Home > Tag dan award > Tag lagi?

Tag lagi?

small-gift-bag-and-tag-how-to-make-main

Ooo….memang dah lama tak kena tag dan buat tag ni. Dulu dah kata tak nak buat tag lagi, tapi, hari ni rasa terlebih rajin pulak. Tag ni dari Izan manis……….. Lepas ni jangan pulak sesiapa yang ngada-ngada nak tag Tie , ya……..😀

1. Anda sudah mempunyai berapa org anak & nyatakan Girl Or Boy???

Ada 3 orang anak, seorang lelaki, 2 lagi perempuan.

2. Bila perancangan anda untuk menambah anak??

Sekarang ni rasa2nya dah cukup kot… tulang dah nak reput, tapi Tie memang tak merancang pun..

3. Nyatakan nama anak anda & apa makna nama anak anda dlm Islam??

Tuan Muhammad Arif – rasa2nya semua orang tahu ni, hi hi

Tuan Nur Hazwani – Cahaya pemberianku

Tuan Nur Farisha – Cahaya pahlawan…. (panas baran, kes mama dia banyak makan durian masa mengandung dulu, ekekeke….)

4. Siapakah yg memberikan nama anak anda??

Arif tu, seorang ustat yang bagi idea……. tak ingat pulak… Hazwani , dari buku  (mama dia yang pilih) dan Farisha, sempena nama anak seorang ustat jugak.

5. Dari mana tercetusnya idea memberikan nama anak anda??

Kan dah beritahu tadi, hi hi….

6. Sekiranya anda dikurniakan seorg lagi cahaya mata…apakah nama yg akan anda beri??

Err….. ada ke ? Hmm….. kalau ada pun kena bukak kitab dulu…. Nama2 banyak sangat ni, rambang mata pulak!

7. Berapakah perancangan anak yg anda mahu & nyatakan berapa girl & berapa boy???

Tak tahu laa…. dulu ingat nak sorang je, hi hi.. jangan marah laa. Dulu tak matang lagi, tapi sekarang bila difikir2, rasa nyesal pulak. Kalau ada ramai anak tentu lagi baik. Terutama anak -anak lelaki. Hanya doa anak lelaki yang soleh je yang akan sampai bila kita mati nanti.

8. Bagi yg mempunyai anak lebih dari seorg…nyatakan jaraknya beza umur anak anda?

Yang pertama dan kedua, jaraknya setahun setengah. Antara kedua dan ketiga tu tiga tahun.

9. Untuk kelahiran anak anda yg akan datang..anda nak Girl @ Boy?? Nyatakan sebabnya??

Err……… tak terfikir laaa, hu hu…..

10. Apakah ciri-ciri persamaan anda dan anak anda ?

Anak lelaki – kreatif dan rupanya  macam Korean gak !  Waaakakakaaaa……..
Anak perempuan –  wani rajin belajar, yang bongsu minat membaca novel.

Psst – Nak tengok gambar mereka tak ? Kalau nak tengok klik kat sini ya………..

(   http://kayteeze.wordpress.com/anak-anak/ )


.

.

Categories: Tag dan award Tags: ,
  1. July 17, 2009 at 9:06 am

    alhamdulillah.. ada juga cahaya mata penyeri hidup kan kak tie?

    • Tie
      July 17, 2009 at 3:18 pm

      Begitu la dek…. Kalau tak tentu sunyi, kan…

  2. nahmy
    July 17, 2009 at 9:18 am

    alhamdulillah…seronok kebahgiaan kehidupan berkeluarga berpanjangan.

    • Tie
      July 17, 2009 at 3:19 pm

      Memang bersyukur. Harap2 kita semua pun bahagia bersama.

  3. July 17, 2009 at 10:02 am

    salam kak tie.. akak dapat sorang jer boy.. saya sorang jer girl.. hehe.. saya kan, suka sangat nama farisha tu.. masa mengandungkan si aiman, memang dah plan kalau dapat girl, nak letak nama alia farisha.. tup2 dapat boy lagi.. apapun tu sumer rezeki, kann..

    • Tie
      July 17, 2009 at 3:20 pm

      Ha ha…. ye ke ?

      Cubalah dapatkan sorang lagi, Nur muda lagi tu, ehehehe….

      • July 18, 2009 at 9:46 am

        kak tie, huhu.. muda ker?? dah nak 40 dah kak.. takut la rasanya sebab aiman tu pun ada komplikasi.. takut kalau dapat lagi, lagi teruk pulak komplikasinyer..

        • Tie
          July 18, 2009 at 10:19 am

          Ye ke ?

          Kalau gitu, eloklah rehat je…. Kak tie tak berani jugak, nurse pernah bagi nasihat, bila umur dah melepasi 35 ni, risikonya tinggi, maklum la kita ni banyak makan makanan yang diproses. Tak macam orang dulu2…. boleh mengandung lagi walaupun umor lebih 40. Rezeki kita banyak ni je… syukurlah juga.

  4. July 17, 2009 at 10:51 am

    moga bahagia berkekalan..

    sy pun kena gak Tag nie.. combi kata nak korek rahsia…
    hehehe… sebenarnya supaya kita saling kenal mengenali kan…

    • Tie
      July 17, 2009 at 3:20 pm

      Tu laa…. Tie ni tak sampai ati pulak , kalau tak jawab tag, hi hi..

  5. July 17, 2009 at 11:25 am

    aik! tu hari cakap dah taubat tak nak buat tag!

    ngeh ngeh ngeh…

    hehehhehe

    • Tie
      July 17, 2009 at 3:21 pm

      Kita tengah rajin ni tau !!!

  6. July 17, 2009 at 11:28 am

    Tuan Nur Farisha – Cahaya pahlawan…. (panas baran, kes mama dia banyak makan durian masa mengandung dulu, ekekeke….)

    nama farisha pun dah ala2 serikandi.. kalau tak melawan bukan nama pahlawan lah namanyer..

    hehheehhe

    • Tie
      July 17, 2009 at 3:22 pm

      Nak bubuh nama Arisya, atau Alisya, tapi cik abang tak berkenan, hu hu…

      Jadi ganas pulak budak tu!

  7. ima
    July 17, 2009 at 11:48 am

    alhamdulillah…sedap nama anak2 kak tie…sesuailah dgn orangnya…eh..eh…bila pulak nak kenalkan wajah kak tie ni…

    • Tie
      July 17, 2009 at 3:23 pm

      Eh, rupa kak tie kan dah terpampang kat gravatar mokcik jepun ni… sama je. Anak kak tie pun percaya, ekekekeke…..

      Gambor masa muda tu ada laa…. cari dalam categori tag !

  8. kutaksempurna
    July 17, 2009 at 12:25 pm

    huhuhuhuhuhu…
    nape nama angie takde dlm senarai anak2 mama..

    huhuuhuhuhu… tak adil!!!! tak adil!!! huhuhuhu

    batu belah batu bertangkup… bukalah pintu mama nak masuk…
    wachaaaaaaaaa….. padan muka mama…

    hihihihi
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    wani tu ikut muka mama eh😀

    • Tie
      July 17, 2009 at 3:25 pm

      Laaa………

      Sorry laaa…….

      Mama terlupa….ekekekeke……

      Ada ke patut suruh mama masuk dalam gua!!

      Kalau jumpa sarang burung walet macam mana ? Terus kaya oooooo…!!

      Wani tu adalah sikit rupa mama, tapi mama lagi comel, waaakakakaa…….

  9. July 17, 2009 at 2:45 pm

    anak yg tengah2 tu memang ketawa riang ar.
    happy sokmo.

    • Tie
      July 17, 2009 at 3:26 pm

      Yang bongsu tu ada moody sikit.

      Mudah tersumbat! Kalau suka, tak boleh nak kawal. Tapi kalau mood tak baik, tak payah tegur laa…hehe…

  10. irfat
    July 17, 2009 at 5:54 pm

    anak2 kaktie tu da anak dara blom??,,ngeh3,,,
    hihihi

    • Tie
      July 17, 2009 at 8:22 pm

      Amboi….!!

      Kang kak tie pulas telinga tu baru tau !!!

  11. July 17, 2009 at 9:42 pm

    Tie tak merancang dpt 3 anak, saya yg merancang dapat 5. he he..🙂

    • Tie
      July 18, 2009 at 7:24 am

      Itulah rezeki namanya, ekekekeke………😀

  12. July 17, 2009 at 9:58 pm

    ekekeke lps ni tambah lagi sorg? lelaki pulak?
    baru seimbang😛

    • Tie
      July 18, 2009 at 7:26 am

      Dulu memang teringin, tapi rasa2nya tak boleh laa… body dah tak kuat.

      Masa pregnant yang last tu, tak larat nak bawak perut. Namun masa bersalinkannya lah yang paling mudah.

  13. cpj
    July 17, 2009 at 11:36 pm

    syukurlah…bertuahnya kak tie….ekekekekee

    • Tie
      July 18, 2009 at 7:27 am

      Cikgu bila lagi ? Nak berkeluarga ?

      Jangan tunggu lama-lama tau !! Sekarang ni semua barang dah naik harga, waakakaaa…:mrgreen:

  14. July 18, 2009 at 9:44 am

    kak tieeeeeeeeee… lama xdgr kabar..hehe.. best2 nama ank kak tie yer.. nama tu penting kan.. bagus maksudnya bagus la akhlaknya insyaallah…

    • Tie
      July 18, 2009 at 5:04 pm

      Ha ha ha……

      Begitu la hendaknya…. Fatrina sibuk, ya ?

  15. July 18, 2009 at 1:08 pm

    out sikit je–> wow besar pangkat kak tie ek… house manager gitew… sy just finance officer je (tukang byr duit2 bil umah) pe2 pun thank ek kak

    • Tie
      July 18, 2009 at 5:05 pm

      Kira besar jugak la pangkat ni.

      Ada kuasa veto lagi, waakakakaa……

  16. July 18, 2009 at 1:13 pm

    Salam,

    Nampaknya sekarang musim tag mentag ya.. Apapun, semoga ada kebaikan dan selamat menjawab.

    P/S: Anak banyak nama Tuan ya.

    • Tie
      July 18, 2009 at 5:07 pm

      Hi hi….

      Kak tie dulu heran juga, kenapa ada nama Tuan. Suami kak tie tu keturunan raja….. raja kalah perang, ekekekeke….. Kalau menang tentu kaktie dah jadi permaisuri !!!:mrgreen:

      Dia bubuh sebab esok2 besar senang nak kenal kaum kerabat mereka…

  17. July 18, 2009 at 5:16 pm

    Cuba campur 3 + 1 + 1 + 1 … bertambah rezeki

    • Tie
      July 20, 2009 at 8:00 am

      He he….. kalau ada , memang tie terima je..

  18. July 19, 2009 at 3:47 pm

    Salam kak tie, sedapnya nama anak2 kak tie. he he he…bagus juga ada tag ni kak tie, berkenalan sesama kita. kak tie tak nak tambah ke? apapun semoga kak tie sentiasa ceria & bahagia….

    pssst….kak tie sama ke mcm dlm gambar tu? ala2 jepun gitu…

    • Tie
      July 20, 2009 at 8:01 am

      Memang gitu la rupa kak tie. Gambor masa muda ada dlm blog ni…. dlm kategori tag dan award. Kalau rajin, cari la ….😀

  19. July 20, 2009 at 7:09 am

    rajin dan sporting bila berjaya jawab tag.. zino memang tak boleh di harap utk jawab tag ni hehe

    • Tie
      July 20, 2009 at 8:02 am

      Terlebih rajin pulak.:P

  20. July 20, 2009 at 11:15 am

    k tie,

    ni yg tmbh syg2 ajer ngan k tie…. cam ada manyak sama… hihi… timace daun keladi…kalu ada lg nanti…..(sambung lar… hihi)

    ….. manis ke k tie…. hihi… apa idaknya masa mak pragnent dulu terserempak lori gula tumpah… haa…

    makace………

    • Tie
      July 21, 2009 at 8:35 am

      Kalau ada lagi, kak tie buat-buat tak tau je, ekekekeke……

      Bila hati senang, wajah tentu bertambah sweet… :p

  21. kin
    July 21, 2009 at 7:59 am

    tag pengerat kasih sayang sesama teman blogger..hehhe…

    • Tie
      July 21, 2009 at 8:36 am

      Tentu sekali. Mudah2an persahabatan berkekalan…

  22. March 29, 2010 at 5:38 pm

    ….hutang tag ckLah dah keliling pinggang ni…

    • Tie
      March 31, 2010 at 11:49 am

      Hutang tag tak apa, cklah…. jangan hutang budi atau hutang duit sudahlah…..

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: