Home > buah, herba, Pengetahuan, Terkenang, tumbuhan > Ikan di laut, asam di darat…..

Ikan di laut, asam di darat…..

Satu petang cik abang bawa balik setengah guni buah asam gelugur. Hu hu….. rasa nak nangis bila tengok !! Habis kecutlah jejari montok ni……. Tapi, Tie  tak tunjuk perasaan sedih, biasalah kita isteri comel ni tak kan mengecewakan suami, ekekekeke……


Ini adalah beberapa biji Tie hias dalam pinggan. Budak-budak ingatkan boleh makan, hi hi… Buah asam gelugur ni sebenarnya dari kaum kerabat manggis. Rupanya hampir sama. Tapi, jauh lebih besar dan berat juga. Kalau jatuh atas kepala, mesti terus pitam, ekekekeke……

Letih juga memproses asam gelugur ni. Budak2 tu tolong buang bijinya. Tie dan abang sayang menghirisnya nipis-nipis supaya cepat sikit kering. Rendam dalam air garam sekejap dan jemur laa………

Tetiba abang bersuara :  ” Waaaa……. pandainya adek bahagi harta !! Yang susah bagi kat abang !!”

Tie : Kih kih kih kih …………….( ketawa macam tikus  dalam cerita Tom and Jerry)

Ooo……. ada yang dah masak  dan ada juga yang masih hijau. Tie hiris yang masak, senang sikit. Yang keras tu, Tie pass kat abang……….ekekekeke…………


Beginilah rupanya bila dijemur. Entah berapa lama nak kering….. seminggu kot. Bergantung kepada cuaca laaa.

Selain dari digunakan dalam pelbagai jenis masakan, kepingan asam gelugur kering digunakan untuk mengurangkan berat badan, mengatasi obesiti dan menurunkan tahap kolesterol. Jus daunnya diminum selepas bersalin untuk mencuci bahagian peranakan serta untuk mengurangkan tekanan darah.

Daun dan akarnya pula  digunakan untuk merawat sakit telinga. Daun dan buah ditumbuk halus dan tampal pada perut wanita selepas bersalin.
.
.
.
.
.
Tok tok tok………… sapa tu ?
Abang buka pintu. Alamak………!!
Asam gelugur setengah guni lagi…….!!
Kawan dia bagi ……..!!  Uwaaaaa…………… memang nak pengsan!!
.
.
.
.
.
.

Tie baru dapat tag ni dari  OD………… Tepu kan Amal Islam…..

Haa…… Tie dah tepek ni OD ooiii…. Tak payah nak tag sesiapa laaa.. Semua orang boleh tengok di sini, hehehe……
.
.
.

  1. kutaksempurna
    July 22, 2009 at 3:45 pm

    first hari ni🙂

    • Tie
      July 22, 2009 at 4:38 pm

      First ?

      Ngaga mulut !

      Mama campak satu biji asam gelugor…..

      Jaga-jaga, kalau kena gigi terus patah nanti, ekekeke….

      Ooops…!! miss pulak…!!😆

  2. kutaksempurna
    July 22, 2009 at 3:48 pm

    yes!!! boleh la bagi angie seguni buah manggis tu… hihihi
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    ..
    .

    apa?? buah asam gelugur??

    errr… ingatkan buah manggis tadi… hik.. hik.. hik..
    mama, kalau makan camtu mcm rasa buah manggis tak??
    err… org tak makan ke??

    .
    .
    .
    .

    papa… bawak la balik 5 guni lagi… ekekeke

    • Tie
      July 22, 2009 at 4:41 pm

      Err…..mama tak tergamak nak makan laa….

      Kalau Angie nak, meh sini rasa…

      Buah ni ada getah sikit.

      Bila dihiris, lama2 pisau tu bergetah laaa…macam getah nangka tu, leceh sikit.

      Eeeeeee…….

      Jangan suruh papa bawak balik lagi…!!

      Mama dah keletihan… nak jemur ni entah berapa kali angkat laaa…

      Kat sini hujan pulak!!

  3. July 22, 2009 at 3:56 pm

    salam kak tie, huhu.. ni first time saya tengok buah asam gelugur.. jakun betul la, kann.. ye la kak, sebijik macam buah manggis.. nasib baik kaler dia lain.. pas ni boleh akak buat bisnes asam keping, kann.. hehe..

    • Tie
      July 22, 2009 at 4:42 pm

      Oooo….ye ke ?

      Tak sangka juga ada orang yang tak kenal ni, hi hi….

      Bukak bisness ?/

      Hu hu… kak tie tak larat nak hiris dan jemur laaa…..

      Yang ada ni pun sampai sakit pinggang.

      Kak tie nak eksport sikit ke Johor, bagi mak.

      • ICS
        July 23, 2009 at 1:14 pm

        Salam….
        aku juga baru pernah tengok asam gelugor ni…. sebelumnya cuma pernah dengar aja…namanya…

        any where thanks kak Tie visit my blog…

        • July 23, 2009 at 3:16 pm

          kat kg mak saya rajin buat klu musim buahnya .. anak2 balik angkut sorang seungkus… hehehe

        • Tie
          July 23, 2009 at 3:40 pm

          Amboi…. senang je ekk!!

          Ambil yang dah siap la tu…..ekekeke….

        • Tie
          July 23, 2009 at 3:41 pm

          Ooo….adek…

          Mekasih juga, kerana sudi singgah sini..😛

  4. July 22, 2009 at 4:03 pm

    uiks. boleh buat biznes nie hehhee.. tokey asam gelugor!

    wakakak

    dariapda asyik beli hat cina punya, baik Tie jadi usahawan asam gelugor.. boleh ler kami makan asam gelugor Tie..

    alahai pengalaman makcik burger kan ada!
    lagi satu, si Izani pelakon tu pun jual belacan… apa nak kisah!

    • Tie
      July 22, 2009 at 4:45 pm

      Eh…. buah asam gelugur ni ikut musim juga…

      Sekarang ni banyak betul.

      Kalau Tie jadi tokey, kena upah pekerja laaa….

      Maza, mehlah tolong hiris ni…. tak larat betul.

      Yang Cina punya tu toksah beli laa…..

      Dia pijak2, dan ada anjing lagi keliaran, hu hu….. Uwek!!

      • July 22, 2009 at 8:51 pm

        Kak Long pun tak pernah lihat asam gelugur ni.
        Hish, rasa kembang lak tekak nak beli yang kat kedai lepas ni.
        Apa kata Tie bagi Kak Long seguni, nanti nak tolong hiris jugak.

        psstt: yang masak je tau, yang muda tu bagi abang Tie yang pakar tu potong. hehehe…

        • Tie
          July 22, 2009 at 10:15 pm

          Haaaaa………

          Nak seguni ?

          Hi hi ….. larat ke menghirisnya ?

          Mesti terus kebas jari2 tu..hu hu…

          Kat sini, ramai orang Melayu yang buat, so….tak kisahlah nak beli pun… Ada ke bangsa lain usahakan asam gelugor ni ?? Yang Tie tahu udang kering geragau tu…ada laa…

  5. July 22, 2009 at 4:03 pm

    tok tok tok nak hantr 1 guni lagi nie… hehehe…
    mak pesan jgn bg kena hujan nanti hitam.. tak lawa, tak cun..

    pssst.. tanpa asam tak sedap la masakan.. kan kan…

    • Tie
      July 22, 2009 at 4:46 pm

      Uwaaaa……..

      Tak nak lagi……… hu hu…

      Nanti hilang kelembutan tangan Tie, ekekeke………

      Pasal hujan la yang buat Tie letih ni…..

      Sekarang ni asyik ujan pulak! Tak larat nak angkut…. lari2 takut tertiarap pulak makcik dengan asam2 gelugor ni, kih kih …

      • July 23, 2009 at 3:18 pm

        tie.. rmh tu dah siap.. dah angkut tp lain mcm pulak jadinya… cuba g tengok… gambr pulak nak upload tak leh… cikgu pula tak sihat.. tunggu cikgu sihat baru nak sambung operate.

        • Tie
          July 23, 2009 at 3:31 pm

          Ooo….Tie selalu gak susah nak upload gambar, mungkin internet slow. Jadi Tie guna belas ikhsan blogspot. Tie upload gambar melalui blogspot dulu (dlm post baru, tapi tak publish laa…), kemudian copy paste dalam entry di Wp. Menjadi jugak!!

          Sebab tu Tie masih ada lagi account Blogspot. Blog Memori lama tu Tie jadikan Bloglist, nak tengok update blog kengkawan senang. wp tak ada bloglist yang boleh updates .

  6. July 22, 2009 at 4:09 pm

    lorr…ingat manggis afrika td..:P

    hehe….kak tie..kupas banyak2 pastu kirim kat aloq staq..syd tunggu~hehehehe

    • Tie
      July 22, 2009 at 4:47 pm

      Kupas ?

      Err….tak payah kupas la Sayyid ooii….!!

      Terus hiris je, dan jemur…..

      Meh kak tie baling satu ke Indonesia, ekekeke…..

  7. jijah
    July 22, 2009 at 4:09 pm

    Kak tie, ni buah yg guna buat asam keping tu ker? Pos sket boleh ker? Nampak macam sedap!Nyum…nyum

    • Tie
      July 22, 2009 at 4:48 pm

      Betul la tu….. tak de yang lain daaa………..

      Nampak macam sedap, tapi kalau makan terus mesti muka jadi kelat!!!

      • July 22, 2009 at 5:19 pm

        buah ni elok utk org yg selalu sembelit juga.. huhuhu

        lepas tu, dlm tandas mesti muka pun masam semacam ajekan..

        hehehhe

        teran jgn tak teran gitew..

        wakakakkaa

        • Tie
          July 22, 2009 at 9:50 pm

          Ooooiitt!!

          Maza ada pengalaman ko ??

          Meh la…ambil sekilo ni, buat ubat sembelit!!

          Waakakakaa…..

        • July 23, 2009 at 2:17 am

          uiks.. usus den masih berfungsi dgn baik laie.. huhuhu

          tak polah, ekau nak bagi den wokay yo…

          alamat eh, check di email ekau yo!

          hehehhehe

        • Tie
          July 23, 2009 at 9:03 am

          Kalau Maza nak, kena datang sendiri!!

          Toksah nak manja2 dengan Tie pulak!!

          Uwaaaaa…………kah kah …!!

        • maza
          July 23, 2009 at 2:58 pm

          aik eksyen lah pulak.. tu hari den lalu dopan rumah ekau, ekau tak nak lak keluar. menyorok balik pintu sambil mengintai adolah.. huhuhu

          lopeh tu ado hati nak suruh den datang rumah eh! ada lak yg tercirit kang!

          wakakkakaa

          Tie : Maza ooii……. Kita kan gadis pemalu……… waaakakakaa….

  8. July 22, 2009 at 4:39 pm

    wahhh…..leh wat biz le kak T..jd tokeh asam gelugur

    • Tie
      July 22, 2009 at 4:49 pm

      Hi hi….

      Hubby kak tie pun panggil kak tie tokey…..uwaaaaaa………..

  9. July 22, 2009 at 4:49 pm

    kalo soh teka saya ingat buah manggis yg belum masak. orang tanam atau tumbuh sendiri asam gelugor ni?

    • Tie
      July 22, 2009 at 4:53 pm

      Biasa orang tanam, tapi ada gak yang tumbuh sendiri. Pokok ni besor… Kalau nak tanam pun entah sempat ke nak makan, hehe…

  10. iza
    July 22, 2009 at 5:21 pm

    kalau kat Kedah panggil asam gelugoQ😀

    nama glemer dia Garcenia Cambogia …cewah macam cikgu botani pulak ekekek

    • Tie
      July 22, 2009 at 8:35 pm

      Wah….memang glamour nama tu… Tak reti nak sebut pon!!

  11. July 22, 2009 at 6:03 pm

    wahai cek tie ….. inilah kali pertama chekdee tengok buah tu ………thanks kerana sudi sare photo tu …… ingatkan manggis luar biasa ………..

    • Tie
      July 22, 2009 at 8:36 pm

      Tu laaa…

      Tie godek2 baru tahu ianya sepupu manggis, ekekeke….

  12. July 22, 2009 at 6:10 pm

    waa kak tie blh dah kering nanti blh jual kat pasar kuala berang tu hihihi..
    dulu masa kecik2 selalu saya mkn pucuk daun asam gelugur ni…sedap..,masam2 sikit..kan?

    • Tie
      July 22, 2009 at 8:37 pm

      Kat sini sekarang musim tau…

      Kalau jual pun tak laku… Ramai orang buat sendiri.

      Kak tie nak simpan untuk mak di Kota Tinggi. 2 tahun lepas, kak tie ada buat juga…

  13. ain
    July 22, 2009 at 6:20 pm

    ni lah 1st time sy nengok buah asam gelugor. gitu rupenya!! byknya kak tie nk siang..boleh bukak bisness ni.

    psst..buah gelugor tu x leh buat jeruk ke..????

    • Tie
      July 22, 2009 at 8:38 pm

      Adoi…..memang banyak la Ain ooii….!!

      Naik lenguh tangan ni…. tak pe laa…. semusim ni je… Tahun lepas buah ni tak berapa menjadi.. Mahal juga kalau kita beli yang dah diproses.

      Tak boleh buat jeruk!! Hubby cakap, sabor…..ekekeke…..

  14. July 22, 2009 at 7:06 pm

    ek eh.. comel sangat rupe buah asam ni..mmg seiras ngan manggisla..
    mm.. lepas kak tie keringkan tu.. nanti die jadi cam asam keping tu la yek..? kire terer la kak tie bab proses memproses asam gelugor ni..bolehla buat bisnes nnti..hehe

    • Tie
      July 22, 2009 at 8:40 pm

      Comel, tapi bergetah…. malas nak pegang!!

      Ye laa…. jadi asam keping.

      Gaul dengan garam dulu, supaya tak berkulat bila dah kering nanti…

  15. July 22, 2009 at 7:21 pm

    la…ingat kan maggis kuning tadi..terkejut tengok..tak pernah nampak pun buah nie..siap gaduh2 ngan member lagi cakap tu maggis..wakakkaak..

    • Tie
      July 22, 2009 at 8:40 pm

      Aaiikk ??

      Sampai gaduh-gaduh ??

      Dasat betul…..ekekeke….

  16. nekPP
    July 22, 2009 at 8:17 pm

    tok tok tokkkk.. ktiee…wa cayaaa lu!!! wahaha..
    jari jemari montok mu itew kecut takk buhuahua..

    nekpp dah balik dari kampong ler mlm tadiii
    weekend nie nak pie singepure plaks..insyAllahhh..kuikuikui..nak itutttt

    • Tie
      July 22, 2009 at 8:41 pm

      Iiyaaaa……….

      jari jemari montok ni masih mantap lagi… belum kecut. Kak tie jaga betul-betul, ekekeke……..

      Nak pi Singapore ??

      Uwaaa…… nak itot!!

  17. July 22, 2009 at 8:36 pm

    Ello, ello…Ini tokey Soh jual asam jawa aaaaaa….kasi itu asam jawa 1 kilo.

    Amboi Kak Tie…..kelassss gituu. Asam jawa lagiiiiiiiii.
    Sy suka asam jawa masam manis dari Siam nun di sana….cedappppp!!!

    Hihihihihihi….take care,Akak Tie.

    • Tie
      July 22, 2009 at 9:24 pm

      Zyma ooiii…..!!1

      Bukan asam jawa laa….. Asam gelugor !!!

      Bukak mata besor-besor..!! Tu buah asam gelugor.

      Asam jawa masam manis tu lama kak tie tak makan. Dah jemu.. Kat sini banyak dijual.

      Eh…sejak bila suka makan asam ni ?? Waaakakakaa…….

      • July 22, 2009 at 9:41 pm

        Sy tulis asam jawa ekkkkk? Wakakakakak……adehhhh,letih gelak. Stop sat!! Jap lagi sambung gelak balik.

        ** Owhhhh, cenggitu guphe nyer asam gelugor ye. Almaklum la, sy ni J.A.K.U.N = JAKUN. (Bunyi apa murid2? JAKUN,Cikguuuuuuu.). Sumpah,sy tak pernah tengok asam gelugor tu.

        Meh sambung gelak balik kat sy……wakakakakkakka. Asam Jawa oh asam jawa…adehhhh.

        • Tie
          July 22, 2009 at 9:46 pm

          Tu laa….

          Lain kali tengok betul-betul…!!

          Memang sah-sah dapat telor ayam je kalau jawab exam macam ni!!

          Mujurlah cikgu comel ni tak rotan!! Waakakakaa….

  18. irfat
    July 22, 2009 at 8:55 pm

    huhuhu,,sweetnye,,
    da beruma tangge pun still gune adik abg,,
    huhuhuhu,,
    mau tiru, bole??hihi =)

    • Tie
      July 22, 2009 at 9:25 pm

      Dah biasa….. kak tie memang manja dengan suami. Dia yang suka manjakan. Nak apa pun dia bagi….hehe… Cuma kak tie masih malu2 lagi, ekekeke……

      Nak tiru ??

      Mesti nikah dulu laa…. Habiskan study tu…baru boleh pikir tentang kahwin!!

  19. July 22, 2009 at 9:44 pm

    oohhh!! mcm tu rupa buah tu!! haha
    first time tgk!
    tak penah terfikir plak buah tu rupa camtu

    slalu bayangkan yg dah kering tu je haha

    • Tie
      July 22, 2009 at 9:48 pm

      Hah…!!

      Ni sorang lagi tak kenal buah asam gelugor !! (makcik ni kenal pun baru 2 tahun lepas,ekekeke….)

      Masa segar memang nampak comel, tapi bila dah kering, dan kecut…hu hu…macam kitalah orang pompuan….. :p

  20. July 22, 2009 at 9:45 pm

    kak tie…buah asam gelugoq ni cantik dipandang mata tapi MASAM. buah manggis pulak sungguh pun hitam tapi MANIS. Arwah abah sy tiap2 pagi rendam sekeping dlm secawan air panas, minum airnya utk kurangkan darah tinggi…

    • Tie
      July 22, 2009 at 9:49 pm

      Rendam dalam air panas ??

      wah…. bagus petua tu… memang asam ni ada khasiatnya…

  21. ima
    July 22, 2009 at 11:18 pm

    kak tie…rupanya baru kenal jugak dengan asam gelugur tu…belakang umah mak ima ada sebatang pokok nih…dari kecil jugaklah biasa dgn buah ni…tahun ni memang menjadi, lebat berbuah sampai patah dahannya…tapi ima ni anak bertuah tiap tahun ambil yang dah siap…hehehe pemalas betul.

    betul tu kak tie, rendam asam keping dalam air panas…boleh mengurangkan tekanan darah tinggi…mak ayah ima memang amalkan selalu…

    • Tie
      July 23, 2009 at 8:59 am

      Err…..kak tie ni kan asal dok bandor Jb, mana lah nak cari pokok asam gelugor yang besar gedabak tu..

      Ini pun kenal sebab hubby tu selalu bawak balik benda2 yang kak tie tak pernah tengok. Dia tahu wife dia memang selalu excited!

      Tapi kali ni bawak setengah guni!! Uwaaa….. dan tambah lagi setengah guni yang orang bagi tu…

      Mujur cuaca hari ni panas… harap2 dapat kering semuanya, hi hi…

  22. OD
    July 23, 2009 at 3:53 am

    Rajinnya Tie… opah beli yang dah siap dijemur ajelah. Tak lalu dah jari-jari tua opah ni menghiris buah asam gelugor tu.

    • Tie
      July 23, 2009 at 9:01 am

      Dah terpaksa la OD ooii !!

      Eh…kat sana ada ke asam gelugor ni ?? Mesti mahal, kan..?

  23. July 23, 2009 at 8:19 am

    untungnya kaktie dok kat kawasan kampung…..saya yang kat sini masih kena beli…huhuhu

    • Tie
      July 23, 2009 at 9:01 am

      He he…untunglah juga, banyak hasil yang kak tie dapat free je…. alhamdulillah……

  24. July 23, 2009 at 8:26 am

    tu ke rupanya buah gelugur…. macam manggis ek.

    • Tie
      July 23, 2009 at 9:02 am

      Memang kaum kerabat manggis.

      Cuma isinya je tak sama.

  25. July 23, 2009 at 9:13 am

    salam kak tie lama tak jumpa pekabar doa untuk kamu.
    sekali tengok ingatkan buah manggis rupanya buah asam gelugur tak pernah tengok pun sebelum ni cuma pernah kawan kasi yang dah potong-potong macam kak tie buat tu. kwn sy berikan bersama dengan telor itik kalau masak lemak telor itik masukkan asam gelugur ni sedap rasanya. Hah! seguni lagi… mmg sayang betul suami kak tie dengan kak tie.

    • Tie
      July 23, 2009 at 9:40 am

      Ooo…Ilyn… Napa lama tak online ?

      Suami kak tie memang sayang, ekekeke….. kalau kak tie demam atau migraine, dia mesti bawak kak tie gi shopping, hi hi..

  26. July 23, 2009 at 9:17 am

    he he selalu gak tengok mak mertua buat…tengok jer, nak tolong dia tak bagi. dia kata yg kat kedai tu asam ‘kandis’ bkn ‘asam gelugor’. tengok rupa sama je…’kandis dgn asam gelugor’ tak sama ke kak tie…konpiuslah!!

    • Tie
      July 23, 2009 at 9:48 am

      Asam kandis tu kecil sikit. Kak Tie tengok yang dah dikeringkan je… nampak macam kulit je.. kalau asam gelugor, kita boleh nampak isinya walaupun dah kering..

      Asam kandis adalah buah dari tumbuhan hutan yang kulit buahnya seperti rambai tapi lebih tebal, buahnya bergetah dan berbiji banyak. Ia masih sekerabat dengan manggis serta asam gelugur. Jangan konpiuslah….ekekeke…

  27. Tirana
    July 23, 2009 at 10:43 am

    hehehe…dia bagi kerja buat asam keping.. Nanti masa lunch ke masa dinner ke..jamu dia dengan sepinggan asam keping..kata kat dia..Tie tak sempat masak hari ni sbb dok proses asam keping so kita makan asam keping saja la..hehehe

    • Tie
      July 23, 2009 at 3:34 pm

      Tie baru je abis menjemur pagi tadi… dah hampir kering kesemuanya…. Harap2 tak ujan.

      Hehe…. dia pun tolong gak, kesian pulak Tie tengok, balik kerja terus hiris asam tu… hi hi hi…

  28. July 23, 2009 at 1:34 pm

    alahaiii…. k tie,

    kecur rasanya melihat gelugur…. gelugur tu asam apa k tie, asam keping ke asam jawa….. keliru lar pulak

    apapun k tie….. lama dah tak makan yang masam2 niii….

    hihi… romantika gitu, sama2 kerjakan gelugur…… nak romatik lagi kena terima walau berapa guni pun….🙂

    • Tie
      July 23, 2009 at 3:38 pm

      Alamak !!!

      Izan sayang oooiii….!!

      Asam gelugor tu asam keping la …!! Macam mana boleh keliru ni ?? Mujur dok jauh dari kak tie , kalau tak mesti dah kena pulas telinga!!!

      Asam jawa tu yang lembik dan berbiji laa…. Nanti kalau kak tie ada yang mentah tu boleh pamirkan di sini…😀

      Zan, kak tie dan abang memang selalu kerja sama-sama… kalau di kampung, kami masak sama2, sebab ipar2 lain tu berat sikit tulang. Abang kesian tengok kak tie sorang2, jadi dia tolong laa…. Ya la bila kak tie letih, dia juga yang susah, kan ?? Waaakakakaa………

      • July 24, 2009 at 10:22 pm

        Ni lagi sorang…..confused asam gelugur dgn asam keping. Sy ingatkan sy sorang je yg confused, ghupenyer Kak Izan Manis pun ter”confused” gak.

        Adehhhhh,berputar-putar bijik mata sy tgk asam ni. Asyik menelan air liur je…
        Hihiihi 🙂

        • Tie
          July 27, 2009 at 5:54 pm

          Asam gelugor @ asam keping dah pun kering. Sedang nak packing untuk antor kat mak kak tie di kota tinggi….

  29. July 23, 2009 at 1:39 pm

    tengok gambar tuh mula2 saya ingat buah manggis…

    • Tie
      July 23, 2009 at 3:39 pm

      Haaa….. nanti boleh eksyen kat ayang tu, abang bozzo dah kenal buah asam gelugor, ekekeke……

  30. July 23, 2009 at 9:29 pm

    alahai Tie…. mak selalu buat….

    kami anak beranak ni..balik je..mak bungkus dah sorang satu…mcm hadiah cabutan bertuah..ini utk hang, ni utk adik hang..yg ni utk mak lang hang..yg ni utk mak ngah hang…kehkehkeh

    • Tie
      July 27, 2009 at 6:02 pm

      Ha ha……. senang la tu, dapat yang siap proses lagik!

  31. July 24, 2009 at 12:45 am

    waaah..
    ingatkan manggis tadi..
    huhu..

    beratnya kak til boleh pitam kalau ken akat kepala..
    usih…
    berat siot..

    • Tie
      July 27, 2009 at 6:02 pm

      Memang berat laa….. Kalau timpa atas kepala mesti nampak bintang je, hi hi..

  32. July 24, 2009 at 2:18 am

    banyaknya…Tie wat bisness ke?

    Boleh la kirim skit nak kasi perut slim….boleh ke?

    • Tie
      July 27, 2009 at 6:01 pm

      Ada la 5-6 kilo…..

      Tie nak hantor sikit kat mak di kota tinggi. Mak Tie tak pernah pun tengok buah asam gelugor… nanti nak simpan gambor ni, boleh tunjuk kat dia.

  33. July 24, 2009 at 10:04 am

    asam gelugur..mcm penah dengar tapi tak hingat hehe..adakah ia sejenis asam keping? atau asam jawa..tak plak serupa huhu..

    peliklah makanan yg dlm blog kak tie ni hehe..mmg tak penah tengoklah hehe..

    ke itu buah pala hehe..masih lagi meneka..tolong!!!

    • Tie
      July 27, 2009 at 5:58 pm

      Asam gelugor tu samalah dengan asam keping. Asam jawa tu nanti kak tie perkenalkan….

      Tu buah asam gelugor laa… bila dah di potong dan dijemur kering, orang panggil asam keping…. Macam manalah Nrina tak tahu ni… dah jadi mak orang pun…

  34. July 24, 2009 at 11:50 am

    pucuk muda asam gelugur pun sedap makan cam tu kan Kak Tie..
    kecur pulak air liur neeza hehee..

    • Tie
      July 27, 2009 at 5:56 pm

      Ooo…..orang letak dalam lauk singgang, ekk? Dalam gulai daging pun ada yang letak. Mak sedara hubby yang bagi tau. Dia orang kerandang, besut.

  35. July 24, 2009 at 12:08 pm

    Tie, utk tukar kaler backround Tie yg reply komen, pergi kat wp threated comment tu, plugin tu, cari code ni
    dekat : Edit Comment CSS

    .chalt{
    background-color: #eee4ff; < code colour ni tie tukar, yg ni colour purple mcm Jie punya….tukar kaler light blue ke..ape2 jelah…so senang nk tgok komen yg Tie reply tu berbeza dgn komen pengunjung.

    • Tie
      July 27, 2009 at 5:55 pm

      Tak boleh edit css la Jie… Tie kan guna wordpress.com Tak pandai nak guna free hosting tu….berpinar2 bijik mata membaca….

      • July 28, 2009 at 7:11 am

        bukan kat theme, tapi kat plugin wp threaded comment tu

        nnt nk test kt blog wp lama..huhu..main ckp je

        • Tie
          July 28, 2009 at 7:35 am

          Tak jumpa cari la Jie…..

  36. July 24, 2009 at 1:43 pm

    Salam kaktie…
    Balik umrah hari tu, su batuk teruk. Sampai tak leh tdo. Berbotol ubat batuk su telan, tak hilang gak.

    Pastu ada kawan suruh minum air asam gelugor campur garam sikit. Letak dlm botol mineral. Minum seteguk bila tekak rasa gatal. Kejap-kejap su minum. Sebab rasanya masam semacam, su campur dgn asam jawa. Sedap la sikit nak telan. Ish… mmg berkesan la kak tie. 3-4 hari lepas tu, batuk su hilang terus.

    • Tie
      July 27, 2009 at 5:54 pm

      Kak tie nak cuba laa… batuk kak tie dah 2 minggu tak baik.

  37. July 25, 2009 at 12:03 pm

    salam.. untuk makluman kak tie.. adik kak tie ni, baru je KAHWIN. heheheh..

    • Tie
      July 27, 2009 at 5:53 pm

      Napa tak jemput kak tie ? Kak tie terkejut tau !!

  38. Tirana
    July 25, 2009 at 1:33 pm

    Off topik..

    Risya tu anak Tie kan? Terimakasih pada dia sbb masuk blog saya dan tinggalkan komen sekali..Saya melawat blog dia tadi dan cuba tinggalkan komen di situ..ada something wrong kot dengan komen box dia..tak boleh pulak nak verify word..nak tinggal jejak di shoutbox, tak ada la pulak so tinggal pesan di sini..tinggal pesan dengan mama dia..hehehe

    • Tie
      July 27, 2009 at 5:52 pm

      Err…..komen box dia dah okay….

  39. July 25, 2009 at 10:48 pm

    kak tie… lawat sini… http://www.hafizanskte.blogspot.com

    • Tie
      July 27, 2009 at 5:52 pm

      Kak tie dah pergi tengok, tapi tak boleh komen laa…..

  40. cpj
    July 25, 2009 at 10:53 pm

    Asam Gelugur Si Buah Manggis
    Dibawa kemari menyeberangi titi
    Akur sungguh kak tie yang manis
    Kepada suami taat berbakti

    Semoga kak tie, suami dan keluarga terus hidup berbahagia sehingga ke cucu cicit…ekekekekeee….

    • Tie
      July 27, 2009 at 5:51 pm

      Salam cikgu,

      Mekasihlah… berpantun- pantun pulak!

  41. July 26, 2009 at 8:28 pm

    Salam,

    Nenek saya selalu buat asam keping🙂 awat asam tu potong mcm tebal lagi je? lambat kering nanti..

    • Tie
      July 27, 2009 at 5:50 pm

      Asam tu dah pun kering. Hari ni cuaca panas terik.

  42. July 29, 2009 at 12:50 am

    hehe..malulah..

    apsal kak tie tak sebutpun asam keping..huhuhu..pasal tu lah rasa cam penah dengar hehe..

    tapi saya jarang guna asam keping pasal selalu gune asam jawa yg adabi takde biji tu..nak keje senang je hehe..

    • Tie
      July 29, 2009 at 8:41 am

      Ekekekeke………..

      Kak tie pun guna asam jawa yang tak de biji tu… makin tua ni makan malas pulak !! Kak tie guna asam gelugor / keping tu bergantung kepada jenis masakan yang dimasak. Ada masakan tak sesuai guna asam jawa…

  43. kin
    August 3, 2009 at 10:03 am

    murah rezeki kak tie sekeluarga…selalu dapat pemberian dari kawan2. saya tak penah tengok pun buha asam gelugur nih. yg saya tau, asam keping yg dah jadi kaler hitam tuh!

    • Tie
      August 3, 2009 at 10:06 am

      Alhamdulillah….. suami kak tie tu suka berkawan dengan pokcik2 yang ada kebun tu… tak rugi tau.

      Asam keping yang hitam tu , kira dah lama benor kot. Kalau yang baru warna perang sikit. Kak tie dah siap pun… nanti nak eksport ke kampung kelantan dan kota tinggi.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: