Home > kehidupan > Bomoh, Saka dan Menderhaka pada ibu (part 2)

Bomoh, Saka dan Menderhaka pada ibu (part 2)

September 5, 2009 Leave a comment Go to comments

Bersambung dari kisah pertama sebelum ini, kisah saka pulak daaa…………

Saka

Baru-baru ini seorang cucu Mek Nab (namanya Zul berumur 17 tahun) datang mengadu pada toknya. Rupa-rupanya , dia diturunkan saka oleh tok sebelah ibunya . Tak pasti dengan sengaja atau tidak. Dua malam dia tak sedar. Anak menantunya merahsiakan dari Mek Nab . Anaknya (lelaki) memang tak percaya hal-hal syirik ni. Jadi dia tak ambil peduli.

Zul ketakutan. Setiap malam benda tu (tak tahulah dalam bentuk apa… rimau ke atau antu raya), akan datang kepadanya. Kalau Tie pun tentu terus jadi siput! Kasihan betul.

Tok dia tu dah nyanyuk, jadi memang payahlah untuk dibawa berbincang. Ibu Zul  sedang berikhtiar juga. Tak tahulah sekarang ni macam mana. Bulan puasa ni hidup remaja tu kembali normal. Tapi lepas raya ni mungkin saka tu mengganggu lagi.

Mek Nab telah pun nasihatkan cucunya tu agar menjaga solat dan baca surah2 Alquran setiap hari. Seram pulak bila Tie dengar kisah saka ni. Teringatkan cerita di Tv3, hu hu……


ErhnamDjinn

.

Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia untuk sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya.


Dari Abu Tha’labah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Jin itu mempunyai tiga jenis: Satu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, satu jenis yang berbentuk ular-ular dan anjing-anjing dan satu jenis yang berpindah-randah.”

Alamak !! Ular ? Err….. baru mimpi ular….hu hu…. jin ke ?

Jin yang berpindah-randah berkemungkinan adalah jenis jin yang menjadi saka .  Jin jenis ini  mampu berpindah dari satu keturunan ke satu keturunan seterusnya.

Nak tahu selanjutnya boleh klik di link ini  ( Darussyifa ) dan (Penawar.com)….. malas pulak mokcik ni, ekekeke…….

.

.

Psst- Nanti sambung kisah menderhaka, ya…….

.

.

Categories: kehidupan Tags: ,
  1. pakcikli00
    September 5, 2009 at 10:30 pm

    Asalamualaikum

    Dukun mungkin dia cuma Duku kepala
    Pawang takut dia Pau Wang

    Kepada Pawang minta maaf cuma Dukun nak bergurau dengan Pawang

    Terima kaseh salam hormat.

    • Tie
      September 5, 2009 at 10:36 pm

      Waaakakakaa……

      Pandai la pakcik buat lawak !

  2. syayassir
    September 6, 2009 at 12:20 am

    ish, selalu juga dengar cerita tentang saka ni…
    nauzubillah…
    tapi, boleh di buang kan?

    • Tie
      September 6, 2009 at 10:24 am

      Boleh, insyaallah…. dengan bantuan orang2 yang berilmu.

  3. September 6, 2009 at 1:39 am

    kalau boleh usahakan cepat utk membuang saka tu kalau dah sebati nanti lagi susah… ramai yg bijak pandai boleh membantu..

    • Tie
      September 6, 2009 at 10:24 am

      Tu la yang takut. Kalau dah sebati, lagi susah.

  4. iza
    September 6, 2009 at 5:32 am

    huhu macam filem suhaimi baba tu pulak yer..pa tajuk dia yer yg si maya ngan rusdi berlakon tuu hehehe..seramnyaa..
    selamat bersahur kak tie🙂

    • Tie
      September 6, 2009 at 10:25 am

      Err…. kak tie cuma tahu citer pontianak tu.. yang lain2 tak ingat pulak.

      • Kak Long
        September 6, 2009 at 1:46 pm

        Tie…
        Filem Waris jari-jari Hantu lah..
        Kat astro banyak kali ulang citer tu.

        • Tie
          September 6, 2009 at 1:54 pm

          Oooo….tak pernah tengok laa…

          Tie tak guna astro. Takut tak boleh kawal diri dan kerja rumah tak siap, ekekekekeke…….

  5. ain
    September 6, 2009 at 7:18 am

    jauhkanlah dari saya sekeluarga benda2 ni semua. menakutkan!!!

    • Tie
      September 6, 2009 at 10:25 am

      Mudah-mudahan Allah lindungi kita semua.

  6. September 6, 2009 at 7:49 am

    time kaseh kaktie bekongsi crita,,
    mudah2an smuga zul dapat kembali normal tanpa diganggu lagi,,,huhuhu,,

    bahaya jgak kan,,
    mintak2 dijauhkan daripada saya skeluarga,,huhu

    • Tie
      September 6, 2009 at 10:26 am

      Haa…. sebab tu, jangan tinggal solat, dan selalu meriahkan hidup dengan bacaan Alquran…

  7. nekPP
    September 6, 2009 at 9:15 am

    mokcik tie..kalau time2 pose nie setan2 di rantai..jin2 plaks bagaimana yerk??
    errr dah full swing baca mokcikk pepagi nie kahkahkahhhh…

    • Tie
      September 6, 2009 at 10:27 am

      Hmm…. tak pasti tentang jin ni. Mungkin dirantai juga, kecuali Jin Islam…. pandai2 je mokcik ni, hehe…

  8. September 6, 2009 at 12:29 pm

    Ada salah seorang kenalan saya yang hingga berpisah dengan suaminya kerana katanya tak sanggup tahan gangguan saka daripada keluarga si suami.
    Pernah juga tanya, takkan tak ada cara untuk ubat..sedangkan saya tahu kenalan saya ini memang sentiasa mengaji dan berzikir.

    • Tie
      September 6, 2009 at 1:16 pm

      Kesiannya….

      Dia kena jumpa dengan orang2 yang arif . Saka memang tak suka orang yang jaga ibadahnya. Namun, dia telah berpisah… mungkin itu jalan terbaik buat dirinya. Allah lebih mengetahui.

  9. Kak Long
    September 6, 2009 at 2:11 pm

    Tie…
    Macam sinetron pulak ya bersambung-sambung…
    Tak sabar nak baca sambungan seterusnya.

    • Tie
      September 6, 2009 at 8:56 pm

      He he….

      Sebenarnya kalau buat 3 kisah sekali gus, leceh pulak nak baca berjela-jela…

  10. September 6, 2009 at 3:38 pm

    tak suka saka. slalu dgr org takleh beranak sbb saka…takmo! nauzubillah…

    • Tie
      September 6, 2009 at 8:57 pm

      Ooo…ye ke ?

      Jauhkan diri dari orang yang suka benda2 gini. Takut gak!

  11. September 6, 2009 at 5:26 pm

    salam..baru je abis baca sebuah novel dan ada kisah saka..menakutkan sunguh!

    • Tie
      September 6, 2009 at 8:57 pm

      Novel apa tu ? Boleh gak Tie cari….

  12. September 6, 2009 at 5:37 pm

    salam kak tie, bermacam jenis dan namer bende2 ni ek..kalau tejadi pada diri sendiri memangla menyeramkan…huhuuu
    yang jenis pawang dan dukun pon rasernyer dari saka jugak kn kak tie sebab sumer tu datang dari nenek moyang dan turun kepada waris2 yg sanggup terima..untuk kiter2 yg nk g berubat kampong kenela pergi pada ustaz2 atau orang2 yg mengubat menggunakan ayat Quran yg betol..

    • Tie
      September 6, 2009 at 9:00 pm

      Betul tu cikwan. Pawang2 tu yang kebolehannya datang dari saka selalunya sering melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat.

      Moga2 kita dijauhkan darinya.

  13. September 6, 2009 at 6:20 pm

    saya dah baca part 1. saya cuak pulak dibuatnya kak tie sbb saya jenis yang jinak and bila orang nak saya lari. bukan la nak percaya benda karut2 tu tapi saya pun banyak ambik gambar and bagi gambar kat sesetengah orang Nauzubillah min zalik… Mintak2 tak kena… Tapi serious saya cuak.

    untuk part saka nie pulak. masa lepas spm saya pernah kena ganggu jin nie. dia datang setiap kali subuh jumaat ke khamis saya tak ingat tapi yang pasti dia datang pada waktu dan masa yang sama 2 minggu berturut-turut. tu la saya tak berani tidur sorang2 dalam bilik bergelap. saya cuak sangat2. bila ingat balik meremang bulu roma saya..

    mak saya ada jumpa ustaz suruh tengok2 kan saya. and dia cakap tu jin islam. and saya dilarang tengok cermin lama2 waktu malam, and tido dalam keadaan gelap sangat2. and ustaz pesan jugak, saya mesti amalkan baca bismillah if buat apa je pekerjaan and buat amalan yang saya ambik enteng selama nie.

    alhamdulillah now dah tak kena dah. saya pun every time balik miri, tak tido sorang. saya tidur dgn nenek😉

    • Tie
      September 6, 2009 at 9:17 pm

      Hati2 la Nono…. Jangan terlalu peramah dengan orang2 yang kita tidak tahu asal usulnya, yakni yang baru kenal.

      Adoi…. bila sebut jin Islam ni, terus kak tie teringat masa tinggal di quarters JB dulu. Ada seekor Jin Islam, selalu ganggu anak2 kak tie… Tapi, setelah beberapa lama, dah okay. Dia cuma nak uji, dia nak bagi something tapi kami tak layak, tak cukup ilmu dan amal…. kerana itu jin tu macam marah je….

      Jin tu suka tempat2 redup. Kalau nono dengar bunyi cengkerik, tandanya dia ada (orang kata laa…) Rumah kak tie tinggal dulu, agak suram. Jadi, kami kena selalu biarkan tingkap dan pintu terbuka agar cahaya matahari masuk. Cuma bilik kedua (tempat tinggalnya) memang sentiasa redup sebab dilindungi pokok besar.

      Err..tak sangka nono pernah diganggu Jin ni. Kak tie dah takut semula, hu hu…

  14. September 6, 2009 at 9:40 pm

    Salam Kak Tie…..

    Errkkkk,main sambung2 ni mcm citer Kanda Maza ye. Semua citer dia ada PART 1 dan PART 2. Buleh buat mcm citer Sinetron atau Samarinda.

    Sy pun pernah dgr citer ttg saka cenggini. Ngeri. Takmo la.

    ** Nak tanya Akak Tie, dah abis ke Sup GEARBOX dan udang padprik tu? Sedappppp….
    wangi sampai ke Kedah nihhhh.

    • Tie
      September 6, 2009 at 10:17 pm

      Ekekekee……..

      Sup gearbox dan udang padprik tu dah lama langsai. Tadi kak tie masak gulai itik pulak, uwaaaa…… sedap cicah dengan roti, hi hi…..

      • September 7, 2009 at 9:16 pm

        Huhuhuhu…..jeles nye sbb Akak Tie pandai masak gulai itik…..sedap gituuuu. 🙂

  15. September 6, 2009 at 10:36 pm

    teringat citer hantu raya hehe..
    wujud lagi ke sebenarnya benda ni semua..menakutkan..
    lebih dasyat dari H1N1 hehe..

    • Tie
      September 8, 2009 at 11:16 am

      Selagi ada setan, adalah hantu…. Jangan difikirkan sangat, tu baby dalam perut takut pulak, ekekeke…….

  16. cpj
    September 7, 2009 at 9:21 am

    wah! hebatnya sambungan cerita kak tie ni!…Jin dan Syaitan ni, kita tak boleh layan sebab dia boleh nampak kita tapi kita tak boleh nampak dia, namun kelebihan kita ialah para Malaikat sentiasa mengawasi keselamatan kita manusia dengan perintah Allah.Oleh sebab itu, kita manusia mestilah sentiasa berada di bawah lindungan Allah dengan mendekati diri kepada-Nya dan sentiasa berzikir dan bertawakkal kepada Allah.Dengan cara itu tidak ada apa-apa jenis syaitan atau jin yang boleh mengganggu manusia.Kalau sekiranya terkena gangguan juga, itu adalah atas kehendak Allah yang mahu menguji kita.Tanggungjawab kita ialah berusaha berubat dengan cara yang dibenarkan, tetapi JANGAN sekali-kali MELAYAN jin dan syaitan terkutuk itu.Allahuaqlam.

    • Tie
      September 8, 2009 at 11:18 am

      Hu hu… kak tie memang tak pernah layan Jin ni, walaupun Jin Islam… takot ooii!!

      Pernah ada pengalaman dengan Jin Islam, di rumah quarters dulu. Terus mintak ditukar posting… Tak sanggup tinggal di rumah berhantu, hi hi..

  17. kin
    September 7, 2009 at 10:30 am

    ish..takut saya bab2 saka nih..

    • Tie
      September 8, 2009 at 11:18 am

      Memang takut la Kin…

  18. September 7, 2009 at 10:51 am

    hmm payah nak hilang saka dlm tubuh.. jarang dapat hilangkannya.. terutama janji2 datuk nenek moyang yg terdahulu begitu utuh dgn jin2 tersebut!

    Adakalanya kita tak kena, anak atau cucu pula yang kena!

    Tapi tiada sesuatu yg mustahil, insyallah ada jalan itu.. huhuhu

    psst: maza dulu2 pun menuntut ilmu saka. Tapi ilmu saka baka lah…. hehehehhe

    • September 7, 2009 at 9:15 pm

      Huhhhh,ekau nuntut ilmu saka baka yo???
      Patut la citer ekau semuanye citer antooooo…..bulan pose pun ada citer antoooo.
      Antoooo yg ekau promosi dlm GKKJ tu dah masuk jawi ke? Kuikuikuikui…..🙂

  19. September 7, 2009 at 11:38 am

    kata orang, sebaik-baik jin adalah lebih jahat dari sejahat-jahat manusia. jin islam pun tak boleh percaya sangat kerana banyak antara mereka yang fasik.

    • Tie
      September 8, 2009 at 11:19 am

      Betul betul betul……….

      Cukuplah berbaik-baik sesama manusia….

  20. zareda
    September 7, 2009 at 11:43 am

    kak tie

    tu lah org dulu dulu membela saka supaya menjaga harta, membuat kerja, org gerun tengok kita.. tapi kesannya sampai ke anak cucu cicit..

    • Tie
      September 8, 2009 at 11:20 am

      Ya la Zar,

      Mereka nak senang je.. akibatnya anak cucu yang tanggung susah.

  21. September 7, 2009 at 12:31 pm

    eeehhhhh, minta dijauhkan…scarynya

    • Tie
      September 8, 2009 at 11:21 am

      Insyaallah Mak Su… moga kita dilindungiNya.

  22. September 7, 2009 at 1:40 pm

    Menarik sebab dulu2 org kata saya ‘saka’dalam badan saya. Saya tak pastilah tapi ayah tidak pernah menafikan. Katanya pada wife saya, datang dari arwah atuk saya. Dia tak mahu pulak cite pada saya… takut saya kecik hati kot? Anyway, ikut ayah ianya lebih merupakan satu ‘gift’ dari bala sebab arwah atuk pandai mengubat (bomoh). Namun yg hairan kalau betul saya terima, kenapalah saya selalu sakit2. Tak ngam kot mcm templates wordpress – bukan semua boleh ngam! Anyway, saya ni tak terlalu byk fikirkannya.. tambahan lagi mcm tak ada ilmu mengubat langsung dlm diri saya ni. Benar atau tidak… wallahualam. Sebagai manusia yg ilmunya tak seberapa tak sesuai rasanya nak mengomennya.🙂

    Tie – Sakit-sakit ? Itu petandanya… saka senang menyerap masuk ke tubuh orang yang tidak kuat antibodi…, yang samada terlalu kurang amalnya atau yang kuat beribadah (teruja nak sesatkan). Tapi, kerana Ismail tidak layan, kerana itu benda tu tak berjaya kot. Entahlah… Tapi, hati2lah… kalau tak kena pada Ismail, mungkin kepada keturunan yang seterusnya.. bukan nak menakutkan, tapi sentiasa berwaspada. Pastikan kesihatan diri, anak2 dan isteri tu dipantau. Kalau ada kesan lebam2 yang misterious tu, eloklah jumpa seseorang yang berilmu. He he… pandai lak mokcik ni..

    • September 7, 2009 at 2:59 pm

      hmm kalau nak tau selanjutnya, rasanya elok pergi beta kat Gunung Ophir Abg Mail. hehehehe

      kot2 boleh segagah Hang Lekir kalau tidak si Hang Tuah.. wakakaka

  23. September 7, 2009 at 2:37 pm

    salam kak tie..long time no see~hehe

    • September 8, 2009 at 4:52 am

      Dapat sihat2 selalu dan murahkan rezeki pun jadilah. Zaman ni kuasa terletak pada ekonomi dan bukannya di mata keris, so kalau segagah Hang Tuah pun kalau ekonomi x hebat, boleh sengsara juga tu! Tak caya tanya Obama…..

    • Tie
      September 8, 2009 at 11:29 am

      Salam Sayyid.

      Lama betul tak nampak, ya…

  24. September 8, 2009 at 11:09 am

    ni buleh di buat filem nih!

    • Tie
      September 8, 2009 at 11:30 am

      Dah banyak filem antu kat luar sana, hehe…

  25. ima
    September 8, 2009 at 2:32 pm

    kak tie…minta dijauhkanlah dari saka2 ni…takut ima dibuatnya…

    • Tie
      September 8, 2009 at 4:15 pm

      Hu hu…. katakan tidak pada saka!

  26. July 26, 2010 at 8:01 am

    Salam kak tie..

    ekk boleh lagi ke komen ni?

    Dengar kat tanyalah ustaz tv9, kalau ada gangguan [makhluk halus] baca surah al-baqarah. surah al-baqarah tiada yang dapat lawan terutama ayat kursi dan 3 ayat terakhir surah. ini menjawab pertanyaan seorang pemanggil yg telah meminta khidmat bomoh utk mengusir gangguan seorang pelajar di sebuah sekolah sebab masa itu tiada ustaz/ustazah.

    Jumpa bomoh, jangan sesekali. Bomoh itu mengguna perantaraan jin. syirik! ramai lagi ke orang Islam yg jumpa dan percaya bomoh ni? nauzubillah..

    • Tie
      July 26, 2010 at 9:55 am

      Salam Sakinah…

      Terima kasih, ya.. Kawasan rumah kak tie ni memang ada benda gini. Sekolah anak kak tie dah kena dulu. Tapi sekarang dah okay, alhamdulillah.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: