Home > Bincang, kehidupan > Mati hidup semula

Mati hidup semula

Pernahkah teman-teman terfikir, apakah akan terjadi jika secara tiba-tiba kebahagiaan yang dikecapi, kebebasan yang dialami ditarik balik dengan kuasaNya?

Tie ada suatu kisah…. kisah yang benar2 berlaku pada seorang sahabat suami.

Beliau, nama samarannya Suhaimi mempunyai sepasang cahaya mata, isteri yang membahagiakan dan pekerjaan tetap. Namun, suatu hari…. Suhaimi disabitkan dengan pertemuan dadah dalam keretanya. Dengan serta merta kehidupannya bertukar .

jail bars2

Dia dipenjarakan, sementara kes disiasat. Setelah beberapa tahun, Suhaimi dibebaskan kerana ketiadaan bukti, tentu kerana Allah. Walaupun berasa gembira, kerana terlepas dari tali gantung, dia tidak boleh kembali kepada keluarganya seperti dulu. Tanpa isteri dan anak2 datang menyambut (isterinya mohon cerai ketika dia di penjara) , dia keluar menghirup udara kebebasan bersendirian.

Dalam keadaan kebingungan (kerana bertahun2 dalam penjara), Suhaimi berhenti rehat di sebuah kedai makan. Dengan hanya berselipar jepun dan rambut pun hampir2 tiada… dia telah menarik perhatian seorang pakcik. Pakcik itu bertanya lalu dia terus menceritakan segalanya.

Haa…. nak tahu tak apa reaksi pakcik tu?? Pakcik tu serta merta mengajak Suhaimi ke rumahnya, disuruh Suhaimi bekerja dengannya , mengusaha lembu dan kambing serta ladang kelapa sawitnya. Dan yang paling mengejutkan, Suhaimi dipelawa mengahwini anaknya…..

Sekarang Suhaimi hidup bahagia bersama  isteri dan mentuanya…,…

Apakah pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah Suhaimi ni? Pertama, jangan terlalu percayakan kawan. Suhaimi meminjamkan keretanya , tetapi tak sedar ‘kawannya’ sengaja mengkhianatinya… tak tahulah apa sebabnya…

Pengajaran dan ikhtibar yang lain-lain tu kena fikir sendiri, ya….. hmmmm

  1. July 27, 2009 at 8:15 pm

    salam kaktie,,
    sdey rase bace entry ni,,
    keshian kat suhaimi itu,,,
    tiada siapa disisi saat sangat2 perlukan sokongan,,
    kawan pula makan kawan,,
    teruja tahap kesabaran begitu tinggi,,,
    akhirnya kesabaran dibalas dengan rahmat yang terjangka,,
    huhuhuhu,,,
    smoga kita sentiasa dijauhkan dari fitnah dunia,,amiiin,,
    =)

    • Tie
      July 27, 2009 at 8:40 pm

      Betul tu irfat.

  2. July 27, 2009 at 8:26 pm

    alhamdulillah masih ada yg sayang dan simpati kat suhaimi tu…disaat dia sebatang kara ada yg sudi menolong…
    ramai kawan makan kawan sekarang…kena hati2…

    • Tie
      July 27, 2009 at 8:40 pm

      Kena hati-hati selalu….

  3. syayassir
    July 27, 2009 at 8:28 pm

    hmm, cerita ni buat saya terfikir panjang…
    tapi, apa2 ujian yang berlaku pada kita,
    sebenarnya ada hikmah disebaliknya..
    tinggal lagi kita nak menerimanya macam mana…

    • Tie
      July 27, 2009 at 8:41 pm

      Kadang-kadang dugaan yang kita terima terlalu berat untuk dipikul. Hanya tuhan saja yang tahu.

  4. July 27, 2009 at 8:58 pm

    aduhai! kesian sungguh si Suhaimi itu dipedajal oleh manusia durjana..huhuhu

    tapikan, sekali dapat isteri dan mertua yg baik2 gitew.. hehehe best gak kanzzz

    hheheheh

    • Tie
      July 27, 2009 at 9:06 pm

      Adat hidup, Maza….

      Kita selalu dinasihatkan agar tolong menolong sesama insan, tetapi ada kalanya sifat murah hati tu la yang menyusahkan kita. Dah takdirnya….

  5. ima
    July 27, 2009 at 9:28 pm

    salam kak tie…
    kesian kat si suhaimi tu…tapi sekarang dia dah mendapat ganjarannya,
    kerana kesabaran dan ketabahan dia mengharungi ujian tanpa insan tersayang…

    • Tie
      July 28, 2009 at 7:02 am

      Masa dia kena tu, anak2 kak tie kecil lagi…..sebaya dengan anak2 dia. Kak tie tak ingat berapa tahun dia di penjara.

  6. ain
    July 27, 2009 at 9:35 pm

    kesian suhaimi. Ditinggal isteri disaat2 ketika amat diperlukan sokongan keluarga. Alhamdulillah hikmah disebalik kejadian itu sungguh manis! sesunggunya ALLAH itu MAHA ADIL DAN PENYAYANG!!

    • Tie
      July 28, 2009 at 7:03 am

      Hmm…dia kini tinggal di Felda bersama mentuanya… Moga2 dia bahagia bersama keluarga baru.

  7. July 27, 2009 at 10:31 pm

    neeza ada gak kenal someone yang ada similar story tapi dadah tu bukan dalam kereta.. bertahun-tahun turun naik court.. kena gantung kerja.. kesian dia.. tapi last2 buang kes sebab takde bukti.. sekarang dia kerja semula kat tempat lama..

    • Tie
      July 28, 2009 at 7:04 am

      Kadang2 orang yang dituduh ni belum tentu bersalah. Senang je nak khianati orang dengan dadah ni… Tu yang menakutkan.. Tawakal aje laa…

  8. July 27, 2009 at 11:14 pm

    Salam K.Tie….

    Alahaiiii,ciannyer nasib si Suhaimi tu. Tak pasal2 disumbat dlm penjara.
    Akibat terlalu percayakan kwn2, diri sendiri yg jadi mangsa keadaan ye.
    Oleh itu, ada baiknya jika kita berhati2 dlm berkawan.

    • Tie
      July 28, 2009 at 7:05 am

      Tu laa…. kalau kita dah berkawan dari sekolah lagi pun, belum tentu boleh dipercayai, walaupun dalam hati tak ingin nak buruk sangka…. kena sentiasa hati-hati…

  9. Kak Long
    July 28, 2009 at 1:29 am

    Nasib baik happy ending..🙂
    Allah lebih mengetahui kenapa kita kadangkala diuji terlebih dahulu sebelu diberikan kebahagiaan.
    Dalam kehidupan zaman kini, susah nak kenal rakan atau lawan. Perlu lebih berhati-hati.

    • Tie
      July 28, 2009 at 7:06 am

      Happy ending……..😀

      Kak tie pun harap hidup kita ada happy ending juga….

  10. Tirana
    July 28, 2009 at 3:15 am

    Dalam dunia sekarang, macam-macam jenis kawan ada namun kawan sejati sukar dicari..yang banyak..kawan makan kawan..

    Sekiranya kita tak bersalah, insyaAllah Tuhan akan tolong cuma hendaklah kita bersabar melalui kepahitan dan keperitan..

    • Tie
      July 28, 2009 at 7:07 am

      Bersabar je la, ya…. cuma ada masanya susah nak berbuat demikian…

  11. July 28, 2009 at 7:09 am

    kata orang…yang nk tolong kita kawan
    yang nak tikam kita pun kawan…
    hukum karma, ada balasannya

    • Tie
      July 28, 2009 at 8:17 am

      Err…..semua orang mengaku kawan…

  12. qalbubiru
    July 28, 2009 at 9:44 am

    kak.tie,

    segala yang berlaku dalam hidup adalah aturanNya yang terbaik, cuma kita kurang mengerti (kekadang lambat faham). Dan perkara yang telah berlaku, telahpun berlaku, apa yg kita boleh ambil hanyalah pengajarannya….

    Saya nak pindah ke WP, cuma camna nak copy comment dari Disqus (yg mega perlahan ituew?)

    • Tie
      July 28, 2009 at 9:51 am

      Nak copy comment dari disquss ? Hu hu…memang boleh pengsan. Kena copy paste je…. tak de cara lain. Disquss dan wordpress bermusuhan, hi hi…

      Kaktie tak habis copy pun, tak larat. Tapi comment disquss adik tak banyak, kan ? Cubalah buat sikit-sikit.

  13. July 28, 2009 at 9:55 am

    salam…rasa belas kepada suhaimi..tapi Allah tu maha merancang….Alhamdulilah kebahagian sebenar menanti beliau akhirnya

    • Tie
      July 28, 2009 at 11:39 am

      Mudah-mudahan dia terus bahagia…

  14. July 28, 2009 at 10:18 am

    Maha suci Allah.
    diberinya dugaan…..dan rupanya kebahagiaan yang menanti.

    saya betul2 tertarik dgn cerita ni…

    • Tie
      July 28, 2009 at 11:39 am

      Cerita ni dah lama kaktie perap, hihi…

  15. July 28, 2009 at 10:22 am

    salam kak tie, hmmmm.. orang kata sabar itu buahnya manis.. sebabkan suhaimi tu bersabar dengan segala dugaan yang diterimanya, Allah membalas segala penderitaannya dengan kebahagiaan yang berlipat ganda.. pasti suhaimi tenang tanpa perlu memikirkan pandangan serong dari orang lain..

    • Tie
      July 28, 2009 at 11:39 am

      Harap2 kita pun punya kesabaran begitu…

  16. July 28, 2009 at 10:46 am

    betul…jgn percayakan org bulat2…

    • Tie
      July 28, 2009 at 11:40 am

      Iya…….

      kena percaya petak-petak, hihi..

  17. July 28, 2009 at 11:55 am

    Setiap manusia pasti diuji.

    Tetapi ada ketikanya Abang long tewas jua

    • Tie
      July 28, 2009 at 12:03 pm

      Tie pun sama la , susah nak sabar lama-lama….

  18. July 28, 2009 at 6:50 pm

    kita tak boleh percayakan orang sepenuhnya. kakpah marah kalau anak bagi pinjam kereta kat kawan. takut benda2 macam ni lah.
    Tu nasib baik terlepas dari tali gantung. Kalau tak niaya je nyawa kawan tu. Alhamdulillah berakhir dengan baik.

    • Tie
      July 29, 2009 at 8:43 am

      Anak2….memang gitu. Kak tie pun marah bila mereka tu senang2 bagi pinjam barang mereka.

      Belum sampai ajal Suhaimi tu…

  19. July 28, 2009 at 8:07 pm

    kesian kan kak T….tp mmg betoi..x semua kwn yg kita kenal bleh d percayai..

    • Tie
      July 29, 2009 at 8:44 am

      Kita semua mesti pernah kena tipu oleh kawan, kan ?

  20. July 28, 2009 at 8:35 pm

    Sedih gak cerita ini..Sepatutnya si isteri menjadi kayu sokongan sebab si isteri lebih tahu siapa suaminya sebenar. Apa boleh buat inilah dunia…gembira bersama tapi bila susah menjauh..Biasa sudah didengar…

    Kepada En Suhaimi, saya doakan semoga En berbahgia skrg..bye n salam

    • Tie
      July 29, 2009 at 8:46 am

      Kerana itulah kita kena bersyukur bila dapat isteri yang taat dan sanggup menjaga zuriat kita walaupun dalam serba kekurangan.😆

  21. July 29, 2009 at 12:53 am

    ih..ih..ingatkan drama tadi..rupenye kisah benar..eh tapi tanpa kisah benar takdelah drama ye tak hehe..

    byk betul hikmah yg Allah berikan ye..agaknye isteri dia dulu tu malu dgn masyarakat pasal kes suami dia tu. Ntah bahagia ke tak ler bekas isteri dia skrg berbanding bekas suami dia yg dah happy ending skrg ni ek..

    • Tie
      July 29, 2009 at 8:46 am

      Macam drama kan? Kak tie hampir2 tak percaya je….

  22. cpj
    July 29, 2009 at 1:34 am

    untung kalau dpt berkenalan dengan en suhaimi ni…sbb bagi cpj hanya dia yang benar-benar mengerti apa sebenarnya yang berlaku terhadap dirinya!…

    • Tie
      July 29, 2009 at 8:48 am

      Err…..nak berkenalan dengan Suhami tu ada agenda tersorok ke ? Tak tahu la samada isteri dia ada adik perempuan yang single, hihi… Mentua dia kaya tau, ekekekeke…….. bertuah kalau jadi menantu dia.

  23. July 29, 2009 at 8:38 am

    Kak Tie…lama tak melawat kat sini. Jom jalan2 smbil berpimpin tangan 😛

    • Tie
      July 29, 2009 at 8:49 am

      Alamak !

      Nak pimpin jari pun tak boleh laa….ekekeke……..

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: