Home > Bincang > Toyol

Toyol

Alamak….!

Betul ke ada toyol….?

Sejak kami pindah dok kat ulu ni, hubby Tie dah banyak kali hilang duit… Mula2 dia ingat tercicir, atau mungkin guna sendiri …….. Tapi, perkara ini semakin kerap berlaku.

Biasa, setiap kali dia dapat gaji, dia akan selitkan RM50 atau RM100 dalam wallet dia. Saja simpan di celah2 pocket wallet untuk emergency.

Namun setelah beberapa bulan, duit tu tak de… dah beratus lesap gitu saja.. Tapi, duit yang sengaja diletak di atas kabinet tak pun hilang. Heran betul. Napa pulak tuduh toyol , ya. Sebab bukan dia sorang yang hilang duit tanpa disedari. Ada beberapa orang penduduk quarters ni pun kena.

Yang anehnya, Tie tak pulak kehilangan duit. Tie pun suka selit duit dalam purse, dalam handbag, dan banyak tempat lagi. Macam mana ni……? Pelik bebenor……

Hmm….mungkin kena pakat buat sembahyang hajat ramai2 kat surau tu… Tapi, ada ke orang bela toyol ni…?

Tie macam susah nak percaya. Hubby pun bukan jenis orang yang percaya kat bomoh2 ni.

Hu hu….rasa tak selesa lak bila perkara ini berlarutan. Hmm….ada ke orang bela toyol ni ? Atau….betul ke toyol wujud…?

Categories: Bincang Tags: , , ,
  1. iu
    April 6, 2009 at 7:44 am

    agaknye kene letak kat kabinet jer kot.. pasni toksah letak lam celah wallet lg..nt ilang.. hehe

    • Tie
      April 6, 2009 at 7:44 am

      Ha ha…..nampaknya gitu laa……kih kih……

  2. Ain
    April 6, 2009 at 7:45 am

    toyol..???susah nak percaya tp ramai yg dh terkena. Toyol kepala hitam kot..???

    • Tie
      April 6, 2009 at 7:45 am

      Ha……abang ipar Tie pun kena ni…kat kampung.. Duit dia pun diselit kat dompet dia tu….. yang terselit tu yang hilang… pelik betul laa…

  3. Maza
    April 6, 2009 at 7:45 am

    apa nak dipelikan….

    selagi Allah SWT kata kun fayakun (izinkan)……maka boleh aje terjadi….. tiada barang suatu pun yg mustahil…

    Cuma yg mustahil bagi kita ialah Rasul itu dari kalangan wanita!

    Tapi kalau sedari awal lagi Tuhan mahukan Rasul itu wanita….hah! tiada yg mustahil juga ia akan berlaku..

    hehehheh

  4. Zareda
    April 6, 2009 at 7:46 am

    syaitan dan jin memang wujud..

    toyol??? tak dapek nak nulong jawab..

    • Tie
      April 6, 2009 at 7:46 am

      He he……. Jangan terserempak dengan toyol @ jin tu sudah laa…. rasa macam seram je…

  5. Maza
    April 6, 2009 at 7:47 am

    Seram lagi ular besar berwana hitam, bermata besar bernyala2 kemerahan…

    Sekali dia patuk 7 hasta terbenam mangsanya itu ke dalam tanah!

    Segala2nya bermula apabila lalaikan solat!

    HUHUHUHU

    • Tie
      April 6, 2009 at 7:47 am

      Ye la tu…..Insap ni…….hu hu….

  6. kakchik
    April 6, 2009 at 7:47 am

    kakchik ada baca dalam al-islam tahun lepas, toyol takde, hantu pun takde. yang ada hanyalah syaitan, jin & iblis yang membuat rupa. orang melayu kita yang bagi nama macam-macam biar ada perisa, sedap & seram sikit org mendengarnya.

    mmg ada org yg menggunakan jin untuk mencuri & macam-macam lagi.

    kak tie mungkin boleh cuba ‘memagar’ rumah dengan membaca Surah Yasin di setiap penjuru rumah, ada yg kata 40 kali tapi kami hanya buat setakat yang kami mampu je untuk elak syaitan/jin masuk.

    • Tie
      April 6, 2009 at 7:48 am

      Maksud kak tie toyol tu jelmaan dari syaitan dan jin laa…. Cuma fikir, ada lagi ke orang buat gitu…? Sebab kat kampung pun abang ipar kak tie hilang duit juga… Ish….dahlah budak2 gian tu lagi…..susah betul, kan…

      Cara pagar tu, mungkin boleh buat… thanks kakchik….

      • Maza
        April 6, 2009 at 7:48 am

        apa lak tak der nya org2 nak buat kerja2 mcm tu!

        Selagi ada napsu dan kehendak menjadi kaya dan hidup senang lenang bertakhta di dlm hati dan sanubari…..selagi itu ada sahaja manusia mengamalkan perbuatan tersebut sebagai salah satu usahanya…

        huhuhuhu

        Kekadang mereka tidak sengaja melakukan itu disbbkan terpaksa mewarisi si toyol… lantaran itu menyukarkan banyak pihak!

  7. Tie
    April 6, 2009 at 7:49 am

    Eh…..toyol in boleh diwarisi ke ??

    Tak pernah dengar pulak..!! He he….

    • Maza
      April 6, 2009 at 7:49 am

      ha! Oleh kerano ekau tak ponah dongar lah pasal toyol boleh diwariskan…..

      hari ini den kobar kan kat ekau…..”boleh jo” erk! ekau pun nak bolo satu ko?

      Contoh yg ketaro toyol yg diwariskan ialah, kek kampung den nie ha, mamat nie memang terkenal dgn kedajalannya….

      Semenjak dari muda hinggalah dah menikah…bab skodeng, main terup, kaki rembat rambutan, mencinuk durian, racing basikal… motor sekali lah…. memang diolah orang nye…

      Disebabkan keganasan dio jugalah org kampung pakat tuduh dan panggil dio toyol!

      Sekarang dio dah tuo, tapi perangai toyol dio tu telah diwarisi oleh anak eh! …

      Jadi eh, mamat itu sudah naik jawatan jadi bapak toyol, dan anak eh mewarisi sikap bapak eh!

      hehehehe

      apa macam cerito den, ada kaitan tak?!

      wakakakakak

  8. Intan
    April 6, 2009 at 7:50 am

    saya x sure ujud ke idak….kat kg ada gak isu ni….tp kat satu umah jiran ni…setelah d selidiki…rupanya perbuatan toyol pakai baju…huhu

    • Tie
      April 6, 2009 at 7:50 am

      Ha ha….samada anak, bini atau orang lain dlm rumah tu, ekk…. Tie pun terfikir… tapi budak2 tu dah biasa tgk duit atas meja. Lagi pun masing2 faham hukumnya mencuri.

      Kat rumah kak tie tak de orang lain. Kot2 kak tie ngigau ambik duit hubby, he he….tak tau lak….kih kih ….!!

  9. Zino
    April 6, 2009 at 7:51 am

    ada ke toyol tu… kalau di selit2 ilang lepas ni jangan selit2 agi letak je di tempat yg mudah di lihat.. toyol tak minat nak cuir kan hehe

  10. Maza
    April 6, 2009 at 7:51 am

    erk! kalau disorok di dada … macam mana pula ek!

    Kebarangkalian hilang dirembat oleh Toyol tinggi jugakah?
    Atau bapa toyol yg mengambil alih peranan toyol itu utk mencuit duit tersebut pula!

    (psst: special utk golongan bersalahan dgn maza aje)

    wakakakaka

    • Tie
      April 6, 2009 at 7:51 am

      Amboi……!!

      Ada pengalaman ke ?? Hi hi……….

      • Maza
        April 6, 2009 at 7:52 am

        ehem! ehem! (sambil membetulkan suara dan tempat duduk!)

        erk! lupo lak ttg pengalaman mcm tu…..hehehehe

        Raso eh, den lah yg selalu jadi maso cuit2 duit kat dada nun…..

        wakakakaa

    • Tie
      April 6, 2009 at 7:52 am

      Haa…..

      Tu laa…..dah cakap kat hubby, tok sah selit2 lagi duit tu…. Kalau nak simpan bagi je kat wife dia yang comel ni….kih kih….!!

  11. Maza
    April 6, 2009 at 7:53 am

    bagi maza.. Toyol ini memang wujud…

    Dia juga sejenis jin.. Sama juga halnya dgn saka yg pernah menghantui Tie itu..

  12. Maza
    April 6, 2009 at 7:53 am

    Tetapi di dalam hal Tie ini…..

    rasanya menambahkan lagi keyakinan maza, dalam menyelesaikan mysterious interrogation series (siri penyiasatan misteri)

    Melalui gambaran dan cerita yang dimuatkan di sini… rasanya maza boleh sahkan dan tahu perihal toyol itu….

    Kalau duit dah hilang dalam wallet si suami aje.. tempat lain tidak diusiknya …. rasanya maza boleh hidu, perbuatan itu memang perbuatan makhluk ‘halus’

    Kalau tidak salah, jarinya dulu mongel, cute,.. tetapi sekarang sudah gemuk, gendut dan hampir2 hilang ruas dari kelihatan.

    telapak tangannya juga ada bau tikus.. sebab rajin memangang tetikus!

    makhluk halus itu sedang merenung ke skrin ini dan membaca posting maza…. dan dia tinggal dan bermalam bersama hubby Tie….

    hmmm

    siapakah makhluk itu ya?

    psst: apa macam saspen tak?….

    huhuhuhu

    • Tie
      April 6, 2009 at 7:54 am

      Oooiiiittt….!!

      Jangan tuduh sembangan ekk !!

      Dah berbelas tahun hidup dengan hubby, kita ni la antara makhluk yang paling amanah tau..!!

      Sampai wang hubby pun turut dicuci sama…(terpaksa gi jemur lak bersama pakaian lain….) kes malas nak seluk poket ketika nak sumbat dlm mesin basuh tu….kih kih ….!

      • Tie
        April 6, 2009 at 7:54 am

        “Kalau tidak salah, jarinya dulu mongel, cute,.. tetapi sekarang sudah gemuk, gendut dan hampir2 hilang ruas dari kelihatan.

        telapak tangannya juga ada bau tikus.. sebab rajin memangang tetikus!

        makhluk halus itu sedang merenung ke skrin ini dan membaca posting maza….”

        Eh! Ekau ko yg dimaksudkan itu?!

        hmmm

        heheheh

        Den pun pornah la basuhkan duit sendirik…..reasonnya sama macam disebutkan Tie…tapi den lebih kepado lupa lah….

        lopeh tu, punyo lah den marah! wakakaaka

  13. Nazilyn
    April 6, 2009 at 7:55 am

    salam…
    tak tau pulak macam mane nak halau toyol ni… tapi kata orang tua-tua letakkan kacang hijau bersama dengan duit yang disimpan… bila toyol datang dia akan leka bermain dengan biji kacang hijau hinggalah terlupa nak ambil duit… Allahualam.

    • Tie
      April 6, 2009 at 7:55 am

      Laaa………ye ke…..?

      Nanti kak tie nak cuba laa….hi hi….. mana pulak nak cari kacang ijau tu… Hi hi hi…………..

  14. Juezura
    April 6, 2009 at 7:55 am

    salam kak Tie ..dulu2 ada juga dengar kisah toyol ni tapi tak tahulah akan kebenaran mahupn kepalsuannya .

    • Tie
      April 6, 2009 at 7:56 am

      Hmm………

      Itulah yang kak tie dok memikir ni…… tercicir atau dicuri….

      Tapi, tak kan selalu sangat tercicir…. dan kalau dicuri, siapa pulak, ek?

      Hu hu…bukan kak tie tau..!!

  15. Adila
    April 6, 2009 at 7:56 am

    errr.. sy xtau la bab2 ni

    sy pun suka letak byk tpt duit hahaha
    senang bila kluar psl sy mmg malas bawak wallet
    seluk2 poket haaaa ade pun duit WAKAKAKAKAK

    • Tie
      April 6, 2009 at 7:56 am

      Ha ha…..masa kak tie remaja macam Adila dulu, macam tu gak. Tak suka purse sebab berat je… Lagi pun senang nak jenjalan. Sumbat duit dlm poket seluar , mudah nak naik turun bas…he he…

      Lagi pun duit pun tak banyak. Kerja dulu gaji ciput je…..kih kih ..!!

  16. Ibnurashidi
    April 6, 2009 at 7:57 am

    salam….

    Mudah saja..baca yassin buat kenduri tolak bala dan solat hajat selalu. Insya’Allah dapat petunjuk. Apa yang penting cari dulu duitnya elok-elok ya..

    • Tie
      April 6, 2009 at 7:57 am

      Ooo…. Mekasih..

      Nanti kak tie suruh hubby buat, ekk…. Duit dia yang hilang… Duit kak tie ada pulak selamat… he he…

  17. Jm
    April 6, 2009 at 7:58 am

    saye dulu kt kwsn umah sy jenuh org asik ilang duit..time tu asal dpt gaji je… duit2 tu ikat dgn getah..pas tu boh rambut..haa..toyol takut dgn rambut ..takut terbelit leher.. ntah ye ntah tidak kak…

    • Tie
      April 6, 2009 at 7:58 am

      Hi hi……ikat getah ? Kalau setakat selai dua tu takkan nak ikat kot… he he… bukannya banyak duit tu… Pasal rambut tu, napa pulak..? Sebab tu dia botak, ek? Kih kih …!!

      Kak tie pun takut rambut tu… kes tgk citer antu Ju on…. hu hu… seram tgk rambut panjang…

      Tapi kan…… duit yang terselit tu yang ilang… Yang dlm tempat biasa tu ada…. Hubby kak tie saja selitkan duit tu utk emergency…….

  18. ujie
    April 6, 2009 at 7:59 am

    salam kak..

    toyol??he3

    kalau ikutkan mmg kurang nk caya beda2 gini..tp kalau ikut pgalaman mmg ada..

    kena jumpa ustaz atau org2 yang pandai dlm hal ni la yg boleh tolong tangkap toyol ni..kalau tak,alamat yer abis la duit kita..setiap bulan ilang…penat keje pas tu free2 je toyol kebas ..sungguh kurang sopan toyol ni..he3….

    • Tie
      April 6, 2009 at 7:59 am

      Hmm….hubby Kak tie tak caya sangat benda2 gini….. tu yang susah…

      Katanya dah nak ilang, biar je laa….. Hmmm…daripada ilang, baik bagi kat kak tie, kan? Dapat pahala lagik! kih kih ….!

  19. Izan
    April 6, 2009 at 7:59 am

    k tie,

    takutnya… org kata ikat dengan getah duit tu… tp tak taulah keberkesanannya.
    zaman sekarang bab itu tak pernah berubah… semua serba nak senang dari berusaha.
    k tie buat sesuatu… dia takut dengan kacang hijau tau(petua)…

    • Tie
      April 6, 2009 at 8:00 am

      Kak tie tak de kacang ijau….. Malas nak beli dan buat bubur kacang tu… Sebab masa kecik2 mak selalu sangat masak bubur kacang ijau, sampai naik jelak…hi hi…

      Kalau guna kacang dal, boleh tak..?

  20. Kujie
    April 6, 2009 at 8:00 am

    tie…kena simpan mcm org dulu2
    sedit celah bra
    hahahaha

    • Tie
      April 6, 2009 at 8:01 am

      Eeee……..Tie tak berani…..!!

      Kalau la jejari ijau tu meraba kat situ…? Tak ke haru nanti…..!! Mesti terus pitam nih!!

  21. Fiezabaiduri
    April 6, 2009 at 8:01 am

    eee..tak suker la tengok gambar tu. takut.hehe

    ada petua, selit sekali jarum.
    kot ada yg nk mengambil, sakit terkena jarum tu.hihihi..

    • Tie
      April 6, 2009 at 8:01 am

      Jarum…..?

      Kalau jari kak tie yang tercucuk , macam mana ?

      Eh….bukan kak tie tau…! Hi hi……………

  22. Izzah
    April 6, 2009 at 8:02 am

    kak tie..
    penah tak dgr org ckp letak kacang hijau..nanti toyol leka kira kacang tu..sampai lupa nak ambik duit..pastu bila siang dia kena balik…
    hehehe..tak tau la betul ke tak..
    tak de pengalaman..dan hopefully takkan alami…

    • Tie
      April 6, 2009 at 8:02 am

      Kih kih kih…….

      Tak sangka toyol pandai ngira, ekk…!!

      Nanti bila balik tangan kosong, mesti tuannya ngamok pulak…kah kah ..!!

      Nak kena cari kacang ijau ni… hmmm ….

  23. En_me
    April 6, 2009 at 8:03 am

    me hingat dah letak komen tadi malam.. hmmmm

    • Tie
      April 6, 2009 at 8:03 am

      Ooo…tak pe laaa…… dia merajuk kot…!

  24. Neeza
    April 6, 2009 at 8:03 am

    toyol ni golongan syaitan kan.. ada aje mereka ni.. untuk ganggu manusia..
    lagi dia ganggu lagi ramai manusia percaya pada bomoh..
    sebenarnya kita kena mohon perlindungan dari Allah.. (ilmu ni neeza dapat dari ustazah disini). Selalu mengaji dan meriahkan rumah dengan suara mengaji…
    Insyaallah toyol pun tak berani masuk kot..

    • Tie
      April 6, 2009 at 8:04 am

      Betul tu……….insyaAllah………Mekasih Neeza…🙂

  25. Nrina
    April 6, 2009 at 8:05 am

    penah dulu mak saya asyik hilang duit je..bukan singgit dua tapi limaploh..kalau seminggu amik sekali..mau tak ratus tu…

    bukan duit je hilang tapi kredit hp pun hilang…

    rupenye toyol kepala hitam..hehe..anak buah yg punye keje…sampai hati dok mengenakan datuk dan nenek dia..mentang2 org tua..

    • Tie
      April 6, 2009 at 8:05 am

      Kah kah kah …….!!

      Memang nak kena budak tu…..hi hi …!

  26. Nrina
    April 6, 2009 at 8:05 am

    penah gak sebelum tu g bomoh tanya apsal asyik hilang duit..syak toyol jugaklah..

    kata bomoh tu..hantu belaan..kihkihkih…mmg bela pun..tak bela, kebuluq plak hehe..

    • Tie
      April 6, 2009 at 8:06 am

      Hah!

      Toyol di bela sendiri…..keh keh …!! Len kali kena bubuh duit dlm bra, ikut kata kujie….

  27. nurdaniella
    April 6, 2009 at 8:06 am

    salam kak tie, ada orang kata, kalau nak bagi toyol tu leka, belalah ikan.. biasanya orang kata ikan betuk.. tak pun, suruh hubby kak tie letakkan rambut dalam wallet dia…. wallahua’lam..

    • Tie
      April 6, 2009 at 8:06 am

      Hi hi….kak tie malas la bela ikan…… dulu ada bela, asyik kak tie je yang cuci aquarium tu….

      Letak rambut, ya….. nantilah… hubby kak tie tu tak suka benda2 gini…..

  28. Ku tak sempurna
    April 6, 2009 at 8:07 am

    eeee….. sy tak pernah jumpe toyol…
    tak tau la wujud ke tak toyol tu…

    klu wujud, harap2 sy tak jumpa😀

    • Tie
      April 6, 2009 at 8:07 am

      Kak tie pun tak pernah jumpa toyol…….eee…..geli nya…kata orang dia bogel…..eeee…..

  29. Uncle Lee
    April 6, 2009 at 8:07 am

    Hi Tie, long time ago we had some very unusual happenings in my office.
    A Malay lady executive told me to invite a Bomoh to come semayang the office.
    And I still remember he telling us it was a ‘toyol’…. thats how I remember this word.
    A mischevious one.

    You keep well Tie, best regards, Lee.

    • Tie
      April 6, 2009 at 8:08 am

      Hi Uncle….

      Pernah jumpa toyol ke ? He he…. Kadang2 bukan kerja toyol, tapi orang yang menyamar toyol……tak boleh percaya sangat tu….

      Ceria selalu..!!

  30. Iza
    April 6, 2009 at 8:08 am

    Orang kata toyol warna hijou, adik beradik incredible hulk kot tapi berlainan genetik huhuu..
    Janganlah terserempak dgn menda2 gini…
    Syeramm

    • Tie
      April 6, 2009 at 8:09 am

      Kih kih …..

      Entah kenapa agaknya dia warna hijou, ekk? Hmm…….

  31. Dyg
    April 6, 2009 at 8:09 am

    hihi lawak la comment2 yang atas ni, dyg bace sorang2 leh tergelak..hihi toyol punye pasal…haha

    • Tie
      April 6, 2009 at 8:10 am

      Kih kih ……saja nak buang tebiat kot…!! sesekali, nak juga rehatkan minda…….ha ha…

  32. April 8, 2009 at 9:40 am

    Salam

    Duit 2 kene simpan dlm bank ALLAH, insyaALLAH x hilang le. he.he.he
    Baca manzil pd air n percil 4 penjuru rumah. InsyaALLAH, ALLAH pelihara.

    Ahlia Azhar

    • Tie
      April 8, 2009 at 10:06 am

      Salam,

      Terima kasih atas nasihat tu.

      InsyaAllah…. makcik akan buat tu.😛

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: