Home > buah, Makan > Buah kering

Buah kering

Selain dari kurma, kismis dan buah tin, Tie suka makan buah2 kering apricot dan cherry apple. Setiap kali Ramadhan, Tie akan beli sedikit walaupun pada hari2 biasa ada dijual.



cherry apple dan dried apricot

Beginilah rupanya cherry apple kering (kiri) dan apricot kering (kanan). Mungkin ramai telah merasainya.


Cherry apple dikatakan berasal dari timur pergunungan Himalaya hingga ke barat China. Buah2 ini memang kelihatan seperti cherry. Namun rupanya setelah dibelah dan rasanya adalah apple yang sebenar.

CHERRY APPLE

Inilah pokok cherry apple. Eeee……. geram tengok buah2 yang lebat tu. Penduduk tempatan menggunakannya untuk masalah buah pinggang dan batu karang.

.

Buah apricot pula mempunyai pertalian dengan buah peach. Ia lebih kecil, berwarna oren keemasan dan berkulit baldu. Isinya tidak berjus tetapi halus dan manis. Ia mengandungi vitamin A, baik untuk penglihatan…memang sesuai dengan makcik yang rabun ni, hihi….


apricot



Apabila ia dikeringkan, sebahagian besar vitamin C nya hilang. Namun khasiat potassium, vitamin A tetap ada termasuk beta-carotene yang baik untuk sel2 tubuh kita.


Kalau berkesempatan, cubalah buah -buah kering ni… Sedap juga. Tapi harganya memang cekik darah. Cherry Apple kering RM20 sekilo manakala Apricot kering RM25 sekilo. Tie cuma beli RM5 setiap jenis….. Jadi laa……..


Categories: buah, Makan Tags: , , ,
  1. cpj
    August 23, 2009 at 9:03 am

    Aduhai, sedapnya buah-buahan ni kak tie…kalau makan untuk berbuka puasa ok gak kan?

    p/s: cpj nak tanya kak tie, kenapa gambar mokcik kak tie sebagai follower blog cpj sudah hilang? sedihnya cpj!…

    Kak Tie – Memang best bila ngunyah malam2 lepas berbuka.

    Gambor ilang ? Ekekeke…. tuannya merajuk kot ! Tak pe… nanti Kak tie gi check, ya…

  2. August 23, 2009 at 9:12 am

    waa,,,mahalnye,,,huhuhu,,,
    dapat rase sket pun jadi la,, kan3??hehe

    Kak Tie- Irfat boleh kongsi dengan kengkawan (atau adik)… beli RM 5 pun dah okay, tapi kena tunggu berbuka tau…hihi…

  3. August 23, 2009 at 9:51 am

    salam kak tie…ehhh ehhhh citarasa kita sama la kak tie. sy pun suka mkn buah aprikot kering tu selepas mkn tghari atau mlm. lebih kurang mcm org dulu2 la kan mkn sirih pinang. ya btul harganya mahal, maka sy potong kecil buah tu dibahagi 4…
    berjimat la kata kan :-p

    Kak Tie – Hi hi… kak tie telan sebiji je….tak sempat nak potong2, ekekeke…..

  4. ain
    August 23, 2009 at 10:05 am

    saya lebih suka aprikot kering dpd cherry apple. now ni tengah melambak2 di pasaran, tp tu lah, mahal.

    Kak Tie – Ooo…memang banyak dijual sekarang ni, sampai tak tahu nak beli kat gerai mana…

  5. August 23, 2009 at 10:19 am

    Salam Akak Tie….

    Sedap tau Apricot dan cherry apple tu. My fave masa Ramadhan. Kurma pun ok gak, tapi sy akan jadi lebih gagah berani sesudah makan apricot dan cherry apple tu.
    Harga mmg mahal sbb supplier ckapa susah nak dpt buah2an tu…..ntah betul ntah idak….ntah la.
    🙂 Take care….

    Kak Tie – Salam dik, memang sedap buah2 kering ni. Khasiat pun ada.

  6. August 23, 2009 at 10:39 am

    Akak…

    Check e-mail tau.🙂

    Kak Tie – Ya…kak tie dah balas..

  7. August 23, 2009 at 10:52 am

    sekarang ni banyak dijual di pasaraya kan? Kadang-kadang kakpah beli gak.

    Tie – Sedap kan…makan ramai-ramai…..

  8. August 23, 2009 at 11:10 am

    posa2 ni tgok gambo apa pun jadik sedap…mula la pasang niat nk cari..nk mkn bbuka kang…hehehe

    Kak Tie – Buah kering ni tahan lama. Boleh makan sikit-sikit. Lebih baik dari kuih2 tu…

  9. August 23, 2009 at 2:43 pm

    mende mahal memang sedap..

    sedap dimakan..
    sedap dipakai…
    sedap ditengok….

    Tie – Uwaaa……. komen ni kejap timbul kejap padam…entahlah, apa la yang tak kena, hu hu…

  10. August 23, 2009 at 6:24 pm

    same here kak tie saya suka jugak apricot dan cherry apple.. masam2 maness.. nak to get myself some la after this. teringin!

    Kak Tie – Ooo….citarasa kita sama, ya..hihi…

    • August 24, 2009 at 12:31 pm

      semestinya ;D

      Kak tie – Give me five !!

      • August 25, 2009 at 12:11 pm

        🙂

  11. framestone
    August 23, 2009 at 8:27 pm

    wow bestnye maklumat yg kak tie bgtau… kite xpenh tahu pun

    out of topic–> berhibur dikala kesunyian je kak… cam mne leh lambat loading nie kak huhhu..story sikit…

    Kak Tie – Ooo..ye ke ?

    Lambat loading ? Internet slow laa….

  12. August 23, 2009 at 9:23 pm

    ..takkan gambar je?
    meh la sikit ekekeke

    Kak Tie – Mana boleh… kak tie nak makan sorang, hihihi……..

  13. iza
    August 23, 2009 at 11:08 pm

    alahai internet ni tersedak sedak lak malam2 gini huhu..sekejap ok, kejap tak ok.. sedap buah tuu mintak sikit kak tie ehehehe

    Kak Tie- Betul laa…. Tadi Kak Tie nak bukak blog ni pun susah…. debor rasanya, hu hu…

  14. August 24, 2009 at 8:18 am

    peach tu buat triffle sedap Tie….

    Tie – Tie tak pernah makan atau buat triffle….. kolot sikit mokcik ni… Nanti Jie buatlah, dan tayang gambornya. Boleh gak belajar…..

  15. August 24, 2009 at 8:21 am

    salam kak tie..

    maaf…lama tak singgah sini..
    dh bertukar laman.. cantiikkk…

    salam ramadhan utk kak tie yer..

    sayang selalu…

    Kak Tie – Salam ramadhan utk Tiny juga… Wah ! Lama tak dengar kabor….. mesti seronok dah grad, kan… Nanti kak tie singgah ke blog Tiny…..

  16. August 24, 2009 at 9:26 am

    salam tie…… bila tie letak photo buah tu….waduh…dalam keadaan berpuasa ni….semuanyer kelihatan sedappp….nak carilah juga buah tu….kat giant..ada ker….

    Tie – Salam……
    Rasa2nya sekarang ni kat mana2 pun ada dijual. Kat bazaar pun ada kot. Giant ? Hmm… Tie tak pergi pun. Hubby kata, kat mydin di ganu ni ramai pekerjanya kena selsema babi. Jadi, kami tak pergi giant juga, takut gak, hehe….

  17. zareda
    August 24, 2009 at 9:27 am

    zar suka jugak apricot kering tu..

    Baru ni zar beli kurma mariami.. RM40 sekilo you… aduuuisshh tapi memang feberet kurma mariami ni beli jugaklah

    Tie – Ooo….tak pernah dengar atau makan kurma mariami. Kalau Yusof Tayyob tu ada laa…hehe…

  18. August 24, 2009 at 9:41 am

    Salam Tie… ada tokoh jadi dieticient pulak!… beruntunglah ada kawan yang ada macam-macam pengetahuan, boleh jugak tumpang ilmu… nekcun memang suka sangat appricot tapi tak berapa suka cherry… Kalau masa di Mekah, nekcun memang suka beli appricot kering dan buah zaitun… sedap beb!…
    Selamat Berpuasa untuk Tie sekeluarga…

    Tie – Salam Nekcun.
    Err….. Tie godek2 kat ternet je..hihi…..
    Hmm….buah zaiton tu Tie susah sikit nak telan. Entahlah…. tekak ni ngada2…ekekeke…

  19. August 24, 2009 at 12:47 pm

    mahal tu kak tie…tapi sedap takpelah kan…
    kalau nak makan yang segar2 dtglah sini masa summer nanti kak tie…murah2..
    selamat berpuasa utk kak tie sekeluarga…

    Kak Tie – Uwaaa………. tak aci……

    Suzi boleh makan yang segar-segar…hihi… Ooo…hari tu, ada seorang sahabat baru balik dari Australia. Dia bagi sebungkus macademia nuts… Nak lenguh gigi mengunyah, ekekeke…

  20. Kak Long
    August 24, 2009 at 1:47 pm

    Assalamualaikum…
    Susah betul nak datang sini….Tenet macam siput. Akhirnya bertemu juga kita lagi.
    Tie, huhuhu…rindu betul lama menghilang.
    Mesti sibuk tukar theme ni…
    Kak Long tak berapa suka buah kering tu, lebih suka yang segar bugar..hihihi
    Sesekali je layan.
    Nanti nak cubalah buah yang tie tunjuk ni… (lepas raya kot!)

    Tie – Walaikummussalam……..

    Memang ternet macam siput. Kelmarin macam nak nangis sebab tak boleh bukak blog ni, hu hu…
    Kalau ada buah segar, Tie suka juga…hihi…. cubalah aprikot kering tu. Sedap tau!

  21. August 24, 2009 at 4:31 pm

    alahai. terliur lah pulak tengok benda2 tu. huhuh

    petang ni nak beli air candol lah… pulak diletakkan extra jagung.. diperahkan santan muda, air batu diparut, kendian ada pulut sikit.. perkhhh mencongkam sampai ke tokak weiii…

    huhuhu

    Tie – Uwaaaa………sampai ati tau ! Mentang2lah kita ni tak pandai gi beli sendiri, hu hu…. Tak pe… nanti Tie tepek lagi makanan yang sedap2 baru tau. Hari ni Tie buat ayam madu, daging bakar dan tomyam udang !!!

    • Kak Long
      August 24, 2009 at 5:10 pm

      Apahal pulak Maza ni lari topik daripada buah kering pergi ke air cendol.
      Ni yang Kak Long pun nak perah santan buat air cendol pulak!
      Jeles kat Maza..

      Tie – Maza tu saja nak buat kita terliur. Dia nak buat sendiri tak pandai, jadi dia beli laa.. Entah2 sedap ke…..hihi…

  22. August 24, 2009 at 9:07 pm

    mmg sedap buah kering tu kak tie..

    Kak Tie – Hmm…..yum yum…

  23. August 25, 2009 at 8:45 am

    cherry apple ke kak tie? bukan cheryna? ehehehe…sha suka buah2 kering nieh…kadang2 bila lidah rase kelat2 sedap jugak pekena buah kering…tp sha lagi suka apricot:)

    Kak Tie – he he…… cheryna….. Apricot memang sedap !

  24. Kin
    August 25, 2009 at 10:14 am

    suka juga!

    Tie – Bagus ! Bagus !

  25. balootmx
    September 10, 2009 at 10:19 am

    fuhh, terliur dah pagi2 ni tengok buah apricot.. dugaaannnnn..🙂

    Tie – Sabor je laa…ekekeke…..

  26. May 26, 2010 at 3:37 am

    Assalamu’alaikum…. salam kenal…
    Blog yg bagus…

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: