Home > Tingtong > Bila hati terusik

Bila hati terusik

Minggu ni sememangnya minggu paling emo buat kebanyakan blogger.., termasuk makcik ni, hu hu.. Bukan kes bulan mengambang tau, (pokcit tu selalu fikir tang ni).


sedih gak!!

Anak saudara Tie (anak abang ipar di kelantan) dimasukkan ke ICU kerana asthma. Tie rasa pilu kerana , keadaan dirinya yang seperti tidak disayangi. Ibunya jarang sekali berada di rumah, dia dan adiknya selalu pulang dari sekolah dan mendapati rumah terkunci…. Kerana kelaparan, kadang2 dia makan di rumah toknya (mentua) atau ipar Tie yang sorang lagi.

Beberapa hari yang lepas, adiknya pulang dari sekolah dan mendapati abangnya kebiruan . Ibunya tiada…. Dengan badannya yang sekeping tu, entah macam mana agaknya dia berusaha membawa abangnya ke klinik berdekatan dengan menaiki motor… Si abang terus dibawa ke ICU di Kota bahru .

Apa yang Tie kesalkan, sebagai seorang ibu, walau macam mana sibuk pun kita, kenalah ambil berat terhadap anak2… makan minumnya, kesihatannya dll……. Bukan tak tahu tahap kesihatan anak tu, tapi masih sanggup meninggalkannya sendirian… Tie rasa sayu betul. Dalam hati ni, rasa nak ambil anak sedara tu tinggal bersama…. Budak tu dah naik jemu beli makanan di warung2… dia suka kalau dapat makan masakan rumah walaupun hanya nasi goreng…

Hari ini Tie nak jadi jahat sikit. Nak ungkit segala kesilapan kaum ibu yang suka melara ni…. Suami kita dah susah payah menyediakan tempat tinggal yang selesa, siap potong gaji lagi… tapi janganlah suka bertandang ke rumah orang, sampai tak masak untuk keluarga sendiri. Rumah kotor, berselerak, taik ayam penuh di depan halaman…. tetamu nak datang pun terpaksa fikir 2-3 kali….Anak-anak pulak berkeliaran macam ayam… hu hu… Tak berbaju, sampai ada yang bertelanjang… kes malas nak pakaikan seluar sebab mudah nak kencing…. dasat betul!!

Tie perhatikan kebanyakan orang2 kampung (jgn kecik ati pulak kalau terasa), suka buang masa. termasuk buat ‘ketupat’!! Kalau Tie , mesti halaman dah penuh dengan kebun sayur… tak payah beli…, bela ayam itik, untuk keperluan diri sendiri.

Memang ada yang buat semuanya, tapi tak pandai nak maintain…….., sepatutnya buatlah pagar untuk ayam itik tu , supaya mereka tak lepak di depan tangga dan melabur di situ… takkan itu pun kena ajar… geram betul laa….

Hmm….. rasa dah cukuplah ni… takut pulak, hu hu….Tapi rasa lega sebab dah luahkan di sini.

Psst – Kena bagi Tie sedikit masa untuk bertandang di blog teman2….. susah nak komen di blogspot, kena loading banyak kali..hu hu….

Categories: Tingtong Tags: , ,
  1. June 30, 2009 at 8:41 am

    doakan semoga anak saudara kak tie cepat sembuh..amin.

    • Tie
      June 30, 2009 at 10:44 am

      Memang itulah yang diharapkan…, thanks.

  2. Tirana
    June 30, 2009 at 9:21 am

    Surirumah yang suka buang masa dgn bersembang2 kosong sambil buat ketupat tu sebenarnya diorang tak ada wawasan dan matlamat…hehehe…pandai aje tirana ni buat assumption..

    • Tie
      June 30, 2009 at 10:46 am

      Bukan setakat di kampung, kat mana2 pun ada.

      Cuma Tie ni suka blogging, hehe… tapi still dok kat rumah.. sambil masak dan ngemas… Anak2 dan suami masih di depan mata.

      Tang buat ketupat tu yang tak seronok. Takut… terdengar dan terasuk! Tiap kali terheret sama, Tie cuba bukak cerita lain… yang lebih manfaat.

  3. dyg
    June 30, 2009 at 9:26 am

    betul la kak tie, dyg pun dilanda emo minggu ni. harap2 esok ok la. hehe bace entry2 kak tie buat dyg rileks sikit. hehe. minggu depan dyg dh start praktikal wish me luck!

    p/s: semoga c abang cepat sembuh. sian diorng..sedih pulak dengar..

    • Tie
      June 30, 2009 at 10:48 am

      Best of luck!! Jangan emo, nanti cepat naik keduts!!!

      Memang harap2 dia kembali sihat. Teringin nak gi tengok, tapi tak tahu laa.. kena tanya suami dulu.

      • dyg
        July 1, 2009 at 12:27 am

        hehehe..plural kedut = keduts ?

        oh dyg baru tau…hehehe

        • Tie
          July 1, 2009 at 7:34 am

          Waakakakaa………😛

  4. June 30, 2009 at 9:38 am

    Tie…. kesian gak kat anak saudara tie tu kan…… Bukan semua ibu, adalah ibu mithali…….. tapi kita yang sihat akal..kenalah berusaha menjadi ibu mithali untuk anak-anak kita.

    • Tie
      June 30, 2009 at 10:48 am

      Kena ambil ikhtibar… kekadang lupa tanggungjawab sebenarnya kerana kejarkan kepentingan diri….

  5. irfat
    June 30, 2009 at 9:54 am

    em,,sy stuju tang makan msakan rumah wlaupun nasi goreng,,
    msakan bonda mmg terbaek dr ladang,,wlaupun hnya sekadar nasi putih dan ikan goreng,,

    • Tie
      June 30, 2009 at 10:50 am

      Hmm…anak bujang dah sampai…😛

      Kerana itu anak kak tie tak tahan tinggal di asrama… malah sanggup suruh mamanya jadi makcik kantin di sekolahnya, hu hu… Masakan ibu tak semestinya sedap, tapi ia disediakan dengan ramuan kasih sayang… itu yang buat anak2 dan suami tidak boleh pergi jauh…hi hi..

      • irfat
        July 1, 2009 at 1:43 am

        huhu,,laen mcm aje bunyi nye,,,hehehe

  6. June 30, 2009 at 10:35 am

    k tie,

    memang ada begitu…. tapi bagaimana kita nak mereka sedar…sedangkan itu yang mereka gemar lalui.

    susah…memang susah nak cakap mereka ni. kesian ank buah k tie tu… tapi zan mmg tak mampu nak berkata apa….

    k tie, jgnlar selalu emo…tak best lar kalu k tie selalu emo gitu. senyum lar selalu. entry yang buleh wat kami sume ketawa guling-guling..

    • Tie
      June 30, 2009 at 10:53 am

      Kak tie cuma lepaskan yang terbuku di hati… Tak sanggup bergenang air mata setiap hari mengenangkan dirinya… Walaupun kak tie tak rapat dengan anak sedara tu, dia pernah minta dibungkuskan nasi (melalui anak Tie) kerana lapar…

      Ketawa guling-guling? Hmm…. nanti kak tie ikhtiarkan…. kena tunggu mood dulu, hehe…

  7. June 30, 2009 at 12:01 pm

    simpati saya dgn keadaan anak saudara kak tie…moga dia cepat sembuh dan mak dia sedar akan kesilapan dia…

    teringat dulu masa saya berhenti rehat nak sembahyang kat satu kg kat Kelantan(dlm perjlnan Ipoh-Trg)…tengah kami rehat2 tu ada sekumpulan budak2 tengah main..ada yg sorang tu baru dlm umur 2 thn kot dalam keadaan telanjang dan comot tak terurus,ikut abg2 dia main…ke hulu…ke hilir…dalam hati terdetik..kenapalah mak ayah dia biar dia mcm ni …dahlah main kat masjid…kalau kencing merata2kan…

    moga kita semua dipelihara Allah SWT dr terleka begitu..biar kita jadi ibu dan isteri terbaik buat anak2 dan suami kita…

    • Tie
      June 30, 2009 at 4:49 pm

      Harap2 begitu laa… tapi tabiat seseorang tu sukar untuk diubah melainkan dia sedar akan keburukannya. Kak tie tak cukup kuat untuk menegurnya… kak tie sendiri amat kurang ilmu….rasa kesal pulak.

      Tentang budak2 dibiarkan tak berbaju ni, memang selalunya berleluasa di kampung.. Kak tie pernah tanya, siibu kata cuaca panas… si kecil entah berapa kali mandi atau main air dalam sehari…. Dah kebiasaan, kot… mereka tak rasakan ianya bahaya dari segi kesihatan.

      Kak tie juga harap kita dapat sedar kesilapan kita sendiri… supaya tak menyesal di kemudian hari…

  8. June 30, 2009 at 12:32 pm

    aik..tukar langsir dan perabot baru kak tie?hehehe..ermm..rumah kampung syd tak pernah duduk..dah biasa duk kat pekan..tapi bila balik umah tok, tengok cam bersih je..hehe..tok syd tak de kerja duk bersih kan umah je lah..hehe..

    kalau syd lain skit masalah dia kak tie..kambing suka berak depan pintu rumah sewa ni ha..skrg dah kasi pagar..takde dah si john (panggilan manje kambing) bersama saudara mara dia nak bertandang..keh keh keh

    • Tie
      June 30, 2009 at 4:52 pm

      Kak tie sengaja tukar theme..untuk menaikkan mood blogging ni… mungkin buat sementara kot.

      Eh… ramai juga yang pembersih , orang2 kampung ni.. Laman siap disapu, sampaikan tak ada sehelai daun pun di atas tanah.. Suka dan senang hati melihat persekitaran rumah mereka. Biasanya tuan rumahnya sentiasa ada di rumah…rumah pun cantik berseri….

  9. June 30, 2009 at 12:45 pm

    uishhh~macm dasat jer..siap dah kaler biruu..adess
    mge cpat sembuh ek..

    • Tie
      June 30, 2009 at 4:53 pm

      Bila seseorang dah kekurang oksigen, warna kulitnya bertukar jadi biru… Tu yang menakutkan… Harap2 siabang tu sihat kembali..

  10. jentayutiara
    June 30, 2009 at 12:52 pm

    nasib baik klu tak
    “kesal dulu pndptn
    sesal kemudian x berguna”

    • Tie
      June 30, 2009 at 4:53 pm

      Hu hu..Tie tak dapat bayangkan siabang kelemasan dan bertarung dengan nyawa sendirian….

  11. June 30, 2009 at 1:22 pm

    aiyo… buat ketupat….

    hmmm, rasa2nya kat mana2 pun ada tie, sadis

    • Tie
      June 30, 2009 at 4:55 pm

      Err….tak nak buat ketupat… rasa kesal laa…. harap2 entry ni tak dianggap dalam kategori buat ketupat, hu hu…

  12. June 30, 2009 at 1:23 pm

    kita yang sedar akan fenomena ini, maka kita lari kay! Kalau blh jgn biarkan sikit pun kita menjadi seperti mereka.. sian kat org2 yang kita sayang tu…

    • Tie
      June 30, 2009 at 4:56 pm

      Anak2 ni perlu tahu yang kita sayangkan mereka.

  13. June 30, 2009 at 1:40 pm

    isk isk ishkk,,,

    kesian sungguh!
    ni namanya anak terbiar… bukan hal poligami sahaja yg menyumbangkan kes2 anak terbiar, tetapi majori sumbangan anak2 terbiar adalah daripada mereka yg bukan mengamalkan poligami (monogamy) huhuhuhu

    rasanya nak aje picit2 mak dia tu.. (psst; teremolah pulak.. hehheh)

    takkan anak dah tak ada nanti barulah termelalak sana, melalak sini.. baru padan muka… pentingkan harta sesangat! hampeh!

    • Tie
      June 30, 2009 at 5:02 pm

      Amboi……… ada juga nak selitkan hal poligami tu, ekk!

      Kadang2 kita tak sedar..betapa bertuahnya kita punya rumah yang selesa, makan cukup dan anak2…. Walaupun semuanya mungkin kelas c je (termasuk tahap pencapaian anak2)mestilah terus bersyukur dan buat yang terbaik untuk keluarga sendiri.

  14. June 30, 2009 at 1:43 pm

    blogspot sudah masuk alam remaja dan dewasa… jadinya dia pun dah pandai datang bulan..

    dah pandai main emo2…
    huhhu..

    tension gak maza, bila tuan tanah sendiri kena reject dek blogspot itu…
    aderkkkk

    • Tie
      June 30, 2009 at 5:04 pm

      Maza….. tinggalkan aje blogspot tu….(ayat menghasut)

      Kat wordpress ni ada komen macam disquss tu… tak payah tunggu loading banyak kali… tak terpikat ko??

  15. June 30, 2009 at 2:39 pm

    Peribadi yang perlu diperbetulkan. Boleh merosakkan masyarakat. Kasihan pada si kecil.

    • Tie
      June 30, 2009 at 5:06 pm

      Betul tu Abang Long.

      Tie selalu bincang tentang ini, depan anak2… biar mereka sedar.. dan tak buat kesilapan yang sama, dan juga sedar, betapa bertuahnya punya ibu yang sentiasa bersama mereka (naik lift sebentar…)

  16. j M
    June 30, 2009 at 2:50 pm

    lor..cian nye dieorg..ishk3…

    kijam sungguh la mak dieorg tuh

    • Tie
      June 30, 2009 at 5:07 pm

      Tu laa….. kaktie pulak sedih sampai bengkak2 mata ni…

      Kak tie tak sanggup nak call mak dia, takut ‘termarah’ pulak!

  17. Jie
    June 30, 2009 at 2:59 pm

    saya tak de emo emo lagi..dah luah semlm
    rasa lega……….

    moga anak saudara Tie cepat sembuh

    • Tie
      June 30, 2009 at 5:13 pm

      Ingat nak pi lawat dia cuti hujung minggu ni.. tengoklah kalau suami tak de kerja…

  18. iza
    June 30, 2009 at 3:50 pm

    Amboi tukar baju lagi blog kak tie ni,rajin betoi.

    Adoyyai siannya kat anak sedara kak tie. semoga cepat sembuh. macam2, ada orang bersusah2 nak dapat anak, ada pulak dah ada anak tak jaga elok2 pula.

    • Tie
      June 30, 2009 at 5:16 pm

      Kak tie tengah emo ni, saja buang tebiat hi hi..

      Hu hu.. kak tie dah lama kesian kat dia… sebab selalu beli je makanan ni, terutama bila balik dari sekolah…

  19. June 30, 2009 at 6:16 pm

    ada yg buang dlm tong.. lemaskan… dahsyat sungguh…

    P/S: abgdin dah update entri tau!

    • Tie
      June 30, 2009 at 8:54 pm

      Entahlah… tu dah hilang sifat kemanusian… mungkin dia pulak patut dilemaskan dlm baldi…

      • July 1, 2009 at 4:43 pm

        Tie,
        Memang patutpun emo kalau macam tu. Kesihan betul anak sedara tie tu. Moga dia cepat sembuh.

        • Tie
          July 1, 2009 at 5:04 pm

          Harap2 begitu laaa….

  20. ain
    June 30, 2009 at 7:17 pm

    wahhhh…baju baru kak tie ekh..????

    sy pun tak suka ngan pompuan2 yg suka dok bertangga kat umah org lain. pas tu gosip sana sini. umah di biokan tak uper umah, anak2 lapar tak mkn, baju tak berbasuh..tak berlipat etc lah..
    not me…not meee!!!!

    • Tie
      June 30, 2009 at 8:55 pm

      Saja tukar theme.. dah jemu pulak, ekekeke…..

      Eloklah tu.. kita kena pantau diri sendiri… anak2 jadikan kita contoh tu…

  21. June 30, 2009 at 8:58 pm

    Salam Akak Tie Deary….

    I`m home. Akak apa khabar? Dah makan ke??

    Nice n3 2 share with.

    **Ibubapa pd hari ini tak seperti ibubapa zaman dahulu,Kak. Pemikiran juga berbeza, dasar pendidikan juga berlainan, keterbukaan sikap dlm memimpin sesebuah keluarga juga sgt berbeza.

    **Ramai insan yg bergelar ibubapa di muka bumi Allah ini. Tapi ramai juga yg lepas tanggungjwb sbg ibubapa kpd anak2. Ada yg sanggup biar pembantu rumah uruskan dari perihal anak2 hingga la perihal suami. BAHAYA ni!!! Bila suami dikebas dek pembantu rumah, mula la nak cari gaduh dgn suami. Salahkan sana, salahkan sini. Ada juga suami yg terleka berkeje di opis hingga lupa ada anak2 dan isteri di rumah. Bila si isteri buat hal di belakang, mula la cari kesilapan utk bercerai-berai. Akhirnya anak2 yg terabai dan terus diabaikan. Kita seringkali lupa apa itu “TANGGUNGJAWAB” bila sudah mula kaya, senang, berjaya.

    **Manusia ni mmg byk kelemahan apatah lagi kealpaan serta kesilapan. Selagi nama juga manusia, bergossip tu pasti terjadi. Tak kira di mana2 pun. Bukan sekadar di kwsn perkampungan je, malah di kwsn pekan mahupun bandaraya, masih wujud sikap begini – BUAT KETUPAT BASI. Bila si anu bertemu si anu yg sehati sejiwa, mesti ada sahaja yg dibualkan. Dari bertukar2 idea hingga terlupa dah masuk bab BUAT KETUPAT BASI. Tak mustahil semua ini masih terjadi. Dunia BUAT KETUPAT BASI mmg masih popular di kalangan kaum kita yg bergelar wanita. Tak byk, sedikit pun pasti wujud di sekitar kita.

    **Baik sungguh hati Akak Tie; amik berat ttg anak2 buah Akak. Gandakan pahala berbuat baik sesama insan biarpun hati kita sakit melihatnya.

    **Cantik ekkk KAYTEEZEE`S BLOG skrg ni!!! Tahniah Akak Tie Comel.
    Hihihihihi…..

    Take care ye… 🙂

    • Tie
      June 30, 2009 at 9:14 pm

      Errr….. kelu pulak jemari ni nak balas komen Zyma… Jangan kerap sangat puji kak tie comel ni..kot2 ada orang kecik ati…. sebab kak tie memang tak comel pun, hu hu.. rupa macam makcik biasa je…

      Hmm… bila Zyma sebut bab senang ni.. besar kemungkinan tu benar.. bila seseorang semakin senang, rasa teruja sangat, sampai terlupa tanggungjawab terhadap keluarga.

      Kita sama2 ingat mengingati , agar hidup kita lebih berkat dan bererti….

      Ceria selalu..😛

  22. June 30, 2009 at 10:49 pm

    semoga dia cepat sembuh. amin

    sy suka bila mak ada kat rumah hehehe
    baru ada geng!

    • Tie
      July 1, 2009 at 7:29 am

      Dia dah ada tindak balas…. rasa lega sikit.

      Samalah dengan anak2 kak Tie… suka kalau mama mereka sentiasa bersama mereka…😛

  23. June 30, 2009 at 11:26 pm

    Salam kak tie…
    Erm… manusia mmg selalu mengejar yg tak ada, yg nampak didepan mata, diabaikan saja.
    Tak de anak, nak anak… dah ada anak… dibiarkan saja. su sedih la…
    Kalau dapat disematkan rasa syukur di hati, insyaAllah, banyak yg boleh di selamatkan. maksud su, kalaulah ibunya bersyukur dgn apa yg ada… ada anak… ada rezeki yg cukup (walaupun tak mewah) utk keluarga, pasti pengabaian sebegitu tak akan berlaku kan?
    Bila ada kereta kancil, nak tukar ke waja. Dah ada waja, nak pakai innova, dah ada innova nak pakai bmw. Kononnya membina kerjaya demi masa depan anak-anak… bila nak cukup? Bila nak berhenti?

    Ish… su pun dah macam buat ayat membebel lak… huhu…

    • Tie
      July 1, 2009 at 7:32 am

      Hmm…begitulah..sifat manusia, tak pernah rasa berpuas hati akan nikmat Allah. Kita patut ambil ikhtibar, janganlah kita ulangi kesilapan orang lain…

      Kita orang pompuan ni memang susah nak jauhi membebel ni, ekekeke……

  24. nahmy
    June 30, 2009 at 11:29 pm

    betula tuh, sokong 100%. sibuk rumah sendiri pun kekadang tak habis dah nak sibuk rumah org lain plak…dah selalu kes camni bila dah terhantuk barulah tergadah…

    • Tie
      July 1, 2009 at 7:33 am

      Err…..kerja di rumah ni memang takkan habis… tu kain baju bertimbun kat atas, tak berlipat, masih sibuk nak blogging lagik! Ekekeke………

  25. July 1, 2009 at 12:56 am

    wah tukar lagi..lagi canggih nampaknya ruang komen ni hehe…

    alahai kak tie..pasal ayam itik ni jgn kata org lain..baba saya sendiri pun sama jugak..dah nama duduk kampung tu kononnya nak berkongsi hidup dgn ayam jugak hehe..depan rumah kat halaman kalau tak dipenuhi taik ayam hmm..tak sahlah..ayam tu pun dah takde tempat lain nak duduk melainkan depan rumah..

    tang ketupat tu alahai..jgn kata kat kampung..kat taman ni pun ade jugak..tapi bukan baris sini ler..baris sebelah hehe tetiap petang tapi kengkadang..tengahari masa nak amik zikry dari sekolah pun ade jugak..terpk jugak diorg ni tak masak tengahari ke? hehe.. saya kalau boleh mengelak nak borak lelama pasal panas dan mmg tengah byk keje kat rumah dan mmg malas nak borak lelama..letih hihi..

    • Tie
      July 1, 2009 at 7:39 am

      Ooo…Nrina.. kak tie jadi silent reader je kat blog Nrina, memandangkan Nrina dah okay tu, ekekekekeke…. Susah nak komen laa… kak tie pulak jadi tension…

      Kat quarters ni biasalah kaum ibu buat ketupat.. tu yang buat kak tie tawar hati untuk mempromosikan diri.. Kak tie langsung tak join persatuan kaum ibu tu walaupun isteri boss banyak kali warning, hu hu.. Tak sanggup laa.. baru jumpa seminit dah macam2 cerita pasal suami orang tu, isteri orang ni.. rasa nak terbakar telinga ni.. Rasa kesal sebab tak berani nak tegur perangai mereka… Kak tie tak cukup kuat ni…

  26. July 1, 2009 at 2:30 am

    setuju dgn kak tie. tak semua tapi kebanyakan ibu2 yang di kpg mmg suka menganyam ketupat. hehe.. ntah apa yang seronoknya. saya pun pening..

    bukan niat nak memburukkan keluarga sendiri tapi even nenek sy pun punya ciri2 menganyam ketupat tu. dia tak la extreme tapi sikap terlalu nak ambik tahu hal2 yang berlaku disekeliling tu sangat memeningkan kepala. kadang2 diajaknya sy nak bersok-sek.. hoho. saya buat muka la and end up sy dgn nenek saya gaduh2 gegegege… sy dgn emak mmg sekutu, bila kitorang gi melawat rumah saudara, and nenek start nak cerita2 kitorang tembak sama2… hehe. takde keje lain.. hm.

    • Tie
      July 1, 2009 at 7:56 am

      Nono ni selalu menghilang.. pergi mana, ekk?

      Kadang2 mereka tak sedar yang mereka dok seronok ngayam ketupat, sehinggalah ada orang tegur akan perbuatan mereka. Biasanya mereka mulakan dengan kisah anak2 dan masak2.. Mungkin kerana ada berita terkini, langsung mula buat ketupat…

      Kalau kak tie ada idea, boleh tukar topik lain.. jadikan keburukan seseorang tu suatu rasa simpati, dan cuba buat mereka faham….Buat ketupat ni dah jadi tabiat, sesuatu dah sebati dlm jiwa mereka.. Kak tie berani buat gitu dengan orang2 yang agak rapat je..

  27. zue
    July 1, 2009 at 8:13 am

    Memang sedih bila membaca cerita sebegini. memang tak dapat dinafikan ramai ibubapa yg tak prihatin dgn anak2. Kak Long mmg tak sanggup tengok anak saudara kak long tak makan…sayu hati. Moga kita dijauhkan dari melakukan perkara yg sama.

    • Tie
      July 1, 2009 at 8:17 am

      Ye laa… berlaku di depan mata pulak tu… Payah nak tegur… kita ni cuma ipar, kena cari jalan agar dia faham dan tidak berkecil hati.

  28. July 1, 2009 at 8:44 am

    Salam Kak Tie! I’m back from Langkawi. Kesiannye dgn anak sedara KT tu, moga dia segera pulih ye.

    • Tie
      July 1, 2009 at 10:22 am

      Salam kenari.. wah.. memang sentiasa outstation kenari ni, jeles lak, hehe…

      Anak sedara kak tie tu dengar khabar dah ada sedikit perkembangan.. Kak tie rasa lega sikit.

  29. cpj
    July 1, 2009 at 9:23 am

    cpj setuju dengan kak tie 100 %, sebab tu pendidikan jasmani dan rohani amat penting untuk semua, daripada baby hingga ke yang dah tanggal gigi!…tapi sabor kak tie jangan sampai naik darah tinggi pulak ekekeke….

    • Tie
      July 1, 2009 at 10:24 am

      Ooo… kak tie dah mula pening2 ni… terlebih makan durian kot, dan banyak sangat memikir… tak nak la kena darah tinggi, hu hu…

  30. July 1, 2009 at 11:19 pm

    salam kak tie..
    mm, mmg setuju sangat ngan luahan hati kak tie ni.. sebagai seorang perempuan, kite kenela ade matlamat dan fikiran yang terbuka..sibukkan diri ngan perkara2 berfaedah dan lebih membina.. tanamkan sikap malu dan peliharalah rumahtangga(termasuk anak-anak) dengan sebaik mungkin.. br boleh jadi wanita yang berjaya..

    • Tie
      July 2, 2009 at 6:44 am

      Tugas wanita memang berat dan mencabar, tak boleh main2 dan buang masa, kan…kan…??

  31. kin
    July 13, 2009 at 8:38 pm

    macam2 org, macam2 perangai…

    • Tie
      July 13, 2009 at 9:18 pm

      Yang buruk tu kita buat sempadan, yang baik tu kita buat tauladan..😛

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: