Home > Uncategorized > Someone's Hubby

Someone's Hubby

November 25, 2008 Leave a comment Go to comments
Hi hi..tajuknya macam kontroversi je kan….? Entry ini Tie nak tujukan pada NONO...hihi… Tujuannya hanya untuk berkongsi pengalaman dan mungkin kita dapat sedikit pengajaran melaluinya…

Tie pernah kerja di KL seketika dulu, lepas frust tak dapat sambung study. Kebetulan tinggal di rumah kakak angkat(merajuklah tu..). Kerja dengan kenalan rapatnya, kira tolong dia sementara dia cari pekerja baru. Boss Tie tu seorang lelaki yang dah berkeluarga, anaknya dlm 4-5 org, dan yg sulong hampir sebaya dengan Tie… rupa anak dia seiras je dgn Tie…hi hi…..

So…….setiap hari, dia dtg ambik Tie and ke tempat kerja (baik betul, kan!!) . Boss ni memang pendiam dan serius je, Tie pun naik takut. Dalam kereta tak cakap apa2 pun. Kat pejabat pun gitu. Dia hanya cakap bila perlu je… Tapi Tie tak kisah. Orang diam, Tie pun diam gak.

Hmm…rupa2nya diam2 berisi. Dia punya niat lain. Dia nak pasang lagi satu. Dan calonnya ialah….jeng..jeng…jeng… TIE!! Alasannya wife dia hidap penyakit kulit. Habis bersisik satu badan termasuk kepalanya (rambutnya dah gugur sikit2…kesian betul). Oleh kerana dia selalu ke function itu dan ini, dia perlukan seseorang…seorang isteri (kedua lah tu…) untuk menemani dia..(betul ke alasan dia tu….?)

Adoi!! Memang terkejut betul!! Napa pulak pilih Tie?? Rasa nak pengsan pun ada! Cepat2 Tie packing! Beritahu kakak angkat ada emergency kat rumah.. so kena balik JB! Eeee….macam mana kalau wife dia tahu?? Mau tak mati Tie dikerjakannya! Dah lah derita sakit, hubby dia lak ada hati nak cari lain….dan wife dia tu memang baik betul dengan Tie…malah pernah offer Tie tinggal saja dengan dia. Dasat…dasat…

Walau bagaimanapun… ini bukan bermakna Tie anti lelaki yang ingin berpoligami. (mana boleh bantah hukum tuhan!) Cuma Tie tak bersedia (dan tak mahu pun!!) jadi second wife!! Hu hu…takutnya… Memang masa tu fikiran hanya ingat nak cari kerja…nak hidup berdikari tapi berkahwin?? Huh! jauh sekali……inikan jadi madu!! Mujur tak pitam kat situ!!

Sekarang ni bila difikir2kan, simpati pulak pada exboss tu. Memang dia bertanggungjawab terhadap wifenya…., anak2nya… dan tentu dia perlukan seseorang untuk hiburkan hatinya.(boleh ke Tie hiburkan hatinya…kah kah!! Ish! Teruk betul makcik nih!))

Hmm……….. Kalau dia boleh berlaku adil dan tak abaikan org2 di bawah tanggungannya, tentu lah tak de siapa boleh larang dia beristeri lagi. Tapi wife dia tentu rasa pilu kerana tak mampu membahagiakan hubby dia…… sedih…, kan…Bagaimana agaknya wife dia sekarang. Harap2 dia dah ok. Dan exboss tu…berjayakah dia dapat second wife, macam rupa anak gadisnya tu…hi hi….

At least, dia tak pun cuba main cinta dengan Tie. (tapi Tie tak mudah jatuh cinta laa…lebih2 lagi dia tu 25 years older lak tuh!) Mungkin dia rasa tertekan. Perlukan seseorang untuk menceriakan hidupnya…….Hmmm…..kesian juga, kan……

Eh!! Macam mana pulak entry ni jadi gini ?? Kang tak pasal2 kena pulas telinga oleh isteri2 yang tak puas hati bermadu!! Hu hu hu ……………

P/s: Nantikan kisah kedua (org lain pulak!!)……, entah kenapalah hubby orang suka kat Tie?? (comel sangat ke?? Hi hi…perasan makcik nih!!Kah Kah!! Mesti ada yang mula menyampah!! Padan muka!)

P/ss: Tie pernah tanya pada hubby tentang bermadu ni……..Nak tau apa kata hubby Tie??
Katanya, ” Nak jaga sorang ni pun hanya cukup makan (Tie memang minat makan!) dan cukup masa, inikan pulak nak tambah lagi satu. Alamat mati tengah jalan laa……. asyik berkejar sana sini. Kang baru nak terlelap, yang sorang lagi call, abang ..anak demam! Nanti orang lain sibuk bermain dengan cucu, kita pulak sibuk antar anak masuk tadika…bila pulak nak rehat… Huh!! Baik jaga yang satu nih!! (yg masih comel dan montel!!) Sampai masa..bila anak2 dah besar boleh tunai ibadah yang satu lagi tu, dan kalau ada rezeki lebih boleh gi honeymoon lagi sekali…wink! wink! ” Betul tu!! Tie sokong!! Hi hi……….
p/sss: So, apa yang dapat kita belajar dari pengalaman Tie ini?? Hmm… setelah hidup berumahtangga, Tie mula faham tugas seorang isteri (dan juga suami). Kalau kita seorang isteri tak dapat membahagiakan suami kita, tentu suami kita berhak untuk mendapatkan second wife (terpaksalah berkorban perasaan…hu hu…) Sudah tentu ada hikmah disebalik dugaan ini…. Teman2? Apakah pendapat kalian?
Buah-buahan dan masak2 (entry dari blog memory)

Memang dah tak de kerja ni…, Tie pon mula godek2 dlm internet seperti biasa.

Kat atas ni buah Kiwano, atau Cucumis metuliferus . Macam tembikai bertanduk je. Bentuk bom pun ada. Nampak menarik, kan? Ia didapati di Kenya, New Zealand , USA dan pasarannya semakin meluas.

Haa…..mari tengok isinya tu. Macam isi timun, gak. Rasanya macam mana ekk? Menurut penulis sebuah blog http://obsess.com/fruit/kiwano.html , rasanya teruk sekali.

Buah ni sebenarnya ditanam sebagai hiasan saja. Jangka hayatnya agak lama, berbulan2 tau! Bolehlah buat hiasan atas meja tuh! Tapi sekarang golongan cerdik pandai, mula cuba2 untuk memperbaiki rasanya. Mungkin satu hari nanti kita boleh rasa keenakkannya…. hi hi…

Buah apa pulak ni?? Mungkin ramai pernah tengok dlm Flickr.com . Ianya terdapat di Filipina, tak tahu lak ada di negara lain. Buah ni sebenarnya beracun laa. Namanya Solanum Mammosum atau dikenali sebagai buah Mickey Mouse. Ada rupa kepala Mickey Mouse kot!

Namun walaupun beracun, ia mempunyai banyak kegunaan. Dari segi perubatan, buah ini digunakan untuk merawat penyakit asthma, penyakit2 kulit tertentu, masalah hati, pendarahan dan luka2.

Buah ni nampak pelik kan? Macam bantal golek je….hi hi….(ingat tido je..) Biasa dikenali sebagai Sausage Fruit dan nama sainsnya ialah Kigelia pinnata. Kigelia ni berasal dari Afrika selatan. Selalu di dapati di tepi2 sungai. Malangnya buah ni tak boleh dimakan. Nama je sausage!!.

Tetapi, bijinya boleh dimakan jika di panggang. Yang mentah tu toksah la makan, beracun! Biasa perubatan traditional Afrika mengguna pokok sausage ni utk merawat masalah kulit , sakit gigi, pneumonia, diabetes dll. Wanita2 Tonga dr lembah Xambezi guna buah ni utk mencantikkan kulit. Tak sangka lak mereka ni minat jugak, kan? Orang pompuan…kat mana2 pun nak cantik gak!! Hi hi……

Akhir sekali ni buah cempedak. Memang semua orang kenal. Tapi Tie ni sekarang teringin sangat nak makan. Macam orang mengidam pulak!! Tie minat betul cempedak nih! Payah nak cari laa. Sekarang ni bukan musimnya, kot. Kalau ada pun Tie tak pandai nak pilih. Selalu terpilih yang kurang manis atau kurang sedap. Hu hu…. tengok gambar je laa…. bila agaknya dapat rasa cempedak goreng, ekk?? Ada sapa2 nak sedekah ke??
>
>
>
>
Hmmm….atas permintaan ramai (mcm betul je…hi hi…) di bawah ni Tie sediakan 2 hidangan lauk untuk dimakan dengan nasi panas.

Daging rusa ni masak black pepper. Paling mudah je, guna sos black pepper tu. Tumis bawang putih (tie suka bubuh byk2 …lepas tu sental lah gigi tu lama2…hi hi..) dan hirisan bawang besar. Daging yang dah direbus dengan halia tu dihiris supaya mudah nak makan.
Bila dah wangi bau bawang tu masukkan hirisan daging, sos black pepper, sedikit kicap dan sos tomato (nak balancekan rasanya..) Bubuh sikit garam lak. Tomato dan sawi tu tie tambah sebagai accesories je..Ikutlah …kalau nak pedas letak cili padi.
Hmm..yang ini ayam kicap berempah… Hu hu..kicap dah nak abis, so tak nampak hitam pulak!Ayam tu dipotong kecil, perap kejap dengan rempah kari, kunyit dan sikit serbuk red pepper. Lepas tu goreng tapi jgn garing sangat. Hubby tie tak leh makan keras..gigi dah haus….hi hi…
Kemudian tumis bawang dan kaum kerabatnya. Masukkan ayam tadi, kacau, bubuh kicap secukup rasa.. oh lupa lak. Guna kicap manis. Kalau tak de, tambah gula sikit. Budak2 suka makan ni..

Baby corn tu tie tak perasan pulak potong kasar2..hi hi.. Tie punya tu..suka ratah je.. last2 tinggal beberapa ketul je kat kuali tuh!! kah kah!! Sayur2 lain boleh tambah ikut suka. Tie memang suka masukkan sayur dlm lauk ni.. Tak payah masak sayur lain.. Memang makcik ni lazy…hi hi..

Categories: Uncategorized Tags: , ,
  1. April 17, 2009 at 4:30 pm

    Isu panas ni..hihihi…jujur saya rasa saya ni jenis org yg tak suka bermadu ni…iman tak kuat…kan byk dpt dosa…tapi kalau dah terpaksa…sbb2 yg memang patut..cth sakit ke…tak tahulah…
    bila tanya kat hubby pasal ni dia selalu ckp..jgn ditanya pasal ni kat lelaki kerana biasanya lelaki tak menolak kalau mampu..hish…tapi buat masa ni dia takde niat lagi hihihi…lega juga tu…
    tapi bak kata kak tie…kita tak blh menolak hukum Allah…ada kebaikannya tu…

    pasal cerita kak tie yg pertama tu…mungkin boss kak tie tu dah tanya wife dia kot…kak tie tak selidik ke?…ntah2 nanti yg dtg minang tu isteri dia…hihihi…

    • Tie
      April 17, 2009 at 4:31 pm

      Wah!! Kak tie tabik kat suzi!! Suzi adalah orang yang pertama yg berani komen tentang entry nih! Dah ramai yang dtg baca…..tapi tak berani komen!!

      Memang kalau lelaki tu mampu..dari segi kewangan, masa dan sikapnya…tentu kita tak boleh nafikan haknya. Tentu ada kebaikannya …ada sebab tuhan tetapkan hukum2 tertentu.. (kena fikir positif laa…huhu..)

      Pasal exboss tu..hu hu..kak tie tak terfikir nak tanya. Tak selidik pun. Kalau wife dia yg dtg meminang pun , kak tie dah lari berbatu2! hi hi..takut laa………….

  2. ain
    April 17, 2009 at 4:32 pm

    salam tie….wah..boss tersangkut ngan staff ekh..??? topik hubby nak kawin lain ni topik biasa tp sensitif. Mana2 pempuan tak mau dimadu..may be mulut kata redha..tp sebenarnya pasrah. Org lelaki pulak kalau diberi peluang gtee nak aje..tapi rata2 suami tak sampai hati nak buat mcm tu. Isteri pertama segalanye…Akak pernah tnye hubby nak kawin lain tak..dia ckp nak ajeeee…
    huwaaaaaaaaaaa..!!!!!memang nak kena zassss tut tut dia tauuu!!!!

    • Tie
      April 17, 2009 at 4:35 pm

      Hi hi…kelakar lah ain ni… Tie tak tahan nak ketawa nih! Kah! Kah!…

  3. Tirana
    April 17, 2009 at 4:34 pm

    hehehe..cerita sensasi.. Kalau nak cerita pengalaman kak tirana tentang perkara ni..adehhh..macam-macam cerita tapi biarlah ianya menjadi rahsia peribadi.. Kadang2 situasi jadi tegang..kadang-kadang jadi lucu..kadang-kadang menakutkan.. Apa pun saya tak sanggup melukakan hati perempuan lain

    • Tie
      April 17, 2009 at 4:36 pm

      He he…saja Tie bukak cerita sensasi! Harap2 jgn pulak ada yang masam muka! Hu hu..

      Okay….Tie boleh terima kenyataan Tirana tu….(mcm bagus sangat makcik nih!)

  4. kakchik
    April 17, 2009 at 4:37 pm

    Salam Kak Tie, baru hari ni nampak entri Kak Tie yang ni.

    Jawapn suami kakchik lebih kurang je dengan suami Kak Tie. Hehehe… cuma dia tambah, “kahwin ramai ni esok-esok lambat nak masuk syurga sebab banyak soalan yang Allah akan tanya sebab Allah akan tanya dulu tanggungjawab2 yang suami pikul. Isteri ada berapa? Anak ada berapa? Isteri pertama kamu didik dengan baik tak? Kenapa aurat isteri kedua kamu tak jaga? Bla Bla Bla…”

    Yang dia risau ialah isterinya ni yang masih dirisik orang sebab orang ingat 20an lagi… dan single… hahahaha….

    • Tie
      April 17, 2009 at 4:38 pm

      Kah! Kah!…..suka betul kak tie nih!! Memang seronok dpt hubby yang jeles sket dan bimbangkan wife nya…..Rasa special gitu!! Kih Kih! Kih!!!

  5. cheryna
    April 17, 2009 at 4:39 pm

    kak tie…sha nieh mmg bukan calon yg sesuai sangat nak bg komen bab berpoligami…maklumlah, tak kawen lagi kan. tp kalo dibace2 dr kisah kak tie nieh kan…sha rase ade baiknye ex-boss kak tie tuh sbb die masih lagik berterus terang and tak men2 cinta.

    tp…kalo dah jodoh kan kak tie, kite nak cakap pon susah jugak. ramai org yg berpoligami ade sbb tersendiri. tp mungkin prinsip akan menentukan sama ada kita terima atau tidak org tuh:D

    • Tie
      April 17, 2009 at 4:39 pm

      Sha…sapa2 pun boleh beri pendapat, lebih2 lagi macam sha ni. Kisah ni juga boleh jadi pengajaran, kalau kita tak bersedia utk jadi madu (mcm kak tie tuh!) elok lari cepat2, sebelum cinta berputik (ewah)…bukan apa…hidup berpoligami ni cukup mencabar…lebih2 lagi bila dah beranak pinak nanti. Hanya org2 yang terpilih je yang mampu bersikap adil dan bertolak ansur dlm hidup berumahtangga (berteres tu…)

  6. intan
    April 17, 2009 at 4:40 pm

    Lega, akhirnya boleh komen. Dari tadi dok loading tak habis2.

    Kan dah kata Kak Tie ni cute sgt sampai someone’s hb tergila2 kan Kak Tie.. hehehe.

    Pasal poligami tu mmg kita kena terima, dah hukum begitu. Tapi kalau tanya intan skrg ni jawabnya, No Way!! Esok2 kita tak tahu lagi mcmana… Kena terima qada’ & qadar. Hb intan pernah jawab lebih kurang jwapan yg cik abg Kak Tie bagi tu.

    Nauzubillah.

    • Tie
      April 17, 2009 at 4:42 pm

      Yeah! kena tepuk tangan utk Intan!! Tak pernah putus asa!! Hi hi..

      Kak tie tak cute pun. Comot tu ada laaa.. Mungkin kerana itu ada org nak beki kot! Hi hi…

      Memang semua girls tak suka poligami. Banyak susah dari senang! Kak tie pernah cakap kat hubby.

      Kalau ditakdirkan dia mampu dan mahu ambil sorang lagi wife, kak tie dah berangan nak suruh ‘madu’ tu buat kerja2 rumah…ye laa…nak relax pulak. Mesti ada gunanya, kan?? Takkan nak hidup senang dengan tiba2…hi hi.. Hubby pulak kata…,” Janganlah buat Gitu!! Kesian dia!!” kah kah kah!! Teruk betul makcik nih!!

  7. Ismail N
    April 17, 2009 at 4:41 pm

    Wow, hebat jugak cite ni. Tapi kira ok lah boss tu kalau ajak kawin aje. Skrg ni byk kes sexual harassment kat tempat keje. Lagi bahaya tu. Bagi saya 2nd wife tu tak ada masaalah asalkan yg bermadu tu setuju & gaduh2. Kalau ada konfik, bagus jangan.🙂

    • Tie
      April 17, 2009 at 4:42 pm

      Wah!! Hubby yang pertama datang komen!!

      Hmm…orang lelaki memang tak suka gaduh2, kan. Kita org pompuan pun gitu gak! Nanti naik darah tinggi pulak! Hmmm….kalau betul2 nak ambil 2nd wife tu kena bersikap adil. Tanggungjawab lagi berat.

      Kerana itulah hanya org yang benar2 ‘mampu’ je dibenarkan beristeri lebih dari satu. Kena tabik kat suami2 yang mampu membahagiakan wanita2 terpilih tuh!

  8. kujie
    April 17, 2009 at 4:44 pm

    Tie..saya pun sokong poligami ni, sokong bukan membabi buta…. tetapi itulah hukumnya. Kita kena terima.

    Tetapi lelaki ni, kalau kita tak kisah, tak sgt peduli dia tak pula teringin..agaknya lelaki yg beria-ia sgt nk tambah cawangan tu sbb cabaran..cabaran di tentang..hehehe..lagi teruk dia kena, lagi kuat keinginan dia.

    Suami sy pun ada bercakap… bkn senang nk uruskan satu keluarga …apalagi nk tambah. Orang yang tahu tanggungjawap mmg berat nak tambah cawangan.

    Dia sering bersyukur krn ada isteri boleh membantu dia skrg…ringankan beban dia…jadi dia rasa menghadiahkan ‘madu’ nampak kejam pada seorg isteri.

    Atas sebab kesihatan tentu diizinkan..

    • Tie
      April 17, 2009 at 4:45 pm

      Kujie ada point kat situ! Biasa wife yang terlalu cemburu atau terlalu mengongkong hubby kemungkinan besar akan dapat madu. (setelah meneliti kes2 yang terdekat.) Lagi pun hubby yang makan hati, terlalu pendiam tu lambat laun ada agendanya tersendiri…hi hi..pandailah makcik nih!

      So…kepada isteri2 tersayang, jangan terlalu cemburu atau jadi queen control lak…kesian kat hubby. Dia nak bernafas gak. Tapi ada gak hubby yang mengambil kesempatan atas kebaikan isterinya…macam2 pesen laa…

  9. nrina
    April 17, 2009 at 4:44 pm

    Sebenarnye sayapun penah terjebak cam masalah kak tie nie…ni kira baru keje gak hehe..kira setengah tahun..tak sampai setahun pun…kisahnye…

    masa tu muda ler..pakwe pun jauh..so selalu keseorgan dan sunyi..so tetibe bos kat tempat keje masuk jarum..kita biasalah layan jelah tapi tak ler sampai tahap merepek2..pastu minta no tepon..dah tiap2 mlm tepon lak..alah masa tu pk tak buatpe pun so layan jelah..sekali dia nak serius lak eh..ni cam dah teruk ni..tp lum lagi bertindak bini dia dapat tau huhuhu..itulah saat yg paling tidak dpt dilupakan..bini plak garang mcm singa lapau..bukan ape..tak salah ler dia marah sbb ni dah kali kedua laki dia buat camtu…so ape lagi..kene lah maki hamun free dari bini dia tapi kat tepon je..

    siap dia kata..laki dia dah ler botak..huduh..ada hati nak pompuan cantik..abih tu saya jawablah..sape nak laki akak..dia yg gatal..hehehe…tapi apepun keluarga saya sokong saya…nasib baik diorg faham situasi saya lagipun takkanlah anak dia yg cun ni nak org tua kihkihkih…so baba saya maki dia balik huahuahua..mmg baguslah tindakan baba masa tu sbb saya tak berani pun nak buat camtu…so bini dia terus letak pastuh dah tak tepon2 lagi..

    akhirnye saya ngundur diri dan genti keje…alhamdulillah saya dapat keje yg lebih bagus dari tempat tu..dah ler tandas pun saya kene cuci sendiri..tempat keje baru siap ada cleaner lagi hehehe…

    Itulah cerita yg dah saya ringkaskan…tapi hal kisah pakwe yg dah bertahun2 saya tunggu akhirnye berpisah jugak sbb saya bosan asyik menunggu…tak ke sudahnye menunggu sedangkan dah berbelas pakwe lain datang mengganggu saya tolak bulat2..akhirnye yg terakhir kira dah tahap malas menunggu saya terus terima dan kawin sampailah skrg..hehehe…

    • Tie
      April 17, 2009 at 4:46 pm

      Oooo…..dasat betul pengalaman nrina tu…kak tie baca naik seram. Gitulah nasib gadis2 cun mcm kita, ekk! Hi hi…kah! kah! Tapi kalau kak tie jadi nrina tu, tentu ketar satu badan bila wife dia tepon dan marah2. Rasa jadi keras kat situ jugak! Punyalah takut!

      Macam cerita drama lak kisah nrina ni… Nanti kalau kak tie ada rezeki jadi producer film, bolehlah kak tie ambil nrina jadi heroin, ok?? Hi hi..

      Tu laa…bila wife garang macam singa, hubby lak gatal macam miang keladi…hu hu…takut gak!! Orang gatai ni bahaya…. tangannya macam spider..hu hu…

  10. nrina
    April 17, 2009 at 4:45 pm

    harap2 suami saya tak tergoda dan mengoda org lain…
    tapi kalau ditakdirkan gitu..jgnlah diceraikan saya…
    kesian anak2 tak terjaga nanti sbb saya dah tak bekerja huhuhu…

    • Tie
      April 17, 2009 at 4:46 pm

      Ish…nrina…janganlah sebut kata2 tu… Tie takut laa….

    • maza
      April 17, 2009 at 5:03 pm

      abar nrina…..biasanya isteri yg berpendapat seperti nrina ini terjauh drp menghadapi madunya poligami ini!

      so saya doakan nrina supaya sentiasa berbahagia dan dirahmati Allah SWT. Rasanya sikap itu sudah dekat sangat dgn keredhaan Allah!

      Entahlah….maza sendiri pn tak tau ttg diri maza akan dtg!…uwakkkkkkk

      terharu beb. kalau maza jadi suami nrina dan dengar ungkapan itu, perkhh tak jadi tambah cawangan lain, walaupun dekat negara eropah sana.

      sob, sob!

  11. neeza
    April 17, 2009 at 4:46 pm

    ilmu apa kak Tie pakai ni haaa??? hehehe…

    neeza pun ada experience kena kacau ngan suami orang.. tapi macam mana neeza tak nak suami neeza kena kacau, neeza pun tak suka nak lukakan hati kaum sejenis neeza.. masalahnya kan.. lelaki2 ni.. ada ada saja yang tak kena dengan isteri tu.. tapi bila kita selidik, takdelah teruk sangat pun isteri2 tu..

    tapi kan kak TIe, yang lagi best.. neeza dah kawin pun ada juga suami orang ngada2.. ish ish.. yang tu memang nak kena terajang kan! heheee..

    • maza
      April 17, 2009 at 5:02 pm

      neeza – ayat yg last tu “tapi kan kak TIe, yang lagi best.. neeza dah kawin pun ada juga suami orang ngada2.. ish ish.. yang tu memang nak kena terajang kan! heheee.. ”

      …mcm ayat eksyen jerk! hahahahha …….erk hebat sangat ker?!

      masalahnya manusia baik lelaki atau wanita (termasuklah maza sendiri) acapkali terlupa keindahan yg tersangat indah iaitu BIDADARI dari syurga yg dikhaskan utk org2 mukminin. Lantaran itu kerap pula lupa diri! Hingga terlupa dgn menyamakan manusia yg ada di dunia ada menyerupai bidadari syurga. lalu terhegeh2 hendak mendapatkannya. walhal itu bayangan dan khayalan yg bisa memusnahkan iman dan jalan yang lurus! – lalu bergaduh dan berebut sesama manusia demi hendak mendapatkan ‘manusia’ yg lain! hmmm

      utk lanjutan sila lihat di sini (utk lebih faham maksud maza la….kalau dah faham tak pe derrrr hehehhe ).>>>> http://mazaaida.blog.friendster.com/2008/06/canti

  12. nono
    April 17, 2009 at 4:47 pm

    hurm. untuk berpoligami ni mmg tak pernah nak difikirkan atau didambakan langsung… tak kisah la jadi bini no berapa sekali pun…

    sbg seorang yang pernah terkena penagan lelaki yang tak disangka suami orang ni, honestly rs bersalah gila gila… walaupun isteri dia tu tak tau. Uwaaa… Tolol betul la. Walaupun, mmg kita tak salah. Tak tau nak cakap apa.. Terkejut sangat2.. even until now. Tapi nasib baik jugak la he choose to tell me the truth. Kalau tak naya.

    • Tie
      April 17, 2009 at 4:48 pm

      Hi hi…sabor je laa… satu pengalaman yang berharga kan? Simpanlah ia dalam memori nono. Nono muda lagi, mungkin banyak lagi dugaan dan halangan yang bakal ditempuhi. So…siapkan diri, bekalkan semangat agar bila tiba masanya nanti, nono sudah bersedia (dengan perisai dan pedang…hi hi..).

  13. nono
    April 17, 2009 at 4:47 pm

    ..ahah, setuju dgn kak tie. kita pun anak dara lagi tau. dah tu umur baru 22… dah terkena dengan lelaki yang tak disangka suami orang. baik kita prepare ourselves before unexpected things happen..

    uwaaa… scary bila ingat balik…

  14. maza
    April 17, 2009 at 4:49 pm

    kalau isteri dia terusk sesangat dah lama kena cerai percuma!.ahahahahahh

    • Tie
      April 17, 2009 at 4:53 pm

      Tapi maza…., kalau nak ambil 2nd wife semata2 kerana marahkan 1st wife tu tentu bukan caranya utk selesaikan masalah. Lelaki kan hebat, punya lebih akal. Tentu dia boleh tangani isteri yang degil, queen control atau apa2 laa… sebaik mungkin.

      Lagipun , niayalah 2nd wife tu…kekadang jadi bahan ugutan dan deraan 1st wife yang brutal(bila hubby mereka takde). Isteri dan anak2 ni satu tanggungjawab. Suami kena bentuk dan didiknya . Makin ramai isteri, makin bertambahlah tanggungjawabnya.. lebih2 lagi bila anak2 ramai.

      Namun , jika nak menambah isteri dengan tujuan untuk menolong janda anak ramai, atau yang kematian suami, atau anak gadis dr keluarga susah (dgn harapan dpt bantu keluarga mentua nanti), atau utk perbanyakkan zuriat supaya dapat membentuk anak2 soleh….alangkah mulianya. He he…mcm bagus je makcik nih!

      Hubby Tie pernah cerita ada 3-4 org kawannya yang beisteri 2 dan mereka semua kata, ‘ Kalau tak pandai berbohong, jangan nak berangan pasang lagi satu!” jadi, kena jadi pembohong je?? Kira tak ikhlaslah kerana niat utk beristeri itu bukan kerana Allah, tapi kerana nafsu. Kerana itu rumahtangga tak sebahagia yang dirancangkan. 1st wife makin degil dengan egonya dan 2nd wife merana kerana merasa dirinya tiada hak yang sama… Kesian laa…..(dan siapa yang tanggung dosa??)

  15. maza
    April 17, 2009 at 4:49 pm

    Ahhha…..

    Pasal poligami nie..malas dah maza nak fikirkan……dah penat la

    Bagi maza senang aje……kalau degil2 maza rembat aje buat jadi adik no 2 utk org rumah!

    Hahahaha

    Zalim kan….tapi betul ker zalim…..hmmm kenapa kita perlu jaga hati isteri semata2, walhal hati kita nak dicampak mana pula?
    (ini kes dah geram sesangat lah tu!) hehehehhe

    maza ada membebel pasal ini di dalam thread yang lalu…panjang gak ler…kira-kira boleh berpusing 360 darjah bebola mata hitam tu ler….hehehehe

    tapi kalau nak tau apa komen maza, boleh ler link ke sini http://mazaaida.blog.friendster.com/2008/04/polig

    ……singgah-singgah lah yea!….hehehehhe

    drpd: AKU YG GANAZZZZZ

  16. maksu
    April 17, 2009 at 4:50 pm

    oops! ada plaks kotak komen ni keluar, mmg suka sabotaj eden kot. ahaks…. tie ni sweet ek.

    • Tie
      April 17, 2009 at 4:54 pm

      Laa…maksu ni…mana komennya?? Pintu dah bukak, tapi masih malu2 lagi. Tie nak tahu gak pendapat dan perasaan maksu tentang entry ni… Maksu pun org berpengalaman gak… hi hi….

  17. lochoe
    April 17, 2009 at 4:50 pm

    isu sensitif, sbg jejaka yang belum berkahwin, mcm x berhak je nak komen.. tapi wah ah.. kak tie ada sejarah itam jugak tuh.. ingat ke simple je, bila nak kawin, call hubby.. terus kawin, rupanya naik turun naik turun jugak.. hua hua..

    apa2 pun, tabikla kak tie terus blah, ex-gua dah slamat kawin dgn jejaka tua idaman malaya dia.. rasa2 sbb apa. sbb hartakah.. tapi dia kata, lelaki tua lebih pandai mengayat dan buat gadis2 berharga.. huhu..

    kak tie, x terkena perangkap sbb lelaki tua itu bodoh, x pandai ayat2.. sbb tuh boleh lari, cuba lelaki itu pandai dengan ayat2 manis spt lochoe, nescaya, tergugat la iman kak tie.. hua hua

    • Tie
      April 17, 2009 at 4:55 pm

      Semua orang yang faham tentang kahwin dan tanggungjawab berhak untuk komen. Jangan segan2. Nak tau juga apa yang difikirkan oleh pencinta wanita ni! Sanggupkah atau bolehkah lochoe membahagi kasih antara isteri2 (kalau ada peluang) dan berlaku adil. Oleh kerana lochoe sering dikelilingi gadis2 manis, tentu tiada masalah utk pilih lebih dari satu.. hi hi…

      Kak tie ni dalam golongan degil juga tau!! Kalau yang handsome dan berwang pun kak tie boleh tolak, inikan yang sebaya dengan ayah Tie! Hi hi…tak tergugat punya. Campaklah emas bertongkol2 pun (walau terbeliak mata), kak tie tetap dgn keputusan solid.

      Hubby kak tie sendiri ambil masa 5 tahun utk buat kak tie percaya (dan pinang dia..hi hi….), so kalau jumpa setakat sebulan 2 tu tak jadi masalah…hi hi…

      p/s: Pergilah jumpa lelaki tua tu dan belajar sesuatu darinya..Older men lebih banyak sabarnya, sanggup dan setia menunggu kasihnya menyoping…sebab tu girls suka kot! kah! kah!

  18. chekdee
    April 17, 2009 at 4:51 pm

    cinta datng lagi…… heheheheheh………. takkiralah apa alasannyer ………

    • Tie
      April 17, 2009 at 4:55 pm

      Laa…chekde… ingat pergi mana… lama tak dengar cerita laa… Sibuk dengan kelas ke??

  19. maza
    April 17, 2009 at 4:51 pm

    alamak eiii!!!!

    citer maza kat dlm entry di atas (http://mazaaida.blog.friendster.com/2008/04/polig…)

    erk blh ker dikatitkan dgn entry ini? hmm

    hehehheeh
    yea ampun tuan rumah!

    • Tie
      April 17, 2009 at 4:55 pm

      He he…nanti tie pergi tengok laa……………

      Sebenarnya Tie tak sengaja nak buat entry poligami ni….. Ingat nak cerita pengalaman je… Entah macam mana boleh tersimpang ke situ, ekk!

      Tuan rumah mood baik ari ni. Cuaca sejuk kat sini. Hu hu……..

  20. nazilyn
    April 17, 2009 at 4:52 pm

    Salam…

    pengalaman dingurat ngan boss takder ler…tapi pengalaman melayan karenah suami yang miang ada gak…biasa ler org lelaki ni perasan mude jer… tapi semuanya under control sekarang dah ok…kalau tanya nak berbini lagi …jawapannya sama gak dengan suami kak tie.

    p/s: terfikir ler pulak…kalau si suami yang sakit camner ek….

    • Tie
      April 17, 2009 at 4:56 pm

      Hi hi……biasa orang dah ada wife atau pernah berkahwin ni ada sikit miang, ekk. Hi hi…lucu lak!

      Bab kalau suami sakit tu…hu hu…Tie takut laa. Tie hanya bergantung pada hubby je. Selalu doa, biarlah Tie je yang sakit. Janganlah hubby yang derita. Tie hanya boleh tolong picit je…hu hu.. Nak drive gi klinik tak boleh.

      Hmmm….mungkin boleh buat entry pasal ni pulak!!

  21. nrina
    April 17, 2009 at 4:56 pm

    kak tie..mintak izin copy paste pasal org nak terjun bangunan tu..saya dah upload gambar hehe…

    • Tie
      April 17, 2009 at 4:57 pm

      Laa… sebenarnya pompuan tu pakai kain baju kurung dan bra…bukan kain batik. Pompuan tu sasau sikit. Berita kisahnya ada dlm kosmo dlm internet ni.. Yang kak tie publish tu belum tentu betul…hi hi.. Gi tgk laa…Ada gambarnya sekali..

  22. izzah
    April 17, 2009 at 4:57 pm

    assalamualaikum..salam perkenalan..tajuk entri nie begitu menarik..tertarik..dan memang the bomb!hehehe..tak pe poligami..asalkan cukup semua syarat yang ditetapkan..jgn yang dikejar tak dapat..tg di kendong keciciran…

    • Tie
      April 17, 2009 at 4:57 pm

      Salam izzah. Hi hi ….ada bomb ke?? kah kah!!

      Betul lah izzah, takut yang dikejar tak dapat dan yang dikendong keciciran!!
      Harap2 para suami berhati2, ekk!!

  23. fatrina
    April 17, 2009 at 4:58 pm

    hehehehe…so sweeeett!

    • Tie
      April 17, 2009 at 4:59 pm

      Laa….apa pulak yang sweetnya… ni entry panas tau fatrina!.. Cuba elaborate sikit.. Makciknya selalu blur laa…hu hu…

  24. maza
    April 17, 2009 at 5:00 pm

    Hmm…..meh maza bagi tips ganazzz utk hadapi suami yg sakit kritikal (mcm sakit diabetic ker, atau jantung ker, barah otak ker)….

    1)jika sorg suami mengalami sakit yg terlalu uzur hingga menyusahkan isteri. Jika si suami sudah tidak larat lagi hendak mencari rezeki, tidak mampu melindungi keluarga, menzalimi nafkah zahir dan batin si isteri.

    Maka si isteri boleh mintak fasakh atau cerai khuluk di mahkamah. Hukumnya harus.

    Ini disebabkan ketidak mampuan si suami lagi! Dan si isteri takutkan nusyuz berlaku secara tidak ‘disengaja’ disbbkan bebanan dan tekanan yg dihadapi itu. Lagipun si isteri tidak boleh dibebani dgn masalah yg seumpama itu (nafkah dan perlindungan), kerana beban yg ada pada dirinya sendiri yg fitrah – seperti keuzuran di dlm beribadah; nifas, haid, nafsu, dsbnya cukup sudah tertanggung olehnya.

    Apatah lagi si isteri terpaksa pula menanggung si suami yg terlantar dan anak-anak sendirian. Ini tidak baik untuk isteri, anak-anak, keluarga mahupun si suami sendiri kelak.

    Jika suami menyedari yang dia tidak mampu dan berada dlm keadaan keuzuran kritikal, si suami bolehlah melepaskan si isteri! Si suami mesti sedar, bahawa itu adalah adat manusia – bukan shj bidalan ‘seperti habis madu sepah dibuang’ terpakai, tetapi hal ini lebih berkaitan kezaliman dan penderitaan; tak adil buat isteri!

    2) Namun, semulia-mulia isteri adalah yang solehah dan sentiasa di sisi suami. Baik dan buruk sedia di atasi bersama. Si Suami sama seperti si isteri mengharapkan agar dia tidak disakiti apatah lagi ditinggalkan ketika sedang uzur!

    Isteri solehah adalah isteri yg dapat sentiasa memelihara perbuatan dan tutur cara yg sempurna di hadapan mahupun belakang si suami. Isteri adalah isteri yg tahu bhw syurga juga terletak di bawah kaki si suami.

    Hakikatnya kita sebagai suami isteri saling memerlukan! Tidak sama dgn anak2, bila besar mereka hendak mencari kehidupan sendiri! Seperti kita juga kala muda2 dulu.

    Jadi timbang-timbangkanlah, isteri yg bagaimanakah yang hendak kita jadi!?

    3) bab lelaki di tuduh miang atau gatal…..hahaha setahu maza perempuan yg selalu menghadai masalah gatal nie, terutama di tut*** (mcm2 masalah). Kalau mereka ‘gatal’, perhhh lain macam lak rasanya…..heheheh.

    Jgnlah membuat pandangan stereotype terhadap lelaki. Nantinya memakan diri sendiri.

    Si suami yg mulai gatal atau mencari makan luar ada sebab tersendiri. Ada bermacam sebab dan peristiwanya. Mereka tidak sewanang-wenangnya hendak berkelakuan demikian, untuk meninggalkan isteri yg cun-melecun tanpa sebab musabab!- barangkali disbbkan godaan dr kaum sejenis (tak kira la, hawa atau adam), atau layanan kita, atau keabaian kita, atau kelancangan mulut dan tindakan kita! Ada pelbagai punca!

    Sama juga kalau si isteri mula bertindak ganaz di rumah! Adakalanya di sbbkan dicocok oleh rakan2… yg salahnya juga saper suruh membawa mulut hal suami isteri, jadi membuka peluang org lain mencucuk kita! Adakalanya disebabkan tindakan si suami! Dan macam2 lagi.

    Tidak baik kita saling menyalahkan si suami atau si isteri semata2… lebih baik dari sekarang kita jaga perhubungan ini.

    Dan jgn selalu membuat sangkaan bhw layanan kita sudah sempurna sentiasa. Keyakinan seperti itu lazimnya memakan tuan. Sbb utk menilai perfect atau tidak, bukan diri sendiri. Tetapi org yg menerima servis kita. Justeru lebih baik bertanyakan kpd si suami atau isteri ttg servis yg kita beri itu!

    Kalau kurang manja, kasi dimanjakan lagi. Kalau kurang dayung carilah sensaoil, atau benda yg boleh dikacipkan, mcm kacip fatimah itu!…heheheh

    Alahai membebel lak maza kat sini…..

    hambik ko……heheheh

    Sorry Tie……
    Heheheh, ingatkan rumah sendiri…..ghupanya rumah makcik jiran sebelah rumah awek cun, jalan bukit belacan, Terengganu! heheheheheh

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: