Home > Tingtong > Azie

Azie

Kajian Applied Science tu tidak jauh dari asrama Chempaka. Lan mengekorinya tapi masih teragak2 kerana takut dia marah lagi… Nor pula berjalan terus dalam debaran. Tidak sampai 10 minit sudah sampai di pintu pagar .

Ha ha….. Pak guard setia mengawal, jadi Lan tak de peluang lagi.. Nor menoleh dan melihat Lan tersengih2. Kelakar pulak rupanya….Mungkin dia rasa seronok kerana dapat juga berbual2 dengan Nor walaupun sekejap.

Keesokan hari Nor ke kelas seperti biasa. Lihat Azie bersama classmatesnya sedang rancak bersembang. Oleh kerana lecturer sudah duduk tercongok dalam kelas, dia tidak sempat menegur Azie.

Bila ada masa terluang Nor cuba mencari2 Azie. Entah kenapa dirasakan ada sesuatu yang tidak kena. Pernah melihat Azie di library atau di corridor Applied Science tapi seolah2 dia cuba mengelak dari berjumpa dengan Nor , tak seperti biasa.

Keadaan ini berlarutan berhari2. Nor mula rasa kesepian. Nor singgah di biliknya di asrama Seroja tetapi tak juga ketemu. Masa tu Nor terkena gastrik, terpaksa ke klinik yang berdekatan di situ . Bila sakit barulah terasa betapa pentingnya kehadiran seseorang. Sedih betul.

Setiap malam Nor study seperti biasa di kelas 402. Tapi tanpa kehadiran Azie, dan suasana study menjadi suram. Sekali sekala classmates, Zul dan Zamri akan datang ‘mengacau’. Dan Lan juga ada mengintai. Dari mereka ini, Nor dapat tahu yang Azie ada study sama tapi di kelas yang lain. Nor lihat dia bersembang2 dengan temannya Zus di corridor.

Nor sudah faham kehendak Azie. Yang anehnya semua teman2 tahu yang hubungan rapat kami telah terlerai. Sebabnya salah Nor juga. Kerana gurauan yang melampaui batas, Azie tersinggung. Itulah kandungan surat yang Nor terima.

Nor memohon maaf. Dalam suratnya kepada Azie, Nor mengakui kelemahan dan kekurangan dirinya. Dia menulis dalam deraian air mata, dan mungkin Azie sedar tulisan dalam surat itu telah kembang kerana basah. Huh! Macam putus cinta, ekk! Itulah pertama kali dalam hidup Nor di reject!!

Nor masih ke kelas untuk study setiap malam. Kerana sering teringatkan Azie… Nor study di kelas lain, sendirian . Malam itu Lan datang lagi. Entah macam mana dia boleh jumpa Nor di kelas yang tersorok tu. Memang budak ni degil betul.

Kali ini Lan bawa sesuatu untuk di kongsi… Haa…. album gambar dia bersama kawan2nya. Entah apa tujuan, tak tau laa…

Malam itu dia buat Nor tergelak. Gelihati lihat gelagat dia dalam gambar2 tu……. Macam2 gaya! Nampaknya dia cuba menghiburkan Nor. Namun dalam perbualan itu , seperti teman2 Nor yang lain, Lan tak sebut pun nama Azie. Mungkin dia tak tergamak nak buat Nor sedih.

Kerana kehadiran Lan, Nor langsung tak dapat study. Bimbang dan takut ditangkap basah, Nor keluar di corridor dan layan je Lan tu.. Bersembang tentang cita2, tentang harapan dan masa depan.

Sekali sekali terlihat Zul dan Zamri. Mereka ni classmates Nor, yang kadangkala datang berbincang tentang studies, dan selalu juga pinjam notes untuk di xerox. Renungan mereka serius sekali… seolah2 kurang senang dengan perubahan sikap Nor. Rasa malu tu tetap ada…….. kerana mereka tahu, Nor memang tak gemar bersembang2 dengan lelaki begitu.

Tapi malam itu Nor jadi berani. Mungkin kerana kecewa dan marahkan diri sendiri. Itulah kali terakhir Nor berbual mesra dengan Lan.(kesian ekk) Dan Lan kelihatan begitu teruja… asyik senyum dan gelak2. Hmm……. mungkin sebagai ‘upah’ kerana buatkan Nor hilang rasa sedih buat sementara. Dengan tidak sengaja, Nor telah memberi Lan sedikit harapan.

P/s: Macam mana?? Kisah benar ke??

Categories: Tingtong
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: