Home > Cuti, Jenjalan > Orang Kuat

Orang Kuat

Cuaca tak menentu, tapi hubby punyalah rajin, lalu bawa kami jenjalan ke sekitar kawasan Tasik Kenyir. Hampir sejam dalam kereta, sakit pulak pinggang ni. Tibalah kami di sini…….

sanctuary-gajah

Tu gambar Menteri Besar Terengganu sedang beri makan  orang kuat @ gajah….  Hati2 ooii…… nampak je jinak. Tak tahu entah apa pok gajah dok memikir senyap2 tu….

santuari-gajah-2

Santuari Gajah ni dalam perjalanan ke Areng , Gua Musang. Patutlah terasa jauh sangat.

Inilah Cik Suria kita, umur 9 tahun……. Manja dan jinak je. Tapi Tie tak berani nak pergi dekat. Tengok je dari jauh, duduk kat bangku dalam posisi ‘on your mark, get set, go ! ‘

Sebenarnya ada seekor lagi namanya charli. Tapi bila ditanya, kata mereka charli tu dok nyorok kat belakang. Namun, Tie nampak macam ada sesuatu yang tak kena. Salah satu kawasan kat pejabat tu macam telah berlaku pergaduhan. Banyak barang yang rosak (kerusi habis patah dan pasu pecah!). Hmm…..adakah charli telah naik minyak dan terlepas ?? Oooo……takutnya.

Gajah ialah seekor haiwan yang cerdik , mempunyai daya ingatan yang kuat dan amat sensitif (kira emo jugak laa….) Jadi, janganlah cuba mempermainkannya sebab ia akan ingat rupa kita. Dan bila ada peluang dia akan kejar kita sampai ke lubang cacing….hu hu….

Psst : Sebenarnya Tie rasa belas tengok Suria digari kakinya semata2 untuk menghiburkan pelawat2 yang datang (termasuk makcik ni!) Kalaulah kita diikat dan ditayang utk tontonan ramai, apa rasanya, ek ??

Psssst : Baru dapat tahu kisah sebenarnya tentang Charli. Keluar kat buletin utama TV3.  Betul la jangkaan Tie, Charli mengamuk. Salah seorang pekerja kena pijak.  Dok kat hospital sekarang ni….


679756vtql6ozj6a.gif Blue Floral image by cateyberry


Categories: Cuti, Jenjalan Tags: , ,
  1. April 11, 2009 at 8:51 pm

    huih..kalau kena pijak gajah alamaknya jadik lempeng le..

    • Tie
      April 11, 2009 at 8:55 pm

      Eee…..kak tie seram tgk gajah tu. Dok jauh2 je…hu hu….

  2. kutaksempurna
    April 11, 2009 at 8:58 pm

    wah…
    cik suria tu baru umur 9 tahun…
    tapi, badan mengalahkan org umur 50 tahun..

    hehehehehe.. sah sah dia gajah

    • Tie
      April 11, 2009 at 9:04 pm

      Eee……tengok badannya je dah ketar. Kak tie ni penakut. Walaupun kakinya diikat, dia masih boleh sepak kita dengan kaki yang lain…hu hu…

  3. April 11, 2009 at 10:38 pm

    comelkan gajah ni.. especially kalau tengok cerita kartun tarzan tu.. hehehh.
    tapi, tak sanggup lah kalau dia mengamuk kan kak..

    heehee.. macam lah neeza pernah tengok gajah mengamuk hahaha!!!

    • Tie
      April 12, 2009 at 6:45 am

      He he…..nampak comel tapi panas baran.

      Kita tak tahu apa yang difikirkan . Charli yang mengamuk tu rupanya kepenatan kerana baru balik lepas training dlm hutan. Bila orang tu nak naik tetapi tetiba terjatuh, dengan segera dipijaknya…hu hu….

  4. April 12, 2009 at 2:23 am

    gajah pendendam..betul cakap kak tie, kalau dia ingat muka kta ni yang buat onar kat dia siap la..kena pijak sampai nipis cam tudung periuk la..hahaha

    • Tie
      April 12, 2009 at 6:46 am

      Charli tu memang dendam. Dia dah letih. Hubby pun kata charli tu nampak garang (dulu dia pernah pergi tgk sblm ni…) Mujur masa peristiwa tu kak tie belum sampai lagi. Charli ngamuk waktu pagi, kak tie sampai ptg tu…

  5. OD
    April 12, 2009 at 3:28 am

    Salam Tie,
    Masa kami kat Red Fort ke apa entah nama tempat tu, tapi kat Jaipur ler, kami naik gajah bernama Champa panjat bukit tu. Masa tu tak terfikir takut ke apa. Fikir seronok naik gajah. Lepas baca paper gajah mengamuk ni, opah tak berani lagi ler nak naik sebab apa, dibuatnya mengamuk dan terjun gunung tu, tak ke arwah aku… he he he… sorry, lari dari cerita Tie.

    • Tie
      April 12, 2009 at 6:48 am

      Wah…….pernah naik gajah rupanya…. Hubby Tie suruh bagi makan ubi hari tu pun Tie dah kecut perut. Eee…….biar dia makan sendiri laa……kih kih …..

  6. ain
    April 12, 2009 at 8:12 am

    siannya tengok charli kena gari2 kan. tp nk buat cam ne..kang x psl2 ada pulak sorang lg yg kena pijak. nayaa!!!!!

    p/s..agaknya charli tu x nak dok zoo kot..nk dok hutan bebas lps.

    • Tie
      April 12, 2009 at 10:27 am

      Charli dah nak kena buang negeri, ke pahang…kih kih…tu laa sapa suruh ngamok.. Tak tahu la sapa pulak penggantinya….

  7. April 12, 2009 at 2:15 pm

    comeynye gajah 2…

    • Tie
      April 12, 2009 at 7:21 pm

      Ooo….comel ke ??

  8. April 12, 2009 at 6:26 pm

    ha’ah ler..terlupe jap muahahaha…

    ingatlah..cuma jarang nak singgah rumah kengkawan..bz berjalan hehe..

    • Tie
      April 12, 2009 at 7:22 pm

      Ye laa………bila dah seronok jenjalan tu manalah nak ingat kat makcik ni…..hu hu…..😦

  9. April 12, 2009 at 9:24 pm

    Rajin hubby tie bawak pergi jalan2. Suami mithali.

    Saya tengok persembahan binatang2 yg bahaya mcm gajah dan buaya kurang minat. Silap haribulan lain jadinya. Lebih baik main dgn yg jinak2. hehehe

    • Tie
      April 12, 2009 at 9:33 pm

      Ho ho….sebenarnya tak de tempat nak pergi….pusing2 sampai tang situ juga.

      Tie pun takut dan kurang selesa dengan haiwan2 liar ni. Rasa gerun laa…

  10. April 13, 2009 at 9:39 am

    salam k.tie

    kite tak sampai tengok ‘suria’ kena gari camtu…

    • Tie
      April 13, 2009 at 10:00 am

      Hu hu….memang kesian gak… Tapi kalau tak digari, kak tie dah lama lari…he he….

  11. April 13, 2009 at 11:08 am

    gajah2 tu nakmarah tu sbb kena gari kot….dia pun hidup bebas gak…tambah dgn penat disuruh buat itu ini…tu pasal bila ada peluang je terus ngamuk.
    ngeri je dengar cerita org kena pijak dek gajah…

    • Tie
      April 13, 2009 at 11:11 am

      Betul tu suzi. Dia penat lepas latihan tu…. Gajah kan sensitif….mesti kecik ati kot !

  12. April 13, 2009 at 11:19 am

    pernah jugak pegang dan bagi gajah makan. tapi bukan makbapak gajah, anak gajah yg kecik jer.hehehe..

    tapi lama dah.. rombongan sekolah darjah tiga rasanya..hehe

    • Tie
      April 13, 2009 at 11:28 am

      Ooo…..kalau anak gajah tak la takut sangat, ek…nampak comel je..he he…

      Yang ni , kira dah besor panjang….seram gak !!

  13. April 13, 2009 at 11:53 am

    Salam,kak tie,,saya dah tulis dah kisah penghuni syurga…jemput kak tie baca dan tolong sebar2 kan….tq

    • Tie
      April 13, 2009 at 12:58 pm

      Salam…….

      Ooo……nanti kak tie pergi tengok, ek !!

  14. April 13, 2009 at 11:56 am

    Tie…charli tu mcm filem hindustan tu ye..sedihkan kisah tu

    • Tie
      April 13, 2009 at 12:59 pm

      Citer industan ? Tie jarang tgk…..sebab macam tak layak je…idung tak cukup tajam…..ekekeke…..😛

  15. April 13, 2009 at 2:02 pm

    okie dokie, sudah sampai sini🙂

    • Tie
      April 13, 2009 at 3:27 pm

      Laa….maksu…mujurlah Tie check kat spam tadi…

      Macam mana pulak maksu dispam ni….? Masuk ikut tingkap ke ?:mrgreen:

  16. April 13, 2009 at 2:07 pm

    Salam Kak Tie..
    Jadi.. ni blog yg available ker?
    yg sweet 17 tue?

    • Tie
      April 13, 2009 at 2:10 pm

      Begitu la ……

      Yang sweet 17 tu kak tie buat jeruk…….kih kih….!!:mrgreen:

      • April 13, 2009 at 2:33 pm

        huhu..
        ok..
        ok..
        so LOL lepak kat ar..

  17. April 13, 2009 at 2:20 pm

    hmm..takut gak tenguk gajah nih..belalai nya jer dah buat saya kecut..mana lah tau kut2 di belitnya kita pastu dihumbannya…hohooo..sereeemmmm…

    • Tie
      April 13, 2009 at 2:26 pm

      Samalah macam kak tie……penakut ! Kih kih ….!!

  18. April 13, 2009 at 4:56 pm

    siannyer kanns kenerr ikat ghitewww..

    • Tie
      April 13, 2009 at 6:20 pm

      Memang kesian……kesian…….

  19. April 13, 2009 at 6:14 pm

    dengar khabar, gajah boleh dengar orang mengumpatnya..

    pernah terjadi di kampung maza, ada seorang wak ini cakap besar… wak itu kata, kalau dia nampak gajah masuk kampung dan kacau kebun dia itu, dia nak jentik telinga gajah itu..

    Tetiba lat beberapa hari gajah liar itu betul2 datang kat rumah dia pada malam hari. Siap bawa kengkawan dia dengan banyaknya..

    Nasib baik gajah itu landing kat kebun tu aje samil sondol sikit rumah wak.. wak apa lagi mengucap pepanjang ajelah kat dalam rumah…….heheheeh

    mungkin juga telinga gajah yg besar itu mampu org mengumpat dia….hmmm
    tapi rasanya telinga gajah tak sama dgn telinga kuali kot…..
    hehehhehe

    • Tie
      April 13, 2009 at 6:22 pm

      Gajah tu pendendam. Agaknya dia boleh rasa (tersedak kot !) bila ada orang mengata …..

      Sebab tu dia bawak rombongan cik kiah datang sama…he he… mujurlah rumah wak tu digesel2 je….. kalau tak…hu hu….tak boleh bayangkan laa…..

  20. iza
    April 13, 2009 at 6:55 pm

    Salammmmm Kakkkk Tiieeeeeee😀
    Syoknya jalan-jalan…
    Teringat jalan2 naik gajah, bila tengok si gembala ketuk2 gajah tu rasa belas pulak😦 Tapi Iza tak lah lompat turun dari gajah tu..tinggi wooo

    • Tie
      April 13, 2009 at 7:20 pm

      Eee……pernah naik gajah ??

      Napa tak ketuk gembala tu balik ?? Kesian gajah tu…..

  21. zareda
    April 13, 2009 at 10:01 pm

    tie
    gajah juga ada tabiat yang sadis iaitu apabila ada gajah tua yang tidak mendatangkan faedah kepada kumpulan gajah itu, ia akan dipinggirkan sehinggalah gajah tu mati beragan..

    sedih kan!

    • Tie
      April 14, 2009 at 7:11 am

      Ooo….ye ke ? Harap2 kita ni manusia tak lah buat gitu , ya….. walaupun ada sesetengah anak2 tu ada yang tak ambil peduli orangtuanya…hu hu…

  22. kin
    April 15, 2009 at 4:07 pm

    la….sian gajah tu dirantai kaki dia. Kat zoo tu, elok je gajah tak dirantai pun, kan? Charlie tu mengamuk tanda dia protes la tuh. Mesti la dia tak suka, bukan habitat sebenar dia.

    • Tie
      April 15, 2009 at 4:12 pm

      Haa….kalau kat zoo, gajah bebas bergerak.

      Tempat ni dekat dengan hutan. Kekadang mereka dibawa dlm hutan utk latihan.

      Charli tu mengamuk lepas latihan tu laa…… Agaknya dia keletihan… kesian dia…nak kena antar kat pahang pulak.. kena buang negeri..kih kih …

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: