Errk……. tengok aje laa…

Tie baru je terima email ni… hu hu……

Assalammualaikum…

Dah b erapa banyak makanan yg kotor nih masuk dlm perut kite…. Patutlah mengaji susah nak masuk kat otak…..Sabar jelah…..

Kg Baru Sg Buloh
Sg Buloh
Selangor
18 April, 2009
Saya menerima maklumat mengenai kebakaran ini kira-kira jam 5 petang, kira-kira setengah jam selepas kebakaran bermula.
Seperti yang dibayangkan sebelum ini, kawasan perindustrian Kg Baru Sg Buloh adalah sebuah kawasan yang amat luas.
Kes kebakaran agak senang untuk dikesan kerana asap boleh kelihatan dari jauh.
Tetapi, walaupun asap boleh kelihatan ketika memandu, untuk tiba di lokasi adalah sesuatu yang amat sukar walaupun mengikut panduan dari asap tebal.
Dengan keadaan jalannya yang amat tidak terurus, berlopak, berlubang, sempit dan beratus-ratus simpang yang jika salah masuk, anda akan memasuki jalan mati.
Maka terperangkaplah anda untuk berpatah balik kerana mungkin anda secara tidak sengaja telah memasuki dalam kawasan kilang DRH atau kilang VTF.
Mana lagi dengan berpuluh-puluh anjing liar, berkurap dan kotor serta berpenyakit yang berkeliaran.

Untuk bertanya laluan, dengan membuka tingkap kereta, mungkin anjing akan melompat ke arah anda…Belum lagi kalau turun dari kereta, ada anjing kurap yang baik hati nak berkenalan untuk cuba menghidu, menjilat anda…!!!
Keadaan kotor dan penuh dengan sampah sarap, tak perlu dicerita, kerana anda boleh alami sendiri.
Dan anjing-anjing ini pula, macam mengenali samada kita adalah pengguna laluan ini, atau tak pernah lalu sebelumnya.
Mana lagi berselisih dengan treler-treler panjang, besar dan kenderaan-kenderaan yang dipandu laju (walaupun jalan sempit)
Kawasan perindustrian ini merupakan antara yang terbesar di di Selangor, dan merupakan kawasan perindustrian yang paling tidak terurus, tidak mengkiut standard, tidak menepati standard sebuah kawasan pendustrian yang mengeluarkan pelbagai barangan utama di negara ini dan untuk eksport.
Di sinilah antara pusat segala penipuan dan penyelewengan barangan pengguna di mana banyak manapun serbuan dilakukan, mustahil untuk mengesan semuanya di celah-celah ratusan bangunan kilang.
Di sinilah, di mana, di dalam kilang, ada kilang, dan di dalamnya pula, ada kilang lain pula.

Antara serbuan yang pernah saya sertai sepanjang lima tahun lalu di kawasan ini ialah:
1-Rampasan dan penyitaan kilang membuat mee bersama JAKIM Kementerian Kesihatan dan KPDN HEP di mana keadaan kilang yang amat kotor dan berlendir serta pekerja yang langsung tidak pentingkan kebersihan. Mee yang dibuat banyak dijual di pasaraya, hipermarket, bapak market terkenal dengan jenama-jenama berbau keIslaman/keMelayuan.

2. Kilang membuat cincau di mana cincau-cincau yang diproses oleh Bangla-bangla, diletak di atas lantai dan meja tanpa berlapik, dipotong dengan pisau, kemudian dijirus air, dan dibungkus. Jenama juga berbau Islam/Melayu – juga anda sendiri pernah terbelinya.

3. Kilang membuat tauhu, yang sebelumnya pernah diarah tutup dan dibatalkan sijil halal, tetapi membuat semula proses yang sama. Tauhu ini dijual di seluruh Malaysia, di mana pembuatannya langsung membuatkan anda tidak akan memakan tauhu lagi jika melihat keadaan kilang, di mana baldi-baldi yang diletakkan di atas lantai yang berlendir, dan penuh dengan anjing, akan dicelupkan bersama dengan tauhu yang baru diproses, kemudian dibungkus untuk dijual kepada anda.
4. Kilang yongtaufu, taufoofar, (dan segala yong dan far yang anda tau dan pernah makan) yang digaul dengan daging babi cincang oleh pekerja warga Indonesia (yang mendakwa beragama Islam) , dan ditampal pula dengan logo Halal Jakim. Semua produknya dilanggan oleh banyak hotel berbintang-bintang berpandukan invois yang dirampas. Pengusaha juga mengaku, barangannya amat laku dibeli oleh peniaga Islam yang sudah tentunya mereka tidak berpeluang melihat proses pembikinan yong-yong itu.

5. Kilang yang membekalkan krim-krim malam yang akhirnya diuji mengandungi ‘sibutramin’ yang diimprt bertong-tong dari China, untuk banyak syarikat Bumiputera yang melekatkan label macam-macam nama wanita, dan akhirnya anda tempelkan di muka anda yang dah memang berjerawat, menggerutu itu. Alasannya, kerana ia jenama Bumiputera, nak tolong bangsa, dan nak cantik…
6. Di sinilah juga terdapatnya kilang-kilang VCD/DVD yang jika anda bukan pakar mencarinya, mati 18 kali pun, anda tak akan jumpa kerana ia dibina dalam kilang, di dalam kilang, di dalam kilang (kilang 3 in 1).
7. Di sini jugalah diproses kopi-kopi duda, kopi dara, kopi tongkat bedul, kacip bedah yang dibeli oleh anda, yang dicampur dengan pelbagai bahan terlarang tanpa anda mengetahui, ia sebenarnya hanya diblender atau digaul oleh mat-mat Bangla, minah Indon yang tak tau apa-apa pun apa yang mereka buat.
8. Senarai ini amat panjang yang memerlukan saya membuat entry lain di lain kali beserta dengan bukti foto sekali.
Dah setelah bersimpang, berpusing, akhirnya saya tiba juga di lokasi kebakaran ini setelah kereta melalui laluan berlubang, berbukit dan berlopak serta tidak bertar (jalan berbatu-batan) dan berdebu.

Best Regards,

Norifah Darus (Eifa)

Finance Department

Prince Court Medical Centre Sdn Bhd

Psst : Lepas ni kena belajar buat tahu , mee dan krim malam sendiri laa…hu hu…

Psssst: Sapa2 tak nampak gambar tu memang sah tak mandi pagi, ekekekee….eh tak de laa…., ni mesti blogger punya pasal. Kak tie boleh nampak jelas tau!! Waakakaakaa……

71 Comments (+add yours?)

  1. Pearls
    May 20, 2009 @ 14:17:47

    Oittttttttttttttt….

    Rasa nak ‘ter’muntah plak…

    aduhaiiiiiiiiii…

    Reply

  2. kuina
    May 20, 2009 @ 14:30:04

    jijiknya…

    tanda halal x semstinya halal kan.

    …..>> tie rajin2 lah memasak yer…

    Reply

  3. fazemy
    May 20, 2009 @ 14:34:31

    Kak Tie. Kat area ofis saya ni ada kilang yong tau fu. Tp mmg org melayu punya. pekerja dia pun org melayu. Klw trasa nak makan blhla saya belikan pos kat kak tie. Hehe.

    Reply

  4. ain
    May 20, 2009 @ 14:39:57

    aduhaii…x tau la apa yg betul2 boleh, bersih dan selamat dimkn sekrg ni. nmpak gaya kena belajo buat mee, tahu, tau fa, krim malam…ekhhh..krim mlm mana reti!hehe

    Reply

  5. maza
    May 20, 2009 @ 14:49:19

    erk!!! Alhamdulilah.. dah kenyang.. huhuhu

    uwakkkk!!!

    den ingatlah, rembat jo kepalo eh yg dogil bonar tu ha.. huhuhu… tau duit jo, pasal kesihatan org lain ko apo ko pedulikan.,.a derkk

    raso eh nak pacung jo mamat pengotor itu..

    mohon pihak penguatkuaso bertegas sikit.. kalau boleh tamparkan ke dinding dia org tu ha.. huhuhu

    dia org ni pun satu hal… samseng.. samseng tahi kucing

    uwekkkkk

    Reply

    • Tie
      May 20, 2009 @ 14:56:09

      Haa…………..maza kan rajin makan kat luar tu………

      Agak2 mee mamak yang dihidangkan tu datangnya dari mana, ek??

      Sebelum makan kat mana2 tu, gi masuk dapur kedai dan tengok bahan mentahnya.. Kat restoran pun sekarang tak boleh percaya. Masing2 nak untung. Mereka beli bahan murah dari mana2 kilang bangla dan indon… hu hu….

      Reply

  6. nahmy
    May 20, 2009 @ 14:53:40

    adusss…menyesak dada bila baca citer2 camni…terutama berlaku di negara Islam cam kita ni. asyik dimanipulasi, asyik diipu je la kita nih. apala yg ‘mereka-mereka’ yg sepatutnya buat sesuatu dah buat? atau mmg tak terbuat?? patutla akhir2 ni rasa diri cam ‘bedul’ je…rupanya sbb minum kopi bedul byk sgt rupanya…!

    Reply

    • Tie
      May 20, 2009 @ 15:25:55

      He he……. hati2 laa……….

      Makan barangan jenama melayu pun tak boleh dipercayai….. kena tipu je la kita ni, hu hu…….

      Reply

  7. izzah
    May 20, 2009 @ 14:53:44

    sungai buloh….
    ok ow..my home town…
    my house pun kat sg buloh…
    tapi bukan kat kg.baru..
    tu tempat cina….
    saya..kalau nampak alamat kat label tu ala2 area cina..
    memang selalunya akan mereject barangan tu…
    sungguh tidak selamt…
    sungguh meloyakan…
    pengotor betullah!!!

    Reply

    • Tie
      May 20, 2009 @ 15:27:09

      Ooo ye ke ??

      Kak tie takut laa….. bila nak beli barang kena belek betul2!!

      Kalau termakan benda kotor lagi haram… tentu jadi bodoh bendul!!

      Reply

  8. kutaksempurna
    May 20, 2009 @ 15:16:59

    mama…
    naper tak nampak semua gambar tu??

    haaaaiihhhh…
    teruk betul line hari ni..
    dah la bloglist mengong.. hik hik hik
    .
    .
    .
    .
    .
    elok gak tak nampak..
    klu tak, mau muntah hijau kat umah mama ni…

    eeeiiiiuuuwwww..
    takleh percaya jenama berbau islam / melayu..
    pandai mereka!! hissshhh…
    patut kena jalan itik 50000 km…

    errrkkk… sesuai ke hukuman tu?? 😀

    Reply

    • Tie
      May 20, 2009 @ 15:30:05

      Laaa………..cuba bukak mata tu luas.luas………………. asyik nampak donut je…….

      Memang hari ni blogger bengong!! Psst : Bila nak pindah masuk condo??

      Mama ingat nak antor peluru berpandu…. nak kasi bom itu kilang2!!

      Tak guna punya orang, kasi kita semua makan benda jijik!!

      Nanti Angie pergi belajar buat mee, tahu, semua jenis yong….., dan krim malam, ya…. Pastu antor kat ganu.. Mama nak !!

      Reply

      • kutaksempurna
        May 21, 2009 @ 09:16:23

        dah boleh nmpk gambar2 tu…
        tapiiiiiiii
        nmpk kat dlm emel la….

        hahahaha..

        kat sini, hari ni pun tak nmpk lagi..

        pssstt.. thanx sbb emel…
        saje je tawww… nak muntah angie… bluueeeeeeeekkkkk
        ha… kan dah muntah…

        pssst lagi : haritu lagi angie dah beli kondo..
        sdg belajar lagi.. payah sikit kondo no berbanding umah setinggan skrg..
        nanti klu tak tau apa2, boleh la mama ajar ye..
        nak pindah masuk bila tu tak tau laaa…
        mcm tak confident je…

        Reply

        • Tie
          May 21, 2009 @ 09:36:33

          Ooo ye ke ??

          Bagus..bagus… Angie boleh cuba import dari blogger tu. Simpan buat backup kalau tak nak pindah pon.. lebih selamat.

          Belajarlah sikit2. Mama ni dah boleh laaa, tapi tak pandai lagi. Rasa2nya Angie lebih cekap.

          Kat dashboard tu, Angie boleh check siapa yang datang intai, cubalah merayau dan geledah wordpress tu… mesti jumpa benda2 yang menarik. Pergi kat setting dulu… buat apa2 yang patut…ekekekee………..

  9. cintacukulet
    May 20, 2009 @ 15:20:02

    eiii yarkkkss… menyedihkan..kena tipu hidup2 oleh pengusaha makanan itu huhu

    Reply

    • Tie
      May 20, 2009 @ 15:31:24

      Hmm……. sekarang ni, bila nak beli barang selalu rasa was2.

      Yang ada label dan packaging lawa2 pun kak tie rasa macam tak percaya… takut laa….

      Reply

  10. iza
    May 20, 2009 @ 15:55:26

    erk awat iza tak nampak gambor diyer.. tapi tak pa lah, iza pon dapat email ni gak. Hurm tulah kat mesia ni semua ada…agaknya sebab tu lah jenayah menjadi2 sekarang ni. salah sikit die die die, no mercy..huhu menakutkan 😦

    Reply

    • Tie
      May 20, 2009 @ 17:06:00

      Iza, ramai yang tak dapat tengok gambor tu, kak tie pun heran laa… Agaknya internet ada problem. Tapi kak tie boleh tengok dengan jelas… Kena jampi sikit kot..!!

      Hmm….. pihak berkuasa lembab laa…. tak kan kita nak ajar mereka ni buat kerja… hu hu…

      Reply

  11. nurdaniella
    May 20, 2009 @ 16:00:45

    salam kak tie.. huhu.. sebenarnya saya tak dapat download gambar2 tu.. tapi baca jer pun dah rasa mual dah.. susah kan kita nak cari barang makan yang benar2 halal ni.. kenapa kerajaan negeri tak nak bertindak???

    Reply

    • Tie
      May 20, 2009 @ 17:07:26

      Benda ni dah bertahun2, Nur. Tengok lantai kilang tu dah tebal lumut2nya…eeeee…. kak tie geli laa…..

      Kerajaan dah bertukar tangan pun sama gak. Payah benor nak bertindak. Kak tie rasa nak antar bom je kat situ…

      Reply

  12. izan
    May 20, 2009 @ 16:02:33

    k tie,

    zan tak nampak gambar2 pada pc zan….

    tapi dari citernya spt email2 yg zan dapat…..

    pernah satu malam di pasar malam – zan tanya pada peniaga gerai yong tau fu… saja lah kan ringankan mulut – rupanya peniaga tu tarik muka – dia kata beli kat kedai melayu belakang tu… katanya gitu – selama zan duk kat area Bukit Beruntung ni – tak pula nampak pengusaha melayu membuat bahan2 gitu – sungguh was-was.

    camane gitu…

    Reply

    • Tie
      May 20, 2009 @ 17:09:39

      Hu hu… kesian gak, ramai yang tak nampak. Macam mana, ek. Kak tie boleh nampak ni…

      Ish….. orang kita pun sama laaaa…… tahu nak untung je, tak terfikir ke rezeki yang dia dapat tu tak halal…beri dan jual makanan kotor dan jijik pada saudara seIslam… hu hu…

      Reply

  13. sally
    May 20, 2009 @ 16:17:00

    adoi Tie, ingat nak buat sirap cincau malam karang..tak jadi lah..geli rasanya..

    patut la bila menghafal tak lekat kt kepala…

    Reply

  14. suzi
    May 20, 2009 @ 16:55:45

    saya pun tak nampak gambar tu kak tie…tapi pernah tengok dah sebelum ni…
    mcmana ni kak tie…nak kena buat homemade semua ke??
    alahai ingat balik m’sia blhlah kurang sikit masak2 ni ….nampak sama je kot…

    Reply

    • Tie
      May 20, 2009 @ 17:14:26

      Tak nampak jugak?

      Hu hu…. internet slow agaknya. Suzi belajarlah buat sendiri. Nanti Kak tie boleh jadi pelanggan tetap 😛

      Reply

  15. Neeza
    May 20, 2009 @ 17:38:40

    nak menarik perhatian pengguna Islam, sanggup lah diorang tipu label kan Kak Tie..
    bagus juga ada orang yang cepat melaporkan tentang mereka ni.. kalau tidak, ramai lagi yang tertipu..
    loya pulak tekak neeza.. 😉

    Reply

    • Tie
      May 20, 2009 @ 19:53:33

      Neeza nampak ke gambor tu? Err…. ramai yang tak nampak laa… pelik sungguh!

      Kak tie rasa susah hati ni…. Barang buatan Melayu juga dicurigai, gara2 penipu, hu hu….

      Reply

  16. milla
    May 20, 2009 @ 17:58:32

    salam kak tie, milla pun takleh tengoklah gambar2 tu….tapi daripada komen2 yg dah ada kat atas tu mesti memang menjijikkan. Kak tie bukak kilang buat mee ke, tauhu ke (faberet ni…), rasa geli gelemanlah pulak….

    napelah jadi gini…negaraku….

    Reply

    • Tie
      May 20, 2009 @ 19:55:23

      Ish…ramainya tak boleh tengok gambor… sayang sungguh….

      Nanti kak tie antor kat email je laa… hu hu….

      Kak tie kurang budget nak bukak kilang makanan ni…. Tunggu mana2 jutawan nak sponsor…. Manalah pergi jutawan Melayu@ Islam ni… tolonglah kami, ooii!!

      Reply

  17. ctnik
    May 20, 2009 @ 19:32:55

    kak tie,pasni kena masak sendirkla..ct pun ada baca emel,kotornyaaaa…nk2 buat tauhu..pdnlh hati org skrg ni gelap.duk mkn benda kotor

    Reply

    • Tie
      May 20, 2009 @ 19:56:17

      Hu hu… agaknya patutlah budak2 sekarang kurang ajar….. sebab kecik2 dah makan benda kotor… hu hu…

      Reply

  18. fatrina
    May 20, 2009 @ 19:43:06

    huhu… seb bek xnmpak gambar.. bace pon dh bleh xbayang…uwekkk..huhu pe la nk jadik skang ye 😦

    Reply

  19. Ezza Aziz
    May 20, 2009 @ 19:46:32

    akak ada dapat email ni..siap ngan gambar sekali…tak tau lah macam mana nak cakap…tie…lepas ni kena berhati hati…

    Reply

    • Tie
      May 20, 2009 @ 20:01:53

      Gambornya ada kak kat atas tu, tapi segelintir je yang dapat tengok, entah apa sebabnya… heran betul.

      Tie pun dah takut. Barang2 buatan Melayu pun belum tentu halal….hu hu… apa nak jadi laa……

      Reply

  20. INTAN
    May 20, 2009 @ 20:24:02

    daku x suka mkn mee…tp kkdg termkn jugak…daku x suka tauhu..jarang2 mkn cincau…tp….mmg mengerikan la…sbb pnh gak masuk dlm perut…uhuk uhuk

    Reply

  21. Abang Long
    May 20, 2009 @ 20:39:12

    Teringat pada produk keluaran Al Arqam.

    Reply

  22. en_me
    May 20, 2009 @ 20:40:05

    dah lah tenet me sengal, nk tengok pic pun xleh.. sodeyyynyerrr

    Reply

  23. Zymazara
    May 20, 2009 @ 20:58:03

    Swadeekap….Kak Tie.

    Hati2 ye. Yang sedap tak semestinya bersih. Pilihlah yang Halal & Suci lagi Bersih.
    Insya Allah, selamat……..

    Reply

    • Tie
      May 20, 2009 @ 21:07:27

      Swadeekap…kap pung kap!! Ekekekekee……….. 😛
      Tu laa…. sekarang jenama halal pun macam susah nak dipercayai… ramai yang suka tipu laa…..

      Reply

  24. ima
    May 20, 2009 @ 21:16:56

    huhu…tak dapat tengoklah kak tie…tapi ima dapat bayangkan …..bertapa jijiknya …nampak gayanya terpaksalah belajar buat sendiri semuanya barulah selamat….tapi tak pandai nak buat semua tu,macam mana ni???

    Reply

  25. muhammadsayyid
    May 21, 2009 @ 00:37:53

    gulp~apakah ini semua kak tie??huhuhu….mee segera tu brand apa?tauhu tu pun brand apa??ni boleh jadi huru hara satu negara ni~huhuhuhu…ingat kat indonesia je taruk babi dalam serunding..kat mesia pun ada jugak~

    Reply

    • Tie
      May 21, 2009 @ 07:20:55

      Tu mee kuning, bukan mee segera… Rupanya macam brand AZAM. Tahu tu biasa tak de brand, mungkin dijual di pasar… hu hu….

      Entahlah orang kita sendiri yang malas dan tak peduli hal2 semua ni. Yang jadi mangsa tentulah pembeli. Bila dah dibungkus cantik2 dan disusun dlm supermarket, macam mana nak tau asal usulnya…? Errk……. rasa loya lagi……….

      Reply

  26. nrina
    May 21, 2009 @ 01:21:48

    ha’ah ler tak nampak..jap lagi mandi pasal ni kira dah pagi ler ni hihihi..tak nampak jugak kang..sahlah kak tie yg tak mandi huahuahua..

    kak tie, saya suke makan nenas ler masa ngandung..ntah kenapa nampak je mesti nak genti beli..dari anak kedua lagi..tapi tak ngandung pun mmg akan beli jugak hihihi..

    selalu kene ade org yg tegur masa nak beli tu..kalau tak mmg buat tau jer..
    tp dah kak tie tegur ni..tengoklah sehari dua ni tak ler makan..tapi lepas tu makan ler balik huahuahua…tadi pun baru beli..tapi tak sedap plak pasal terlebih letak garam hihi..

    Reply

    • Tie
      May 21, 2009 @ 07:23:13

      Hehehe……..memang sah Nrina tak mandi, waaakkakaaka……….

      Eh, jangan makan nenas laaaaa…….. Walaupun badan nrina kuat macam kak tie (kak tie pun tak pe makan nenas masa pregnant), kena hati2. Kawan kak tie tu termakan nenas (tart nenas), dia terus keguguran. Kesian gak.

      Dan elakkan makan benda jeruk2 ni. Ada banyak bahan awet.

      Reply

  27. nrina
    May 21, 2009 @ 01:24:14

    eh lupe lak nak ucap tq beri nasihat dan bersimpati..sayang kak tie muahhhh…hihi..

    berat mata memandang eh membaca..berat lagi bahu memikul ni hah..tp ape leh buat..kitorg gilir2 jaga so tak ler terbeban sgt..ade gak masa nak berehat..

    Reply

    • Tie
      May 21, 2009 @ 07:24:10

      Haa……eloklah bergilir2. Kak tie takut Nrina pitam lak!! Bila baca kisah Nrina, kak tie sendiri rasa letih, hi hi………….

      Reply

  28. BAGAK
    May 21, 2009 @ 02:54:19

    menarik info macam ni

    bagi orang awam buka mata sikit

    bukan telan apa saja di depan mata

    Reply

    • Tie
      May 21, 2009 @ 07:25:16

      Tu laa………lain kali, kalau nak makan kat mana2 kedai tu kena pastikan asal usul bahan mentahnya dulu……. takut gak, takut buta hati……..

      Reply

  29. Zahirah
    May 21, 2009 @ 08:31:50

    salam..ramai juga yg bgtau sy psl ni..ssh nak bezakan produk skrg ni memandangkan manusia taw nk cari untung jer..apepun cari yg halal n bersih tu fardu kifayah utk umat Islam..dan jika tiada seorg pun yg melaksanakannye, make fardu ain/wajib lah ke atas kite utk m’cari yg halal..ngee..b’tazkirah lak.haha..btw, salma kenal..

    Reply

    • Tie
      May 21, 2009 @ 09:32:27

      Mesti…mesti… kita kena cari yang bersih dan halal… Untuk diri kita dan keturunan kita jugak. Kalau tak nanti semua jadi benak dan bendul…..hu hu…

      Reply

  30. kin
    May 21, 2009 @ 19:39:13

    kak tie, saya dapat emel ni siap ngan gambar sekali…eeeiii..lagi geli menengoknya! loya tekak!

    Reply

    • Tie
      May 21, 2009 @ 20:31:10

      Haaa………tu laa…………

      Orang 2 kat sini pengotor laaaaa………..

      Susah nak ajar………..

      Dah benak jugak agaknya….

      Kin kena belajar buat tahu, mee dan lain2… nanti kak tie boleh import dari Kin, okay?

      Reply

  31. onscene.sham
    May 22, 2009 @ 21:43:23

    Salam kepada semua..
    Untuk paparan lebih jelas, anda semua boleh melawat blog saya di ondscene.via.my atau ondscene.my.
    Ada banyak lagi entry-entry yang saya rasa boleh membuka mata dan minda kita dalam mengharungi kehidupan seharian.

    Salam hormat,
    ondscene.sham

    Reply

    • Tie
      May 23, 2009 @ 07:22:24

      Salam, Tie dah tengok entry2 di blog ondscene tu…..

      Ngeri la, bab2 kemalangan tu, mujur tak ngigau malam tadi, hu hu….

      Reply

  32. niez
    May 27, 2009 @ 17:51:05

    Akak, sy x dpt tengok gmbr tu…. email la kat sya…

    Reply

    • Tie
      May 27, 2009 @ 18:52:02

      Akak dah emailkan………. nanti ada masa akak akan buat post baru semula… hari tu main copy paste je….

      Reply

Leave a reply to Tie Cancel reply