Home > Terkenang > Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa

Adoi……… entah kenapa tetiba buntu ni. Ingin sangat mengucapkan rasa sayang dan terima kasih pada ayah, tapi tak tahu bagaimana. Kepada ayah…… Tie amat bangga punya ayah yang serba boleh.

Ayah telah memaksa Tie belajar pelbagai alat muzik sejak kecil. Mengajar Tie mengaji, bercerita kisah pengalamannya ketika menjadi cikgu dan ketika berburu di hutan. Ayah amat yakin dengan kebolehan Tie yang suatu hari akan menjadi seseorang yang berjaya.. namun, nampaknya hasratnya tidak kesampaian. Tie cuma berjaya di dapur je.

Ayah, Tie rasa bertuah memiliki ayah. Walaupun sekarang kita jarang dapat bersembang, Tie tetap ingat ayah di sini. Tie berdoa, ayah dan mak bahagia bersama, panjang umor dan dapat menunaikan ibadat dengan sempurna kini.

Dan ayah, terima kasih kerana menjadi drebar Tie semasa bersekolah dulu, bersusah payah belikan Tie dan adik2 baju raya walaupun di saat2 akhir …dan banyak lagi. Selamat Hari Bapa Ayah!!!

Psst – Kepada semua yang membaca…. selamat menyambut hari bapa. Err… memang tak pandai nak bermadah2 ni…. otak beku pulak (kes baru makan gulai kambing, ekekeke………….)

Edit – 11:08am 21 June 2009

Tie baru saja masak nasi minyak, khas untuk suami…. seorang bapa yang cukup penyabar…

Silakan laa…….. jamu mata je…………….

Nasi Minyak

.

Spicy Chicken

.

.

Dan Acar Nenas (sekarang ni musim nenas laa……)

Categories: Terkenang Tags: ,
  1. June 20, 2009 at 6:48 pm

    Selamat Hari Bapa…

    semoga terus ceria dan kim salam gulai kambing..
    hehehe..

    • Tie
      June 20, 2009 at 6:54 pm

      Err…. ada lagi dlm periuk, siap tapau lagik!!

  2. June 20, 2009 at 6:53 pm

    Salam Kak Tie,

    Rindunya kat Kak Tie.. Raya nanti balik Kelate ko???πŸ˜‰

    • Tie
      June 20, 2009 at 6:55 pm

      Ooo…. raya ?? Kak tie rasa balik Johor laa………. kena ambil giliran tau, ekekeke……

  3. June 20, 2009 at 7:23 pm

    gulai kambing!!! HUWAAAAAAA!!!!
    baru tadi je sy ckp dgn mak sy..
    mak ckp dia baru balik pasar malam

    lps tu sy pun listkan makanan2 kat pasar mlm tu yg sy nak mkn.. hehehehe

    slamat hari bapa jugak ~πŸ˜€

    • Tie
      June 20, 2009 at 9:29 pm

      Sekarang ni musim gulai, Adila…. Kak tie rasa dah naik tembam, he he…..

  4. June 20, 2009 at 8:13 pm

    hensem ayah kak tie hehee

    • Tie
      June 20, 2009 at 9:29 pm

      Mesti laa………….ekekeke……..

  5. hanz_azdi
    June 20, 2009 at 8:25 pm

    moga ayah kak T diberkati umurnya dgn anugerah kesihatan (kot ada sakit apa-2, disembuhkanNya) & dapat tunai ibadat kpdNya sebaik mungkin (kot dpt buat byk & ikhlas lg bagus)..amin Ya Allah.

    • Tie
      June 20, 2009 at 9:30 pm

      Insyaallah………. harap2 semua bapa2 kita begitu.

  6. June 20, 2009 at 9:04 pm

    Selamat Hari Bapa untuk Ayah Kak Tie..
    bila sebenarnya Hari Bapa ni Kak Tie.. hehee..

    • Tie
      June 20, 2009 at 9:32 pm

      Samalah untuk ayah Neeza.

      Kak tie rasa hari ahad ketiga bulan June… di Malaysia….jadi esoklah (waktu malaysia)

  7. June 20, 2009 at 9:04 pm

    selamat hari bapa utk semua bapa2..

    amboi machonyer ayah kak tie posing atas vespa. mesti jadi pojaan gadis2 dulu nie..πŸ™‚

    • Tie
      June 20, 2009 at 9:33 pm

      Waaakakkakaka……….. Zaman dolu2 la tu………….

  8. June 20, 2009 at 10:07 pm

    ha’ahkan..baba saya pun jadi driver saya dulu tapi skrg saya lak jadi driver dia hehe..

    kak tie..betul tu apa yg kak tie kata..patutnya saya bersyukurkan sbb Allah pilih saya untuk jaga mak dan baba yg sakit..tentu ada ganjaran yg akan diberikan sekiranya saya bersabar..tp masalahnya saya ni kurang sabar..tak boleh kawal perasaan sgt..tapi cepat2 minta maaf takut mak doakan yg bukan2 hehe…

    • Tie
      June 21, 2009 at 6:41 am

      Haa…….kalau Nrina ada kesempatan, bolehlah nrina bawa baba tu jenjalan….. tentu dia rasa terhibur dan bangga. Tapi, kak tie rasa susah sikit kerana kesihatan mak nrina tu. Tak pe laa… niat tu mesti ada, untuk menggembirakan mereka.

      • June 21, 2009 at 12:56 pm

        mmg setiap hari pun bawa jenjalan psal g klinik cuci kaki dia tu hihi…

  9. kutaksempurna
    June 20, 2009 at 11:13 pm

    peeewiiiitt.. peeewwwiiitt…

    lelaki hensem mana tu duk atas vespa… comel vespa tu.. ada lagi tak?? kalau ada, boleh la pinjam… hehehe
    .
    .
    .
    ..

    selamat hari bapa….. esok mama masak apa?? hikksssssssssss

    • Tie
      June 21, 2009 at 6:43 am

      Hmm….. mama tak perasan yang ayah mama ni hensem, ekekeke………..

      Hari ni,…………..hmm……… tak tahu la menu apa… tengok nenas tu 3 biji ada tergolek kat dapor. Hari tu mama dah buat paceri nenas….

  10. June 20, 2009 at 11:17 pm

    Ehhh ehhhh kak tie..arwah abah sy pun ada gambar posing atas vespa cm ayah kak tie. Dgn spek mata itam…hensem wooooo. No.plet vespa arwah abah KE 7779. 15 tahun dulu tak tau pun ada sambutan hari bapa…tak penah celebrate dgn arwah abah yg meninggal 14 tahun lalu.

    • Tie
      June 21, 2009 at 6:44 am

      Stail posing orang dulu2 agaknya, waaakakakakaa……………….

      Kak tie pun tak pernah celebrate hari bapa ni…. nanti nak call ayah je… hi hi…

  11. June 20, 2009 at 11:35 pm

    Salam Kak Tie Comel……

    Sy setuju dgn Cinta Cukulet, ensem betul ayah Akak Tie ni.
    Fuhhhh,siap ber”posing” atas Vespa….mcm dlm citer P.Romlee gituuu.
    Hihihihi…..

    Take care ye,Akak Tie.

    • Tie
      June 21, 2009 at 6:45 am

      Err……….comel tu patut ditukar kepada tembam!!!

      Ehehehe……….. masa muda, semua orang hensem dan lawa, hi hi….

      Zyma pun jaga diri, jangan dok menung je, he he..

  12. June 21, 2009 at 12:31 am

    salam kak T….

    slamat ari bapa tuk ayah kak T
    moga d beri kesihatan yg baik…amin…

    • Tie
      June 21, 2009 at 6:46 am

      Salam Intan……………

      Juga untuk bapa Intan tu……….. Doakan terbaik buat merekaπŸ˜›

  13. June 21, 2009 at 1:45 am

    Selamat Hari Bapa!
    Menarik gambo tu!

    • Tie
      June 21, 2009 at 6:46 am

      Ucapan yang sama buat bapa ummumiskah……….

      Gambor classic!!

  14. June 21, 2009 at 1:56 am

    part sup kambing tuh yg tak tahan tuh…kak tie windu sha ek?
    sha pon windu kak tie…skang sha dah update blog…kak tie bace ler yee….

    • Tie
      June 21, 2009 at 6:47 am

      Uwaaaaa……………

      Kak tie memang ternanti2 khabar dari Sha……………….. Napa tak update??

      • June 21, 2009 at 10:38 am

        uik! macam cerita cinta terlarang jerk ni!?

        ishk ishk ishkkk..

        huhuhhu

        wakakaka

        • Tie
          June 21, 2009 at 11:16 am

          Toksah merepek la Maza ooii…….!!

          Kang Tie cili jejari kontot tu baru tau!!! Waaakakakakaa………….

  15. June 21, 2009 at 10:05 am

    selamat hari bapa juga kak tie…semoga ayah kak tie sentiasa sehat sejahtera yer..saya cuma ada bapa mertua je sekarang ni..tapi abah sendiri tetp dalam segar hati..siapala kita tanpa ibu bapa kan..

    • Tie
      June 21, 2009 at 11:18 am

      Terima kasih cikwan………….

      Insyaallah……..kita kenangkan yang indah2 tentang bapa kita, yek!! Bapa mentua pun okay gak, cuma Tie pulak tak berpeluang mengenali dia .

  16. June 21, 2009 at 10:35 am

    Ucapan
    terima kasih, terima kasih.. huhuhu
    terharu den mendongarkan ucapan ini.. dan den tujukan pulak kepado dunio, agar hargailah bapa2 mcm den ni.. kecuali bapa ayam! Dosa tau.. hhuhhuu

    gambor.
    Amboi, amboi, amboiii……..
    kemain lagi pakcik itew, duduk di atas Lamberta yea. hehehehe
    kira paling macho ler pd zaman itew. hehehhe
    perkhhh. dengan seluar Yankie lagi tu

    wakakaka
    jambul A.Mahmud lak tak der.. tapi wokey.. memang encem gak pak cik sorang nie.. ‘Apa kabor pak cik!?’ (rujuk skrip Pendekar bujang lapok)…

    perkh! agaknya dengan ada gambo inilah emak Tie terbekenan dan lahirkan Tie, kanz kanz kanz.. hehehhe

    • Tie
      June 21, 2009 at 11:20 am

      Maza………..bolehlah posing maut kat kuda besi tu… Nanti esok2 anak maza boleh tepekkan kat blog dia sempena hari bapa sedunia, uwaaaaa………………..

      Mesti ramai bloggers yang terpikat kot!!

      • June 21, 2009 at 12:12 pm

        huhuhu..

        kalau terpikat pun, yg tinggal hanya tulang belulang maza dan batu nisan aje nak buat hapa……..uwakkkk

        huhuhu

        tapikan Tie, idea Tie tu memang brilliant ler.. hehehehe
        sekejap ini juga maza mau posing idup kat atas Cik Silvy maza itew.. hehehhe

  17. June 21, 2009 at 11:47 am

    cantiklah gambar tu.. abah saye pun ade sekeping gambar yang ala-ala camtu posingnye.. πŸ˜€
    walaupun hari bapa tak segah sambutan hari ibu tapi kita kene kenang & hargai jugakkan kak tie, tanpa pengorbanan bapa kita, siapelah yang mampu membesarkan kita selama ni kalau tak kerana titik peluh dan tulang empat kerat mereka kan..so, selamat hari bapa buat semua ayah2 di luar sanaa….
    till then, take care kak tie..! : )

    • June 21, 2009 at 12:14 pm

      memang hari bapa tak segah hari ibu (huhuhu.. haru tau! tak adil uhuk!)

      tapi kami tak der lah fikirkan sangat benda2 alah sambut2 mcm nie…. yg penting perut anak dan bini perlu diisi.. kalau asyik nak layan emosi celebrating aje.. aderkk.. tak berasap ler dapur den tu ha!

      huhhu

      (psst: tu ayat memujuk hati maza.. uwakkkk)

      • Tie
        June 21, 2009 at 7:08 pm

        Aaiikk ??

        Emo pulak orang tua ni, waaakakakaa……….

    • Tie
      June 21, 2009 at 7:07 pm

      Betul tu Nadine…………

      Bapalah yang bersusah payah… sama2 membesarkan kita.πŸ˜›

  18. June 21, 2009 at 2:19 pm

    huhu..kak tie..syd dah confuse bila hari bapa..hari tu kawan ada wish kat bapa dia father’s day..tapi kemarin kak tie lak yang wish..wawa…hari syd dengan kelam kabut kirim sms kat pak syd..ntah nak kirim sekali lagi ke tak..satgi pak pun dah pening lak~

    sedapnya nasi minyak~slurrp~

    • Tie
      June 21, 2009 at 7:06 pm

      Errr…………tak perlu confuse la Sayyid ooii…………..

      Yang penting niat kita, mengingati bapa yang kita sayangi dan kita hargai…πŸ˜›

      Hmm… hari dah petang, tapi kak tie dah makan 3 kali… sikit2 je, ekekeke……….

  19. Jie
    June 21, 2009 at 5:25 pm

    semlm ucapkan suami..moga awk akan jadi bapa yg cemerlang
    hari satu hari..keje memasak je..

    nasi ayam, rebus jagung, wat air kelapa muda..mkn nangka…lepak tgok tv..

    • Tie
      June 21, 2009 at 7:11 pm

      Alamak !!

      Air kelapa muda favourite Tie!! Hari tu balik kampung tak teringat nak suruh hubby carikan, hu hu….

  20. June 21, 2009 at 6:51 pm

    Kak Tie…..

    Sedapnyerrrrr Nasi Minyak, Spicy Chicken & Acar Nanas tu. Cantik, menarik, tertarik…kau mmg da`booommmm!!!

    Hantar la sikit ke Kedah. πŸ™‚

    Take care…

    • Tie
      June 21, 2009 at 7:12 pm

      Uwaaaaa…………….. Zyma ni, slow la sikit!! Malu kak tie , ooiii!!

      Kak tie masak ikut selera kak tie, hi hi…. walaupun nak celebrate untuk hubby, waaakakakaa……….. Mai laa……… boleh rasa…. hehe..

  21. ain
    June 21, 2009 at 9:35 pm

    SELAMAT HARI BAPA UTK SEMUA BAPA2!!!

    psst….sedapnya kak tie ns myk dan lauk pauk tuuuuuu!!!! ngences terus saya lah.

    • Tie
      June 22, 2009 at 6:42 pm

      Ya……selamat semuanya…….πŸ˜›

      Nampak je sedap… hehe……….

  22. June 22, 2009 at 12:03 am

    alamak datang pada waktu yang salah…gambar makanan tu memnag beracun huhuhu..
    anyway selamat hari bapa utk bapa kak tieπŸ™‚

    • Tie
      June 22, 2009 at 6:43 pm

      Selamat hari bapa untuk bapa Iza, gak!!

  23. June 22, 2009 at 7:29 am

    selamat hari bapa!
    suka tengok gambar lama tu…mcm cerita p. ramlee…
    nasi minyak tu sedapnya…lg sedap sbb isteri yg masak utk suami tercinta…

    kat sini hari bapa bln september nanti…first sunday.

    • Tie
      June 22, 2009 at 6:43 pm

      Gambor dolu2, suzi……..ekekekeke……….

      Dah tak ada idea, masak je apa yang ada, guna beras biasa je, he he…

  24. Tirana
    June 22, 2009 at 7:52 am

    Tanpa ayah dan ibu siapalah kita… Ayah yang bertanggungjawab akan memastikan keselesaan anak-anak dan keluarganya…Selamat hari bapa untuk ayahanda Tie dan juga ayahanda kepada anak-anak Tie..

    P/S..wow..terliur nampak nasi minyak tu…

    • Tie
      June 22, 2009 at 6:44 pm

      Terima kasih atas ucapan itu, Tirana….

  25. June 22, 2009 at 10:52 am

    wei Tie, mana aci selitkan gambo nasi minyak tu…

    tak adil la weiii

    huhuhuhu

    ekau sajo jo nak mengodo den yo..huhuhu

    jahat sungguh org itew. .huhuhu

    • Tie
      June 22, 2009 at 6:46 pm

      Uwaaaa…………… tak kan tergoda dengan masakan mokcik?? Kat KL tu berlambak2 lagi yang sedap2…….. Tie masak biasa je….he he….

      Eh…. maza pandai masak tak?? Biasa orang lelaki, johor ni pandai gak masak.

  26. June 22, 2009 at 3:44 pm

    tieeeeeeeeeeeeeeeee……… meruntum jiwa betul hidangan itu…

    eehhh kita pun tgh godek WP nie tau…
    tp belum ada isi lagi.. so kita sama2 belajarlah yer
    http://kuina.kujie2.com

    hehehe… org bg tumpang…

    • Tie
      June 22, 2009 at 6:46 pm

      Oooo…… Tie dah pergi tengok!

      Cemburu kat template tu, uwaaaaa………………

  27. June 22, 2009 at 4:09 pm

    k tie,

    memang tak buleh nak nafikan…. sesekali klau k tie memasak memang mengancam…

    tanpa bapa siapalah kita, dan tanpa suami(bapa kepada anak-anak kita) siapalah kita……

    k tie, bapa k tie masa muda handsome lar… abah zan pun masa muda handsome gak… agaknya itular sebab mak zan terpikat kottt…. hihi…

    • Tie
      June 22, 2009 at 6:47 pm

      Ha ha ha…….. orang muda memanglah lawa, hensem…….. ekekeke…………..

  28. June 22, 2009 at 4:41 pm

    tanpa bapa takdelah kita kan kak tie….
    mengancam sungguh nasi minyak kak tie …..eceeeh meleleh air liur.

    • Tie
      June 22, 2009 at 6:48 pm

      Betul tu betul..!!

      Tanpa bapa memang tak de kita…. (semangat kerjasama tu penting, ekekekeke….)

  29. June 24, 2009 at 7:29 am

    Wahh sedapnya lauk tu..boleh ajar tak cara2 buat nasi minyak dan lauk tu. kalau ada resepinya bagitau saya ya nanti kat blog.

    • Tie
      June 24, 2009 at 8:30 am

      Laaa…….senang je nasi minyak tu… Kak tie boleh ajar tapi tak pandai nak bagi sukatan, masak main campak2 je, hehe…

  30. July 1, 2009 at 2:22 am

    kak tie… Spicy Chicken tu nampak sangat superb sedap okay!πŸ™‚

    • Tie
      July 1, 2009 at 7:17 am

      Memang sedap Nono ooii…!! Kalau buat barbeque lagi sedap tau!!

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: