Home > Berita, Bincang, Pengetahuan > Poco-poco haram ?

Poco-poco haram ?

Artikel ni dipetik dari :http://idhamlim.blogspot.com/2009/08/poco-poco-yg-tersirat.html

Salam…pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat(masa dalam PLKN,secara paksa rela).Iaitu tarian Poco-poco. Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini.Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca emel ini

“Assalammualaikum.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian poco2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama Islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.”

.

.

.

Dan ini dari link

http://www.cikguazleen.com/2007/08/mari-menari-poco-poco.html

Taian Poco-Poco ini adalah tarian yang berasal dari Manado dan terkenal juga di kawasan kepulauan sangihe Talaud (atau border dengan filipina Selatan).
intinya tarian ini untuk digunakan sebagai Syukuran atas Hasil tangkapan Ikan di laut. kemudian berkembang menjadi ‘Ritual’ untuk Thank’s Giving. Biasanya acaranya ini dilakukan di tepi pantai manado dan dipimpin oleh seorang ketua. Dan banyak dilakukan oleh umat kristen (kerana umumnya orang manado dan sangihe adalah kristen)untuk sebagai tarian ritual pada pernikahan, acara-acara gereja, christmas Eve, New Year Eve dan juga tarian-tarian persahabatan khususnya untuk memikat perempuan.

Perlu diketahui kata “POCO-POCO” adalah bererti SEXY, MEMIKAT SEX, MENUNJUKKAN BODY YANG BAHENOL ATAU BADAN YANG SEXY…….kata ini berasal dari bahasa Melayu Manado…bisa dilihat dalam kamus bahasa MANADO, INDONESIA. Memang tarian ini memang ber’nuansa’ SEX..karena selain biasanya dilakukan sambil meminum sedikit anggur juga sebagai tarian anak muda yang bebas melakukan apa saja (perspektive sex)…….(tersirat di dalam TEKS’nya)

.

Boleh baca seterusnya di link di atas. Sebenarnya Tie memang tak suka tarian ni. Cuma suka lagunya yang lucu tu, ekekeke…….. Namun tak sangka pula asal usulnya begitu sekali. Err…. harap2 perkara ini tidak benar. Tapi kena hati-hati apa yang kita buat. Selidiklah dulu. Kalau betul tarian ini seperti yang disebutkan penulis tu, memang teruk laa… Ramai yang dikerah menari poco2 termasuk anak2 sekolah.

Categories: Berita, Bincang, Pengetahuan Tags:
  1. August 31, 2009 at 11:12 am

    Poco-poco memang amat popular dan mcm tarian wajib kalau di majlis perkahwinan. Tak hairan sebab ia nampak menghiburkan terutama bagi kaum hawa. Saya tak minat tapi kalau jadi penonton terhibur juga. Memandangkan ianya budaya asing, maka ia tak lepas dari kemungkinan ianya haram. Bagi saya, byk benda-benda yg bercorak hiburan barat terutamanya haram tapi kita lantak sahaja.🙂 Memang susah bila negara berbilang kaum dan agama ni. Semuanya sensitif. Lihat kes Kartika misalnya. Jadi badan agama pun pasif. Tak tahulah apa nak di kato dalam bab ni. Ikut logik masing2 la agaknya.

    Tie – Kita ni suka sangat mengikut2 orang tanpa usul periksa. Kalau yang baik, payah pulak, kan…? Tie selalu melarikan diri bila ada majlis sebegini. Kerana suami pegawai kerajaan, kami isteri2 dipaksa buat persembahan poco2. Biarlah orang kata Tie ni kolot, tapi memang memalukan menayang badan di khalayak orang ramai sambil bergoyang2, hu hu…

    • echah
      September 3, 2009 at 11:00 am

      ya Tuhan… xtau pun.. selama ni org suruh kite ikut je.. poco2 ni mmg bleh dikatakan setiap jab kerajaan buat.. xsangka plak mcm ni kisahnye.. lps ni leh la bg tau kat org yg fanatik ngan poco2 ni.. klu x spi kena marah ngan peg la jawabnye..

      Tie – Asalnya ada isteri seseorang pemimpin (tak boleh beritahu, kang kena lekuk!), tertarik ketika nampak tarian ini di Indonesia. Lalu dikerahkan orang2 di bawahnya belajar dan menari sama. Sekarang dah merebak satu Malaysia! Tie tak pasti tentang salib tu, tapi…eloklah berwaspada.

    • September 3, 2009 at 11:19 am

      Oh ya, betul tu, saya yg lelaki ni pun segan alau di suruh menari di hadapan khalayak ramai. Tak sangka ramai yg selamba je.. he he

      Tie – Alaaa…… bukan setakat poco-poco je… Ada satu majlis formal, kami dikerahkan dancing bersama suami… hu hu… Tie berjaya menyorok. Suami Tie pun jenis kolot. Jadi, itulah kali terakhir Tie pergi ke majlis sebegitu. Serik!

  2. August 31, 2009 at 11:59 am

    Saya dapat juga emel ni Tie…tapi tak terlibat sgt dgn poco-poco ni…tak tahu sangat pun..sekadar tahu menyebut saja…

    Tie – Jie, biasa orang2 yang kerja dengan kerajaan je yang terlibat, termasuk isteri2 dan anak2. Setakat ini Tie tak pernah berpoco2. Alasannya, kaki kayu, ekekeke……Selalu terfikir, kenapa tak ambil tarian kaum2 di negara kita sendiri…buat malu je.

  3. Tirana
    August 31, 2009 at 12:01 pm

    Saya langsung tak tau pasal tarian poco-poco..tak pernah tengok pun macam mana tariannya..Selalu dengar orang sebut tarian poco-poco tapi tak tahu gaya tariannya..

    Tie – boleh tengok dalam youtube. Lagunya dari indonesia, lucu gak!

    • September 3, 2009 at 1:28 pm

      Come on Tirana, sure you tak tahu. Hits satu Malaysia tu.. ha ha. Start lagu mcm lagu barat ala Hip Hop, bila vocal masuk.. hancusss!!!! memang lawak.🙂

      Tie – Sebenarnya Tie terpaksa menahan ketawa setiap kali kaum2 ibu berpoco2 di depan pentas ketika ada majlis formal. Beberapa orang anak2 remaja mereka lari keluar, kerana malu lihat ibu2 mereka bergoyang2, ekekeke….. Di sini , diwajibkan…. tapi Tie berjaya meloloskan diri, hi hi….

  4. August 31, 2009 at 12:20 pm

    mcm tu plak ye kak..
    wanie x suka tarian tu..rs cm x kua peluh aje..
    baek wat arobik..
    tp kat opis wanie tu ade akk nie suka maen poco2..
    siap jd ketua poco2 lg..
    cm ne nk bgthu die erk??

    Tie – Kalau dia tu okay, boleh beritahu dia perlahan2….. Tapi jika dia terlalu taksub, mungkin dia tak dapat terima ‘berita’ ni… Hati2lah Wanie.

  5. August 31, 2009 at 12:23 pm

    Kita ambil … tapi kita tapis dengan iman. Boleh tak ?

    Tie – Hmm…. okay gak!

  6. August 31, 2009 at 1:34 pm

    ct ade gak terbaca psl ni dlm paper

    Tie – Ooo….ye ke ? Hmm… napa tak ada respond dari pihak yang berkenaan, ekk ?

  7. August 31, 2009 at 1:58 pm

    ni mesti sama kes dengan yoga.. untuk kesihatan tapi asalnya dari sumber yang meragukan..

    Tie – Entahlah Neeza, ada sumber yang mengatakan poco2 ni dari Indonesia, satu tarian untuk beriadah…. Tapi, alangkah baik kita guna tarian sendiri dan tanpa paksaan. Kami ni para isteri pegawai kerajaan kena paksa tau. Sebab tu Kak tie menyorok dalam rumah, hi hi..

  8. nahmy
    August 31, 2009 at 3:01 pm

    kena belajar menari zapin le lepaih ni…

    Tie – Tie sokong !!!

  9. August 31, 2009 at 4:01 pm

    Tie.. nasib baiklah nekcun tak minat tarian poco-poco nih!… memang dari mula dulu bila senamrobik banyak ditukar dengan tarian poco-poco, nekcun langsung tak pernah ikuti kerana tak suka tertonggek ke sana, tertonggek ke sini, baiklah nekcun jogging kalau nak buat exercise!… hehehe…

    Tie – Ye laa… Malu betul terutama body mokcik ni tertonggek sana sini, ekekeke…..

  10. Kak Long
    August 31, 2009 at 5:04 pm

    Wah, maklumat baru ni!
    Kena siasat……

    Tie – Bagus tu. Eloklah kak long siasat. Tie jumpa satu blog tentang tarian poco2 ni, di http://www.theminahasa.net/social/stories/pocopocoid.html

    Tapi kan…. kalau tak de kena mengena dengan salib tu pun, alangkah baik kita guna tarian kita sendiri…. Malu gak, orang indonesia sindiir2 kita, hu hu….

  11. zareda
    August 31, 2009 at 5:54 pm

    tie

    zar ada baca satu artikel lain, asrtikel ini hanyalah dakyah sahaja, tiada sumber sahih. Apapun kita amik yang baik dan buang yang buruk.. bak kata komen di atas.. kita amik dan kita tapis dengan iman.

    Tie – Ooo….ye ke ? Tak pe laa…. sekurang2nya dapat juga pandangan dari orang lain. Mekasihlah Zar….

  12. j M
    August 31, 2009 at 6:31 pm

    hoh..seb bek akak bg tau kalau dak mmg jm pon hampir terjebak dah dgn poco-poco nih..huhu

    thanks kak tie yg comeiii…🙂

    Tie – Err… kak tie tak pasti laa… sebab tu kak tie tepek artikel tu di sini….. Tapi, kita hati2lah, jangan asyik tiru orang je, hi hi…

  13. August 31, 2009 at 7:28 pm

    saya pun ada terbc gak kat fbook,,kwn sy gitau,,
    upe2nye memang btul la ek,,
    huhuhu,,,thanks ye kaktie,,

    Tie – Setengah orang kata tak betul, jadi…. kita hati2 la ya…..

  14. August 31, 2009 at 8:09 pm

    yeke? lagu die mmg best kan kak tie…pinggang patah2 tuh…ahahaha…
    tak pernah join tapi mungkin kite kena dgr pihak yg pebih arif confirmkan…macam diorg confirmkan yoga:)

    Tie – Ekekekeke……… Kak tie selalu tersenyum bila dengar lagu tu…. Tengah marah pun boleh senyum. Lagu poco2 tu kelakor laa….

  15. August 31, 2009 at 10:04 pm

    thanks for the info kak tie. bagusla kak tie blog pasal nie sbg info buat semua.. kadang2 kita tahu seronok je, asal usul benda yang kita seronokkan tu tak nak diambil tahu..

    bagi saya pula, saya tak pernah minat poco2 nie.. belly dance saya minat la. lagi sexxayyyh😛 hoho

    Tie – Uwaaaaa…………. belly dance ? Err……macam mana rupanya bila nono nari, ekk ??

  16. August 31, 2009 at 10:52 pm

    Akak Tie…..

    Ada jugak org kata……bukan sy kata tau. Poco2 tu tarian org MALAS!!!! Erkkkk, betul ke??

    Sy suka buat morning walk, aerobik dan tai ci. Tai ci ni lebih praktikal jika dibandingkan dgn poco2. Tai ci lebih berseni.

    Tapi lain org, lain kesukaannya,kan.

    Tie – Biasa orang ramai kaitkannya dengan senam robik. Tapi, bagi sesetengah jabatan kerajaan, kami isteri2 dan kakitangan kena joget poco2 ni atas pentas!! (bila ada majlis formal @ tak formal) Tu yang kak tie tak puas hati. Kena paksa,…..wajib! Kak tie selalu menghilangkan diri masa majlis tu.

  17. August 31, 2009 at 10:57 pm

    Assalamualaikum Tie,
    Kita ni dah merdeka lama, tapi masih dijajah dengan budaya orang lain.
    Nasib baik saya tak pernah berpoco-poco sebelum ini…🙂

    Tie – Sebenarnya bukan tarian poco2 je, banyak lagi budaya asing yang kita suka tiru. Contohnya dalam jabatan suami Tie. Ada majlis tertentu kena minum cara Inggeris bersama raja (wine- tapi guna ribena!) . Dua kali Tie kena pergi. Rasa macam bodoh je, sepatutnya kita baca doa selamat.

  18. August 31, 2009 at 11:16 pm

    Salam, pernah jugak join training untuk poco-poco ni, tapi kalau betul ada unsur-unsur keagamaan yang boleh merosakkan akidah umat Islam maka pihak Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan patut melihat tarian ini.

    Tie – Hmm……. pihak yang berwajib tu kekadang tersepit. Tengoklah isu yoga tu….. ramai yang tak boleh terima. Tentang poco2 ni Tie tak pasti, sebab tu Tie war2kan di sini. Cuba dapatkan pandangan dari pihak lain….

  19. syayassir
    August 31, 2009 at 11:21 pm

    ha ah lah, kalau betul haram, bagitau lah betul2…

    walau apa pun, saya sendiri tak berminat dengan poco2 ni, walaupun selalu juga ‘dikerah’ menari poco2 ni…

    Tie – Entahlah…… Samada betul atau tidak. Banyak perkara yang tidak betul dalam masyarakat kita ni. Kita kena yakin pada penilaian kita laa….. Kes yoga dan pengkid dulu tu pun ramai yang bantah.

  20. September 1, 2009 at 12:01 am

    sy pun kaki kayu gak kak tie, dan tak penah tau pun mcm mana cara tarian poco2 ni, tak penah tengok pun.

    Tie – Boleh tengok dalam youtube. Kak tie sukakan lagunya saja…

  21. September 1, 2009 at 5:50 am

    sy kerap buat senaman poco2 ni….personally sy enjoy dan mmg mengeluarkan peluh…sy ada dpt gak email psl menda ni…n dlm artikel yg sy terima tu…ada gak fakta2 yg x betul….

    pd sy…sy anggap ia cuma senaman utk kesihatan badan…peluh kuwar mencurah2…tentang bentuk gerakan yg mcm salib tu…ntah le kan…gerakan dia berbentuk T yg pastinya…yg pasti poco2 x heavy mcm aerobik…goyangan dia pun x seheavy aerobik tuh…

    Tie – Kalau setakat senaman tu tak pe laa…. Tapi, di jabatan suami kak tie, para isteri, anak2 juga dikerah, joget depan pentas masa majlis tertentu…. Kena paksa laa…. kak tie selalu menyorok. Malu laa……, jadi tontonan orang ramai. Sesetengah budak2 remaja, ketawakan ibu2 mereka, ye laa… body pun dah kembang.

  22. September 1, 2009 at 11:04 am

    sy nampak poco2 nie mcm joget lambak aja…

    Tie – Eh… joget lambak lagi best! Kurang2nya budaya kita.

  23. ain
    September 1, 2009 at 2:46 pm

    nasib baiklah sy mmg tak tau poco2 ni wlu pun tgh popular. hubby lg best, siap tanya saya..poco2 tu resipi ke..????hehehehe

    Tie – Biasanya kakitangan kerajaan je yang didedahkan dengan poco2 ni…. hubby ain tu ingat makan je, ya… ekekeke…..

  24. Kin
    September 2, 2009 at 1:04 am

    Selalu dengar pasal tarian poco-poco nih..macam glamer plak traian nih. Tp, tak pernah tgk plak camane gayanya. Apa2 pun, memang salah pun, kalau yg perempuan goyang2 badan depan penonton lelaki.

    Tie – Cuba cari dalam youtube.
    Tu laa… kita ni dah masuk senja pun disuruh joget depan orang ramai. Malu betul! Depan suami pun malu nak goyang2 body, inikan depan lelaki lain, hu hu….

  25. September 3, 2009 at 7:52 am

    sy xtau camne tarian poco2 ni
    ciken dance tau la hehehe

    adik sy yg tau poco2
    psl skolah dia buat
    mcm lawak pun ada bila suruh dia poco2 dpn sy psl sy nak tgk hahahaha

    Tie – Hi hi…. kalau setakat senaman aerobik tu tak pe, ni majlis formal pun kena poco-poco… dah melampau laa….

  26. September 21, 2009 at 11:17 am

    Melayu = Suka tiru

    inilah slogan yag kene buang dari minda orang Melayu.Orang pompuan lagi suko tarian ni,konon menyehatkan badan. Tanpa fikir dan kaji.

    Tie – Hmm….begitulah hakikatnya. Kalau yang baik2, susah pulak nak tiru, ya…..

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: