Home > Santai > Cerita Separuh Romantik

Cerita Separuh Romantik

Lan : Nor, jom kita ke mamataria…… Takkan tak letih study tu…. bukannya ada exam…
(Ish!! Dari mana pulak budak ni timbul ?)

Nor : Pergi la , Nor tak lapar pun. Nor suka study…. Tok sah nak dengki laaa.

Lan : Temankan abang Lan minum, boleh kan…..? (nak ngurat la tuh!)

Nor : Lan…. Kan dah beritahu dulu. Tak minat benda2 gini. Sorry laa… Pergi ajak Azie tu… dia kan ok…. (Rasa loya pulak bila dia ni merayu….)

Lan : Kita kawan biasa je…….Bagilah Lan peluang……
(kawan biasa konon! dok mengekor macam bayang2 tu apa? Uwekk!))

Nor diam je. Menyesal kerana melayannya di library dulu. Ingat betul2 nak pinjam pen, rupanya ada niat lain. Mood study terus hilang . Lan pulak dengan riangnya selesakan diri. Dia duduk di hadapan Nor yang keresahan. Beberapa orang yang sama2 study di dalam kelas itu menoleh sambil tersenyum. Ini lah yang membuatkan Nor semakin segan.

Nor bangun ; keluar dan bersandar di dinding level 4 bangunan Applied Science itu. Malam yang dingin kelihatan cantik sekali dengan sinaran bulan yang samar2. Lan mengekorinya (hobi dia agaknya) dan tersenyum..(nyampah pulak!)

Lan : Marah ke? Pergilah study. Lan takkan ganggu lagi….(Tahu pun!)

Nor : (Diam je…. memang Nor jenis malas nak cakap. Nak jimat suara kot..hihi..)

Lan : Eh! Janganlah gini…. Lan tak sukalah Nor diam…cakaplah……marah ke……..?Lan sedia dengar……. (Memang padan muka dia! Silent treatment biasanya mujarab!)

Nor masuk ke dalam kelas semula. Nampaknya Lan dah serik. Strategi mudah telah berjaya. Lan di luar keseorangan. Dia tak berani masuk dan ganggu Nor lagi. Nor pula dengan senang hati sambung revisionnya….

Entah kenapa Azie tidak datang study seperti biasa. Nor tertanya2 sendirian. Tak sampai sejam , dah mula rasa bosan. Kalau ada Azie tentu boleh sembang2 sekali sekala. Nor keluar untuk ambil angin setelah teringatkan suasana nyaman tadi.

Sebaik saja melangkah keluar, Lan sudah sedia menyambut dengan senyuman 10 sen nya.. Ish..macam mana pulak Azie tu kata Lan ni handsome? Tak sampai 1% wajah Pierce Brosnan pun! Memanglah penampilannya menarik, kemas dan bersih……tapi still tak boleh terima dia….walaupun sebagai kawan……

Lan : Haa…..rindu kat abang ke?? (uuwekk!)

Nor : Eh! Ingat dah tak de tadi..(Tak sangka budak ni ada lagi)

Lan : He he…..Azie mana?

Nor : Tak tau laa. (Rasa nak jenjalan sepanjang level tu…tapi tak berani sebab gelap. Bukan takut antu, tapi budak tu…Tak jumpa pulak suis lampu di corridor tu…)

Lan : Jom la gi minum. (dia mendekatkan diri)

Nor : Tak nak laa… Nor nak balik je… boring tak ada Azie. (Rasa seram tengok perlakuan Lan tu..)

Lan : Tunggu la dulu.. Kita sembang2 kat sini… Tapi… penatlah berdiri ni… kita duduk kat sana, nak? (sambil menuding jarinya ke sebuah bangku di hujung corridor)

Nor : Erk….Nor nak balik laa… rasa pening pulak! (cuba cari alasan…. takutnya….) Terus masuk dalam kelas dan packing! Lan pulak ikut di belakang. Nampaknya dia ingin menemani Nor pulang ke asrama.

Nor : Lan…… Nor nak balik sorang . Tak payah ikut! (Bersuara sekeras yang boleh!)

Lan : Eh… Kita balik sama2 laa. (memang budak ni tak ngerti bahasa!)

Nor diam. Dia jalan cepat2 di hadapan…….

Categories: Santai
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: