Home > Jenjalan, Pengetahuan > Mari melancong

Mari melancong

Kali ini Tie ingin membawa teman-teman ke timur laut Iran iaitu di kaki Gunung Sahand di Kandovan , Iran.

Penduduk di sini tinggal di rumah-rumah gua dari batu volcano. Kebanyakannya dah berusia lebih 700 tahun. Kagum betul.

image001

Perkampungan  Gunung Sahand , jauh dari kemodenan dunia.

image002

Tok tok…… errr, tak de orang ke ??

image003

Laaa……. ada letrik !! Boleh tengok tv, ekekeke…….

image004

Jiran pun ramai…. tapi tak nampak batang idung pulak! (blogging kot!)

image007

Kalau Tie dok kat sini, mesti tak jumpa jalan balik, keliru rasanya, hu hu……..


image009

Uwaaaa…… baru nampak orang!!!


image010

Adoi……. jauhnya nak mendaki… Tak dapat bayangkan Tie terguling-guling, hu hu.


image011

Ooo…. ada ayam……😛


image012

Jambatan tu okay tak ??


image013

Ada balcony…he he… tapi Tie takut!!


image014

Uwaaa…… boleh minum petang sambil menikmati pemandangan indah! Tapi ke mana perginya budak2, ek? Sekolah ? Atau mengembala kambing?


image015

Hmm… memang sah-sah Tie boleh sesat kat sini.


image016

Sungguh sangat selesa!!


image017

Kalau Tie mesti  nak tebuk lagi banyak di dinding tu, ekekeke……. silap2 terperosok masuk ke rumah jiran, kih kih kih……………


image018

Sangat mendamaikan…… alhamdulillah…… dapat juga sama2 merasa nikmat Allah.

Psst- Perasan tak ? Tempat tinggal mereka bersih je, tiada sampah pun…….. he he……

  1. June 26, 2009 at 9:36 pm

    huuu apesal gambor tak keluar..tak bleh tengok huhu

    • Tie
      June 26, 2009 at 10:05 pm

      Aaiikk ?? Jampi la sikit…..!! Penat kak tie snap2 tau!!!

  2. June 26, 2009 at 11:08 pm

    Kak Tie…..

    Misterinya. Penuh dgn enigma nya.
    Wahhhh,cantiknya…
    Begitu clear nya….

    **Kak Tie…..jgn suka2 pegi tebok sana sini. Kang Akak Tie nampak yg bukan2 lak.
    Huuuuuu, jgn…jgn.

    **Nanti Kak Tie bawa la sy pegi negara Shah Rukh Khan lak….hihihihi

    • Tie
      June 27, 2009 at 7:35 am

      Ehehehe………… Nampak apa Zyma ?? Kak tie jadi takut pulak!! Waaakakakaa………..

      Nak ke Bollywood ke ?? Nanti kak tie godek2, ya….hi hi..

  3. dyg
    June 27, 2009 at 1:07 am

    haha teringat kartun Flinstone yang duduk kat gua. tapi rumah2 dlm gambar ni sgt cantik dan berseni. tambah best lagi kalau ade org nk bawa jalan2 ke sane..hehehe

    tapi wonder how diorg cut batu2 ni into shape..cam nak kene suh national geographic tolong filemkan je. hehehehehe

    • Tie
      June 27, 2009 at 8:11 am

      Tu yang buat kak tie kagum! Mereka tak ada teknologi terkini, tapi mampu menjadikan batu2 tu rumah mereka….

  4. Kak Long
    June 27, 2009 at 1:08 am

    Tie,
    Sungguh gumbira sebab dpt pergi melancong ke tempat yang unik hari ni.
    Dah tu tak pyh tempah tiket kapal terbang dan tak payah bimbang H1N1.
    Begiulah….dunia di hujung jari!

    • Tie
      June 27, 2009 at 8:12 am

      Betul tu betul…!!😛

  5. June 27, 2009 at 5:53 am

    menarik nya kak tie.. dari luar nampak usang jer, tgk dalam mashaAllah!
    a’ah kan tak der dampah.. mana sampah ekk?

    • Tie
      June 27, 2009 at 8:13 am

      Tempat tinggal mereka macam daif tapi mereka pandai menjaganya supaya bersih dan selesa…

  6. June 27, 2009 at 6:29 am

    terasa macam nak buat lawatan ke sana…

    • Tie
      June 27, 2009 at 8:14 am

      Jom kita pergi……!!!

  7. ain
    June 27, 2009 at 9:42 am

    unik betul rumah dia orang tu. hairan gak..cam ne they all tebuk batu2 tu. pas tuuuuu, toilet depa cam ne yek..???hehe

    • dyg
      June 27, 2009 at 4:05 pm

      ha-a eh, gane ngan toilet eh? dia tebuk batu juga ke?
      hahaha

      • Tie
        June 28, 2009 at 9:10 pm

        Toilet ? Alamak…. lupa nak gi tengok laa…..

    • Tie
      June 28, 2009 at 9:02 pm

      Toilet ? Ooo….. lupa lak nak gi tengok….

  8. June 27, 2009 at 10:08 am

    salam kak tie, mesti kat sana tak de kes jenayah pecah rumah, kann.. tengok pintu buruk2 jer.. malam2 mesti sejuk, kann.. best nyer dapat melarikan diri dari kesibukan dunia..

    • Tie
      June 28, 2009 at 9:03 pm

      Salam Nur,

      Rasa-rasanya mereka lebih matang….dan berilmu. Kerana itu hidup mereka lebih aman.

      Kak tie teringin gak bermalam di situ.

  9. June 27, 2009 at 10:50 am

    seronoknya gi melancong kat sini…mesti sejuk jer kan…kreatifnya mrk nih. aman lagi mendamaikan, sejuk mataku memandang. hilang sesak kat kepala nih.

    pssst kak tie….tak runtuh ker? pernah tak ada kes rumah runtuh? bagus skill engineering diorang ni…spesies gualah ni…gua moden.

    • Tie
      June 28, 2009 at 9:05 pm

      Runtuh ? Rumah2 tu dah lebih 700 tahun. Nampak okay je….

      Orang dulu pun pandai mereka dan membina…. tak payah guna jentera berat pun…..

  10. June 27, 2009 at 10:58 am

    salam kak tie, bestnya pelancongan kali ni. satu tempat yang sungguh unik! pandai la kak tie mencari tempat pelancongan. Allah beri mereka kepandaian mengorek batu untuk dijadikan rumah, Subhanallah! kehidupan yang nampak ringkas namun masih ada kemodenan. tinggal di dalam batu mungkin rasanya sama macam di dalam gua, senang, walau cuaca di luar panas terik, di dalam rumah, sejuk dan nyaman sekali.

    • Tie
      June 28, 2009 at 9:06 pm

      Salam kakchik,

      Perlancongan yang boleh memberikan kita kesedaran, kan…?

  11. June 27, 2009 at 12:48 pm

    Ala….tie….chekdee tak mo g kat situ….ukhussss

    Chekdee nak ….hmmmm….nak……buah hati belanja minum kopi……. minum kopi jer………tapi nak kat PARIS……..ukhussssss……..

    • Tie
      June 28, 2009 at 9:07 pm

      Chekdee….. Tie pun teringin nak ke paris….tapi budget tak ada laa…..

  12. Tirana
    June 27, 2009 at 2:36 pm

    Uniknya rumah mereka!!!! Tak kira apa bentuk rumah yang pentingnya kebersihan kan? Kalau kotor, istana yang cantik pun nampak hodoh..

    • Tie
      June 28, 2009 at 9:07 pm

      Betul tu …… kebersihan melambangkan diri kita yang sebenarnya.

  13. June 27, 2009 at 3:12 pm

    tq kak tie…syok dpt melancong…tempat yg unik lak…
    macam tenang je kehidupan diaorg tu…kalaulah betul2 dpr pergi ke sana….satu pengalaman unik juga…

    nanti bawalah kami melancong lagi ye…hihihihi

    • Tie
      June 28, 2009 at 9:08 pm

      Ooo….. nanti kita melancong ke tempat unik lagi, ekkekeke….

  14. June 27, 2009 at 3:45 pm

    Teringat sebuah bandar gah yg dipanggil Petra di Syria (kalau tak silap)…

    tapi bandar ini dihapuskan oleh Tuhan kerana penderhakaan, kezaliman dan penafian kata2 nabi mereka..

    huhuhuu

    mereka adalah golongan hebat, mampu membina di dlm rumah dengan sistem saliran, pertahanan, ilmuan, kejuteraan dan kekayaan yg hebat.

    Tetapi Allah Maha hebat..

    • Tie
      June 28, 2009 at 9:09 pm

      Ya…. bandar tu dalam citer The last Pompeii….. ditenggelamkan oleh larva gunung berapi….err… betul ke ni, heheh…..

      • June 29, 2009 at 9:43 am

        entahnyer.. lupo lak den ditenggelamkan dgn apo!

        Mungkin b ah, mungkin dengan ribut taufan, ribut pasir dan sebagainya……

        huhuhu

        (psst: entah kenapo malas lak den hari ni nak mencari an.. huhuhu)

        • Tie
          June 29, 2009 at 10:17 am

          Tie pulak malas nak update… hu hu.. macam tak de mood je… padahal, draft tu berlambak2… Penyakit emo dah datang, uwek!!

        • June 30, 2009 at 12:38 am

          agak eh penyakit emo ekau tu pun ikut bulan jugak tak?!

          hmmm

          huhuhu

          wink! wink! wink!

        • Tie
          June 30, 2009 at 6:46 am

          Bukan tu laa…..

          Ada banyak sebab… salah satunya anak sedara Tie masuk ICU, di kelantan… ingat nak pujuk hubby balik lusa, nak gi tengok… Walaupun Tie tak rapat dengannya, Tie teringat2kannya kerana kali terakhir dia mintak nasik (melalui anak Tie), sebab parents dia tak de rumah masa tu, … rasa sayu pulak.

          Kadang2 anak2 ni jadi nakal kerana tiada perhatian ibubapa mereka, padahal mereka ni baik sebenarnya…

  15. June 27, 2009 at 6:46 pm

    waahhh!!! hebat!!
    walaupun xde la moden tp still ada ciri2 yg unik!
    cantik!

    sy pun akan sesat jugak mcm kak tie.. hehehe

    • June 28, 2009 at 2:03 am

      uiks! yea ker?!

      tapi tak pe, abg kan ada!

      wink! wink! wink!… hehehhe

      • Tie
        June 28, 2009 at 9:12 pm

        Oooiitt !!

        Pi jaga anak2 dan yang dalam perut tu, ya……….. waakakakaa…………

    • Tie
      June 28, 2009 at 9:10 pm

      Ooo…boleh temankan kak tie, ya…ekekekke…….

  16. June 27, 2009 at 11:01 pm

    ni baru benar2 rumah batu..

    • Tie
      June 28, 2009 at 9:11 pm

      Ustat, lama tak dengar khabar…..

  17. June 28, 2009 at 12:24 am

    Salam kak tie, teringat perumpamaan “ulat dlm batu pun boleh hidup”. Nahhhh kak tie dah buktikan manusia juga boleh hidup dlm batu..tapi mcm mana alamat surat menyurat diorg ye?

    • Tie
      June 28, 2009 at 9:11 pm

      Alamat surat ?

      Ho ho… mereka guna email laaaaa……..ekekekeke……………..

  18. iza
    June 28, 2009 at 11:08 am

    unik betoi rumah2 mereka ni. Agak2 depa buat homestay tak yer. Boleh le pelancong rasa macam mana duk dalam gua berhias ekekee.. memang kreatif lah diaorang ni.

    • Tie
      June 28, 2009 at 9:13 pm

      Ha ha….. kalau ada homestay kat situ, iza nak pergi ke ?? Kak tie nak ikut sekali, Iza bayar tambang, ekk!!

  19. June 28, 2009 at 12:17 pm

    Rumah impian Abang long ! Sejuk mata memandang.

    Jom kita berjiran !

    Tapi ada internet tak ?

    • Tie
      June 28, 2009 at 9:13 pm

      He he he………. Guna broadband je laa…………kih kih ….

  20. June 28, 2009 at 12:19 pm

    Kalau dapat membaca di lereng bukit kan best !!!

    • Tie
      June 28, 2009 at 9:14 pm

      Memang best!!

  21. June 28, 2009 at 5:11 pm

    Memang bahagia….

    selesa lagi….

    • Tie
      June 28, 2009 at 9:14 pm

      Jom, jom…..

  22. irfat
    June 29, 2009 at 11:39 am

    tak sesak napas ke ek dok dalam gua tuh ramai2,,

    • Tie
      June 29, 2009 at 9:36 pm

      Tak de la Irfat…….

      Tengok dalam rumah tu selesa je….

  23. zareda
    June 29, 2009 at 11:44 am

    Maha suci Allah.. celah celah batu pun boleh duduk.. sungguh mencabar kan..

    • Tie
      June 29, 2009 at 9:37 pm

      Dah rezeki mereka kat situ…… Kita dok kat sini pun mencabar juga… lagi haru…

  24. June 29, 2009 at 6:17 pm

    macam menarik sangat tempat ni…. syahdu

    • Tie
      June 29, 2009 at 9:37 pm

      Ya… antara yang menariknya ada letrik lagi…….

  25. ima
    June 29, 2009 at 7:12 pm

    assalamulaikum kak tie!!!!!!

    masyaallah….tenang dan damainya pemandangan disana…..
    sungguh unik dan bersih rumah mereka….
    kalaulah tempat kita ni sedamai dan sebersih tempat mereka….
    alangkah bahagia dan gembiranya kehidupan kita…..
    dapat menyedup udara bersih……

    betul tak kak tie????

    • Tie
      June 29, 2009 at 9:39 pm

      Memang betul……

      Di sini boleh tumpukan kepada kehidupan yang sebenarnya… tak de gangguan yang melekakan….

  26. Jie
    June 29, 2009 at 9:15 pm

    adoilahhhhhhhh tie, dgn tenet mcm siput ni…gambo tak keluar2 juga

    p/s blog pakcik sorang tu pun..dah berejam dok tunggu…kotak komen dia tak muncul2..harap2 dia baca le luahan hati kt sini ..hehehe

    • Tie
      June 29, 2009 at 9:41 pm

      Nak tunggu komen muncul pun berjam jam… hu hu…

      Blog pokcit tu ?? Hmm… Tie dah antor telegram…. Dia tu senyap sunyi entah buat apa ….. Citer antu dia pun dah abis… takut kot! Waakakakaa………

    • June 30, 2009 at 12:42 am

      klong..klong…klongg………..heheheh

      den dah datang..

      bukan ekau jo tak leh masuk ke blog den hari ni.. dgn den-den sekali keno tondang,.. huhuhu

      haru betul lah..

      agak eh line server ado promblem kot…. mana tau dio pun sodeh dongar an si Mikhael (Mikeal jackson) meninggal… huhhu

      tak pun org kito ni ha, berghobot2 nak download lagu si Mikhael tu ler… huhuhu

      adooiiiiiii haiiii

  27. Jie
    June 29, 2009 at 9:16 pm

    dah keluar dah gambo…hehehe

    menarik sgt….sbb bkn mcm tmpt kite…tp org kt situ nengok tmpt kita dia pun ckp best…

    • Tie
      June 29, 2009 at 9:41 pm

      Hmm… kalaulah Tie dok kat sana, dan blogging pulak, mesti jadi popular, ekekeke…….

  28. June 29, 2009 at 10:26 pm

    Tie… jauh perjalanan, luas pandangan!… Nekcun memang suka melancong, tapi kalau tempat2 yang tie tunjukkan tu… rasa-rasanya, tidak ler… takut sesat tak reti nak balik!…. hehehe… Lagi pun nekcun suka pi tempat yang boleh shopping jer!…hehehe…

    • Tie
      June 30, 2009 at 9:16 am

      Ooooo….. memang tak nampak pun shopping complex !!

  29. cpj
    June 29, 2009 at 11:02 pm

    bagi cpj lak, suka sangat tempat-tempat macam ni, dapat bersunyi-sunyi dan berkhalwat!…tak ada yang ganggu….hehe…

    • Tie
      June 30, 2009 at 9:18 am

      Eh… rasa kat situ tak de peluang nak berpoya2… tengok wanita di sana bertudung satu badan.. mata pun tak nampak.

  30. June 30, 2009 at 12:23 am

    erkk…kak tie..syd boleh bayangkan cena kalau kak tie berguling di tangga tu…keh keh keh keh…agak primitive tapi i love the interior..orang cakap dalam gua sejuk…mesti sejuk dalam tu kan..hemm..

    terkena batang hidung ayat last…orang mesia je yang tak senonoh kak tie..sebab tu orang luar padang rendah ngan kita…

    • Tie
      June 30, 2009 at 9:20 am

      Err… berguling2 macam batu giling…hu hu..

      Kat Indonesia macam mana? ‘Bersih’ macam di sini ke ??

  31. j M
    June 30, 2009 at 2:48 pm

    fuyohhh
    kagum2

    • Tie
      July 1, 2009 at 7:17 am

      Memang mengkagumkan…😛

  32. July 1, 2009 at 2:22 am

    best entri nie.. tak pernah tau pun pasal rumah2 nie. kak tie dapat info dr mana yea?🙂 kak tie nie banyak benda menarik kak tie kongsi kat blog. hehe. benda yang kita tak pernah tengok🙂

    if sy gi kat rumah2 kat atas tu pun, confirm sesat punya. berteluk-teluk and confuse je nengok.

    • Tie
      July 1, 2009 at 7:19 am

      Ooo…biasa kak tie terima email, dari adik ipar kak tie.. dia kerja sebagai reporter…ada gak kisah2 peribadi seseorang terkenal, tapi tak bolehlah nak tepek kat sini.. tak berani nak tanggung dosa, hehe…

      Kekadang kak tie godek2 sendiri..bila boring.

      Rumah2 tu dah wujud beratus tahun dulu.. memang menghairankan, bagaimana agaknya mereka menebuk dan buat rumah yang begitu selesa…

  33. kin
    July 13, 2009 at 8:41 pm

    Hmmm….agaknya sejuk ke panas duduk dlm batu tu ye…

    • Tie
      July 13, 2009 at 9:17 pm

      Kak tie rasa sejuk laa….. Macam gua je.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: