Home > Terkenang > Makcik Burger

Makcik Burger

December 30, 2008 Leave a comment Go to comments
Tiga tahun yang lalu, kami ke Agro Resort, di Setiu , Terengganu. Saja nak lepak kat situ. Kebetulan sepupu hubby, Kak Yah dan Abe Soh berniaga nasi berlauk di warung tu. Dah lama mereka berniaga …. nampaknya makin maju.

Tie lihat ada dapor burger.. Ada sorang budak dok tunggu kat situ…Baru nak minum air kelapa muda, hubby dah tegur,” Pergilah tolong Kak Yah tu. Dia sibuk..”(memang masa tu tengah ramai pelanggan)

Hmm… pelanggan sorang je. So Tie pun pergilah dan buat macam rumah sendiri…hi hi… Baru nak start idup api dapor tu, tiba2 rasa lemas dan gelap ……….. Rupa2nya pelanggan burger tiba2 jadi ramai! Heran….., entah dari mana budak2 tu timbul ekk? Budak2 tu dari PLKN sebenarnya . Memang kelihatan lapor je….dan berbau busuk pun ada!! hi hi…….

Tie jadi panik! Dan takut! Nak bubuh majerin kat roti tu pun tak tentu arah. Anak Kak Yah tu tolong hiris kobis dan timun. Tie makin ligat memasak. He he……..

Sorang budak chinese tu kata, ” Makcik! Saya nak burger ayam, kasi taruh sos tomato!
(kurang asam! kita comel2 ni dipangginya makcik!)

Makcik : Kat sini semua burger ayam laa. Nah! ambik sos ni, bubuh sendiri !

Budak chinese: Makcik ni….. kita kan customer, kena layan baik tau! (Oiit! Ngada2 pulak budak ni… rasa nak sudip je mulut dia!)

Makcik: Ooii! Makcik ni pun customer tau! Itu……minum air tak abis lagik! (sambil tunjuk kat air Tie tu…) Kesian kat kamu semua laaa, datang tolong masak ni…

Budak India : Oooo…. baiknya makcik ni.. Kalau makcik tak ada tentu kami dah mati kelaparan!!
(Pandai pulak budak ni nak bodek!)

Makcik : Kenapa pulak?? Kantin kan ada?? (Ish!! Rupa macam tak cukup makan je….)

Budak2 tu.. : Tak sedap laaa. Itu sayur ada ulat! ( Hmm…padan muka! Ulat pun ada protein gak!)

Budak : Makcik! (Ish!! makcik lagik!)
Saya nak 2 burger! Lapar laa…

Makcik : Kuatnya makan! Parents you all tentu suka bila dapat masuk PLKN ni, kan??

Budak : Ye laa… mereka memang happy betul…. (masing2 dok sorak!)

Ish!! Budak2 ni memang lucu! Berebut2 nak burger tu. Ada yang tak sabar2 dan bising2. Mereka semua ni dari Selangor. Ramai chinese dan indians.

Budak : Saya nak ‘well done’ ! (Huh!! Memang nak kena lesing ni! Bagi yang rentung baru tau!)

Makcik : Ye laa… Ada sapa2 nak yang ‘rare’ tak?? Senang je makcik nak tepek kat roti tuh!

Budak2 tu mula bising lagik! Suka pun ada tengok gelagat mereka. Teringat zaman Tie dulu. Hi hi…..

Budak : Makcik! Saya cakap jangan marah, ye.

Makcik : Apa dia?? (pelik betul budak ni….)

Budak : Makcik macam cina laa…. (memang nak kena penyepak betul!!)

Makcik: Hah!! Mak makcik orang jepun!!(saja nak buat budak2 tu sakit ati!)

Budak2 : Oooo…. pandai cakap jepun ke??

Makcik : Arigato gozaimas!! Dah! Pergi balik kat camp tu!

Akhirnya selesai juga burger2 tu. Nampak masing2 dah terbuntang kekenyangan. Bila dah tak de orang, cepat2 ‘tutup kedai’ ! Rasa gerun bila teringatkan budak2 tu berkerumun …. Memang tak sanggup jadi makcik burger lagi…hu hu..

Kak Yah senyum je… Agaknya dia lega budak2 tu dah pergi. Banyaklah juga rezeki dia hari tu…. Tak sangka, kedatangan kami dapat menolong dia seketika..he he..

P/s: Rasa happy sangat hari ni………. Anak Tie baru dapat result PMR…. 8A ….saja nak kongsi…kembang kempis idung nih (biarlah orang kata nak bangga diri…memang suka sangat… sanggup terima kritikan org…hi hi….)

Categories: Terkenang
  1. Suzi
    December 30, 2008 at 1:13 am

    hahaha…dapat kak tie merasa jual burger ye…saya ni cukup malu bab2 kena jaga kedai mcm ni…mak saya ada kedai kopi tapi saya lebih rela duk kat dapur basuh pinggan dari duk kat kaunter atau hantar makan minum…malu… hihihi…kak tie nanti kalau singgah blog jgn lupa ambil kad ye….

  2. Tie
    December 30, 2008 at 1:18 am

    Hi hi…itulah first time kak tie ‘berniaga’. Memang terketar2 pun ada bila budak2 tu kerumun…Nanti Kak tie singgah, ekk.

  3. cikMilah
    December 30, 2008 at 2:21 am

    hahaha.. kelakar la. tabik Tie sbb boleh handle mulut2 becok dan perut2 lapar tu kan…

  4. Tie
    December 30, 2008 at 2:27 am

    CikMilah – Hi hi…tapi rasanya tak nak jual burger atau apa2 lagi…gelabah betul!

  5. maza
    December 30, 2008 at 2:28 am

    kui kui kuidan kui kui kuiterhibur gak maza membaza kisah nie, walaupun tengah demam.dah dua hari demam setelah putus cinta!ahak ahak ahak!utk maklumat lanjut sila ke blog mazahttp://mazaaida.blog.friendster.comuhuk uhuk uhuk; sorry batuk sikit.. sakit tekak pun yea nie…aderkkk

  6. Tie
    December 30, 2008 at 2:32 am

    Kesiannya…demam pulak, ekk.Rajin2lah makan ubat. Jgn minum air ais..kang hilang pulak suara romantik tuh!! Kih! Kih!

  7. izzah
    December 30, 2008 at 3:02 am

    Mak cik..!burger ayam satu..kasi garing2 tau..hehehe..Pengalaman tu kak tie..bukan senang nak jadi makcik burger..hehehe..

  8. Tie
    December 30, 2008 at 3:16 am

    Izzah – Burger ayam dah abis!! Makan timun je…he he…Jom kita masak burger ramai2!!

  9. kakchik
    December 30, 2008 at 3:22 am

    Salam Kak Tie.Ah, Agro Resort tu… masa nak balik dari KT Ahad lepas, KakChik lalu kat depannya. Tak perasan pulak gerai burger tu sebab kita laju masa tu, dalam hati dok pK, bestnya kalau dpt cuti2 kat sini tentu dpt bljr bertani.Hehehe…. Makcik Cantik, nak beli burger ayam 1, tambah sos cili banyak sikit ya!KakChik pun ada org pernah panggil Makchik sb dia tak nampak muka, hahaha, masa tu umur baru 25 @ 26 tahun.

  10. maza
    December 30, 2008 at 3:34 am

    Tie (response kpd Kakchik)- hahaha Tie kena bagi tau kat Kak Yah.. budak2 Blog akan sampai dan menggodam kedai Kak Yah tak lama lagi..hahah….bertapa berkesannya iklan di blog tie hehehhe:D

  11. Tie
    December 30, 2008 at 3:52 am

    Kakchik, Maza – Rasa2nya gerai burger tu dah tutup. Tak de sapa nak tolong kak yah..hihi..Kak yah jual nasi berlauk dan goreng pisang (petangnya)… Tak de niat nak promosi kat sini… Tapi kalau sapa2 ke sana, tak payah tanya pasal Tie..dia tak tahu pasal blog nih!

  12. maza
    December 30, 2008 at 4:05 am

    eh yea ker….baru jerk maza nak gi melawat kat sana!hmmtapi tak pe, boleh gak try test nasik berlauk org ganu ….heheheh erk! agak2 puding ala2 Tie ada tak jual kat situ

  13. nahmy
    December 30, 2008 at 4:07 am

    alhamdulillah kak burger atas kejayaan anak tu. kata org…utk berjaya mudah, tapi utk ‘mengekalkannya’ pulak yg susah. cam citer msk burgerla…buat utk sehari ok le, tapi klu tiap2 hari cam tu?…hmm..wallahualam

  14. Tie
    December 30, 2008 at 4:12 am

    Maza… hi hi…mana ada puding tu…kopok dan kuih2 ada laa… He he…asyik ingat makan je..kata demam!

  15. ~wAniE~
    December 30, 2008 at 4:15 am

    jom la kak kite buka busines burger..akk jd tukang msk..sbb akk ade bakat..hehe

  16. Tie
    December 30, 2008 at 4:18 am

    Nahmy – Hi hi..dah lekat nama burge pulak daa…Memang betul tu… Nak kekalkannya bukan mudah. Sampai rasa nak ilang suara ni bagi dorongan dan sedikit ceramah pada budak tu…Biasalah budak2 lelaki kuat main. Main basikal, main talipon, computer dan akhir2 ni pompuan lak asyik tepon dia…Mana tak haru dibuat mama nih!

  17. maza
    December 30, 2008 at 4:18 am

    Demam di kepala, di badan….tapi mulut tidak…hahahhah

  18. Tie
    December 30, 2008 at 4:19 am

    Wanie – Ooiitt!! Bagi RM 1 ribu pun tak nak.. Serik betul! (tapi kalau RM1 juta tu akan akak fikirkan..hi hi…mata duitan pulak!!)

  19. Ezza Aziz
    December 30, 2008 at 4:47 am

    Tahniah tie dan anak tie tu..sejok perut mama dia. Anak sedara akak pun dapat 8A…..tgh fikir apa nak kasi nih!!!

  20. nurhuda_cahayapetunjuk
    December 30, 2008 at 5:01 am

    Assalamualaikum..Alhamdulillah..tahniah buat kak Tie dan anak kak tie..Kejayaan anak bermakna kejayaan buat ibu bapa juga..menuntut ilmu hanya kerana Allah dan doa ibu ayah adalah segala-galanya..semoga kecemerlangan itu akan berkekalan dan semoga menjadi anak yang solehah, buat bekalan ibu dan ayah di sana kelak..:)

  21. en_me
    December 30, 2008 at 5:05 am

    semoga anak makcik sentiasa berjaya dalam karierr kerjayanyerrr nanti erk.. salammmz maal hijrah akak tieee ittewww

  22. Ismail N
    December 30, 2008 at 5:17 am

    Tahniah atas kejayaan anak makcik he he.. Makcik, kasi burger ayam 3, taruh mayonis & cheese. Kourier pergi KK. Payment pakai paypal ok? He he ..jgn mare, nanti cepat tua..org panggil nenek pulak. Happy New Year.

  23. Tie
    December 30, 2008 at 5:28 am

    Ezza Aziz – Mekasih Kak Ezza. Budak tu suruh ambik sepit baju, suruh mama dia sepit kat idung nih!! Teruk betul!!Tie tak de apa nak bagi..nak belanja makan pizza je..hi hi..(masih kedekut gak!)

  24. Tie
    December 30, 2008 at 5:30 am

    Nurhuda – Mualaikum salam….Harap2 begitu laa… Macam2 dlm kepala mama dia ni..dah lama merancang utk masa depan dia..dan adik2 tu..

  25. Tie
    December 30, 2008 at 5:33 am

    en_me – Hi hi…makcik ucap terima kasih laa…Moga2 semua anak2 kita berjaya…Salam Maal Hijrah…

  26. Tie
    December 30, 2008 at 5:37 am

    Ismail N – Hi hi… terima kasih atas ucapan itu. Wah..kuatnya makan burger…tak leh bubuh mayonis banyak2, masam sangat nanti sakit perut lak…hi hi..Cheese mahal… bubuh timun je..kah kah…Nenek pun nenek laa….(mujur tak panggil moyang!) Selamat menyambut tahun baru…

  27. fAtrinA
    December 30, 2008 at 5:48 am

    kak tie~wahh!! sronoknya ank akak dpat 8A tuh… bagus2.. tgk la mak dia sape kan…hihihi

  28. chekdenoor
    December 30, 2008 at 5:49 am

    Salam makcik……. burger satu…..heheheheheKesian kat budak-budak plkn tu kan…lapor sangatlah tu….. hmmm…. chekdee harap sangat…anak bongsu chekdee tak kena plkn…… anak chekdee yang sulong dan yang kedua tak kena…….. hmm.. actualy chkedee bukan sokong sangat program tu…… banyak dengar peristiwa yang tak elok…….kalau kemalangan kecil…boleh dimaafkan..tapi..kalau kemalangan tu merosakkan keseluruhan kehidupan anak kita….. macam mana nak terima….

  29. Tie
    December 30, 2008 at 5:53 am

    Fatrina – Mama dia makcik emo je…hi hi..*********************************************Chekdee – Gerai burger dah tutup…hihi..Tu laa… Bukan tak nak sokong..rasa gerun lak. Byk kes yang menakutkan… Tie pun ada anak pompuan ni..bimbang betul.

  30. maza
    December 30, 2008 at 5:54 am

    Malam tadi maza mimpi, maza ambil sekali lagi spm dan maza dapat ful swing…heehe semua A..ghupa2nya petada anak Tie dapat berjuta2 Awahh tahniah, tahniah tiehmm tak rugi jadi omak mertuo nie….hehehhebanyak ilmu boleh diperturunkan:D

  31. ain
    December 30, 2008 at 6:46 am

    salam kak tie…tahniah ye anak kak tie pmr 8A. Bukan senang tau. Anak saya yg sulung next year PMR, yg no 2 UPSR…adusss..!!!!

  32. puspawangi
    December 30, 2008 at 7:08 am

    Salam Tie,Wow! Bestnya anak Tie dapat 8As! Sejuk perut ibu yang mengandungkannya…nak celebrate kat mana nanti nih? Macamana Tie didik anak sampai berjaya ni? Story la sikit kat kita seme…btw, cite sehari jadi penjual burger tu kelekar lah…

  33. nurdaniella
    December 30, 2008 at 7:38 am

    kak tie, tahniah yer pada anak.. dapat 8A tu.. mungkin berkat kasi budak2 PLKN tu makan burger kot..

  34. Kak Zue
    December 30, 2008 at 7:52 am

    Salam Kak Tie..Sorry lama zue tak ke sini..cuti tak ada akses ke blog kawan2..ehehe..apapun tahniah buat anak kak tie yg dapat 8A. 2 tahun lepas masa anak sedara dapat 8A pun bangga jugak.

  35. azza_irah
    December 30, 2008 at 8:15 am

    tahniah utk anak kak tie..tentu bangga akak n suami memilki anak seperti beliau..

  36. MiSS MiMieY
    December 30, 2008 at 9:45 am

    tahniah kak tie… jangan lupa ambik tag di blog mimi.

  37. Tie
    December 30, 2008 at 11:14 am

    Maza – Hi hi..budak tu yang berjaya, mama dia pulak yang sibuk, ekk? Memang teruk betul..hi hiTak de ilmunya..didik sejak dr dalam perut kot!***********************************************Ain – Mekasih atas ucapan itu.. Moga2 semua anak2 kita berjaya..insyaallah..**********************************************Puspawangi – Bukan perut yang sejuk, kaki tangan ni yang ha…dia selalu bawa balik reptilia utk mama dia…rasa nak pitam pun ada. Ni dah berangan nak bela salamander pulak!Baru PMR tu…ramai lagi anak2 yang jauh lebih berjaya…malu lak nak story kat sini…hi hi.(baru teringat nak malu)**********************************************Nurdaniella – Hi hi…ada berkat jual burger, eh? Kelakar betul! **********************************************Zue – Hah! kak tie pun lama tak ke sana. Nanti kak tie datang melawat, ekk. Sekarang ni sibuk sikit..(ada ladies night! harap2 tak kena paksa joget pocho2! Mungkin kena buat2 pengsan..hu hu..)**********************************************Azza_irah – Mekasih. Tengah senyum sampai ke telinga! Mama dia pulak yang lebih…hu hu..malu pulak daa..**********************************************Miss Mimiey – Aduh…tag pulak! Jangan yang terlalu personal laa…malulah makcik nih!

  38. Uncle Lee
    December 30, 2008 at 2:05 pm

    Hello Tie, here’s wishing you and family the best of Seasons greetings and Selamat tahun baru.May the New Year bring you and family lots of good health and laughter, best regards, Lee.

  39. JM
    December 30, 2008 at 2:17 pm

    kak tie..nk beger daging soploh.. roti lebih..ekekekejm penah jual beger gak dulu kakbile customer ramai mule panik sampai darah2 tangan mase potong roti beger dulu..huuhhu

  40. naz ilyn
    December 30, 2008 at 11:25 pm

    salam…tahniah makcik burger… untuk anak jg dapat 8A

  41. Tie
    December 31, 2008 at 12:47 am

    Uncle lee – Happy New Year!! Byk ke dapat presents tu?? Kalau byk sangat boleh post ke sini, ekk. Ha ha… Sekarang nak buka sekolah..Tie sibuk sikit..nak urus budak2 3 orang tu..

  42. Tie
    December 31, 2008 at 12:49 am

    JM – Eh! Ada ke burger sop ni?? Baru dengar laa..hihi….Hai…macam mana pulak sampai kena pisau ?? Kang tak pasal2 pelanggan burger tu tumbuh taring lak!! Macam raja bersiong tu…hihi…

  43. Tie
    December 31, 2008 at 12:51 am

    Naz ilyn – Mekasih Ilyn…mama dia pulak yg dapat tahniahnya, ekk. hihi…Budak tu entah apa2 laaa..asyik kira berapa duit yang dia akan dapat..Mama dia rasa nak tumpang sekaki..hehe..

  44. achiema
    December 31, 2008 at 12:57 am

    Tahniah Tie, pandai didik anak..Boleh jadi ibu mithali ni🙂

  45. Tie
    December 31, 2008 at 1:02 am

    Achiema – Terima kasih. Tie tak layak tu…walaupun cita2 tu ada..hihi..

  46. TERA
    December 31, 2008 at 6:09 am

    Salam tahun baru… jemput datang ambik ecard…

  47. IdzaRis
    December 31, 2008 at 6:25 am

    MAKCIK..BG BEGE AYAM 1..TAKNAK MAYONIS YA?

  48. ku tak sempurna
    December 31, 2008 at 7:36 am

    kihkihkih..makcik beger pandai cakap jepun…kihkihkih…tahniah ya makcik beger… anak dapat 8A… bagus… bagus…. pas ni bole sama2 majukan kedai beger tu😛

  49. Tie
    December 31, 2008 at 7:55 am

    Tera – Terima kasih e card tu… Tie ada problem lak, susah nak upload gambar ni.. pulak tu terlalu bizi..entah bila boleh post entry baru..hihi..*********************************************IdzaRis – He he.. nak yang ‘rare’ ko?? Senang, terus tepek kat roti tuh! Kah! Kah!**********************************************Ku tak sempurna – Kira canggih la tu, makcik burger kecek jepun! Kah! Kah!Mekasih atas ucapan tahniah tu… harap2 boleh antar dia masuk asrama kali ini. Kalau dia lari lagi, nak antar kat kolah pondok lak! Nak buat warung burger kat situ skali…hu hu..

  50. Intan Rosnitta
    December 31, 2008 at 8:03 am

    Salam Kak Tie.Rindu sgt dgn Kak Tie… Tahniah buat anak Kak Tie. Mama dia bagi hadiah apa tu?

  51. Tie
    December 31, 2008 at 8:18 am

    Intan – Kak tie pun dah rindu kat intan…. Harap2 semua ok sekarang ni, ekk.Kak tie tak bagi apa2 pun…kak tie tak kerja laa… Mungkin nak belanja makan je..hihi.. (still kedekuts!)

  52. (¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯)
    December 31, 2008 at 3:08 pm

    wah kak tie penah jual burger hehehe…walaupun kejap dapat gak merasa jadi peniaga ye…saya dulu tolong mak..semata2 jadi pelaris je sbb kedai lain takde anak dara..so ramailah budak2 lelaki dtg gerai pasal nak jumpe saya hehehe…bagus ek strategi gitu…tahniah pd anak kak tie..pandai kak tie didik dia jadi anak yg cemerlang….nanti leh turunkan ilmu kat saya..nanti saya bagi ler pengeras…cam kayu ke besi ke hehehehe…

  53. Framestone
    December 31, 2008 at 6:44 pm

    last week sepanjang berada di kg.. sy dok masak burger n western food je.. xtau knpe.. he…23x tgh ade mood kot

  54. izan
    January 1, 2009 at 5:28 am

    Auntie..burger satu.hihi…tahniah buat anak tie..seronoknya lihat…waaa ini yang buat zan lagi bersemangat ni…. doakannnn..tahniah buat anak tie.. zan tumpang seronok

  55. dina
    January 2, 2009 at 5:25 am

    tahniah kat anak kak Tie…2 tahun lagi dia lak jadi budak PLKN

  56. Zareda Norman
    January 5, 2009 at 9:03 am

    makcik burger..tahniah anak dapat result cemerlang dalam PMR..

  57. Tie
    January 5, 2009 at 9:12 am

    Zareda Norman – Terima kasih Zar. Gembiranya sekejap je….

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: