Home > Tag dan award > Warkah Cinta

Warkah Cinta

February 26, 2009 Leave a comment Go to comments

Adoi mak !! Abang Long bagi Tie soalan ni. Katanya bukan tag. Hm……pandai betul dia, ekk !

Tie pernah terima beberapa warkah cinta dulu (dulu kala tau !) Tapi ‘warkah’ yang ini paling pelik sekali….. Nanti Tie tunjukkannya di akhir sekali…kah kah kah !!! (shh…….hubby tak tau nih !)

1 – Bila kali pertama menerima WARKAH CINTA ?
Masa study dulu….tahun 1986 kot….

2 – Dalam WARKAH CINTA ada lirik lagu atau puisi atau pantun atau syair atau sajak ?
Ada

3 – Dalam sampul WARKAH CINTA, ada ditabur bedak atau haruman ?
Hmm…..mungkin ada sebab bau wangi…hi hi…

4 – Masih disimpan semua WARKAH CINTA ?
Simpan yang satu nih je……he he..

5 – Ada disertakan gambar ?
Tak….gambar dia bagi asing…..

6 – Masih disimpan WARKAH CINTA itu didalam sampul asalnya ?
Warkah cinta ni bukan dlm sampul. Ia digulung macam orang terima diploma…ha ha……

7 – Pernah dibaca selepas itu ? atau disimpan buat kenangan dan sebagai harta ?
Baca lirik je laa……. Simpan bersama sijil2 lama Tie tu….. Kira sijil jugak kan…..

8 – Tarikh WARKAH CINTA pertama yang diterima ?
Ho ho …..Tak ingat pulak !

9 – Adakah sesiapa yang tahu tentang WARKAH CINTA anda ? Umpamanya anak atau saudara ?
Bestfriend sorang. Hubby dan anak2 tak tahu pun sebab ianya cuma lirik lagu…

10-Pendapat ANDA. Mana lebih mendebarkan … antara Surat @ WARKAH CINTA atau emel atau sms ?
Makcik ni kolot… tentunya fikir warkah cinta .

P/s : Surat cinta dari hubby, dia sendiri yang buang…. malu katanya….Jangan bimbang, hubby Tie takkan marah pasal ‘warkah cinta’ ni…. Paling teruk pun kena cubit manja…..adooiii !!

(Masa tu lagu ni tengah top !! klik laa…..)

Entah kenapa dia bahasakan dirinya big brother. Tie lupa nak tanya laa….. Tapi harap2 ‘big brother’ takkan ‘terbaca’ blog ni……….. takut pecah tembelang makcik misteri nih!!

Psst !! Abang Long…..ada ganjaran tak ?? Tie siap tepekkan bukti ni……hi hi…………..

Categories: Tag dan award
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: