tertunggu..kekkekee

  45. September 15, 2009 at 12:56 pm

    k tie,

    izan nak ucapkan selamat menyambut bulan syawal yang bakal hadir tidak lama lagi.
    jika ada zan terkasar bahasa hingga menyinggung dan menyakitkan perasaan k tie.
    semoga gembira dan ceria selalu

  46. September 15, 2009 at 1:00 pm

    izan mohon berbanyak maaf ye….

  47. September 16, 2009 at 2:23 am

    Asalamualaikum

    Kepada anakanda tie sekeluaga pakcik mengucapkan,

    SELAMAT HARI RAYA
    MAAF ZAHIR BATIN

    BERHATI HATI DI JALAN RAYA

    Terima kseh salam hormat.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: