Home > Santai > Siput oh siput

Siput oh siput

Hari ini Tie nak perkenalkan siput sawah… rupanya lain , tak seperti siput yang selalu Tie makan. Namun rasanya lebih kurang sama je.

siput sawah

Sebenarnya mentua nak bagi Tie malam tu (masa dinner kat rumah dia Jumaat lepas), tapi Tie jual mahal, ekekeke… Malu laa… asyik ambik je. Dia tanya banyak kali. Tie cakap, “tak apalah mek!” (walhal dalam hati, nak! Uwaaaa…….)

Esoknya bila nak balik ganu, kami singgah rumah dia dulu. Dia tanya lagi… Tie dah tak boleh nak kata no, hi hi.. Terus pura2 tanya…,” Ada banyak ke Mek? Kalau sikit tak payahlah… hi hi” Mek kata, ‘ Banyak ni, ambil laa….” He he.. terus cakap ‘Nak!!”

Kemudian mek carikan daun kadok. Cik abang tu yang suruh, nak bubuh dalam gulai lemak siput nanti. Hmm…. Tie kurang gemar bau daun kadok tu, jadi Tie masak dan bubuh daun kunyit sekali. Barulah rasa best.

Bila cerita pasal siput ni, ada satu kisah benar…………. Mek yang cerita, ekekeke….Β  Pada suatu hari seorang mentua menghidangkan lauk siput ni laa, kepada menantu lelakinya. Menantunya masih malu2 lagi dan segan benar nak sedut, jadi dia telan je siput tu sekor-sekor. Bila malam, siisteri terpaksa mengurut perut suaminya…. kerana kesakitan.

Tapi setiapkali ditekan perut suami tu, kedengaran bunyi kelentung kelentang pada dinding bilik. Mentua hanya mampu tersenyum aje, ekekeke… Agak2 apa yang terjadi, ekk?? Cubalah teka ….!!!

Psst – Pengajarannya, kalau nak malu pun biarlah bertempat, takut-takut dapat malu yang lebih besar nanti, waaakakakaa………

.

.

Categories: Santai Tags: ,
  1. zareda
    July 6, 2009 at 12:16 pm

    sedapnya sipu..

    ada kes makan ngan kulit kulit sekali.. hiohohooh cam en nak hadam ek..

    • Tie
      July 6, 2009 at 4:44 pm

      Waakakakaa….. tak boleh hadam la tu, sebab tu bunyi kelentang kelentung, ekekeke…..

  2. July 6, 2009 at 12:27 pm

    salam kak tie.. hehe.. dapat gak jadi antara pengomen yang terawal.. biasa kalau masuk tu, mesti dapat nombor corot.. baru tau siput tu leh makan.. hehe.. kak, naper bunyik dinding tu kelentang kelentung?? takkan masa bini dia tekan perut tu, siput tu keluar balik?? hahaha..

    • Tie
      July 6, 2009 at 4:45 pm

      Betul la tekaan Nur tu, mesti seronok tembak ke dinding, ekk!!

  3. July 6, 2009 at 12:57 pm

    wah..siput..penah gak org tesco offer kat saya siput mcm siput babi tu..murah katanya..lebih sedap dari siput sedut..tapi bila tengok siput tu besar..rasa cam berbelah bagi lak..tapi tak amik pasal tak yakin leh masak sedap ke tak hehe…

    camne nak siang siput tu kak tie? kene sedut ke bila nak makan? tak penah lak makan siput lain selain siput sedut hehe..itupun sakit tangan nak siang siput sedut sbb kene gunting hujung siput tu..

    • Tie
      July 6, 2009 at 4:49 pm

      Macam siput babi ?? Uwaaa…. sampai ati Nrina oooiii…!!

      Ni siput sawah, adik ipar yang kutip. Sekarang ni musim, hehe…

      Senang je nak siang siput… kak tie ada tulis di blog Kayteeze’s Kitchen.. kat belah kanan side bar tu… Nampak tak? Pergilah tengok…

      Ada ke gunting moncong siput ? Kita kerat je dgn pisau pemotong ayam. Dan memanglah kena sedut! Takkan nak telan macam menantu kat atas tu… Kang jenuh anak2 picit perut dan keluar bunyi kelentang kelentung, ekekekeke……

      • July 7, 2009 at 2:53 pm

        kak tie..bukan siput kat atas tu yg saya maksudkan cam siput babi tu tapi yg kat tesco tu..besar dia mcm siput babi..betul..tak tipu..hehe..

        saya pakai gunting biasalah..tu yg sakit tangan tu..pasal kalau nak potong pakai pisau..takut bukan hujung siput yg putus tapi tangan saya lak yg putus hihi..

        • Tie
          July 7, 2009 at 5:26 pm

          Ooo….ye ke ?

          Agaknya siput gondang tak ? Yang tu kak tie tak pernah makan. Kalau siput laut yang besar tu, mungkin pernah..tak ingat namanya.

          Laa…. kalau nak kerat moncongnya, jangan angkat pisau tu tinggi2… Kak tie angkat sikit je terus chop!! Hati2 la, ya…

  4. July 6, 2009 at 1:17 pm

    Tie, semumur hidup nekcun tak pernah makan siput!… sebabnya macam yang Tie citer tulah… tak reti nak sedut!… emak mentua dulu-dulu suka gak masak lemak siput ngan keladi, jadi nekcun hanya makan keladinya ajer ler!… hehehe…

    • Tie
      July 6, 2009 at 4:50 pm

      Oooo….. Tie tahu, nekcun tak pernah makan siput. Rasanya kenyal. Sedikit hanyir. Sebab tu Tie bubuh daun kunyit. Tapi Tie lebih suka makan siput belitung..(siput laut yang lebih panjang moncongnya…hehehe…)

  5. July 6, 2009 at 1:24 pm

    hubby suka siput ni tetapi saya belum ada keberanian nak mencubanya..πŸ™‚

    • Tie
      July 6, 2009 at 4:51 pm

      Alaaahai…. janganlah takut… Cubalah sedut…sedap tau!! Tapi jangan telan! Kulitnya tak boleh dimakan…hi hi..

  6. July 6, 2009 at 1:26 pm

    saya mmg tak reti mkn siput

    • Tie
      July 6, 2009 at 4:51 pm

      Err….kalau tak reti, makan kuah je laa..hehe…

  7. ima
    July 6, 2009 at 1:42 pm

    kak tie…ima memang suka makan gulai siput ni,masa muda2 dulu makan gulai siput dgn daun kaduk…bila dah matang ni(malu nak sebut tua,hihihi)selalu makan gulai siput johor…tapi beli yang dah siap,tak pandai nak masak…pandai sedut je,hehehe…

    hahaha..ada jugak orang makan siput macam gitu ye…lepas tu apa yang jadi kak tie,siput tu dapat keluar ke???

    • Tie
      July 6, 2009 at 4:55 pm

      Amboi… dah matang, ya…ekekekeke……

      Elok beli dan buat sendiri. Kita tak tahu, siput tu betul2 di basuh atau tak. Kalau hijau je kuahnya, tentu dah bercampur dengan lumut siput, ekekeke….

      Siput johor lagi senang nak diproses… Senang nak buang hujungnya sebab panjang sikit.

      Siput tu hanya boleh disedut je, Ima ooii…!! Jangan pulak teringin nak telan. Takut langsung tak keluar nanti, hi hi…

      Kisah kat atas tu ? Siput tu keluar ikut jalan belakang laaaa…hehehe…

  8. July 6, 2009 at 2:04 pm

    wah! part yg best dlm cerita ini ialah bunyi ‘kelentang kelentung’ sambil mertua itu tersenyum..

    alahai.. maza pun tersenyum gak kat sini!

    hehehehe

    auw! auw! gitewww…πŸ˜‰

    • Tie
      July 6, 2009 at 4:56 pm

      Memang dah tahu.. Maza mesti suka kisah ni, ekekeke…

      Dapat bayangkan Maza tersenyum sorang2….kih kih…

      • July 6, 2009 at 5:30 pm

        amboiiii.. dot.. com.. dot.. net… gitew..

        wakakaka
        πŸ™‚

  9. July 6, 2009 at 2:49 pm

    alahai kak tie malu2 pulak..
    erk.. dia telan dgn kulit2 skali ke???

    • Tie
      July 6, 2009 at 4:57 pm

      He he…. mestilah kak tie pemalu, ekekekeke……

      Dia telan sebab malu nak sedut depan mentua. Tapi dapat malu lagi besar sebab terpaksa keluarkannya ikut jalan belakang, berbunyi pulak tu, ekekekeke……

  10. qalbubiru
    July 6, 2009 at 2:51 pm

    ini cput boleh dimakan ke? adeih tak tahan tengok… bagi yg gemar tu, makanlah puas-puas

    • Tie
      July 6, 2009 at 4:58 pm

      Ni siput sawah. Memang boleh makan… isinya saja, bukan kulitnya, he he…

  11. ain
    July 6, 2009 at 3:12 pm

    belum pernah try mkn siput ni…sdp ke kak tie..????

    • Tie
      July 6, 2009 at 4:58 pm

      Bagi kak tie , sedap lagi siput Johor, waakakakaa…….

  12. cpj
    July 6, 2009 at 3:16 pm

    ekekekekeee….lucunya cerita tu…OOO!!!patutlah orang kampung saya panggil siput gondang, agaknya sebab asal cerita kelentung-kelentang bunyi dinding tu kut!…mentua senyum sebab tak tahu cerita sebenar!…ekekekekekeee….

    • Tie
      July 6, 2009 at 5:00 pm

      Hi hi hi…. Siput gondang tu lain sikit, besar lagi. Tapi gondang emas tu memang tak boleh dimakan.

      Pernah makan ke ??

      • cpj
        July 9, 2009 at 12:44 am

        tak pernahlah kak tie, yang emas pun tak pernah, yang perak atau gangsa lagi tak pernag..ekekekekee…

        • Tie
          July 11, 2009 at 4:51 pm

          Amboi…….. ada pulak gondang perak dan gangsa ? Macam pingat je, ekekeke…..

  13. July 6, 2009 at 3:24 pm

    jenis ni tak pernah rasa lagi.

    bunyi apa ya…..tak kan keluar siput sebiji-sebiji…waaaakakaka.

    • Tie
      July 6, 2009 at 5:01 pm

      Kak tie makan pun lepas jadi isteri orang kelantan. Kat johor, siput laut tu je.

      Bunyi apa ? Hehehe…. bunyi siput terpelanting keluar dari tooot!!!

  14. July 6, 2009 at 3:59 pm

    sedapnye siput sedut…
    rasa macam nak masak siput la plak…
    biar betul kak…mamat tu makan siput dengan kulit2 dia..tak penat ke nak kunyah???
    macam-macam…

    • Tie
      July 6, 2009 at 5:02 pm

      Dia tak kunyah. Dia telan je. Siput ni kecik… tapi toksahlah ikut perangai dia… bahaya la, hehe…

  15. jentayutiara
    July 6, 2009 at 4:37 pm

    lama tak makan… jarang jumpa.

    • Tie
      July 6, 2009 at 5:02 pm

      Sekarang ni dah musim.πŸ˜›

      • jentayutiara
        July 7, 2009 at 10:24 am

        dah musim ker….

        errkkk sy nak trangganu lah…

        • Tie
          July 7, 2009 at 11:20 am

          Kat kelantan dah musim, ganu…tak perasan pulak. Lama tak gi pasor, hehe…

  16. iza
    July 6, 2009 at 5:20 pm

    amboi kak tie..shy shy cat lak nak ngaku kat mek pasal siput tu yer .. sib baik mek faham, offer bekali-kali, kalau tak hurm termimpi-mimpi pulak nanti heheπŸ˜€

    • Tie
      July 6, 2009 at 5:31 pm

      Memang kak tie malu… sebab dia asyik tanya je… Kalau terus beri mesti ambik je, hehe….

  17. July 6, 2009 at 5:24 pm

    hehee..siput ni syd rasa syd penah makan kak tie..tapi lupa nama dia apa…tak de lendir ke kak tie..?..hahaha…

    • Tie
      July 6, 2009 at 5:28 pm

      Lendir ? Kena rendam dulu dalam air garam lepas potong moncong dia, ekekeke…

      • July 6, 2009 at 10:28 pm

        haha..kijam semacam je..dah la pedih kena rendam dalam air garam..pastu kena potong muncung..maakkkkkk!!sakit!!(siput-siput sedang meraung)..hehe

        • Tie
          July 7, 2009 at 11:19 am

          Eheheh….janganlah gitu… kak tie lak rasa sedih, hu hu… Tapi siput tetap sedap!!πŸ˜›

  18. July 6, 2009 at 7:06 pm

    Barang Johor memang sedap……..

    • Tie
      July 7, 2009 at 6:58 am

      Sudah tentu…!!!πŸ˜€

      • July 7, 2009 at 4:28 pm

        aik!!! lain macam aje bunyi nyer nie… hmmm

        boleh join sekaki ker..

        tihtihtihtih….
        πŸ˜€

        • Tie
          July 7, 2009 at 5:29 pm

          Errk !! Dok pikir apa lak tu ???

  19. July 6, 2009 at 7:47 pm

    Salam Akak Tie….

    Siput? Siput yg ciput…..

    Siput ni kalau dimasak lemak cili api….perghhh,sedap!! Marvellous!! Jenuh menyedut.

    (Sedang membayangkan Belut Goreng Cili Kering & Sup Belut Berherba. Perrghhhhh,sedap!!!)

    • Tie
      July 7, 2009 at 6:59 am

      Hi hi hi…… Uwaaa…..suka belut jugak ke ?

      Kak tie makan gitu2 , je… rasa malu2 lagi sebab terbayang rupanya tu, kih kih..

  20. July 6, 2009 at 9:42 pm

    tak penah le teman makan siput ni kak tie, jumpa pun tak pernah…., makan siput kalau balik johor jer…masak tak reti makan boleh le.

    pssst…sekali pandang mcm siput b***i lah kak tie, jgn marah ye!!!

    • Tie
      July 7, 2009 at 7:00 am

      Ish… jangan la kata rupa dia macam siput piggy… tak baik tau!!

      Rasanya lebih kurang macam siput Johor tu.. Tapi kak tie lebih suka yang dari Johor… he he…

  21. July 6, 2009 at 10:56 pm

    kakpah pun tak reti nak sedut siput sebab tu tak suka makan. Orang kata sedap.

    • Tie
      July 7, 2009 at 7:01 am

      Anak kak tie yang bongsu pun tak suka. Dia tengok je… tak pe laa… banyak benda lain yang boleh dimakan, hehe..

  22. July 6, 2009 at 11:23 pm

    dah lama tak jumpa siput sawah ni..tapi lawak la cerita tu… teringat satu peristiwa di hotel kat BB dulu..

    ada sorang kawan tu makan udang dengan bagitu sopan maklum lah majlis resmi.. yg zino heran mana pegi kulit udang tu.. hehe cuba teka hehe.. apa dia buat bila susah sangat nak kopek guna sudu dan garfu hehe

    • Tie
      July 7, 2009 at 7:02 am

      Dia telan kulit udang..?

      Hi hi… tentu merana perut dia tu, kesian…

  23. July 7, 2009 at 1:24 am

    Salam Kak Tie…

    Luculah citer Kak Tie ni. Sakit perut intan dok tahan gelak…hahahaha
    πŸ˜€

    • Tie
      July 7, 2009 at 7:03 am

      Haa…. kak tie cuma nak berkongsi di sini, hi hi…

  24. July 7, 2009 at 8:20 am

    Akak Tie….

    Sy suka sangat makan belut.

    Sy dan belut bagaikan isi dan kuku. Atau bagai irama dan lagu.
    Atau air yg dicincang tidak akan putus.
    Begitu NGAMMMMM!!!! (Sy tgh senyum kat Kak Tie sambil buat thumb-up).

    Lalalalalalala….

    • Tie
      July 7, 2009 at 8:37 am

      Orang kata, kalau makan belut, kulit jadi cantik, halus, licin..ekekekeke…kalau orang ada penyakit kulit pun digalakkan makan belut.. Betul ke kulit Zyma halus dan cantik? Boleh tayang kejap tak??

      • July 7, 2009 at 9:48 pm

        Akak Tie….

        Makan Belut tak semestinya kulit akan cantik. Kulit sy tak la cantik mcm kulit Paris Hilton tuuuu. Tapi cantik sikit la dari kulit BELUT tu….muahahaha.πŸ™‚

        Tapi memakan Belut tu adalah salah satu perawatan utk kulit yg bermasalah seperti jerawat (Depends la pd sesetengah org. Tak semua akan sesuai jika memakan Belut tu).

        Sy makan belut adalah utk cas tenaga dlm badan so that sy tak “kalah sebelum berjuang”…(errkkk,mcm army la pulak). Adakalanya pimples naik jugak kat pipi kelabu asap sy ni(hmmm,tp masa tgh bulan mengambang ye).

        **Petua cara sy**

        1- Nak cantik ekkkkk?? Bykkan minum AIR KOSONG dan jus buah2an. Kalau suka, minum la susu. Sy meloya sikit klu minum SUSU.So,sy minum air SOYA.
        ELAKKAN MEMINUM AIR AIS ye.

        2- Elakkan minuman berGAS & gula berlebihan.

        3- KURANGkan makanan berminyak, masin, manis.

        4- Tido, at least 6-8 hours.

        5- Jgn tido petang – nanti cepat jd pelupa & nyanyuk (petua org2 tua la ni…). Muka juga jd cepat tua.

        6) Selalu senyum (senyum bior le bertempat ye…) so that kulit akan kekal anjal, muda, tegang. Kulit lambat jatuh maaaaa.

        7- Please stay away from junk food, fast food.But don leave “siput” and sea-food. Hihihihihi….

        8- Makan ulam/sayur2an. Kalau rajin buat la SALAD (dan sila la hantar ke rumah sy ye….).

        9- Makan buah2an byk2 tau……

        10- Gosok gigi (bangun pagi & sebelum tido). Ini juga memainkan peranan utk cantik. TRUST me!!!!

        Kak Tie….

        Sila la ikut petua ni kalau berani. Ada berani?? Sy tau Kak Tie suka minum air ais….hihihi. Boleh hidup ke TANPA meminum air AIS mcm sy??

        Take care ye,Akak Tie sayang. πŸ™‚

        • Tie
          July 8, 2009 at 10:02 am

          Uwaaa…..banyaknya petua..hu hu..

          Memang kak tie suka minum air ais, tapi bila musim panas je. Setau kak tie lelaki tak elok minum air ais jugak! Ia akan memberi kesan ke atas sistem pembiakan mereka, hi hi.. benda tu jadi sejuk, ekekeke…..

        • July 8, 2009 at 9:26 pm

          Oleh itu, meh le kita beramai2 banteras air ais / sejuk dlm ice box tu supaya hubby-hubby kita tidak merasa sejuk dan beku…

          Lalalalalala…..πŸ™‚

        • Tie
          July 11, 2009 at 4:50 pm

          Err…..tapi kak tie nak juga minum air ais lemon tea sekali sekala, ekekekeke…..

  25. July 7, 2009 at 11:39 am

    Kak Tie, kami sekeluarga suka bebeno mkn siput sedut ni. Mak pasti merungut..masing2 mkn nasi ckit je tapi lambat nk selesai mkn. Sbb dok sibuk sedut siput, ada yg sekali sedut dh dpt isinya, ada pulak yg kena 2-3 kali

    • Tie
      July 7, 2009 at 4:31 pm

      Eh….macam mak kak tie laa… Memamg betul kalau makan siput dan ketam, mesti nasi tak abis…. asyik ratah lauk je, ekekeke…..

      Kak tie kekadang tak dapat isinya,nak letih menyedut jadi terpaksa main ngelat…guna pencungkil gigi..mesti dapat, hi hi..

  26. July 7, 2009 at 12:59 pm

    k tie,

    rugi lar malu…. tapi kalau ambik selalu pun malu gak kan… tapi zan selalunya ambik saja. kalau tak ambik mereka kecil hati…

    zan rasa seumur hidup pernah sekali makan, tu pun masa kecik2 dulu. tapi zan memang tak makan sebab rupanya lain dari yg biasa makan tu.

    bolehke tetelan siput gitu…. tak ke kena operate k tie. takutnya … apara si suami tu, segan bertanya sesat jalan.

    • Tie
      July 7, 2009 at 4:35 pm

      Mentua kak tie tu suka bagi apa2 yang ada, tapi asyik tanya je…nak ke tak nak…tu yang malu nak jawab. Kekadang siap bisik2 lagi, takut yang lain dengar…. Takut ada yang kecik ati je.

      Kak tie berani makan sebab seluruh ahli keluar suami makan. Nampak terliur pulak.

      Eh, jangan cuba telan laaa… takut langsung tak keluar bunyi kelentung kelentang tu, kih kih ….

  27. July 7, 2009 at 1:30 pm

    Su pun suka makan siput… one of my favorite lauk pauk. Tapi kan kak tie, kalau siput sawah ni, kadang tu tension bila ada banyak anak dlmnya. Ada petua tak nak hilangkan anak-anak siput tu sblm masak?

    • Tie
      July 7, 2009 at 4:38 pm

      Waaakakakaaa…… Petua nak hilangkan anak2 siput ?

      Adoi mak!! Kak tie bukan bidan siput!!! Uwaaaa….

      Sebenarnya bila musim siput, cepat2 ambil kesempatan. Jangan tunggu lagi. Kalau dah lepas beberapa minggu, siput2 tu akan matang (dan anak2 siput membesar). Masa tu kak tie pun tak boleh makan siput gitu. Rasa berpasir pulak… Boleh nampak baby siput tu, err..comel pulak, hi hi…

  28. Kak Long
    July 7, 2009 at 3:46 pm

    Tie,
    Tak pernah tahu pula pasal siput sawah ni. Memang duduk dlm sawah ke?
    Siput Johor yang macam mana pulak.
    Selama ni cuma tahu makan siput sedut je.

    • Tie
      July 7, 2009 at 4:44 pm

      Memang ada dalam sawah (padahal kak tie tak pernah tengok pun, kih kih )

      Siput Johor ? Ni kak tie bagi urlnya…. (http://kayteeze.wordpress.com/2008/12/23/makan-makan/

      • July 7, 2009 at 9:33 pm

        Kak Long dah melawat link yang Tie bagi tu. Oooo…itu ke siput johor? Kat sini panggil siput sedut je. hehehe…
        Apasal namanya siput johor? tok moyang siput ni datang dari Johor ke?

        • Tie
          July 8, 2009 at 10:04 am

          Waaakakakaa….

          Orang kata siput tu dipanggil siput belitung. Tapi, kak tie tak boleh nak kata tu asal dari Johor. Kang marah pulak orang2 dari negeri lain. Tak ada maklumat tepat laa.. Kak tie tak de masa nak godek2 ni. Selalu berebut PC dengan anak2, hehe…

  29. July 7, 2009 at 6:01 pm

    aderkk..

    ghupo eh Tie, kek komputer di opis ni buat hal.. lain den typekan lain lak keluar alamat den tu ha. huhuhu

    hehehe

    tapi elok gak la.. buek an ekau tercari2 den.. tando jodoh kito tu.. sayang gak ekau kat den yo.. uhuk! uhuk! uhuk!..

    hehehhe

    • Tie
      July 8, 2009 at 10:08 am

      Alaaahai…. tak nak ngaku tersalah eja pulak. Cubalah klik nama Maza tu… mesti dihantar ke alamat lain.. banyak kali dah… Mujur Tie simpan bloglist di blogspot lama tu…, senang nak tengok updates.

      Jodoh apa pulak ?? Sayang….? Uwek!! Ni mesti tertelan pokok kucing galak tu, waaakakakaa….

      • July 9, 2009 at 4:21 pm

        Tak po nyer der.. den paham.. ekau malu nak ngaku kek sini..

        wakakakak

        • Tie
          July 11, 2009 at 4:54 pm

          Memang kita mokcik pemalu……..😳

  30. July 8, 2009 at 1:11 am

    siput babi boleh sebabkan selesema bab tak..? takuttt..!

    • Tie
      July 8, 2009 at 10:09 am

      Ehehehe….. mana boleh…!! Tapi, heran gak. Kenapa siput babi tu dinamakan begitu, ek? Tak ada rupa babi pun. Kesian , kan…

  31. nahmy
    July 8, 2009 at 9:11 am

    ada org kata ‘malu tapi mahu’ tu macam ‘menyiputkan’ diri….erhh! ada kena mengena plak dgn siput yek. saya sampai la ni dok terkebil-kebil nengok anak2 & isteri makan siput sedut tu…sbb tekak marhaen ni tak boleh nak masuklah..

    • Tie
      July 8, 2009 at 10:10 am

      Uwaaa….. ada juga ungkapan ‘menyiputkan diri’ !!!

      Kesian, tak boleh join operasi makan siput!! Kuranglah rasa nikmat menyedut ni, hehehe….

  32. kutaksempurna
    July 9, 2009 at 9:15 am

    mama!!

    apa yg jadi pd menantu lelaki tu??
    errr.. angie tak boleh nak teka la…
    .
    .
    .
    ..
    .

    ekekeke… camane boleh telan sekor2 siput tu??
    isshhh..

    p/s: angie tak pernah mkn siput… mcm tak lalu.. skrg ni plak ANTI dgn En. Siput… kdg2 dpt jadi silent reader je.. nak komen, en siput tak bagi..
    uwaaaaaaaaaaa….. jgn la glemerkan siput!!
    πŸ˜›

    • Tie
      July 11, 2009 at 4:53 pm

      Jangan nak pura2 innocent la Angie ooiii…!!!

      Toksahlah malu2…… esok2 dapat suami yang suka telan siput, baru tahu, waaakakakaaa…………….

      Psst- Kekadang mama cuba nak jadi silent reader, tapi jejari montok mama ni rasa gatal nak komen, kih kih …..!

  33. July 9, 2009 at 9:39 am

    Kuat betul giginya sampai boleh kunyah kulit siput … hmmmmmm

    • Tie
      July 11, 2009 at 4:53 pm

      Errk..!

      Dia telan je, kih kih….

  34. July 9, 2009 at 6:38 pm

    owwhh!!! nama dia siput sawah hihihi
    siput sedut tu benda lain ke ek?

    sy xpenah rasa psl.. ntah.. macam xtau nak mkn mcm mana hihihi

    • Tie
      July 11, 2009 at 4:55 pm

      Siput sawah tu dalam kategori siput sedut la , Adilla ooii….!!

      Ni mesti dah lama sangat dok kat London…. esok2, siput babi pun tak kena, ekekeke…..

  35. July 10, 2009 at 6:17 am

    saya suka kuih siput!

    • Tie
      July 11, 2009 at 4:56 pm

      Laa….. kak tie pun suka, tapi tak pernah buat. Selalu makan kat rumah orang time raya, ekekekeke…..

  36. July 11, 2009 at 1:20 pm

    saya tak pernah plak rasa siput neh..

    • Tie
      July 11, 2009 at 4:56 pm

      Kalau tak biasa elok tok sah. Lebih2 lagi time ada isi tu, hi hi…

  37. kutaksempurna
    July 11, 2009 at 1:43 pm

    mana mama ni!!!!

    tertelan siput atau kena telan siput??

    mama!!!!! bangun!!!
    sihat ke tak?? huhuhu.. mama…

    • Tie
      July 11, 2009 at 4:58 pm

      Mama ada laa…..

      Siput mana pulak yang berani nak telan mama ?

      Mama sihat, cuma kekadang susah nak kawal emosi. Mungkin kerana bulan mengambang kot! Uwaaaaaaaa……….:mrgreen:

  38. July 11, 2009 at 5:24 pm

    saya ni mkn pun tak tahu masak pun tak tahu siput sedut hihihi…
    pernahlah sekali hubby beli dan suruh saya masak uwaaaa tak tahu nak potong…fail..akibatnya jenuh nak sedut hihihi…

    • Tie
      July 11, 2009 at 6:36 pm

      Ye ke…kesian kat hubby suzi. Lain kali kena potong hujung tu, baru udara boleh masuk dan senang nak sedut. Waakakakaa…..

  39. July 11, 2009 at 6:27 pm

    Nape tak gambar yang sudah masak punya. Ada sikit idea mcm mana hidangannya itu nanti. Tapi bulan puasa nanti kurang2 kan lah gambar makanan.πŸ™‚

  40. July 11, 2009 at 10:33 pm

    Swadeekap Akak Tie.

    Ehemmmm…ehemmmm….ehemmmm.
    Dtg nak tuntut n3 baru. Tak sabar2 nak baca ni. Dah gedik2 ala sopan santun sambil berguling2 atas lantai nak baca n3 baru Akak.

    Ketagihan nak baca n3 Akak Tie. Satu hari tak ngendap Akak, tak dinamakan Zyma la. Hidup boleh gundah gulana. Huhuhuhu….

    Take care ye,Akak Tie.

    • Tie
      July 12, 2009 at 8:40 pm

      Zzzzzzzzzzzzzzz………….

      Zzzzzzzzzzzzzzzzz………..

      Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz……..

      Aaa?

      Err…… sabor….. sekarang ni tengah pening lalat….

  41. July 12, 2009 at 7:48 am

    Chekdee dan anak sulong…memang suka sangat makan gulai siput…….hmmm…kalau mertua lalu kat belakang pun boleh tak sedar ler….asyik menyedut sibut tu……..besttt sangatttt

    • Tie
      July 12, 2009 at 8:42 pm

      Ooo….kalau kita makan sama2 mesti best !!!

      Chrot…chrot…..chrot…….., ekekekeke……

  42. July 12, 2009 at 6:35 pm

    salam..wahhh ni rasanya siput gondang emas..pest kepada padi kan….

    • Tie
      July 12, 2009 at 8:43 pm

      Errk!!

      Godang emas ?

      Tu tak pernah makan. Cik abang kata tak boleh makan, err….yang kat atas tu siput sawah. Gondang emas asal dari Thailand.

  43. kin
    July 13, 2009 at 8:09 pm

    saya tak penah masak siput nih..tp, penah cuba sekali, beli kat kedai dulu….hasben saya kata sedapo, tapi, saya tak suka…

    • Tie
      July 13, 2009 at 9:15 pm

      Ye ke ? Tak pe , yang penting cik abang suka, hehe…..

  44. August 29, 2014 at 11:14 pm

    Kat mana leh dapat siput gondang emas ni ek? Ingat nak ternak buat makanan itik.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: