Home > kehidupan > Tukang Gunting kaya !

Tukang Gunting kaya !

image001

SULTAN HASSANAL BOLKIAH

LONDON – Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sanggup membelanjakan £15,000 (RM86,497) bagi membawa seorang tukang gunting rambut dari sini ke Brunei, lapor akhbar Sunday Times kelmarin.

Baginda menyewa suite peribadi sebuah pesawat bagi membolehkan tukang gunting kegemarannya, Ken Modestou tidak bercampur dengan penumpang lain kerana bimbang dia dijangkiti virus selesema babi.

Sultan Brunei merupakan antara manusia yang terkaya di dunia dengan kekayaan bernilai £12 bilion (RM69.15 bilion) menggunakan khidmat Modestou sejak 16 tahun lalu.

Dia bekerja di sebuah kedai gunting di Hotel Dorchester di Mayfair, tengah London. Pada setiap tiga atau empat minggu, dia diterbangkan ke Brunei dan diberikan penginapan selama beberapa malam selain upah ribuan dolar sebelum balik ke London.

George Kadi yang bertugas dengan Modestou memberitahu: “Dia kerap ke sana. Sultan menerbangkan dia dengan kelas pertama pada kos £9,000 (RM51,873).

“Semuanya ditanggung iaitu hotel dan makanan mewah, asalkan dia mahu pergi ke Brunei.”
Caj biasa yang dikenakan untuk menipiskan rambut di kedai Modestou ialah £30 (RM172.87).

Kadi berkata, Sultan Brunei yang berusia 63 tahun itu membayar Modestou melalui sekeping sampul surat yang agak tebal tetapi penuh dengan wang tunai. – Agensi

Sumber- dari email…(Diharap penulis sebenar tak marah, ya…boleh tampil mengaku, mokcik sedia letak link)

Err…………..Agak-agak berapa yuran untuk kursus gunting rambut ni ? Mokcik nak start belajar laa…….. manalah tau dapat pelanggan kaya, ekekekeke……………😆

.

.

  1. August 25, 2009 at 2:05 pm

    aiseh…

    kaya siot….

    sungguhlah kaya…

    kayanya..

    apa lagi daa komen soal kaya nie..

    bestnyer banyak duit…

    Kak Tie – Amboi……bila sebut kaya je, laju benor Pearl datang, ya, ekekekeke…….

  2. ain
    August 25, 2009 at 2:16 pm

    bila dh teralu kaya…gitu ler!!! bila ler sy nak jd terlalu kaya gak ekh.??kihkihkih

    Tie – Alaaa…….. Ain toksahlah kaya sorang-sorang… Nanti boleh ambil Tie jadi tukang gunting, ya… hi hi….. Sultan Brunei tu permurah orangnya. Rakyatnya masuk U pun dia tanggung. Kalau Tie pun nak sedekah banyak-banyak….

  3. August 25, 2009 at 2:24 pm

    tie nak join gak la….

    Tie – Boleh…boleh…😛

  4. August 25, 2009 at 2:24 pm

    fuh…sampai camgitu sekali orang yang ada duit nye kehidupan kan..sanggup berbelanja besar untuk gunting gambut jek…

    Tie – He he… duit dia tak abis makan laa…. Alhamdulillah…..

  5. August 25, 2009 at 2:27 pm

    kak T jumpa tempat nk ambik kursus belajo potong rambut nti inform saya…
    nk joint jugak…

    Kak Tie – Boleh ! Intan belajar gunting misai, kak tie ambil kursus gunting jambang !! Waakakakaa………..

  6. zareda
    August 25, 2009 at 3:10 pm

    Ya Rabbi..

    bertuah badan…

    Tie – Dua-duanya bertuah,😛

  7. August 25, 2009 at 3:47 pm

    Waduhhhhh…tu blom tahu gaji tukang jahit baju sultan brunei lg tuh. Mau jutawan jugak diorg tuh. haha

    Tie – Semestinya….. Sultan Brunei ni memang permurah..hihi…

  8. August 25, 2009 at 4:52 pm

    hush! nak jadi tukang gunting gak lah

    Tie – Boleh….boleh…😆

  9. August 25, 2009 at 6:23 pm

    bestnya keja tukang gunting tu…inilah dinamakan rezeki manusia…siapa tahu?..Tukang gunting bergaji besar…wow…

    Tie – Memang beruntung kalau sesiapa punya bakat menggunting rambut ni… sekarang ni upah gunting dah mahal.

  10. August 25, 2009 at 10:35 pm

    Salam Akak Tie…..

    Kursus gunting-menggunting rambut tu ada yg 6 bulan, ada jugak sampai 12 bulan.
    Depends kita pilih level yg bersesuaian dgn kemampuan diri kita.
    Jika amik course di private institute, bayarannya lebih kurang RM5 RIBU.
    Jika amik course dgn Pusat GIATMARA….murah je. A few hundred (for long-term course = 12 months). Week-end class pun ada. Tapi kene tanya pejabat MARA…sbb lain tempat, lain tarikh dan hari yg diadakan.
    Jika amik course di Kolej Komuniti….sy rasa lebih kurang mcm di Pusat GIATMARA.

    Dulu sy pernah amik course hairdressing and make-up artist dgn seorg make-up artist yg b`khidmat utk Berita TV3 dan beberapa buah drama dlm SAMARINDA TV3. Bayarannya lebih kurang a few thousand gak la. Sy cope-up utk 30 days.
    Now dah ada saloon sendiri, sy pulak turunkan ilmu kat pekerja. 🙂

    Mmg boleh make money dgn skilled-work. Boleh tersenyum tau bila hujung bulan. LUMAYAN,Kak.

    Tie – Tu laa… malangnya kak tie ni tak de bakat dan minat. Biasa gunting rambut anak2 je.. tu pun macam kena gigit tikus, ekekeke…….. Bagi peluang kat budak2 muda laa…
    Zyma banyak duit, ya ? Hi hi…. sayang Zyma….ekekekeke……….😆

    • August 26, 2009 at 9:22 pm

      Sy guna savings utk belajar hairdressing course. Bagi sy, zaman pd hari ni terlalu byk pesaingan dlm pekerjaan di jabatan gomen mahupun private. lagipun sy dah letih keje bawah org. Sy nak cari sesuatu yg baru dlm hidup.

      Duit boleh dicari, tapi ilmu sukar utk kita dpt kalau tak cari yg betul2. Sy tak kesal buat keje sebegini sbb sy puas hati dpt mengubah kaum wanita jadi cantik dan kemas. Sy buka saloon utk wanita semata-mata…..tidak ada seorg lelaki pun yg sy kasik langkah masuk ke dlm saloon even MY HUBBY. Kadang2 dia nak langkah masuk….
      sy pun cakap kat dia ” haipppppp….aiiipppppp…NO, NO,NO!!!”

      Tapi knowledge perlu tinggi la ttg rambut, masalah rambut, cara nak rawat rambut dan segala bagai.

      Tie – Kak tie bangga dengan Zyma. Berusaha sendiri untuk maju. Dan tegas pulak tu. Kalau dekat boleh gak kak tie pergi Saloon Zyma. Kak tie ni terpaksa gunting rambut sendiri di rumah (suruh anak2 atau suami) , sebab takut nak ke saloon. Tak percaya, takut ada lelaki masuk , hu hu…

  11. August 25, 2009 at 10:42 pm

    Sy dah pos pun barang 2 utk Akak pagi tadi dgn POS LAJU. Nanti jika Akak dah terima, pls do let me know,k.🙂

    Details :
    NO ITEM : EN 2094 28962 MY
    Date sent : 25-08-2009 (Tuesday)
    Status : Parcel

    Take care.🙂

    Tie – Ooo…..terima kasih laa…. sampai nanti kak tie beritahu, ya.😛

  12. August 26, 2009 at 5:06 am

    Rezeki dia betul…

    Sultan Brunei pun duit tak habis agaknya.. mehlaa campak kat kita ni sikit nak sambut raya ni.. heh

    Tie – Kalau dia campak duit, kak tie dulu lari2 kutip !!! Waakakaka……

  13. August 26, 2009 at 10:32 am

    dapat jadi tukang sapu istana pun takpe lah,hehehe. kalo kts tgk gambar kekanda dia tgh senyum ni mau meroyan budak tu,hahahhaa.

    Tie – Hi hi…. Alhamdulillah… mudah-mudahan berjaya la , ya… ekekeke…..
    Ooo…. tak tahu pulak kts tu minat kat dia . Waaakakakaa………..

  14. August 26, 2009 at 11:36 am

    Uih… su mmg selalu rasa gayat bila baca kisah sultan Brunei ni…
    ngapa la Brunei tak join Malaysia dulu…

    Kak Tie – hi hi…. kalau Brunei join Malaysia, tentulah hilang kekayaannya…

  15. August 26, 2009 at 1:30 pm

    wah..bestnye kalau sultan brunei jadi my client..pergh..

    Tie – Hmm…. jadi bodyguard dia pun dah okay tau!

  16. August 26, 2009 at 2:55 pm

    Saper2 nak trim bulu idung, meh sini!

    Saper2 nak trim bulu ketiak pun meh sini! huhhu

    caj satu lubang dan satu lengan tak mahal.. cuma RM55 ribu sahaja.
    meh ler.. sempena raya, den bagi diskaun -20%… ada berani?!

    wakakakka

    Tie – Oooiitt !! Kita tak ingin !! Bagi sejuta pun tak terliur laa………….uwaaaa……

  17. August 27, 2009 at 3:03 am

    bertuah badan..

    Tie – Memang bertuah la Abg Din

  18. August 27, 2009 at 6:10 pm

    bertuahnya tukang gunting ni…adik sendiri orang Brunei tak tau Sultan kita orang mempunyai tukang gunting khusus…. dari England lagi tu…. pembaziran pembaziran…

    Tie – He he….. dia terlalu kaya, kerana itu dia tak rasa ianya satu pembaziran. Kalau adik kaya macam tu, bagaimana ya ?

  19. Frina
    October 18, 2010 at 7:27 pm

    it really very a waste ,even my hair cut only take up to RM 12 only

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: