Home > Tingtong > Ingin Berkenalan?

Ingin Berkenalan?

February 10, 2009 Leave a comment Go to comments


Ha ha……

Tie biasa terima email2 tentang tawaran hadiah, wang berjuta2 (Tie tolak sebab dah terlalu kaya, he he….) atau sesuatu yang memberi info yang bermanfaat.

Akan tetapi, baru2 ini, ada seorang hantar email kerana ingin berkenalan. Kah kah kah!! Apa? Tak tahu ke makcik ni dah nak masuk senja?? Katanya dia pernah baca blog Tie. Hmmm……..betul ke??

Tapi, kenapa tak komen je kat blog ni, ekk? Boleh tulis berjela2, tak siapa pun akan marah. Kenapa pulak nak private tu?

Ada juga Tie terima email dari bloggers yang ada sedikit kemusykilan . Tie tak kisah laa. Makcik ni sedia membantu. Tapi kalau setakat nak melayan angau tu, isshhh………. Tak payah laa….. Walaupun makcik ni ada sikit jiwangnya, tapi belum nyanyuk lagi…….

Mungkin pengirim email tu saja2 nak test line. Tak tahu la apa niat sebenar dia. He he………… Ingat orang pompuan ni desperate ke? Kita ada akal laa……… Walaupun belajar separuh jalan, pengalaman tu jauh lebih berharga.

Kepada pengirim email tu, sorry yek! Makcik ni lebih suka melayan komen2 kat blog ni je. Itupun kena ada batasnya. Kita orang timur, harap benar dapat kekalkan budaya sopan santun ni…….

Categories: Tingtong
  1. Tie
    July 27, 2009 at 4:44 pm

    68 comments

    *
    Tirana

    5 months ago
    Hahahaha…lain kali letak gambar muka tua kerepot kat blog..tentu tak dak sapa suka nak berkenalan..tapi sure orang tak percaya punya..mana ada nenek yang pandai main internet..ekekeke..
    reply
    *
    kaytieze

    5 months ago
    Hi hi…….tak terfikir pun nak letak gambor nenek, ekk….. Kelakar gak!
    reply
    *
    maza

    5 months ago
    Kalau betullah letak gambo dah kerepot….huhuhu

    den klik pun tak mau, komen pun lagi ler … takut masuk blog antu…kesian lak kang tuan tanah, tak der saper nak melayan eah!~

    wakakakakaka
    reply
    *
    kaytieze

    5 months ago
    Tu laa…….orang lelaki ni memang gitu…..

    Suka tengok yang comel2 je…… sebut je kerepot terus lari, ekk!!
    reply
    *
    maza

    5 months ago
    La….bersesuaian ler dgn fitrah manusia….”cantik dan bersih disukai oleh manusia” …..

    bukan lelaki jerk…perempuan pun sama, lari tak mau yg kerepot.

    (erk tapi ada eceptional sikit… yang berwang mungkin dia org akan lagi rapat…yang beruang? hmm) …….wakakakakkaak
    reply
    *
    nurhuda_cahayapetunjuk

    5 months ago
    assalamualaikum..

    apa khabar kak?..hehehe macam2 ya kak..:)
    reply
    *
    kaytieze

    5 months ago
    Akak baik2 je…….sekarang ni tengah dok korek2 duit sebab anak yang sorang tu nak masuk asrama……hmmm……cukup ke duit ni??
    reply
    *
    ain

    5 months ago
    hihihi…dasat gak kak tie ni, baru baca blog je, dah ada yg tersangkut!
    reply
    *
    kaytieze

    5 months ago
    Bukan tersangkut, ain……saja nak ngail kot!! ha ha………….
    reply
    *
    suzi

    5 months ago
    salam kak tie…ramai peminat ye kak tie hihihi…
    tak tahulah bila nak habis berkemas ni…nak kemas brg pindah lagi…nak kemas yg bersepah dek anak2 lagi….mmmmm
    reply
    *
    kaytieze

    5 months ago
    Peminat?? Tak de laa…..

    Kemas sikit2 dulu suzi……kak tie dah 6-7 kali berpindah….dah tahu betapa letihnya. Jaga kesihatan tu, kalau dah sakit nanti lagilah susah. Anak2 nak sekolah tu….
    reply
    *
    en_me

    5 months ago
    fuyohhhh, akak tie yg jeliterrr one uoolssss..
    reply
    *
    kaytieze

    5 months ago
    Ye laa………jelita la ni……………
    reply
    *
    kak Ezza

    5 months ago
    Tie..tahniah anak dapat masuk asrama..dapat mana ni,,,
    reply
    *
    kaytieze

    5 months ago
    Sek Men Teknik Terengganu…… Harap benar dia ok kali ni…..dah besar pun, form 4.
    reply
    *
    nono

    5 months ago
    wah… hot la kak tie!🙂
    reply
    *
    kaytieze

    5 months ago
    Hah??

    Panas! Panas! (sambil kuat berkipas!!)
    reply
    *
    kak_ezzaaziz

    5 months ago
    Tie,elok tu masuk Teknik,
    anak akak yang ke 4 tu keluaran Sek Teknik,,dia ambil Engineering,,habis sana dapat masuk Politeknik..sekarang ni dah Sem 5…akak ingat kalau tamat nanti,nak suruh dia sambung kat UTM pulak…ambik degree..itu pun kalau dia tak mengenyam nak kawin laa….hahahaha
    reply
    *
    kaytieze

    5 months ago
    Ye ke? Tie ni tak de pengalaman sek. Teknik…. Silap dia sebab tak mintak SBP dulu…Biasa adik2 Tie semuanya masuk Sek. Sains atau Mrsm….. Budak tu berangan nak gi oversea….mcm adik2 Tie tu…. Tie cakap abiskan sekolah ni dulu. Kalau ada rezeki adalah tu….Mungkin ada peluang jadi exchange student kat u nanti…..Saja nak buat dia sejuk ati….he he….
    reply
    *
    nazilyn

    5 months ago
    salam…

    hihihi… k lar tu kak tie ada admire
    reply
    *
    kaytieze

    5 months ago
    Rasa2nya bukan admire tu……saja nak menjerat kot! He he……
    reply
    *
    Adila

    5 months ago
    hai~

    boleh berkenalan?😛
    reply
    *
    kaytieze

    5 months ago
    Ooiitt!!!

    Ni kak tie ada link untuk Adila berkenalan….. (http://mazaaida.blog.friendster.com/)
    reply
    *
    Adila

    5 months ago
    aiiikkk!!!!

    nak berkenalan dgn anak laki kak tie boleh?
    WAKAKAKAKAKAKAK😛😛
    reply
    *
    kaytieze

    5 months ago
    Anak kak tie??

    Tunggu dia masuk U dulu laaaa…….

    Ni innocent lagi……..malu2 je….hi hi… Misai pun belum tumbuh!!
    reply
    *
    maza

    5 months ago
    ah! malu lak den….merah padam muko den lak…..hehehhehe

    tie nie….sajo jo nak mendugo den la tu?…..

    auw auw auw…..meowww…
    reply
    *
    kaytieze

    5 months ago
    Ha ha……tengok tu…

    Dah jadi kucing pulak……malu konon!!
    reply
    *
    Pearls

    5 months ago
    Nak kenalan?
    huhu..

    biar jer ar dorang tue kak..

    saja jer tu xder keja..
    ngeeee..

    *mesti kak menanrik.. thts y ada karisma..
    reply
    *
    kaytieze

    5 months ago
    Memang dia tak de kerja la tu……Hi hi……Dia ingat makcik ni rajin sangat nak layan…kah kah!!
    reply
    *
    maza

    5 months ago
    uiks! sampai atie tie buat pendedahan emil maza kat sini…. huhuhu…

    habis la, pecah rasa den yg bagi tu ha……uwakkkk

    wakakakakaka
    reply
    *
    maza

    5 months ago
    ## rasa = rahsia

    minta maaf, kesilapan komputer mengeja tu…..hehehhehe
    reply
    *
    kaytieze

    5 months ago
    OOiitt!!!

    Maza ke tu?? Ho ho…….tie tak tahu lak…….tengok alamatnya lain macam je….

    Kah kah!! Lain kali berterus terang laa……. Makcik ni sedia melayan….kah kah…..nampak gaya penyakit tingtong dah menyerang!!
    reply
    *
    maza

    5 months ago
    uiks….kalau gitu, bak ler tepek isi kandungna email tu kek sini….boleh gak den baco samo…..hehehhee
    reply
    *
    kaytieze

    5 months ago
    Tie dah delete laa…..malas nak tengok…..he he….
    reply
    *
    latifah jellanie

    5 months ago
    wah Tie ada secret admirer tu … hehehe
    reply
    *
    kaytieze

    5 months ago
    Ish…..tak de la kak.

    Saja orang tu nak buat Tie perasan ni……(harap2 taklah terlebih perasan…he he…)
    reply
    *
    perokoksoleh

    5 months ago
    salam…….

    hahahaa…maybekan orang tue x taw makcik dah ada anak…
    tapi sebab xder yang mengaku…
    sebelum jadi kisah bangau oh bangau…
    saya mengakulah walau sy nie taraf anak,hahaahha……

    ps:asal orang panggil makcik akak???makcik nie orang terkenal ker??
    reply
    *
    kaytieze

    5 months ago
    Laa……umor makcik ni dah lebih 40 tahun…….

    Tentulah kena panggil makcik…..hi hi……

    Ooo……tak de sapa pun kenal makcik ni….makcik misteri laaaa……
    reply
    *
    nekcun

    5 months ago
    Hai Tie… itu tandanya Tie masih ‘laku’ lagi… hehehe… jangan mare ye!… kalo hubby Tie baca mesti dia risau punyer nih!… hehehe…
    reply
    *
    kaytieze

    5 months ago
    Hi hi……kelakar laa…..cuma Tie rimas laa….kalau2 ada orang mengganggu.

    Email yang Tie tepek kat blog ni bertujuan utk sesuatu yang berfaedah….mana tahu ada teman lama ingin berhubung….
    reply
    *
    Aishah Jamal

    5 months ago
    Salam ziarah & Salam perkenalan ke blog Tie. Emmm…seronok juga membaca kata-kata yang tertera dilaman ini.
    reply
    *
    kaytieze

    5 months ago
    He he…..memang seronok baca komen2 ni…..macam2 gaya….

    Selamat berkenalan………
    reply
    *
    Neeza

    5 months ago
    tak pelik.. sebab tulisan Kak Tie kat sini menunjukkan peribadi Kak Tie yang friendly… dia nak kawan kot Kak Tie..
    tapi kalau dia ada niat lain, erkkk!!! jangan diteruskan.. nanti jadi perang kat rumah hehe..
    reply
    *
    kaytieze

    5 months ago
    Oo….kak tie friendly ke??

    Tapi……napa tak de orang nak kawan dengan kak tie (secara realiti) ni?? Sedih gak…….

    Berbeza pulak bila balik kampung, adik2 ipar tu tak kira yang lelaki atau pompuan rajin lak layan makcik ni…he he…..
    reply
    *
    nrina

    5 months ago
    wah kak tie ada peminat ke pemenat hehehe…

    tengok..tanpa wajah pun org leh nak kenal ape..mmg power kak tie nie…

    ada aura seri yg amat dasyat hehehe…
    reply
    *
    kaytieze

    5 months ago
    Ni macam nak bodek je……..

    Ada kisah aura lagi ke?? Kah kah!!

    Kalau kak tie tepek wajah ‘comel’ ni, rasa2 nya alamat akan tutup kedai tak lama lagi……hi hi…..
    reply
    *
    wanie

    5 months ago
    kak tie nie famous sgt..tu yg sampy ade nk knl tu..jelous hubby kak tie nnti..hehhehe
    reply
    *
    kaytieze

    5 months ago
    Eh…….macam mana pulak famous?? Wajah kak tie pun orang tak kenal….pelik laa..

    Sebenarnya tujuan kak tie tulis entry ni adalah supaya kita semua beringat2 tentang orang2 yang tidak dikenali. Mula2 nak berkenalan, lepas tu ajak keluar, nak jumpa…..dan seterusnya tak tahu laa….macam2 cara nak menipu ni…..

    So, hati2 la gadis2 kat luar tu…..
    reply
    *
    kutaksempurna

    5 months ago
    huwahahahahahahaha…

    banyaknye peminat…
    tu la…. kedekut sgt nak tyg muka kat sini…😛

    huwahahahahahahaha… jgn mare…
    reply
    *
    kaytieze

    5 months ago
    Hi hi……kak tie ni kedekut sikit….hi hi….malu laa……
    reply
    *
    nadinezuharra

    5 months ago
    hehe..kak tie ade secret admire tu..
    *mungkin org tu kesunyian kot..isk isk.. kesian..kesian (nada cerita p. ramlee)
    reply
    *
    kaytieze

    5 months ago
    Ooo…….mungkin juga, ekk. Kesian…….kesian………hi hi……. Tapi napa tak join forum ni, ekk?? Malu kot…..
    reply
    *
    pu3

    5 months ago
    ahakkkss!
    itu tandanya saham kak tie masih mahal tau..
    hebat!
    hehehe…
    reply
    *
    kaytieze

    5 months ago
    Ha ha……….tak de laa……

    Kak tie saja nak bagitau supaya adek2 kat luar sana tu tok sahlah layan orang2 sebegitu…..bahaya sebenarnya……
    reply
    *
    Kujie

    5 months ago
    pernah juga dpt email mcm tu
    erkkk……..dia org baca blog tu tak perasan ke
    biodata terang2 tulis anak dah 3!
    reply
    *
    kaytieze

    5 months ago
    Saja orang tu nak menduga…..kot2 boleh dapat duit lebih agaknya…. Biasanya mula2 tunjuk baik, loving laa…lepas tu mintak tolong nak duit utk operation laa….entah apa2 je orang ni…..
    reply
    *
    kin

    5 months ago
    glamer gitu kak tie!!🙂.
    reply
    *
    kaytieze

    5 months ago
    Tak de la Kin……… Mungkin orang tu ingat makcik ni tongong!
    reply
    *
    shais

    5 months ago
    dari penulisan turun ke hati.
    itu yg buat orang nak berkenalan dengan kak tie…hihihi.

    tahniah buat anak kak tie…..
    reply
    *
    kaytieze

    5 months ago
    Kah kah kah!!!

    Kelakar betul Shais ni!

    Ada ke orang boleh jatuh hati dari penulisan makcik tingtong ni??

    Thanks kerana ucapan tahniah tu…….
    reply
    *
    fatrina

    5 months ago
    haaaaaa…. ehem3… sape ek nk berkenalan tuh… jaga2 incik abg kak tie hehhee
    reply
    *
    kaytieze

    5 months ago
    He he……abang kak tie tak tahu….. kalau dia tahu, mesti dia balas email tu… Dulu ada orang antar sms kat kak tie, terus dia talipon orang tu…he he…. memang ganas hubby tu…kah kah….
    reply
    *
    maza

    5 months ago
    uiks! ini kes cemburu nie…

    tontu tie rasa mcm best jerk kan bila hubby buat mcm tu…..

    heheheheheh

    pstt: org rumah den kalau den kena mengurat, dio kobarkan kat den, “abg tak nak mengurat balik ke?”

    terkebil2 mato den….terkedu .. jammed terus otak wooo…..

    wakakakakak
    reply
    *
    kaytieze

    5 months ago
    He he……..mula2 Tie tak perasan yang hubby tu cemburu orangnya…..tapi setelah berlaku beberapa kejadian…..(tak boleh nak cerita kat sini.) ….he he…. barulah Tie sedar.

    Baru faham kenapa dia tak benarkan Tie bekerja atau aktif dlm persatuan kaum ibu di sini… Dia tak suka rumah ni kosong bila dia balik dari kerja. Kalau Tie tak sambut dia balik, mesti dia cari2 keliling rumah!!

    Tie tak la rasa best, cuma bimbang je……takut dia tak boleh kawal… Sebab tu Tie lebih suka bersikap low profile….jadi makcik misteri kat sini…hi hi..
    reply
    *
    izzah

    5 months ago
    wah..kak tie..panasss..mcm goreng panasss…hehehehe
    reply
    *
    kaytieze

    5 months ago
    Hi hi…..panas ke?? Saje nak highlightkan kat sini……takut ada orang yang melayan orang2 macam ni……..bahaya tu…..
    reply
    *
    wexeeda

    5 months ago
    tul2 jgn layan…. klu nak balas, buat maen2 takpe, tiba2 kata diri nie ‘maknyah’ ke, mesti dorang lari… hahaha… wex pernah buat……
    tapi jgn jadi tul2 tersangkut dah… hehehe
    reply
    *
    kaytieze

    5 months ago
    Ha ha……takut tersangkut, eh?

    Tak sangka wex ni ‘maknyah’! ! Kah kah kah!! Boleh pengsan nih!

  2. March 13, 2010 at 5:36 pm

    hai slmat bkenalan

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: