Home > Tingtong > Hentikan lah !

Hentikan lah !

February 27, 2009 Leave a comment Go to comments
Aduh…….letih gak…!!

Pening pun ada, dan telinga ni macam nak berasap je. Sana sini orang kutuk mengutuk ! Tak kiralah orang politik, pihak media, artis mahupun orang biasa2 macam makcik ni….

Bukan nak kutuk sama…. oooh tidak !

Makcik ni masih waras….belum betul2 tingtong lagi… Cuma rasa malu……… rasa sedih dan kesal bila kita yang sepatutnya bersyukur atas nikmat ini (masih boleh bernafas dan bershopping lagik!),boleh ada masa untuk bertelagah dan mencari salah orang.

Aduhai……..!! Sayang semua……………Rasa nak pergi ke puncak gunung ledang tu dan pekik pada semua yang suka berbalah ni……

“Hentikanlah….!! Makcik dan anak2 semua hendak hidup dengan aman !”

Sayu rasanya bila saudara2 kita di palestine tu merana tanpa tempat tinggal, kekurangan makanan dan tanpa orang2 yang disayangi. Kenapa pula kita di sini sibuk mencari salah sesama sendiri ??

Cuba lihatlah rupa kita di cermin tu………..(rupa Tie dah jadi macam kat atas tu )

Hebat sangatkah kita ni ?? Adoi……………!! Cukuplah sayang ooii! Makcik dah tak tahan bila tgk berita kat tv tu dan makcik dah cukup bosan baca akhbar2 .

Kepada semua , hentikanlah kutuk mengutuk ni…… Mengucaplah banyak2! Takut tak sempat nak mintak maaf ni……… Entah esok kita hidup lagi ke??

Insaflah sayang ooii !! Makcik ni takut sangat. Mana tau tiba2 Tuhan tarik balik nikmat yang Dia berikan kepada kita selama ini.

Udara yang membolehkan kita bernafas. Makanan enak yang kita makan. Kesihatan yang baik. Kerja , rumah serta harta ini. Dan tanah tempat kita berpijak …………Semua ini hanya pinjaman saja.

Tak ingat ke tsunami yang melanda dulu ? Banjir di Johor juga ? Adoi……….cukup laaaa…… Makcik letih ni……….Sama2lah kita insaf, ya.

Lihatlah apa yang kita ada. Berbaik2lah sesama insan. Usahlah berbalah lagi……..hu hu…….

P/s: Maaflah…..makcik ni emo lagi….

Categories: Tingtong
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: