Home > kehidupan > Mimpi lagi

Mimpi lagi

Subahanallah………. entah kenapa, setiap kali bulan Ramadhan menjelma, mulalah mokcik ni mimpi yang pelik-pelik. Dah lama benar tak mimpi, namun selepas solat subuh, tadi Tie terlena dan bermimpi. Mimpi ular besar (mungkin panjangnya lebih setengah km).


dare-to-dream(

Tak jumpa gambor makcik comel, ekekeke….)

Mula-mula Tie dan anak bongsu tu berada di suatu resort. Bila ternampak ular besar tu, kami ramai2 (bersama pengunjung yang lain cuba melarikan diri). Tie jadi panik, tak tahu nak tuju ke mana kerana nampak ular itu menyusur ke arah kami.

Salah seorang pengunjung resort tu menarik kami ke rimbunan buluh, dan kami pun bersembunyilah di situ. Tie memeluk anak bongsu , menutup matanya dan menyuruhnya diam. Ular itu semakin dekat, dan dengan sekelip mata, ia memakan beberapa orang yang berdekatan dengan Tie.

kb63vq

(Ular ni menakutkan…. ular Tie lagi cantik laa….)

Tie tergamam, bila ular itu terus memandang tepat ke arah Tie. Rupanya cantik, berwarna hijau keemasam. Matanya bercahaya tetapi tidak berkelip. Tie terus melaungkan ‘Allah’ tanpa henti dengan perasaan redha.

Yang peliknya ular itu merenung Tie agak lama, kemudian menggeselkan mukanya ke pipi Tie… (ingat nak ngap tadi, hu hu..), Pipi terasa pedih oleh  sisiknya yang tajam….. Macam betul laa…..

Lepas tu ular tu terus berlalu dan makan orang lain…. Kira terselamat laa…. Adoi.. mokcik ni dah kawin, ada anak lagi, takkan ada orang datang meminang kot !! Waaakakaaa………….

Seingat Tie, memang dah lama tak tengok cerita kisah ular ni. Dari mana pulak datang ular, ya… Setan pun dah dirantai…. hu hu…

Psst – Saja nak kongsi mimpi, ekekeke…………(ular pun pandai laga pipi, hi hi )

.

.

Categories: kehidupan Tags: ,
  1. framestone
    August 24, 2009 at 11:17 am

    nie mimpi dapat jodoh ke dpt menantu nie huhu

    out of topic–> atu family minat memancing huhuhhu

    wow besar tue huhuhu… kite dh lupe la ade pncing besar ke x…nmpk cam saiz standard je huhu…

    Kak tie – Jodoh tu tak mungkin. Menantu jauh sekali. Bulan puasa ni letih kot, jadi mimpi pun merapu je, hehe…

  2. zareda
    August 24, 2009 at 11:19 am

    tie

    mimpi ni mainan tidur jer.. lagi pulak tidur lepas sunuh… hikhikhik

    Tie – Hi hi…. rasanya begitu la…

  3. August 24, 2009 at 11:29 am

    nk dpt menantu kot kak T…

    isk…geli geleman pulak sy….sy paling fobia dgn ular…huhuhu…

    Kak Tie – Kalau dapat menantu bagus gak. Boleh suruh kemas rumah yang berselerak ni. Time cuti sekolah rumah macam pasar je, hu hu…

  4. tirana
    August 24, 2009 at 12:20 pm

    Mimpi ular ni selalunya berkait rapat dengan sihir. Dulu kawan saya pernah mimpi ular tapi ular tu warna hitam dan ular tu pun tak mengapa-apakan dia..Tak lama lepas tu dapat cerita yang dia terkena sihir..ada orang hembus-hembus kononnya..hehehe..Orang tu dok suka kat dia tapi kawan saya ni dah kawin.

    Tie – Err….sihir ? Tak mungkin kot. Bulan puasa ni ada ke jin jahat ? Lagipun Tie tak de musuh laa…. agaknya laa…. hu hu.. takut pulak !

  5. kutaksempurna
    August 24, 2009 at 12:26 pm

    dah lama tak mimpi ular ni….
    teringi plak nak mimpi kena patuk… hihihi…. mimpi tau… bukan kena patuk betul2… errrr… takuuuttt

    tido basuh mulut ke tak?? hikkkssss

    Tie – amboi….. tak sabor2 nak mimpi ular patuk, ya…. Mama dulu tak mimpi pun ular patuk. Mimpi betul2 papa datang nak nikah, ekekeke…………..

    Basuh mulut ? Ooo….. lupa lak !

  6. August 24, 2009 at 12:50 pm

    alahai kak tie, laga pipi dgn ular…meremang bulu roma. dengar perkataan ular pun saya dah lain macam…
    nak dpt menantu kot kak tie hihihih….

    Kak Tie – Tu laa… Kak tie pun takut dan geli kat ular.
    Menantu ? Lama lagi laa…..

  7. August 24, 2009 at 1:15 pm

    menurutnya ahli nujum pak belalang…

    “erk! oleh kerano org suruhan den pun samo keno rantai, jawab eh, lopas ramadhon jo lah boleh tahu tafsiran itew” huhuhu

    Tie – Yang kita tahu setan memang kena rantai. Jin macam mana, ekk ? Sebab subuh tadi, Tie nampak kelibat putih …first time setelah tinggal di rumah ni selama 4 tahun. Tak de la rasa takut, tapi musykil laa…. Tie tak pernah nampak benda2 gini, kecuali masa kecik dulu.

    • maz
      August 24, 2009 at 4:25 pm

      uiks! ekau ado mato telus ko? huhuhu..

      jangan lupo, kala ni gak roh2 dari alam barzakh dilopaskan..
      kedua eh, ado malaikat tengah khusyuk renong2kan ekau.
      yg ketigo eh, kek Lailatul Qadar dah sampai kek Ulu Terengganu dulu kot?

      hmm

      gasaklah.. huhuhu

      Tie – Oooo….gitu ke ? Takut lak hu hu…..

      Lailatul Qadar ? Err….. belum sampai waktunya…. tunggu 10 Ramadhan terakhir…hihi..

  8. August 24, 2009 at 1:45 pm

    Ular!! berdiri bulu roma sy baca citer mimpi kak tie nih. asalnya ular tu mmg nk ngap kak tie 2 beranak kot, tapi bila dia lihat terpancar cahaya keibuan kak tie melindungi anak kak tie tu makanya dia pun jd cair, tu yg gesel2 pp kat tie tu…minta dibelai gak kot. seghiauuuuu…!!!

    Kak Tie – Pandai betul buat tafsiran, ya…. waaakakakaa…………..!!

    • August 24, 2009 at 4:27 pm

      Terpancar cahaya keibuan ke hapa,.. ular tu sebenarnya berkira2 .. “muat ke kalau aku ngap makcik comel ni?” habis perkiraan, dia cakap, “elok aku makan org yg kurus sikit… tak ler sangkut kat tengkok aku ni, buat beratkan perut aje”..mcu tulah lebih kurang ular itu bagi tau kat maza secara diam2.. huhh

      apa mcm Tie, maza punya tafsiran ada betul ke? wakakakkaa

      Tie – Uwaaaa…………..

      Pokcit jahat !! Kita saiz S tau !! Hu hu…..

      • August 24, 2009 at 5:41 pm

        ehhh ehhh incik maza ni tak baik tau usik2 kak tie cmtu, kecik hati kak tie tuuu. tapi kan nk dekat raya nnti pandai2 la incik maza ambik hati kak tie semula yeeee😉

        Tie – Betul tu ! Hati ni dah kecik benor, hu hu…. Nanti kak tie upah kenari ayam madu, ya… kak tie baru sudah bakar ni, ekekekeke…….

  9. Kak Long
    August 24, 2009 at 1:56 pm

    Mimpi ular laga-laga pipi lagi…
    Tie, ni mestia ada secret admirer???
    Siapalah agaknya tu ye Tie? huhuhu…

    Tie – Uwaaa……….. secret admirer ?

    Dari kecik sampai tua ni memang Tie pasti tak de, Kak Long oooiii…!!

  10. August 24, 2009 at 1:58 pm

    carikla ular sekor wat haiwan pliharaan,,
    bley laga2 pipi salu,,hik3,, =)

    Kak Tie – Oooiitt ! Kak tie takut ular laa…. hu hu…

  11. August 24, 2009 at 3:31 pm

    Pelik jugak kan K’Tie, mimpi ular2 nie.. Kkdg mimpi nie mainan tidur, InsyaAllah niatkan dlm hati smoga mimpi tue smua hnya mimpi..dn sekiranya ada petanda, biarlah perkara2 yg baik2 saje akan berlaku..

    insyaAllah k..🙂

    Kak Tie – Hi hi…. mungkin mainan tidor la tu. Kak tie terlalu penat, jadi mimpi pun merapu je, ekekeke………. Tapi, kak tie dah check, petandanya baik je….

  12. ain
    August 24, 2009 at 3:43 pm

    takutnya mimpi ular. saya pernah gak mimpi ular. ngeri!!!! cuba akak tanya ngan org2 yg bijak pandai psl mimpi..mana tau dia boleh tafsirkan.

    psst…buka apa hari ni..???

    Kak Tie – Ekekekeke………. Kak tie baru je bakar ayam madu. Pastu daging bakar. Kejap lagi nak masak tomyam udang !!

  13. August 24, 2009 at 3:43 pm

    dh ler main laga2 pipi…
    sempat pulak ular tu tukar channel pi makan org lain..

    semoga datang rahmat yg baik2 utk kak tie dan keluarga.. amiinnn…

    Kak Tie – Hi hi… tu la yang pelik ! Mudah2an tak de la apa -apa makna buruk. Mungkin mainan tido je, hehe…

  14. August 24, 2009 at 4:48 pm

    Kak,
    takut ar ular tu..

    scroll2, tetiba ular memandang LOL plak..
    huhu..

    tak sanggup merenung kembali..

    sabar jek mimpi pelik2 eh..

    Salam Ramadhan Kak..

    Kak Tie – Kak Tie pun takut ular dek ooooii!! Bukan ular je, ulat, cacing….apa2lah benda geli ni memang buat kak tie tak tentu arah, hu hu…

  15. August 24, 2009 at 4:56 pm

    mungkin ular tu terpesona melihat wajah kaktie yg comey, sayang pulak dia nak makan,hehehe, laga pipi pun kira oklah.

    Kak Tie – Waaakakakaa………… mesti ada pokcit tu jeles bila baca komen Juliet ni, hihi….

  16. August 24, 2009 at 7:17 pm

    Kak Tie…

    Mama sy pernah cakap jika kita mimpi yg bukan2…..bykkan b`istighfar, baca Al-Fatihah seberapa yg mampu.Tido mengiring ke kanan. Mimpi itu mainan tido, jgn fikir sgt,Kak.
    Takde apa2 la….take it easy.

    Akak, besok sy poskan barang2 yg sy dah promise tu. Anyway,sy akan inform Akak bila dah hantar. Makanan kering Utara. 🙂

    Take care ye. Jgn byk stress tau. No good.

    Kak Tie – Err….. Zyma macam tau je kak tie stress ni, hu hu. Kak tie tak tahu la bila masalah ni akan selesai. Kak tie dah tak tertelan sabor ni….

    Zyma janganlah susah2 nak kirim kak tie benda2 tu. Persahabatan kita ni pun dah buat kak tie cukup gembira. Kak tie rasa bersalah bila Zyma nak kirim barang2 tu. Kak tie tak dapat nak balas laa… Nak pergi pos office pun tak tau. Kak tie pun tak suka nak mintak tolong suami. Zyma jaga diri, okay….

  17. August 24, 2009 at 9:05 pm

    kak tie, ni mimpi nak dapat big bonus ni kak tie…heheh

    Kak Tie – Oooo….. ye ke ? Hmm…. ada bonus ke raya ni ? Biasa time nak raya ni suami kak tie bagi duit lebih…… ekekeke…..Hmmmm, kena pikir nak beli apa, ya…hihi…..

  18. August 24, 2009 at 10:36 pm

    kerap gak ek kak tie mimpi ular hehe..ular suke kak tie kot hehe..

    saya ni mimpi yg bukan2 je..konon dah bangun makan bersahur tapi sebenarnya masih lagi kat katil..sambil jam masih berdering hihihi…

    Kak tie – eh… mana pulak kerap. Jarang laa…. Kak tie takut ular tau . Nrina sahur sorang2 ke ? Tak ajak budak2 tu teman ? Kesian pulak…

  19. August 25, 2009 at 12:40 am

    Tie – Oooo….gitu ke ? Takut lak hu hu…..
    Lailatul Qadar ? Err….. belum sampai waktunya…. tunggu 10 Ramadhan terakhir…hihi..

    Uiks! Lailatul Qadar tak kiro datang eh! malam pertamo pun boleh datang! Yg sepuluh malam pertamo tu ikut tekaan yo, sbgimana nabi rajin lakukan amalan2 di malam sepuluh itu..

    tapikan kalau Tuhan mau turun awal, saper kesah? … Gasaklahhh.. huhuhu

    Tie – Iya ? Hmm…… Kalau lailatul Qadar, rugi la tak peluk dia dan mintak sesuatu.

  20. August 25, 2009 at 5:33 am

    ada orang kata mimpi ular ni pun ada petanda tak baik,, tapi itu sekadar kata-kata orang kalau terjadi pun mungkin satu kebetulan..

    Kak Tie – mimpi ni mainan tidur je… kak tie keletihan dan sedkit stress …

  21. nekPP
    August 25, 2009 at 6:13 am

    rr mokcik baca doa nak tido takk??? kaki cuci takkk?? muka?? ekeke..
    tak gemo betui tengok hewan kale hijo tuhhh!!!..
    gesel2 pp..adoiii makkk…

    musykil yerk mokcik mmpi di bulan ramadan..
    nak kata mokcik kena pinang dah dipinang..
    nak kata ada org suka..ha haa..yer kots..
    nak kata nak dpt menantu..lama lagi..
    haa tah tahh mukin ada sesuatu kots si hijau tu nak habaq kat mokcik ker ahaks..nak turun ilmu!!tu yg gesel2 pp tuhh..eeeeee

    Tie – Memang mokcik ada baca macam2 doa masa nak tido. Nak turunkan ilmu ? Uwaaaa…………. ilmu apa pulak tu ? Tak perasan pulak samada dia berbisik. Ekekeke……….

  22. framestone
    August 25, 2009 at 6:48 am

    he…23x betul2 mainan tido ek kak…. mimpi la yg best2 kak… prince charming ke

    Kak Tie – Hi hihi….. Prince Charming dah ada laa….

  23. cpj
    August 25, 2009 at 8:37 am

    Agaknya ular yang kak tie mimpi dan lintasan yang kak tie nampak tu ialah jerangkap samar yang di tinggalkan oleh syaitan demi nak membolak-balikkan hati orang-orang yang beriman.Entah bila kak tie merayau-rayau dan terpijak jerangkap samar yang di pasang tu.Lupakan pasal mimpi dan bayangan itu, tidak ada apa yang akan berlaku dengan tidak izin Allah.Sentiasalah berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan diri dan keluarga.Jangan tidur dah lepas subuh, tapi tidurlah sekejap sebelum zohor.

    Kak Tie- Hi hi….kak tie anggap ia suatu selingan je, saja nak suka2. Tak serius laa… Jangan bimbang. Lepas subuh tu memang mengantuk betul. Nanti nak sendal dengan batang mancis kat mata ni, ekekeke……..

  24. August 25, 2009 at 8:41 am

    kak tie..nak kawen lagi ke? hihi…tak elok mimpi ular tuh kak tie…org kate ade kena mengena ngan sihir…

    Kak Tie – Kawin lagi ? Uwaaaa………….. Yang sorang ni nak letak mana ? Dialah yang tanggung kak tie , ekekeke….. Sihir tu syaitan. Sekarang ni Syaitan kena rantai. Mainan tido je ni Sha, hi hi………

  25. August 25, 2009 at 9:43 am

    mainan tidur tu kaktie…insyaallah tak ada apa2.

    Kak Tie – Betul betul betul……….hi hi….

  26. Kin
    August 25, 2009 at 10:04 am

    Saya ‘geli’ sgt dgn ular…..walaupun tgk gambar je. Ngeri la ular hijau gambar k ti nih!

    Kak tie – Memang menggelikan…. hu hu.. Naik berdiri bulu roma nih!

  27. framestone
    August 25, 2009 at 10:05 am

    mmg la dah ade… tp ade masuk dlm mimpi ke x?? cepat jawab…jawab jgn xjawab.. klu ade sure die dah protect akak dari naga itu (ular he.23x)

    out of topic–> .he..23x sian kak tie xfaham ek… xleh nk wat ayat direct la… cuma cerita di antara cerita… yg di susun menjadi kisah hnya untuk dirinya dan diriku he..23x

    Kak Tie – Prince Charming real laa… bukan dalam mimpi.Hi hi….

  28. August 25, 2009 at 10:33 am

    maknanya dia tak bagi tie tidur lagi lepas subuh lah tu keh..keh..

    Tie – Tu laa…. Lain kali kena ambil batang mancis sendal kat kelopak mata ni, ekekeke…..

  29. syayassir
    August 25, 2009 at 11:22 am

    saya pun asyik mimpi je semenjak dua menjak ni… agaknya sebab tidur balik lepas makan kut…😛

    kalau saya mimpi en. ul** ni… mau nya terkucil kut.. huhuhu.. takut dan geliiii…

    Kak Tie – Mungkin kerana keletihan, jadi mimpi pun merapu je, hehe…

  30. nahmy
    August 25, 2009 at 11:44 am

    hmmm…bulan Ramadhan/puasa ni pasti nak terjumpa dgn org yg ‘mengular’ lah tu…mengular posa!

    Tie – Ish…. buat malu je kan…. Anak-anak kecil boleh berpuasa penuh. Yang mengulor puasa tu tak de sifat malu tu….

  31. August 25, 2009 at 12:50 pm

    peliknyer….. awatler mimpi cenggitu ek.

    maksu semalam mimpi karipap, pelik giler

    Tie – Ooo……tak aci ! Nak mimpi karipap jugak !

  32. Blog Resipi
    August 26, 2009 at 6:11 am

    Salam Kak Tie.. akak ape kabor? selalu jenguk blog satu lgi je… heheh… psst, mimpi ulor? takkan nak dpt sirih junjung kot.hehehhe

    Kak Tie – Salam Dik, akak sihat je. Maaflah, akak ni malas betul nak update blog masak2 tu… gambar lambat loading laa… leceh betul.
    Hehe…mimpi merapu tu….

  33. August 26, 2009 at 11:40 am

    ular tu matanya hijau ye… mesti cantik kalau ada bulu mata… hahaha

    Tie – Ha ha….. Hari tu cuba cari gambor tu, tak jumpa laa..

  34. August 30, 2009 at 12:57 am

    basuh kaki sblm tido.. ekeke~

    kak tie letih sgt kot psl tu mimpi yg bukan2

    Tie – Memang letih la Adila…… Naik lunyai tubuh ‘kecil’ ku…….ekekeke…….

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: