Home > Santai > Urut

Urut

February 14, 2009 Leave a comment Go to comments

Tie mula mengenali urut ni ketika mengandungkan anak sulong, di kelantan. Selepas beberapa hari bersalin, Tie dikerjakan oleh seorang bidan. Adoi!! macam nak pitam dibuatnya. Mak Mah tu saja nak dera agaknya!!

Pada mulanya Tie ingatkan urut ni hanya untuk memperbetulkan urat2 yang tegang atau lari dari kedudukan asalnya. Rupa-rupanya urut mengurut ini juga adalah salah satu proses terapi, iaitu melalui sentuhan.

Tie pernah buat experiment terhadap budak2 tu. Si bujang tu ada asthma. Bila sakit, susah betul nak sembuh. Dah boring bagi dia ubat. Tie pun mula menjadi tukang urutnya…… Guna minyak gamat atau minyak unta lalu sapu belakangnya, dan perlahan2 urut mengikut urat2nya. Sambil mengurut tu, Tie baca selawat …….

Haa……yang 2 orang lagi tu terus jealous! Budak2 tu serta merta meniarap, sabar menunggu giliran masing2. Naik lenguh jari jemari ni. Yang sakit tu jelas sekali cepat sembuh. Tak sangka urutan pun boleh membantu dia sihat kembali.

Urutan mesra tentunya dapat mewujudkan perasaan kasih, antara ibu dan anak, suami isteri atau ahli keluarga yang lain. Tanpa kata2, kesan sentuhan boleh meredakan rasa sakit, runsing atau sedih.

Cubalah sentuh mesra seseorang yang memerlukan perhatian. Tentu dia merasakan dirinya disayangi. Seseorang yang pernah berkasar dengan Tie dulu, menangis sebaik saja Tie sentuh dan urut belakangnya (dia jatuh sakit ketika itu bukan nak bodek , tau!). Sejak itu, dia berubah , tidak lagi curiga malah kini hubungan kami menjadi rapat . Agaknya takut kena urut lagi tak? Kah kah!

Hmm…..kalau hubby tu kelihatan monyok je balik dari kerja, cubalah terapi mengurut ni. Mesti dia kembali ceria…….silap2 nak lagi!! He he………..

Ada sesiapa pandai mengurut tak??

Categories: Santai Tags:
  1. Tie
    July 27, 2009 at 4:32 pm

    #
    nazilyn

    Salam…
    mengurut dalam keluarga kami dah menjadi amalan terutama suami sy… selalu minta urut bila penat berkerja… berpeluh2 mengurut maklumlah orang lelaki ni badannya keras… hihihi anak-anak pulak nak ngurut minta dengan ayahnya…

    saya pun macam tu gak kalau demam kena urut dengan suami baru rasa ringan sikit badan nak demam pun tak jadi… macam mengada pulak badan ni hihihi
    reply
    #
    kaytieze

    Hi hi……tak pe ke hubby urut?? Dia tak mintak upah ke?? Kah kah!! Kak tie dah jadi kaki sakat…..dah jangkit dengan Maza….hu hu…..
    reply
    #
    kakelle

    kalau lah ada org dtg urut saya skg agak terus baik:)
    reply
    #
    kaytieze

    Oh, ye ke??

    Kat sana upah ngurut mahal tak?
    reply
    #

    Salam…

    Teringat saya, kalau di kampung lepas ja mengurut mesti org tu akan bagi garam sebagai hadiah..enth apa tujuan saya pun tak pasti..kat sana macam tu tak?
    reply
    #
    kaytieze

    Eh……..tak pernah pulak dengar ni….

    Kat kelantan, kita bayar je….RM10…..sekali urut. Tapi utk yang lepas bersalin tu, tak pasti laa….he he…lama tak ada baby….
    reply
    #
    intan

    slalunya..incik hubby urut saya…hehe…sy slalu ngelat bila urut dia…pemalas….tp kami slalu amalkan ngurut kaki anak2….tiap2 mlm…sbb katanya..dgan mengurut kaki budak2…selera mkn dwang akan meningkat…

    anak saya hak sulong tu menghadapi masalah selera makan skit
    reply
    #
    kaytieze

    Baru tahu pasal urut kaki ni……anak tie yang bongsu tu pun susah nak makan….nanti boleh cuba laa……
    reply
    #
    Neeza

    Kak Tie, neeza amat memerlukan tukang urut sekarang. Baru bersalin kan tapi takde tukang urut di sini… Kak Tie boleh datang urut?? hehehee…

    suami tu, jangan kata urut.. kita sentuh aje, ada saja lah.. tolong picit sini.. tolong urut sini.. heehe..
    reply
    #
    kaytieze

    Hah? Nak kak tie datang urut?? Ho ho…….kena bagi first class ticket…..he he……bertuahlah kalau boleh pergi….nanti semua nak ikut pulak!!

    Hubby Kak tie pulak bising kalau dia urut kak tie……asyik mengaduh sana sini….hi hi….Dia tu suka kalau kak tie urut, cuma kita je yang tak larat…paling senang buat cakaran rimau tu je….hehehe……
    reply
    #
    nurazzah8

    Tie, dengan suami kena urut ‘cakar harimau’! hehehe…sure nanti mengaum macam harimau….kahkahkah…

    Yang macam Ustazah Cakar Harimau tu ajar…..siapa ustazah cakar harimau? siapa lagi ustazah siti norbahiyah tu lah…..
    reply
    #
    kaytieze

    Ha ha…….kalau Tie nak bodek hubby, Tie urut cara tu laa……..

    Lepas tu bisik kat telinga dia…..kah kah……mesti dapat punya!! Semua isteri mesti belajar nih!
    reply
    #
    ain

    Saya sejak kawin sampai sekarang..tiap2 pg akan urut hubby sikit lps bgn tidur. Ingatkan bila dah ada smart chair kat umah..dah boleh bersara. Tak gak..hubby kata urut saya tak sama ngan smart chair. Ye lah kan..bini yg urut!!!
    Saya pulak memang tak suka hubby urut…sakit wooo!!!..takut jd cerita lain pun ye gak..hehehe
    reply
    #
    kaytieze

    Kah kah kah………

    Ooo………takut jadi cerita lain, ekk……betul3!
    reply
    #
    Kujie

    1st time mengurut masa mengandungkan Along
    tapi mcm menyesal la pula…eeemmm..somethinglah berlaku
    tak moh tuduh2lah…

    skrg ni ..kena usap belakang dulu baru leh tido
    reply
    #
    kaytieze

    Hmmm…….macam sama dengan Tie je, Setelah diurut lepas bersalinkan sibujang tu, urat Tie tersimpul. Sampai sekarang ada lagi. Kalau pergi check kat spital, sure kena tahan punya…..biarlah, asal tidak sakit.
    reply
    #
    nadinezuharra

    tak pernah lagi rasa sesi urutan yang dibuat oleh tukang urut..eii,takut…~takut sakit..hehe
    *kalau lepas bersalin n tak urut ape side effectnye ye kak tie..?
    reply
    #
    kaytieze

    Kalau takut sakit suruh hubby je yang urut, urut perlahan2 je…..

    Biasa lepas bersalin, bahagian peranakan kita turun. Kerana itu kita perlu diurut. Urat2 pun perlu diperbetulkan. Tapi kena cari tukang urut yang betul2 mahir. Takut tersalah urut, jadi lain pulak. Setakat urutan ringan tu bolehlah suruh ahli keluarga lakukan…. ia boleh melegakan dan buat kita rasa segar.
    reply
    #
    callister

    hehe..xpandai mengurut….
    slalu urutkan emak ajer..
    hehe..
    reply
    #
    kaytieze

    Kak tie pun tak pandai urut. Tukang urut memerlukan tenaga yang kuat. Tapi kak tie tak suka diurut dengan kaki….. Rasa macam dihina je…….
    reply
    #
    callister

    hehehe..betul 2..
    suka2 hati nk pijak2 org kan…
    tapi sy g ngurut hari 2, dia urut kaki sy, geli..
    reply
    #
    cikMilah

    tiba-tiba saja rasa lenguh badan bila tengok topic urut.. hehehe
    reply
    #
    kaytieze

    Ho ho….memang seronok bila diurut, tapi urutan perlahan je…. kalau yang untuk betul kan urat tu memang sakit ooii!!
    reply
    #
    alone

    bagus urut mengurut nih..

    jangan salah urat sudahla.. huhu
    reply
    #
    kaytieze

    Kalau tak pandai urut, setakat usapan dan gosok mesra tu ok, gak…..he he….
    reply
    #
    nekcun

    Tie, nekcun memang suka kalo kena urut. In fact nekcun memang setiap dua minggu sekali mesti pi spa untuk urut seluruh badan. Memang terasa kesegarannya kalau lepad diurut ni kerana perjalan darah pun dah tak tersekat-sekat… nekcun suka kena urut tapi nak urut orang lain tak pandai… terasa kaku pulak tangn nih!… hehehe…
    reply
    #
    kaytieze

    Aduh nekcun!! Napa tak ajak Tie gi spa sama??

    Tie tak pernah gi spa laa…..(makcik ni selalu je ketinggalan). Tak cukup budget!! Kesian kat kita…hu hu………

    Tie pun tak lah pandai sangat mengurut…..cuma pandai urut cakaran rimau tu…he he…
    reply
    #
    cinta cukulet

    arwah moyang perempuan saya dulu pandai mengurut..bidan jugak la..masa tu kalau kat area kampung tu,arwah la yg paling terer…tapi heran plak tak ada yg mewarisi hehehe
    reply
    #
    kaytieze

    Eh…….cubalah belajar…….mana tau ada bakat turun menurun….hihi…

    Esok2 boleh buat duit tau! Sekarang ni susah nak cari orang yang pandai mengurut. Kat KL tu entah berapa puluh sekali urut!
    reply
    #
    suzi

    samalah kita kak tie…tak pernah gi spa lagi. teringin betul nak ke spa tapi mcm seganlah pulak lagi pun mesti mahal kan??
    bila bersalin time kena urut yg sedap tu…huhuhu…tapi ikut mak bidan gak kan? kalau silap gaya blh demam huhuhu. tapi ari tu masa bersalinkan isa kat sini nenek saya yg jadi tukang urut, dtg jauh dr TRg…baru saya tahu rupanya nenek saya tu ada kemahiran juga urut mengurut ni apa lagi kwn2 kat sini pun ambil kesempatan sbb bkn senang nak dpt tukang urut kat sini. kalau terseliuh sikit pun kena gi hospital…dua anak saya pernah terseliuh pergi hospital dekat AUD 200 sekali doktor betulkan yg terseliuh tu…
    reply
    #
    kaytieze

    Suzi, napa blog suzi tu kosong je………takkan packing lagi??

    Memang susah bila jauh dari kampung. Wah…..nenek suzi datang mengurut di Australia, hi hi………Kalau dok lama mesti dapat byk AUD , he he…..
    reply
    #
    nahmy

    allahyarham tuk saya dulu pernah kata…jgn selalu sgt berurut sebab urut ni ‘ketagih’. hmmm…mungkin ada benarnya, sbb saya ada kengkawan yg sebulan mesti 2-3 kali pergi urut sampai badan klu tak kena urut mesti lemah & lembik. aa’ hah…jaga2…jgn sampai ketagih!
    reply
    #
    kaytieze

    Eh, betul laa…….

    Hubby Tie tu tiap hari nak diurut. (Bukan Tie yang ajar tau!) urut betisnya je. Tak larat nak layan dia, anak perempuan Tie tu yang buat. Budak tu pandai lak, agaknya mewarisi keturunan ayahnya…… Tie jarang sekali diurut. Kalau dipicit2 tu nak jugak!
    reply
    #
    maza

    “Tie jarang sekali diurut. Kalau dipicit2 tu nak jugak!”

    uik! lain macam jerk nie……

    wakakakaka
    LOL
    reply
    #
    kaytieze

    Ooiitt!!

    Napa pulak lain macam?? Kita innocent tau!! Kah kah kah!!
    reply
    #
    maza

    Perkhhh betul2 den tertinggal kapal kali ni.. ramai lak yg dah bagi komen sebelum den….huhuhuhu

    Den suko org rumah jo mengurut kan! Dia punyo lah lembut…perkhhh!….payah nak cakap, ekau jang kalau nak tau, elok menikah copek2… karang dah tuo rugi!

    hehehehhehe…

    Tapi kalau den sakit, den suko org jantan yg ngurut den! Keno lah org rumah ngurut….hmmm……bolehlah.. tak aderk gading, tanduk pun boleh digunakan…..

    (pstt: Pernah keesokan hari selepas menikah, kawan maza kata – “huh! kalaulah aku tau macam ni punya best! perkhh lama dah aku terkam, Awal2 lagi aku dah menikah” – dia menikah pada usia 32 thn)

    wakakakkaka
    reply
    #
    kaytieze

    Haa……tu laaaa…….itulah beruntungnya ada isteri !!

    Tak pernah kena cakar rimau ke?? He he……Tapi kalau isteri mood tak baik toksahlah mintak diurut. Kang kena cakar beruang pulak!! Keh keh keh!!
    reply
    #
    maza

    auw!~ cakar harimau…. dah lama tak pekena nie.. nanti karang nak mintaklah kat org rumah! huhuhuhu

    cakar hari2mau……aummmm……katanya……hehhehheh

    maza: tersenyum dlm nada kening ternaik sebelah…wakakakakak
    reply
    #
    kaytieze

    Haa……tengok tu!!

    Dah mula fikir lain!!

    Sebab tu rasa malas nak suruh hubby urut ni…….hu hu….
    reply
    #
    maza

    Tie: Urut urat…..dengan mengurat… Adakah benda yg sama?!

    wakakakka
    reply
    #
    kaytieze

    Ish! Mana ada!!

    Maza ni teruk laa……hu hu………
    reply
    #
    wexeeda

    dlu slalu gak urut kaki mak wex… lenguh2… ummi kata wex sedap mengurut, sbb tangan wex banyak lemak… sedap.. hehe… skang dah tak dah… huhu, wex sgt jahat.. huhu

    dlu pn sebelum, arwah atuk wex meninggal, wex sempat urut perut ngn blakang atuk wex..
    reply
    #
    kaytieze

    Bila urut ahli keluarga kita, tentu kita rasa belas, kan…..dan rasa semakin sayang….hmm…..itulah yang kak tie rasa.

    Hu hu….lama tak sentuh dan urut mak……
    reply
    #
    maza

    Betul ke nie Tie…

    Dulu2 sebelum sambung belajar kat Pusat Sehenti tu ha, maza hampir tiap2 hari kena urut mak…..

    aderkk…..rasa letih adalah…

    adik maza siap jadi cemuih (mcm bosan gak ler)….nak mengurut mak dan maza sekali…….hehehhehe

    maza: suka kena mengurat dari mengurut…..
    reply
    #
    kaytieze

    Huh! Orang lelaki ni asyik fikir lain je……

    Ye laaa……elok gi ngurat orang rumah tu…..kang merajuk pulak sebab asyik dok berkampung kat sini….

    Dia tak nak join sama ke?? Atau dia pemalu macam Tie ?? Kahkahkah!!
    reply
    #
    maza

    Dia dah datang KL minggu nie….
    baru aje balik petang tadi jam 5
    hehehe

    Tie – ada citer baru kat blog maza…

    sediakan sapu tangan tau! lap bersih2 airmata tu.. karang nampak dek hubby tu, malu woo

    hehehhe
    reply
    #
    wexeeda

    hihi… wex lagi laa, siap tolak2 ngn adik, “adik laaa g urut kaki ummi, akak dah urut dah semalam, nnt akak bagi ……” cian adik wex, digunakan oleh wex, hihi… mmg adik wex baik hati giler tulun kakak beliau nie..

    dlu2 kecik2.. wex suka tgk ayh wex urut kaki tok wex…
    reply
    #
    kaytieze

    Hu hu…kak tie pun kekadang malas nak urut orang ni…tapi kalau diurut nak gak…urut slow2 je laa….kalau kuat sikit mesti sakit ooii!!
    reply
    #
    puspawangi

    saya pun baru aja habis mengurut bahu yang terkehel. setakat ni alhamdulillah.
    reply
    #
    kaytieze

    Ye ke?? Tie pun sakit bahu (kes terlebih muatan). Dah cuba diurut, tapi masih tak sembuh lagi….hu hu….
    reply
    #
    Adila

    sy tak reti ngurut
    bila mak suruh urut, mak ckp.. kuat la skit.. tak rasa apa2 pun hihihi
    reply
    #
    kaytieze

    Ha ha……memang dah tak pandai lah tu…….hi hi…….
    reply
    #
    nurdaniella

    salam kak tie.. saya pun boleh gak la urut sikit2.. biasanya kalau mak sakit2 tangan ke kaki ke, memang suruh saya urut.. tapi, bila saya pulak yang sakit, tak de orang yang boleh tolong.. huhu..
    reply
    #
    kaytieze

    Ho ho…..nanti bolehlah datang rumah kak tie….

    Kak tie tengah sakit bahu ni….tak de sapa nak urut…hu hu……

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: