Home > Terkenang > Rashid….Rashidah

Rashid….Rashidah

February 12, 2009 Leave a comment Go to comments
Masa bekerja di sebuah kilang dulu….., berbagai jenis kerenah manusia Tie temui. Maklumlah, di situ terdapat golongan production, ‘scientists’ dan executives, he he……

Langsung teringatkan seorang budak, umurnya 19 tahun bernama Rashid. Dia kerja di bahagian production.

Setiap hari dia akan hantar sample kat Tie. Rashid ni seorang yang rajin dan peramah. Kadang2 kesian tengok dia berpeluh mengangkat barang berat tu. Mulutnya yang becok selalu buat Tie ketawa dengan cerita2nya yang bersahaja.

Oleh kerana hampir setiap hari berjumpa, Tie dapat rasakan ada sedikit perubahan pada dirinya. Mula2 keningnya dicukur halus, kemudian ternampak cara dia berjalan. Bukan main bergolek lagi punggungnya….. kelakar betul gayanya!

Namun Tie tak tergamak nak tanya perubahan diri Rashid tu. Walaupun begitu hati ini selalu tertanya2, malah ada juga mendengar cerita2 tentangnya.

Suatu hari, Rashid datang dan bertanya,
” Akak pakai cream muka jenis apa? Kulit akak licin laa…” (ini bukan iklan tau! Hi hi….)

“Olay, laaa… kenapa? Nak cuba ke? (saja nak usik…)

“Akak nak tengok tak gambar pengantin saya?”

“Hah? Bila masa pulak Rashid kahwin??” (memang bengong betul tika itu!)

” Kahwin olok2 laa…..tunggu, ek. Nanti Rashid pergi ambik!

Rashid terus pergi meninggalkan Tie terpinga2 sendirian….. Biar betul budak Rashid ni!

Tiba2 dia berlari datang membawa sekeping gambar. Tie terbeliak tengok gambarnya. Betul laa…!! Dia pakai baju pengantin! Gaun pengantin warna putih lak tu! Rasa loya pulak lepas tu…….

Rashid tersengih2 kat Tie. Tie cuma mampu tersenyum. Masa tu Tie sendiri masih muda. Tak tahu nak nasihatkan dia. Tak terfikir pun.

Rashid bercerita pelbagai kisah golongan maknyah ni. Pelik betul corak kehidupan mereka.Ada yang sanggup keluar duit beribu2 RM untuk buat operation di Thailand.

Ada juga yang makan pil hormon supaya dapat bentuk tubuh seperti wanita. Tie cuma ternganga je tatkala mendengar celotehnya.

Tak tahulah kisah Rashid ni sekarang. Dia sebenarnya seorang budak yang baik. Tak sangka pulak boleh jadi gitu. Sebelum itu dia nampak seperti lelaki normal. Nakal dan gemar usik Tie dan kerani2 tu.

Tapi, sejak jadi ‘pengantin’ tu, dia bertukar kepada Rashidah sedikit demi sedikit, dan sensitif pulak tu! Mengalahkan orang perempuan.

Mungkin kerana pengaruh kawan? Tak tahu laaa….. Kesian lak…. Rasa kesal kerana tidak berupaya menasihatkan dia. Harap2 dia kini sedar dan insaf.

P/s: Ada golongan yang dilahirkan lembut, berjaya kerana pandai guna kemahiran dan minatnya, dengan cara yang halal. Itu buat Tie kagum. Mereka juga boleh hidup bahagia dan berkeluarga.

Tetapi ada juga yang tidak dapat kawal kehendak dan nafsu termasuk dipengaruhi kawan, lalu terus melakukan perkara2 larangan tu. Golongan ini perlukan bimbingan. Tapi siapakah sudi menolong mereka tu, ya?

Categories: Terkenang Tags: ,
  1. Tie
    July 27, 2009 at 4:38 pm

    #
    wexeeda

    5 months ago
    huuh… wex takde kenal lagi yg smpai mkn hormon dan laen2 nie.. wex knal pn yg lembut, tapi masih lelaki… bkn ‘nyah’… dn de sorang nie, sgt lmbut, jiwa perempuan, tapi tetap hati dan akalnya pada agama… wlupun kadang2 agak geli (ooppsss sori) bila dia pkai baju lawa2, ketawa dia (sori, wex mmg anti skit, tapi wex tak nafikan sikap dorang, dan wex still terima dorang)…, tapi sejuk je hati bila dia bercerita psal agama….

    yg wex dgr dari kwn wex psal mereka yg telah terlanjur nie, mintak2 dorang sedar lah… kita btul2 mintak dorang jgn smpai terlalu mengikut perasaan dn nafsu.. cam kawan wex, nafsu tak bawak ke mana, bawak ke neraka adalah… tapi klu iman, bawak kita ke syurga.. Insyaallah…

    ustazah wex de cakap, kita jgn dok layan sangat dorang nie, jgn sampai mengalak kan dorang…. jgn dok cakap, kulit nyah licin laaa, baju mak lawa laaa…… kang dorang lagi suka.. kita berkawan sambil ingatkan spe diri dorang sebenarnye… smpai de kawan wex kata, klu truk sangat kita pulau kan mereka… menunjukkan apa yg mereka buat tue terkutuk… tak ingat ke cerita nabi2 dlu… takut tau kne timpa malapetaka… sampai musnah dari muka bumi huhu
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Wah……bagus komen wex ni. Kak tie bagi 2 markah!!

    Terima kasih kerana sudi beri pendapat….. kak tie hargai sangat2!!
    reply
    #
    wexeeda

    5 months ago
    uish, siap markah lagi… hihi sme2 kak tie…
    wex citer nie, dari kwn2 wex…. kwn wex siap nangis lagi bila bestfriend dia dah terjebak jauh… bkan rashid..rashidah; rashidah…rashyid pn ada… kita byk2kn berdoa…
    reply
    #
    ain

    5 months ago
    Alahai Rashid@Rashidah….dulu masa zaman saya sekolah..saya ada 2 3 kwn yg lembut2 gak. Ingat kan lembut2 gitu je..tup..tup..tahun lepas jumpa kat rumah pengantin…dia dah jd mak andam dah..dengan2 dia 2 sekali bersolek..aduss!!!!
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Kalau jadi mak andam tu, tak apa kot…. tapi kalau dengan dia2 sekali bersolek tu…..hmm….nak ketawa je ni…hi hi…
    reply
    #
    Tirana

    5 months ago
    Masa saya sekolah dulu pun ada kawan jenis lembut tapi alhamdulillah dia tak teringin pula nak bertukar jadi perempuan..hehehe…tapi memang lembut dan suka berkawan dengan perempuan..
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Hi hi……Tie suka tengok orang lembut ni…..rasa heran pun ada…..tapi yang over tu, memanglah geli pulak…..

    Namun rasa kesihan tu ada……Mereka tak minta jadi gitu, kan….
    reply
    #
    ikhlas

    5 months ago
    kesian dia..ni mesti ada sebab dia pilih hidup mcm tu…ape2 pon, harap dia balik ke jalan yg benar…

    p/s: wah, kulit muka cantek ape ek? =)
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Begitu laa….. pengaruh kawannya kuat tu….. tak tahu apa jadi padanya sekarang…

    Hi hi……kulit orang muda, memanglah cantik. Sekarang ni dah kusam laa…
    reply
    #
    kak elle

    5 months ago
    Tie mereka ni tak di minta dilahirkan begini…saya pernah ada pesakit yg telah pun menjalani sex surgery bahgian pertama tapi malang nya boyfriend yg nak mengawini nya balik negri dan kawin dgn perempuan betul….dan kerena dia dah mula dgn surgery terpaksa continue dan kena makan hormone tablets…sebagai lelaki dia hensem jugak tapi lemah lembut bila berbual……
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Tie tahu tu, dugaan mereka lebih berat. Tak tahu ke mana arah nak dituju. Hati rasa lain, fizikal pulak lain. Rasa belas betul.

    Tapi mereka tu kalau tak didorong, takkan buat yang extreme. Kita kena beri sokongan pada mereka ni. Bukan nak galakkan jadi sebaliknya…

    Kat sini ada sorang anak buah hubby, seorang yang lembut. Hubby marah kat orang lain yang panggil dia dgn nama perempuan. Dia tu rajin betul, sudah ada anak lagi. Pandai masak dan sedia tolong sesiapa pun. Masalahnya bila orang ambil kesempatan. Suruh dia buat itu ini, dan persendakan sifat lembutnya…..Tak baik, kan…..
    reply
    #
    fatrina

    5 months ago
    erkkk rashid jadik rashidah… hohoho geli la kak…huhu
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Tak pernah jumpa orang begini ke?? Kalau jumpa, jangan lak ketawa tau!!
    reply
    #
    kin

    5 months ago
    Kesian kat golongan seperti ini. Selain draipada sokngan drp org sekeliling, dia sendiri mesti kuat untuk melawan ‘naluri’ dia yg songsang tuh…
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Itu laaa…

    Kerana itu kita tak boleh persendakan dia. Tapi memang dah tabiat kita, kot. BIla tengok lain je mesti nak ketawakan, atau kutuk….Kena ubah sikap ni….
    reply
    #
    intan

    5 months ago
    saya ada ramai kwn2 golongan ni..in fact abang saya pun masuk dlm kategori ni…..tp skrg dia dh jd JANTAN la….

    ada kwn saya ni…mmg havoc masa jaman kegemilangan…sy ckp..xmo berubah ke?..dia ckp nak..dia still ada ati pd pempuan…cuma skrg dia nk enjoy gan dunia dia…..

    skrg dh jadi pegawai utama kerajaan….dh lupakan jaman lampau…tp saya xleh ubah…still panggil dia SHASHA..dia ckp..saya je leh panggil camtu..hehe
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Hah!! Dah ada bukti yang mereka ni boleh pun berubah! Bagusnya……

    Intan pun kena berubah, janganlah panggil dia Shasha tu…..mana tahu kot2 dia rindukan masa lampaunya……
    reply
    #
    kak teh

    5 months ago
    Tie, di sini pun ramai macam tu – kekadang kita tengok pun rasa cemburu – kulit depa lebih cantik. pandai bergaya.
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Mereka mesti makan pil hormon tu, sebab tu kulit cantik, mengalahkan kita, ekk? Lembutnya, kita pun rasa semacam…….nak senyum pun ada.
    reply
    #
    nazilyn

    5 months ago
    salam…
    pada pendapat sylah peranan ibubapa harus tegas sebab merekalah orang yang terawal tahu kecenderungan anak mereka… dari situlah mereka sepatutnya membentuk mereka terutama ilmu agama… ada ramai kat luar sana yang lembut tapi dah beranak penak pun…

    p/s: suka perati tengok kelaku mereka… tapi rasa-rasanya mereka ni tergolong dalam golongan yang sakit ker..??
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Didikan ibubapa tu amat penting. Tapi biasanya mereka ni semakin hebat menjadi perempuan bila dipengaruhi kawan. Mungkin kerana jiwa mereka lembut, mudah termakan pujukan kawan.

    Bagaimanapun kita masyarakat biasa ni suka mengusik dan menggalakkan mereka contohnya dengan panggilan nama perempuan. Itulah yang buatkan mereka makin terdorong.

    Mereka bukanlah dlm golongan yang sakit, tetapi salah satu insan teristimewa.
    reply
    #
    cikMilah

    5 months ago
    Dulu saya pernah ada seorang budak Production juga jenis macam ni. Shaharuddin namanya dipanggil Shasha. Muka dan kulit dia ala-ala Fitri AF3.Handsome, putih bersih dan lembut asli…tapi sesekali terdengar orang mengata nampak dia pakai perempuan dan bersolek kat Naval base !!??!!. Then kita orang berpakat nak selamatkan dia. First thing saya minta dia pakai baju Melayu pada tiap-tiap Jumaat, kemudian tukar blouse bunga pada blouse yang macho sket. ( tapi pastel color gak yang dia pilih)… Tarbiah kami tak mudah…, tarik menarik antara kami dengan geng Naval base dia..Lama-lama kelamaan.. Alhamdulllah, dia taubat dan pergi umrah. 5 tahun lepas berkawin dan buka kedai jahit dengan isteri…
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Alhamdulillah……syukurnya.

    Itulah…..Tie perhatikan, golongan ini memang rajin dan kreatif. Kerana itu mereka patut diberi galakan agar dapat perkembangkan kemahiran mereka.
    reply
    #
    Adila

    5 months ago
    mcm mana diorang jadi lembut?
    cara didikan?
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Ada banyak sebab Adila. Kekadang asalnya lelaki normal, tapi kerana suka mengajuk2 golongan ini, lama2 terikut pulak…..

    Tapi ada juga memang lembut sejak kecil, sukakan keindahan seperti pompuan…, menjahit, bersolek, menghias, masak…. jadi mereka ni patut diberi galakan utk menceburi bidang ini….
    reply
    #
    callister

    5 months ago
    alahai…rashidah…
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Kat U pun ada juga kan??
    reply
    #
    callister

    5 months ago
    kat U bertimbun2 kak tie…
    cantek2 mengalahkn kami yang perempuan tulen ni..
    tapi ada di antara derang ni ynag baik2 walaupun terpesing akklak..
    reply
    #
    Neeza

    5 months ago
    kesian sebenarnya dekat diorang ni.. faktor genetic, ibu bapa dan persekitaran.. semua campur sekali.. masa neeza kawin dulu, neeza ambik mak andam golongan tu la.. ingatkan pompuan sebab suara dan badan sebijik.. lawa betul. kulit halus mulus.. kesian dia..
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Kak tie tertarik dengan golongan ini…..suka tengok gelagat dan kulit mereka tu yang cantik, hi hi….
    reply
    #
    maza

    5 months ago
    hmm

    “golongan ini suka berkawan dgn perempuan”!

    hmm

    maza pun lembut gak.. tapi tak der lak fonfuan nak rapat2 dolu2..huhuhu

    psst: ada lelaki nak sangat jadi mcm perempuan, dia tau kelebihan kaum hawa ini..

    tetapi berjuta2 perempuan tak pandai menghargai dirinya itu perempuan….. berebut2 pulak dia nak jadi lelaki…..huhuhuhhu

    cth bila bercakap, suaranya kasar, bahasa kasar … kunun2 nak jadi rockers… nak berseluar jin tonik setan..kekunun apa yg lelaki buat dia pun nak buat jugak…. wakakaka….

    camno tu?!
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Ha ha…..maza ni….

    Ada sorang kat sini, Tie siap warning kat anak2 Tie tu, takut mereka tak dapat kawal emosi. Dia dah kahwin , ada anak lagi. Tapi memanglah gelagat dia lembut, kaki tangan macam berbelit je. Dan kaya dengan senyuman. Itulah kelebihannya, rajin dan pandai memasak…..

    Perempuan kasar? Tomboy ke? Yang ini susah juga nak bentuk…..kecuali dirinya sendiri insaf….
    reply
    #
    nadinezuharra

    5 months ago
    kalau kat siam ni kak tie,puas dah nengok golongan separa camni..ade yang cantik ngalahkan nasha aziz, n ade gak yang mcm semacammmm je..hihi..

    ntahlah..kalau diorang rapat ngan kite leh gak nasihatkan..tapi yg kita tak kenal tu,salah ckp kang ade kite yang kene blk..almaklumlah,darah mereka tu tetap darah lelaki..sekali tangan hinggap ke muka..isk,nahas..
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Ho ho, kat siam tu, ramai yang buat operation. Dan makan pil hormon tu….mengalahkan perempuan, cantiknya….

    Lucu pulak kata nadine ni, takut gak….tak pasal2 kena penampar, ekk….hihi…..
    reply
    #
    kakchik

    5 months ago
    salam kak tie.

    kakchik selalu jugak berdepan dgn golongan lembut ni terutamnaya di kalangan budak2 sek men yg selalu dtg ke library kakchik tu. selalunya diorang ni dtg dlm grup, semua perangai lebih je atau pun yg lembut ni akan grouping dgn bdk pompuan, jrg diorang campur dgn bdk2 lelaki normal tu.

    kakchik tengok diorang berdisiplin kat library tapi bila keluar je kat pintu depan tu, wah… becoknya mulut diorang bersembang, ketawa galak yg auw-auw gitu. nak juga sembang dgn diorang, kot2 dpt selami kenapa diorang jd gitu tapi belum berjaya lagi.
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Betul la kakchik, kat U pun ramai. Mereka pakai seluar merah. Ramai dok berkumpul setempat. Budak2 lain suka sangat menyakat, panggil Sis! Mereka tu suka laaa bila dipanggil gitu…..

    Kalau ada peluang, kakchik boleh cuba dekatkan diri. Kesian gak. Mungkin mereka tak tahu silap mereka tu. Selagi tak ada orang yang tegur, selagi itu mereka ingat perbuatan mereka tu tak salah……
    reply
    #
    maza

    5 months ago
    Tapi kan, kalaulah tiba2 dia tu sedar yg dia tu sebenarnya ‘lelaki’.. tiba2 aje dia macho, berdiri tegak bulu2 nya……

    wakakaka….

    takut2 karang, kat situ gak Kakchik dan Tie kena ngap!

    hehehhe

    Tak pun korang tak tahan lak kat dia yg dah macho tu (a.k.a mcm mengenyam2 gak ler) ………wakakakaka
    reply
    #
    Pearls

    5 months ago
    Rashidah Rashid..

    Rashidah vs Rashid..

    kekadang aku nampak dorang terasa simpati.. bila suarakan kepada kwn.. dorang sumer kata..

    “kita kasihankan dia, tapi dia xkasihankan diri dia..”

    ..
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Hmm……tak tahu laa…..kalau kita dapat selami hati mereka, mungkin kita tahu sebabnya…….
    reply
    #
    maza

    5 months ago
    Asyik menyelam aje. bila lak nak timbul dan menarik nafas lega?!

    heheh
    reply
    #
    nurdaniella

    5 months ago
    salam kak tie.. kes ni terjadi pada sepupu saya sendiri.. masa kecil dulu, normal jer.. bila dah habis belajar [dia ambik course chef] dan mula bekerja di sebuah hotel, sedikit demi sedikit nampak perubahan pada diri dia.. mulanya dia jadi chef kat hotel tu.. tapi, sekarang ni jadi receptionist sebab dia kata bila memasak tu, mekap dia cair.. huhu.. minggu lepas terserempak kat kedai, dah ada breast pulak.. tak tau nak cakap apa.. ayah dia garang amat.. abang dia pun dah pernah marah dia sampai naik tangan tapi dia tetap tak nak berubah.. baru2 ni, dia sakit.. doktor kata hati dia bengkak.. saya syak mungkin sebab dia ambil hormon dan effect pada hati dia.. sori kak tie.. terpanjang pulak komen ni.. pada saya, ni semua pengaruh dari kawan2.. famili dia semua menentang tapi, dah tak boleh dibentuk dah..
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Aduh….kesiannya…

    Garang sangat pun tak boleh.. Orang macam ni kena berlembut, gak. Memang betul la tu, pengaruh kawan2 teruk betul.

    Dia masih boleh berubah, insyaallah. Kena berlembut dengannya. Dia kena tahu masih ada yang sayang kat dia. Bila dia tengah sakit ni, pergilah jengok dia, disamping nasihatkannya… Kesian laa…. Kak tie ni mudah sangat kesian kat orang. Sorry, ek.
    reply
    #
    maza

    5 months ago
    Pendapat maza yg dulu dikatakan pakar motivasi dan mendera kanak2 bayi tadika…..

    kedua2 unsur garang dan lembut perlu diterapkan serentak…

    bujukan dan ancaman perlu selari… kalau tidak wujud sikap acuh dan tidak acuh.. jauh sekali utk mendisiplinkan diri serta tabah menghadapi dugaan.

    Selebihnya berserah diri kepada Allah SWT agar kita berubah mengikut acuan ‘jalan kebenaran’.

    Dari sini, kekuatan mental dan fizikal kedua2 belah pihak amatlah diperlukan!

    Sekian laporan daripada karam kapal sinki,…..

    wakakakak
    reply
    #
    perokoksoleh

    5 months ago
    salam…..
    hahahaha…..
    sebut mat lembut rasa lawak….
    saya suka berkawan dgn mereka sebab mereka pandai masak…
    dan kita boleh curi cara2x mereka masak
    owhh…paling best bila mereka nie mmng klakar dan boleh dibawa sembang benda ngarut2x…hahahaa

    ps:…kita kena menasihat mereka dan hati dorng lembut…tp kalau yang dah sampai bedah sini sana,adesss…..itu kes lain
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Ha ha………

    Seronok sebenarnya bila berkawan dengan mereka. Rajin menolong dan lucu pulak tu….hi hi…
    reply
    #
    maza

    5 months ago
    Jangan tak sangka, geng geng Ninja 250R, (motor besar) kami ada gak jenis patah2 ini…

    heheheh

    dia kerja sbgi pendadan rambut… patah2 orgnya.. tapi dia tidaklah nak jadi nyah.. tapi terus berusaha menjadi lelaki macho….

    pernah air tumpah atas meja ketika kami ada sesi TEH TARIK SESSION (TTs) di Gombak… “Alamak…. jahatnya, tumpah lak air nie.. teruk tau korang. . dengki!” dia sorg aje melompat sambil tanganya ‘terpatah’ dan terkapaian secara otomatis..

    hilang berebutkan cawan kami yg turut melingkup.. kami semua berdekah2 ketawa…

    tapi dia tak ambil hati…. dia faham dan kami faham!

    psst.. kekadang perubahan memakan masa.. tetapi sediakah diri sendiri mahu berubah?!
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Ha ha…….memang mereka ni mudah melatah…….Bila melatah tu lah terus pecah rahsia……hi hi….

    Maza melatah ke??

    Opocot!!
    reply
    #
    fazemy

    5 months ago
    Tgk Nona hari tu. Pandai maknyah tu bercakap. Katanya dia dari golongn ketiga. Tak bleh masuk TV. Yelah bkn lelaki bn perempuan. Klw masuk toilet dia masuk mana? Klw mati nk mandikan cara perempuan atau lelaki. Kesian klw mati dlm keadaan mcm tu. Insafla sblom terlmbt.

    Hari tu saya pernah termasuk blog sorg nyah ni tau. Dia cerita cara hidup dia. Gmbr dia peluk2 dgn lelaki. eee geli. saya tak ingt dh la linknya.
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Oh, ya…bila mati, macam mana, ekk kalau dah tukar jantinanya…. siapa pulak nak mandikannya…..Mungkin mereka ni tak sedar laa….tak terfikir kot…..

    Oh, Kak tie ada gak masuk blog maknyah, tapi lelaki ni ganas sikit. Bangga dengan penampilannya…dia pun terkenal….nak buat macam mana…..dia terlalu bangga, kita tak berani nak tegur, silap2 kena penumbuk lak. Harap benar dia cepat2 insaf, supaya yang lain tu boleh sedar…. Sebab semua orang kenal dia….mungkin dia boleh jadi contoh yang baik jika dia nak…..
    reply
    #
    maza

    5 months ago
    bab mandikan mayat!

    Kita kena memandikan mereka mengikut jantina asal kelahirannya.. yg tulin itu..

    Kalau yg palsu ni tak diambil kira.. Jadinya manusia transformer ini akan dimandikan oleh lelaki juga…

    tetapi, kalau mereka dah fully transform, masih Islamkah dia? Masih difardhu kifayahkah kita utk melaksanakan 4 perkara ke atasnya?

    hmmm
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Itu adalah antara dia dengan Tuhan. Yang penting kita jalankan tanggungjawab kita.

    Kita tak tahu , mungkin dia dah bertaubat sebelum mati tu……kita pun tak tahulah, dosa kita ni entah berbakul2….hu hu……
    reply
    #
    maza

    5 months ago
    Masalahnya, Nak jalankan tanggungjawab tu macam mana? Sedangkan kita sendiri pun tak pasti…

    hmmm
    reply
    #
    en_me

    5 months ago
    akak tie naper tak raba kelangkang rashidah tewww.. tengok ader tak kejantanan beliauuu.. ekeke, larikkkks
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Ooiitt!!

    Ish!! Teruk la en_me nih!! Takkanlah nak buat gitu!! Kalau kak tie buat pun (mustahil sekali, hi hi ) tentu dia terus melompat dan melatah!! Kah kah!!
    reply
    #
    maza

    5 months ago
    Den takut, Tie yg tak tahan aje……wakakakaka

    (godaan dan cemburu tau! auw auw auwwwaauuu)

    hehehehh
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Ooiitt!! Maza ooii……

    Tak gi jumaat ke?? Kah kah!!
    reply
    #
    kak_ezzaaziz

    5 months ago
    akak kesian orang macam ni..mana mana pergi di gelak kan orang..tau tak..orang macam ni sangat setia dengan kawan, mereka tak minta di lahir kan begini…kalau kita kawan dia..nasihat lah apa yang patut2.
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Mereka ni insan biasa je, kak. Ada kelebihan dan kelemahan…macam kita gak.

    Setia tu ada juga….tapi tak semua…..seperti yang Tie kata, macam kita. Cuma kita yang normal ni, mungkin kalau ada peluang dapatlah nasihatkan mereka ni, sikit pun tak pe, asal mereka tahu, yang kita rasa perihatin.
    reply
    #
    ahmoi

    5 months ago
    wow…sure dia jadi makin ayu kan..hehehehe…nasib akak dulu tak tergoda kat dia..klu tak…aaauuuuwwwww…hahahhaha
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    he he……harap2 tak laa……..

    Dia tu cuma adik je…..muda 3 tahun dari kak tie..hi hi…..
    reply
    #
    cendawanintim

    5 months ago
    adehhhhhhhh, krisis identiti yang tak berkesudahan kot..
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    He he…..sengaja cari kelainan tak? Hmm…….tak tahu laa……
    reply
    #
    iza~de~bintang

    5 months ago
    Iza siap dapat nasihat menjaga kulit lagi hahahaaa… mentang2 ler iza i minag kilang yang tak berapa cun, sabor je lah.
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Oh ye ke?? Dia tu ikhlas laaa…. Orang lembut ni best gak buat kawan….
    reply
    #
    kutaksempurna

    5 months ago
    sekarang dah jadi trend…
    saja je… padahal sebelum ni keras kan main…

    eihhhhhh… dah nak jadi zaman nabi LUTH
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Ho ho…….jangan sebut ‘keras’ tu……kang ada orang datang kacau!! hi hi….
    reply
    #
    izzah

    5 months ago
    golongan nie tetap lelaki..kena ikut jantina masa dia lahir lah..kalau solat..mcm solat org lelaki..kalau mati pun kena uruskan cara lelaki..
    tapi yang dah operate n makan hormon untuk tambah itu ini tu tak pk panjang ker..kalau dia insaf..mcm mana dia nak g haji?dia kena pakai ihram..nak tutup yang terdedah di dada tu mcmana?
    kesian kan kat dorg..kalau sape2 jumpa @ berkawan dgn golongan nie..kena selalu nasihat..biar dia ckp kita menyibuk..tapi demi kebaikan dia gak kan..
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Sebab itulah kita kena tegur mereka ni, sebelum terlambat. Kesian gak.

    Yang dah lepas tu , hanya tuhan je yang tahu hukumnya. Dosa dia adalah dengan tuhan. Dosa kita dengan dia ni (kerana membiarkan je), macam mana, ekk….takutlah pulak. Kita tentu kena cuba tolong sedaya yang mampu….
    reply
    #
    maza

    5 months ago
    Den rasolahkan… agak2 eah kalau dah insaf tu, dia org kenolah pulak tumbuhkan balik mano yg dipotong dan ditenggelam kan itu….

    erk! bab yg dah terbonjol ke depan tu, tak po laie….

    hahahahhaha
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Ooo………

    Cencored……..cencored………..
    reply
    #
    shais

    5 months ago
    adik saya pernah kena kejar dgn golongan ni…..lepas kejadian tu dah tak berani nak pandang2 diorang lagi…:)
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Ha ha……..

    Dapat bayangkan gelagat kejar mengejar…… kah kah!!
    reply
    #
    Kujie

    5 months ago
    kadang2 salah mak bapa juga
    kecik2 dah lentur
    bila besar dah keras…..
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    kah kah….Jie…….istilah ‘keras’ tu sensitif kat sini.!!
    reply
    #
    izan

    5 months ago
    k tie,

    kadang2 mereka ni lagi lembut dari kita kan. tapi kesilapan mereka adalah lelaki sejati yang keliru. mungkin kesan dari kesilapan panduan dari ibu bapa ataupun persekitaran. sebab kalau nak diikutkan yang sebenar-benar kejadian, sebahagian kecil aje.

    kadang2 kita kena cakap, tapi – cakap pun salah, tak cakap lagilah salah… sebab tu ramai masyarakat hanya pandang aje. zan pun tak tahu bagaimana nak cakap…
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Ya tu….Kalau kebetulan kita rapat dengannya, tentu kita boleh nasihatkan….. Tapi kalau tak kenal, takut gak…..takut kena penyepak je….hu hu…………Mudah2an mereka ni insaf…..
    reply
    #
    kuina

    5 months ago
    dilahirkan normal tp bila besar jd lain..
    terpengaruh & dipengaruh.
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Mereka tu perlukan bimbingan.
    reply
    #
    ima

    5 months ago
    salam tie,
    kawan kpd adik ipar saya pun ada juga yg lembut begini…..masa sek dulu hanya lembut dan suka kawan dgn pompuan,tapi bila dah habis sek,lembut makin menjadi.dan bila brhijrah ke kl terus dah jadi perempuan.terkejut habis org kg tengok bila dia datang ke majlis kahwin adik ipar tu.katanya sekarang dh jadi makep artis…..saya sebenarnya geli dan kesian juga dgn org macam ni.
    reply
    #
    kaytieze

    5 months ago
    Ramai sekarang makeup artis yang dua alam ni……..Tie tengok je….tak tahu la, nak tegur macam mana, ekk…

  2. December 13, 2009 at 6:38 pm

    Great article, amazing looking blog, added it to my favs.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: