Home > Berita > e-Book

e-Book

Petang tadi (1 July,2009) , anak Tie  terima e-book dalam Majlis Penyerahan e-Book Pelajar Tahun 5 di Akademi Binaan Malaysia, Jenagor. Majlis dirasmikan oleh YBM Dato’ Haji Tengku Putera Bin Tengku Awang (DPMT).

Penggunaan e-Book akan mengubah lanskap pendidikan di Negeri Terengganu dengan memberi lonjakan hebat terhadap penguasaan teknologi maklumat (ICT) di peringkat awal persekolahan. Sebanyak 22.6 juta dibelanjakan untuk seluruh Negeri Terengganu. (ayat cedok dari pamplet yang dibawa balik, hehe)

e-Book2

Memang beruntunglah pelajar-pelajar di Terengganu ni. Anak Tie pun dapat menumpang sama, hehe….

Mama dia rasa jakun sebentar….. Dalam hati nak cuba guna untuk blogging , ekekekeke….. (jangan marahlah YAB Dato’ Ahmad Said… gurau je, hi hi…)

e-Book1


Beginilah rupanya..  Comel pulak.. senang nak kendong ke sekolah…haha… Dah siap diprogramkan… Semua buku2 ada dalam tu. (Sebab itu dinamakan e-Book, waakakakaa….)

.

.

.

Psst- Sebenarnya Tie ada terima beberapa award dari teman2.. Tapi malangnya Tie dah lupa seorang dua tu, jadi Tie takkan  tepek  award2 yang Tie ingat, takut yang lain berkecil hati….hu hu.. Mintak ampunlah pada semua yang bermurah hati………:mrgreen:

.

Categories: Berita Tags:
  1. July 1, 2009 at 7:22 pm

    Salam Akak Tie….

    Wahhhh, dah ada e-book ekkk? Hihihihihi….
    Nak pinjam,boleh??

    • Tie
      July 1, 2009 at 8:31 pm

      Ooo…tak boleh… nanti YAB Ahmad Said marah… untuk pelajar ganu je, ekekeke…

      Lagipun mama dia nak belek-belek ni, hi hi…

  2. July 1, 2009 at 7:23 pm

    Ehhhh,sy yg 1st ke?

    • Tie
      July 1, 2009 at 8:32 pm

      Betul betul betul….!!!

  3. July 1, 2009 at 8:22 pm

    wow.. so advance lah warga ganu…
    belajo rajin2 yer dik!🙂

    • Tie
      July 1, 2009 at 8:32 pm

      Err……..adek besor pun nak belajar gak!! Uwaaaaa……..😛

  4. iza
    July 1, 2009 at 8:29 pm

    Wah canggihnya… comel lak tu. Mesti banyak buku boleh simpan kan kak tie…jangan sampai dok dang bace sudah ler hehee.

    • Tie
      July 1, 2009 at 8:33 pm

      Semua subjek ada dlm tu, kak tie dah check… boleh surf internet lagik, ekekeke…..

      • Kak Long
        July 3, 2009 at 6:01 pm

        wah, bagus tu…nampaknya pelajar-pelajar kita mudah nak cari maklumat dan tak payah nak pikul buku berat-berat lagi.

        • Tie
          July 5, 2009 at 7:47 am

          Itu yang Kak Tie harapkan. Tapi setakat ni cikgu suruh bawak buku seperti biasa. Bertambah beban pulak. Alasannya cikgu tak dapat e-book lagi…

          Kak tie tak boleh terima alasan tu, sebab cikgu boleh berkongsi dengan salah seorang murid2 tu… Cikgu patut kena berjalan2 dlm kelas dan pantau murid2, bukannya duduk kat meja depan je…

          Kak tie rasa cikgu2 tu tak bersedia untuk mengajar cara baru. E-book tu pulak kena dibawa kemana2, takut hilang ‘diambil’ orang… susah laa…

        • July 7, 2009 at 9:26 pm

          Kalau nak suruh bawa buku lagi, baik tak payah ada e-book tu.

          Kak Long pun fikir alasan tu tak logik lah tie. Takut nanti, dah banyak-banyak duit keluar untuk sediakan kemudahan canggih, jadi gajah putih je.
          Kena buat sesuatu tu!

  5. July 1, 2009 at 8:32 pm

    Salam Kak Tie,

    Aik, bertuahnya dapat e-book. Percuma ke atau berbayar? macammana boleh terpilih dapat ni? tak dinyatakan dalam entri tu..🙂

    • Tie
      July 1, 2009 at 8:54 pm

      Haa… percuma laaa… Semua pelajar tahun 5 (di Terengganu je) mendapat e-book.

      e-Book akan menjadi kepunyaan pelajar , boleh guna sampai bila2, ekekeke… mama dia yang excited pulak!

      • July 2, 2009 at 11:02 am

        Setiap pelajar dapatke? dalam e-book tu macam laptop biasa jeke?

        • Tie
          July 2, 2009 at 11:18 am

          Semua pelajar tahun 5 je….

          Macam netbook. Boleh surf internet, ada microsoft word dan lain2 (selain dari buku2 sekolah)… kira okay laa… sesuai dengan umurnya. Ada juga program untuk bacaan alquran, doa2 dan sebagainya…

  6. July 1, 2009 at 9:04 pm

    zaman berubah…

    • Tie
      July 1, 2009 at 9:13 pm

      Zaman IT la katakan…. hehehe…..

  7. July 1, 2009 at 9:30 pm

    bertuahnya murid-murid. tak semua murid dapat tuah seperti itu.

    • Tie
      July 2, 2009 at 6:36 am

      Memang bertuah……. harap2 lebih rajin belajar.

  8. ain
    July 1, 2009 at 9:38 pm

    tahniah utk anak kak tie. bestnya dapat e-book. makin senang ler nak belajar!!!

    • Tie
      July 2, 2009 at 6:37 am

      Mekasih, hi hi.. mama dia pulak yang terlebih suka..

  9. irfat
    July 1, 2009 at 9:49 pm

    pasnih jgn tkejut kalu anak kaktie pun berblogging juge,,hehehe,,

    • Tie
      July 2, 2009 at 6:38 am

      Eh, dia ada blog sendiri tau, cuma tak de masa nak update. Dah naik bersawang, eekekekekeke…

  10. July 1, 2009 at 10:52 pm

    waaa…bangga jap jadi org Trg walau tak duk Trg hihihi.
    beruntungnya diaorg…termasuk anak kak tie. kak tie pun utg gak dpt belek2 e.book tu hihihi

    • Tie
      July 2, 2009 at 6:40 am

      Patut bangga tu, hi hi..

      Nanti bila suzi balik sini boleh la anak2 suzi merasa, he he…

      Kak tie memang masih lagi belek2… ada microsoft word lagik, Senanglah dia nak buat scrapbook dia tu, Programanya tak banyak, tapi semua subjek tahun 5 ada dlm tu.

  11. July 1, 2009 at 11:02 pm

    E-book tu akan jadi hak milik kekal anak KT ke? Buku2 dlm e-book tu utk tahun 5 aje ke? Tahun depan bila dah naik ke tahun 6 cmner pulak? Sapa nk jwb? Sila jwb!😉

    • Tie
      July 2, 2009 at 6:43 am

      Hak milik kekal ? Sudah tentu…. malah dinasihat lagi boleh berikan pada adik2 bila besar… hu hu…. adik dah tak ada, bagi kat mama je, ekekeke….

      Untuk tahun 6, mungkin programnya ditambah. e-book ni masih dikawal oleh Jabatan Pendidikan Terengganu. Tak boleh install sendiri program dlm tu. Kak tie tak pandai nak hack paswordnya, ekekekeke…………

  12. July 1, 2009 at 11:28 pm

    uihh kagumnya..kenapa time saya dulu tak de..saya pun anak ganu gak..uwaaa nak jugakkk hahahaaa

    • Tie
      July 2, 2009 at 6:45 am

      CC nak ??

      Cepat2 balik Ganu dan daftar kelas tahun 5…….waakakakaka…..

  13. July 1, 2009 at 11:51 pm

    wah bestnye..
    kalau nak beli agaknye bape hinggit tu ek?
    si zikry ni kalau dapat mesti dia tanya..ada game tak..sama mcm mak dia hehe..

    • Tie
      July 2, 2009 at 6:47 am

      Nilainya lebih kurang seribu RM, kot…. Window xp tau!!

      Kak tie dah check, tak ada game, uwaaaaa………………..

  14. July 2, 2009 at 12:08 am

    hmm

    bila lak org nak bagi den komputer percumo yo?! huhhu

    • Tie
      July 2, 2009 at 6:48 am

      Kena beli sendiri laa……… tak pun mai masuk kelas 5 kat ganu ni… jadilah murid paling comel dan encem!!!

  15. cpj
    July 2, 2009 at 12:19 am

    saya tabik spring kpd warga terengganu kerana setiap tahun apabila keputusan peperiksaan diumumkan, warga ganung tetap yang teratas!…Tahniah 3X!

    • Tie
      July 2, 2009 at 6:57 am

      Ha ha… kak tie rasa bertuah kerana anak2 dapat bersekolah di sini. Guru2 amat mengambil berat. Kalau ada aktiviti luar, murid2 diberi makan tengahari percuma, sebelum berangkat (untuk pertandingan atau aktiviti luar sekolah)

      Dan untuk murid2 tahun 6, mereka sering diberi kismis untuk minda, diadakan aktiviti membaca alquran, terutama masa bulan ramadhan, sembahyang hajat beramai2, dan macam2 lagi. Ibubapa tak perlu bimbang tentang tuisyen kerana pihak sekolah sediakan. Guru besar siap nasihat pada ibubapa supaya jaga pemakanan anak2 lagi… Macam2 laa… Kak tie cuma goyang kaki je, he he…. Anak2 kak tie si abang dan yang tengah tu keputusannya cemerlang.. Tinggal yang bongsu ni pulak tahun depan ambil UPSR….. debor pulak.

      • cpj
        July 2, 2009 at 2:07 pm

        wah!…seronoknya jadi kak tie, beruntung dan bertuah…semoga terus mendapat rahmat daripada-Nya…tanya sikit, bila nak dapat menantu?kihkihkih…ekekekeke…

        • Tie
          July 5, 2009 at 7:48 am

          Menantu ? Uwaaa…. lama lagi laa…

  16. July 2, 2009 at 9:13 am

    bertuahnya anak kak tie.

    nak pindahlah dok Trengganu.

    • Tie
      July 2, 2009 at 9:51 am

      Mai laa…. boleh makan kopok lekor hari2…hi hi….

  17. July 2, 2009 at 9:25 am

    Salam,

    Wah…canggihnyer kerajaan terengganu…sipa kasi ebook…..nampak mewah dan update…… kenalah tingkatkan usaha untuk study hebat…..Tie…jangan pinjam tau…..hehehehe

    • Tie
      July 2, 2009 at 9:52 am

      Ehehehe…..😆

  18. July 2, 2009 at 9:26 am

    sipa=siap….. hehehehehe

  19. July 2, 2009 at 9:38 am

    salam kak tie.. waahhhh, canggih tu.. lepas ni tak de la diorang merungut beg sekolah berat.. bila la agaknya nak berkuatkuasa kat negeri2 lain pulak, kann.. bukan akak jer, saya pun tumpang jakun sekejap.. ngeeeeee..

    • Tie
      July 2, 2009 at 9:54 am

      Idea penggunaan e-book di Terengganu adalah dicetuskan oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Ahmad Said. Di negeri2 lain tak ada laa… Tak tahu la masa2 akan datang nanti.

  20. Jie
    July 2, 2009 at 11:56 am

    untungnya org Ganu….
    untungnya budak zaman skrg…

    • Tie
      July 5, 2009 at 7:49 am

      Memang beruntung.😛

  21. July 2, 2009 at 9:17 pm

    wahhh!! mmg semua org darjah 5 kat Terengganu dpt ke?
    lps ni xde la budak2 nak terbongkok2 angkat buku yg berat2 tu hehe

    • Tie
      July 5, 2009 at 7:50 am

      Ya ya…. tak percaya ke ?

      Setakat ni kena bawak buku2 teks tu…termasuk e-book.

      Si bongsu tu dok berleter je, hi hi..

  22. kutaksempurna
    July 2, 2009 at 11:04 pm

    alalalala… comel nye e-book ni..
    kenapa angie tak dapat??

    huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
    ini tak adil!! nak jugak
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    adoi!! sakitlah mama!!
    errr… lupa.. angie dah abis sekolah rupanya..
    hik hik hik..

    bestnye… budak2 skrg ni.. jgn salah guna sudah..😀

    • Tie
      July 5, 2009 at 7:51 am

      Angie ooii…. kalau nak gak, kena daftar masuk tahun 5 semula laa…ekekeke….

      Salah guna ? Err…. mama dia kot!!! Waakakakaa…….

  23. July 3, 2009 at 10:12 am

    jakun ghitewww.. uhuhu

    • Tie
      July 5, 2009 at 7:52 am

      Ha ha…. jakun gak!

  24. jentayutiara
    July 3, 2009 at 11:15 am

    zman kita dulu usung buku 4 5 kilo smpai senget badan…
    untung kan anak2 zaman IT..

    • Tie
      July 5, 2009 at 7:53 am

      Hmm… harap2 cikgu2 dia tu boleh adjust corak mengajarnya… mereka masih suruh bawak buku teks lagi.. tu yang buat Tie geram ni…

  25. July 3, 2009 at 1:53 pm

    k tie,

    eee bes nya…. mcm tu e-book rupanya. zan memang tak tahu….. kalau anak perempuan zan tau ada e-book tu, sah2 dia suruh cari sampai dapat….. syyyyyyyyyyyyyy…..

    kemudahan luar bandar mmg canggih.. mmg memudahkan pembelajaran.

    k tie….. eskrim tu ada lagi dak…?????

    • Tie
      July 5, 2009 at 7:54 am

      Toksah kata anak zan, mama dia pun jeles gak, nak e-book gak…. hehehe….

      Err… aiskerim tu kalau nak buat mulut berbuih boleh laa…hi hi…

  26. July 3, 2009 at 3:19 pm

    bestnye…anak sedara milla ada sorang darjah 5 kat Kemaman & dah dpt ebook gak…lepas tu dia tayang2 plak kat anak milla, apalagi budak tu hangat hati suruh kita belikan….mana nak cari!!!kita duk pahang mana ada ebook tu…

    jakun gak kita anak-beranak tengok he he he

    • Tie
      July 5, 2009 at 7:57 am

      Ha ha…. memang rasa seronok, e-book tu comel benor…

      e-book tu macam net book gak, kak tie tengok harganya seribu lebih… Boleh beli la tu, ekekekeke…….

  27. July 3, 2009 at 4:15 pm

    dh ader ebook ye kak tie..beruntung jugak ni..zaman kite dulu naik senget bahu kesekolah..heeheh

    • Tie
      July 5, 2009 at 7:59 am

      Sekarang ni masih lagi angkut buku2 tu, sampai sakit bahu dan pinggang. Yang kak tie geram, cikgu suruh bawa buku2 tebal (log book yang panjang), pastu bila dah habis tulis satu buku latihan tu, kena gam lak buku latihan yang baru… sampai tiga buku latihan digam… bertambah berat laa…

  28. July 3, 2009 at 6:04 pm

    Salam Tie… budak2 sekarang beruntung!… bila teknologi berubah,cara pembelajaran juga turut berubah!… nasib baik jugak emaknya pun celik IT, kalau tak emaknya dok nganga jerlah tengok benda tuh!… hehehe…

    • Tie
      July 5, 2009 at 8:00 am

      He he…

      Emak dia tahu sikit je… terkial2, hi hi…. sabor je laa….

  29. Kak Long
    July 3, 2009 at 6:42 pm

    Wah, dah sampai Terengganu. Baguslah tu… dan tahniah untuk org Terengganu kerana dah pakai e-book.
    Kat sini, masa tahun 2004 kalau tak silap, ada juga beberapa buah sekolah yang dibekalkan e-book. Lepas tu senyap je. Agaknya budget tak cukup nak teruskan.

    • Tie
      July 5, 2009 at 8:04 am

      Hmm… agaknya tahun depan ada ke lagi e-book untuk tahun 5, ek ? Kak tie macam tak percaya je… Yang ni pun dah habis lebih dari 20 juta.

      Kak tie rasa ini mungkin satu hadiah je…. entahlah… cikgu2 mereka tu macam marah2 je… (anak yang komplen), macam tak suka, kena ajar guna e-book. Kalau kak tie , lagi senang, lagi mudah untuk menarik perhatian pelajar.

      Menurut anak kak tie, tak semua pelajar tahu guna komputer. Ada yang tak tahu nak bukak pun. Mungkin kerana itu cikgu rasa tertekan, kena ajar basic lagi. Mujur anak kak tie tahu komputer ni … dah biasa guna laptop ayahnya.

      • July 7, 2009 at 9:28 pm

        Sayang sangat kalau dah ada kemudahan tak digunakan.

        • Tie
          July 7, 2009 at 10:31 pm

          Entah laa… Cikgu2 tu perlukan sedikit masa agaknya…

          Tapi kesian kat anak2. Bawak beg berat lagi, dan nak jaga e-book tu..kena beli beg lain pulak supaya boleh dibawa ketika rehat. Budak2 yang nakal tu suka ambil je , kalau dibiar dlm kelas.(mak bapak mereka tak ajar hukum mencuri agaknya)

          Tie tak faham laa… bab nak pantau kecurian di sekolah ni. Masa Tie dulu, cikgu amat strict. Kalau hilang pensel sebatang pun, terus check semua orang.

          Kalau tak jumpa, cikgu arah semua keluar dan check meja dan beg sekolah semua murid. Murid yang mencuri tu akan diberi amaran. Tapi sekarang ni, cikgu2 buat tak tahu je bila ada kecurian.

          Walaupun kecil, ia akan menggalakkan pencuri tu buat lagi. Dan inilah yang menyebabkan e-book tu terpaksa diusung sana sini…

  30. July 5, 2009 at 8:01 am

    Knock! knock! knock!….anybody home??

    N3 baru mana ekkkk? Kempunan nak membaca hasil tangan org Ganu nihh. Kang ada yg masuk Batu Belah, Batu Bertangkup versi cartoon The Flinstones.

    Huhuhuhuhu…….

    • Tie
      July 5, 2009 at 8:08 am

      Uwaaa……. baru nak posting la ni…. ekekeke…..

      Tunggu seminit, ya….

      Janganlah dok sebut batu belah tu… Kang benda tu memanggil-manggil dlm mimpi pulak!! Waaakakakaka…..

      Psst- Kak tie asal johor laa… hubby cari makan di Ganu je, pastu hasrat nak menghabiskan hari tua di Kelantan… Jangan keliru pulak, ekekekeke…..

  31. kin
    July 13, 2009 at 8:34 pm

    E-book? Utk budak sek rendah eh? dah tak payah bawak buku byk2 gi sek lagi la..ke camana nih? seme org dpt ke e-book nih?

    • Tie
      July 13, 2009 at 9:21 pm

      Budak2 tahun 5 je yang dapat, hanya dlm Terengganu..

      Tapi kini membebankan pulak. Cikgu suruh bawak buku teks jugak! Cikgu2 tu susah nak sesuaikan diri…entahlah.. kesian kat anak2 ni.

  32. December 11, 2009 at 1:51 am

    salam..
    saje nak celah skit.. hehe
    ebook hak milik murid tp bersyarat.. n tak termsk dlm daftar harta modal sek cam buku teks.. maksudnyer ebook akan jd hak milik selagi mengikut peraturan n aturcara penggunaan ebook..
    ebook tidak akan jd hak milik n wajib kembalikan kpd sek (sek akan htr ke ppd) sekiranya:
    – murid bermslh..disiplin, ponteng dll
    – murid bertukar sek luar neg trg

    klu murid beli sndiri di kilang barulah die jd hak milik kekal..
    klu hilang tkkn dpt ganti..warranty covered if ebook rosak bkn sbb kecuaian murid..
    klu sbb keypad rosk coz men game, lcd pecah sbb jatuh, kene curik seme dikire kecuaian tkkn covered warranty..

    • Tie
      December 11, 2009 at 1:52 pm

      Pengguna yang cermat macam anak kak tie ni tak de masalah. Cuma guru2nya kurang bekerjasama. Kena bawa buku teks macam dulu.. Tu yang lelah sikit.

  33. December 11, 2009 at 1:57 am

    thn dpn still ade lg.. thn dpn murid thn 4,5,6 seme dpt..
    ebook yg hilang dlm kaw sek, murid kene maklum segera ke cikgu/phk sek utk wak spot check.. dlm kwsn sek, tggjwb sek. gagal berbuat demikian pd ms berlaku kehilangan pihak sek boleh tuk TIDAK bertggjwb..
    hilang luar kaw sek, kene wak report polis..

    • Tie
      December 11, 2009 at 1:52 pm

      Setakat ni tak pernah dengar pulak kehilangan ebook… sekolah ni okay lagi…

  34. December 11, 2009 at 2:05 am

    Tie :
    Hak milik kekal ? Sudah tentu…. malah dinasihat lagi boleh berikan pada adik2 bila besar… hu hu…. adik dah tak ada, bagi kat mama je, ekekeke….
    Untuk tahun 6, mungkin programnya ditambah. e-book ni masih dikawal oleh Jabatan Pendidikan Terengganu. Tak boleh install sendiri program dlm tu. Kak tie tak pandai nak hack paswordnya, ekekekeke…………

    skg seme ebook akn dah dinstall buku teks thn 4,5 dan 6.. n thn dpn byk lagi program spt courseware terbaru, permata pintar dll…
    kak tie nak hack ke? mak ai..nie problem no 1 mule2 ebook di berikan.. yg dh dirampas n kene simpan smntra sbg denda berpuluh biji sbb murid degil, tukar pass acc trg(admin) siap tukar pass admin selain mslh2 lain..
    yg beki or upgrade sendiri, htr kedai, buang sticker intel, ebook dah jd mcm kertas conteng, out warranty 1 thn.plss take note sape2 yg de anak yg dpt ebok..
    kene phm bkn hak milik spenuhnyer..bersyarat..refer borang akujanji n peraturn penggunaan…

    • Tie
      December 11, 2009 at 1:55 pm

      Hack ? Ekekeke…… kak tie gurau je. Nak format komputer sendiri ni pun terkial-kial…hehe…

      Ebook tu tak diguna sepenuhnya untuk belajar kerana guru2 di sini macam tak suka je… masih tak dapat menyesuaikan diri. Sampai anak kak tie pulak ajar gurunya nak garis atau higlight text tu… Guru tak dapat ebook.. agaknya sebab tu mereka macam frust je..

      Ramai rakan2 anak kak tie yang bubuh game dan lagu2.. Kak tie pantau anak tu, lagipun dah ada laptop di rumah. Jadi dia guna ebook untuk main2 sambil belajar.

  35. December 11, 2009 at 2:15 am

    kalau nak beli leh direct beli ngn kilang top it. gong bdk..
    penggunaan ebook nie ade baik buruknyer..kalau lihat pd keburukan saje..mmg gitu la jd nyer.. tp kene positifla.. cam sek2 byk sek die amik positf penggunaan ebok kat sek die.tp jgn terkejut ade gb die tak nak tgk lgsg ebook kat sek die… nie yg payah nie.. apepn dah kerajaan neg dah bg free so pandai2 la jg n pakai..
    sebaliknyer sbb bg free la yg undang byk mslh, sbb free so murid jaga lebh kurang,donlod mcm2 (virus), msk website bkn2, beki sendiri, bg pjm org len lain, msk air n mcm2 lagilah..

    • Tie
      December 11, 2009 at 1:57 pm

      Hmm… terpulang pada ibubapa la nak pantau penggunaan ebook di rumah. Tapi bila di sekolah, guru-guru kenalah beri kerjasama, kan….?

  36. December 11, 2009 at 2:55 pm

    tak penah dgr ebook hilang? haha.. kat area sy dah hmpir 9 biji dah hilg..mcm2 kes cam umah kene pecah msk..hilg kene curik kat sek dll..
    psl guru tak nak ajr tu sbb guru sendiri protes sbb guru tak dpt walhal kene ajar murid pakai ebook..sbb tu thn guru kelas yg ajar murid thn 4,5 n 6 akan dpt jugak… selain tu dah mmg cikgu tu buta it so mmg pyh laa sbb kene belaja plak.. kalau yg mmg tak ikut perkembgn it mmg tak leh wak ape lah.. psl game n lagu2 tue mmg ape care sekalipn tak leh nak hlg.bese la bdk2 kan.. tp yg sy ramps sbb kebetuln main game dlm kelas sms pemantauan di sek dah byk.. mai gb ke parent mtk blk sy tak layan.. ajar sikit.. tp ttp dipulangkan..sbg peringatn sahaja.. kalau kantoi gambar lucah..mmg rampas terus…

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: