Home > Ucapan > Untuk Mak

Untuk Mak

Mak, Tie mohon ampun dan maaf kerana tak dapat membahagiakan mak kini. Terpaksa bersama keluarga sendiri jauh beribu batu.

Mak tetap dekat di hatiΒ  Tie. Suara mak, teguran mak, masakan mak malah sentuhan mak pun boleh Tie rasa di sini.

Mak pernah basuh baju Tie berbakul2 dulu, tapi Tie tak pernah pun berpeluang basuh baju mak walaupun sehelai….

Tie tahu, mak sering berdoa untuk kami adik beradik. Tie selalu intai mak buat begitu setiap kali selepas sembahyang. Dan Tie akan contohinya.

Mak, Tie sedar, Tie tetap jadi kebanggaan mak meskipun tidak berjaya seperti adik2 Tie. Walaupun mak redha kerana Tie tak mampu meluangkan masa untuk mak seperti dulu, Tie tetap rasa terkilan. Agaknya kerana itu mak menangis bila Tie bernikah dulu . Mak tahu Tie akan pergi tinggalkan mak.

Mak, Tie tetap akan pulang setiap tahun selagi ada kemampuan. Dan Tie akan kerap menghubungi mak hanya untuk mendengar suara mak.

Maafkan Tie mak. Tie sentiasa mendoakan kesejahteraan mak dari jauh.

balik-dari-kedaiRindu kat mak………😦

SELAMAT HARI IBU

Categories: Ucapan Tags: , , ,
  1. May 7, 2009 at 6:24 pm

    huu…terharu membacanya…mokkk…selamat hari ibuπŸ˜€

    • Tie
      May 8, 2009 at 12:02 am

      Terima kasih sayang……..πŸ˜›

  2. May 7, 2009 at 6:40 pm

    sedihnya ni…terharu sungguh!….syurga di bawah telapak kaki ibu…….

    • Tie
      May 8, 2009 at 12:02 am

      Tentu sekali……..

  3. May 7, 2009 at 7:17 pm

    hepi mothers day….

    • Tie
      May 8, 2009 at 12:03 am

      Thank you,πŸ˜€

  4. May 7, 2009 at 7:50 pm

    kasih mak membawa ke syurga.. kasih pak takdok tolok bandingnyerr.. salammms kak t

    • Tie
      May 8, 2009 at 12:04 am

      Begitulah hendaknya…………..πŸ™‚

  5. ain
    May 7, 2009 at 8:10 pm

    aduhai kak tie….buat saya sayu hati je le. teringat kat mak kat kg. sunday ni nak balik le, bawak mak gi makan2. Happy mother’s day utk kak tie.

    • Tie
      May 8, 2009 at 12:04 am

      Selamat hari ibu juga untuk Ain………

  6. May 7, 2009 at 8:37 pm

    sodih kan…klu ckp psl mak..mmg otometik rasa sebak d ati

    • Tie
      May 8, 2009 at 12:05 am

      Memang sedih…….😦

  7. May 7, 2009 at 9:20 pm

    sayunya kak tie..
    .rindunya mak…dah dekat 3 thn tak jumpa, terbayang saat kali akhir peluk mak…cium mak kat airport hari tu…moga Allah bg peluang saya jumpa mak lagi…
    tak terbalas jasa mak utk kita…
    selamat hari ibu…

    • Tie
      May 8, 2009 at 12:06 am

      Selamat hari ibu, suzy….. moga2 ada rezeki utk bertemu dengan ibu suzi…

  8. May 7, 2009 at 9:51 pm

    salam….
    begitulah kita orang prempuan… bila dah berumah tangga suamilah segala-galanya pada kita… walau ke mana kita di bawa di situlah kita berada… dalam hati hanya Dia yang tahu bertapa hati ni sering kali merindui kenangan dan saat kita bersamanya dari kecil hingga dewasa… hanya doa dari kejauhan kak tie yang mampu kita berikan.

    • Tie
      May 8, 2009 at 12:06 am

      Selamat hari ibu juga buat Lyn. πŸ˜›

  9. May 7, 2009 at 10:14 pm

    kak tie, mak kak tie ada chinese look laa..
    kak tie pon mcm tu eh?hehe..

    maaf kalau bai salah.

  10. May 7, 2009 at 10:16 pm

    hujung minggu ni zino nak balik jumpa mak ayah… dah tertangguh beberapa kali..

    • Tie
      May 8, 2009 at 12:08 am

      Eloklah pergi jumpa mereka. Selamat bercuti dan selamat menyambut hari ibu.

  11. kutaksempurna
    May 7, 2009 at 11:44 pm

    mama… bila nak jumpa nenek…

    oooo… mama dulu pun suruh nenek basuh baju berbakul2 eh… tapi nape skrg mama malas baju CD… huhuhuhu
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    kak tie.. tak dpt balik, telepon ada.. takpun video conferens jeπŸ˜€

    selamat hari Ibu utk kak tie jugaπŸ˜€

    • Tie
      May 8, 2009 at 12:10 am

      Mama tak nak CD besar kepala, sebab tu CD kena basuh baju sendiri, he he…

      Kak tie biasa telepon je, tu pun dah sayu.

      Kalau guna video conference tu terus ujan lebat pulak…hu hu….

      Hari ibu ni taknak belanja mama ke ??

      • kutaksempurna
        May 8, 2009 at 8:59 am

        mama nak apa??

        cekodok pisang 2 kilo?? atau cekodok bilis 3 kilo..

        muehehehehe..

        mama muka nenek tu macam pelakon oshin laaa…. patutla mama pun macam oshin.. nape CD tak macam oshin??

        huhuhuhuhuhuhuπŸ˜›

        • Tie
          May 8, 2009 at 1:10 pm

          Mama nak cekodok pisang 5 kilo, sambil makan nak layan citer korean….

          Memang muka mama macam oshin, dulu kena ejek, hu hu…..

          Muka CD ikut rupa papa……terlebih ink, ekekekekee………….

  12. May 7, 2009 at 11:58 pm

    sedih nya…..selamat hari ibu kpd kamu jugak

    • Tie
      May 8, 2009 at 12:11 am

      Selamat hari ibu buat kak ezza juga…….

  13. May 8, 2009 at 1:37 am

    hooh. walau umur kak tie masih diragui ketepatannya, tapi saya tetap nak ucap selamat hari ibu kepada warga2 ibu yg wujud di sini. kepada kak tie juga.

    aaa. sedih ye. nk jumpe mak

    • Tie
      May 8, 2009 at 12:25 pm

      Oooo………kak tie baru je sweet seventeen, ekekekekee…………πŸ˜†

      Terima kasih atas ucapan itu…..

      Pergilah mohon berkat dari mak !!

  14. nekPP
    May 8, 2009 at 1:43 am

    alamakk tieee oiii..nekpp nie cenggengggg…xleh nak kata2..diam seribu bahasa..
    SELMAT HARI IBU UTK MU!!!

    HUG N KISSES
    NEKPP..

    • Tie
      May 8, 2009 at 12:26 pm

      Cengeng macam Tie gak !! Sampai bengkak2 mata ni…… hubby tengok, terus berlakun kena selsema, hu hu……

      Hug & kisses (on air tak pe…. ekekekeee…….)

      Dari Tie πŸ˜›

  15. May 8, 2009 at 3:27 am

    salam~
    ermm..sedihnyer~
    huuu..

    • Tie
      May 8, 2009 at 12:27 pm

      Salam………..

      Kiranya masih ada ibu tu, eloklah luangkan masa untuknya…..

  16. a01lida
    May 8, 2009 at 5:24 am

    huwaaaa~ maaaaaaaak

    baru tadi je sy ckp ngan mak sy hehe
    mak sy ckp… “ilex2 wat pekse tu. jgn glabah sgt” hehehe

    kat sini hari ibu tarikh laen
    isk2 konpius btul bila mau celebrate~

    xpe la.. hari2 hari ibu orait gak~

    • Tie
      May 8, 2009 at 12:28 pm

      Kak tie pun tel mak …… tapi cuba elak dari bersuara sedih…. hu hu….

  17. May 8, 2009 at 7:26 am

    hari ibu jugewwww

    • Tie
      May 8, 2009 at 12:28 pm

      Tak call kat mak ke ??

  18. iza
    May 8, 2009 at 8:42 am

    Aduh sedih lah pulak baca entry Kak Tie pagi2.
    Jadi rindu kat mak walaupun Iza baru ja balik kmpg huhu…

    Happy mothers day Kak TieπŸ™‚

    • Tie
      May 8, 2009 at 12:29 pm

      Mak kita banyak berkorban, kan ?? Tak pernah merungut pun….

      • iza
        May 8, 2009 at 6:10 pm

        Betoi betoi… banyak bersabaq dengan karenah anak2…
        dan mak tak pernah mintak balasan pun…
        Iza dah besaQ montel gini, dah bekerja pun kadang2 dia tanya duit cukup dak😦

        • Tie
          May 9, 2009 at 9:30 am

          Esok2 Iza pun macam gini laa….. πŸ˜›

  19. May 8, 2009 at 9:05 am

    Selamat hari ibu juga untuk tie…semuga yie tabah menjadi ibu kepada anak-anak tie……

    • Tie
      May 8, 2009 at 12:30 pm

      Thanks, chekdee………….

      Selamat hari ibu chekdee…..πŸ˜›

  20. May 8, 2009 at 10:16 am

    Salam Jumaat Kak Tie.
    Terharu membaca nukilan Kak Tie untuk Mak ni.
    Insya-Allah doa anak yang soleh akan sampai kepada ibunya.
    Mak Kak Tie tentu bertambah bangga dengan anaknya yang sentiasa mengingati dia.
    Mak kita memang tiada tolok bandingnya.

    p/s: Mak Kak Tie macam keturunan Cina, betul ke?

    • Tie
      May 8, 2009 at 12:31 pm

      Salam Jumaat Kakchik.

      Tie sibuk sikit ni. Kalau ada masa boleh rempit kat blog2 tu….

      Mak kak tie tak tahu pun kak tie tulis kat sini… Kak tie call dia semalam….

      Mak kak tie mungkin keturunan cina atau jepun. Susah nak siasat, he he….

  21. May 8, 2009 at 11:19 am

    salam……..wah…….sangat sadis la…..iman syafie rah(pengasas mazhab syafie tu)tiap2 hari dia akan cium kaki ibunya,,dan apabila ditegur ibu,,wahai syafie,,kamu kan seorg iman besar,,nanti apa kata org lain plak….lantas di jawb iman syafie,,,saya bukan cium kaki ibu,tp saya cium syurga saya……hu3….

    • Tie
      May 8, 2009 at 12:32 pm

      Salam……..

      Bila dah jauh ni barulah teringat kat mak, hu hu…..

      • May 9, 2009 at 3:26 pm

        salam kak tie..minta pendapat/komen/nasihat dan etc untuk isu kes anak drhaka/siapa brsalah/punca terjadinya sempena sambutan hari ibu nanti di blog saya…tq

  22. May 8, 2009 at 11:54 am

    selamat hari ibu buat Tie dan ibu Tie dan buat semua ibu-ibu di doniya iniπŸ˜€

    • Tie
      May 8, 2009 at 12:33 pm

      Selamat hari ibu buat maksu juga. Moga anak2 kita berjaya didunia dan akhirat, kan….. πŸ˜€

  23. lakpendos
    May 8, 2009 at 12:01 pm

    huawaaaaaaaaaaaaaaaaa~maaaaaaaaaaaaaaak~

    nak balik~nak balik~nak balik~

    kak tie punya pasal la ni~huhu

    epi mother’s day~

    • May 8, 2009 at 12:20 pm

      kak tie, lakpendos ni sayyid tau…orang kat cc ni lupa nak log out…huhuhu

      • Tie
        May 8, 2009 at 12:36 pm

        Laa……….napa nickname tu comel sangat ??

        Terkejut gak kak tie … Ingat orang pulau mana komen kat sini, ekekekekee………

        Huuaaaaaaaaaaaaa……………

        Cian anak mak tak boleh balik……. sabor je laa…….. esok2 mintak posting dekat dengan rumah mak, ya…..πŸ˜›

  24. May 8, 2009 at 12:14 pm

    salam kak tie, selamat hari ibu buat semua ibu kat m’sia ni.. huhu.. alangkah bahagianya hidup jika punya ibu yang mengerti hati dan perasaan kita, kann..

    • Tie
      May 8, 2009 at 12:39 pm

      Salam Nur,

      Selamat hari ibu buat Nur juga.

      Kadang2, sesetengah orang (termasuk ibu laa…) tak pandai nak menunjukkan reaksi yang diharapkan. Walaupun dia nampak tidak mesra, namun dalam hatinya sentiasa mendoakan terbaik buat kita, anaknya…. Mungkin kerana tekanan hidup ketika itu.

      Ibu kak tie gitu gak. BIla kak tie dah tua ni baru dapat rasa, betapa kasihnya mak kak tie tu.πŸ˜›

  25. May 8, 2009 at 2:00 pm

    Tie… syahdu sungguh coretan tie kali ini. Menitik air mata nekcun membacanya… huhuhukkk…

    • Tie
      May 9, 2009 at 8:45 am

      Sensitip jugak nekcun ni, ek…….. he he…..

  26. May 8, 2009 at 8:25 pm

    Selamat Hari Ibu buat Kak Tie since Kak Tie pun seorang ibu..πŸ™‚

    Sedih jugak la baca entry nie. Nak tanya Kak Tie anak keberapa yea?

    • Tie
      May 9, 2009 at 8:46 am

      Kak tie anak sulong dari 5 beradik.

      Tapi yang paling kurang cerdik. Adik2 kak tie semuanya berjaya dlm kerjaya masing2….

  27. zareda
    May 8, 2009 at 8:56 pm

    Selamat Hari Ibu..

    kirim salam kat mak

    • Tie
      May 9, 2009 at 8:47 am

      Selamat hari ibu, Zar……..

      Insyaallah……

  28. May 9, 2009 at 9:21 am

    Selamat hari ibu kak tie,.. moga terubat rindu kak tie pada mak dari kejauhan,…

    • Tie
      May 9, 2009 at 10:04 am

      Terima kasih Lysha…….πŸ˜€

  29. kin
    May 9, 2009 at 2:48 pm

    Selamat hari ibu buat kak tieπŸ™‚. Walaupun mak jauh di mata, tapi dekat di hati. InsyaAllah mak memahami isi hati anaknya. Walau tak mampu selalu kita mendampinginya, sekurang2nya kenang la dia dalam setiap doa kita.

    • Tie
      May 9, 2009 at 4:52 pm

      Sama2 lah kita, Kin.πŸ˜›

  30. May 9, 2009 at 9:42 pm

    syahdunye kak tie…

    mak kak tie sepet..patutpun kak tie sepet hihi..

    kak tie, tak semestinya jauh kita tak sayang mak dan tak semestinya dekat kita sayang kat mak..semua tu bergantung pada keadaan..

    contoh saya kat sini..walaupun ada adik beradik yg dekat tp nak jumpe mak dan baba pun takde jugak masa..pun setahun sekali jugak dapat tengok muka..ape cer tu kan..

    tp ada kalanya bila kita jauh..kerinduan tu makin membara dan kita semakin sayang kat mak dan ayah..

    hmm..ape ler yg saya merepek ni hihihi…

    cuma saya rasa bersyukur dan bangga kembang idung hihihi pasal di hari ibu ni saya tengah jaga mak..besok nak bawak diorg jenjalan makan kat luar tp diorg yg belanja muahahahaha…anak yg nakal hihihi…

    • Tie
      May 9, 2009 at 9:48 pm

      Uuuwaaaa……… seronoknya boleh celebrate sama2 dengan mak… huhu…

      Selamat hari ibu…!!

  31. May 9, 2009 at 9:48 pm

    kak tie jgn sedih..walaupun tak dapat jaga mak sbb jauh..doa pun cukup untuk membahagiakan dia..tepon pun akan buat hati dia senang..

    dulu saya tak hiraukan perasaan mak..tp bila dah ada anak ni..barulah rasa bagaimana perasaan mak yg selama ni menjaga kita..rasa nak ungkit je bila diaorg buat kita sakit hati tp apa kan daya..seorg mak mmg buat semua utk keluarga dgn rasa ikhlas yg tak berbelah bagi malah sanggup mengorbankan nyawa sekalipun utk lihat keluarga bahagia..

    semua org sayang mak…tanpa mak yg tumpangkan rahim utk kita hidup..tak lahir jugaklah kita kat dunia ni…

    • Tie
      May 9, 2009 at 9:56 pm

      Betul tu Nrina………

      Kita dah pun jadi ibu. Boleh rasa pengorbanannya dulu.

      Mudah2an, kita dapat jadi ibu yang baik…πŸ˜›

  32. OD
    May 10, 2009 at 12:13 am

    Sedihnya opah Tie buat. Teringat kat mak opah kat Langkap. Alahai… air apa yang keluar dari mata aku ni? Masin pulak tu… alahaiii…

    • Tie
      May 10, 2009 at 6:45 am

      Errrk…!!

      Opah telan ko ??

  33. May 10, 2009 at 11:40 am

    kak tieeeeeeeeeeeeeeee… selamat hari ibu.. mmmuaxxx.

    • Tie
      May 10, 2009 at 12:31 pm

      Ya…ya………….

      Mekasih…………πŸ˜›

  34. May 10, 2009 at 12:43 pm

    salam..happy mother day…may ALLAH bless u

    Mother love is the fuel that enables a normal human being to do the impossible. ~Marion C. Garretty

    p/s sedih lak baca entry nih

    • Tie
      May 10, 2009 at 7:08 pm

      Salam……. terima kasih banyak2…. he he …πŸ˜›

  35. dyg
    May 10, 2009 at 4:08 pm

    Assalamualaikum!!!

    kak tie, happy mother’s day! kalau kak tie rindu kat mak kak tie call lah dia selalu k. oh ya, mak saya kirim salam balik. die cakap “eh ade ke orang sebaya mak ni on internet??” die cam pelik kak tie terer online..hikhik..

    • Tie
      May 10, 2009 at 7:13 pm

      He he… kak tie memang selalu gak calling2 tu, hi hi…

      Mak dyg kirim salam ?? W’salam…….. πŸ˜›

      Kalau mak dyg dah sebaya dengan kak tie , elok dyg panggil kak tie ni mokcik je laa… he he.. Malu gak !!

      Dah tua gini berlagak muda…ekekekeke…………

      • dyg
        May 10, 2009 at 9:35 pm

        xpe la..hihi sape lagi nak buat kak tie rase muda kan…lg pun mak saya tua sikit kot dari kak tie, lahir tahun 62. nak tau tak, mak dyg tengah nak belajar guna komputer, tapi takut2 je nak tekan keyboard nih. katanye takut kang rosak salah kalau tekan..

        • Tie
          May 10, 2009 at 9:49 pm

          Oooo..ye ke ?

          Waa…..tak lama lagi boleh bukak blog laa….hi hi….

          Nanti boleh ajar dia komen kat blog Kak tie, yek! Kak tie suka benor ni….hi hi…πŸ˜›

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: