Home > Tingtong > Clumsy

Clumsy

December 26, 2008 Leave a comment Go to comments
Saje buat tajuk omputeh, untuk dapatkan perhatian…hehe…
Sebenarnya itu adalah antara sikap Tie masa kecik2 dulu…memang teruk betul makcik ni. Tapi kena ngaku laa…baru boleh perbaiki, kan…. Sekarang tak lagi, malah Tie amat benci sifat sedemikian, menyusahkan je…..
Dulu, masa kecik2 selalu tumpahkan sesuatu, baru nak pegang barang dah terlepas! Pergerakan pun tak cekap, ada je terlanggar sana sini (macam budak baru pandai jalan je…). Mak selalu marah. Lembap betul!! Dan Tie pun fikir, ada something wrong ke…?Short wire kat mana2 kot! So….setiap kerja kena bagi fokus, takut jadi haru………
Masa kat lab sekolah lagilah bimbang. Terutama bila pegang bahan2 bahaya tu… Masa nak sukat, rasa terketar2, lebih2 lagi time tu cikgu garang tengok! (selalu berdoa agar jari2 kontot ni tak buat hal…Hu hu….napa selalu clumsy ni…..?)
Namun sifat ini terus mengurang bila meningkat dewasa. Tie tak perasan pun. Mungkin dah semakin mahir atau confidence level meningkat. Alhamdulillah, syukur sangat2. Malah Tie dah boleh dikatakan cekap (masa kerja dulu dan dlm urusan rumah kini…) Hi hi…terpaksa puji diri sendiri… sapa lagi, ekk?.
Dan setelah dapat anak, tak boleh lembik2 lagi. Budak2 aktif buat mama jadi aktif gak! Tidur pun macam tido ayam. Telinga boleh dengar kalau tetiba anak sedar (tak payah tunggu budak tu bersuara pun) , Bunyi kaki tangan baby terkais2 dah boleh menyedarkan Tie. Entah berapa jam je sehari Tie dapat rehat betul2. Bukan terpaksa tapi ia dah jadi kebiasaan.
Tapi, Tie perhatikan, sekarang ni ramai ibu2 yang cuai. Tak cekap dlm urusan rumah dan anak2. Penat bekerja bukan satu alasan yang baik. Kenapa mesti jadi begini?
Masa single boleh lah lemah gemalai , Tapi dalam bidang pekerjaan pun tak boleh lembik2, kena cekap juga kan…Sekarang ni semua nak cepat ………, dan tepat. Tak boleh cuai.
Kepada semua…maaflah jika terasa. Sikap cuai kenalah pantau mulai sekarang. Tak kira yang single maupun married atau tua macam makcik ni. Bahaya laa……
Bermula dlm alam rumahtangga, jadikan rumah kita tempat yang paling selesa, paling bersih dan paling selamat. Bagi ibu2 yang punya anak2 kecil, kena selalu alert. Anak2 jauh lebih cepat bertindak. Kecuaian kita boleh mengundang bahaya kepada orang2 yang kita sayang!!
Antara akibat kecuaian kita:
  • Sakit – kerana rumah tidak bersih, berselerak atau berhabuk atau malas masak! (mungkin kena buat entry pasal penyakit malas nih!)
  • Anak kecil lemas kerana selimut atau bantal – ibu/bapa tido macam kayu, (jauhi selimut, kain atau bantal kerana baby boleh tarik benda2 tu sendiri tanpa sedari )
  • Anak lemas dlm bilik air – pun kerana ibu/bapa cuai…bilik air sepatutnya dikunci dan tiada takungan air (dlm besen atau baldi) Juga kerana anak2 dibiar mandi sendirian. (dan sediakan tuala utknya. benci tgk budak2 keluar dari bilik air berbogel….air mandi tu boleh sebabkan dia tergelincir…napalah ibu2 ni tak leh fikir??)
  • Jangan dukung baby ke dapor. Tangannya cepat. Mungkin dia boleh capai benda2 panas atau tajam tanpa kita sedar. Bahaya tu. Jadikan dapor sebagai kawasan larangan bagi anak2 kecil..
Tie geram tengok ibu2 yang cuai ni. Kesian tengok baby mereka sakit atau cedera kerana sikap tidak bertanggungjawab ini. Kenakalan anak2 bukanlah satu alasan.
Tulis ni pun berdasarkan apa yang dilihat. Rasa nak marah tengok ibu/bapa lembik ni. Selalu tengok budak2 tu dibiar berkeliaran (tak nampak makbapak mereka) dlm hypermarket, di tepi jalan tanpa dipimpin dan tak berbaju dlm rumah (boleh dapat sakit laa…sekurang2 nya pakaikan singlet berlubang2 tu …zaman dulu tak apa laa, udara bersih lagi…penyakit pun kurang…)
Pada sapa2 yang rasa malas dan cuai tu…elok fikirkan semula sebelum berumahtangga. Orang yang cuai tak layak jadi ibubapa. Tugas mendidik anak2 dan mengurus rumah memerlukan kecekapan. Janganlah fikir nak berhias sana sini, sedangkan rumah tak terurus (berhabuk macam rumah hantu……) anak2 pulak tak dipantau (dibiar je perangai manja yang terlampau) .
Adoi……..kesianlah kat hubby tu, susah payah cari pendapatan lebih, balik rumah tgk anak2 masih tak mandi, rumah pulak macam tongkang pecah. Tak boleh lah gitu. Samada wife kerja atau tidak, rumah itu tempat kita hidup. Jangan jadikannya sarang penyakit.
Masak pun kena rajin laa.. Jangan kerana hubby kita byk duit, kita pun selera tinggi, asyik nak beli je. Bagi alasan susah nak masak, anak nakal laa… Tie pun ada anak gak. Terlalu aktif hingga terpaksa kurung dlm playpen (bersama besen dan senduk!) atau ikat kat kerusi supaya senang nak masak.
Lebih baik budak2 tu nangis dari dapat bencana kat dapor tu.. Dan lebih baik beri anak dan hubby makan masakan kita dari beli kat mana2. Esok2 kalau hubby gi mana2, mesti teringatkan masakan kita(walaupun kurang sedap..). Atau anak2 besar , tentu ingat kat ibunya…
Eh….napa pulak sampai lari dari topik, kan… Sebenarnya Tie ni geram. Geram kat seseorang yang buat hidup sedara Tie tak tentu arah. Kerana sifat pemalasnya, kurang perihatin dan cuai, sedara Tie tu selalu sakit,(selalu makan makanan beli je….),  tension dgn anak2 kecilnya (ibunya tak pandai nak kawal…..) dan lemas tengok rumah berserak!
Entahlah, Tie dah kias2kan kat dia, suruh dia buat sekurang2nya secawan teh utk breakfast (itu pun nak ajar….lazy sgt laa…), suruh ajar anak2nya supaya tidak ganggu abah mereka bila tgk dia keletihan (itu pun nak ajar jugak!) dan bagi tips rumahtangga dan memasak (tapi tak nampak dia buat…)
Hubby dia bagi segala kemewahan yang diidamkan setiap wanita. Rumah besar, accesories terkini dan dapor canggih! Dan selalu dibawa bercuti kat mana2. Apa lagi yang tak cukup?? Masih malas lagi, asyik baring je…mcm tak de tulang!! Kalau ada penyakit tu boleh faham laa, ini sihat walafiat… Sedih tgk sedara Tie tu. Tie tak suka tgk dia marah2…. tapi kenapa wife dia tak faham2!
Namun Tie  nak ucap syabas pada ibubapa yang berjaya. Berjaya menjadikan rumah mereka tempat yang paling selamat. Berjaya membesarkan anak2 mereka dengan baik.
Dan pada semua ibu2…(yang rajin mengemas dan memasak…walaupun tak pandai…) Tahniah!! Semua yang rajin mesti dihargai!! Kerana ibu2 inilah , hidup kita lebih teratur, bahagia dan selesa. Biarlah kulit berkedut dan tak bermaya (lepas tu boleh tepek bedak sekilo…) asal kita boleh buat hubby kita tersenyum dan anak2 bahagia…Pengorbanan kita akan buat kita rasa puas nanti…percaya laa…. (mcm siti pulak daa………..)
P/s: Entry ini sekadar untuk luahkan rasa hati. Bukan nak kutuk orang atau nak dabik diri. Sekali sekala nak juga lepaskan geram, bila segala yang cuba Tie lakukan tidak berjaya…hu hu…
Categories: Tingtong Tags: , ,
  1. Kujie
    December 26, 2008 at 10:36 am

    Tie…erk…perenggan² akhir tu tu rasa nk berkias dgn seseorang dlm keluarga..eeemmm….tapi tak berani nak tulis kt blog..dia org baca.tapi itulah..dulu kami ipar duai ada juga bersok sek sok sek..tapi tak makan saman…tak ckp apa dah..redha sajalah

  2. maza
    December 26, 2008 at 10:51 am

    salam Tie maza memang sependapat dgn Tie…tiada lain melainkan menyokong semuanya sekali..100%, walaupun ada certain part, maza sebgai suami juga terpukul dgn ilmu yg Tie perturunkan ini. hehehehehemaza anggap itu teguran dan hidayah dari Allah SWt agar kita menjadi insan soleh…terima kasih Tie!erk! speechless….syabas!heheheheh….:Derk: kalaulah jadi mak mertuo den! hmmmhahahahha…..

  3. (¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯)
    December 26, 2008 at 10:59 am

    alamak..insaf jap….lepas ni nak mop lantai, nak lipat baju, nak mandikan anak..cepat2…hehehe…tq kak tie…beri peringatan gini..sekurang2nye pada ibu2 tgh baca cepat2 tersedar mcm saya ni pasal lagi tadi asyik tengok tv hehehehe…tgh tunggu hubby bawak balik kek nak raikan ulangtahun sbb malas nak kuar..bontot dah jadi berat plak hehehe..

  4. Tie
    December 26, 2008 at 11:04 am

    Kujie – Tie ni dah hilang sabar. Dah geram sebab orang yang Tie sayang tidak dihargai…hu hu… Kesian kat dia…dan kadang2 nak marah juga kat dia kerana tidak tegas kat wife dia… Tie kesian tgk anak2 nya mcm terbiar je..dibiar merayap sampai ke bawah meja…hu hu..kalau boleh nak ambik dan bela sendiri…

  5. Tirana
    December 26, 2008 at 11:04 am

    Saya pun ada sorang anak saudara ipar yang pemalas. Surirumah sepenuh masa tapi family tak terurus..tunggu husband balik dari kerja baru nak buat semua. Alasan yang diberi, anak-anak buas tak sempat nak buat. Sesungguhnya di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kalau dah tak mahu, ada peralatan canggih pun tak buat juga. Sikap tu yang patut diubah sebenarnya.

  6. Tie
    December 26, 2008 at 11:06 am

    Maza – Ini cuma luahan hati. Kerana marah dan geram, entah apa yang Tie tulis ni benar2 boleh dicontohi atau tidak, terpulanglah…mungkin ada yang tak bersetuju. Tapi bagi Tie, wife tu permaisuri rumahtangga, kalau dia pandai mentadbir rumahnya, tentu hidup org2 yang disayangi bahagia…

  7. Tie
    December 26, 2008 at 11:08 am

    Nrina – Aduh!! Kak tie tak sangka ni…Kak tie geramkan pada seseorang je…Jangan ambik ati , ekk.Kak tie pun kena ingatkan diri sendiri gak. Kita bukan orang yang sempurna… Kekadang angin malas dan cuai tu datang tanpa diundang…hu hu…nyampah betul!!

  8. Tie
    December 26, 2008 at 11:10 am

    Tirana – Entahlah. Tie perhatikan makin ramai orang muda2 bersikap begini. Mungkin kerana hidup mewah atau dimanjai…Mereka ni tak sedar, impactnya besar, terhadap rumahtangga sendiri..Kebersihan rumah tidak ada kompromi…

  9. nahmy
    December 26, 2008 at 11:18 am

    gitu le Pn Tie…manusia berubah. baik le klu perubahan dr yg tak baik kpd yg baik & tak brp baik klu yg sebaliknya berlaku. they said, people who succeed were people who changed..wallahualam.

  10. Tie
    December 26, 2008 at 11:27 am

    Nahmy – Eh!! Janganlah panggil Puan….hi hi…tak suka protokol ni..nanti rasa besar kepala lak..Panggil je kak Tie…atau makcik pun boleh..hihi.. Ini makcik tua, dok kat hulu…sambil2 tgk hubby dan anak membesar…Thanks kerana sudi datang… Nanti makcik ziarah lak…

  11. (¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯)
    December 26, 2008 at 11:31 am

    hehehe..tak kecik atilah…saya ni klu g rumah org mmg rasa lemah sgt pasal kita tak tau tahap keselamatan rumah tu sendiri…manalah tau nanti anak saya main benda yg tak sepatutnye..jgn kata rumah org..rumah mak ataupun rumah mertua pun saya paling rasa malas sbb keadaan rumah mmg merbahaya utk kanak2…ada paranglah..pisau merata2..kucing..tanah..taik ayam hish…susah bila jadi org cerewet tapi klu tak cerewet..tak tau ape jadi kat anak…kan? diorg lemas jugak dgn saya pasal semua tak leh..tu kotor..bahaya..hish..tak bolehlah susah nak fahamkan diorg…klu kat rumah sendiri..diorg nak main kat mana2 pun boleh…tanpa rasa was2 pun…senang nak buat keje lain sbb dah tau mmg selamat…cheh mcm berlagak pulak ye..tapi tindakan budak2 ni mmg kita tak leh agak so camne pun mmg kene hati2..heran jugak bila ada ibu yg jenis tak kisah..bagi anak pegang kucing, main tanah…bila dah sakit bukan org lain yg susah..ibu tu jugak yg susah…disebabkan saya tak nak susah jadi saya ni selalu jadi dinding atau perisai diorg..sampai diorg pun benci tgk saya sbb semua tak leh hehehehe…hubby pun mcm tak suke perangai saya..sikit2 nak basuh..mestilah sbb nanti bahayakan…hmm..susah nak fahamkan org yg bukan jenis cerewet…

  12. Tie
    December 26, 2008 at 11:37 am

    nrina – Betul tu. Kak Tie sokong. Kak tie dulu, sentiasa bawak hanky masa budak2 tu baya anak2 nrina. Mesti lap tangan atau mulut bila nampak comot. Dah kebiasaan. Sama dgn Nrina. Bila gi rumah orang, kita lak rasa seriau. Tgk barang bahaya, perhiasan lagi..tu yang kurang gemar bawak budak2 gi rumah orang.

  13. azza_irah
    December 26, 2008 at 11:54 am

    menarik sekali Tie…azza yg baca pun rasa teruja..kadang2 kita kena luahkan apa rasa di hati kan..pendam lama2 tak elok..jd nanah nnti..

  14. maza
    December 26, 2008 at 12:04 pm

    Tie – maza no hal pun!tapi memang benar apa yg Tie katakan tu. Apatah lagi ttg Peramisuri utk kerajaan kecil.Permaisurilah paling mustahak dlm nukleus keluarga. Permaisuri itulah pengurus sebenar kehidupan keluarga ini. Bukan si suami!Si suami adalah pemimpin dan sumber kewangan utk keluarga!Tanpa pengurus yg hebat, maka porak peranda keseluruhan kerajaan!membesar peranan si peramisuri. Di dlm Al Quran sudah jelas lagi bersuluh peranan wanita dan permaisuri ini. Tetapi jgnlah sampai melanggar garis panduan dan batasan yg Allah SWT berikan…Sampai yg ada tu, mendahulukan pendapatan keluarga daripada menguruskan keluarga… walhal soal pendapatan atau nafkah keluarga adalah galas yg perlu dipikul oleh sang suami!Laksankanlah peranan masing2 dgn baik lagi sempurna! Insyallah, manfaat yg diterima kemudian hari akan dikembalikan juga kepada diri sendiri!Terima kasih…sekian…signmaza: budak cendul cikang….hehehheh

  15. maza
    December 26, 2008 at 12:07 pm

    opss tersilap tulis; “membesar peranan si peramisuri.” membesar – memang besar …hehehehhe

  16. INTAN
    December 26, 2008 at 12:08 pm

    sy ibu yg rajin mengemas tp x suka memasak..hehe..masuk kategori mana kak T?…heheheh

  17. Tie
    December 26, 2008 at 12:35 pm

    azza_irah – Terima kasih…rasa lega bila dah luahkan rasa hati…

  18. Tie
    December 26, 2008 at 12:36 pm

    Maza – Sama2lah kita saling mengingati ..🙂

  19. Tie
    December 26, 2008 at 12:38 pm

    Intan – Kena usaha sikit laa… Anak2 kita tu tentu lebih teruja bila makan masakan ibu.. Tak perlu masak yang canggih2. Buat je apa yang selesa dan mudah. Masakan kita lebih berkhasiat dan bersih…tanya mak tu..he he..

  20. Suzi
    December 26, 2008 at 1:34 pm

    terima kasih atas peringatan ni kak tie…kita ni kadang2 tahu tapi selalu lupa…dulu2 masa kat Msia masa baru2 kahwin saya ni malas benar bab masak2 ni asyik2 suruh hubby beli je walaupun saya duk rumah je…alasan tu sama mcm kak tie cakap sbb anak…susah nak masak…huhuhu…nasib baik dtg Adelaide ni…saya dah byk berubah…mungkin juga sebab usia dah meningkat dah lebih matang …apa2 pun kita pelu berusaha jadi yg terbaik buat suami dan anak2 kita…kan?

  21. en_me
    December 26, 2008 at 1:40 pm

    kak tie nak baby lagikkks ghuperrrnyerrr.. ehehe

  22. Tie
    December 26, 2008 at 1:42 pm

    Suzi – Kak Tie pun kekadang malas, dengan alasan letih. Tapi selalu memaksa diri kerana tak mahu tgk budak2 terbiar…, lagipun malu kat mak. Mak boleh jaga semua anak2 dgn sempurna, walaupun tiada pendidikan tinggi. Kita ni sepatutnya lagi cerdik, tentu tahu akibatnya kalau malas2… Anak sendiri esok akan jadi malas macam kita pulak…Ooo…tak nak laa…Kak tie rasa lega, bila semua orang anggap ini satu teguran yang positif. Sama2lah kita lebih cekap dan rajinkan diri…🙂

  23. Tie
    December 26, 2008 at 1:46 pm

    En_me – Ooiit!! Tak de laa…walaupun kekadang geram tgk baby tu… Hi hi… Bukan nak tolak rezeki tapi ada sebab2 tak dapat dielakkan..hu hu… Teringin gak nak pegang baby…nak timang dan picit2! Ha ha…Cuma Kak Tie benci tgk ibu2 ni biarkan anak2 mereka selekeh, rambut tak bersikat, bau hancing, entah berapa lama tak tukar pampers..hu hu..paling teruk bila dibiarkan babynya berhingus…rasa nak tenyeh kat maknya..hihi..

  24. kakchik
    December 26, 2008 at 3:10 pm

    Salam Kak Tie.KakChik syukur sebab memang Ummi dah didik dari kecik semua adik-beradik jadi pengemas dan bila dah besar2 ni kira boleh la masak untuk keluarga sendiri.Pernah beberapa kali berziarah ke rumah sedara & rakan yang memang sempoi biarkan tamu nampak rumah mereka yang bersepah, alasan, nak buat macamana anak-anak masih kecik, ramai pulak tu. Pernah gi satu rumah, kakchik terpaksa tolong sapu sampah dulu dalam rumah sebelum duduk sebab atas sofa pun penuh dengan kain baju dan macam-macam alat mainan + suratkhabar + kesan makanan.kadang-kadang geli juga nak duduk.

  25. naz ilyn
    December 26, 2008 at 3:14 pm

    Salam…ada juga yang camtu kat keluarga sy… tapi masih belum sempat nak berkias-kias… nantilah kalau ada peluang nak buat gak bukan apa… kesian dengan suaminya… makan pun sambil pegang anak… si isteri melantak tak ingat dunia.

  26. nono
    December 26, 2008 at 4:02 pm

    Kadang2 mmg dah berjaga2 dah.. Mungkin naseb kurang baek kot. Selalu terlepas pandang.. Tu la pasal terjadinya kecuaian.. Betul tak Kak Tie?

  27. JM
    December 26, 2008 at 4:54 pm

    JM pon clumsy kak.. sampai lobam2 kaki tangan sumer… tapi kalau bab2 budak2 nih JM terus tak jd clumsy.. bahaye kalau cuai2 kelam kabut..nak2 kalau tgh pegang baby ke ape..fuh… takutt…dah le asik pegang anak org je nih..huhu

  28. Dr Zek
    December 26, 2008 at 4:57 pm

    a’kum…this is my 1st review on ur blog….nice story…by d’way nice blog,indeed.

  29. Tie
    December 27, 2008 at 12:03 am

    Kakchik- Tu laaaaa… Asalnya dari ibu sendiri gak. Kalau dah terdidik tentu tak jadi masalah. Ni kalau ibu sendiri yang slow mcm siput, malas lak tu, macam mana pulak anak jadi cergas dan rajin?? Bila slow motion dan malas, ahli keluarga mudah dpt sakit. Ia laa…rumah kotor tentu byk habuk, dan najis cicak atau lipas… Penyakit mudah datang laaa. Dan bila sakit, semua orang susah. Kita pun susah juga, kan…

  30. Tie
    December 27, 2008 at 12:07 am

    Naz ilyn – Ha ha…kelakar betul.. Memang Tie pernah tgk si suami kena buli tu…kesian gak! Disuruh buat susu laa, atau basuh kencing anak..kesal pulak . Kak tie nak tegur, tapi hubby larang (dgn membulatkan matanya…).

  31. Tie
    December 27, 2008 at 12:14 am

    Nono – Kena start belajar dari sekarang. Tak boleh lenggang kangkong lagi. Kena cergas, tak boleh lembik2. Kekurangan itu boleh diatasi. Kelemahan kita akan dikaitkan dgn didikan ibubapa kita. Tentu kita tak nak ibubapa kita dikatakan tak pandai ajar anak.So,berlatih laa.. Bangun tido awal sikit. Kak tie tgk setengahnya dah ada anak kecik pun bangun lewat. Sampai sarapan lak menunggu atas meja…Tak ke rasa malu, mentua sediakan nya utk hubby dan kita tu….?? Kalau dpt mentua baik, tak pe la…tapi kalau kena yang laser tu baru padan muka..hihi.. Nono, jgn ambik ati. Kalau nak tips jadi cergas dan rajin ni bagi tau laaa. Free of charge! Oops! Bagilah kak tie cuti2 kat tempat nono tu…teringin gak!

  32. Tie
    December 27, 2008 at 12:18 am

    Jm – Clumsy kerana kelam kabut tak apa, itu tandanya nak buat kerja. Ni yang kak tie geram pada orang yang sengaja buat kerja slow motion, rasa nak sondol je suruh buat cepat sikit. Last2 kak tie pulak yang selesaikan. Buang masa je…Penjagaan budak2 tak boleh cuai. Baguslah JM dah berlatih ni.. Esok2 senang laa…hihi..

  33. Tie
    December 27, 2008 at 12:20 am

    Dr Zek – Salam.Thanks. Ini cuma blog makcik biasa je…Senang2 datang lagi, ekk.

  34. ain
    December 27, 2008 at 12:44 am

    setuju ngan pendapat kak tie. Saya pun cerewet gak bab rumah dan anak2. Dr belum kahwin sampai le dah ank 4. Saya pun kdg2 pening bila lihat parents yg membiarkan anak2 tanpa disiplin. Contoh ada dpn mata..tapi nak tegur takut masam muka pulak. Kdg2 cara saya pulak yg tak disukai..cerewet. hehehe..tp bila bab masak…mmg saya surrender le kak tie. X pandai masak sgt..bkn malas.hihi.. Pernah nak belajar buat ns tomato tp hubby ckp beli je le. hehehe..

  35. Tie
    December 27, 2008 at 12:59 am

    Ain – Kak tie ni sederhana je…tak la cerewet sangat. Boleh lebih kurang. Tapi yang teruk tu buat kak tie naik angin…Memang sakit ati tgk parents tu buat tak tau je anak2 mereka buat kotor atau serak. Kenalah tegur dan ambil tindakan. Kena tunjuk contoh,kan?Tak pandai masak, tak apa. Yang penting kita berusaha. Masak yang mudah2 je… Kak tie pun asalnya tak pandai, tapi kerana selalu masak, lama2 boleh laa…setakat nak jamu adik beradik tu… Tapi kalau nak beli sekali sekala tak de hal. Cuma jgn terlalu kerap. Tak baik utk kesihatan dan minda anak2 tu…

  36. kuIna Jentayutiara
    December 27, 2008 at 2:59 am

    selain lepaskn geram boleh berkongsi sesama kita… sy prnh brsembng dgn seorng bapak yg selalu ubahsuai dapur mereka katanya dia tak pernh lokek psal dapur sbb katanya disitu brmula kehidupn kelurga mereka, tmpt isterinya memask & membesrkn anak2 mereka. Dapur adalh dunia seorg isteri so klu dapur cantk, kemas, bersh keluarga mereka jgak akn begitu.

  37. ku tak sempurna
    December 27, 2008 at 4:05 am

    aku pun clumsy gak..klu duk kat dapur tu, semua benda jatuh…sudip la, air tumpah lah… dapur jd bersepah.. thats y tak suka duk kat dapur… hehehehehe (masa anak dara ni la nak bermalas2 kan?? :D)tp mmg betul kata akak tu, ramai sgt mak pak yg cuai sgt skang ni…. bila jd mak pak, kena la cergas kan… takleh lembik2 lagi… klu tak, anak2 la mangsanya…hrp2, bila dah kawin nanti, aku akn jd org yg paling rajin😀

  38. Tie
    December 27, 2008 at 4:11 am

    KuIna Jentayutiara – Memang seronok bila suami beri sokongan dlm isu dapor ni…Makin rajin la ekk.Cuma ada yang buat dapor tu macam muzium, samada sentiasa bersih sebab tak pernah guna, atau berselerak dan kotor sebab malas ngemas…hu hu..dua2 sama teruk laa…

  39. chekdenoor
    December 27, 2008 at 4:15 am

    Tie,Chekdee pun cam tie gak….tapi chekdee suka jatuh……kekadang malu dibuatnyer……jatuh tangga, jatuh masa berjalan…. jatuh sana …jatuh sini…hmmmm…sakit…dan malu…. dan itulah chekdee……..hmmmmm…

  40. Tie
    December 27, 2008 at 4:16 am

    Ku tak sempurna – Ha ha…kena mula dari sekarang…tak boleh slow motion. Nanti senang bila ada rumah sendiri. Kak tie tgk orang2 muda lembap sangat bila buat kerja. Macam tak de bateri je… rasa nak cucuk punggung tu supaya cepat sikit. Kerana itu kak tie suka buat kerja sorang2. Kalau nak harap orang lain, baik toksah. Mulut je yang laju…Nak siang ikan berjam2, padahal, anak dah berderet. Agaknya sebab itu mereka punya lunch hour kul 3 ptg!! Hu hu…kalau hubby tie tentu dah tergelimpang kelaparan…

  41. Tie
    December 27, 2008 at 4:19 am

    Chekdee – Hi hi…lucu lak. Tie pun ada jatuh sana sini. Dulu masa kecik, pernah tergelincir tika bawa teko aluminium tu… Bunyi keletang keletung…riuh betul.. dah tak pasal2 kena marah dgn mak…hi hi..Sekarang ni bahayalah kalau asyik rebah. Body tak kuat, takut terseliuh kat mana2… hati2lah , ekk. Terutama kat bilik air tu…

  42. WiSemaN
    December 27, 2008 at 8:32 am

    waduh….kak tie photo yg di post makanan semua..hahahah jadi lapar saya….boleh ke makanan tu kirim ke indonesia saye nak icip2….boleh ke???

  43. Tie
    December 27, 2008 at 9:50 am

    WiSemaN – Hi hi…ye ke?? Kat Indonesia kan makanannya sedap2 belaka! Terutama lauk2 dari Padang tu…Kak tie pulak yang terliur nih!

  44. Shais
    December 27, 2008 at 10:23 am

    ada masanya penyakit malas saya datang juga tapi itu bab menjahit je la..hihihi.

  45. Tie
    December 27, 2008 at 12:09 pm

    Shais- penyakit malas ni biasalah…yang teruk bila ia dibiarkan tanpa usaha menanganinya….Kak tie ni tak pandai menjahit…rasa cemburu lak tgk shais mahir jahit ni…kalau boleh nak pinjam jemari kreatif tu…hi hi..

  46. izzah
    December 27, 2008 at 5:23 pm

    wah..panjang lebar je kak tie…ni nak citer pasal clumsy ker nak citer pasal lazy..hehehe..peace no war…

  47. MAZEMIE MAZ
    December 27, 2008 at 7:17 pm

    Salam maal hijrahsalam awal muharram…

  48. Abang Long
    December 27, 2008 at 7:35 pm

    Bukan mudah sebenarnya menguruskan rumahtangga. Itulah hakikatnya. Salam Maal Hijrah.

  49. Tie
    December 28, 2008 at 12:58 am

    Izzah – Ha ha….memang dah lari dari topik ni…hi hi..terlepas geram laa..

  50. Tie
    December 28, 2008 at 1:07 am

    Mazemie Maz – Salam Maal Hijrah…***********************************************Abang Long – Betul tu. Macam tugas lain juga, kena usaha dan ikhlas…Salam maal hijrah..

  51. izan
    December 28, 2008 at 1:42 am

    tie,…..aduh sakit hidungku…nape yee.. hihihi..tie terkadang tu alasan nak dapatkan pembantu rumah. kalau suami mampu boleh lah sediakan. tapi takut pula nnti timbul cerita lain.

  52. Tie
    December 28, 2008 at 2:08 am

    Izan – Bagi Tie , pembantu rumah tu mungkin perlu hanya untuk yang terdesak. Contohnya Isteri sakit atau ada warga emas di rumah yang perlu diberi perhatian.Mengurus rumah dan anak2 ni perlu ada perancangan. Contohnya sebelum hantar anak ke nurseri kena sediakan keperluannya sebakul. Pulang ke rumah, kena rancang dulu, apa yang perlu diutamakan…macam2 laa..Kalau anak2 dan rumah diserahkan bulat2 pada pembantu rumah, takut2 budak2 tu jadi anak pembantu lak. Dan rumah pula ikut stail dan cita rasa pembantu tu… Penat je belajar tinggi2, dan rasa bangga kerana berjawatan tapi pemikiran anak2 macam pembantu kita tu..hi hi..Tak berbaloi laa…

  53. izan
    December 28, 2008 at 2:58 am

    Tie,khamis malam jumaat lepas mak mertua zan dah pergi mengadap ilahi. masuk harini dah 3 hari buat majlis tahlil… msh dlm keadaan bersedih.apa pun tie… segala yang hasil dari tangan sendiri yang membuat kita lebih menghargai hidup.@ tak pernah ada maid walaupun teringin sangat. semua kena bereskan sendiri. dari dulu hinggalah bila2. hihi…

  54. Tie
    December 28, 2008 at 3:14 am

    Izan – Takziah untuk Izan sekeluarga. Moga2 rohnya bersama dengan orang2 yang beriman..Betul kata zan tu. Seronok bila semua kerja kita lakukan sendiri…(nak cari bibik utk cuci longkang je…sakit pinggang laa…hu hu..)

  55. jijah
    December 30, 2008 at 5:43 am

    assalamualaikum…selalunya saya lebih suka jadi silent reader. hari ni terpanggil pulak nak beri komen kat blog kak tie ni!mungkin sbb topiknya! Anyway topic yang bagus untuk para isteri yang terleka.Kene diri sendiri kot!

  56. Tie
    December 30, 2008 at 5:48 am

    Jijah- Huh?? Silent reader?? Hi hi…Ada gak baca sorok2, ekk? Lucu laa…Tak pe…kak tie tak kisah… Topik ni nak ingatkan diri sendiri … Hubby pun sound ni…pandai2 kata kat orang, cakap kena serupa bikin! kah kah!!

  57. nurdaniella
    December 30, 2008 at 7:42 am

    setuju bebenor ngan kak tie.. zaman sekarang ni, bekerja dijadikan alasan ibu2 ni lepas tangan ngan kerja2 rumah dan juga jaga anak2.. teringat kata2 abang, biar anak menangis daripada kita yang menangis..

  58. Tie
    December 30, 2008 at 10:34 am

    nurdaniella – Sama2lah kita ingat mengingati..hi hi…Kita yang dok rumah ni kadangkala teringin nak ngulor gak..hihi..

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: