Home > Pengetahuan > Naik Minyak ?

Naik Minyak ?

(Ini hanyalah sebahgian kecil koleksi minyak Tie)


Minyak oh minyak….entah sejak bila makcik ni jadi antu minyak, kih kih ….bukan orang minyak tau !!


Tak sedar yang Tie minat mengumpul segala jenis minyak, sampailah nampak botol2 minyak ni yang semakin bertimbun. Pada mulanya Tie cuma ada minyak gamat. Lepas tu beli lak minyak unta , khabarnya utk penyakit asthma (sibujang tu selalu semput!).


Ada sorang kawan bagi pulak sebotol minyak semeru gajah……bagus utk urut, he he… Dan tak ingat pulak dari mana datangnya minyak sakal putung serai wangi ni…. Sekarang ni entah berapa botol pelbagai jenis minyak (tak termasuk minyak angin).


Tie baru je beli minyak sinosesis. Memang mujarab utk selsema. Tie alahan pada habuk dan cuaca sejuk. Mesti tak berhenti2 bersin. Tapi sejak guna minyak sinosesis ni (sapu je kat idung), Tie tak bersin dan selsema lagi… Alhamdulillah, syukur sangat2!!

Lain2 jenis minyak yang Tie ada ialah minyak kambing gurun (utk luka2), minyak kayu putih(untuk disapu bila terkena minyak panas), minyak kayu kapur, minyak kayu septi, minyak habbatus sauda.

Minyak Sakal Putung Serai Wangi

Untuk melegakan sakit perut, gigi, sengal-sengal tulang, gigitan serangga, perut memulas dan kembung.


Minyak Semeru Gajah

Sakit pinggang,terseliuh, kanak2 semput, uluran, terkena api, air panas dan luka


Minyak Sinosesis

Alahan dan resdung….bagus utk selsema yang teruk.

Minyak wangi ? Tie sensitif sikit. ….susah nak cari yang tanpa alkohol dan baunya menepati citarasa mokcik ni, ekekeke…….. Ada ke sesiapa yang boleh bagi cadangan ?

Psst – Enry ni dah lama Tie draft. Bila baca blog KTS, baru teringat nak publish….hi hi..ย ๐Ÿ˜†


  1. June 17, 2009 at 7:54 pm

    Wahhhhh Kak Tie….byk nyer koleksi minyak segala bagai ekkkk.
    Nak jd pengumpul minyak yg paling byk ekkk??

    Nanti jd mcm dlm citer P.Ramlee. Saudagar minyak. Minyak urut, minyak senyonyong, minyak unta,tahi minyak.. Huhuhuhuhu.

    Take care ye,Akak Tie.

    • Tie
      June 17, 2009 at 10:07 pm

      Ekekekeke………………..๐Ÿ˜›

      Minyak senyonyong ?? Kak tie tak de laa….. hi hi ….

      Tahi minyak ? Hmm…. teringat masa kecik2 dulu, mak suruh kacau santan tu sampai naik minyak, jadi laa tahi minyak untuk kuih koleh kacang…..he he…

      Ceria selalu…….๐Ÿ˜†

  2. cpj
    June 17, 2009 at 9:43 pm

    satu lagi minyak saya dengar banyak khasiat.Minyak Kelapa Dara, kalau nak infonya ada laman web nya, boleh tanya zaireey kerana dia ada buat bines tu, bolehlah kak tie tambah koleksi minyak. Tapi kalau tak mujarab jangan pulak kaktie naik minyak dgn cpj!…
    Pasal blog saya itu agak berat, saya pun mushkil kenapa agak lambat untuk open, maaflah ya kak tie dan terima kasihlah….susah-susah pun kak tie masuk jugak….terima kasih bebanyak.

    • Tie
      June 17, 2009 at 10:09 pm

      Minyak kelapa dara…. pernah dengar tu. Nanti boleh cari laa… buat koleksi, ekekeke….

      Dulu blog kak tie pun berat jugak, sebab tu pindah ke wordpress ni. Nak komen senang sikit, he he….

      Cikgu kena kurangkan widget2 tu….. cuba laa… mungkin ada perubahan.

  3. June 17, 2009 at 9:46 pm

    hihihi kak tie mcm tukang jual ubat lak..byk koleksi minyak ubat…
    nama pun cam pelik2 je…

    minyak wangi..saya pun tak tahu kak tie…saya pernah guna jenis safi..ok gak bau dia tapi guna kat rumah jelah….

    • Tie
      June 17, 2009 at 10:11 pm

      Minyak wangi safi tu kak tie pernah guna, tapi baunya tak maintain… lama2 berubah, lagipun kak tie kurang gemar baunya. Kak tie suka bau yang lembut, macam POISON tapi yang tanpa alkohol…. leceh betul mokcik ni, kan… he he…

  4. June 17, 2009 at 9:54 pm

    eh..saya pun ada minyak jugak. nanti saya buat entry eh hahaaa

    • Tie
      June 17, 2009 at 10:12 pm

      Ye ke ?? Bagus la tu….. musim minyak pulak, ya………ekekeke…….. harap2 ada minyak untuk penyakit emo, hi hi…

  5. June 17, 2009 at 10:53 pm

    dah jadi tokei minyak le pulak hehe..
    tak masuk kan botol minyak kelapa, minyak tanah, minyak petrol dan disel sekali ke hehe

    • Tie
      June 18, 2009 at 9:44 am

      Ehehehehe……………

      Minyak petrok dan diesel tu koleksi cik abang, ekekekeke…………..

  6. June 17, 2009 at 11:28 pm

    minyak unta??hahaha….lawak lak..pelik pun ada…buat dari lemak unta ke?hehe

    • Tie
      June 18, 2009 at 9:46 am

      Hmm….biasa mereka ni buat minyak dengan memasak daging atau kulit atau tulangnya… guna minyak kelapa….campur rempah2 sekali….. Dengar cerita laa….

  7. June 17, 2009 at 11:40 pm

    Amboi Kak Tie, banyaknya koleksi minyak obat..selalu dengar ornag buat koleksi minyak wangi๐Ÿ˜€ Ni kira lain dari yang lain ni hehee…tapi takpe berguna tuh

    • Tie
      June 18, 2009 at 9:46 am

      Hi hi hi………….. dah selamat balik, ya…..!

      Kak tie tak mampu nak buat koleksi minyak wangi. Jadi suri ni tak layak pun. Mungkin boleh buat koleksi kuali pulak, tu pun dah banyak ni, ekekekeke………………..

  8. ima
    June 17, 2009 at 11:58 pm

    wah!!! banyak nya minyak ubat kak tie….macam nak niaga pulak…hihihi
    ima guna minyak mustika je…amat sesuai untuk anak2 dan mamaabahnya sekali
    kalau nak kena selsema tu terus sapu minyak ni…..insyaallah tak melarat….

    kalau minyak wangi pula, boleh guna ‘one drop perfumes’ katanya tanpa alkohol.

    • Tie
      June 18, 2009 at 9:47 am

      Masa ada anak kecil, kak tie pun guna minyak mastika. Tapi sekarang dah tua, guna minyak urut pulak. Tapi kalau boleh cari yang kurang berbau, kak tie tak suka bau macam mak bidan, hi hi………

  9. June 18, 2009 at 12:46 am

    hmm elok ekau borong sekali dengan jenamo minyak2 di bawah ni.. untuk kesenangan ekau gak tu.. terutamo dalam mengawal perasaan emo kaum wanita yg tak stabil.. huhuhu

    nak tau minyak apo?! meh den kobarkan..

    1) minyak belacak
    2) minyak lintah
    3) minyak sensaoil
    4) minyak kayu manis
    5) minyak dagu
    6) minyak pengasih
    7) minyak hitam.. jenamo 4T castrol atau shell advance 4T……

    hehehhehe

    • Tie
      June 18, 2009 at 9:50 am

      Eh…. minyak belacak tu untuk lelaki kan ?? Tie tau laa……….ekekeke……..

      Minyak hitam ? Hubby ada tu, entah berapa botol kat luar………. rimas tengok laa……

      Minyak dagu tu, errrr………… takut laa……… mesti dibuat dari mayat , kan…??

      Tie cuma kumpul minyak2 untuk urut je…dan luka2. Hubby tu suka benar diurut. Tapi yang tukang urut tu anak perempuan Tie. Memang dia pandai. Tie pun tumpang sekaki, hi hi….

      • June 19, 2009 at 11:20 am

        minyak2 kat atas tu pun boleh buat urut2an gak.. heheheh

        erk! satu lagi jenis minyak..

        1) minyak safi
        2) minyak jagung
        3) minyak cap helang..

        heheheh.. minyak2 tu gak ler org2 kampung buat urut badan, siap campur dgn bawang sekali tu, selain digunakan untuk menggoreng cengkodok ikan bilis dan bawang.. hehehhehe

        • Tie
          June 20, 2009 at 6:27 pm

          Ye laa………. masa mula2 kena urut dulu, ada ke patut mokcik tu guna minyak masak je….. uwek! Lepas diurut cepat2 mandi dan sental dengan sabun, ekekeke…………

  10. hanz
    June 18, 2009 at 1:00 am

    hehe.. mcm mcm minyak ada yer?

    tapi mmg betui tu kak T.. ado jo minyak yg kito guno hari hari… sama penting kogunaan air dlm kehidopan kito.

    • Tie
      June 18, 2009 at 9:51 am

      Uwaaaa………….

      Memang tak boleh hidup tanpa minyak, macam air gak!!

      Kalau tak de minyak, kereta tak jalan, makanan pun tak sedap sebab main rebus dan kukus je…………. dan rambut pun tak bermaya, ekekekeke…………………

  11. June 18, 2009 at 1:13 am

    huhu. minyak kayu merah ke ape. x igt da. selalu wt urut mak klu die pening2 angin. sejam lebey ngurut. tp bahaya ngurut klu x sendawakan angin. x pasal2 kite yg dpt pening

    • Tie
      June 18, 2009 at 9:53 am

      Kayu merah? Tak pernah dengar. Memang macam2 ada minyak untuk urut ni.

      Pandai urut ke? Sekarang ni tukang urut susah nak cari. Bayaran khidmatnya pun mahal. Kalau jadi tukang urut mesti poket penuh… yang perempuan tu bersinar2 lengannya penuh dengan gelang emas, hi hi

      • June 18, 2009 at 2:06 pm

        akar kayu merah kor. haha. da tggal kertas. mhl ek? stended bpe ek? xde la pandai sgt ngurut. cume cari2 urat angin, simpul, selirat blh la sket2.

  12. ain
    June 18, 2009 at 7:18 am

    tu dia towkey minyak sudah cerita pasal koleksi minyaknya. tp byk betul myk2 kak tie ekh. saya guna satu myk aje…minyak mustika..mcm serasi aje la. dulu guna myk mustajab tp mcm lbh baik guna mustika.

    psst…maza lg le dasat myk2 dia. hihihi!!!!

    • Tie
      June 18, 2009 at 9:55 am

      Minyak mastika pun okey. Sejak habis guna dulu, langsung tak beli. Mungkin nak kena beli, mesti hubby kak tie suka, ekekeke………..

      Maza tu…………. biasalah … pokcit tu selalu kesunyian, bila kak tie tak de, dia rindu betul….tapi tak ngaku!!

  13. Tirana
    June 18, 2009 at 7:53 am

    Tie..saya kumpul minyak wangi aje..hehehe..Kadang2 minyak wangi dah habis..kumpul botol kosong…

    • Tie
      June 18, 2009 at 9:56 am

      Eh, botol2 minyak wangi memang cantik!

      Nanti bolehlah pamerkan, ya…. he he..

  14. June 18, 2009 at 8:49 am

    alamak..byknye minyak hihi..

    saya ni pantang sikit minyak2 hangin ni pasal boleh buat saya hangin satu badan pasal eh byk pasal plak hihi..minyak ni leh buat lantai berminyak jugak..

    mak saya dulu penah sapu kaki dgn minyak gas..huhu..rasa nak menangis je benarkan mak masuk rumah dgn bau tu..tapi dia mmg tau saya tak suke minyak2 ni..

    tapi yg byk kat rumah saya..minyak aromaterapi hihi..kalau urut hubby pun pakai minyak tu ler..wangi sikit kihkih..

    • Tie
      June 18, 2009 at 9:57 am

      Ha ha ………….kak tie jarang guna minyak sebenarnya. Saja simpan, sebab anak2 tu terlalu aktif dulu. Ada je lebam dan luka2.

      Jadi minyaklah penyelamatnya. Sampaikan anak lelaki kak tie tu , masa kecil, bila sakit je, terus sebut ‘minyak!! minyak!!” Kelakar betul..!!

  15. June 18, 2009 at 9:29 am

    salam kak tie, huhu.. sama la kita.. memang sensitif giler ngan habuk.. kalau time kemas rumah masa nak raya, siap bertopeng bagai.. dah macam power rangers pulak.. arwah nenek dulu ada resdung.. dapat pulak mewarisinya..

    • Tie
      June 18, 2009 at 9:59 am

      Waaaakakakakaa…………

      Betul tu……… Kalau kak tie nak buat spring cleaning, terpaksa guna kain ikat tutup hidung dan mulut, anak kata mama macam ninja! Pastu hubby belikan topeng tu…ekekeke………… Kalau tak mesti bersin dan selsema….

      • June 20, 2009 at 1:33 am

        hmm

        den ado kaedah biology utk atasi masalah ekau tu Tie. huhuhu

        jawapan eh ado kek blog den bertajuk La Nina.. huhuhu

        selamat mendalami nyer…………

        hehehehe

        • Tie
          June 20, 2009 at 6:28 pm

          Nanti laa…………. Tie baru je balik makan gulai kambing………hi hi..

  16. June 18, 2009 at 9:46 am

    Tie, …kita orang melayu memang selalu berurusan dengan pelbagai jenis minyak ni….terutamanya minyak urut……. kekadang terfikir gak…. mat salleh guna apa untuk mengurut badan ya….heheheheh…….

    • Tie
      June 18, 2009 at 10:01 am

      Ooo….. mat salleh biasa guna lotion kot! Atau minyak aromatherapy………… Tie pun nak cari, bau-bauan ni boleh tenangkan diri….

  17. j M
    June 18, 2009 at 10:29 am

    fulamak kak..cam tukang urut lak akak nih…

    moh la wat bisnes ngurut kak.. minyak dh byk tu
    ekekeke

    • Tie
      June 18, 2009 at 10:49 am

      Err…kak tie tak pandai urut, kalau nak jual minyak tu boleh laa…hehehe……………

  18. June 18, 2009 at 11:31 am

    Kak tie…sy bleh tahan dgn bau minyak cap kapak je. Lain2 smua please jgn hampiri daku

    • Tie
      June 18, 2009 at 2:11 pm

      Eh….kaktie kalau bau minyak cap kapak tu terus dapat migraine laa… lagi elok minyak yu yee….. bau macam gula angin.

  19. June 18, 2009 at 11:48 am

    mak mertua saya pun jenis suka minyak angin.
    kebetulan sepupu mak mertua buat sendiri.
    senang sikit la kak tie ..terjamin kualitinya.

    • Tie
      June 18, 2009 at 2:13 pm

      Ooo…pandai buat sendiri, ya… bagus tu.

      Kak tie kurang gemar minyak angin, sebab tak tahan baunya. Minyak urut pun yang ada sekadar untuk mengurut hubby dan anak2. Kak tie suka yang kurang bau.

  20. June 18, 2009 at 11:53 am

    klu keta xdak minyak leh taruh minyak nie tak….

    hahaha…

    • Tie
      June 18, 2009 at 2:14 pm

      He he………….. rasa2nya kereta terus mogok!!

  21. June 18, 2009 at 1:05 pm

    hihihi
    ada gak pengumpul minyak yer…

    • Tie
      June 18, 2009 at 2:14 pm

      Hi hi… tak de niat nak buat koleksi. Hubby yang rajin benor bawak balik. Simpan je laa… hehe…

  22. June 18, 2009 at 1:33 pm

    he he he…kak tie jadi pengumpul minyaklah yer…jgn plak naik minyak. rumah saya ni cuma ada minyak gamat dgn myk angin cap kapak jer…tapi tak tahanlah bau minyak angin cap kapak ni…buat kepala pening! tapi nak buat guane hubby suka lak bau minyak tu…asal pening jer bubuh minyak tu…last2 dgn saya2 pun migrain…

    p/s: (out topic jap) kak tie, thanks yer…milla dah jumpa dexaltine tu…wah sgt lega ari ni, boleh mkn dgn ceria kih kih kih….TQ pn doktor tie (jgn marah yer).

    • Tie
      June 18, 2009 at 2:13 pm

      Ooo…. samalah dengan kak tie, tak suka dengan bau minyak cap kapak. Rumah kak tie memang tak de pun minyak cap kapak tu. Kalau tiger balm dan vicks tu memang mesti ada.

      Haaa……… kak tie lega bila milla jumpa dexaltine tu. Dah okay ke ? Harap2 cepat sembuh. Jangan minum air ais pulak! Err….. kak tie dulu memang kempunan nak jadi doktor. Kat rumah ni pun ada pelbagai jenis ubat. Kak tie dah hafal sebahgian darinya…. hehe………. berangan je…

  23. June 18, 2009 at 2:32 pm

    maksu simpan minyak cekapak kat rumah๐Ÿ™‚

    • Tie
      June 18, 2009 at 4:27 pm

      Okaylah tu….. boleh guna masa darurat.

  24. kutaksempurna
    June 18, 2009 at 3:39 pm

    minyak zaitun mana mama??
    banyak anti oksidan tu.. awet muda gitu…

    hik hik hik
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    ..
    .
    mama ni mmg tokey minyak…
    kuih taik minyak takde ??

    • Tie
      June 18, 2009 at 4:29 pm

      Minyak zaitun pun ada, ekekeke……….lupa nak pamirkan.

      Mama guna untuk lembutkan kulit dan cantikkan rambut. Yang boleh makan tu dah abis laa…. hehe….

      Kuih taik minyak? Koleh kacang ke? Mama tak tahu buat… kena suruh nenek kat kota tinggi buatkan, hi hi…

      • June 19, 2009 at 11:24 am

        elok lah tu gunakan minyak zaitun utk lembutkan kulit yang dah mulai berkarat huhuhu.. kot2 boleh buat parut kelapa tu ha.. wakaak

        erk! minyak zaitun pun mujarab utk hitam kan rambut yg ubannya mula tumbuh bagai bunga lalang..

        wakakakak

        (maza: kaki sakat kaedahnya)

        heheheh

        • Tie
          June 20, 2009 at 6:29 pm

          Tahu……….. tahu…………

          Kulit kita masih gebu lagi laa…. memang sejak dulu lagi suka guna minyak baby ni, ekekekeke………..

  25. June 18, 2009 at 5:35 pm

    salamm kak t itteww..

    • Tie
      June 18, 2009 at 5:45 pm

      Salam en_me………..

  26. June 18, 2009 at 8:35 pm

    perh…pakar rujuk minyak ni..hehe

    • Tie
      June 20, 2009 at 6:30 pm

      Boleh la sikit sikit,๐Ÿ˜›

  27. a01lida
    June 18, 2009 at 10:10 pm

    wahhh sy guna minyak ni bila tak tahan sgt je hehe
    tp bila boh tu.. perghhh lega~ haha
    sy hentam je minyak apa yg ada
    minyak cap kapak tu pun jadi~ hehe

    • Tie
      June 20, 2009 at 6:31 pm

      He he… dulu kak tie guna vicks je, minyak cap kapak ni buat kak tie pening laa…

  28. nahmy
    June 19, 2009 at 8:27 am

    minyak petrol pun pasaran dunia pun dah naik…72USD setong. jgn le gov mengade2 buat pengemuman naik dah le. klu ada gak pengemuman…samada ramai yg naik minyak atau ramai yg pakai minyak angin lps tu.

    • Tie
      June 20, 2009 at 6:32 pm

      Eh …. betul laa………….

      Minyak petrol dah naik semula. Barang keperluan harian macam mana, ek ? Seram betul. Elaun dapur ni tak naik2 pun, hu hu….

  29. jie
    June 19, 2009 at 9:41 am

    alamak……makcik ni juai minyak le pula

    Tie……..minyak masak secawan
    nk goreng kopok

    • Tie
      June 20, 2009 at 6:33 pm

      Ehehehe…………….

      Err……. goreng kopok tu lebih sikit laa………… nak menumpang ni…. hi hi..

  30. June 19, 2009 at 11:03 am

    Tie, bila sebut pasal minyak angin ni teringat ceramah Dato’ Dr. Fadhilah Kamsah. Dia kata:… orang pompuan kena pandai jaga badan untuk pikat suami, jangan masa muda-muda bau harum-haruman tetapi bila dah beranak pinak asyik bau minyak angin jer pulak!… kalau lama-lama nanti suami pun pening…

    So, kenalah cari minyak angin yang baunya macam wangian estee lauder atau pun christian dior!… hehehe…

    • June 19, 2009 at 11:24 am

      wakakaka…

      betul betul betul! tu Nekcun.. saya sokong! hehehehe

      • Tie
        June 20, 2009 at 6:36 pm

        Maza……….. takkan orang pompuan je kena wangi2….

        Lelaki pun mesti wangi gak!! Kekadang nak teruwek bila kaum lelaki ni lalu kat kita….. Macam sebulan tak tukar baju laa………….. nak pitam!!

    • Tie
      June 20, 2009 at 6:35 pm

      Oooo……. sudah tentu kena wangi2kan diri dulu……….ekekekeke……….

      Biasa yang guna minyak2 tu suami Tie je, Tie guna minyak sinosesis untuk selsema. Baunya macam cokelat angin……

  31. June 19, 2009 at 3:44 pm

    hye kak..
    lamanya LO xbertandang ke sini..
    sorry ok..

    Cerita tentang minyak,LOL xder sebarang jenis minyak utk oerubtn kat ymah..
    hahha…
    nak 1 minyak kak..?
    terutama yg utk gigi tue..

    ngeee…

    • Tie
      June 20, 2009 at 6:37 pm

      Nak minyak…………. err….. untuk apa ?

      Budak2 muda ni elok pakai minyak wangi je, ekekekeke…………….

  32. June 19, 2009 at 5:03 pm

    K tie,

    banyak nya koleksi k tie, tak da kelam kabut… katalah luka-capai ubat luka, lenguh badan-capai minyak urat…. huiiii….

    k tie…. ket perut lar… tu tentu…..???????

    • Tie
      June 20, 2009 at 6:40 pm

      Ha ha… bekalan di hari tua la Izan……………..

      Aaaa?? Sakit perut …??

      Ada isi ke ?? Waaakakaka…………..

  33. Kin
    June 26, 2009 at 10:16 am

    Penggemar macam2 jenis minyak rupanya kak tie ni ye. Saya cuma ada minyak gamat dan minyak baby je..dan juga minyak masak! hehhehe..

    • Tie
      June 26, 2009 at 12:31 pm

      Hehe…. secara tak sengaja sebenarnya Kin……….

  34. January 5, 2010 at 6:43 am

    Assalamualikummm tie tuan rumah pasal minyak wangi cuba dekat sini mmg tampa akohol punya

    wangian dakkap di bulan purnama , seperti cinta kembali dari perantauan
    mengejutkan debu-debu rindu di dedaunan wangian .
    Kau buka jendela, angin berhembus wangian membisikkan kata cinta
    aroma wangian berhamburan meninggalkan jejaknya di jalanan
    membuat rindu aroma wangian dakkap

    aku tersenyum memandangmu, udara dingin terasa menggairahkan.
    wangian dakkap di bulan purnama
    kaukah menyuntingkan sebaris doa di antara gumpalan awan?
    Kau berdiri di jendela, menikmati wangian bagai titik hujan berjatuhan di pelataran

    titisan wangian dakkap, bagaikan rintik hujan dan gemericik, hembusan dan gemuruh simfoni Mozart,joget dan zapin
    kau tersenyum memandangku, indahnya keharuman wangian dakkap di bulan punama

    0123192053 mazuki

  35. Tie
    January 5, 2010 at 7:28 am

    Amboi…. bermadah pulak !!! Waakakakaa…………

  36. Ingin tahu
    November 27, 2011 at 6:51 pm

    kat mana nak cari minyak unta ya?

    • December 2, 2011 at 8:14 am

      Minyak unta? Aderk… biasa bila tak dicari org dtg rumah jual…. cer pi tanya kat kedai2 ubat2 tradtional tu… yg jual keluaran tempatan macam ubat resdung, minyak gamat, dll… mungkin ada kot.

  37. Nik Rusyima
    November 26, 2012 at 10:01 am

    Salam… Nak minta tolong sangat, boleh tak tolong belikan saya minyak sinosesis untuk resdung tu? Dah merata saya cari tak jumpa.. Minyak tu memang bagus. Nanti saya akan bayar secara online… Kedai yang biasa beli dulu dah tak jual lagi dah.sebelum ini saya tak pernah putus bekalan

    • November 26, 2012 at 10:25 am

      W’salam dear Nik, kak tie pun dah bertahun tercari2.. farmasi tempat kak tie beli dulu dah tak jual. Rasa dah stop buat kot.. memang minyak ni bagus, rasa nyesal tak beli byk dulu..

  38. Nik
    November 27, 2012 at 12:52 pm

    Thanks kak tie. Nyesal jg tak beli byk dulu kan. Skrg dah tak jual lg.. Huk huk huk…

    • athirah
      September 8, 2016 at 1:36 pm

      Assalam..sy nak tanya..saya nak sgt minyak yg botolnya kaler pink tu..beli kat mana ye?dh lamaaaa sgt sy cari

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: