Home > Terkenang > Sekolah

Sekolah

December 22, 2008 Leave a comment Go to comments

Masa di JB, Tie ajak hubby singgah sekolah IJ Convent. Rindunya. Dah lama tak ke sini. Mula melangkah ke sekolah ini pada 1973……sampailah form 5 di sekolah menengah bersebelahan.


Sekolah ni asalnya tempat mubaligh kristian. So, kerana itu ada patung Mary tu… dan lambang T. Yang bertanda ‘1 ‘ tu kelas pertama Tie masa darjah 1. Dan bila naik darjah dua , belajar di kelas yang bertanda ‘2’ .

Padang ni lah tempat Tie dan classmates bermain masa PE. Masih dapat terbayang2 lagi Tie terlompat2 bermain bola racun dan gelung tu…hu hu ….sedih gak.

Walaupun Tie tak punya ramai teman, dan tak happy di sekolah (kerana pemalu dan pendiam), sekolah ini banyak memberi kenangan .
Tie bawa bekal roti disapu mentega dan ditabur gula serta sebotol air oren. Setiap hari. Sampai naik muak laa… Selalu perhatikan budak2 lain makan mee kat kantin tu.

Yang ini bangunan sekolah menengah. Dekat je. Dan di luar pagar ni la tempat menunggu ayah datang menjemput Tie pulang. Biasa Tie akan meniti di tepi longkang untuk menghilangkan rasa bosan. Sekarang tak boleh buat gitu….takut hilang balance terus masuk dalam tuh!

Ye………Tie selalu keseorangan. Kawan Tie yang sorang tu biasanya pulang dulu. Tie akan jadi pemerhati je, melihat gelagat budak2 lain. Ada yang makan aiskerim (nampak sedap je…Tie tak de duit lebih… ayah bagi 20 sen je setiap hari), ada yang rancak bersembang dgn kengkawan dan ada juga macam Tie, keseorangan jugak!

Teringat kat Irene Wong. Dialah teman karib Tie. Tak tahu kenapa dia suka berkawan dengan Tie .

Hu hu ….napa tetiba rasa sebak ni…… tak boleh nak tulis lagi…..

P/s: Makcik tua ni dah mula emo……….

P/ss: Tie baru je terima berita yang mak sedara di Kluang telah meninggal dunia malam tadi. Arwah Mak Ngah akan dikebumikan pagi ni. Malangnya Tie tak dapat hadirkan diri. Patutlah malam tadi Tie rasa risau sangat, mata kiri asyik bergerak2. Tie masih ingat lagi arwah mak ngah adalah antara orang yang bertungkus lumus menolong mak untuk menyempurnakan majlis pernikahan Tie dulu. Al- Fatihah buat beliau. Moga2 rohnya aman di sana.

Categories: Terkenang Tags: ,
  1. Tirana
    December 22, 2008 at 5:49 pm

    Aduhai..mengimbau kenangan lama.. kenangan mengusik jiwa.. terpaku sejenak mata memandang..dalam hati bersemadi segala cerita lama..hehehe..

  2. Ibnurashidi
    December 22, 2008 at 6:31 pm

    Kenangan indah hanyalah menjadi memori..Memori tersemat kemas dalam sanubari…Siapa melalui pasti mengerti..Segala peristiwa terjadi..

  3. Shais
    December 22, 2008 at 7:10 pm

    rindunya zaman persekolahan dulu…kenangan yang terindah.

  4. kakchik
    December 22, 2008 at 11:25 pm

    Nostalgia sungguh. Teringin nak gi jenguk sekolah kita pulak. Kak Tie, nah ambik tisu ni…

  5. Tie
    December 22, 2008 at 11:43 pm

    Tirana – Memang ianya kenangan mengusik jiwa. Susah nak ceritakan. Mata dah mula berair ni..hu hu…Ibnurashidi – Hu hu…sedihnya….Shais – Jom gi sekolah semula. Kali ni nak study rajin2….Kakchik – Kak tie tak guna tisu..hu hu…tak cukup…kena guna tuala…

  6. chekdenoor
    December 22, 2008 at 11:44 pm

    Tie,Chekdee pernah gak kena ngajar kat sekolah convent….. nama sekolah tu SMK, Convent Sentul…… chekdee sebagai penyelia petang masa tu 1998…..setahun sebelum chekdee berhenti keje……. setiap petang bila nak tutup sekolah….. terasa seram jer…… sekolah cam ni….ada gereja kat dalam sekolah…so….chekdeee memang rasa tak selesa……. hmmm…sepatutnyer sekolah jenis ni dah diubah suai…keluarkan gereja tu…. dah tak sesuai sebab siap ada tanda salib kat atas sekolah….hmmmmmm

  7. Tie
    December 23, 2008 at 12:02 am

    Chekdenoor – Hmm…kalau boleh buat gitu tentu dah lama da….. Tapi dah asalnya sekolah tu utk kristian, tak boleh buang benda2 tu. Dalam sekolah tie tu pun ada gereja. Memang takut bila tengok, gelap dan suram je…

  8. ei_da..
    December 23, 2008 at 12:41 am

    alfatihah buat mak ngah kak tie……. semoga rohnya dicucuri rahmat… amin…

  9. Nek Cun
    December 23, 2008 at 2:35 am

    Oh… Tie sekolah convent yer? Nekcun dulu sekolah MGS dari standard one sampai form V lepas tu sambung kat High school sehingga tamat HSC. Lepas tu terus kahwin, ikut atok sambung belajar….hehehe… dah ada anak sorang (dapat anak lepas 4 tahun kahwin) baru masuk UiTM… Eemmm… kalo mengimbau kenangan masa muda memang mengasyikkan!… Al-Fatihah untuk Alahyarham Mak Ngah Tie…

  10. Zareda Norman
    December 23, 2008 at 2:41 am

    Alfatihah buat mak ngah tie tu..kenangan lama memang bes kalau sesekali diimbau..Zar pun kalau sesekali lalu dis ekolah lama, lau di kolej lama.. wahhh.. bersemangat cerita kat anak dara zar tu..

  11. nurdaniella
    December 23, 2008 at 2:55 am

    alfatihah buat arwah mak ngah kak tie.. moga rohnya aman di sana.. teringat jugak zaman sekolah saya dulu.. kita serupa.. sekolah kat convent, tapi kat kl.. dah lama tak dengar orang sebut PE..

  12. Tie
    December 23, 2008 at 3:31 am

    ei_da – Mekasih kerana doa itu…Nekcun – Wah…nekcun kahwin muda lagi….Untungnya, anak cepat besar, ada cucu tapi muda lagi…hihi…Zareda – Ha ha… Tie pun entah berapa kali cerita kisah2 sekolah kat budak2 tu… Asyik rewind je…budak2 tu dah jelak, kot!Nurdaniella – Ho ho…Anak2 kak tie sebut PJ, tak best dengar. Recess lagi sedap bunyinya…bila sister fedelis tu bunyikan loceng…macam ribut keluar dari kelas..hihi…

  13. en_me
    December 23, 2008 at 3:42 am

    salam juger kaktie itewww.. betulkerr susah banget nak komen blog me yg ittewww.. hmmm

  14. Tie
    December 23, 2008 at 4:05 am

    En_me… sekarang dah ok…hihi..agaknya PC kak tie semput kot!

  15. fAtrinA
    December 23, 2008 at 4:33 am

    alfatihah..semoga berada dtempat org2 yg beriman…amin

  16. Suzi
    December 23, 2008 at 4:52 am

    Alfathihah buat mak ngah kak tie…bestnya zaman sekolah2 dulu kan…masa berlalu tak berulang kembali…cantik cat baru kak tie…🙂

  17. Mak Su
    December 23, 2008 at 5:07 am

    Innalillah…. al-fatihah.zaman sekolah? maksu masih ingat lagi, harga air secawan is sangat murah🙂

  18. nurhuda_cahayapetunjuk
    December 23, 2008 at 7:24 am

    assalamualaikum..kenangan lama yang sukar dilupakan..:)Semoga roh mak ngah kak tie ditempatkan dalam golongan para syuhada’ dan anbia’..aminn..

  19. ku tak sempurna
    December 23, 2008 at 9:03 am

    masa sekolah tak seronok ke??? alaaaaa… rugi la… takpe… yg penting skrg seronok… seronok kan??takziah utk mak sedara… al fatihah😦

  20. maza
    December 23, 2008 at 9:13 am

    hmm… ah…..uhhh…….makin memanjat umur anak tangga, makin banyak pengalaman terungkap..tandanya kita ini, ah!? sukar utk diperkatakan…zaman sekolah! uhuk sila lawati di sini http://mazaaida.blog.friendster.com

  21. Tie
    December 23, 2008 at 9:22 am

    Fatrina – Mekasih…..Suzi – Sedih pun ada, lucu pun ada ….Maksu – dulu air gas 25 sen setengah botol…Nurhuda – Kenangan itu tetap segar diingatan…Ku tak sempurna – Masa sekolah agak menyedihkan… Tie bukan kanak2 riang…hu hu…Maza – Hi hi…mana ada… Tie muda lagi laa…Kah! Kah!

  22. Pelajar STP
    December 16, 2009 at 8:49 pm

    nak tanye sikit leh…best tak sekolah kat sekolah convent… saye pelajar sekolah cam nie gak tapi sekolah sume laki…

    • Tie
      December 16, 2009 at 9:08 pm

      Kak tie dulu bersekolah tahun 1973-1983 di convent JB, rendah dan menengah. Semuanya pelajar perempuan, jadi tak pandailah nak bergaul dengan lelaki hinggalah mula belajar di ITM Shah Alam.

      Masa tu tak sama dengan keadaan sekarang. Bagi kak tie, kita kena pandailah sesuaikan diri. Kak tie seorang yang reserve, pendiam.. jadi harapkan orang tegur dulu barulah berkawan. Adik ni bagaimana ? Sekolah di mana? Sekarang ni suasana amat mencabar.

      Anak-anak kak tie pernah mengadu hal rakan-rakan yang suka mencuri, mengumpat dan lain-lain lagi. Guru-guru pun ada yang tidak bekerjasama sepenuhnya.. dulukan anak mereka dalam kelas.. Cuma yang penting, kita kena fikir secara positif. Insyaallah.. kita boleh hadapi cabaran itu walaupun di mana kita berada.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: