Home > kehidupan, Terkenang > Belum tiba masanya

Belum tiba masanya

Sekarang ni musim entry tentang kematian. Jadi mokcik ni nak cerita sikit, tentang ajal Tie yang belum sampai.

cahaya pagi

Pertama, masa Tie kecil lagi, umur 9 tahun, ayah bawa ke sekolah dengan kereta. Di persimpangan jalan, masa tu kereta berhenti, tetiba sebuah kereta bergerak laju di hadapan dan langgar kereta bertentangan. Kereta tu berpusing dan langgar kereta ayah. Mujur Tie dan ayah pakai seat-belt. Gigi ayah patah, dan ayah kelihatan terkejut. Kami pulang ke rumah dengan bantuan seseorang, tak jadi ke sekolah. Pemandu yang dilanggar tu cedera teruk, boleh nampak kepalanya terkulai dari cermin depan kereta. Tie tak pasti samada dia hidup ataupun mati. Yang pasti, ajal Tie dan ayah belum tiba lagi.

.

.

Kedua, ketika Tie di ITM. Kerana terlalu stress, Tie telan pil tidor kepunyaan seorang kawan (rupa-rupanya pil pengsan!), kemudian berehat di balcony sementara tunggu rasa mengantuk. Tetapi secara tiba2  Tie pengsan, mujur tak jatuh dari tingkat 3 tu. Kalau tak tentu asrama chempaka tu dah jadi asrama berhantu, ekekeke………….

Ketiga, Tie kemalangan, dilanggar motor ketika hendak melintas jalan., tapi masa tu memang kereta dan lori pun banyak…. jalan menuju ke Singapura. Err….. tak tahu la mokcik bengong sikit. Tak pandai nak lintas kot. Pengsan di situ, hilang segala yang Tie kendong termasuk duit. Kes ada orang kebulur la tu. Mokcik ni seminggu dok kat hospital, gigi depan patah separuh (tapi boleh claim insuran, ekekeke……). Ada lagi parut bekas jahitan di dahi…  Gigi tu dah okay, Tie buat crown ! Mujur tak jatuh saham ! Masa tu Tie belum bertunang pun. Kalaulah Tie dilanggar kereta atau lori……… tak jumpalah kita di sini…..

.

.

.

Dan yang keempat (harap2 tiada yang kelima, kecuali bila sampai masanya) , Tie kena kejutan elektrik !! Di rumah ni laa…. Mokcik ni cerdik sangat. Cuba nak baiki TV tingtong tu……….. tapi lupa nak off kan suis. Raba kat punggung tv, nak cari punat dvd, terus dapat kejutan………ketar macam cerita kartun tu dalam 5 saat kot. Err……. terus teringat kat abang. Kalau dia tahu sudah tentu dia marah. Shh…………. dia masih tak tahu. Dan kalaulah arus letrik tu tinggi, tentu Tie rentung kat situ. Hu hu…. baru teringat amalan Tie yang pasang surut ni…

Tak tahu la bagaimana Tie akan menghadapi saat kematian. Harap2 sempat nak cukupkan amal, pergi dengan tenang dan tidak  menyusahkan sesiapa pun. Mudah-mudahan………..

.

.

  1. qalbubiru
    July 29, 2009 at 9:37 am

    k.tie,
    ajal maut menjadi Hak muktak Pencipta kita. Sejauh mana kita menyorokkan diri pun tuan Malaikat Maut akan datang menjenguk bila sudah sampai masanya. Dan jika belum sampai masa, terjun bangunan pun masih tak mati juga.

    apa2 pun sentiasa bersyukur dengan nikmat kehidupan, dan jangan sia-siakan rahmat masa yang diberikan.

    • Tie
      July 29, 2009 at 9:42 am

      Betul tu, kak tie selalu fikir tentang itu. Nikmat yang kita rasa, tak sama bagi setiap insan. Semuanya atas kehendaknya. Kita patut bersyukur kerana masih berpeluang untuk memperbaiki diri.

  2. July 29, 2009 at 10:16 am

    Kak Tie…oleh kerana “belum tiba masanya” maka dapatlah kita bersilaturahim kat blog ni kan

    • Tie
      July 29, 2009 at 10:35 am

      Hmm….begitu la …..

  3. July 29, 2009 at 10:32 am

    salam kak tie.. rasa sedih tetiba baca entry nih.. selalu doa agar bila saatnya tiba, saya pergi tanpa perlu membebankan orang lain terlebih dahulu.. maksudnya, jangan la sakit terlantar sampai berbulan2, kann..

    • Tie
      July 29, 2009 at 10:36 am

      Harap2 kita pergi dalam iman.. dan tak nak menyusahkan..

  4. July 29, 2009 at 10:38 am

    ajal maut ditangan tuhan sbb belum tiba masa kita kenal kat sini… (cilok kata2 kenari…) hehehe…

    psssttt …>> belog tu view pakai musang brapi ok aje tp bila view pakai I.E fond jd besar gedabak… tgh study punca kelemahan.

    • Tie
      July 29, 2009 at 10:44 am

      Hehe…. Tadi Tie tengok okay pulak. Tie guna musang berapi….

  5. July 29, 2009 at 10:56 am

    Oleh yang demikian itu, marilah kita musahabah dan ingat mati selalu ye..🙂

    • Tie
      July 29, 2009 at 1:09 pm

      Begitulah hendaknya……

  6. July 29, 2009 at 11:47 am

    macam Kak Tie, Neeza juga bersyukur masih dikurniakan peluang untuk bernafas hingga kehari ni. Dapat jugak Neeza beramal kepadaNya. Harap2 amal lah yang banyak dan bukan dosa.. takut jugak neeza mati dalam keadaan banyak dosa.. Nauzubillah..

    • Tie
      July 29, 2009 at 1:10 pm

      Kena selalu ingat, baru tak berani nak buat dosa….hu hu….

  7. July 29, 2009 at 12:41 pm

    kak tie cerita pasal mati pulak…ish! buat saya takut je…teringat amal yg tak seberapa…lemahnya iman ni..tapi bagus juga…buat kita beringat…
    apapun bila dah tiba masanya, tak akan lewat walau sesaat…kan? moga disaat itu kita mati dalam iman…bawa bekal yg mencukupi…

    • Tie
      July 29, 2009 at 1:12 pm

      Suzi tahu, sekarang ni di malaysia malaikat maut sibuk sikit.

  8. pB
    July 29, 2009 at 12:59 pm

    mati itu pasti

    hari kita , belum tahu lagi

    mungkin malam ni , mungkin esok
    mungkin 20 tahun lagi …

    • Tie
      July 29, 2009 at 1:12 pm

      Kena bersedia, kan….

  9. July 29, 2009 at 1:26 pm

    Ini semua takdir…Ajal ditangan Allah.

    Yang Kedua nie..careless to your self, student mesti nak score exam, tp bab telan menelan pil nie tak mengikut kata doktor…mungkin dulu kak tie nak amik course perubatan kot..

    Yang ketiga nie..mesti malas nak menggunakan jejantas…Berhati2 dijalan raya..toleh kanan toleh kiri dan toleh kanan..kalau kenderaan tak ada baru lintas…Cikgu sekolah rendah ajar dulu..Pendidikan Sivik…Yang nie pun selalu dia buat oleh semua org termasuk saya…LALAI

    Yang keempat itu adalah careless and a big mistake…Electrical memang selalu org buat…

    Semoga Kak Tie, bahagia selalu.

    bye n salam

    • Tie
      July 29, 2009 at 1:32 pm

      He he…. yang kedua tu tak de niat nak pengsan kat situ, cuma nak tidor lena je…… stress bukan disebabkan studies, tapi soal peribadi…..

      Yang ketiga, tak ada jejantas, terpaksa…. nak ke tempat kerja. Dan yang keempat, memang careless… selalu nak cepat sampai terlupa, hu hu… Dah serik… sekarang ni jadi cerewet pulak.

      Err…. kat Indonesia lagi ke ? Bila nak balik ? Hihi…mokcik ni kepoh sikit.

  10. syayassir
    July 29, 2009 at 2:57 pm

    salam kak tie,
    Alhamdulillah, masih panjang umur lagi kita semua kan?
    tu lah orang kata, berpantang maut sebelum ajal..🙂

    semoga kita semua dipanjangkan umur…🙂

    • Tie
      July 29, 2009 at 5:00 pm

      Ya laa… harap begitu. Panjang umur dan banyak amalnya, hehe…

  11. ain
    July 29, 2009 at 3:08 pm

    Alhamdulillah…panjang lagi umur kak Tie. Semoga nanti matinya kita2 ni dalam imannnnnn!!!!INsyaallah.

    • Tie
      July 29, 2009 at 5:00 pm

      Amin…………!!

  12. July 29, 2009 at 3:20 pm

    uiks! mano pulak dah komen den pagi tadi? aderkkk

    dah keno tolan kek ekau ko Tie… huhuhu

    agak eh dah sampai maso komen den tu poie buek selamo2 nyo…

    uwakkkkkkk

    • Tie
      July 29, 2009 at 5:01 pm

      Alamak !

      Tie tak jumpa pun dalam kotak spam….

      Lain kali tulis elok2…ekekeke….

      • July 30, 2009 at 2:48 am

        ceh! siap den duliskan al Quran, hadis, sirah, soreh, suhuf sekali tau.. huhuhu

        dah molek yg amat.. pun ditelan.. huhuhu

        tentu si wordpress ini jeles kan den ni ha.. kanzzz.. huhuhu

        • Tie
          July 30, 2009 at 7:23 am

          Haa…. kena tulis simple-simple je…..

          Kesian jejari pokcik. Mesti dah kurus sikit, hihi…

  13. ima
    July 29, 2009 at 5:33 pm

    baca citer kak tie,mengingatkan tentang diri ima…
    ima pernah mengalami seolah mati hidup semula…..
    bila direnung kembali,rasa bersyukur sangat sebab masih
    diberi peluang merasa nikmat menjadi seorang isteri dan ibu kepada anak2…

    kalau diberi pilihan ima nak mati dengan senang tanpa menyusahkan sesiapa…
    tapi ajal maut ditangan tuhan,hanya DIA yang maha mengetahui bila dan dimana ajal kita.

    oleh sebab itu kita mestilah sentiasa memperbaiki diri.macam yang kak tie cakap tu…

    • Tie
      July 29, 2009 at 8:13 pm

      Kak tie rasa ramai orang ada pengalaman begini… cuma kekadang tak perasan kot.

      Kak tie ni selalu ingat mati, terutama bila dengar berita tentang kematian… macam manalah pulak cara kita mati, ekk ?

  14. July 29, 2009 at 9:11 pm

    syukur,,
    kalu tak, takdela pelanggan tetap kat blog saya tu,,huhuhu,,
    =)

    • Tie
      July 29, 2009 at 9:53 pm

      Ye laaa…….

      Bila nak belanja aiskerim ?

  15. July 30, 2009 at 8:16 am

    Salam Akak Tie…..

    Semoga Akak lebih b`hati2 ye. 🙂

    Yg baik dtg dari ALLAH, yg buruk itu dari diri kita sendiri.
    Take care ye,Akak Tie Sayang.

    • Tie
      August 2, 2009 at 6:33 pm

      Insyaallah…

  16. July 30, 2009 at 9:00 am

    Terasa lawak plak hehe..

    Semoga kita semua mati dalam imannnn….

    Saya pun dah takde jugak ni kalau dah ajallah hehe..tapi alhamdulillah masih hidup. Masa saya sekolah menengah tak silap. Setiap minggu keluar beli sokabar tapi kene lintas jalan besar. Naik basikal je masa tu. Selama tu pegi balik ok je takde ape pun yg buruk berlaku tapi nak dijadikan cerita. Masa dah beli sokabar tu..nak lintas balik..ade plak bas berhenti turunkan penumpang kat kanan. Jadi tak nampak kete belakang yg rupenye tgh memecut laju nak potong bas yg genti tu. Saya lak masa tu tengah melintas jalan sbb nampak bas genti..bengong jugaklah tu kann hehe..

    So ape lagi..nasib baiklah kete tu brek mengejut yg memecahkan suasana bunyi brek tu ke serata tempat tu..saya?! terhenti dan tergamam di situ tapi terus buat muka selamba sbb dah jadi glamer dlm sekelip mata muahahaha…tapi itulah terakhir saya beli sokabar kat situ..tak mati pun tak baca sokabar hehe…tapi boleh mati kalau beli sokabar huhuhu…

    • Tie
      August 2, 2009 at 6:33 pm

      Satu pengalaman tu….

  17. July 30, 2009 at 1:09 pm

    erkkk!!! saya baru je terima berita kematian bapa kwn kakak saya smalam😦
    baru je tahun lepas pegi jumpa pak cik tu😦😦

    • Tie
      August 2, 2009 at 6:33 pm

      Al-Fatihah untuk arwah.

  18. July 30, 2009 at 3:05 pm

    bagus juga kak tie cite pasal mati2 ni…..mengingatkan diri sendiri ni jugak. mudah2an kita dimatikan dlm iman.

    • Tie
      August 2, 2009 at 6:34 pm

      Insyaalah……

  19. iza
    July 30, 2009 at 4:24 pm

    waaa sib baik pil pengsan ja kak tie huhu. apa2 pun bak kata kak tie…belum masanya🙂

    • Tie
      August 2, 2009 at 6:34 pm

      Entah bila pula, ya…

  20. satar
    March 3, 2010 at 10:28 am

    gilo ko apo cium ketiok ore

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: