Home > Bincang > Kisah kurang enak didengar

Kisah kurang enak didengar

December 14, 2008 Leave a comment Go to comments
Baru2 ni Tie singgah kat rumah di Gong Badak tu……. Tie sewakan rumah tu tapi masa tu penyewa tu entah gi mana, tak dapat call dia lak. Saja datang ziarah sebab kawasan tu mengalami banjir beberapa minggu yang lepas.

Masa datang, penduduk taman tu baru lepas gotong royong bersih kawasan. Rumah Tie masih berselut lagi. Tie singgah di rumah jiran favourite dan bersembang sakan…hi hi..

Tie tanya dia , pengalaman tinggal di sekolah berdekatan tu masa banjir. Katanya, tak selesa sungguh, bukan kerana tiada kemudahan seperti di rumah…..tapi tak tahan dengan sikap certain mangsa banjir yang keterlaluan………

Macam mana pulak, ekk?? Tie heran. Rupanya , ada yang jenis mulut lembik, suka komplen tentang makanan yang kurang menyelerakan… (tiada daging atau ayam)….. Dan ada yang bergaduh entah berebut apa pulak!!

Wah……. teruknya!! Sampai ada yang komplen lauk sardin tak sempurna dengan hirisan bawang laa…. Heee……..Napa pulak jadi gitu?? Kalau Tie jadi tukang masak tentu Tie dah hempuk mulut2 tu dengan senduk!!

Hai……..sungguh tak sangka , masih ada lagi golongan yang tak tahu bersyukur!! Kesal sungguh!! Petugas2 tu sanggup tolong masakkan untuk perut2 yang lapar, sampai ati kena kutuk pulak!

Kata jiran tie tu, mula2 petugas2 dari bulan sabit, bila mereka merajuk,(atau keletihan, kot) petugas2 dari tentera pulak dtg menolong. Tapi tak tahan dengan suara2 sumbang tu, mereka juga merajuk(betul ke??). Lalu, pandai2 lah mereka2 yang ada masak sendiri!!

Bila dah pindah, banjir dah surut, mereka memasak di Surau. Malangnya masakan yang ada disimpan utk golongan tertentu. Hubby dia sempat ambil sepinggan utk dia dan anaknya. Lalu datang sorang makcik bawa lari lauk tu…….. Macam mana pulak dengan orang lain….Hmmmmmm…..

Tak tahu laa….nak kata apa. Cuma seharusnya kita bersyukur dengan nikmat yang ada. Ada orang yang sanggup menolong kita menyediakan makanan (walaupun tak seberapa) tapi memang tak patut la komplen itu ini. Dan ini bukan pertama kali dengar cerita perangai mangsa2 banjir (bukan semuanya, tau!!)

Harap2 lepas ni empunya mulut2 lembik tu sedar la sikit. Eee……Tie memang kesal….kasihan pada mangsa2 banjir yang lain dan petugas2 yang datang menolong tu……

Categories: Bincang
  1. bozzobattousai
    December 14, 2008 at 3:29 pm

    ork selalunya tau cakap je kak…mulut gerak lagi laju dari kaki…perkara yg sama terjadi kat makcik saya kat bukit antarabangsa.

  2. (¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯)
    December 14, 2008 at 3:44 pm

    hmm..dah biasa dah dengar kisah gitu..ada lak yg suke amik kesempatan..yg paling teruk..bantuan makanan mcm milo, susu, gule..selimut..tak diedarkan sbb org yg jaga sapu semua..camtu punye org pun ade kan…manusia…tak semua baik hati…selalunye yg baik hati mesti tertindas sbb dikatakan bodoh…konon pandai sgtlah tu..taulah kau kat akhirat nanti…

  3. (¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯)
    December 14, 2008 at 3:45 pm

    wah kak..makin cantik berseri blog ni..sejuk mata memandang hehe..

  4. ei_da..
    December 14, 2008 at 4:09 pm

    sepatutnya muhasabah diri kan..teliti bencana yg menimpa.. dan bersyukur masih ada yg mahu membantu..

  5. maza
    December 14, 2008 at 4:27 pm

    aderk…..pindah lagi. nasib baik den tak tersosat tadi ni ha!hmmmkekadang den nak khobarkan kat org yg jadi mangsa tu ha, yang tak sodar dek diri tu! PADAN MUKA EKAU.Harta dah hilang… atau dihilangkan dek Tuhan! Lepas tu tunjukan perangai buruk dia org. Jual ikan (selfish) kala banjir tul la … ishk ishk ishk..geram lak den mendogarkannya…Kalau den la, dah lamo makcik (biasonyo org fomfuan la buek kerja sombong bodoh itu)tenyeh2 dgn cili… Kalau hat pak cik buek bising, suruh dia balik beronang2.. tinggal dlm rumah berair tu ha! Tak sodar diri dek untung lah!huh!

  6. Tirana
    December 14, 2008 at 11:14 pm

    Begitulah sikap manusia…suka pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan hal orang lain.. low EQ la tu..hehehe..

  7. Tirana
    December 14, 2008 at 11:17 pm

    Patutla Maza confuse..baru perasan, ini blog lama..hehehe..saya pakai main masuk aje..tengok ada entry updated..masuk la baca..tak kisah la blog lama ke baru..ekekeke..p/s saya dah cuba letak komen form ni bawah entry tapi tak jadi la..Agaknya template yang saya guna tu tak compatible kot..

  8. lochoe
    December 15, 2008 at 12:22 am

    har har har… cool!!biasala kak tie.. kalau saya pun saya komplen.. apsal kalau penduduk gong badak, banjir, bagi makan sardin ja?? duduk pun kaw. sek..apsal penduduk bukit antarabangsa tanah runtuh dapat makan nasi beriani?? apsal mereka dapat tinggal di hotel lagi..??? erm.. entahlah.. nak kata kena bersyukur la sbb kerajaan tolong.. tapi nampak cam double standard ja.. heh..kalau gwe pun gwe x puas hati…

  9. lochoe
    December 15, 2008 at 12:27 am

    kak tie tukar2 blog ni, rasa x selesa dgn blogspot ka..? intensedebate itu..?? erm.. actually kalau kak tie nak paka wp cakapla.. saya bagi guna server… no hal nye.. anytime..erm.. anyway, kalau kak tie sanggup tunggu, nanti awal januari, kitorang akan lancarkan blog wordpress self hosted “free”, http://www.triblog.org (in da process)..

  10. Tie
    December 15, 2008 at 1:03 am

    First of all,ewah….kecek omputeh lak kejap…Tie bukan pindah atau tukar2 blog….janganlah konfius!!Tie tulis kat sini sebab ramai yang komplen tak boleh komen guna intense debate…kesian gak! Eh! Napa pulak tetiba rasa macam ramai sangat peminats ni…hi hi…dah mula perasan ……Bozzo- Tu laa….kita cuma dengar cakap2 orang. Entah betul atau tidak, kan… Cuma kekadang yang tak bersalah pulak kena tempiasnya….hu hu… Tapi ada juga yang tak ada kesedaran…tak tahu bersyukur. Sabor je laa…..**********************************************nrina- Oh…memang ada dengar tu…Ada orang siap angkut balik barang2 khas utk mangsa banjir. Ish! Tak baik laa… Kira tak halal kan?? Terutama makanan tu… Takutlah bila dah jadi darah daging nanti…. api neraka kejar dulu tu….. Ni blog lama….saja tukar background tika mood baik…hi hi…**********************************************ei_da – Hi hi…eida pun ada sini…Setuju kat eida!! Nanti bagi kopok satu!!***********************************************Maza – Ha! Hah!… Kelakar betul!! Napa susah sangat nak bukak blog tu?? Tie dah tension betul!! Nanti kena belanja Tie milo satu!!Itulah…perangai setengah2 orang yang tak sedar diri. Masa kat kota tinggi dulu, ada yang siap memilih lagik, mintak kepak ayam laa…peha ayam laa…Hmmm…kalau Tie jadi petugas tu memang Tie terus sumbat kaki ayam kat mulut2 tu!!Kesian kat petugas2 tu…mereka sebenarnya sukarelawan.. kerja byk, letih lagi…mana tahan nak layan kerenah mulut buruk tu!!**********************************************Tirana- Low EQ… betul juga tu… Eh..tak boleh guna?? Heran juga! Biasa tak macam gitu.. Hmm…takpelah…. Tie pun tak boleh nak tolong..***********************************************Lochoe – Datang pulak budak nih!!Hi hi… Laa…macam mana nak cari daging atau ayam… orang tengah susah. Lagipun benda tu biasa ada yang sponsor.Yang kat bukit antarabangsa tu makanan sedap disponsor!! Pandai bodek la tu!! Ada gak pihak hotel mana tah offer bilik lagik!! Bukan kerajaan yang bagi sebenarnya… Dengar kata dewan tu lengang. Takkanlah orang yang biasa tidur atas katil king size sanggup tergolek atas tikar. Tapi tak semua bersikap sombong. Ada gak yang sedar akan hikmah disebalik bencana tu… Cuma ramai yang masih merasa diri mereka hebat..hendakkan layanan highclass konon. Dan malangnya sikap mereka ini membabitkan golongan yang sedia insaf…hu hu…

  11. Tie
    December 15, 2008 at 1:10 am

    Kepada anonymous!! Tie benci orang yang penakut! Sila bubuh nama kalau nak komen!!Kalau nak kutuk pun biarlah berani perkenalkan diri. Ni bukan blog makcik tepi jalan. Kami cuba berbincang dengan adil. Dan dengan berbincang lah kami dapat sedikit pengetahuan. Lain kali baca betul2. Awak datang terus kutuk tu rasa bagaimana?? Hebat sangat ke?? Semua orang ada kelemahan diri. Dengan berbincanglah kita perbaiki mana yang kurang. Ini bukan fitnah. Sapa yang makan cili , dia yang terasa pedasnya…hu hu… Padan muka!!Pagi2 dah datang serang orang konon!!

  12. naz ilyn
    December 15, 2008 at 1:36 am

    Salam…garangnya kak tie ada tak kena ker..??(saje menyebuk hihihi)camtu ler manusia tak pernah rasa puas atau bersyukur… dalam keadaan yang tersesak kadang2 macam2 boleh jadi… berebut makanan tu pekara biasa… p/s: dalam keadaan darurat dan kesulitan banyakkan bersabar.

  13. Tie
    December 15, 2008 at 1:57 am

    Naz ilyn – He he…kak tie dulu memang garang..sekarang dah tua, tak larat nak marah2!!Tapi bila ada yang sengaja datang tuduh kita buat fitnah, memang terus menyirap darah ni… geram sebab kita saling tak kenal tapi terus dikutuk gitu… Ini bukan pertama kali pulak tu..Apa yang kak tie tulis ni bukan nak mengata kepada semua mangsa banjir maupun petugas2 tu… Dia tak baca betul2!! Kak tie tulis dengan adil. Benci pada yang mengada2 dan simpati pada yang terbabit sama. Itupun dia tak faham…Memang otak dia tersumbat kot!!(marah lagi ni…hi hi…)Ilyn jangan takut laaa… kak tie kalau nak marah pun bertempat gak… Marah kat blog sendiri tak pe… Kak tie pernah dikutuk di blog orang… Mungkin orang yang sama kot.., tapi kak tie cabar dia datang ke blog kak tie dan perkenalkan diri. Sampai sekarang dia tak datang. Sabor je laa… Itu yang cuba kak tie sampaikan sebenarnya dlm entry ni…. Kak tie pulak jadi kurang sabor…hi hi.. Sebenarnya kita harus bersyukur. Kalau itu yang kita terima (makanan atau layanan tidak menepati citarasa kita), itulah rezeki kita …Tuhan telah tetapkan. Apa yang orang buat, itu dosa yang dia patut tanggung. Kita kena bersyukur yang kita tak kebulur lagi. Agaknya kerana itu petugas2 sukarelawan lebih suka membantu orang2 di luar malaysia, kerana kehadiran mereka lebih dihargai…. (tapi..seperti manusia biasa tak semua petugas2 itu ikhlas..cuma kita kenalah berbaik sangka..)

  14. maza
    December 15, 2008 at 2:15 am

    Tie vs anonymousSapo yang marah bakal omak mertuo den tu ha?! (sambil tangan kiri mencekak pingang dan tangan kanan memantuk2 keyboard, menulis komen ini)Mari kobarkan kat den ni ha!… Biar den tenyeh2 mulut eah dengan Ikan Keli Gulai Lomak Cili Api…Biar padan muka eh! Tak pun Sambal Ketuk den tu ha! Fuh! Huh!erk! eh! betol ko bakal mak mertuo den?! hmmm!hehehehe

  15. maza
    December 15, 2008 at 2:19 am

    Tie – kot lah ekau berpindah blog laie.. kobarkan kat den ni ha! Entah apo kono tah mato nie…kekadang rabun lak… tak nampak! erk! kalau milah si anak daro tu, boleh pulak mato nie corah… hhahaha!

  16. dina
    December 15, 2008 at 2:45 am

    memang banyak saya dengar cerita gitu tie. tak pernah bersyukur itu memang sikap manusia yang lalai. Apasalahnya yang sedikit dikongsi bersama. sudah lah di bagi makanan dan kemudahan percuma dari orang2 yang bersimpati. lagi nak komplen tak sedap. Kan masing2 pun ditimpa musibah, itu tidak dikira peringatan oleh Allah ke? Fikir2kan lah ye tak Tie?

  17. cikMilah
    December 15, 2008 at 3:24 am

    Salam Tie,pengalaman sama waktu kerja sularela mangsa tsunami dulu. Bukan depa nak ambil iktibar, tapi depa kuat mengutuk segala tak kesempurnaan.Mungkin Allah mahu menguji KITA seluruhnya; bukan saja mereka yang kena bencana tapi KITA yang datang menolong. Kita di uji supatya sabar dengan kerenah mereka.Maklumlah;lebih sukar menguruskan emosi dari menguruskan infrastruktur bantuan kebendaan.

  18. Tie
    December 15, 2008 at 3:41 am

    Maza – Hi hi…buat tie tersengih lak!! Dah tak marah lagi.. ada org datang pujuk!!Mekasih kerana sokong Tie… Tie ni memang selalu buat silap. Tapi kalau nak tegur tu jgnlah kutuk dan tuduh Tie sengaja suka buat fitnah. Tak salah kalau tegur dengan cara baik, macam yang selalu maza buat tu..he he..puji siket..Tang bakal mak mentua tu..hi hi..lucu betul.. Rasa macam tua sangat!! Dah sedar diri ni…hu hu…

  19. Tie
    December 15, 2008 at 3:51 am

    Dina – Selamat datang…ke blog makcik ting tong ni…he he…Hmm…memang itu antara tujuan tie tulis entry ni…supaya sedar akan nikmat yang kita rasa dan perbaiki mana2 yang kurang… mekasih dina..************************************************cikMilah – Wah… tak sangka dapat maklum balas dari pihak yang satu lagi. Bagus2, ini yang Tie tunggukan.Jadi apa yang tie tulis tu terang2 bukan fitnah. Walaupun bukan semua mangsa tidak tahu bersyukur tapi dengan adanya mulut2 yang tidak ada insuran tu, ramai yang terima akibatnya. Kesian gak.Pada mangsa2 bencana alam, (dan petugas2 sukarelawan yang berhati mulia..) bersabarlah…segala dugaan ini akan menjadikan kita lebih tabah dan lebih bersyukur atas nikmat kurniannya.

  20. nurhuda_cahayapetunjuk
    December 15, 2008 at 4:04 am

    Assalamualaikum…Akak..Apa khabar..lama tak ke sini..emm…mcm tu lah manusia kan kak..tak pernah na bersyukur atas nikmat yang Allah berikan…sepatutnya mereka renung kembali musibah yang menimpa mereka..setiap musibah atau bencana yang berlaku mengingatkan kita kebesaran Allah…:)Subhanallah..Maha Suci Allah yang menjadikan alam ini..

  21. Tie
    December 15, 2008 at 4:21 am

    Salam nurhudaSetuju dengan nur tu. Kita kena renung semula..apa2 yang berlaku tentu ada hikmahnya. Tuhan lebih sayangkan kita, kerana masih mahu mengingatkan kita tentang kebesarannya…Syukur……

  22. lochoe
    December 15, 2008 at 4:40 am

    gwe tetap membantah… dengan memberi sardin sbg makann kepada sedara2 gong badak tu / kalau sbg sarapan itu okay.. tapi kalau pagi, ptg, tgh/ari.makan sardin. rasa dah tahap menghina (kalau berlaku perkara ini la..ekkk)takkan time p/raya je nak bagi RM40juta??? time rakyat susah bagi sardin…gwe x percaya lansung, trg xleh dapat cari ayam, daging time2 banjir… tipoooo sgt… sorry ye kak tie.. tapi mmg x logik xleh cari… x percaya, saya leh buktikan.. mmg x logik..(apa2 pun ini kata2 jiwa muda ja, semua mende nak bantah.. org panggil darah muda… )

  23. Ezza Aziz
    December 15, 2008 at 4:41 am

    salam Tie,kalau akak jadi sukarelawan pun kalau asik kena kutuk pun mau melayang senduk tu. Dah la kita ni datang nak menolong,banyak cakap pulak. Yang akak lagi tak faham tu yang kat Bukit Antara bangsa tu. Tukang masak chef dari hotel 5 star ,tapi mangsa ni mana nak makan sangat ,,terbuang jer rezeki kat tong sampah. Mana nak tinggal kat dewan atau sekolah..nak duduk kat hotel jer…patut nya kerajaan kena adil kan…boleh pulak pilih2 mangsa pulak….

  24. Tie
    December 15, 2008 at 4:54 am

    Laa…lochoe..kalau lochoe bantah pun kak tie terima…lochoe darah muda!! he he..Yang mulut bising tu makcik2 tingtong macam kak tie ni… Bukan saja bantah lauk sardin.. Sampai cara hiris bawang pun nak komplen!! (logik ke ni??)Lochoe.. Orang yang masak tu yang kena sindir. Depa tu sukarelawan je.. Kalau nak bantah elok jumpa menteri tu. Kesian pada yang konon2 dtg nak bantu, bukan terima kasih yang diterima, disindir2 pulak.Lochoe… mari kita pakat bantah ramai2! Kat pihak yang bertanggungjawab. Pihak Pas ada bagi toto pada mangsa2 banjir…tapi pada penyokong mereka je… Yang memerintah tu tak tahu bagi apa.., setakat kain batik, kain pelikat dan makanan asas tu memang ada.. Beras semua dok kat surau. Malangnya yang masak tu komplot sorok lauk utk kroni mereka je… Tu yang tak best. Entah bila nak sedar…tika sama2 susah, biarlah sama2 merasa senang.Oh ya…lupa nak cakap…. kawasan perumahan kak tie tu ramai dari penyokong pembangkang…mungkin kerana itu bantuan yang diberi tak seberapa kot…hi hi..pandai je makcik ni…

  25. Tie
    December 15, 2008 at 5:43 am

    Oo…kak ezzah…Tu laa…Takut ilang sabor, niat nak dapat pahala, nak tolong orang, jadi dapat dosa pulak, ekk…Bila hadapi dugaan ni, semua orang kena ambil iktibar, bukannya mangsa je, kan… Kita yang sihat walafiat ni pun kena bersyukur dan boleh bantu mana2 yang perlu. Mungkin orang2 sesak (yang tiada rumah atau kurang pendapatan) patut dok kat dewan tu habiskan mana2 yang patut…mereka lebih memerlukan kot…

  26. Intan Rosnitta
    December 15, 2008 at 6:36 am

    Kak Tie oooo Kak Tie,Lama intan x singah sini, dah berubah lagi layout blog Kak Tie ni. Tapi tetap cun mcm tuannya.Moga Kak Tie sihat & ceria selalu!:D

  27. Kujie
    December 15, 2008 at 7:57 am

    ingat ke dia sibuk wat kuih ke, wat karipap ke..rumah nya dok sibuk tukar blog..hehehehe..semangat tuentah lah Tie..kalau kita ungkit2 kata pula pertolongan tak ikhlas…kalau tak tegur bila masa nak sedar.Manusia ni mmg macam2…kalau lembu kita boleh suruh dia duduk, dia duduk..ni manusia…

  28. kutaksempurna
    December 15, 2008 at 8:57 am

    bila kita kehilangan, kita mmg akan jd lebih sensitif… asik nak marah..tp tolonglah kasihani org yg bantu kita… mereka pun manusia juga… jgn nak mengada2…

  29. Tie
    December 15, 2008 at 9:11 am

    Intan…Ooo…napalah network slow sangat…gambor background tak muncul2! Hu hu..Intan ingat kak tie ni cun, ekk?? Hmm…nanti kak tie tunjuk gambor… Tapi hati2 lak..kot2 tersedak nanti…he he..************************************************Kujie – Hah!! Betul kata kujie tu. Kalau kita ungkit, tak baik pulak. Tapi kalau tak beritahu silapnya takkan ada orang yang sedar nanti… Dan harap semua orang akan terima bila ditegur. Untuk kebaikan bersama. Hidup kita tak semestinya sentiasa senang. Ada masanya kita berada di bawah dan perlukan bantuan dari orang yang kita hina..hu hu…Bagaimanapun Tie tetap simpati pada mangsa2 bencana. Kesian. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Cuma mereka ni tak bolehlah lepaskan kemarahan pada orang2 yang cuba membantu. Bagaimana rasanya jika tak sorang pun yang peduli..**********************************************Kutaksempurna – Hmm…bila dah susah, memang rasa perit. Rasa serba serbi tak kena. Kerana itu pentingnya sikap sabar. Sama2lah kita ambil perkara ini sebagai ikhtibar…

  30. fazemy
    December 22, 2008 at 11:44 am

    Mcm2 prangai manusia ni..

  31. Tie
    December 22, 2008 at 12:01 pm

    fazemy – he he…macam2 ada.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: