Home > Bincang, herba, Kampung, tumbuhan > Kasih Sayang 2

Kasih Sayang 2

November 29, 2008 Leave a comment Go to comments

Sebenarnya ada sesuatu ingin Tie ceritakan tentang pentingnya nilai kasih sayang. Ramai antara kita telah pun begitu selesa dibesarkan dalam keluarga yang harmoni, tanpa banyak konflik yang mendukakan.
Kerana itu kita tidak faham bagaimana setengah2 gadis atau wanita boleh terpengaruh dan terjebak ke lembah hina. Pernahkah kita terfikir sebab2nya? Adakah hanya kerana kurangnya didikan agama?
Tie tinggal di sebuah pekan di Hulu Terengganu. Ketika bersembang dengan seorang jiran, yang merupakan seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah, barulah Tie faham, begitu mencabarnya hidup seorang gadis remaja yang kekurangan kasih sayang dan perhatian.
Peranan ketua keluarga amat penting dalam memastikan kesejahteraan anak2nya. Bukan setakat beri makan dan pendidikan sahaja. Bayangkan seorang gadis (form 3 ) terpaksa tinggal dalam sebuah rumah sempit, dengan ahli keluarganya yang ramai.
Ruang tamu itu bukan saja tempat beristirehat, malah tempat makan dan juga tempat tidur. Abang2nya bebas keluar masuk dlm bilik kecilnya. Tiada langsung ruang utk belajar atau utk diri sendiri. Dia telah ‘rosak’ dek abang kandung sendiri. Tak ada siapa yang mengambil peduli. Si bapa sibuk bekerja dan si ibu sibuk berniaga. Siapakah yang patut bertanggungjawab sebenarnya?
Remaja perempuan ini masih lagi meneruskan persekolahannya. Tak siapa pun yang menyangka penderitaan gadis lembut dan bertudung ini. Kini dia menyewa sebuah bilik bersama teman lelakinya. Mungkin kerana inginkan kasih atau ketagihan dek nafsu.
Kadang2 dia ke sekolah, kadang2 tidak. Yang sedihnya dia tidak tahu mandi wajib. Ibu apakah yang tergamak mensia-siakan anak gadisnya . Sudahlah tidak dapat mempertahankan kesuciannya tapi masih sanggup membiarkannya bersekedudukan begitu sahaja. Alangkah sedihnya. Rasa kesal sungguh.
Menurut jiran tie itu, kes2 sebegini sudah jadi satu perkara biasa. Ini di hulu …tempat yang jauh dari maju. Bagaimana pula keadaan di bandar2 besar? Patutlah perkara2 hina ini berlaku tanpa rasa malu atau takut. Mereka ini sudah lali dan ‘dididik ‘ dari rumah lagi. Mereka tidak tahu erti nilai kasih sayang yang sepatutnya mereka terima dari ibubapa mereka.

(Merokok ni seolah2 jadi kebanggaan bagi remaja2 ini…)

Kasih sayang yang dimaksudkan ialah perhatian, masa bersama , teguran dan nasihat (selain dari didikan agama). Ibubapa yang sayangkan anak2nya tentu sekali sentiasa memastikan keselamatan dan kebaikan untuk anak2 mereka .Kerana kehausan kasih sayanglah remaja2 ini mencarinya dari orang2 yang tak sepatutnya. Dan tentunya kesempatan diambil.

Ibubapa mereka lebih sayangkan kemewahan dunia dari kesejahteraan anak2. Mereka tidak kisah samada anak2 mereka keluar malam atau tak balik langsung. Kerana itu bila dah terlanjur, perut pun sudah nampak, maka ibubapa ini hanya tahu perasaan malu. Kesilapan mereka ini yang dari awalnya tak pernah difikirkan.

Dari itu renung2kan lah. Kita kena selalu beritahu anak2 kita yang kita amat menyayanginya. Anak2 harus tahu yang ibubapa mereka menghargai kehadiran mereka. Bila anak2 berbuat silap, terangkan apa akibatnya, nasihat dan tegur dengan cara tidak menyakitkan hati mereka. Anak2 remaja , jiwanya halus, mudah tertekan dan sensitive.

Banyaklah berinteraksi dengan anak2 sejak kecil lagi. Selalulah bertanya khabar dan bincang masalah mereka. Kehidupan di sekolah dan bersama kawan2 begitu penting bagi mereka. Kerana itu ibubapa yang rapat dengan anak2 dengan secara tidak langsung tahu keadaan sekolah anak2 mereka dan siapa kawan2 mereka.

Apabila anak2 remaja merasakan diri mereka penting dan disayangi, tentu mereka akan berhati2 untuk tidak berbuat sesuatu yang mungkin akan memberi kesan terhadap perhubungan mesra ibubapa mereka.

(Masalah apa , ekk? Girlfriend lari ke?)
Jangan biarkan anak2 kita berdiam dan menyendiri. Kenalilah anak2 kita, sekali2 peluklah mereka dan katakan sayang kepada mereka. Jangan sampai mereka mencari kasih sayang dan perhatian di luar. Dan kiranya kesilapan besar telah mereka lakukan, maafkanlah mereka.

Walau apa pun yang berlaku, kita ibubapa tetap bertanggungjawab terhadap mereka. Bimbinglah anak2 ini agar mereka tidak mengulangi kesilapan atau terus hanyut tanpa batasan.

Tie menulis hanya untuk memperingatkan diri sendiri. Ada masanya kita terlupa kerana sibuk dengan urusan harian. Tak kiralah samada anak kita masih kecil, sedang meningkat remaja maupun telah bekerja. Pastikan mereka tahu betapa pentingnya mereka bagi kita.

Ada sesiapa nak tambah lagi tak??
KAMPUNG BINTANG

Masa balik dari Selising dulu, Tie singgah rumah mak sedara hubby di Kampung Bintang. Mak Da ni memang rajin menanam, dan semua hasilnya menjadi.


Pokok misai kucing ni dia import anaknya dari rumah mek, tapi suburnya lebih dari tempat asalnya. Ada ke sapa2 yang tak kenal pokok ni?? Daunnya (termasuk batang) boleh dibuat teh (keringkannya je..) Tie pernah buat, bagus utk orang yang ada penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Walaupun Tie tak ada penyakit begitu, tapi rasa ada sedikit perubahan, rasa lebih sihat, ke perasaan je……hmm……tak tau la…hi hi….

Ni limau kasturi, pokoknya besar juga, tak terpetik sebenarnya. Sedap diperah kat sambal belacan atau dibuat jus…..hmmmm…..

Lama tak tengok pokok ni, belimbing besi / belimbing buluh. Geram tengok buahnya melayut2 kat batang tu……… Macam nak makan gitu saja…he he… Nak cuba tak??

Dah pun dipetik dan nak diproses……. Tapi nak buat apa, ekk?? Masak apa lagi??

Ni la first time Tie masak lemak cili api dan letak belimbing buluh tu. Terlebih pedas tapi…….sedap gak (terpaksalah puji sendiri……hi hi….). Hubby makan pun bising2 kepedasan tapi abis jugak!! Kah Kah!!
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: