Bingkisan dari Jauh

Alhamdulillah……..

Sungguh tak disangka, persahabatan di alam maya ini benar-benar bermakna buat diri Tie.  Buat pertama kali Tie menerima sesuatu yang manis dari Kedah. Sebenarnya Tie rasa malu dan serba salah. Tak suka menyusahkan sesiapa pun. Namun dia bersungguh-sungguh ingin mengirim buah tangan ini.

Bingkisan dari Zyma

Hmm……. Oleh kerana puasa, Tie cuma dapat belek-belek je laa…he he.. Semuanya Tie suka. Tolak batu dan kayu je, ekekeke…….. Tapi Zyma, kuih bakar (bangkit) ni memang selalu Tie cari-cari tiap kali raya. Selalu pesan kat adik untuk belikan dari Johor. Cakar ayam tu pula mengingatkan Tie semasa kecil-kecil dulu. Selalu beli dan makan bersama kawan baik, Azie ( di kampung Melayu, JB). Terkenang pula kisah lama, hi hi…

Terima kasih Zyma, terima kasih semua, kerana bukan saja menjadi tetamu istimewa di blog ini, tetapi teman-teman yang menyenangkan Tie selama ini. Akan Tie abadikan semuanya di memori ini, insyaallah.

Psst – Mohon maaf kerana tak sempat nak jenjalan ke blog teman-teman. Nak balik kampung 2-3 hari ni.

40 Comments (+add yours?)

  1. kuina
    Aug 27, 2009 @ 12:38:02

    cakar ayam tu rangup & manis.. sy suka..

    Tie – Tak bukak lagi ni, sayang pulak, hi hi….

    Reply

  2. INTAN
    Aug 27, 2009 @ 12:49:33

    sedap2 belaka….selamat balik kg kak T..sy pun nk balik kg since cuti panjang weekend ni..

    Tie – Baru balik ni… letih gak ! Mudah2an Intan sekeluarga selamat….

    Reply

  3. Aykay
    Aug 27, 2009 @ 12:54:30

    nampak ranggup je semuanya

    Tie – Memang suka makan yang rangup2 ni.

    Reply

  4. Mak Su
    Aug 27, 2009 @ 13:04:03

    amoib, cakar ayam, kesukaan maksu , selamat balik kg ya Tie

    Tie – Tie dah selamat balik ganu. Ooo…maksu pun suka, ekk.

    Reply

  5. maza
    Aug 27, 2009 @ 13:20:04

    woo zyma.. buat pakatan rahsuah yea.. huhuhu siap menyeberangkan kuih muih raya kat Tie yea.. huhuu

    pakatan nak jatuhkan den lah tu.. huhuhu

    tak adil! den nak jugak…uwakkkkk..

    Tie – Uwaaaa…….. dah agak daaa………. ada orang jeles !!! :mrgreen:

    Reply

    • Zymazara
      Aug 28, 2009 @ 05:43:19

      Deyyy Kanda Maza…..

      Tak baik woooooo ekau cakap den buat pakatan rasuah b`sama Kak Tie.
      Ekau nak sama ekkkk?? Kasik address kat den…..nanti den hantor kek ekau nun di sano haaa.

      🙂

      Tie – Maza tu jeles laa…..ekekeke……

      Reply

  6. azmamusa
    Aug 27, 2009 @ 13:36:15

    wah…sedapnya… nak jugak..

    Tie – Meh la sini….

    Reply

  7. Kujie
    Aug 27, 2009 @ 13:59:11

    Tie…. teringat zaman dulu2….buat kuih siput..itu saja resepi yang mudah..hehehehe

    hati-hati dijalanraya Tie…

    Tie – Ooo….. suka gak kuih siput tu… Laju je makan, hi hi…

    Reply

  8. cpj
    Aug 27, 2009 @ 14:50:02

    meleleh selera melihat kuih-kuih tu…hati-hati di jalan raya menjelang musim balik kampung!…

    Tie – Sabor je laa, hi hi….

    Blog cikgu tu, kak tie tak boleh nak komen laa… dah banyak kali bukaki, pastu pc jadi hang pulak !! Nanti bila okay Tie datang komen, ya…

    Reply

  9. Pearls
    Aug 27, 2009 @ 14:50:52

    best nyer ada kwn yg baik gitu..

    nampak sedap jer..

    paksa beli utk diri sendiri..

    hehe..

    selamat bercuti kak..

    Tie – memang sedap!! Takkan tak de abang…. boleh manja2 tunjuk itu ini, ekekke…

    Reply

  10. wanie
    Aug 27, 2009 @ 15:04:05

    cm bes je kn??akk dr mkn??msti sdp..terliur wanie die wat nyer..huhu

    Tie – Ooo…. sedap tau !! Terutama bila ada orang bagi free, ekekeke………

    Reply

  11. kenari
    Aug 27, 2009 @ 15:36:17

    kak tie…kuih2 tu sentiasa ada jual kat kedah ni especially kat Pekan Rabu

    p/s zyma beli kat Pekan Rabu ke…mcm2 ada kat situ kan la ni

    Tie – Ooo….bestnya… Kat ganu ni ada gak, tapi lagi sedap bila ada orang belikan, ekekeke….

    Reply

    • Zymazara
      Aug 28, 2009 @ 05:48:04

      Kenari,errkkkk mcm tahu je kat mana sy beli kuih2 tu ekkkk. pakai teropong ke ngintip sy?? Hihihihi…..

      Pekan Rabu tu la tempat terdapat jualan kuih2 tradisional. 🙂

      Tie – Ha ha ……zyma kantoi ke ???

      Reply

      • kenari
        Aug 28, 2009 @ 10:16:48

        Zyma, tiap2 hari balik keje sy lalu dpn Pekan Rabu. Ptg smlm singgah beli serunding daging wat teman nasi time bersahur

        Tie – Kak tie pun ada beli serunding daging. Tapi belum makan lagi… ingat nak bawa balik ke kota tinggi.. Mak dan ayah suka makan.

        Reply

      • Zymazara
        Aug 30, 2009 @ 21:06:31

        Tak kantoi,Kak.
        Tapi apa yg Kenari teka tu mmg betul. Kat Pekan rabu tu la tempat jualan makanan tradisional negeri Kedah yg amat luas dan pelbagai jenis.

        nak harap sy uli dan buat….lusa baru boleh siap. Huhuhuhuhuh…..

        🙂

        Tie – He he…..
        Kak tie tahu, Zyma lebih pandai uli rambut dan muka client tu, ekekekeke………

        Reply

  12. juliet
    Aug 27, 2009 @ 15:51:38

    berkawan biar seribu kan, tu lah faedahnya.

    Tie – Betul betul betul…!!!

    Reply

  13. ain
    Aug 27, 2009 @ 16:06:52

    bestnya kak tie!!! untung ada kawan maya yg baik cam tu!!

    Tie – Memang kak tie rasa beruntung!! Dapat kawan2 baik di sini. Semuanya mesra sekali, hehe… macam pernah jumpa je…

    Reply

  14. chekdenoor
    Aug 27, 2009 @ 16:41:07

    Wah…..rezeki jangan ditolak……. bestkan dapat oleh-oleh dari teman.

    Tie – Memang suka sangat, bila dapat sesuatu dari teman….hi hi..

    Reply

  15. Indah Cuma Seketika
    Aug 27, 2009 @ 18:07:50

    alhamdullilah rezeki Kak Tie… orang yang baik seperti Kak Tie pasti mempunyai teman yang baik hati untuk mengirimkankan bingkisan ini…kuih bangkit tu mungkin yang berwarna putih, dan yang lainnya kuih apa tu…? maaf tak tau…

    Jangan kata gitu dik. Adik belum kenal lagi kak tie ni. Kak tie ni banyak sangat kelemahan. Mungkin kak tie patut rasa bertuah punya teman2 yang perihatin di sini.

    Reply

    • Zymazara
      Aug 28, 2009 @ 08:03:34

      Iindah Cuma Seketika (ICS)

      Kuih yg bersimpul di tepi Kuih bangkit/bakar tu namanya Popiah Pintal atau Simpul Kasih. Yg mcm berpintal2 tu namanya Kuih Ikan Bilis Pintal, and the last one is Cakar Ayam.

      🙂

      Reply

  16. bozzo
    Aug 27, 2009 @ 23:53:50

    bozzo suka cakar ayam tuh…tapi tak leh makan bnyak sakit gigi…

    Tie – Aaii ? Muda lagi dah sakit gigi ? Jaga baik2 gigi tu, nak pakai lama tau… Lagi pun belum kahwin lagi, ekekeke……..

    Reply

  17. zino
    Aug 28, 2009 @ 01:11:15

    selamat balik kampong…

    Tie – Dah pun selamat balik ganu… 😛

    Reply

  18. Kakak
    Aug 28, 2009 @ 01:47:53

    Salam buat Tie,
    Selamat pulang ke kampung. Tentu seronok tu..
    Kuih cakar ayam dan kuih bangkit tu memang kuih kegemaran saya.

    Tie – Tie dah pun selamat balik ganu ni… Kuih2 tu memang sedap. Terutama bila makan depan tv, hi hi…

    Reply

  19. Zymazara
    Aug 28, 2009 @ 05:54:36

    Salam Kak Tie…..

    Thanks sbb buat n3 mengenai bingkisan dari Kedah nihhhh. Mulanya ingat nak beli kuih karas yg dimasak on the spot dan panas2 di Pekan Rabu tu, tapi bila difikir2 masa nak pos tu….mesti jadi HANCUR LEBUR….jadi tepung semula.

    Semua tu tak susah la,Akak. Sesiapa yg sy suka dan sayang, pasti sy akan hadiahkan sesuatu sbg TANDA PERSAHABATAN. Mmg sy mcm ni orgnya…

    Sy harap Akak dan family sudi terima bingkisan dari sy yg tak seberapa nihhh. 🙂

    Hati2 di jalan raya ye….take care.

    Tie – Kak tie dah makan kuih ikan bilis simpul tu…. Hmmm…yum yum….!!! Mekasih dik !!

    Reply

  20. zareda
    Aug 28, 2009 @ 07:27:04

    Tie

    jom kita balik kampung…

    Tie – Zar balik kampung juga, ya….. selamat kembali…

    Reply

  21. syayassir
    Aug 28, 2009 @ 09:57:37

    syoknya dapat kuih…
    saya pun nak balik kampung…
    semoga dipermudahkan perjalanan pergi dan balik… 🙂

    Tie – Dah selamat balik pun, hehe…

    Reply

  22. irfat
    Aug 28, 2009 @ 12:48:20

    selamat berbalek kampung,,
    =)

    Tie – Mekasih…. dah selamat pun.

    Reply

  23. izan
    Aug 28, 2009 @ 13:42:08

    k tie….

    bak lar cikittttttttttttttttttttttt………………. huhuhu…

    Tie – meh la sini…… kalau tak kak tie telan semua, ekekeke……

    Reply

  24. nekPP
    Aug 29, 2009 @ 07:45:34

    ooooooooooooooooooooooooo mokcik balik kampong!!!! yeyyy..
    mokcikkk share boley takk kuih raya itewwww ahaks..

    Tie – Boleh share…. Tapi mokcik makan sorang, waaakakaa…….

    Reply

  25. cikwan
    Aug 29, 2009 @ 12:07:56

    kak tie,,bestnyer dapat ole2 ek..kiter nk kenai gak la dgn kak zyma nih..kekekekee…sedap tu wat gigit2…ader lg x tu ka tie..ke dh yilek…ngehehe

    Tie – Ooo….memang best gigit2 macam tikus tu, ekekeke…… Pergilah ke blog Zyma tu…. manatau dapat cakar ayam pulak, hi hi…

    Reply

  26. zino
    Aug 29, 2009 @ 12:46:18

    dah banyak kueh raya ke?

    Tie – Tak buat kueh raya. Nak cari kerepek je……

    Reply

  27. Ismail N
    Aug 29, 2009 @ 14:14:20

    Wah dah lama tak rasa benda-benda ni. Balik kampung selalu lupa nak cari. Maklumlah masa terhad. Jumpa family dulu lebih afdal. Btw, maybe tak terlalu lambat ucapkan selamat berpuasa.. ha ha dah lama tak jelajah blog. Baru nak start balik ni. Best wishes.
    P/s: ada blog baru http://passionateaboutblogging.com/bm/ tengok-tengok lah. 🙂

    Laa…..

    Ismail ni macam biskut chipsmore laa….

    Kejap ada, kejap tak ada, ekekeke……..

    Teringat masa kecik2 dulu, habiskan kuih bawang tika raya kat rumah sedara mak. Teruk kena jeling dengan mak. Naik seram gak!

    Reply

  28. Adila
    Aug 30, 2009 @ 00:59:22

    haaa.. kalau sedap nnt dtg la alor star hehe
    boleh pegi pekan rabu 😛

    Tie – jauh la adila….. Adila nak sponsor tiket flight ke ? Nanti kak tie pack, ya, hi hi…

    Reply

  29. ima
    Aug 30, 2009 @ 06:06:49

    salam kak tie…
    wah…seronoknye bila dapat sesuatukan…tapi orang baik macam kak tie ni memang layak menerimanye…
    ooo balik kg lagi…seronoknyeeeee
    tapi balik kg mana tu..selatan ke timur…

    Tie – Kak tie balik Kelantan. Raya ni nak balik Kota Tinggi. Suami kalah undi, ekekeke…..

    Kak tak de la baik sangat. Selalu gak tersumbat!

    Reply

  30. pakcikli00
    Aug 30, 2009 @ 19:05:55

    Asalamualaikum

    Baik hati sungguh orang utara ni no, pakcik pun habis tempoh masa bekabong nanti nak cari orang utaralah, ohya pakcik bulan puasa ni makan kueh bulan puasa, biak rasa selesa, hari raya baru makan kueh raya barulah rasa bergaya, tapi berulamkan air mata maalum le….

    Terima kaseh salam hormat.

    Tie – Berkabong ? Pakcik kehilangan orang yang tersayang ? Moga2 pakcik dapat penggantinya. Jangan sedih-sedih, ya….

    Reply

  31. cheryna
    Aug 30, 2009 @ 21:05:00

    sedap! kak tie bile nak anta adiah kat sha:P

    Tie – waaakakaaa………. kak tie tengah tunggu Sha antor kak tie adiah dulu, hi hi..

    Reply

  32. Kak Long
    Aug 30, 2009 @ 23:13:16

    Salam Tie,
    Wah..Zyma antar bingkisan pada Tie rupanya.
    Dah habis ke makan kuih2 tu Tie…hish..tak ingat nak kenyit2 mata kat kak long ya!

    Tie – Tinggal 2 bungkus lagi. Sayang pulak nak makan, hihi…

    Reply

    • Zymazara
      Aug 31, 2009 @ 06:53:30

      Nanti sy hantar utk Kak Long pulak ye…..
      Doakan sy panjang umur dan murah rezeki ye,Kak Long.

      🙂

      Tie – He he…… Zyma ni memang murah hati !!

      Reply

  33. Blog Resipi
    Aug 31, 2009 @ 04:09:50

    Salam Kak Tie..nak balik kampung ek… selamat bercuti.. berbuka kat kampung mesti best 🙂

    Tie – Salam dik. Dah balik ganu pun…. Memang seronok balik kampung, walaupun kampung suami, hihi..

    Reply

  34. Kak Long
    Aug 31, 2009 @ 09:01:23

    wah, wah…ada orang nak hantar kat Kak Long!
    Sukanya, sukanya!
    Memang baik hati betul Zyma ni ya Tie.
    Selalu doakan Zyma dan kawan-kawan semua.

    Tie – Hi hi….. bertuah dapat sahabat2 begini. Tie doakan agar Zyma, dan semua teman2 dimewahkan rezeki, bahagia dunia dan akhirat. Amin…..

    Reply

Leave a reply to Kakak Cancel reply