Home > sahabat > Sahabat (entry ulang dari Memori 2)

Sahabat (entry ulang dari Memori 2)

December 28, 2008 Leave a comment Go to comments
Entry ni ingin ditujukan pada seorang sahabat yang begitu dekat di hati iaitu saudari AZACUN.

Tie mula kenal rapat dengan AZA masa di part 04. Kami mengambil kursus yang sama tetapi berlainan kelas.

Sorry, gambar tu kabur sebab edit sikit. Aza, napa tak antar foto terkini tu?? Puas Tie menunggu. Tu laa……….macam mana nak promosi kat sini?? Hi hi………

Bagi Tie, Aza ni seorang yang cute, wajah ala2 hindustan gitu dan mak ooii!! Ramai betul peminats. Dalam diam Tie anggap Aza sebagai idola Tie..(ada upah tak Aza??).

Kekadang Tie heran kenapa Aza anggap Tie sebagai bestfriend dia (ke Tie yang perasan ni??), almaklum, kami berdua bagai langit dengan bumi!! Berbeza sekali!!

Sebagai sahabat baik, kami pernah berselisih faham juga. Biasalah …… sedangkan lidah lagi tergigit. Tapi lepas tu hubungan kembali akrab. Sebabnya……. rahsia (bukan berebut boyfriend tau!! hi hi…) Lepas dikutuk oleh teman2 lain, Aza dengan terpaksanya menerima Tie kembali…… napa, ye Aza??

Aza, walaupun dah lebih 20 tahun tak berjumpa (bila nak belanja Tie ni??), Tie masih ingat saat suka duka kita bersama….(am I being melancholic again??)

Ingat tak masa kita jenjalan ke tasik tu, setelah merembat sebungkus roti dari dinning hall . Mesti ikan2 tu kekenyangan, kan… Dan ingat tak beberapa ekor ‘ikan’ besar mengekori kita?? Tie takut betul laa….

Tie masih ingat lagi lagu2 kegemaran Aza, antaranya lagu2 sudirman, lagu ‘masihkah kau ingat’ dan lagu’si jantung hati’ hi hi….memori ni boleh guna lagi laa……..

Aza………,
Tie ingin rakamkan ucapan ribuan terima kasih .
Kerana sudi bersahabat dengan Tie.
Kerana sanggup melayan kerenah Tie yang penakut nih!
Kerana jadi org perantaraan kepada peminats Tie (Tie pun ada peminats gak!! Keh!Keh!…batuks pulak!!)

Kerana Aza,
Hidup Tie jadi ceria,(I was not a happy child, dan Tie tahu Aza pun begitu)

Kerana Aza,
Tie dapat hubby yang menyayangi (kah! kah!)
Oh! Ya…..hubby Tie juga ingat kat Aza tau!! Dia sepatutnya berterima kasih kat Aza sebab dapat wife yang baik ati nih!! Hi hi…………. (tapi sedikit psycho laa….hu hu…………)

Aza, satu hari nanti, kita akan bertemu juga. So, siap2kan la baju blink2 tu…mana tau dpt masuk TV dlm rancangan Jejak Kasih pulak!! He he………..(Tie dah mula ting tong nih!!)

Categories: sahabat Tags: ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: