Home > Terkenang > Cerita makcik2

Cerita makcik2

February 15, 2009 Leave a comment Go to comments

Suka tengok tak cerita Anak Betong yang dilakonkan oleh Sheila Rusly tu? Tie tengok sekali sekala je…. tak de la teruja sangat.

Cuma kisah pohon buluh ni mengingatkan Tie akan satu peristiwa semasa belajar dulu. Masa tu Tie temankan seorang kawan untuk ke koperasi asrama kenanga. Kat asrama chempaka, tempat Tie tinggal, tiada kemudahan itu.

Kawan Tie tu, Ida namanya sarankan kami ikut jalan pintas je. Hari dah malam, dia bimbang koperasi tu tutup. Malangnya jalan pintas itu terdapat rimbunan pohon buluh. Tie memang tak selesa dengan pokok buluh ni.

Sebabnya masa kecik2 selalu dengar cerita kisah hantu…..tak tahulah dari siapa. Perasaan takut tu timbul sebaik saja melaluinya. Dalam hati ini Tie baca surah2 yang Tie hafal.

Entahlah macam mana, malam tu Ida diganggu oleh tangan berbulu. Tie tersedar dari tidur bila terdengar bunyi kecoh2. Bila tengok jam, tepat pukul 12 malam . Ida menangis ketakutan. Mujurlah kami satu dorm bersama2 menenangkannya. Itulah antara kebaikan tinggal di dorm ni.

Adakah peristiwa itu disebabkan oleh pohon buluh itu? Atau lebih tepat lagi setan yang dok kat situ sengaja menguji Ida? Kesihan Ida tu. Dia memang lemah semangat.

Sejak peristiwa itu, Ida berubah, mula2 berjubah, kemudian berpurdah.(masa tu memang pelik sikit tengok orang tetiba berpurdah ni..) Akhirnya dia terpaksa mendapat rawatan sakit jiwa kerana sering bercakap sendirian.

Segala yang berlaku adalah kehendak Allah. Dan berkat doa serta usaha ibubapanya, Ida kembali belajar setelah 6 bulan berehat. Dia kelihatan ceria sekali bila dapat sambung study. Alhamdulillah, Ida dapat tamatkan pengajiannya.

Masa dia sambung study, Tie telah pun tamat pengajian. Akan tetapi, kerana stress, dok melangok kat rumah (kerja susah nak cari, ooii!), Tie pun ‘melawat’ teman2 kat ITM tu. Maka jadilah setinggan kat bilik Ida tu satu malam.

Setelah Ida keluar , Tie ternampak beberapa botol ubat atas meja. Ida masih lagi ambil ubat2 penenang tu. Hmm…… makcik ni punyalah tongong, oleh kerana malam tu tak dapat tidur dek terlalu sedih, Tie telan sebijik,(tanpa pengetahuan Ida) konon2 dengan harapan dapat mimpi jumpa prince charming…….

Still tak boleh tidur, Tie pergilah kat balcony tu, menung sendirian sambil tengok bulan….. Tiba2 terdengar bunyi riuh….. dan terasa tubuh ni diheret oleh beberapa orang (girls kat level tu). Laaa…….rupa2nya Tie hampir pengsan!(atau tertidur, he he……)

Pil tu punya pasal laa…. Agaknya nak tidur kat balcony, kot! Mujurlah tak terjatuh dari situ…… hmmm…..Lupa pulak nak ucap terima kasih kepada yang menolong tu. Makcik ni masih lagi panjang umur…(tingkat 3 tu….).

Tak sorang pun tahu sebab2 Tie pengsan. Inilah pengakuan Tie yang pertama……… di sini…….. Teruk kan? (Aza…..janganlah terkejut!!)

Kali terakhir Tie dapat khabar dari Ida ialah ketika terima kad undangan perkahwinannya….Dia berkahwin lebih awal dari Tie…Tentu anak2nya dah besar sekarang…Harap2 dia bahagia….

P/s : Entry ni tiada niat nak menakutkan sesiapa dengan pokok buluh tu. Tentunya segala yang berlaku, secara kebetulan je. Setan tu ada di mana2….bukan di pokok buluh je…….he he…..

Oh ya, jangan ambil ubat sebarangan. Jangan tiru perangai makcik ni. Tie dah serik laaa……… Kalau rasa tertekan, carilah teman supaya dapat luahkan sesuatu… Atau tulis je dlm blog…..kena kutuk pun tak pe….hi hi……..Ada orang nak kutuk ke??

  1. Tie
    July 27, 2009 at 4:12 pm

    #

    maza

    Pokok buluh tempat biasa ia melepak..

    org tua dulu2 tak bagi budak2 bermain galak di situ… Bukan apa, banyak bisanya.
    Bukan sahaja binatang berbisa, tetapi fizikal buluh itu sendiri boleh membahayakan kesihatan kalau tidak kena gayanya..

    Seperti miang buluh, atau tercucuk dengan runcing bulu. Tercucuk runcing bulu amat berbahaya, Daging yg tercucuk itu akan garit, dan bersepai…huhuhu

    satu lagi, kalau nak halau ular yg berbisa, elok gunakan buluh!

    dan akhir kalam, …. akhirnya maza menggunguli pengomen pertama di sini….wakakakak

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    He he…….suka la tu dapat mengomel awal2 lagi……….. Tak tido ke ? Atau tak boleh tido??

    Memang betul, buluh boleh menghalau ular…….tapi tak pasti sebabnya…..

    reply
    #

    kin

    5 months ago
    eh, ngeri eh cerita pokok buluh tu..hehhhe… hmm… agaknya kebetulan je kot, masalah kawan kak tie tu timbul selepas lalu kat pokok buluh tuh… harap kawan kak tie tu dah ok sekrg…

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Kak tie memang seram dengan pokok buluh tu…..tapi kalau siang hari tak de la takut….hihi…

    Dia dah ok…..tapi tak tau dok mana…..

    reply
    #

    Tirana

    5 months ago
    Saya pun tak suka pokok buluh, bukan sebab ada hantu tapi sebab pokok buluh tak friendly..siap dengan miang dia tu..itu yang tak suka..hehehe..

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Pokok pun ada yang tak friendly, ek…..he he…… betul la tu….. Miangnya bahaya…….

    reply
    #

    Adila

    5 months ago
    pokok buluh.. errkkk
    kat skolah sy time skolah menengah ade pokok buluh
    dulu2 slalu lepak dkt2 situ hahaha

    pokok buluh tu kena “trim” psl tu port yg plg best utk sesape yg nak mrokok kat skolah hehehe

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Laa……..napa pulak suka lepak kat situ….. pokok buluh hiasan kot.

    Kesian pokok tu, tak pasal2 kena trim , ye…..

    reply
    #

    ain

    5 months ago
    saya pun takut dgn pokok2 buluh ni. Dulu kecik2 nk gi sekolah kena lalu kaw yg byk pokok buluk..besar2 pulak tu..normally klu sampai je area tu..we all akan lari lintang pukang sampai lps..then baru le jln cam biasa. Mengahnyaaa!!!!

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Hahaha……..lucu lak!

    Zaman budak2 dulu memang best! Pokok buluh kat kampung tu memang besar2….seram, ek.

    reply
    #

    ain

    5 months ago
    ops..lupa nk share 1 pokok lg. pkk pisang pun sy takut sbb abg ipar saya dh berapa kali jumpa pompuan rambut pnjng dok bwh pokok pisang dpn umah dia. seramnyaaaa!!!

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Ho ho…..pokok pisang…….agaknya suka makan pisang kot!!

    Takut laa…..rambut panjang…..hu hu…….

    reply
    #

    chekdenoor

    5 months ago
    Salam….hmmm…….risau gak gak dengan pokok buluh ni…… tapi….projek chekdee untuk rumah baru chekdee ialah nak tanam pokok buluh di sekeliling pagar belakang……hmmmm……rasanyer kalu pokok buluh perhiasan tu…yang daun dia hijau muda dan batang nyer kurus….ok lah kut kan…kan…kan…. heheheheh

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Chekdee, pokok buluh hiasan memang cantik.

    Tie pun ada tanam…yang hijau muda tu dan batangnya halus2. Selalu burung buat sarang dalam rimbunan pokok tu….

    Tak pe ……tak de hantu kat situ……sebab tak muat nak nyorok…he he…..Toksah takut laa…….

    reply
    #

    suzi

    5 months ago
    saya pun seram dgn pokok buluh ni sbb duk dengar mcm2 cerita hantu…bunyi pokok buluh kena tiup angin pun seram gak kan??

    pasal kwn kak tie ckp2 sorang2 tu teringat saya kat sorang senior masa kat mrsm muar dulu…selalu duk sorang2 dan ckp sorang2…org pun takut nak kwn dgn dia…kdg2 kesian lak kat dia…kat mana dah dia sekarang ye…

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Laa…….suzi pernah dengar tak bila tingkap atau pintu bercermin ditiup angin?? Bunyinya sebijik macam bunyi hantu…oooooooooo………eeeeeeeeee……..

    Rumah tie guna pintu sliding. Bila angin kuat sikit je, mesti bunyi gitu. Kalau sapa2 tak biasa tentu terkejut dengar. Adik ipar Tie tu penakut. Kelam kabut dia bila dengar bunyi angin…he he….

    Tie pun heran, kenapa dia cakap sorang2. Tak pernah tanya dia, tapi dia terlalu lurus. Bila dia terlupa baca bismilah, cepat2 dia buang semula makanan yang dia telah makan…. kesian gak. Tapi sekarang dah ok….

    reply
    #

    nurdaniella

    5 months ago
    salam kak tie.. pokok buluh?? huhu.. memang menakutkan.. teringat masa dok asrama dulu.. ada serumpun pokok buluh kat belakang asrama.. budak2 kalau kena histeria, semuanya nak ke pokok buluh tu.. kenapa yer??

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Oh ye ke??

    Hantu kat pokok buluh tu yang panggil kot! Eee……takutnya………

    Agaknya seronoklah setan2 tu mengganggu budak2 tu……kesian……

    reply
    #
    izan

    5 months ago

    k tie,

    luculah… awatlah yang cuba2 nak makan ubat kawan tu… dia ada doktornya… k tie?

    takut juga dgn pokok buluh ni.. tp jiran zan tanam juga kat lereng bukit, belakang rumah, sebab cek lar rajin naik. petuanya ngan buluh….

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Hi hi….masa tu kak tie tak cerdik lagi……

    Memang betul tentang buluh dan ular tu, tapi kenapa, ek?

    reply
    #

    Neeza

    5 months ago
    seram jugak cerita kak TIe ni.. ingat lagi masa neeza ada kursus tuition darjah 5 (masa nak penilaian darjah 5), Duduk di hostel dengan kawan-kawan. Sekali tu kawan neeza tetiba berdiri tegak (masa tengah gosok gigi), Neeza takut betul.. dia kata dia nampak muka dia gosok gigi penuh dengan darah dicermin.. tak tahulah kenapa.. mungkin hostel tu keras kot..

    tapi memang lawak la kak Tie.. camne lah boleh pengsan tak sedar hehee..

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Cerita pasal tu memang kak tie dengar dulu… Takut nak gi bilik air sorang2 tgh malam…hu hu….mesti ajak kawan temankan…..

    reply
    #

    ateh

    5 months ago
    hahahhahahahaha..mcm mane leh pengsan ni.klu tau dek org menolong tu..malu je.hihiihii.

    takut gak tau cite akk ni.mule2 ateh nak bace mlm tadi.tp tak jadi la..bacepagi ni la.hahahhahaha

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Adoi……….itulah kali pertama kak tie pengsan dan terakhir kot!!

    Ateh takut apa pulak? Orang lelaki pun takut jugak ke?? Ha ha…….Macam perangai si bujang kak tie je…..

    reply
    #

    kutaksempurna

    5 months ago
    teringin nak tgk buluh perindu… betul ke boleh sedapkan suara??

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Eh…ada ke pokok buluh perindu tu??

    Macam mana pulak nak sedapkan suara ? Telan sebatang ke?? Kah kah!!

    reply
    #

    nazilyn

    5 months ago
    salam…
    masa kecil-kecil dulu selalu mandi kat paya… kat tepi paya selalunya banyak pokok buluh… kalau mandi time maghrib seramnya… sambil jalan sambil pandang pokok buluh mana tau ternampak anak buluh betong… hihihi berani seram.

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Laa……berani betul mandi kat paya……..

    Tak jumpa ikan belacak ke?? Kak tie suka tengok ikan tu lompat2 dlm lumpur…cute je, hi hi….

    reply
    #

    fuad

    5 months ago
    Salam..ziarah..jemput muzakarah di blog saya…dan sila add blog saya…

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Salam…. senang nanti kak tie datang laa…..
    reply

    #

    framestone

    5 months ago
    akak
    kalau anak buluh meriam pulak rase2nye cammne ek…buluh lemang ke
    reply

    #

    kaytieze

    5 months ago
    Eh…tak pernah dengar tak buluh meriam tu…..

    Buluh buat lemang tu tahu yang siap dah ada lemang je…. Pokoknya kak tie tak kenal laa….

    reply
    #

    kak ezza

    5 months ago
    hmmm, orang kata kat perdu buluh selalu ular suka lepak..ntah laa ya..apa bende nya anak buluh betung ni…cerita dolu dolu jer..sekarang ni pokok buluh ni orang beli buat hiasan …kalau akak lak,akak nak tanam buluh yang buat lemang tu..ada jugak faedah nya..kan Tie…
    Hang pi kat blog masak akak..collect award ya…jangan marah!!!
    http”//rohaizahabas.blogspot.com

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Kak ezza,

    Pokok buluh utk buat lemang tu besar tau…. biasa orang carik kat hutan! Kang ada pulak nak numpang duduk! Eeeee…..takut laa….

    Tie tanam buluh hiasan je…..suka tengok daun2 nya yang cantik tu…he he…

    reply
    #

    izzah

    5 months ago
    kak tie nie kelakar la..ada ke makan ubat org sesuka hati jer..nasib baik selamat tau..
    memula baca entry mcm seram..dah last2 jadik kelakar pulak…
    tapi tu la kak tie..mesti ada humor..

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Hi hi…

    Kawan kak tie selalu kata kak tie ni kelakar….tak perasan pulak….hihi….

    reply
    #

    Desperado

    5 months ago
    Salam ziarah….

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Salam kembali…..

    reply
    #

    kak ezza

    5 months ago
    tie,mintak maaf,salah url laa…dapor kak ezza..http://ezzaaziz.blogspot.com

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Okay !

    No problem !!

    reply
    #

    nahmy

    5 months ago
    iktibar utk diri ini….dan mmg betul setan tu ada dimana2. yg tragisnya kita lupa yg setan tak pernah lupa utk ganggu kita…kan??

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Hu hu….memang setan tu ada di merata2… Dalam hati pun ada…hu hu…

    reply
    #

    hashim habeed

    5 months ago
    Dulu masa duduk kat kampung delakang rumah je ada Pokok Buluh… Pokok Langsuir, Pokok Duit Hantu semua ada tapi saya tak pun takut…
    Kecuali pokok yang daunnya cam Aloevera tapi berduri kat tepi dan hingga kat atas biasanya orang letak kulit telur kat hujungnya…. Kerana pokoknya ular suka berteduh

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Pokok tu Tie pernah main2 masa kecik. Durinya tajam. Tak tahu pulak ular suka duduk kat situ…..hu hu….takutnya…..

    reply
    #

    framestone

    5 months ago
    mungkin kak tie pernah membacanya..yg pasti semuanya dari apa yang saya perhatikan untuk kebaikan blogger wanita

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Ha ha…makcik ni ada kalanya terbabas sikit….

    Tak pe laa….selagi orang tak kenal siapa kak tie sebenarnya, tak delah rasa malu sangat… tapi kak tie tetap berhati2….. Mekasih ye dik!

    reply
    #

    nekcun

    5 months ago
    Citer tentang hantu nih, teringat masa nekcun kanak2 dulu. Nekcun pergi mengaji ngan kekawan malam lepas isyak di surau. Jadi bila balik masing-masing guna torch light. Cuma nekcun sajer yang selalu lupa bawa torch light dan rajin tumpang kekawan lain. Satu malam tuh, kawan nekcun yang selalu lalu depan rmah nekcun tak datang mengaji, jadi nekcun terpaksa jalan dalam gelap dari rumah kawan sorang lagi sampai ke rumah nekcun lebih kurang 100 meter. Nasib baiklah nekcun nih ‘sprinter’ masa muda2 dulu, jadi nekcun pun pecutlah… tetapi nekcun rasa hairan kerana nekcun tak rasa gelap pun, seolah ada lampu yang tolong suluh jalan nekcun. Tapi bila nekcun sudah sampai rumah tiba2 jer cahaya tu hilang dan ada bau wangi pulak. Sampai sekarang nekcun tak tahu sape yang suluh nekcun masa tu dan kenapa bau wangi tu ada. Oleh kerana masa kanak2 dulu perasaan takut tak pernah timbul, maka perkara2 seperti itu tak pernahlah nekcun nak ambil tahu… bila baca citer Tie ni, baru teringat balik kisah tuh!..

    .
    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Hi hi….lucu pulak citer Nekcun nih!

    Tak dapat bayangkan nekcun masa kecik2 dulu berlari macam ribut!

    Tie rasa antu tu kesian kat nekcun, sebab tu dia tolong suluh lampu…hihi….Mujur baunya wangi, kalau busuk tentu lagi haru….he he..

    reply
    #

    ima

    5 months ago
    kak tie, lain kali jangan suka makan ubat sembarangan…..bahaya tau,
    pokok buluh untuk hiasan tu memang cantik….teringin jugak nak beli,tapi bila teringat kenangan lalu takut lak nak memilikinya…..

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Ima pun ada kenangan lalu ke?

    Napa tak cerita kat sini?? Nak gak tahu….hi hi…

    reply
    #

    muhammadsayyid

    5 months ago
    isk…boleh ke makan ubat tanpa indication??bahaya kak tie ooii…lebih-lebih ubat yang kuat cam tu…isk2…untung ada orang perasan kak tie pengsan…kalau tak dah selamat tido kat balcony la jawab nye..hehehe~

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Kak tie tak buat lagi daa…….

    Dah serik laa…. Dulu, ingatkan pil tidur….rupanya pil pengsan! He he…

    reply
    #

    kak ezza

    5 months ago
    tie,
    nape ko ni..sakit ker..macam mana la akak nak contact kamu ni…kalau ada apa apa masaalah..email me ..az_iz82@yahoo.com
    jangan la segan…kita tukar tukar fikiran ye

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Mekasih kak!

    Rasa nak peluk2 je akak nih!!

    reply
    #
    jm

    5 months ago

    tak brani nk bace sbb dh tgh malam..esok2 la JM bace..huwaa… atottt

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Tok sahlah takut sangat!

    Nanti ‘dia’ datang melawat pulak! he he….

    reply
    #

    Kujie

    5 months ago
    suka pokok buluh…. mmg pernah minta suami nk tanam…buluh jepun tu..tapi kata org ular suka kt pokok buluh….seram pula..tak jadilah

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Hmm…..orang kata ular takut dengan buluh..

    Tapi tak tahu lak ular suka duduk kat pokok buluh…. Hmmm….konfius pulak.
    reply

    #

    fazemy

    5 months ago
    Saya pun ada crita psl pokok buluh ni. Dulu tepi rumah MIL ada serimbun pokok buluh ni. Slalu la kejdian aneh berlaku. Akhirnya diorg bakar pokok tu. Smpai polis dtg rumah. Ingt api apa. Lepas tu dh takde dh hantu dtg kacau. Wallahualam.

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Wah……..

    Gitu rupanya. Memang sahlah, setan ni berkenan betul duduk kat situ, ekk. Kat pokok besar pun dia suka…agaknya sejuk, kot!

    reply
    #

    puspawangi

    5 months ago
    Laaa….yang tie pegi makan ubat tido tu sapa suruh, nasib baik tak jatuh dari tingkat 3 tuh…Tie ni mmg kelakor lah..

    .
    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Tu laa…

    Masa muda2 lagi pun dah tingtong!!

    reply
    #

    eida

    5 months ago
    ida tak berani tgk citer anak betong tu.. hihi penakot.. kak tie ni wat lawak leh pulak makan pil tu yerk… sib bbaik tak jatuh ke bawah tau…

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Laa…citer anak betong tu tak takut langsung laa….. Citer omputeh lagi takut tau…….yang underworld lycons tu.(ngeri )….eh..betul ke ejaan tu… tak ingat laa….

    reply
    #

    maza

    5 months ago
    Tie nak tanya. …..ke manakah Ismail N menghilang ek?

    waaa rindu lak kat dia…..huhuhu

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Ho ho……..nanti Tie gi ambik belanga dari pak belalang tu….. Dah lama dia pinjam, tak pulang2 pun!

    Nanti bolehlah Tie telek, ok ?? Kah kah !!

    Hmmm…..Rindu kat dia sorang je ke??

    reply
    #

    honey bee

    5 months ago
    kek tie…
    pokok buluh nie memang banyak ceritanya…lagi seram kalau dengar bunyi si burung han.. sekali…hihihi…

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Ooo…..kak tie dah lama tak dengar bunyi burung hantu…….

    Dok kat sini tak ada pulak. Teringin nak dengar laa…he he…..

    reply
    #

    iza

    5 months ago
    Salam Kak Tie… Lah nasib baik tak jatuh bangunan tu..ingatkan dah makan pil kawan tu, Kak Tie pun ikut nampak hantuk…huhu…pil tidoQ rupanya.
    reply

    #

    kaytieze

    5 months ago
    He he…….Masa kecik je nampak antu tu…. Sekarang ni antu malu…tak nak tunjuk kat Kak tie…hi hi…… eh..takutlah…

    .
    reply
    #
    i

    zan

    5 months ago
    k tie,

    kemana tuuu……. haaa…nmpk k tie jalan2 tu….

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Kak tie dok bertapa kat sini, zan… Tak kemana pun…….

    reply
    #

    callister

    5 months ago
    ish…seram bulu roma dgr kak tie cerita ni tau….
    dulu sy pun lemah semangat gak tapi skang mcm dah ok..
    alhamdulillah..

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Baru citer tangan berbulu je…..belum lagi dia tunjukkan diri…. he he..

    Penakut betul callister nih!!

    reply
    #

    callister

    5 months ago
    hehe…sy memang penakut…
    kalo dia tunjukkn diri, sy nk pengsan aje..
    xnk ah lari nanti dia kejar…

    reply
    #

    nono

    5 months ago
    salam kak tie..🙂

    meremang bulu roma saya bila baca part tangan berbulu tu. sekarang pukul 2.25am and saya duduk di meja belajar dengan tingap sebelah kanan saya terbuka luas.. after membaca entry ni saya terus bukak ayat2 quran.. huhuhu…

    kelakar pasal kak tie pengsan tu.. hahaha. berani betul telan2 ubat nie eh.. saya dulu pun pernah terpengsan dalam 2 mins kot.. masa tu saya duduk buat kerja dengan laptop, then saya stretch body saya and tiba2 saya rs macam jantung saya berhenti.. sedar2 saya tengok roomate saya depan saya dengan muka cuak dan saya dalam keadaan tumbang terbalik, kaki ke atas.. gilerrrr lucu.. hahahahah.. roomate saya terkejut pasal dengar bunyi gedebum.. hahahah macam nangka jatuh.. hahhaha.. tapikan kak tie, tiba2 saya rs macam terharu sangat sebab masih hidup. saya takut giler if saya mati malam tu.. huhu😛

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Ni lagi sorang penakut! Nono dok kat asrama ke?? Tapi, kalau dok kat asrama memang takut sikit. Kak tie tak berani buka tingkap tu malam hari. Sebab orang dok cerita nampak kepala terbang…….he he…

    Wah…..kira nono mati hidup semula la tu!! Ada ingat apa2 ke??

    reply
    #

    nono

    5 months ago
    insaf sekejap pastu buat dosa balik.. hahahah.. pasal cuak.😛

    tau tak kak tie lepas saya post comment kat atas tu, dalam kul 4 pg macam tu saya duduk depan laptop sambil sandarkan bahu kanan kat wall bilik and kebetulan sebelah kanan tu tungkap.. tiba2 telinga saya ditiup kak tie. huhuhuuhuhuhuhuuhuh… tapi angin takde. melompat saya dr kerusi.. hahahahahhaha ish ish.. ntah papa. nasib baik dia tak tunjuk muka. kalau tak mati la.. hahahahhaha.. pastu saya masuk tido terus. cuak dah. haha

    reply
    #

    izzah

    5 months ago
    kak tie..2-3 hari nie tak leh nak tinggal comment..nasib baik hari nie ok..ada award ngan tag untuk kak tie kat blog izzah..sudi2 la dtg ambil yer..

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Kat sini pun kekadang server down laa……

    Kak tie dah gi tengok. nanti kak tie ambik, ya… mekasih….

    reply
    #

    framestone

    5 months ago
    out of topic–> ok kak tie..nnt nk dtg umah kak tie nk rase masakn kak ti eek uuhu leh ke..

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    He he……..

    Kak tie malu laa……masak lebih kurang je….janji boleh telan….he he….

    reply
    #

    nadinezuharra

    5 months ago
    hmm,mase tu dah tgh malam takut nak bace entri kak tie ni,ni tgh2 hari br bleh bace sampai abis..hehe
    Alhamdulillah tak pernah lg ade pengalaman nampak antu(syaitan) nih,setakat mainan tidur tu adela..
    *takmolah tanam pokok buluh..(conclusionnye.. ;D )

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Alaa hai!!

    Napa takut sangat……cuma tangan berbulu je…he he…..

    reply
    #

    framestone

    5 months ago
    out of topic–> ops bukan kak tie ek…xpe..kite xtudah kak tie pun huhuu nk tnye driver akak berbyr ke terpkse he..23x

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Drebar kak tie bertugas sepanjang hayat….

    Tak payah bayar…..cuma jaga makan minum, pakaian dan layanan mesra je…hihi….

    reply
    #

    ujie

    5 months ago
    hehehe..crita seram ek..ujie lagi la penakut..tp org kata klu kita takut sgt pon x boleh berani sgt pon x boleh kan…klu ujie, pura2 uat berani ler klu crita pasal hantu ni he3

    reply
    #

    kaytieze

    5 months ago
    Mak ooii !!!

    Pengantin baru dah datang !! Selamat pengantin Baru Ujie !!

    Tak boleh takut2 laaa….. Itu abang dah ada kat sebelah kan…. he he…

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: