Home > Tingtong > Hidung tak mancung, pipi disorong-sorong

Hidung tak mancung, pipi disorong-sorong

Ooo…….panjang sikit tajuk hari ni.

Rasa2nya ramai , malah semua tahu peribahasa ni, kan? Cuma mokcik ni rasa musykilย  laaaaa….(betul ke ejaan tu ?)

Apabila kita berkunjung ke rumah orang, dan asyik sibuk mengomen itu ini, tapi hakikatnya tuanrumah tu jarang sekali membalas kunjungan kita. Rasa macam mana ek ?

Mokcik ni memang jenis muka selamba. Orang tak peduli kehadiran kita pun , masih lagi terhegeh2 bawak muka (tercomel), mengintai dan menyampuk.

image_cow_nose

Sebenarnya mokcik tak kisah jika orang tu tak datang komen kat blog ni, (walaupun tertunggu2 separuh napas!), Cuma….. mokcik tetiba terfikir… “adakah mokcik ni tak disenangi ?” Kalau tak selesa dengan kehadiran mokcik , harap benar beritahu awal2… sebab mokcik taknak dianggap mengganggu ketenteraman rumah orang… Hu hu… Mana nak letak muka ni ??

Mokcik tahu, ramai yang sibuk dengan tugas. Mokcik sorang ni je yang asyik goyang kaki…kih kih !! Bila Tie datang bertanya khabar, bukan bermaksud suruh datang komen kat blog Tie. Bukan tau ! Hanya sebagai kawan (dan penyebok), saja nak kepoh2.

Jadi, janganlah seorang pun dikalangan teman2 rasa terpaksa , ya. Cuma Tie nak gak tahu, kiranya ada yang tidak selesa dengan Tie, yang tak suka kehadiran Tie di blog tu… sila antar mesej (kaytieze@gmail.com).

Tie tak kan kecik ati pon. Niat Tie cuma tak nak mengganggu je… rasa risau betul. Sebab jejari ni memang gatai sangat nak gi komen kat blog orang. Susah gak nak kawal. Tapi bila ada yang tegur, mungkin jejari ni tahu rasa malu… he he..

Psst : Harap2 tak de yang kecik ati. Mokcik ni memang suka berterus terang (dlm blog je… ) Mokcik nak tunggu email tu.. Kalau sesiapa yang tak gemar dengan komen2 Tie di blog mereka, beritahu tau.. jangan segan. Kalau tak mokcik akan terus komen dengan muka 10sen…..huhu….

Psst II : Kalau tak tahu nak komen apa (tadi cakap tak paksa komen…entah betul ke mokcik ni), tulis je ikut suka. Citer antu pun best gak, ekekekekeee……

Oh, ya… esok cuti (hari buruh). Mokcik ni cuti juga tak? Hmmm….. nak gi tanya boss dulu…. kih kih …!! SELAMAT BERCUTI !!!

  1. April 30, 2009 at 1:57 pm

    hweheh..kak tie, cuti mana?mai padang ni haa..hehe..sila la dtang umah syd selalu..nak komen apa-apa pon leh..tapi kalau tanya pasal medic tu lambat sket kena jawab,,heheh

    • Tie
      April 30, 2009 at 4:27 pm

      Tak tahu la cuti kat mana, kena tanya boss dulu.

      Eh, kalau boleh nak gak terbang ke padang tu…. dengar kata makanan kat sana best2 belaka (ingat makan je mokcik ni… hehe…).

      Sebenarnya macam2 kak tie nak tanya bab2 medic tu… tapi sebab sayyid masih lagi belajar…. kena tunggu dulu. Nanti bila dah dapat MD tu jangan pulak segan dengan kak tie tau !!๐Ÿ˜†

      • a01lida
        May 1, 2009 at 3:55 am

        jom2!!

        mkn minum sume sayyid tanggung hihihihi

        • Tie
          May 1, 2009 at 1:14 pm

          Jom jom……… kita serang dia…. yeeeeehaah!! :mrgreen:

  2. April 30, 2009 at 2:00 pm

    out sikit–> thnak kak coz sudi meluangkan mas membaca rapuan saya…. harap yg len pun boleh membuka mata.

    • Tie
      April 30, 2009 at 4:28 pm

      Ooo…..kak tie ni sentiasa ada banyak masa, cuma kekadang (macam sekarang ni) dapat migraine pulak.

      Boleh baca tapi nak komen macam blur je… hu hu….

  3. April 30, 2009 at 2:33 pm

    bunyi macam merajuk je kak tie…bagi cikgu, kak tie lah orang yang ditujukan kalau cikgu kata “tidak cukup tapak tangan, nyiru hamba tadahkan….”itu dulu kak tie…kalau sekarang ni, waktu ini dan di sini bunyinya; “Tidak cukup kotak komen, kotak email saya sediakan ….” kerana mengalu-alukan komen akak yang sangat berharga itu……

    datanglah beri komen untuk posting baru saya yang ada hubung kait dengan posting yang lepas…..komen kak tie, sentiasa saya ternanti-nanti(macam rindulah pulak…)

    • Tie
      April 30, 2009 at 4:30 pm

      Tak de la merajuk, kalau merajuk pun entah siapa pulak nak pujuk, he he…

      Cuma rasa malu dan serba salah… bila kak tie komen macam tak de respond….. malu sendiri….hi hi…..

      Komen mokcik ni entah betul atau tidak. Almaklum, ilmu pun lebih kecik dari siput…hu hu… Mekasihlah kerana beri sokongan…. Kembang kempis idung nih !!๐Ÿ˜†

      • May 1, 2009 at 2:40 pm

        cuti betul-betul ni nampaknya…tak nampak bayang pun…

        • Tie
          May 1, 2009 at 5:59 pm

          Kaktie keluar gi makan gulai kubau !! Hubby ajak gi rumah kawan dia, rasa malas, tapi kang merajuk pulak org tua tu , pergilah jugak teman dia….

          Hari ni sibuk, esok pon sibuk… mungkin esok mlm atau lusa baru boleh nak gi blog hopping…. nanti kak tie datang, ek….

        • May 1, 2009 at 9:13 pm

          ok…baiknya…kak tie.

  4. ain
    April 30, 2009 at 2:46 pm

    sape buat kak tie cam ni..??nak kena cepuk ke..???Saya pun kategori muka x malu suka komen2 kat blog org. Dan terpulang le kat dia nak komen blog saya ke tidak. Saya suka kak tie komen blog saya tau. so maknanya bukan saayaaaaaa!!!!hihi

    p/s…selamat bercuti!

    • Tie
      April 30, 2009 at 4:32 pm

      Laaa…….

      Tak baik cepuk2 muka orang tau, Kak tie cepuk tak apa……waakakakaaa……..

      Ooo….kak tie suka sapa2 pun datang komen……

      Idung ni terus jadi kembang setaman๐Ÿ˜›

  5. April 30, 2009 at 3:00 pm

    p/s: pipi tersorong-sorong..hehee

    • Tie
      April 30, 2009 at 4:33 pm

      Pipi ni aje yang tembam (nampaklah muda sikit)……..ekekekeee…..

  6. April 30, 2009 at 3:08 pm

    hidung mancung bak seludang
    pipi pauh di layang!

    ehhh..cantik apa..cuma badan je mcm padi segantang…hahahaha..jgn marah Tie, saya pun sama…

    selamat hari buruh! (eee mcm buruk je bunyik)
    selamat hari pekerja!!!!!

    • Tie
      April 30, 2009 at 4:35 pm

      Eh………….!

      Sally boleh nampak ke ?? Waaaakakakaaa…………………..

      Selamat hari buruh (memang bunyinya buruk!!)

  7. April 30, 2009 at 3:19 pm

    bozzo memang hidung tak mancung…he he he…slamat hari pekerja kak…

    • Tie
      April 30, 2009 at 4:36 pm

      Huaaaaa…………….!

      Hidung bozzo mancung apa……… lebih mancung dari idung kak tie laaa…kih kih !!

  8. ima
    April 30, 2009 at 3:19 pm

    ala kak tie, janganlah macam tu…kehadiran kak tie sentiasa dinanti…nak tahu kenapa…komen kak tie boleh buat ima yg boring ni tersenyum sendiri…..

    • Tie
      April 30, 2009 at 4:37 pm

      Ooo….kak tie suka buat orang happy…….๐Ÿ˜€

  9. April 30, 2009 at 3:26 pm

    Slm Kak Tie….

    bunyinya mcm merajuk je…tapi saya sangat berbesar hati Kak Tie sudi jenguk rumah saya yg tak seberapa tu & bagi komen. Lagipun hidung mancung tu kan comel…

    • Tie
      May 1, 2009 at 10:48 am

      Eh… kak tie heran laa… kenapa tiap kali milla antor komen ni kena spam dengan askimet tu…. Pelik gak !!

      Tak pe laa…. Kak tie akan selalu check kat spam tu…. dah mereng agak nya, kih kih !!

      Milla, kita ni baru je kenal, jadi janganlah anggap mokcik ni betul je… sebenarnya mokcik ni ada sedikit tingtong… jadi kalau ada2 yang tak selesa tu awal2 lagi kak tie nak mintak maap, ya… Teman2 yang lain tu dah sememangnya masak dgn komen kak tie ni…. dah kebal agaknya……ekekekekekeee…………….

  10. April 30, 2009 at 3:37 pm

    sy sukak gilak klu kak T komen kat blog saya…
    n sy komen kat blog kak T bkn sbb nk balas budi kak T sbb komen kat blog sy tu….
    klu kak T ada N3 baru…insyaallah…sy komen je heheh…itu lah sy…

    • Tie
      April 30, 2009 at 4:39 pm

      Aaiik !

      Jangan sampai gilak ! Takut pulak kak tie……..

      Rasa malunya…. macam nak mintak sedekah komen…. hu hu…

      Intan sibuk dengan kerja…. kak tie faham tu… hi hi…

  11. April 30, 2009 at 4:24 pm

    Ingatkan ada kelas peribahasa tadi, rupanya ada luahan rasa. Jgn risau, kehadiranmu dinanti-nanti, komenmu ditunggu-tunggu. Rasa-rasanya tak ada yang tak suka tu….
    Selamat hari pekerja…

    • Tie
      April 30, 2009 at 4:40 pm

      He he….. nanti kak tie cari peribahasa yang pelik2……

      Dan selamat hari pekerja… hi hi..๐Ÿ˜›

  12. iza
    April 30, 2009 at 5:13 pm

    tak cukup tapak tangan, Nilai 3 iza tadahkan…hehe…
    camat hari pekerja kak tie… house manager pun pekerja gak kan๐Ÿ™‚

    • Tie
      April 30, 2009 at 5:18 pm

      Nilai 3 ? Huuuaaaaa……………..

      Kak tie pernah pergi sekali je… tu pun naik bas, rombongan taman tempat kak tie tinggal dulu. Tak beli apa pun, cuaca pun panas.

      Hmm…… ingat esok nak mintak cuti laa…. bodek sikit karang, ekekekeee…….

  13. April 30, 2009 at 5:14 pm

    saya sentiasa mengalu2kan kedatangan tie๐Ÿ™‚

    • Tie
      April 30, 2009 at 5:18 pm

      Sama la dengan Tie……..hi hi…๐Ÿ˜›

    • April 30, 2009 at 5:48 pm

      alu?

      bukan ker alu tu mcm anak lesung..hmm?

      adakah ini bermakna Tie akan di ketuk dgn alu lesung itu?

      kalau betul panggillah bomba, atau ambulan.. kalau panggil den yg power rangers.. hmm. den tambahkan laie dgn emak batu lesung sekali

      wakakakakka

      (amacam, komen den paling ganazzz di muka bumi ini!)

      wakakakkak

      • Tie
        April 30, 2009 at 7:01 pm

        Ooo….memang pokcik ni selalu je nyampok, ek !!

        Ni mesti dah kempunan kuih koci Jie…. kih kih !!

        Bahaya tau makan kuih koci tu…terutama yang pakai gigi pelsu macam pokcit Maza… ekekekee…. kang kalau dah terlekat kat gigi tu, sapa yang susah ?? Mokcit jugak !! Waaakakakaaa………..

  14. April 30, 2009 at 5:45 pm

    testing, testing…one, two three.. huhuhuhu

    testing laie,,, testing….

    (pssst: agak2 eh, melompat tak makcik yg tepek gambo lembu terhensem itu kek sini dapek email dan komen dari den yg ter power ragers di alam maya ini? hmm0

    wakakakak

    • Tie
      April 30, 2009 at 9:25 pm

      Uuuiiii !!

      Berapa kali nak testing daa ??

      Kat sini tak boleh nak bubuh top commenters… wordpress .com ni kedekut pulak !

      Itu lembu payah nak cari tau ! Ni dok senyap je…. mesti dah balik jumpa kekasih la tu… maklumlah cuti 3 hari… Eloklah tu… banyak pahala tu bila balik membahagiakan isteri……ekekekekee…………..

  15. kutaksempurna
    April 30, 2009 at 7:07 pm

    muehehehehe..
    pompuan terakhir terasa ke??

    jangan!! tak sesuai dgn title pompuan terakhir…

    hikksss..

    kak.. kdg2 org sibuk.. tu yg tak dtg komen..
    kdg2 dorang baca, tp masa nak komen, line takde.. takpun bos dtg..
    kdg2 dorang tak baca, tp dorang komen… muehehehe tu yg komen lari topik… sungguh tak sesuwaiii kan…

    jom… kita blanja donut…

    ** senyum **

    • Tie
      April 30, 2009 at 9:28 pm

      Alamak !

      Tok sah lah dok sebut2 pompuan tu…

      Kak tie dah antor dia balik kampung, sebab tak pandai nak sorok muka, kih kih…. tak menjadi pulak spy tu…..he he…

      Kak tie bukan bimbang orang tak datang komen, tapi risau bila kak tie yang datang komen ni tak disenangi….. malu gak dengan muka terlebih comel dok terhegeh2….

      Mana donutnya ?? Kak tie nak yang sedap !!๐Ÿ˜›

  16. OD
    April 30, 2009 at 9:01 pm

    Tie…
    Apa cakap merepek nI? Isy isy isy… dengar cakap opah ni. Kalau orang tak nak komen atau tak suka kat kita (selalunya kita dapat rasa) buat tak tahu ajelah kat dia orang. Tak rugi apanya. Kalau nak baca juga blog dia orang, baca macam biasa. Nak komen, komen macam biasa. Tapi tak usah harap apa-apa.
    Cuma, opah nak Tie menyediakan diri sebab orang-orang yang sayang kat Tie termasuklah opah, mengharapkan Tie mengomen kat blog kami… ngeh ngeh ngeh. Kan dah kena ngan opah!!!

    • Tie
      April 30, 2009 at 9:32 pm

      Ooo…… mintak maap laa……

      Sejak jadi mokcik ni kekadang terlebih emo lak ! Mula la perasan orang tak suka…hu hu… dah mula merapu lak ni…..

      Tak pe la opah. Nanti kalau Tie komen terlebih2 jangan lak menyesal. Tie ni bila dah start menaip ni memang susah nak henti…. sampai anak tu naik heran.. katanya “mama ni taip tak tengok bawah ke ?” Memang mama dia dari kecik pandai menaip, kih kih kih …!!

  17. April 30, 2009 at 11:53 pm

    kihkihkih..mana bleh tak suka…kalau kak tie komen byk2 lagi saya suka hehe

    • Tie
      May 1, 2009 at 10:50 am

      Eh…. kalau si pompuan terakhir tu buat gossip suka lagi tak ?? waaakakakaaa………

      Kak tie dah pecat dia laa….. tak boleh harap langsung, kih kih …!!

      • May 1, 2009 at 11:29 am

        oppss…jgn gosip2..aii bukan artis you hahahhaa

        • Tie
          May 1, 2009 at 12:17 pm

          Ye laa… kak tie janji takkan gossip lagi…

          takut kena saman nanti, tak cukup tanah nak lari, kih kih !!

          Psst : nanti kak tie pikir cara lain, ek…..he he..

  18. May 1, 2009 at 12:20 am

    disebabkan saya komen kat sini so saya tak tersenarailah sbg org tersebut hihihi…
    betul tak?

    saya pun takut sebenarnya org anggap saya sombong dlm dunia blog ni pasal saya selalu tak membalas kunjungan org hehe..bukan tak suke kat org tu cuma takde masa…dan malas berlebihan dlm lemak badan..hihi..paham ke maksudnye tu..saya belasah je hihi..

    jadi tak heranlah blog saya tak ramai dikunjungi pasal empunye blog pun malas mengunjungi…tapi saya mmg camtu..malas je hihi..

    • Tie
      May 1, 2009 at 10:53 am

      Haaa…….tau pun !!

      Yang dah kenal dengan perangai emo kak tie tu…. paham2 je laa…..

      Kak tie tak terasa pon kalau teman2 tak kunjung sini, sebab kak tie paham benor… masing2 sibuk. Cuma kak tie takut seolah2 memaksa pulak, bila sebaik saja kak tie komen, terkejar2 datang sini… kesian gak !!

      Kak tie ni sememangnya tak de kerja… tak de anak kecik… nyapu pun sekali sehari….. Sebab tu ada banyak masa nak merapu… kih kih …!!

  19. May 1, 2009 at 12:23 am

    eh saya bitau saya naik kapal terbang ke kak tie..alamak tersalah taip kot hihi..saya naik tongkang..betul tak tipu..tp tongkang tu ada sayap hihihi…

    gurau je..kalau betullah naik tongkang…sebulan pun lum tentu tibe..jauh woo..2 jam..kalau leh baringkan badan best jugak tp nak angkat kaki bersila pun susah pasal berlebihan sisa perut hihi…

    • Tie
      May 1, 2009 at 10:54 am

      Nrina dah sampai sini ke ??

      Oooo…..mesti penat tu, tengok rumah tonggang langgang, dengan anak2 tu dan dengan perut sekali, kih kih … Sabor je laa…..

  20. May 1, 2009 at 12:27 am

    eh bestlah letak komen kat sini..cepat je..

    ni kes melampau bagi komen ni hihihi…

    • Tie
      May 1, 2009 at 10:55 am

      Haaa……….itu laa………

      Memang senang nak komen… tak payah tunggu lama2…. he he he… ๐Ÿ˜›

  21. Tie
    May 1, 2009 at 6:30 am

    hehehe..cantik hidung lembu tu..warna pink lagi..hahahaha

    Oh ye berbalik pasal komen…Bagi saya, saya tak kisah..orang nak bagi komen ke..tak bagi ke..nak masuk blog saya ke..tak masuk ke… Ada setengah tu masuk mengintai aje tapi tak baca..pun saya tak kisah. No hard feeling…Kalau saya pulak masuk blog orang, saya tengok tajuk entri…kalau tajuk tu, saya tahu nak komen, saya tinggalkan komen, jika tidak, saya baca aje.. Tapi semakin hari semakin bertambah blog dalam list saya..tak sempat nak melawat semua dalam satu hari..Kalau nak lawat semua..sahih rumah saya jadi macam tongkang pecah dan anak-anak saya terpaksa makan maggi mee..hehehe…. Tapi saya memang mengalu-alukan kedatangan semua orang di blog saya..memang appreciate sangat jika ada orang sudi baca dan tinggalkan komen…cuma itulah..kadang-kadang tak sempat nak balas semua komen dan mesej yang ditinggalkan..

    • Tie
      May 1, 2009 at 10:57 am

      Eh…..macam mana boleh ada nama Tie, ek ?? Heran bin Ajaib !!

      Ha ha….. cuma mokcik sorang ni yang tak de kerja. Tu yang dok fikir yang bukan2…. ekekekee…….

      Tie pulak suka baca blog Tirana…. cuma jarang tinggal komen.. Malu sebenarnya, sebab bila tengok komen2 orang lain nampak bernas je.. Rasa nak tiru pulak, kih kih !!

  22. May 1, 2009 at 6:31 am

    Opppss…macam mana pulak boleh keluar nama “tie said” pulak ek? Ni mesti kes salah type..hehehe sori ye Tie..

    • Tie
      May 1, 2009 at 10:58 am

      He he…………Ingat ada sorang lagi Tie…..๐Ÿ˜€

  23. May 1, 2009 at 8:54 am

    kak tie…saya suka kaktie komen kat blog saya…kalau tak tinggal komen tu mesti ada yg tak kena dgn kak tie tu…tak sihat ke..apa ke…hihihi saya akan jadi risau lak…

    p/s: hidung saya memang tak mancung…๐Ÿ™‚

    • Tie
      May 1, 2009 at 10:59 am

      Oo…ye ke ??

      Kalau gitu, antorlah cheese cake ke , muffin ke ….. lagi lagu kak tie komen….huuaaaa………๐Ÿ˜†

  24. abanglong
    May 1, 2009 at 12:02 pm

    salam….
    first time singgah. salam tuan umah dulu๐Ÿ™‚

    • Tie
      May 1, 2009 at 12:18 pm

      Salam kenal……..

      Selamat datang, he he he…….๐Ÿ˜›

  25. May 1, 2009 at 1:38 pm

    Tie..utk kekal lama secara seimbang….stabil.. buat saja jgn harapkan balasan…sy selalu baca blog yg berkecil hati kerana mereka pergi blog org tapi tidak dibalas…

    kalau itu dah niat………..kita tidak akan dpt bertahan lama kerana tiada keikhlasan…buat je apa saja dgn ikhlas… jadi kalau kita tak sempat pergi blog org pun..kita tak rasa serba salah….sebab kita buat secara ikhlas.

    abaikan perasaan negatif yg kita akan rasa…”ehh…org tu kecik hati ke aku tak g blog dia…eh….org tu lama tak dtg blog aku…”

    hal mcm ni abaikan… selagi kita dok rasa mcm tu…kita tak enjoy dgn apa yg kita buat.

    kalau apa yg kita tulis menarik..insyaallah..tak perlu semua tu…otometik kita akan dpt semua tu

    ” kita boleh dapatkan kekuasaan, tetapi kita tidak boleh mohon penghargaan”

    penghargaan akan datang…tanpa diminta.

    P/s – jie pun kadang2 dok sibuk sana sini tak sempat nk p komen blog kawan2..bile free…..dtglah.

    skrg ni tgh upgrade 2 blog kawan2…minggu lepas dah tolong 2 blog org…jadi………..byk betul masa dihabiskan dgn godek code sana godek code sini.

    ni baru blk ni..tadi p soping dgn anak2..kt parkson ade jualan hari pekerja…sonok….baju anak2 ade offer 50-70%.

    giler sekejap…hahahahaha

    kul 3 nk kkeluar lagi..ade hi tea kt KKB

    yeeeahaaaaaaaa…inilah komen paling panjang..kehkehkeh

    • Tie
      May 1, 2009 at 1:50 pm

      Amboi… memang komen paling panjang, hi hi.. mesti pokcik tu cemburu… kih kih ..!!

      Mekasih kerana menyedarkan mokcik yang terlalu emo ni… Sebabnya asyik dok memerap kat rumah, tak de kawan langsung. Jadi yang diharap cuma kawan kat blog je.. entah macam mana rupa pun tak tahu, he he…

      Tie baru balik dari Marang tadi, tengok ikan2 segar tu , kita lak naik terbeliak! Pulak tu ramai orang , entah2 dari KL , masing2 sibuk nak ke pulau kapas tu… he he…bila gak dapat ke pulau lagi… siap jeling kat hubby…ekkekekee…..

  26. May 1, 2009 at 3:51 pm

    Assalamualaikum,

    Salam hari jumaat buat kakTie sekeluarga.

    Biasalah, saya suka memberi dan menerima komentar kerana perkongsian hasil dari perbincangan kadangkala membuahkan sesuatu yang baru. Terutamanya info baru.

    Terima kasih ya selalu datang blog saya, komenlah banyak-banyak saya tak kisah..๐Ÿ™‚

    Maaf juga sebab ada sedikit masalah teknikal ttg entri baru yang tak dapat dikomen itu. Rasanya sekarang dah ok kot. Cuba testing dulu.

    • Tie
      May 1, 2009 at 6:00 pm

      Ooo…patut la, kak tie komen dua kali lesap gitu je… ingat ada buat salah kat mana2… he he…

      Tu gambar farid ke ? Waah!! Nampak segak je… he he…

      • May 3, 2009 at 8:19 pm

        ehemm..ehemm..agak2 gmbr sape?๐Ÿ™‚

        Jangan pula terus kecewa tak mau komen dah ye…

  27. dyg
    May 1, 2009 at 5:21 pm

    hahaha kelako gambo lombu tu kak eh..hahaha
    eh tibe2 je loghat nogori dah! hahaha
    saya tak habis2 lagi exam ni. lagi tinggal satu paper je lagi.
    kak tie, cuti hari buruh ni tak g jalan2 ke?

    • Tie
      May 1, 2009 at 6:02 pm

      Ooo…… orang nogori rupanya…. kak tie ni tak perasan pulak.

      Ciannya… tak pe laa….. sikit je paper tu… esok lusa boleh celebrate laa….

      Hari ni, kak tie gi pasar Marang pepagi… nanti kak tie tunjuk apa yang dibeli. Petang tadi gi makan gulai kerbau !! Okaylah jugak. Kak tie tak cerewet. Janji boleh makan , semua kak tie bedal…..kihkih …..!!

  28. dyg
    May 1, 2009 at 5:24 pm

    oh kak, nak bagitau ni dyg present projek sarjana muda semalam, gile takut tengok muka panel. cuakk…hihi nasib baik presentation semua ok. syukur ^_^ kak, terima kasih sebab sudi melawat even dyg lame tak update belog.hihi

    • Tie
      May 1, 2009 at 6:05 pm

      Kena buat presentation, ek ? kak tie tak tau pulak.

      Dulu study setakat diploma je…. Lain kali bacalah surah2 alfatehah dan selawat banyak2…

      Kak tie bila takut biasa buat gitu… sejuk kaki tangan…hi hi…..

      Sebenarnya kak tie rindu celoteh dyg tu……. tu yang laju je menjengah bila tengok ada updates….๐Ÿ˜›

  29. May 1, 2009 at 6:41 pm

    sape pulak lah yang tak suka Kak Tie pergi blog dia tu? kalau tak suka orang datang, tutup je lah blog kan. Lagipun, bukan kena bayar pun buat blog. Unless lah dia pakai domain sendiri kan.. lantak kan aje orang tu Kak Tie..

    comelnya muncung lembu tu kak Tie.. hehehee..

    • Tie
      May 1, 2009 at 8:31 pm

      Ish….. tak de laa…..

      Kak tie ni yang terlebih perasan kot…kihkih…. harap2 tak nyanyok pulak !!

      Sebenarnya, kak tie ni kekadang rasa serba salah, malu pun ada…… hati ni suka sangat gi komen sana sini, tapi tetiba rasa macam tak betul pulak… Hmmm… lain kali kena fikir betul2 sebelum komen… takut orang tak selesa…

      Ingat esok2 baru start lompat blog… hari ni sibuk sikit… nak update….he he…..

  30. kin
    May 1, 2009 at 9:37 pm

    Bila buat blog yg open, mestilah kita nak org tengok atau baca blog kita. Kalau tak, baik ‘private’kan saja. Cuma, bila dia tak aktif mengomen kat blog org, mungkin dia tak sempat…. atau tak de idea, atau jenis ‘pendiam’ tak suka exposekan diri .. saya rasa, ramai yg suka jadi silent reader kat luar nu…

    • Tie
      May 1, 2009 at 9:40 pm

      Ho ho…. kak tie pun nak jadi silent reader la…..ekekekee…………..

  31. May 6, 2009 at 12:39 am

    lain macam aje bunya entri kak tie kali ni..walaupun lewat buat komen kat sini…terus kan berblog walauapa pun terjadi….dalam diam pernah bermakna entri kali ini…

    • Tie
      May 6, 2009 at 6:15 am

      Memang ada maksud yang tersirat, he he ………..

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: