Home > buah, Cuti, herba, Kampung, tumbuhan > Kisah cuti lagi

Kisah cuti lagi

Saja nak tunjuk rumah Tie. Rupa macam tak siap. Dah nasib…. kena tipu kawan……. Tu la, siapa suruh percaya sangat kat kawan tu.., walaupun hubby dah kenal hampir 30 tahun dulu.

Belakang rumah tu ada bukit, Bukit Jawa. Heran gak, macam  mana nama Jawa boleh berada di Kelantan.

Dan seberang taliair tu rumah mentua Tie. Dekat je… cuma Tie tak pandai berenang, ekekeke….

Nampak tak bukit kat belakang rumah mentua tu ? Itulah Bukit Bidang. Jadi rumah kami terletak antara Bukit Jawa dan Bukit Bidang, macam lembah je, tapi tak pernah banjir tau!! Hubby kata, dulu laluan lembah ni tempat harimau seberang…. dari bukit bidang ke bukit jawa. Tapi sekarang pak belang dah tak nampak pun bayangnya, hi hi……..

Hmm…. alang2 singgah rumah mentua ni, mari kita intai pokok duku dia…. Dah berputik pun!! Walaupun Tie kurang minat makan, Tie suka tengok buah2 ni bergayut2 di pokok…. konon2 anggur laa…. hi hi…

Balik ke rumah Tie pulak, nak tunjukkan pokok istimewa ni. Pokok ni rendah je… tapi napa nampak macam tinggi pulak! Kih kih ……!! Inilah lada pahit. Bukannya pedas tapi pahit! Buahnya bila masak berwarna kemerahan. Hubby suruh Tie gigit sebiji buahnya….. Tie pun turutlah….. sebab Tie ni memang dengar kata, ekekeke…..

Tapi, setelah mengigit buahnya, terus lari2 naik ke rumah… cari air… Oooo…. pahit macam hempedu!!  Lada pahit ni digunakan sebagai ubat untuk tekanan darah tinggi dan kencing manis. Tak boleh makan banyak. Sebiji sehari… kalau berlebihan terus dapat sakit lain pulak!

Hmm… Tie ada masak gulai itik serati. Kalau sesiapa nak belajar atau nak tahu, boleh ke dapur Tie di KAYTEEZE’S KITCHEN.

rumah atap biru 2.

.

rumah atap biru

  1. June 16, 2009 at 9:37 am

    ka tie,
    saya suka duku lg berbanding langsat..lebih manis…kan??
    kecil2 dulu kami adik beradik kena tanam pokok buah…so sekarang dah blh mkn hasilnya tapi yg peliknya pokok yg saya tanam tak berapa menjadi…tumbesaran slow dr adik2 hihihi tapi akhirnya tetap ada hasil. kata mak tgn saya panas …mmmm

    • Tie
      June 16, 2009 at 4:25 pm

      Ooo… ye ke ? Kak tie makan gitu2 je… taklah kemaruk sangat. Kak tie lebih suka manggis… hehe… dan cempedak! Nanti nak suruh hubby cari anak cempedak!

  2. June 16, 2009 at 9:49 am

    tie..rumah tu kalau cat warna hijau lumut atau warna warna bumi..pasti nampak cantik lagi…jangan marah yer dik…akak cuba bagi pandangan saje…bila nak pindah terus kat situ..nampak aman damai kawasan yang berbukit tu….
    ooo itu tali air…akak ingat tali air tu macam longkang jer rupa yta…ni macam sungai pulak…….

    • Tie
      June 16, 2009 at 4:28 pm

      Betul tu. Tie geram kat warna atap tu… Manalah ada rumah atap gitu. Entah dari mana orang tu rembat…… Susah nak blend color laa…. Nanti bila ada budget nak cat atap tu warna yang lebih sesuai, dan cat rumah tu sekali…

      Warna hijau lumut memang cantik… Tie pun suka.

      Dulu Tie ingat tali air tu anak sungai… rupa2nya buatan orang, hi hi.. Tak sabor rasa nak pindah… tunggu hubby tukar posting ke sana…, kalau tak pun kena tunggu sampai pencen laa…..

  3. June 16, 2009 at 9:50 am

    seronoknyer tengok..
    menghijau..

    tak pernah pulak tahu ada cili pahit.hehe..

    • Tie
      June 16, 2009 at 4:29 pm

      Kak tie pun baru tahu tentang lada pahit tu. Hubby yang tanam, tak tahu dia ambil dari mana anak pokok tu.

  4. ain
    June 16, 2009 at 9:58 am

    seronoknya umah kat kawasan bukit. mesti sejuk aja udara. paling best waktu pagi2, mendamaikann!!!!

    • Tie
      June 16, 2009 at 4:30 pm

      Memang Tie suka duduk sana. Rasa aman sangat. Berat rasa hati nak meninggalkan rumah tu… sedih tau!!

  5. June 16, 2009 at 10:01 am

    kak tie, best nyer duk kampung.. damai dan menenangkan..
    hubby tie asal banir belikong, dulu dia sekolah rendah kat bukit jawa lah…

    • Tie
      June 16, 2009 at 4:31 pm

      Ye ke ? Hubby Tie sekolah rendah kat bukit jawa gak! Kalau sebaya mungkin dia kenal….. he he..

  6. June 16, 2009 at 10:09 am

    tak pernah la nampak pokok lada tu tie
    nnt boleh bagi sikit……..nk tanam

    tie…..kalau dok kg tu..agaknya sy ni boleh jadi ratu renang…kehkeh..ari2 dok praktis dlm tali air tu

    • Tie
      June 16, 2009 at 4:33 pm

      Nanti kalau ada anaknya Tie akan semaikan… Tak ramai yang ada pokok ni….

      Ooo… tali air tu tak bersih macam dulu (kata hubby) Tak boleh mandi kat situ, nanti badan tumbuh kulat!! Hi hi… Ingat nak buat rakit je… senang nak ke rumah mentua, tak payah ambil jalan jauh….

  7. June 16, 2009 at 10:33 am

    cam best je tgk akak pakai wordpress huhu..cdg nk pakai tp entah la.. masih syg kat blog yg ada sekarng nie hhuu

    out of topic–> kak tie xde masa wat pe ek… mane pergi huhuu.. bz ek

    • Tie
      June 16, 2009 at 4:36 pm

      Memang senang guna wordpress…. tapi tak boleh bubuh gadget sebarangan sebab ia tak suka javascript (macam pandai je mokcik nih!)

      Kak tie sibuk sebagai suri rumah….. Hari tu balik kelantan 2 minggu. Kekadang pulak stress… adalah sikit problem……………… tapi mujur hubby kak tie banyak beri sokongan.

  8. June 16, 2009 at 10:36 am

    agaknya sempat tak neeza nak makan duku masak balik cuti ni yek.. kalau sempat, neeza nak serang pokok duku MIL Kak Tie.. alalalalaaaaaaa….

    first time tengok lada pahit tu Kak Tie… ingatkan pokok zaitun tadi sebab buah dia macam buah zaitun..

    • Tie
      June 16, 2009 at 4:38 pm

      Neeza nak balik bila ? Kak tie tak pandai nak agak…..duku tu masak bila. Kak tie tahu makan je, ekekekeke…………… Hmmm….. datanglah rumah kak tie di kelantan. Mesti anak2 Neeza suka, dapat main upih dan beri makan kat ikan….. ada kolam kecik, hi hi..

      Buah lada pahit tu kecik, lebih kecik dari kuku. Kak tie gigit je dah rasa pahit. Belum telan lagi……………

  9. June 16, 2009 at 1:32 pm

    syoknye tgk suasana kat kg…tenang….nyaman… menghijau…
    kat tgh terusan tu ada “tangguk” ikan ke? tntu dpt bnyk ikan sungai kan.
    kat kedah ni dh ada jual durian, manggis dan rambutan…musim buah kembali lg

    • Tie
      June 16, 2009 at 4:40 pm

      Dulu adik ipar ada ternak ikan talapia kat situ…. tapi sekarang dah bungkus. Sebab makanan ikan mahal…. tak mampu.

      Kat kelantan dan ganu buah2 baru nak berputik. Lambat sikit masak.

  10. June 16, 2009 at 2:30 pm

    hehe…jawa ngan kelantan ada hubungan..sila google pasti dapat jawapan..

    best kan ada sungai..boleh berenang2 ngan family…bersih tak air dia?

    haish..bila nak balik kampung lagi ni..

    • Tie
      June 16, 2009 at 4:41 pm

      Ye ke ? nanti kalau ada masa kak tie google laa….

      Tu bukan sungai laa………. tali air tau!! Air tak bersih. Kak tie tak berani nak celup kaki pun. Tapi budak2 kat situ mandi macam biasa je, hi hi…

  11. kutaksempurna
    June 16, 2009 at 2:55 pm

    alaaaahaaaiii
    seronoknya tgk suasana kampung..

    pokok rambutan takde ke mama??
    angie suka buah rambutan… buah duku pun suka.. buah rambai pun suka.. semua buah suka..
    tapi rambutan ttp faveret.. klu boleh nak duduk atas pokok rambutan smpi malam.. errrkkkk… sesuwaaaii
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    ekekeke.. mama kena tipu ngan papa… ekekeke… pahit sangat ke?? cuba baling ke KL skit.. teringin nak rasa😀

    • Tie
      June 16, 2009 at 4:44 pm

      Jangan bimbang. Papa dah tanam beberapa pokok anak rambutan kat depan rumah tu. Nanti bila dah berbuah Angie boleh datang dan makan. Boleh bentang tikar sambil beri makan kat ikan….

      Papa tanam rambutan anak sekolah je…. tak payah panjat sebab nanti bila berbuah rendah je, hihi… sesuai untuk mama, ekekekeke……………

      Betul ke nak rasa lada pahit tu ??

      Haaa….. nganga mulut besor2…………..

      satu…dua…tiga…… plup!! Opocot… miss pulak !! 😆

      • kutaksempurna
        June 17, 2009 at 9:51 am

        saje je tawwww….
        baling la betul2… penat angie nganga mulut besar2 ni… ekekeke

        mama mmg tak pandai membaling.. mesti tak reti main bola baling ni😛

        • Tie
          June 17, 2009 at 12:38 pm

          Main bola baling ??

          Err….. mama tak cukup inci..!! Uwaaaa…………

        • kutaksempurna
          June 17, 2009 at 3:49 pm

          ekekeke…
          pemain bola jaring yg terkenal dunia, apatah nama dia, dah lupa, pendek orgnya.. tak cukup inci… menten je..

          ekekeke..

          psstt… angie tgh cari smgt berblog ni…. mintak2 bila ronda2 sini dpt jumpa balik smgt tu.. boleh la update.. hik hik hik

  12. ima
    June 16, 2009 at 4:03 pm

    kak tie…betullah rumah ni yg ima tengok tu….hehehe

    buah lada pahit tu sama ke dgn buah tunjuk langit???ima saja nak tahu,sebab buah tunjuk langit pun pahit sgt rasanya…ubat darah tinggi,kencing manis dan sbgnya…masa mil ima sakit hari tu,buah tunjuk langitlah ima kasi dia makan sebiji…terus darah jadi rendah dan kencing manis kosong bacaannya….terlebih dos rupanya…terkejut juga ima dibuatnya….kena mkn sikit saja rupanya….

    dekat aje rumah kak tie dgn mil….senanglah macam tu

    • Tie
      June 16, 2009 at 4:48 pm

      Memang la betul…. Satu2nya rumah kat alor hijau yang rupanya pelik semacam!!!

      Nanti kalau balik kelantan Ima mesti datang rumah kak tie tau (kalau kak tie ada) Teringin sangat nak jumpa….

      Eh… kak tie tak tahu pulak ada nama lain. Mungkin juga ada persamaan… Nanti kak tie tanya kat cik abang tu…Tapi lada pahit sifatnya memang begitu. Tak boleh makan sebarangan.

      Kak tie tak berani nak makan takut tekanan darah jadi rendah terus tak bangun!!!

  13. June 16, 2009 at 4:36 pm

    salam kak tie.. bestnya dapat dok dalam suasana kampung macam ni.. confirm malam2 tak yah bukak kipas pun, tak pe kann.. mendamaikan betul la..

    • Tie
      June 16, 2009 at 4:55 pm

      Eh… rumah kak tie tak de pokok besar lagi. Masih panas laa… Nanti bila pokok2 buah tu dah meninggi, mungkin rasa nyaman macam rumah mentua tu, hi hi…

  14. June 16, 2009 at 7:23 pm

    best la suasana dia kak T…aman je

    • Tie
      June 17, 2009 at 12:39 pm

      Tu laa……… kak tie asal dari bandar, excited bila dapat tinggal di kampung… tenang rasanya…

  15. June 16, 2009 at 7:49 pm

    Kak tie…..

    Bestnyer ada kampung ekkkkk. What a real kampung u have!!!!
    Sy takde kampung. Kalau Hari Raya, org tanya balik kampung mana?
    Sy kata takde rumah kampung…..Atok duduk kat bandar. Tapi kitaorg still anggap itulah “kampung” kitaorg. Huhuhuhu…..

    Pokok durian takde, rambutan takde, manggis takde…cempedak takde.
    Nak makan buah-buahan ni kene beli di pasaraya atau pasar malam.

    Bila sy masuk kampung org…..macam JAKUN tau. Tak pernah masuk kampung. Lembu, kerbau, ayam, itik, kambing pun sy takut…….
    Yg bestnyer Lintah sy cakap CINCAU. This is real JAKUN. 🙂

    Huhuhuhu…mmg jakun.

    • Tie
      June 17, 2009 at 12:41 pm

      Kak tie pun tak ade kampung. Tu kampung hubby… akan jadi kampung kak tie laa… bila kak tie pindah ke sana, tak tahulah entah bila.

      Eh… kak tie masih lagi takut kat lembu dan kambing tu… Tengok dari jauh je….hi hi..

      Lintah jadi cincau??errk! Dasatnya…!!

      Baru hari tu pacat gigit kak tie…. Kak tie jerit macam histeria… pastu kena marah dengan hubby, ekekekeke…………..

  16. June 16, 2009 at 8:36 pm

    wah! lada pahit.. boleh buat ubat lagi tu.. erk! tie boleh mintak sikit tak?

    tak pun postkan ler kat maza ni ha. huhuhuhu…

    • Tie
      June 17, 2009 at 12:43 pm

      Pokok tu ada di kelantan. Cubalah Maza cari kat KL tu… tanya kat kawan2. Memang mujarab untuk sakit darah tinggi dan kencing manis… cuma kalau nak makan , sebiji je. Kesannya terlalu kuat!

  17. June 16, 2009 at 10:27 pm

    biasalah kan kak tie kalo ubat kompom pahit. tp lama tak nak hilang pahit dia?? ke terasa2 lg kat lidah?

    • Tie
      June 17, 2009 at 12:44 pm

      Hmm…. masih ada lagi kesan pahit beberapa minit….. Lepas tu boleh senyum semula😛

  18. June 16, 2009 at 10:59 pm

    Salam Tie, seronok tengok pemandangan yang tenang dekat sekeliling rumah Tie dan mentua ya!… nekcun ni pernah gak ajak atok buat rumah kat kampong di Sg. Petani bila pencen nanti, tapi anak-anak tak bagi kerana depa kata, kalau kami dok jauh susah mereka nak balik selalu.
    Entahlah… agaknya memang begitu anak-anak sekarang, suka tinggal di bandar yang mereka kata sentiasa happening! Nekcun ajak mereka balik rumah rehat di Pantai Bagan Lallang, Sepang seminggu sekali pun mereka agak liat kerana tak happening kata mereka!… Eeemmm… nampaknya rumah tu akan jadi ‘gajah putih’ camtu ajer!…

    • Tie
      June 17, 2009 at 12:46 pm

      Budak2 muda memang gitu. Tie masa baru kahwin tu pun tak suka bila ikut hubby balik kampung. Sebab banyak nyamuk, dan suasana macam kurang bersih.

      Tapi bila ada rumah sendiri, pandai2lah kita buatkannya selesa….. Tie tak sabar nak tinggal di rumah tu… Rindu rasanya. Lagipun kat situ, macam2 benda boleh buat. Langsung lupa tentang blogging, hi hi… Agak2 kalau Tie balik dan tinggal di situ… blog ni hidup lagi tak, ya…

  19. June 16, 2009 at 11:50 pm

    wah..mmg bestlah balik kampung dan jenjalan lihat pemandangan yg indah tu..tenang jiwa skit..

    kak tie..jgn terkejut ler plak pasal ahbond tu hehe..kitorg sama2 menderita walaupun berjauhan tapi dia amat faham keadaan saya ni..

    mak tu dah nyanyuklah kak tie..puaslah kita cakap..buat letih mulut je pasal dia takkan faham lagi dah. Dia hanya pk diri dia je..

    • Tie
      June 17, 2009 at 12:48 pm

      Tu laaaaaa….

      Nrina kena fikirkan tentang diri sendiri dan keluarga Nrina tu. Tanggungjawab Nrina terhadap Suami tau!! Kalau tersasar, kan berdosa tu………..

      Bila kak tie baca tentang Nrina, Kak tie takut laa…. Kak tie taknak jadi ibu yang menyusahkan anak2 ataupun orang lain bila tua nanti.

  20. June 17, 2009 at 5:29 am

    Sukanya saya tengok suasana di tempat Tie…tenang dan nyaman..tak sesak macam di KL ni..

    • Tie
      June 17, 2009 at 12:49 pm

      Memang best tau kat sini. Tie berhasrat nak tanam sendiri sayur2an nanti, bela itik, angsa dan biri2….. hmm…. asyik berangan je ni…….

  21. June 17, 2009 at 11:29 am

    salam,

    Oh ada pula lada pahit ya. Bila tengok gambar ni saya jadi teringat kampung halaman yang ada bukit bukau, bendang, sungai, buah langsat dan duku. Aduh rindunyaa…

    Apa maksud kena tipu kawan dengan rumah tak siap tu?

    • Tie
      June 17, 2009 at 12:55 pm

      Dulu, kawan hubby offer nak buatkan rumah, (dia sorang kontraktor)

      Jadi , kami akan bagi wang sedikit demi sedikit. Tapi sampai satu ketika, dia berhenti. Rumah tu terbengkalai. Duit RM15 ribu ++ lesap. Dia hilang entah ke mana. Dengar kata (wife dia yang call) dia bukak ‘cawangan’ baru, jadi keluarga dia huru hara.

      Rumah tu terpaksa disiapkan oleh orang lain. Tapi tak sempurna. Senget sana sini. Memang menyakitkan hati. Tapi, dah takdir… terpaksa kami terima je. Duit dah banyak habis. Nak buat pagar pun tak mampu.

      Cuma Kak tie harap, takkan jumpa dia lagi. Terlalu kecewa. Dia juga telah menipu kawan hubby juga… lagi banyak RM.

  22. June 17, 2009 at 2:09 pm

    salam.
    kak tie dok kat kampung bukit jawa ke?
    umah atok saye kat selising,
    dah dekat dah tu.
    huhuhu

    • Tie
      June 17, 2009 at 2:36 pm

      Kampung hubby di alor hijau…dekat bukit jawa la tu.. Kak tie balik sana sesekali… sekarang ni dok kat ganu.

  23. June 17, 2009 at 2:50 pm

    pernah makan gulai itik serati, sampai sekarang terasa pening hehe

    • Tie
      June 17, 2009 at 7:21 pm

      Eh…makan gulai itik boleh pening ? Mungkin itik tu tak dibersihkan dengan betul…. Itik ni leceh sikit. Kalau tak pandai sembelih, dia jalan keliling rumah lepas disembelih. Dan kalau tak pandai bersihkan baunya boleh buat kita pitam!

  24. June 17, 2009 at 3:05 pm

    ooo itu la rmh bumbung biru ya… ada lembah harimau berenang lagi…

    apasal ya benda yg pahit tu mesti obat… obat yg manis x dak ker?

    • Tie
      June 17, 2009 at 7:21 pm

      Ubat manis ? Hmm….. Tie nak cari gak!!

  25. a01lida
    June 17, 2009 at 6:27 pm

    dgr je kak tie masak itik trus sy pegi blog yg satu lagi tu eheheheh

    • Tie
      June 17, 2009 at 7:22 pm

      Wah………minat itik, ya…….. hehehe……..

  26. Kin
    June 17, 2009 at 7:09 pm

    Kak tie, saya rindu sama buad duku la…uuwaaaaa…
    Lada pahit? Ooo..ada gak lada pahit ye…ilmu baru ni, tak penah tau.

    • Tie
      June 17, 2009 at 7:23 pm

      Tak lama lagi musim duku….. boleh balik Malaysia tak ?

      Kak tie pun baru tahu…hi hi…

  27. June 18, 2009 at 5:19 pm

    wow! bestnya rumah tie, ada halaman giteww

    • Tie
      June 18, 2009 at 5:44 pm

      Hmm…..bolehlah lari2 keliling rumah…. cuma tak larat nak tebas lalang2 tu, naik tumbuh semalu gajah pulak, susah nak mesin.

  28. March 19, 2012 at 5:20 pm

    Cantik blog ini.. penuh informasi..
    terima kasih bagi info2 menarik ni..🙂

    Visit Pokok Manggis Depan Rumah

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: