Home > Terkenang, Tingtong > Someone's Hubby (Part 2)

Someone's Hubby (Part 2)

December 24, 2008 Leave a comment Go to comments
Dulu Tie pernah cerita pengalaman dengan hubby orang kan… (Link) . Ni ada kisah kedua seperti yang dijanjikan..hihi…

Masa tu Tie kerja di JB, umur dlm 23 tahun kot… Sebagai orang baru dlm syarikat tu, Tie terpaksalah ramah2kan diri, layan je sapa2 yang nak kenal termasuklah orang2 yang berumor tu (lelaki, pompuan dan married). Lagipun senang nanti nak kerja…(senang nak mintak tolong kalau2 ada problem..hihi..)

Tie ni jenis mudah mesra (tak pernah buruk sangka pun..) dengan sapa2 yang buat Tie rasa selesa. Ada sorang pakcik tu, selalu dtg sembang kat lab, dan Tie pun layanlah (macam ayah sedara je…). Kadang2 terpaksa minta tolong, ambikkan sample di tempat tinggi tu.. Malas nak panjat.. gayat sebenarnya..hu hu…

Pak Usop tu selalu bagi Tie gula2…dan kuih2 (wife dia rajin bekalkan…). Tie anggap biasa je, ajak dia makan sama, dan ada gak 2-3 orang datang join .

Satu pagi, masa morning break, Usop datang bawak sebekas mee hoon goreng. Tak sempat nak kata apa2 , dia terus pergi tergesa2.

Lalu Tie bukak tupperware tu, “wah… sedap betul… ada udang lagik!”

Tetiba hati kecik berkata, ” Amboi!! Takkan nak makan je…, Kan wife dia yang buat tu..”

Terus hilang selera! Jantung pun macam nak luruh. Takut sangat2! Kepala rasa terpukul (macam wife dia yang pelangkung!!) Hu hu….. Napa jadi gini?? Pak Usop ni dah mereng ke?? Berdebar2 rasanya……

Tie tutup bekas tu kemas2 lalu keluar cari Pak Usop. Tapi tak jumpa, entah mana dia menyorok! Pesan kat operator tu, suruh Pak Usop datang jumpa Tie kat Lab. (macam cikgu disiplin lak..he he..)

Habis morning break, tetiba Usop terpacak depan pintu. Muka dia nampak pucat (mungkin kerana tgk wajah serius Tie…he he..)

Tie pun bagi balik bekas tu dan berkata,

“Kenapa bagi Nor mee ni?? Kan isteri Usop yang buat ! Susah payah dia bangun pagi2 siapkan bekal ni… Mana boleh bagi orang lain makan…. (entah macam mana boleh membebel kat dia.. )

Usop diam . Tak tahu samada dia marah, malu atau kesal. Tie jadi takut! Dia terus pergi bawa bekas tu . (Eh! Napa pulak nampak macam kesian je….)

Hari tu betul2 muram. Tie buat kerja pun entah apa2 laa.. Report tak siap, Chemist tu pulak asyik kacau je..(memang kerja chemist tu kacau org!) Semua orang tak tahu perkara ni berlaku. Tapi Tie tetap rasa malu . Menyesal kerana baik sangat dengan orang tua tu………

Namun hari berikutnya benar2 buat Tie terkejut. Kat meja ada sepucuk surat …..dari Pak Usop!! Huh!! Dahsyat betul!! Surat cinta!!! Nak pengsan pun ada!! Terketar2 tangan ni pegang surat tu..(surat cinta dari hubby orang, tentulah panas!!!) Terus Tie bagi pada ofis mate di situ… Seramnya!!

Apa lagi, satu ofis tahu dan terharu! (macam baca berita kematian!!) Masing2 seolah2 tak percaya. Tapi kami taklah heboh satu syarikat. Masih kesian kat dia.(entah kenapa boleh kesian ni…mungkin kerana Tie yang rasa bersalah!) Cuma bila chemist tu tahu, terus dia buli Usop tu… Timbul rasa kesal lagi.

Eee…………….entah berapa puluh biji gula2 pemberiannya telah Tie telan… ingat dia ikhlas berkawan dengan Tie.. Tak sangka dia jadi begitu. Tak terfikir langsung.

Memang salah Tie juga. Terlalu mesra…… Dan mungkin juga Usop pun tak de niat nak ‘jatuh ati’ dengan Tie…….

Tie dah lupa prinsip Tie dulu, ‘hati2 berkawan…jangan sampai jadi lawan’ . Dah banyak kali kena tapi masih tak sedar2 jugak! (memang makcik ni bengong betul!!) Entah macam mana boleh ada skandal dengan hubby orang!! (mujur tak masuk TV3!! Kah! kah!!)

Lepas tu Tie serik. Tak nak rapat sangat dengan married men ni.. Bahaya betul!! Blogging tak apa, ekk! Ke…….kemesraan berblogging boleh tinggal kesan jugak??

Hmmm……mungkin boleh buat experiment nih!! hi hi…macam tak serik je…ha ha..

Ooo……takut hubby pulas telinga nanti…eh..tak nak laa…kang kena potong elaun!!

Sambung cerita……

Pak Usop pun dah berubah. Mungkin kerana Tie tak balas surat cintanya tu. Dia tak datang sembang2 dengan Tie lagi. Dah macam alien je… Tapi Tie perasan, (memang selalu perasan ni…) Usop selalu curi2 pandang kat Tie dari jauh. Itu yang buat Tie tambah takut. Dan Chemist tu pulak makin menjadi2. Teruk Usop tu kena marah..tak tahu lak pasal apa..

Pengajarannya….

  • Tie amat kesal sekali. Sebelum itu Tie senang berkawan dengan Usop , tapi kerana tak pandai mengawal situasi, tiba2 hubungan persahabatan putus begitu saja. (ingat orang tua ni takkan bagi masalah….hmmm..sama je..) Tie sepatutnya minta maaf kerana tak pasal2 buat dia rasa angau sendirian….
  • Jangan jadi macam Tie. Terlalu mesra dengan orang hingga tak sedar perasaan orang tu terusik. Tak sangka begitu mudah menggoda lelaki nih…he…he…betul ke?? Lelaki…….boleh jawab tak??
  • Jangan rapat dengan orang yang kita tak sedia untuk jalinkan hubungan… Cinta dan sayang tak kenal darjat atau usia…..(macam tajuk drama je…) hu…hu…….mujur tak jadi macam meymey…….eeee…….takutnya……..

P/s: Harap2 tak ada yang marah atau kecik ati… ambil yang positif aje laa…..

Categories: Terkenang, Tingtong
  1. ~wAniE~
    December 25, 2008 at 12:03 am

    btl kak tie..kwn ngn husban org nie b’risiko..kdg2 niat kite just nk kwn jer..tp di slh angp..tkt plak my future husban wanie tu mcm pak usop..hehe

  2. INTAN
    December 25, 2008 at 1:36 am

    kkdg laki ni…senang je jatuh cinta…kita ramah skit je…bleh tersuka sbb keramahan kita….tp..bkn laki je lah..pempuan pun gitew gak kan…..sama aje…

  3. en_me
    December 25, 2008 at 1:43 am

    hi akak tie yg jeliterr ittewww, jommm meronggengggg.. ekeke

  4. iza~de~bintang
    December 25, 2008 at 3:16 am

    wah mesti kak tie ni sweet sangat sampai husband orang pun jatuh hati ..hihii.p/s: Thanks coz kak tie dah sudi singgah kat blog iza🙂

  5. puspawangi
    December 25, 2008 at 3:55 am

    hidup ni penuh ranjau dan duri, tu la asam garam kehidupan…kena tempuh dengan wisdom dan sabar. akak puspa harap tie berbahagialah senentiasa bersama hubby tercinta…

  6. Hashim
    December 25, 2008 at 4:20 am

    Kalau nak salahkan lelaki saje pun takbole kerana wanita pun mesti memberi hint yang dia sedang mencari seseorang teman hidup.So apa lagi pakcik tu pun try la cuba nasib untuk tambah lagi satu…Note KakiPak usup tidak mengambarkan jutaan imej lelaki malaysia. Kalau takat nak ngorat awek bagi mee tak ada klass. He HE he

  7. ain
    December 25, 2008 at 4:28 am

    mesti kak tie seorang yg sweet n baik hati. sbb tu laki org pun tergoda. nasib baik tak tersangkut..hihi

  8. maza
    December 25, 2008 at 7:59 am

    aderkk….senak perut den membaco aeh!tak po lah Tie, den buang air dulu lah..satu lagi den nak kobarkan… tak baik salahkan watak usop santorian tu jerk… kekadang nilai yg istimewa yg dok ada kat kita itu sudah terlepas auranya hingga membuat org lain angau..maza pn pernah rasa benda yg sama, mengena dan terkena..its norms..tapi jadikanlah itu sbgi pengajaran yg amat berguna dlm korporate communication….hahahhaaerk! chow dulu lah.. dah tak tahan nie….bye for now…..aderkkkpsst: ada citer baru kat blog maza.. jemput2 ler.. hehehe

  9. naz ilyn
    December 25, 2008 at 9:02 am

    Salam…kak tie beraninye… kalau sy dah tau dia dah berkawin mati hidup semula pun sy taknak bergaul mesra… takut ada hati yang terluka atau pun hati sendiri yang merana… hihihi

  10. cendawanintim
    December 25, 2008 at 9:29 am

    abang saya yang no. 2 selalu berpesan…berkawan antara lelaki dan perempuan nih bahyer….tapi so far, bila saya berkawan baik dengan si nyenyeh kat opis, so far so good…mebi dia lebih dianggap sebagai adik lelaki saya..

  11. Tie
    December 25, 2008 at 9:54 am

    Wanie – Ooiit!! Janganlah ingat gitu.. Mungkin Usop tu jadi gitu kerana tahap pendidikannya.. Ye laa… dia rasa lebih muda bila Tie layan dia , kerana itu tetiba rasa angau laks!! Hi hi..**********************************************Intan – Betul tu.. pompuan pun boleh terperasan bila dilayan dengan mesra. Tapi kita kena berpijak di bumi yang nyata… Guna common sense laa…kan??**********************************************en_me – Adoi!! Tie tak pandai ronggeng nih!! Selalu lari bila disuruh joget pocho2 tu..naik seram tgk makcik2 tayang diri kat pentas..malu gak!!

  12. Tie
    December 25, 2008 at 10:04 am

    Iza de bintang – Eh! Kak tie biasa je…atau sikit luarbiasa kot!! Hi hi..Semua girls cute sebenarnya…dengan cara yang tersendiri…**********************************************Puspawangi – Terima kasih. Tie harap semua orang bahagia dgn pasangan masing2. Coretan ini bukan nak bangga diri, sekadar berkongsi pengalaman, dan mendapatkan sedikit pengajaran. Tie kini dah ada hubby, so harap2 kita sama2 menghargai dan menyayangi….**********************************************Hashim – Memang Tie tak salahkan Pak usop tu.. Tie tak sedar (bengong sikit), cara Tie layan dia buat rasa special… Tu yang rasa kesian… Dia macam pakcik2 biasa je..kurang pendidikan.. tulis surat cinta pun kelam kabut.. Tie baca macam budak darjah 1 yang tulis… Aduh……

  13. Tie
    December 25, 2008 at 10:13 am

    Ain – Hi hi…tak de laa… Kak tie ni just a plain girl. Kalau jalan2 kat shopping kompleks tu gerenti tak de sapa yang perasan… betul!! Ada pernah tgk foto kak tie tak?? Ada kat http://kaytieze.blogspot.com/2008/12/tag-lagi.htmlRupa macam budak sekolah sesat je ..hu hu…**********************************************Maza – Aiikk?? Napa pulak tetiba senak perut??Teruk sangat ke ‘watak’ Tie?? Hu hu…Camtu la budak tengah innocent!(skrg masih lagik!) Orang yang kita anggap pakcik tetiba rasa nak jadi pakwe lak…hu hu…dasat!!Aura yang tersangkut tu macam mana, ekk?? Suara lembut, layanan mesra atau wajah innocent dan ikhlas?? Nak tau gak! Apa yang buat lelaki jadi cair nih!!(sampai lupa anak bini kat rumah tu….)

  14. Tie
    December 25, 2008 at 10:18 am

    Naz ilyn – Eh! Kak tie bukannya berani. Kak tie anggap dia pakcik je..Kekadang panggil dia Pak usop gak!Nak kata layan mesra pun, pelik gak…sebab kak tie layan semua orang gitu..tak de special2nya..Sebab kak tie ni jenis tak pandai manja2 laa… Mungkin kerana selalu sangat berjumpa (dia selalu antar sample utk kak tie check)Umur dia pun beza 20++ dengan kak tie..tu yang tak kisah berkawan dgn dia…*********************************************Cendawanintim – Ha….macam gitu laa…Cara Tie berkawan dgn pak usop tu…Tu yang pelik…dia je yang perasan..atau mungkin dia ingin rasa muda kot!

  15. Suzi
    December 25, 2008 at 11:06 am

    kak tie2…mcm pengalaman hidup kita ni kan?…bila dikenang2 kelakar pun ada…nasib baik gula2 tu tak dijampi…kalau idak haru juga…kan dulu2 glamer cerita org guna gula2 sebagai ubat guna2. Sampai nenek saya selalu je pesan jgn makan gula2 atau apa2 org yg kita baru kenal bagi….hihihi…

  16. Tie
    December 25, 2008 at 11:11 am

    Suzi – Tu laa…Dah telan berpuluh2 biji, baru la sedar…takut betul…Mujurlah Pak Usop tu jujur..tak buat benda2 kotor tu…

  17. nekcun
    December 25, 2008 at 11:19 am

    Tie, nekcun pun kekadang hairan bila lelaki mudah sangat perasan bila kita baik sikit ngan diorang!… Kerja macam nekcun ni lagilah sbb selalu bergaul ngan orang, tapi kalo ada yang nekcun tengok lain amcam ajer, cepat-cepat nekcun cakap: “I dah ada anak 3…sanggup ke bela?” (masa muda dulu ler… hehehe…) dan kalo sekarang plak nekcun cakap: “saya dah jadi nekcun… sanggup ke?”….hehehe… tapi ada gak yang tak putus asa tuh!…Frankly speaking, he’s the one who gave me this nickname!… dari siCun, kakakCun, makcikCun dan sekarang nekCun… hehee…(eh!… perasan lak nekcun nih!…)

  18. Tie
    December 25, 2008 at 11:28 am

    Nekcun – Ye laa… Tu yang pelik.Kalau kita buat biasa, dikata sombong. Tapi kalau kita layan mesra mcm kawan , mula pulak perasan… Tu yang buat Tie bengong… Tie lak tak reti nak ganas2 nih! Lembut sangat pun tidak. Ramai hubby orang yang Tie kenali, tapi Tie cuba jauhkan diri, cuma mereka ni suka datang dan ajak sembang… jadi serba salah laa… tak suka dianggap sombong …

  19. chekdenoor
    December 25, 2008 at 12:58 pm

    tie,Tahniah kerana berjaya keluar dari kemelut berhubungan dengan suami orang…… walaubagaimanapun caranyer….. asalkan tidak melibatkan diri ..itu sudah cukup baik….kalau tak..sure ada banyak lagi cerita sedeh yang akan berlarutan…….

  20. maza
    December 25, 2008 at 1:38 pm

    uiks! ‘Dahsyat’… mcm best jerk!sakit perut nak buang air lah!…hahahhabagi maza, aura itu tidak semestinya letak di mulut, di pakaian, bontot atau solekan muka!Kadang-kadang tengok lutut atau kuku pun boleh kena aura tu, tau!Sbb itulah Rasulullah SAW selalu mengajurkan bahkan dlam Al Quran sendiri menyatakan, antara lelaki dan perempuan itu ada batas, maka peliharalah kamu!sbgi dijelaskan di dlm Al Quran dan hadis, kita ini apabila berjalan hendaklah memandang di bawah, kalau memakai jgn mendedah aurat, kalau bercakap berlainan jantina biar pada perkara pokok yg penting shj!Bahkan jika tidak ada sesuatu perkara, elok diamkan shj! Berzikir lagi elok!Kita bukan tak tahu perkara tersebut! Tetapi apabila Allah SWT menguji dgn ilmu yg kita timba di Sekolah Agama Rakyat kat sebelah Sekolah Convent di Johor itu, kita sendiri teralpa, terlupa… atau gagal recall segala matapelajaran tersebut…Dgn itu jelaslah perbezaan antara org yg benar2 lulus imannya, dgn org yg masih lemah dan perlu diperbaiki sentiasa agar dpt bersama2 org2 yg mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT.Org yg lulus imannya akan sentiasa berkat ilmunya, sentiasa mempraktikan segala ilmunya tidak mengira tempat dan masa!Jadi, kita sbgi org berilmu belum tahu beriman, apatahlagi belum tahu lulus atau gagal dlm ujian!terutama ujian di en3 ini!hmmmdahsyat! … mcm best jerk!hahahah…elakan saban masa perasaan riak,ujub dan takabur…sbb ingat 5 perkara sebelum 5 perkara…muda sebelum tuakaya sebelum miskinsihat sebelum sakitlapang sebelum sempitHIDUP … SEBELUM MATI!!!maza: den dah start merapu, terutama terkenangkan Puaka Niang Rapik, malam ni jam 9.30 mlm!hhahahahha

  21. maza
    December 25, 2008 at 1:45 pm

    Tie – quote “Tie lak tak reti nak ganas2 nih! Lembut sangat pun tidak. Ramai hubby orang yang Tie kenali, tapi Tie cuba jauhkan diri, cuma mereka ni suka datang dan ajak sembang… jadi serba salah laa… tak suka dianggap sombong …”hmmm… den ni laki org.Adakah selepas ini Tie akan….?! hmmm

  22. Kujie
    December 25, 2008 at 2:07 pm

    owh tie..kisah kita pn hampir sama…..alasan dia ada masalah dgn isteri…sy tak mahu terlibat dan tarik diri.4-5 tahun lepas terjumpa dia, kebetulan dan betul2 dia dah berpisah dgn isteri dia dan berkahwin dgn orang lain . hehehe..takut di tuduh memusnahkan masjid orang walaupun tiang masjid orang tu sendiri dah nak roboh.

  23. Ismail N
    December 25, 2008 at 2:33 pm

    Hensem ke Pak Usop tu..he he. Sorilah, saya tak berani komen benda2 cam ni. Nanti kena diri sendiri balik susah. he he. Ada sebab tuhan benarkan lelaki kawin 4 tu.. paham2 aje lah. he he. Jadi saya faham perasaan Pak Usop. Harap2 saya jangan jadi cam tu sudahlah. Amin….

  24. izzah
    December 25, 2008 at 2:35 pm

    tu la kak tie..chooomelll sangat…

  25. maza
    December 25, 2008 at 2:36 pm

    Ismail N – aik awal2 lagi takkan dah surrender kot….hehehe

  26. izan
    December 25, 2008 at 3:39 pm

    tie,waa..haa.. angkat bendela putih awal2. tatak belani oooo… mau kasi ini komen.tapi tie aaaa…. waaa titun dulu…. bole la2xkasi komen sikit udahlah… tepuk dada tanya nak makan apa…hihihi

  27. Shais
    December 25, 2008 at 4:06 pm

    zaman saya bekerja dulu pun pernah jadi gini…mujur tak layan, kalau tidak haru dibuatnya.

  28. (¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯)
    December 25, 2008 at 4:58 pm

    hahaha…kak tie ni mmg cun sgt ler tu…bila jadi org cun..ginilah dugaannye…ade je org salah anggap..layan salah tak layan pun salah..hmm…kak tie citerlah plak camne kak tie jumpe hubby kak tie..mesti best hehehe…

  29. Adila
    December 25, 2008 at 11:59 pm

    kak tie terayat dia kot?dia terambil serius kot? hihihisusah kan bila org baik sgt dgn kita, for sure kita akan terjatuh hati hehehetapi kalau org tak baik dgn kita, kita rs sunyi, sedih pulak~susah betul! hihi

  30. Tie
    December 26, 2008 at 12:19 am

    chekdenoor – Memang tak sangka nak libatkan diri dengan suami orang. Tie hanya fikir yang dia tu hanya sorang pakcik je….*********************************************Maza – Hi hi…Bila kita bekerja, kita kena berinteraksi dengan semua orang. Semua orang Tie anggap kawan je… tak de niat nak buat pakcik tu rasa special pun. Tak pernah berdua2an dgn pak usop, dalam lab, adalah 2-3 orang lagi… Mungkin Tie lebih respect dia kerana dia tu ‘orang tua’. Batas pergaulan tu memang Tie tau pun.. Kerana itu Tie tak layan orang2 muda. Tapi tak terfikir boleh buat sorang pakcik overdose….kesal pulak.Maza kat pejabat tu takkan tak sembang2 dgn pompuan lain? He he…Tie tau gak…semua orang suka berkawan…kalau tidak tentu sunyi macam Adila kata tu….

  31. Tie
    December 26, 2008 at 12:28 am

    Maza – “Dahsyat” tu bukan maksud taksub tapi terkejut dan takut sebenarnya… Tie takkan rasa bangga dgn rupa kecinaan ni, atau perangai kebudakan tu…malah Tie ni memang selalu rasa kurang yakin je…Tak baik tau anggap Tie gitu..hu hu….Maza belum betul2 kenal Tie sebenarnya.

  32. Tie
    December 26, 2008 at 12:33 am

    Kujie – Macam Nekcun laa… Susah bila terpaksa berkerja dengan orang yang ‘perasan’ ni… Atau mungkin mereka ni saja cuba ‘test line’…Hemmm…. tak tahu laa… Kita semua pun dah ada hubby. Tahu sifat , perangai dan kehendak hubby masing2. Mungkin hubby orang yang gelenyar tu kurang layanan kat rumah kot! he he… Pernah tanya hubby, nampak gaya gitu la antara sebabnya…(selalu bodek dan buat dia rasa istimewa…ha ha…)

  33. Tie
    December 26, 2008 at 12:37 am

    Ismail N – Laaa…Tak pernah fikir tentang rupa Pak Usop tu… Rasanya macam pakcik2 kita je… Tu yang buat Tie selesa dgnnya.. Tak sangka dia tu boleh ada feeling lak…hu hu..Kena kenali diri sendiri, apa yang kita hendak dlm kehidupan ni.. Kahwin 1 atau 4 pun terpulang kepada keupayaan masing2…hi hi..Janji semua orang bahagia.. Kalau rasa boleh kongsi kasih, dan bertanggungjawab mungkin tak de masalah…. Tuhan pun dah bagi green light…utk 4 tempat…

  34. Tie
    December 26, 2008 at 12:43 am

    Izzah – Tak laa…Hidup ini banyak dugaannya.. Kak tie tak terlepas darinya.. Banyak kisah suka dan sedih yang kak tie alami. Baru 20% je yang kak tie ceritakan dlm blog ni…**********************************************Izan – Hmm…napa…takut nak komen? Kisah ni biasa je.. Ramai orang alaminya.. Pompuan dan lelaki sama je.. Ada juga dengar wife orang jatuh hati dgn lelaki lain… Anak2nya dan hubby dia jadi huru hara…Kita kena bersedia, dan selalu berinteraksi dgn pasangan masing2. Hanya dengan cara itu hubungan suami isteri lebih rapat dan berpanjangan. Antaranya sentiasa buat pasangan kita dihargai dan dikasihi. Jangan biarkan dia keseorangan…lebih2 lagi ketika makan…(pandai betul makcik ni nasihat org, ekk?)

  35. Tie
    December 26, 2008 at 12:48 am

    Shais – Hah! Orang yang bekerja ni memang sedikit sebanyak akan lalui pengalaman begitu, kan… Kena pandai kontrol situasi laa… mujur tak jadi apa2 , ekk.**********************************************Nrina – Kisah hubby kak tie tu rasanya dah cerita dlm Tag angau dari Lochoe….ada sikit cerita kat situ… Eh…ye ke…tak ingat lak.. **********************************************Adila – Hi hi…tak de laa… Tak pandai nak goda2 orang nih! Muka macam kak tie ni memang tak layak pun! Hu hu…

  36. fazemy
    December 26, 2008 at 2:25 am

    Most of mereka yg dh jd suami org ni kan (mintak2 laki aku tak mcmtu..ahaks)..nak test saham diorg. naluri nk tmbah 1 lg tu mmg ada jauh di sudut hati. mcm kita pompuan mmg akn tutp pintu hati kat mana2 lelaki lain pas kawin. tp laki lain. Asalnya cuba2..test saham..last2 jatuh cinta. So anak dara kat sana..beware! Kak Tie…saya pun pnh berscandal dgn laki org…mujur tak jd bini no 2.

  37. Ismail N
    December 26, 2008 at 2:40 am

    Ok lah tu kalau setakat feeling. Maksud saya, ialah ianya better dari niat jahat kan? At least niat tu ok, cuma perlu green light dari pihak satu lagi & the wife.Nampaknya x dapat, sabo' ajelah Pak usop. He he..

  38. maza
    December 26, 2008 at 5:24 am

    Tie –Hahhaha….tak nak lah maza kenal Tie lagi rapat….Takut, nanti Tie termabuk lak dgn maza…..hahaha***** serius****Kata org tua2 “Lelaki ini baik selembik bayi, hinggalah si tua bangka yang menongkat langit itu, selagi anunya boleh pacak, selagi itu dia bernafsu-syahwat!”Jadi kesimpulannya, baik lelaki muda atau tua, atau laki org semuanya ada potensi!Telah menjadi sunahtullah; fitrah manusia antara lelaki dan wanita itu seumpama magnet.Sbb itulah kita kena sedar dan kena sentiasa menajga tatacara pergaulan!Bukannya rasa pelik atau takjub, “oh! Lelaki dah tua bangka, atau laki org tu, ada hati nak jatuh cinta dgn aku. Tak sedar diri! Tak bertanggungjawab! Huh!’Bayangkan ayat yang sama juga dipalingkan ke muka kita! Apa perasaan kita! Bukankah ayat2 itu menunjukan betapa angkuh dan takjubnya kita terhadap diri sendiri?!Imam Ghazali menyatakan di dlm kitab Al Ihya’ Ulumuddin: penyakit hati itu ada 4 perkara. Antaranya rasa takjub pada diri, riak, takabur dan ujub…Kemolekan paras rupa, keelokan tingkah laku – yg dianugerahkan adalah amanah! Dan setiap insan mempunyai tanggungjawab yang diamanahkan. Dan setiap insan ada keistimewaan sendiri yg menjadi amanah ke atasnya! Dari titik tolak itu setiap insan mempunyai amanah yg common dan yg unik!Amanah tersebut akan dipertangungjawabkan dan dipersoalkan kelak! Nah sekarang amanah itu diuji… Allah SWT mahu lihat sejauhmanakah ampuhnya iman kita apabila diuji atau hancur berderai dengan berkata, “eee laki tak sedar diri, dah berbini, dah tua, muka pecah rumah, ada hati nak kan aku! Eee….takutnya aku! (walhal diri sendiri belum tentu sempurna menjaga amanah –kecantikan dan tingkah laku itu – lalu mendorong org lain utk melihat lalu ‘berkelakuan sedemikian rupa’!)”Patutkah kita bersikap demikian?! Konon2 buat2 tertanya2 kenapalah si tua / laki org itu terkejar2 kita hingga menyembah kaki kita! Kita merasa seolah2 pelik! Seolah2 kepelikan bagaimana diri sendiri mampu mengundang perhatian org lain (yg kononnya tidak serba serbi kurang itu)! Kemudian utk menambahkan rencahnya – dgn perlakuan konon2 tak bersalah – rasa takut dgn tindakan lelaki tersebut!Perlu diingat, kenapa perlu kita rasa pelik. Rasa pelik terhadap diri itulah yang memacu kepada rasa takjub, ujub, riak dan sombong terhadap diri sendiri yang beranggapan mampu melonglaikan lelaki2 itu! Rasa lebih hebat atau rasa ‘wah! Laki org nie nakkan aku, power nie! Hehehehe’Amanah dari keelokan paras rupa, tingkah laku yg baik – adalah satu tanggungjawab kepada orang yg dianugarahkan agar kita menjaga sebaiknya! Bukan utk menguji sejauhmanakah ‘aku’ atau wajahku mampu memikat atau melemahkan lutut lelaki! Atau dengan ke’innocenen’an ku itu juga mampu mencairkan lelaki tua/ laki org – kalau budak2 bujang lagi ler senang…Atau merasa ‘oh! Lelaki itu lemah dgn diriku ini. Oh! Aku takut’ walhal dlm hati rasa lain mcm – berbunga2…Sebab itulah Islam membataskan pergaulan antara lelaki atau perempuan, waema atas nama perhubungan korporat sekalipun!Sekiranya ada lelaki yg tertarik dgn wajah kita, atau tingkah kita, atau body kita, suara kita – hendaklah kita bentang ‘hijab’ antara keduanya! Bukannya rasa, “Oh! Lelaki itu gatal nak kan aku! Oh suami org yg tak sedar diri!” Tetapi salah diri sendiri yg tak mahu pula dijaga! “ HIJAB” pendiding dari fitnah tidak pula diambil kira!Kemudian ada hati pula mengatakan ‘eee laki org nit teruk la.. suka ambil kesempatan.. sampai lupa anak bini mereka!” walhal perangai kitalah itulah yg menyebabkan laki org itu lupa dan leka kpd anak bininya! Menjadi faktor terlalai.. Patutkah kita berkata demikian? Seolah2 tidak bersalah langsung! Dan konon2 mengaburinya dengan menaytakan rasa TAKUT!!!Kalau nak kira gatal dan miang.. dua2 maza jatuhkan hukum gatal dan miang! Baik laki org mahupn si perempuan itu!Atau sengaja si wanita hendak test market! Lepas tu buat2 muka innocent…hahahaha….so saper yg belakon! Soalnya sekarang – jauhkanlah perasaan takjub dan menunding jari kepada lelaki yg tergila2kan kita itu.. Ada banyak sebb kenapa org boleh tergila2 kan kita… dan sbb utamanya adalah datang drpd faktor diri kita sendiri!Tak payahlah rasa takjub lalu ujub dan takabur – seolah2 aku tak bersalah, dia yg terhegeh2 tapi betulkah kita dah jaga segala lubang2 ‘fitnah’ bawaan diri sendiri?Kaum bapa pun begitu juga, jagalah mata. Sebagaimana saranan di dlm al Quran – “Wahai kaum muslimin, peliharalah pandanganmu. Pandanglah ke bawah apabila kamu berjalan (atau berselisih atau bercakap dengan bukan mahram)” Mudah2an kita terpelihara, dan menjadi manusia soleh! Sebaik2 manusia yg di dunia ini ialah mereka yang soleh!Dan Mutiara, batu permata dunia yg bersinar2 berseri2 hingga terpandang oleh makhluk2 di langit adalah wanita yg solehah! Maza: garang dan tegas ‘Islam : way of live”Maza lihat mana2 pun ada wanita kita yg bersikap demikian. Kalau tidak ditegur di sini, atau di sana atau di mana pun jua, bagaimanakah kita hendak mendorong ibu2 kita, wanita2 kita, adik2 kita untuk menjadi insan soleh!Walhal hari ini kita sering mengeluh, sering mendambakan insan soleh mengelilingi kita!Anda ada pilihan, maka terserah kpd anda!Sesungguhnya maza sudah menyampaikan, dan anda adalah saksinya! Mudah2an kita terlepas drp penyakit hati lalu mendapat kemurkaan Allah SWT!Utk maklumat lanjut sila dapatkan naskah : Diari Islamiah 2009 keluaran Sterling Crown Sdn Bhd.Hahahahhaha*******walaupun waeama ke mana sekalipun, perhubungan comunication antara lelaki dan perempuan di pejabat mahun di kawasan2 kampun dan taman2 perumahan… maza sudah setkan batasannya!HahahahhaTapi kekadang terlepas kadang gak!HehehehheSign…Maza: aku pun budak innorcent gak….. skima lagi….hehehehhe

  39. maza
    December 26, 2008 at 5:28 am

    erk! comment maza itu untuk general…tiada unsur2 menyerang mana2 peribadikalau terkena itu, mungkin angap shjlah hidayah utk memperbaiki diri lagi yea!salam sayang dri Maza:D

  40. nurdaniella
    December 26, 2008 at 8:02 am

    kak tie.. banyak betul persamaan kita ni..sama2 sekolah convent..sama2 nama pangkal nor, ujung tie..sama2 mudah mesra..dulu, masa anak dara, selalu jadi kes macam tu.. kita berkawan ikhlas, tak de niat pun nak goda orang.. tapi bila tengok sang lelaki dah macam lain jer, cepat2 saya jauhkan diri.. takut betul..

  41. azza_irah
    December 26, 2008 at 11:56 am

    heheh tie..itu namanya kemahiran komunikasi dan berinteraksi..bukan niat kita nak memikat tapi kelebihan kita disitu. sb tu kita kena pandai jaga diri. azza penah alami apa yg Tie alami..kena lah pandai2. kepercayaan suami tu penting kan..

  42. kuIna Jentayutiara
    December 27, 2008 at 3:04 am

    sy bekerja dlm dunia lelaki.. sekuntum bunga di tengah kumbang, kena pandai bawa diri sbb mcm ada…

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: