Home > Santai, Tingtong > sunroof

sunroof

Siapa2 ada sunroof tak ? Tentu rasa nyaman bila angin masuk…..he he… tapi, hati2lah ek.


ag_08cts_sunroof

Saudara Tie tu ada pasang sunroof kat kereta dia. Satu malam, dlm perjalanan balik ke kelantan, tak tau la kat mana… Anak dia umor 3 tahun nampak sesuatu dok mengintai kat atas tu… hu hu… Dia terlupa nak tutup screen sunroof sebab tergopoh2 nak balik kpg.

Anak dia yang baby tu  demam panas…. keesokan harinya. Terpaksa lah dia balik KL semula dan baby tu dimasuk wad kerana suhu badannya yang terlalu tinggi.

Mungkin kerana baby dia terkejut ketakutan. Maklum la, budak2 kecik ni boleh nampak ‘benda2 halus’ . Tapi ini mungkin kerana kebetulan. Hanya tuhan saja yang tahu.

Namun saudara Tie pernah nampak kelibat orang melintas berbaju putih dalam perjalanan tu. Tak sempat lak dia nak tinjau siapa gerangannya.

Sebenarnya….tujuan Tie cerita kat sini ialah untuk mengingatkan .

Siapa2 yang ada sunroof tu, pastikan screen sunroof tu ditutup bila drive malam2.  Mana tahu kot2 ada yang mengintai atau pun nak menumpang, he he he………. Lagipun, kemungkinan benda2   (batu atau ranting kayu) terjatuh ke dalam kereta. Tentulah terkejut, kan dan membahayakan pemandu.

Cuma satu je yang Tie rasa musykil….  kenapa ‘makhluk halus’ ni suka sangat pakai baju putih ? Kalau pakai baju pink color atau belang2 ke tak de la buat kita terkejut….kih kih ….memang le  soalan tingtong…😆


679756vtql6ozj6a.gif Blue Floral image by cateyberry

Categories: Santai, Tingtong Tags: ,
  1. April 21, 2009 at 10:15 am

    k tie,

    huhu…. nape tak suruh dia pakai baju bunga-bunga ke…. t shirt gambar pulau ker. kan lagi menarik…. sape yang kenan buleh gak nak usha haha..

    k tie kalau pakai bunga2 orang tak seram. kalau uniform putih …. sah-sah sekali pandang orang cabut lari…. hihihi😀

    • Tie
      April 21, 2009 at 10:20 am

      Tu laa….agaknya misi yang lintas jalan nak balik kat rumah dia……kih kih ….!!😛

  2. April 21, 2009 at 10:24 am

    woo..bikin meremang jer..
    walaupon kete bai tak de sunroff, tp gerenti cuak kalau nampak bayangan dikala malam hari.

    wooo..takutnyer nak drive gi kelas menjahit hari rabu ni…
    kak tie la ni, dah buat org takut..
    dah la org ni penakut.huhu

    • Tie
      April 21, 2009 at 10:45 am

      Ooo……janganlah takut sangat, kih kih ….. (gelak lagi..)

      Nanti pakai sunglasses laa….baru tak nampak baju putih melintas tu….he he….

      Kak tie ni cuma nak ingatkan je…. hati2 tau ! Tak de niat nak takutkan bai laa…..ciannya……😆

  3. April 21, 2009 at 10:28 am

    eeeiiiii, tatutnyer…..

    • Tie
      April 21, 2009 at 10:45 am

      He he…..takut sikit je….

  4. iza
    April 21, 2009 at 10:35 am

    Wuis seramnya…
    Jangan pandang belakang, jangan tegur dan jangan pandang atas… drive straight jaa…😀
    Tapi zaman la ni, manusia pun menakutkan jugak huhuu…cuak jer kalau baca cerita2 ni, nauzubillah…

    • Tie
      April 21, 2009 at 10:48 am

      Ooo….jangan pandang atas, ek. Tapi depan tu kena tengok betul2….😛

      Memang sekarang ni, kena drive hati2. Macam2 jenis orang nak menipu. Toksah berhenti kereta kalau mereka tahan….Kadang2 mereka tipu, buat2 tayar pancit, atau abis minyak. Rupanya nak merompak…..orang pompuan lagilah takut…hu hu… Nasib baik kak tie tak boleh drive (buta warna…..ekekekekee….)

  5. April 21, 2009 at 11:38 am

    salam..wah…tu xpe lagi ka tie,,dalam keta mgkin slmat lgi…saya ada pengalaman,,nek moto sorang2,,balik dari tengok bola kt kedai mkn,,,wah gerun jugak le..sampai satu jaln tu..ada asap..pelik semcm je..bila tgk kiri kanan,xde pembakaran terbuka pun…sy belah jela asap tu,yg peliknya,asap tu x pedihkan mata…wah bertambah2 gerunla….dalm atie nie ,mcm2 ayat dan doa dah bca hu3…..

    • Tie
      April 21, 2009 at 11:47 am

      Salam….

      Waakakakakaaa……..mujurlah tak ada yang terpingin nak tumpang bonceng kat belakang tu….

      Kak tie pernah dengar orang cerita, setiap malam dia balik dari kerja shif, bila lalu kat bawah sebuah jembatan tu, motor dia rasa macam berat je, tapi dia terus bawak seberapa laju yang boleh tanpa mengintai kat cermin sisi tu (takut gak).

      Kemudian selang beberapa saat, motornya kembali ringan. Macam tu la setiap malam. Lama2 dia tak tahan gak, lalu ikut jalan jauh utk pulang. Agaknya setan tu saja nak uji.

  6. April 21, 2009 at 11:49 am

    dia pakai baju putih tu supaya senang orang nak nampak, kalau baju hitam kan orang tak nampak plak malam2, kena langgar kan naya hahaha dah la dia suka melintas tak bagi signal

    • Tie
      April 21, 2009 at 11:52 am

      Ooo…..betul jugak kan !

      Tak terpikir pulak kak tie ni…….kih kih kih ….!!

  7. April 21, 2009 at 12:21 pm

    hantu di alam melayu begitu sinonim berbaju Putih.

    Ini ada kaitannya dgn kafan yg menjadi pakaian mayat org2 Islam…
    Jadi, utk merancakkan debaran jantung, maka hantu atau jin tersebut mengambil inisiatif dan kesempatan.

    Lalu mereka menjadi antu2 itu kononnnya adalah jelmaan kebangkitan org2 yg telah mati tersebut. Sebagai menguatkan bukti, maka digunakan kain putih yg menyerupa kain kafan!

    tetapi jangan lupa juga, ada antu2 di alam melayu ini berbaju lusuh, seperti dalam cerita mak lampir, wanita kebayan terbongkok2 di tepi jalan, saka, hantu raya, puteri bunian (berpakaian warna kuning) dan sbginya.

    bagi hantu cina, terutama di malaysia, antu mereka diberikan gambaran yang lebih berwarna-warni.

    Ianya tidak terhad kepada satu warna sahaja. Yang lebih menarik lagi ialah apabila hantu tu siap berkupiah, berjambul merah, bajunya terhias gambar burung merak atau pheonix atau naga atau singa.

    Kemudian terseut akan terlompat2. Ia akan mengejar manusia yg sedang bernafas…Jadi untuk mengelakkan daripada dicekik hantu ini, anda kena tahan nafas… Insyallah hantu ini akan keliru dan anda dapat menyelamatkan diri!

    Di eropah pula hantu mereka begitu ceria sekali. Selain berbulu seperti warewolf atau airwolf, hantu tersebut diwarnai dgn warna tubuh mereka sendiri.

    Seperti hantu bernama Herman, tubuhnya berwarna biru dan adakalanya diwarnakan hijau pula (dah sama macam alien. Di alam melayu ia seperti toyol)..

    Hantu mat saleh ini juga berperangai & berpakaian lucah!

    Contohnya hantu pontianak atau vampire yang betina, seringkali digambarkan berpakaian menjolok mata. Mereka hanya memakai spender dan coli sahaja. Dalam kes-kes keterlaluan hantu2 ini langsung tak berpakaian! hmm (maza sambil menggarukan dagunya tanda kehairanan)

    Dalam kes tersebut, mereka yg terserempak vampire yg lucah ini akan kaku dan kekejangan! Soalnya mungkinkah mereka terlalu takut, atau terlalu kagum dgn keseksian itu!

    Hantu paling sopan dan patut menerima anugerah fesyen ialah hantu deracula. Deracula mempunyai citarasa tinggi. Berprofile orang kaya lagi mewah. Ia tinggal di istana besar, bercakap sopan, romantik dan sentiasa berpakaian kemas, iaitu taksedo..

    Kembali ke alam melayu pula, hantu yg paling jahat ialah antu jantannya berbaju melayu dan bersongkok atau berserban. Manakala hantu bertina pula berbaju kurung dan bertelekung.. kerjanya asyik menipu org dan fitnah org aje! huh!

    tetapi den cukup takut kalau ado org ‘naik hantu’! huhuhu.. mengamuk sakan!

    Yang lebih mengherankan lagi den ni lah, org itu cukup hebat, camnolah dio boleh tunggang dan naik atas antu tu ek?

    hmm

    wakakaka.

    • Tie
      April 21, 2009 at 12:29 pm

      Haa……pakar antu sudah sampai….!!😛

      Terima kasih atas ulasan antu yang panjang berderet ni….. eeee heee heeee……..

      Part yang last sekali makcik kurang faham laa….. Siapa pulak yang boleh tunggang dan naik atas antu tu ?? Blur dan innocent je makcik ni…..kih kih …!!

      • April 21, 2009 at 12:35 pm

        ekau la sapo laie..

        bilo ekau mengamuk, macam antu rupo eh! lopeh tu, kalau ado antu lalu kek situ pun, antu itu jadi takut.. silap hari bulan, antu tu balik ekau panjat, naik kek tengkok dan tungangkan dio…wakakaka
        😀

        • Tie
          April 21, 2009 at 1:01 pm

          Ooiitt !!

          Mana ada……!!

          Kita ni sentiasa tenang dan waras tau !!😳

        • April 21, 2009 at 9:35 pm

          Kak Tie, maza buat entry kat blog kak Tie tu.. cepat pergi rotan dia dengan rambut hantu mak lampiirrrr.. hahahahihihihihihuhuhuhuhuuu!!!! heheee…

          seramnya laa.. neeza kalau jenjalan, memang suruh hubby tutup sunroof tu.. tutup terus. biar gelap. kengkadang dia suka bukak kat cover tu. biar glass tu je pasang.. tapi neeza ni memang penakut.. seram jugak kalau tetiba ternampak penumpang tak diundang.. ish.. seram pulak…

        • Tie
          April 22, 2009 at 6:39 am

          Tu laa……..Kak tie takut mak lampir tu . Maza memang kawan baik dengannya….kih kih….!!

          Ha ha…..neeza pun terfikir gitu, ek…. Kadang2 bukan je takut dgn benda2 halus ni, tapi bimbang takut batu terpelanting masuk dlm kereta. Boleh cedera tak pasal2.

          Cermin kereta hubby dah 2-3 kali kena batu kecil….. terkejut gak !!

    • April 21, 2009 at 12:43 pm

      “Kemudian terseut akan terlompat2. Ia akan mengejar manusia yg sedang bernafas”

      uiks.. kenapo lak ayat eh tersangkut cam tu… aderkkk.. ni mesti ado tikus kat dlm server ekau nie ha.. huhuhu

      tuan tanah, mintak tolong edit sikit ayat tu ha, supayo jadi ayat cam nie lak

      “Kemudian hantu terseb1ut akan terlompat2. Ia akan mengejar manusia yg sedang bernafas”

      ;))

      • Tie
        April 21, 2009 at 1:03 pm

        Eh…….bukan salah tikus kita. Tikus kita baik tau !!

        Mesti jejari boncit tu yang tersalah taip…..sebab terlalu gemuk sampai tak muat nak tekan key !! Waaakakakaka…….!!:mrgreen:

        • April 21, 2009 at 1:09 pm

          uhuk!

          ekau memang dengki dgn den.. tahu ler vital state den mengancam abis.. huhuhu

          tu belum den bukak baju singlet nie ha, kalau bukak! Tu dia.. enam ketul dok berbaris sebelah menyebelah.. berketak2 perut eh!

          wakakakaka

  8. April 21, 2009 at 12:53 pm

    hhehe..okla..kak tie la orang pertama yang akan nampak antu berpakaian baju hawaii..hahaa

    syd selalu drive kat highway arau ke changlun..situ memang sunyi dan sepi..maklumla kawasan kampung…tapi alhamdulillah takde pape setakat ni..huhu

    pasang lagu kuat-kuat..layan perasaan sendiri..tak hiraukan apa je benda yang kat tepi-tepi tu..huhu..

    • Tie
      April 21, 2009 at 1:06 pm

      Erk……. tak nak laa……hu hu…..

      Haa……konon2 nak elakkan dari rasa takut, ek..!!

      Okey laa, bila drive tu tengok depan je, tok sah jeling kat kiri dan kanan….

      Kekadang dia terbang kat sebelah sebab nak rempit sama, ekekekekee……….😆

  9. pu3
    April 21, 2009 at 1:36 pm

    aih..
    terasa seram plak lepas ni nk bka screen sunroof malam2.
    tapi pu3 suka nengok roof atas malam2.
    konon2 nk tgk bulan dan bintang.
    heee.

    • Tie
      April 21, 2009 at 1:47 pm

      Aaaaa……………

      Jaga2…..kot2 ‘dia’ nak main chak chak pulak !!😆

  10. ain
    April 21, 2009 at 1:38 pm

    kak tie…baca maza nyer komen..terus tak tau saya nak komen apa..hehe!

    • Tie
      April 21, 2009 at 1:48 pm

      Ooo…..ye ke ??

      Nanti kak tie gi pulas telinga dia……..hi hi…..😛

  11. April 21, 2009 at 2:01 pm

    kadang2 kalau balik kampung..lalu celah2 pokok pun kena hati2

    takut terjuntai binatang…. ular ke..serangga ke..tersesat jatuh
    tgok2 dah dok melingkau kat seat belakang…pakai tali pinggang keledar lagi

    hehehe

    • Tie
      April 21, 2009 at 3:58 pm

      Uuuiiii…..!!

      Kalau dah ulor dok siap pakai seat belt lagi tentulah lagi laju merempit ooii..!!

      Tang ulor ni memang Tie dah berdiri bulu roma…eeeee………

  12. ima
    April 21, 2009 at 2:37 pm

    bab2 hantu ni tak nak komen lah kak tie…..nanti takut kena kacau….dah ada pengalaman….hee takutnyaaaa……

    • Tie
      April 21, 2009 at 3:59 pm

      Ooo…….ada pengalaman rupanya….

      Tak pe…..nanti boleh citer kat cucu, jadilah atok glamer nanti….ekekekekee…….

  13. April 21, 2009 at 2:38 pm

    hish takut ler ..siap jenguk2 lak dari atas…

    tu pasal org dulu2 tak bagi tido bawah alang..takut nampak hantu duk ayun kaki!!

    hehehehe..

    • Tie
      April 21, 2009 at 4:01 pm

      Wah……!!

      Siap ayun kaki rupanya……!!

      Hmmm…….takut gak ! Tengok kaki ada, intai kat atas, badan tak de, hanya kaki je yang goyang2…..oooo……takut, takut !!😯

  14. April 21, 2009 at 2:41 pm

    lg satu kak tie naper jugak antu dikaitkn dgn rambut pjg?.. hmm,…

    • Tie
      April 21, 2009 at 4:02 pm

      Ho ho……..

      Kak tie tau sebabnya………

      Sebab tak ada duit nak pergi salon !! Duit daun tak laku……..waakakakakaa……😛

  15. April 21, 2009 at 2:56 pm

    uih..memula cam seram je dengar tp yg last tu buat saya tergelak plak..

    kalaulah hantu leh berfesyen..hehehe…rasanya model xtrem yg sedia ada pun dah mengalahkan hantu dgn rambut mengurai dan ntah hape benda pelik2 yg dipakainya hehe..tambah plak makeup yg menakutkan hihi..

    hantu tengok pun takut so lebih baik dia dgn kain putihnye pasal itu je yg murah muahahhaha…

    • Tie
      April 21, 2009 at 4:04 pm

      O ye laa……….

      Kadang2 bila make up ni over sangat, terus macam rupa antu ! Kesian antu, yang buruk je yang dia dapat…..hehe……

      Betul tu betul ! Kain putih tu yang ada kot, atau antu memang buta warna, waakakakah……!

  16. April 21, 2009 at 3:33 pm

    salam kak tie, lama mencari ni baru ketemu.. rindu bangat.. hehe.. setuju dengan maza.. mungkin sebab kain kapan kita berwarna putih, sebab tu hantu melayu asyik pakai baju putih jer.. diorang tak pandai la nak dye warna lain..

    • Tie
      April 21, 2009 at 4:07 pm

      Salam Nur……..

      Kak tie ni terus teringatkan anak Nur tu laa…….sorrylah tukar topic lak.(kak tie ni memang sensitif, dah masuk klasik)

      Jangan turut sangat dengan ustat maza tu, nanti kembang kempis idungnya , kih kih ..!!

      Antu melayu tu tak ada taste agaknya…. tak macam antu cina (boleh pakai lawa2) hi hi hi……….😛

    • April 21, 2009 at 11:32 pm

      Yes! Ada juga den penyokong rupanya..

      wakakkakaaa

      (psst: saja dengki dgn pihak satu lagi tu ha!) wakakkak

  17. ezzaaziz
    April 21, 2009 at 4:02 pm

    macam macam cerita hantu ni…tapi seumur hidup tak nah jumpa antu pun…asyik dengar cerita orang yang telah di tokok tambah…Entah lah,,,,kalau boleh tak nak jumpa pun…

    • Tie
      April 21, 2009 at 4:08 pm

      He he……….Tie pun tak nak la jumpa antu.

      Bukan apa , takut terkejut dan susah nak bernyawa pulak !

  18. April 21, 2009 at 6:37 pm

    Hi,

    What a lovely template you have here! It feels so cool, cosy and coomfortable. And you have so many friends!!! WOW! Amazing…the atmosphere here is like one of a great family…

    I am so sorry I am horrible in BM. I can understand BM but I dare not write…nanti you all laugh terdekah-dekah🙂

    All the best to you, kakak.

    Salam,
    masterwordsmith

    • Tie
      April 21, 2009 at 6:49 pm

      Ooo……thank you for coming. I’m so flattered .😆

      It’s okay to try and write in BM. Nobody will laugh at you. My BM is horrible too , and my English is worse.

      Come and join us. Everyone is welcome here. And yes, we all are like one big happy family. Except for the hantu’s, he he……

  19. April 21, 2009 at 9:09 pm

    wah!…hebat cerita kak tie ni…kalau zaman dulu-dulu, takut nak bawak basikal yang ada tempat duduk belakang sorang-sorang pada waktu malam, sebab takut hantu bungkus tumpang membonceng!…wakakaa…sekali terpandang belakang nampak gigi kuning yang tajam dan mata merah dalam bungkusan kain putih….

    mestilah nak kain putih kak tie, sebab kalau kain hitam, mana nak nampak dalam malam yang kelam…he..hee….heee…..heeee………malam ni macam mana kak tie nak tidu…….

    • Tie
      April 21, 2009 at 9:20 pm

      Ooo…..kak tie tak takut…..cik abang sentiasa ada menemani, kih kih …!!

      Kak tie tak pernah keluar sorang2 (sejak jadi isteri ni), jadi boleh eksyen laa….hahaa……

      Ada pernah tengok betul2 ke antu bungkus tu ? Gigi kuning sebab tak gosok gigi la tu…ekekekeke…….

  20. April 21, 2009 at 9:43 pm

    antu bungkus tak pernah kak tie…antu lampu ada la…nak citapun seram ni….nantilah lain kali pulak. antu ni kalau kita duk asyik cita pasal dia, diapun suka dan memang dia akan datang dengar sam-sama….he..he..he…

    • Tie
      April 22, 2009 at 6:41 am

      Antu lampu…?? OOoo…….first time dengar ni….kih kih….!!

      Macam mana pulak rupanya, ek…. bersinar2 la tu…..kah kah !!

      Agaknya ramai setan2 bersemangat bila kita citer pasal mereka….. baca surah yasin biar hangus mereka tu….ekekekeke……

  21. OD
    April 22, 2009 at 12:50 am

    Wow… seram opah baca citer ni memalam. Sabar aje aku. Yalah, kenapa sering pakai baju putih? Agaknya, kalau pakai baju kaler-kaler, tak menakutkan, kot. Wallahualam. Tapi opah cakap la betul-betul, kalau opah kaya pun opah tak pakai sun roof. Bak kata Tie tadi, kot ada yang nak mengintai. Convertible lagilah aku takut nak pakai. Kot ada pulak yang menumpang kat belakang… huhu…

    • Tie
      April 22, 2009 at 6:43 am

      Ho ho……

      Samalah dengan Tie. Kalau Tie mampu, Tie pun tak berapa minat nak pasang sunroof ni. Sebab rasa tak selesa laa….. Macam ada je benda nak menjengul kat atas……he he… Tie ni memang penakut. Sejak dok dgn hubby ni , dah boleh berani sikit, sebab asyik kena marah, ekekekeke………….

  22. April 23, 2009 at 10:32 pm

    aah kan.. cube makhluk2 ni pki baju belang2 ke.. bunga2 ke.. takla kite ngeri kot keh3

    • Tie
      April 24, 2009 at 8:28 pm

      Tu laa…. agaknya mereka ni tak pandai nak berfesyen, kih kih …..!

  23. April 24, 2009 at 7:18 pm

    sy pun terfikir jugak..
    kalau hantu mesia sure macam pucung la hape la kan..

    kalau antu mat saleh?
    mcm mana ek?
    pakai blazer ke? haha

    errrkkk xmau la terserempak!
    takut!

    • Tie
      April 24, 2009 at 8:29 pm

      Antu omputeh tu macam drakula kot ! Kat sini tak de lak dengar citer orang jumpa drakula, he he….

  24. October 6, 2014 at 11:43 am

    Attractive section of content. I just stumbled upon your site and in accession capital to assert that
    I get in fact enjoyed account your blog posts. Anyway I’ll be subscribing to your
    feeds and even I achievement you access consistently
    fast.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: