Home > herba, Pengetahuan > Jangan menangis lagi

Jangan menangis lagi

Mata dah tak tahan lagi. Menangis tak kira tempat. Sorang2 pun rasa hiba. Depan mentua lagilah tak terkawal. Nak buat macam mana. Sedih gak !

Walaupun tangan ni terus bekerja. Esakkan makin kuat. Puas Mek pujuk. Hubby cuma ketawakan je……… sampai ati…….

Itulah………salah satu masalah orang dapur ni. Setiap kali mengupas atau memotong bawang, mestilah rasa hiba tak terperi.

Kata omputeh…,”When you cut an onion, it releases a gas called Propanethiol S-oxide. When mixed with certain enzymes in the onion, it creates a sulfur gas. These gases then get to your eyes and create a mild acid which irritates the eyes.” (malas nak terjemah…he he..)

Jadi, untuk mengelakkan rasa sayu dan sedih tu, ini ada beberapa petua yang boleh mengurangkan pedih di mata… :-

  • Sejukkan bawang2 tu dlm peti ais 3o minit sebelum mengupasnya.
  • Bila memotongnya, jangan potong akarnya dulu. Akar bawang tu mengandungi sebahagian besar bahan kimia yang memedihkan mata.
  • Kalau ada cermin mata, bolehlah pakai….(toksah pakai sunglasses pulak, bahaya tu….)
  • Kunyahlah sedikit roti ketika memotong bawang…(Tie biasa kunyah kerepek….boleh ke..?)
  • Boleh guna food processor ….kalau banyak sangat bawang tu.
  • Guna pisau yang tajam.
  • Tie biasa rendam dalam besen berisi air bila banyak sangat bawang yang perlu dikupas (terutama ketika merewang kat kampung). Sambil kupas, sambil celup dlm air… Taklah sedih sangat…he he…

Kalau ada tips lagi, tambahlah …….jangan kedekut gak !

Categories: herba, Pengetahuan Tags: , ,
  1. makcik comel
    April 8, 2009 at 4:42 pm

    * Ain
    *

    bagus info ni kak tie. saya pun klu bab potong2 bwg ni surrender. klu kena rewang2 kenduri, selalunya saya x nak amik bhg potong bwg.hihi

    *
    kaytieze
    Hu hu…..kak tie pun gitu….

    Biasa kak tie capai timun tu…buat acar lagi senang…he he….sambil2 minum teh o tuan rumah….

    *
    intan
    sy mmg penangis yg berjaya tiap kali potong bwg….siap teresak2…sob sob..

    thanks kak tie tuk tips ni

    *
    kaytieze
    Ho ho…..ada peluang masuk AF tu…..hi hi….

    *
    Neeza
    Neeza ni pakai contact lense dulu. Sekarang, jarang2 aje pakai. Neeza perasan, bila pakai contact, mata neeza tak pedih bila potong bawang.. berkoyan koyan pun takpe.. tapi bila pakai spek, adushhh… cepat aje berair.. agaknya contact tu tutup ruang mata yang keluarkan bahan kimia yang kak Tie tulis kat atas tu hehee..

    *
    kaytieze
    Oh ye ke ?

    Tapi kalau kak tie tahan nafas tika potong bawang pun dapat kurangkan rasa pedih tu….

    Tahan kejap je…..takut tetiba pitam lak…he he..

    *
    Dyg
    kak tie, apa hubung kait kimia between makan roti ngan kupas bawang?? ke roti tu serap gas bawang? hehe blurr…

    *
    kaytieze
    Agaknya la……roti macam sponge, kan…. Ya la tu…….hi hi…..

    *
    zino
    kalau tak nak pedih mata.. pegi tunjuk je.. hehe

    *
    kaytieze
    Ooii……

    Tak larat nak tunjuk hari2….. Takut dapur pun terus kena sita nanti…he he..

    *
    kin
    saya memang pakai spek mata, kalau sikit2 je bawang yg nak potong, takde la ketara sgt masalah kluar air mata masa potong bawang nih… makan roti sambil potong bawang? apa kaitan tu yer?

    *
    kaytieze
    Kak tie bukan setakat makan roti….siap minum air lagik….tak tahan pedih dan sedih…he he…

    *
    MAZEMIE MAZ
    ada orang kata, cucuk bawang dihujung pisau sebelum potong bawang…

    Logged in as kaytieze
    *
    kaytieze
    Hmm……pernah dengar orang kata gitu…….cucuk roti pun boleh…

    *
    ZuMurphy
    Laaa….sedih potong bawang rupanya. Ingatkan cerita hindustan mana you tengok. I would just let my tears rolled. Biar menangis potong bawang jangan menangis terpotong jari. Aduh!

    *
    kaytieze
    Oh kak Zue…

    Tie tak boleh terus menangis…. nanti macam2 benda yang keluar….bukan setakat air mata je…kihkih ….!!

    *
    Uncle Lee
    Hi Tie, there is also a saying, ‘Life is like an onion.
    You peel it off one layer at a time and sometimes we weep’.

    But what would food be without onions…?
    You keep well, Tie. Have a nice day, Lee.

    *
    kaytieze
    Ni mesti tak pernah potong bawang…………..

    Untunglah Uncle…..ada mem yang rajin masak tu…he he..

    *
    Adila
    hahahaha ingatkan kenapa la tadi😛
    rupa2nya tips potong bawang hihihi

    sy slalu bila mula nangis2 potong bawang sy dok kat tingkat kasi angin sepoi2 bahasa tu tiup kan hahaha

    apa kaitan makan roti tu ek?
    kasi kurang concentrate time potong bawang pasal tu tak pedih mata? kot? haha

    *
    kaytieze
    He he…………

    Kak tie tak tahu laa pasal roti tu….Tapi kalau kak tie mengunyah, minum air..(pendek kata sambil makan2) dapat elakkan dari pedih mata….
    *

    *
    maza
    Hmm apolah korang nie…..sensitip botul….huhuhu

    Den lak, kalau potong bawang memang kegemaran lah…..hehehe
    Den buang kulit luar jo, lopeh tu, sebiji2 tu gak den campak ke dalam bekas blender…lepas tu apa laie……

    szrrttttttttt…………jadilah sambal tumis…..

    wakakakka

    (ayat eksyen dari maza)

    *
    kaytieze
    Ooo……..ngelat…!!

    Tak aci….! Tak sedap wooo……!!

    *
    kutaksempurna
    klu taknak pedih lagi, duk depan tggu makan je…

    hikhikhik kalau berani ikut la petua ni…
    pasti dapat balingan periuk drpd suami dan balingan batu lesung drpd mak mertua…

    aiiiyyyaaaarrrkkk…

    awat baling saya plak😛

    *
    kaytieze
    Ooiitt ..!!

    Bukan kak tie yang baling tau….!! kih kih …..!!

    Kalau ikut petua KTS, alamat pitam kelaparanlah kami anak beranak !! Siapalah nak masak…bibik tak de…he he…

    *
    Pearls
    lagi satu..
    kat hujung pisau tu, cucuk 1 bawang..
    pas tu kupas ar bwg dengan happynya..

    **aku tertipu.. menangis coz of bwg..
    huhu..

    *
    kaytieze
    Oo….kak tie tak buat gitu….susah nak percaya kat bawang, he he….

    *
    nekcun
    Tie… perasan tak, rasa pedih dan nak nangis tu kalo potong bawang merah atau bawang besar ajer… kalo bawang putih, tak rasa plak! Kenapa yek?… sape tahu kenapa?… Adakah itu adalah ‘sumpahan’ bawang putih yang telah kena aniaya oleh bawang merah?… hehehe…

    Logged in as kaytieze
    *
    kaytieze
    Agaknya bawang putih tu species lain kot !! Tie pun rela kupas bawang putih dari bawang merah…..selalu rebut bila time rewang….he he….

    *
    maza
    hahahahah

    aduhh….sakit perut den membaco komen si nekcun nie lah…..

    hahahah

    *
    kaytieze
    Sakit perut ?

    Gi makan bawang putih……hi hi….

    *
    maza
    eh! serius ke Tie… kalau sakit perut makan bawang putih!

    Setahu maza kalau perut kembung ke, berangin ke….elok makan halia!

    huhuhuh

    maza: mohon pedoman dari nenek kebayan tinggal tunggul gigi 2……hehehhhe

    *
    kaytieze
    OOiitt !!

    Bila masa kita jadi nenek kebayan ni ?? Ini makcik masih comel lagi laa….kih kih ….!!

    *
    cintacukulet
    hehe..ingatkan nangis pasal apa..senang je tak nak kasik pedih, potong bawang sambil pejam mata la hahhaaa

    *
    kaytieze
    Kira pro la tu, potong bawang sambil pejam mata tu…. Biasa kak tie pejam mata bila tumbuk sambal je…..kih kih………..!!

    *
    zareda
    tie
    ada 2 petua

    1. selitkan bawang pada hujung pisau.. bawang tu akan menyerap gas bawang yang sedang dipotong..

    2. masa potong bawang jangan mengadap angin bertiup.. bila angin tiup gas terus ke mata..

    *
    kaytieze
    Ha ha……yang ke 2 tu memang tie buat….kekadang sengaja cari kipas halakan, supaya gasnya terbang ke arah lain, he he…

    Yang pertama tu tie akan cuba …..kalau menjadi bagus gak…

    *
    iza
    Laa suspen ja Kak Tie ni, ingat sedih pasai apa. Pasal bawang ropanya. Hehee.

    Pakai cermin yg orang pakai pi snorkeling/scuba diving tu gerenti tak sedih dah. Kedap udara
    hehee.

    *
    kaytieze
    Kih kih …..ada gak kena kelentong…

    Ooo…..kalau ada tentu Kak tie pakai… tapi kalau depan mentua, takkan nak pakai, kot… he he……
    *

    *
    mak su
    kata orang pedih mata sebab badan banyak berangin ek… kena byk minum ‘alia ler plaks kaedahnyer🙂

    *
    kaytieze
    Hah ? Air halia ke ?

    Ooo…… Tie suka tu….. tapi bimbang kot2 keluar angin yang bunyi tu, hi hi……

    *
    Dyg
    haha lawak kak tie ni. time potong bawang leh makan roti siap minum g…haha..kalau dalam bidang komputer, kak tie boleh dikategorikan sebagai multitasking processor ni ..hehe gurau je eh..anyway, kak tie best!

    *
    kaytieze
    OOiitt !!

    Jangan tak tahu…….. kak tie memang boleh buat kerja sambil makan.. Hubby pun bising…

    Sambil masak, sambil ngemas boleh ngunyah lagi… sedar2 air seteko dah abis…hi hi.. adik ipar kak tie pun heran… Kerana itu, bila dah siap masak, kak tie yang rasa kenyang nya…he he….

    *
    Yunus Badawi
    Saya selalu tolong isteri tumbuk bawang yg dia dah siap kupas hehehe

    *
    kaytieze
    He he…bertuah dapat hubby rajin….hubby mithali……

    *
    muhammadsayyid
    walaupun lelaki syd suka masak..tapi bab potong bawang ni mmg plg lemah..kalau potong bawang mesti nak cepat2…tak tahaaaaan~

    dah lama ni x buat speghetti…teringin la plak~huhu

    *
    kaytieze
    Oooo……nanti kalau siap spaghettinya, jangan lupa antor kat ganu tau…!

  2. May 1, 2009 at 11:20 am

    pedih…adoi pedih mata… beli yang dah siap kopek pun ok jugak!! tak keluwo ayor mate..

    • Tie
      May 1, 2009 at 11:52 am

      Oh bulan……….. macam mana pulak boleh pedih mata tu… napa tak mintak tolong dari bintang ?? Waaakakakaaa………..

      Ada ke yang siap dikopek tu ?? Tak pernah jumpa gak !!

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: