Home > Jenjalan > Warisan Pahlawan Resort

Warisan Pahlawan Resort

Diam tak diam, dah lebih 8 tahun hubby cari makan di Terengganu ni. Anak2 Tie pula mula bersekolah di sini. Dan boleh dikatakan, pendidikan di Terengganu agak baik….. boleh senyum kat result exam budak2 tu….hi hi……

So, sebagai penghargaan, Tie nak promosi sikit sebuah homestay di Kampung Pauh, tidak jauh dari sini. Namanya WARISAN PAHLAWAN RESORT. Anak2 Ganu patut rasa bangga!!


Apa istimewanya resort ini?? Ianya terdiri dari 3 buah rumah kediaman yang mengandungi 12 bilik dan sebuah surau. Rumah2 ini adalah bangunan lama , dipenuhi dengan ukiran Melayu lama Terengganu.

Kolam ni didiami beberapa ekor ikan kelah (besar betul!!).


Haaa…. ini adalah rumah persinggahan Mat Kilau. Ia berumur lebih 100 tahun. Ia dibina semula dan sebahagian kecil komponen yang hilang telah diganti mengikut bentuk asal.

Inilah biliknya. Boleh bermalam di sini…. Kalau minat suasana kampung zaman dulu, eloklah buat tempahan… Ada juga disediakan bilik dorm untuk keluarga besar atau sapa2 yang inginkan kelainan.

Kalau tak silap, ini rumah persingahan Tok Gajah. Ada beberapa buah bilik. Rumah ni memang cantik. Makcik ni jalan dengan hati2, takut tergelecoh pulak….hi hi… tak biasa laa…..

Tahu tak benda apa ni? Inilah Jebak Burung (perangkap). Cantik kan? Cuma burungnya tak ada…he he….

Shh…… Ini bilik anak dara….. Tak ada katil, cuma ada lembek kekabu… Tie saja tak snap foto kat dalamnya…. Rahsia tau…hihi…..

Inilah bilik mandi……Eh..tak de pintu pulak! Dalam ni ada telaga. Sapa2 ingin nak mandi air telaga boleh cuba laa….. Tapi bilik air moden memang sedia ada di atas rumah tu…. kot2 ada yang kurang selesa….. Maklum laa… biasa orang bandar je datang ke homestay ni….

Haa….nampak tu telaganya. Siap ada gayung lagi….he he… Air telaga sejuk tau… silap2 keras sorang2 kat situ….hi hi…..

Sorry, gambar2 ni senget sikit! Makcik pendek ni susah nak snap foto2 ni sebab ianya tersangkut kat atas… Sambil terjengket2 dapat juga ambil gambar buat kenangan. Tapi Tie takut tengok rupa2 pahlawan2 ni… Nampak bengis je….

Memang patut pun mereka ni nampak garang. Senang nak lawan dengan musuh, kan….dengan wajah begitu….

Akhir sekali, inilah antara pahlawan Melayu kita, Mat Kilau. Ada ke lagi antara kita yang punya semangat kental seperti mereka ni? Harap2 ada lagi, ekk. Manalah tau , kot2 esok2 kita terpaksa berdepan dengan ancaman seperti di Palestine tu…… Hmmm……….
WARISAN PAHLAWAN RESORT
22, KAMPUNG PAUH
21700 KUALA BERANG
HULU TERENGGANU

Tel/Fax :09-6817751

019-9013639
  1. YUSAZRI
    June 5, 2010 at 2:51 am

    SAYA AMBIK GAMBAR UNTUK PROMOSI DI BLOG SAYA YER.. HARAP-HARAP BOLEH LAH YER… MEKACIH…

  2. January 22, 2011 at 5:38 pm

    bleh sy tau brape harga tuk semalaman..?

    • Tie
      January 22, 2011 at 6:09 pm

      Maaflah, kak tie tak tahu, cuba call dan tanya.

  3. pudinz
    February 25, 2011 at 2:37 am

    kat cni bleh buat practical x…lam bidg lanscape

    • Tie
      February 25, 2011 at 8:31 am

      Kena tanya tuan punya resort la dek. Ada no phone kat atas tu. Cubalah…

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: