Home > Makan > Cuti hari buruh

Cuti hari buruh

Tadi, pagi2 lagi Tie dan cik abang dah pun  menonong ke pasar Marang. Memang hasil2 laut tu segar2 sampai mokcik pun terbeliak sama macam mata ikan2 tu, he he….

ikan2-segar

Inilah hasil tangkapan hubby, (guna RM) anak cuma 3 orang je, beli lebih ni untuk eksport ke kampung (klate). Hubby tu memang anak yang baik, selalu ingat kat mek dia dan adik beradiknya… Bolehlah dijadikan teladan, ya……..

Kerapu tu comel2 je muat sepinggan ni. Tie pun masak stim limau, antara resepi yang paling mudah !!

kerapu-stim-limau

Resepinya ? Hmmm…… Tie ni malas nak sukat2, susahlah nak beritahu, macam ni laa….siapa2 pun boleh cuba…..

1. Sedikit halia ditumbuk lumat, bawang putih jeruk diracik halus, lada (kecik kalau nak pedas) dan carrot di potong kecil (ikut fesyen laa).

2. Semuanya digaul mesra dengan ikan segar (kerapu atau siakap), tambah garam, lada sulah dan sedikit gula.

3. Kukuslah seperti biasa, hiasi dengan potongan limau nipis, dan daun ketumbar. (Tie guna daun sop sebab tak jumpa daun ketumbar tu)

Psst… makanlah tika panas2 lagi, memang sedap terutama bila tekak tak de selera atau badan tak sihat. Tu anak2 dara (dan yang bujang)  pun boleh cuba (nak sebut semua ramai sangat…paham2 je laa…)

Categories: Makan Tags:
  1. May 1, 2009 at 9:09 pm

    Wah sedapnya kak tie masak….sampai terbau-bau sampai ke perak nih…
    Waduh!…teringat masa muda-muda lepak kat marang, jalan-jalan makan ikan fresh goreng bersalut tepung…rindunya masa muda…

    • Tie
      May 1, 2009 at 9:17 pm

      Mak ooii !!

      Lajunya datang….. naik jet ke ? Waaakakakaa………

      Dok kat Perak rupanya……..Pernah dok marang, ya… Kak tie jarang gi Marang. Kalau nak cari ikan segar baru pergi.

      Sekarang ni kalau nak makan ikan celup tepung (ICT) tu ada kat mana2 ganu… Yang sedap di pantai teluk ketapang, dekat dengan Airport tu… Ikan pari celup tepung kegemaran kak tie sebab tak de tulang, hi hi hi……… 😛

      • May 1, 2009 at 9:38 pm

        Jet pun lambat kak….kita naik angin…bukan “naik angin” wakakaa…

        Tak pernah duduk marang kak, tapi masa muda berkawan dengan ramai bebudak KT dan KB…adalah yang duk kat marang tu…tepi pantai, bawah pepohon kelapa…rindu pulak rasanya…..tapi, masa-masa berlalu tidak akan datang semula kak. uhuhu…hu…sedihla pulak….

        • Tie
          May 2, 2009 at 7:26 am

          Ha ha… nanti kalau ada rezeki, bolehlah ke sini… kak tie jamu ICT kat airport ni.

          Sambil minum air Nyior…. dan hembusan angin laut. Ooo…… best tau !!

        • May 2, 2009 at 6:41 pm

          nanti ada orang jeles cam na?

        • Tie
          May 2, 2009 at 9:35 pm

          Waaakakakaaa……..:mrgreen:

  2. kin
    May 1, 2009 at 9:27 pm

    Kak tie, tergoda saya menengok ikan2 yg segar bugar tuh…. sudah lama tidak ketemu ikan2 segar itu! Tengok kerapu masak stim kak tie tu plak, ishhh..meleleh air liur ni ha!

    Eh, kak tie duk kat mana ye…pegi pasar marang? atau merang? Kalau marang tuh, dekat ngan kg saya tuh…;).

    • Tie
      May 1, 2009 at 9:39 pm

      Kak tie dok kat Kuala Berang. Ke Marang tu laa….. dekat jeti ke Pulau Kapas.

      Tadi ramai gak orang nak ke Pulau Kapas tu… rasa2nya dari KL, siap dengan bas lagi… kot2 nak buat hari keluarga kat sana. Ramai betul… nak parking pun susah…

      Kesian, makan ikan frozen je ke ?? Tak pe laa… nanti balik boleh celebrate dengan ikan segar di sini, he he …🙂

  3. May 1, 2009 at 10:12 pm

    tie…biasanya hari jumaat sy gi memancing awal pagi. hari ni dpt la ikan temenung (kembung) 10 ekor, ikan merah 2 ekor dan ikan gelama seekor. boleh la buat lauk utk seminggu. semua sekali sy bayar RM16.50 utk sesi memancing hari ni :p

    • Tie
      May 1, 2009 at 10:15 pm

      Aaiik ?

      Biar betul !! Takkan murah sangat ??

      • May 1, 2009 at 10:34 pm

        Apa yg murah tie? ikan kembung tu sekilo RM8, ikan merah n ikan gelama (3 ekor) RM6.50. Pagi jumaat je sy boleh ke pasar utk dptkan ikan2 segar😉

        • Tie
          May 2, 2009 at 7:28 am

          Ish…macam mana ikan merah boleh murah… ikan merah ke ikan kerisi ?? Ikan merah mahal tau dek !! Kot2 tersilap jenama ni, ekekekee…. Boleh dimaafin. Belum kahwin lagi, kan ??

  4. May 1, 2009 at 10:33 pm

    nasib sy tgok time kenyang…klu lapo….abis la kak T…sy paksa suh hanto kat sy skit..heheh

    • Tie
      May 2, 2009 at 7:32 am

      Keh keh…..!!

      Kak tie tak buat delivery service. Sapa2 nak rasa kena mai rumah. Tu pun beritahu awal2 (supaya senang nak lari, waaakakakaaa…..)

  5. dyg
    May 1, 2009 at 11:05 pm

    hahahaha!! saya rase teruja nak try.. ^_^ hihi..
    esok nak g mydin beli ikan.
    kalau guna ikan jenis lain boleh tak kak tie?

    • Tie
      May 2, 2009 at 7:34 am

      Boleh cuba dyg. Tapi nak ikan segar (isi putih), supaya tak rasa hanyir.

      Ikan apa2 pun boleh, tapi toksahlah ikan kembung…ia jenis berminyak. Kurang enak laa….Ikan cermin atau bawal pun boleh. Cari yang kecik2 je….

  6. May 1, 2009 at 11:30 pm

    marang….uik…..teringat je g sana baru ni
    mmg ikan fresh2

    • Tie
      May 2, 2009 at 7:35 am

      Tu laa……Tie pun teringatkan Jie… Tengok kuih2 tu sampai tersilap beli… namanya macam kenal tapi isi didalamnya lain pulak….he he…

  7. kutaksempurna
    May 2, 2009 at 12:04 am

    bila hubby nak eksport ikan2 tu kemari… KL bukannya jauh pun..

    muehehehe..

    tp klu nak eksport, biar yg dah siap masak eh… senang kerja…😛

    • Tie
      May 2, 2009 at 7:41 am

      Amboi……….!!

      Ingat nak masak sendiri (terkejut gak !!)

      Rupa2nya nak yang instant !! Pi belajar laaa…… senang nak bodek bakal mentua tu (dari pengalaman nih !!):mrgreen:

  8. May 2, 2009 at 5:21 am

    Sedap ikan kerapu lebih2 lagi yang segar..Saya selalu masak sweet sour ataupun buat ikan tiga rasa..hehehe

    Awal2 pagi nanti saya harus ke pasar… Nak beli ikan kembung..Plan nak buat laksa penang hari ni…

    • Tie
      May 2, 2009 at 7:42 am

      Memang Tie selalu masak 3 rasa tu, sebab tu tukar selera pulak.

      Ikan segar isinya manis… Nak buat laksa penang ? Amboi… Tie jarang betul buat laksa ni… sebab leceh, yang makannya seorang dua je…. he he.. 😀

  9. ain
    May 2, 2009 at 6:05 am

    sedapnya ikan kerapu. mlm jumaat tu hari baru gak mkn ikan kerapu kukus lemon. Makan kat kedai la..hehe

    • Tie
      May 2, 2009 at 7:43 am

      Laa……

      Ingat masak sendiri…. kena tipu jugak !! Kih kih …..!!

  10. nekPP
    May 2, 2009 at 6:22 am

    uittt..dapor tak cuti2 kaa..wahaksss…wahhh tie..terliorr masak stimm..nekpp betul2 stimm tengok ikan stimmm tuhhhh…hehe nekpp skodeng pepagi nii..mate cam kluang man plakk..now kol 2.21pagii..weiii bangunnnnnnnnnnnnnn ;p

    • Tie
      May 2, 2009 at 7:44 am

      He he……

      Hasrat nak cuti, tapi bila dah ada bahan mentah yang segar2 ni, jadi rajin pulak !!

      Issh!!……Macam mana jadi stim ni…..? Cik abang kan ada……ekekekekeee……….

  11. May 2, 2009 at 11:11 am

    kak tie, jauh tu ke Marang…
    tapi syoklah dpt ikan segar. saya kat sini jarang makan ikan sbb mahal hihihi…agak sbb org putih jarang mkn ikan kot…
    sedapnya ikan kerapu tu….

    kat sini hari buruh bln oktober nanti…

    • Tie
      May 2, 2009 at 9:37 pm

      Ooo……

      Kat tempat matsaleh memang susah nak dapat ikan segar, ek…. kesian.

      Kak Tie ingat hari buruh sama satu dunia, he he…. tak tau pulak.😛

  12. May 2, 2009 at 11:39 am

    Tie.

    Terliur akak. My favourite tu..Tie pindah Kuantanlah..biar hidung tak mancung, pipi akak tersorong2 pi rumah Tie…

    • Tie
      May 2, 2009 at 9:39 pm

      Alaaa………

      Senang je buatnya kak sherry. Pejam mata pun boleh siap dan sedap !!

      Kih kih ….. idung kak sherry memang dah sedia mancung, sorong pipi pun tak apa….ekekkeee…….😀

  13. May 2, 2009 at 11:51 am

    ishkk meleleh air liur huuu

    • Tie
      May 2, 2009 at 9:40 pm

      Pi pakat dengan kts tu…. ajak dia buat sama.

      Senang je. Lagi senang dari goreng telur ikan tu… tak berminyak , baik untuk kesihatan !!😆

  14. May 2, 2009 at 4:58 pm

    alahai silap time lagi masuk. Resepi terbaru.. Namapak sedap betul…
    Lapar balik perut ni. Mau pegi warung lepas ni.🙂

    • Tie
      May 2, 2009 at 9:42 pm

      Boleh masak sendiri laa…….

      Tak payah tumbuk bawang, hiris je ramuan kat atas tu. Cubalaaa…… mesti mem suka, kih kih ….!!😀

      • May 3, 2009 at 11:44 am

        Masak maggie pandai lah…. hiring bawang takut terhiris jari.
        Alasan standard dari lelaki yg maleh pi dapur.🙂

  15. May 2, 2009 at 11:14 pm

    Terliur gak dengan ikan tie tu …aha…chekdee pun tak tahu yang mana satu daun ketumbar …so…kalau nak ikut resepi tie….chekde pun kena guna daun soup lah….hehehheeheeh

    • Tie
      May 3, 2009 at 5:06 pm

      Daun ketumbar baunya lain sikit. Ada orang tak suka. Kat supermarket ada laa…. Tie dok kat ulu ni memang sampai tua (skrg ni muda lagi) pun tak jumpa, hi hi….

  16. ima
    May 2, 2009 at 11:58 pm

    kak tie sedapnya kerapu kukus tu….utk pengetahuan kak tie,ima ni tak pernah makan ikan kukus lagi tau! kesiankan….klu makan luar pun tak terlintas pulak nak ikan kukus…mentang2 suka tiga rasa yg tu jelah kita oder…hihi jakun nya.

    ingatkan susah nak masak stim ni,rupanya senang je…
    kak tie kalau tak de bwng putih jeruk,bwng biasa boleh ke…?hihi nak belajar ni..

    • Tie
      May 3, 2009 at 5:10 pm

      Ooo…..tak pe laa. Kak tie pun biasa order ikan tiga rasa je….he he… Tapi kekadang nak ubah selera, tu yang buat masak stim.

      Bawang putih jeruk tu yang buat ia rasa special sikit. Kalau tak de, hmmm…..cubala…bubuh serai yg dititik utk menambahkan perisa. Bawang biasa tak boleh, nanti rasa maung… Cuba makan kat kedai dulu, baru boleh cuba masak. Tapi, ada orang tak berapa suka masak stim ni… 😛

  17. May 3, 2009 at 2:33 am

    wahhh!!! nampak sangat menarik ikan steam limau tu kak Tie..
    tapi neeza tak berani nak cuba sebab rasanya tak menjadi..
    errr… apa kata, Kak Tie aje yang buat dan hantar sikit kat neeza ni..
    2 3 ekor pun jadi lah.. hahaha!!! banyak canteeeekkkk.. heehe..

    • Tie
      May 3, 2009 at 5:12 pm

      Ehehehe………. Kalau kak tie boleh terbang ke rumah Neeza lagi best !! Masak 10 ekor pun tak pe… tapi kena tempah jubah hitam dulu dan pakai purdah……..ekekekee……takut gak. Orang kat sana macam ganas je…. hu hu….

  18. May 3, 2009 at 2:56 am

    NAKKK!!!!! TERLIUR LAAAA!!!

    sy kan tukang makan aje eheheheh

    • Tie
      May 3, 2009 at 5:13 pm

      Aaiik !!

      Memang pantang benor pasal makan anak dara sorang nih !!

      Mehlah sini, tolong kak tie siang ikan dulu !! Jangan sampai hancur pulak !!

      Errk…………. tau ke siang ikan ni ??😆

  19. nekPP
    May 3, 2009 at 4:06 am

    yuhuuu…org ganuu cuti lagi kaa? ;p

    • Tie
      May 3, 2009 at 5:15 pm

      Adooi……..!!

      Tie baru dapat nak tarik napas ni………. hu hu…

      Letih pulak bila dah buat spring cleaning ni…… Kita mokcik kat sini mana ada cuti…. orang cuti kita lagi ligat bersilat kat dapor…hu hu….😀

  20. May 3, 2009 at 11:19 am

    waaaaaaaaaaaah bestnyer kak tie.. nak jugakk.. hehehe

    • Tie
      May 3, 2009 at 5:16 pm

      Kalau nak kena siang ikan dulu……..

      Mana boleh makan free………. he he…😛

  21. May 3, 2009 at 1:18 pm

    kalau saya ke rumah tie bolehlah masakkan utk saya. Dan kalau nak ekspot ke kts, buatlah lebih sikit. Saya pun nak tumpang makan hehehe

    • Tie
      May 3, 2009 at 5:18 pm

      Boleh saja…….(kena bagi pengeras tau !!)

      Tapi budak Kts tu kena masak sendiri. Biar dia belajar potong bawang, ekekekee……

  22. May 4, 2009 at 8:39 am

    sedap, sedap, sedap..nanti saya cuba try masak..
    hmmm dah meleleh dah nih..

    • Tie
      May 4, 2009 at 9:05 am

      Boleh cuba. Senang je… pejam mata dah pun siap… ekekekee……. 😛

  23. May 5, 2009 at 12:57 am

    fualamak…
    bagi rasa sikit bleh hihi..

    • Tie
      May 6, 2009 at 6:13 am

      Dah selesai la Nrina……he he….

  24. May 5, 2009 at 8:58 am

    Makan ikan laut memang menyegarkan dan menyehatkan

    • Tie
      May 6, 2009 at 6:14 am

      Di Marang ni memang sentiasa ada hasil laut yang segar2.😛

  25. May 9, 2009 at 9:36 pm

    adus…sedapnya makannan laut segar ini

    • Tie
      May 9, 2009 at 9:48 pm

      Memanglah sedap……….!!

  26. OD
    May 10, 2009 at 12:43 am

    Tie… jangan gelak, ya. Opah dah dekat 3 tahun tak makan ikan. Sedih kan… balik ke Malaysia tahun depan, aku nak beli satu market ikan. Biar habis kempunan! Orang Malaysia boleh tunggu sampai opah balik ke Oz balik baru makan ikan, tau… ha ha ha.

    • Tie
      May 10, 2009 at 6:50 am

      Alaaahai…!!

      Sedih pulak dengor……..

      Pergilah cari fish fillet tu. Kang perut tak kenal pulak ikan ni….

  27. July 6, 2013 at 6:42 am

    You should be a part of a contest for one of the most
    useful blogs on the web. I am going to recommend this web site!
    streetdirectory *streetdirectory.com*

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: