Home > Terkenang > Kawan

Kawan

November 17, 2008 Leave a comment Go to comments
Hi hi….Tie sebenarnya dah tak de cerita. So kena bukak kitab dolu2. Ni cerita zaman lampau. Masa study kat ITM, 20 tahun lepas. Memang lama tu. Tapi rasa macam semalam je…hi hi.. masih perasan muda makcik nih!

[ITM, Shah Alam]

Masa Tie part 4, Tie dapat bilik utk 2 orang, di level 3 asrama chempaka. Bilik no 314. Room mate Tie org klate (org klate lagik!) . Tie panggil dia Kak Wae, tak ingat asal dari daerah mana.

Penampilan Kak Wae ni agak ayu, berjubah dan dia ada groupnya tersendiri. Setiap hari, tak kira siang atau malam, pasti ada gengnya dtg berkunjung. Tie sebenarnya rasa rendah diri, ye laa…kiranya Tie ni macam rock je walaupun bertudung dan berbaju kurung. (memang Tie sentiasa berbaju kurung, tak ada blouse dan long pants !)

Kak Wae ni jenis pemurah. Mungkin dia tahu Tie ni kurang berwang, tiap kali dia ke Kenanga Inn (gelaran warung2 kecil di asrama kenanga) , dia akan belikan Tie sebungkus mee ( atau apa2 saje) . Malu pun ada, tapi sifatnya keibuan. Tie rasa macam budak kecik je. Hi hi…rasa nak manja dengan dia.

Dia selalu ke usrah kat mana2. Jadi dia jarang tidur di bilik kami. Tie pula akan keluar study dengan kawan baik di kelas atau di library setiap kali lepas maghrib. Pukul 10:30 malam baru sampai bilik. Kadang2 ada sebekas nasi goreng atau kuih di atas meja Tie. Rupa2nya Kak wae tinggalkan makanan untuk Tie. Rasa suka sangat dan terus makan. Macam tau je Tie tengah lapar..hihi..

Ada suatu yang Tie belajar dari Kak Wae ni. Oleh kerana dia org klate, dia sering bawa bekalan dr sana seperti dodol, gelembung boya (tak tahu napa namanya gitu ) budu dan keropok. Yang lucunya bila dia nak makan keropok dia akan masaknya dgn caranya tersendiri.

Macam mana ekk? First dia ambil kertas A4 2 keping. Pastu panaskan seterika. Dia akan bubuh beberapa keping keropok, lapikkan antara kertas tu dan gosok dengan seterika. Memang Tie terkejut bila tgk perbuatannya. Tapi keropok tu masak, gak. Cuma taklah mengembang mcm yang digoreng. Kami makan ramai2 sambil suka2. Kelakar betul! Pandai sungguh nak hidup, kan?

Trend memasak ni dah menular ke seluruh asrama. Dah jadi perkara biasa. Kadang2 bila bulan puasa, mereka2 ni siap buat onde2 lagik! Guna heater tu utk mendidihkan air. Onde2 di masak dlm bekas sementara heater direndam. Bersungguh betul mereka ni nak makan onde2 tuh. Pengat pun mereka boleh masak! Entah macam mana rupa heater tu, ekk. (mesti berkerak dek santan!) Siap bagi kat jiran2 bilik, ni……Tapi lepas tu heater jenis tu dah diharamkan. Kes hampir2 berlaku kebakaran kat bilik sapa entah!

Satu lagi Tie belajar dari Kak Wae dan member2 nya ni, hubungan mereka rapat bagai adik beradik. Suka pulak tengok. Sebelum Tie kenal Kak Wae, Tie sebenarnya takut. Sebab pada pandangan luar (bagi Tie lah) mereka ni nampak mengasingkan diri dan suka berada dlm kelompok yang serupa dengan mereka.

Tapi sebenarnya mereka ni mesra sekali. Rasa macam dah kenal lama. Rasa sangat keindahan persahabatan. Antara yang Tie suka, mereka ni selalu buat makan2….hi hi…selalu nak tumpang je… hi hi.. Tiba2 rasa rindu (rindu lagik!) pada Kak Wae, Rosnin, Shana dan Kak Kee. Harapan Tie agar teman2 ni kini bahagia di samping keluarga tersayang.

Categories: Terkenang
  1. Tie
    March 2, 2009 at 11:35 am

    etomyamwah, 20 tahun dulu dah ada advance technology masak guna seterika…..nasib baik x jadi apa2, kalau tak dah tentu ada yg terpapar jadi sejarah UiTM….he he, teringat masa di asrama YPM Bangsar dulu, gian nak makan kerang, kami rebus kerang pakai water heater dalam baldi….. sudahnya satu floor blackout..he heTie • 77pRebus kerang?? Wah wah!…ini sudah lebih!! Mana aci! Kita tak terfikir lak gitu..hi hi..mazaaderkkk …..sakit perut dibuatnya bila membaca posting ko nie lah…….hehehheheanyway it was really brilliant beb…..hehheheBlock IPDelete Post reply» 14 weeks agokujie • 20pItulah Tie..kawan…mcm bukatak kenal kalau tk dibacadah baca belum tentu kita fahamdah faham belum tentu kita ingat..mcm tu la..kita selalu ( kita tu termasuk sy gak Tie ) yg menilai dari pandangan pertamapandangan mata kasar sajekata org..kalau nk kenal musuh kita kena masuk dlm kubu dia..Tie • 77pMacam itu lah orang fikir tentang kita, ekk. Sekali tgk Tie ni mcm sombong je..tak byk cakap, dan tak suka campur dgn orang… Tapi…kalau kenal teman karib tie, mereka tu selalu kata tie ni lucu laa…penakut laa…hi hi…tak tahu laa…nrinahmm…klu lelaki diaorg boleh berkawan sampai ke tua tp klu pompuan ni..lepas kawin je mcm dah tak berkawan..kawan tu kawan tp tak mesra mcm dulu… byk tanggungjawabkan..byk bbenda nak kene pk..buat..hmm…Tie • 77pYe laa….kita org pompuan tak bebas…kawan kak tie ada di kelang, tapi tak leh nak jumpa..sejak grad ..hu hu…dia susah nak ke sini, kak tie lak susah nak ke sana… Nasib baik ada phone. Dengar suara je laaa……EditDelete Post reply» 14 weeks agomuhammadsayyidhaha…susah nya kak tie nak masak2 dalam asrama ek..huhu..dengar gak tyme kakak syd duduk uia dulu kena haram banyak benda…toaster pown kena haramkan..syd lak kat sini (padang) siap ada dapur, periuk belanga, peti sejuk, sampai ke pembuat jus pown ada gak…hehe…silap2 orang salah teka ni rumah famili ke rumah student..hehee~Tie • 77pBestnya sayyid..boleh main masak2 lagi. Tapi kalau dok rumah sewa memang bebas. Tak teruk bila dok asrama. Leceh laa. Tapi tu dulu. Kelakar bila terkenangkannya.EditDelete Post reply» 14 weeks agohashim habeedKalau 20 taun yang lalu aweks aweks cam kak tie mesti pakai Sterika dan juga cerek dan juga yang handle merah tu bawah gegelung cam mohamadsayyid kata Toaster Powm … Alatan yang wajib bagi setiap dorm.Kalau dah black out pandai pandai menjawab kat warden ye…Tie • 77pHaa…Tie cuba google cari gambar nak tunjuk heater tu laa. Tapi tak jumpa. Memang tak de lagi kot. Alatan wajib! Betul kata hashim! Bila black out…buat tak tahu je..hi hi…Muka memang dah innocent!! kah! kah!hashim habeedKalau lupe tutup heater tu… Alamak rentung Baldi air kawan… Dah lah blackout campak je badli tu kat ke kuar dari tingkat takut jadi bahan bukti he he he.shaiskenangan lama dengan kawan-kawan, rasa macam nak balik ke zaman tu balik….hihihih…seronok dengar cerita kaktie.Tie • 77pHu hu…memang rasa nak betulkan timer…. nak gi study lagi..seronok laa. Cuma ingat nak study je dan suka2 dgn kawan. Tak de tanggungjawab berat. Jaga diri sendiri je………suzizaman belajarlah zaman paling seronok …dulu saya selalu masak masa duk uni tapi pakai rice cooker…Tie • 77pHi hi…memang suka sangat main masak2! Tapi sekarang dah ada dapur cukup lengkap, rasa malas lak…Uncle LeeHello Tie, Wow, chantek building tu.Saya ada sekali dulu 1980 tinggal di Shah Alam, tetapi enam bulan only dapat kena transfer ke Johore, sebelum tu Subang Jaya.Saya ada kawan sekarang tinggal Shah Alam and told me it has changed a lot.Dulu ta’banyak rumah. Ya la, saya balek KL 2002 ta’boleh recognise Bandar atau mana mana, ha ha.You have a nice day Tie, best regards, Lee.Tie • 77pSekarang Shah Alam dah maju uncle. Bangunan tempat tie study dulu pun dah bertambah. Tie sendiri pun boleh sesat. Bila nak balik Malaysia??zinomasa student memang banyak kenangan.. heheBlock IPDelete Post reply» 14 weeks ago+1 Vote up Vote downTie • 77pKenangan pahit dan manis sentiasa terpahat di hati…….. :-)intanRindu pulak dah lama x jenguk blog Kak Tie ni (w/pun baru 2 hari!). Kalau rindu kat S.Alam, dtg lah. Rumah intan ni 5 minit je ke UITM tu. Intan pun terkejut baca cara masak keropok tu, mungkin jadi sebesar keropok segera kot..hihi.Lagi satu, nak komen pasal entri sebelum ni. Masa balik kg raya hari tu, dlm perjalanan kat kg mana ntah, anak intan yg kecik tu nampak kambing tapi dia kata anjing. Alahai… nak ketawa pun ada, kesian pun ada… Cuti ni nak kena bawak jln2 kat zoo kot, hari tu pegi dia kecik lagi.:)Tie • 77pHi hi…boleh geng dgn anak2 kak tie masa kecik!! Anjing dgn kambing selalunya nampak sama je…. Kak tie pun kekadang terkeliru..tapi tak ngaku!Rumah intan kat situ?? Wah…tasik tu ada lagi ke? Kak tie dulu selalu lepak2 bagi makan ikan, bawak roti dari dining hall sebeban. Ada gak 2@3 boys dtg kacau (kita jual mahal!..hi hi…) tapi suka gak…kenangan manis laa….TieTie nak balik kampung kejap lagi. So tak boleh nak jenjalan kat blog kengkawan. Nanti balik , ekk. Tinggallah komen apa2 pun… Tie akan reply… Ok…happy holiday!!TiranaSeronok kan Tie bila kenang balik zaman dolu2.. Saya baru jumpa semula kawan satu kelas selepas 26 tahun tak jumpa.. Masing2 terkejut tengok perubahan diri..hahahaha..Tie • 77pBestnya dpt jumpa kawan lama. Tapi Tie malu nak jumpa pun..kengkawan jauh lebih maju..Tie ni jadi makcik je..hu hu.. Makcik gemok lak tuh!! hu hu…….kakchikSalam Kak Tie,Pengalaman kita ada banyak persamaanlah. Seronok sesekali teringat nostalgia zaman muda belia dulu… tapi Kak Wae tu canggih le, ada idea dia gosok keropok macam tu…. terkekeh-kekeh kakchik ni dibuatnya…Tie • 77pHi hi… selalu teringatkan mereka tu. Kak tie rasa bebudak zaman kak tie memang masak kopok mcm tu di asrama. Sekarang ni org lebih mampu, beli yang dah siap masak je…. Masih terbayang2 Kak wae menggosok keropok kat meja study dia…he he..Ismail N20 years ago? So kena panggil Kak Tie la ni sbb saya grad 1 decade later. Saya rasa dulu2 budak2 creative sikit sbb serba kekurangan. Skrg semua sudah ready, so ruang utk creativity tu jadi kurang. Tapi saya langsung x creative masa tu. Maybe sbb bilik saya masa di kampus betul-betul depan gerai makan.Tie • 77pPanggil makcik Tie pun tak ape…hi hi.. mujurlah masih boleh baca dan menaip ni…hu hu …mata ni rabun jauh lak. Tapi ingatan tu tetap kuat. Masih jelas lagi terdengar hilai ketawa teman2 sebilik. Macam2 hal….Memang bila dah susah, tetiba boleh memikir lak cara2 nak hidup. Roti dan telur kat dining hall tu selalu kami rembat, buat sandwich guna sandwitch (betul ke eja ni…) maker anak org kaya…hi hi.. Macam2 benda bubuh dlm tu..kaya, jem, telor, margerin..Nak makan rasa loya , laks!!en_memacam sama jakkks umur akak dengan me yg inih.. ahaks..Tie • 77pHi hi…umor sama, ke?? Boleh genglah kita!!EditDelete Post reply» 14 weeks agomazaTie – “waduh!” Berdetap kuat di hati…….terasa rindu betul lah, terkenangkan zaman budak2 sekolah dolu2…..Ahaks….entry Tie nie memang sajer jer mengenakan maza yg sedang ‘kangan’ (rindu) dgn teman2 belajar dolu2.Dolu2 oleh kerana maza org Johor, maza tak biasa melihat kakak2 yg memakai jubah dan hijab. Di Johor begitu asing sekali pakaian yang satu ini.
    Jadinya maza selalu skeptical dgn wanita berjubah dan berhijab! Pernah tu maza berkata sendirian kemudian diakui oleh beberapa teman yg nakal, “macam ninja turtle lah!” hehehhehe (Jahatkan maza!?)Adalah kakak AI (Akademik Islam) nie yang rajin menegur maza….rajin berborak dan memberi sedikit ‘buah tangan’. (terkenangkan kat akak Thuraya, Sofea, Nik, Norimah, Norema, Sue, Suraini…..dan lain2 – kang list panjang2 kat sini tak cukup dan bagi peluang kat korang nak mengomel lak….heheh, marah lak si Tie..hehehhehe) – lalu menghapus segera telahan buruk itu. (alahai mereka manusia gak kan!?)Walaupun mereka berjubah sakan seperti itu, maza akui mereka ini baik!Mereka ada kualiti yang tersendiri.. Dan maza mesti mengakui yang maza sememangnya amat menghormati orang yang sedemikian rupa! *(walaupun di kalangan manusia itu ada yang berlakon mahupun memburukan penampilan dan keadaan – namun biarlah Tuhan membalasnya dengan balasan setimpal)Ahahaha…….sebak lak di jiwa mengenangkan dia orang nie…..apa khabar lah mereka itu?!~Tie • 77pYa laa… mcm tu lah yang tie rasa pada mulanya. Tengok orang berjubah rasa gerun sebenarnya. Rupa2nya mereka tu sama mcm kita2 nih…. Tie ada kisah lucu tapi tak boleh cerita laa……Takut ada yang tersinggung laks!. Hi hi….ketawa sorang2 je….hi hi….Maza kawan dengan akak berjubah je ke?? Adek berjubah tak kawan ke?? Hi hi….mazaheheh…..adik berjubah pn maza kawan…..tapi ah! seganlah mau citer kat sini…..bukannya romeo..tapi sikit2 tu ada mau gak lerr…..heheheheh(erk! den tak mau mengalah gak!) heehehheheNeezaTerer la Kak Tie ni kan.. dulu2 bukan senang nak masuk U.. ITM tu kira U lah tu.. first time neeza dengar masak keropok guna kertas A4.. hehe.. memang creative betul laaa..kawan Kak Tie tu orang kelantan.. patutlah dapat jodoh pun kelantan.. hehee..Tie • 77pLaa…..Neeza., kak tie ni kira bertuah lah. Result cuma cukup makan (kes terlalu rajin study!), org lain berduyun2 study kat oversea, Kak tie dapat masuk ITM pun bukan main suka lagik!Kat ITM tu ramai student klate. Kak tie pun heran laa. Dulu tak suka org klate, sebab tak faham bahasa klate, tu….lama2 kenal baru boleh baik dgn org klate ni, paling suka, org klate permurah dan tak berkira langsung. Org negeri lain pun sama je.. Tak kenal maka tak cinta…hihi..cendawanintimGORENG KOPOK CENGGITU KAH??KRETIP..KRETIP!Tie • 77pSekali sekala cubalah…biar hubby dan iman tu ternganga terkejut!! hi hi..EditDelete Post reply» 14 weeks agolochoehuhu.. kreatif, inovatif, bervisi kata warden asrama tuh.. hua hua.. wah.. blog baru kak tie.. baru la cantik design ni, tambah2 pulak, kak tie dah guna intense debate.. hua hua.. makin maju lolll… x sangla duduk terengganu pun, berkembang dengan sistem.. (hau hau hua.. )sorry lama x masuk dunia blogg ni..berapa banyak sorry pun nak diucapkan, x guna jugak ek kak tie kan kan?? hehe…. sibuk buat bende lain la kak tie, maklum la, tgh kering dan mencari duit.. sbb nak gi nikah anak orang.. itupun kalau org tu nak.. kalau xnak xpela..Tie • 77pWah! wah! Baru nampak batang hidung!! Ingat dah tak jumpa jalan ke sini!! Kak tie saja try guna benda alah nih!, menjadi lak!!Dah berapa guni RM dapat kumpul?? Nak nikah ngan sapa lak?? Kesian , teruk benar cari pitih sampai tak de masa nak update blog sendiri. Hmmm…nak buat cam na….tulah nasib jadi lelaki, ekk!! Hi hi…. pergi laa…cari duit lagi, kang tak cukup hantarannya, melopong pulak , nanti!! Hi hi……EditDelete Post reply» 14 weeks agosmaelz83 • 75pwah.. menggamit memori indah zaman dahulu kala plak.. hahaTie • 77pBiasa laa…. memang dah kerja makcik ni…asyik merindu je……Mak Sualamak, tak ingat apa nak cakap dah….dari semalam cuba nak masuk ke ruangan komen ni tapi tak dapat… frust menonggeng sob sob sob :(Tie • 77pAlaaa….. maksu, napa pulak maksu susah nak komen ni… Ingat dah okey, ni… Len kali kena jampi2 sket..hihi….Adilahehehe kak tie tak keep in touch dgn diorang?Tie • 77pTak de laa adila. Sedih, kan………..zueh…teringat jugak zaman kat ITM JO..huhuhuu pahit manis semua adaTie • 77pZue exITM, gak ke?? Hi hi…tak sangka, ekk.kutaksempurnagelembung boya tu sedap ke?? ingat kan kuih lidah buaya…Tie • 77pkuih tu manis…macam dodol gak, cuma texturenya kasar sikit.~kirana~kak ttie,baru je enter umah baru kak tie ni.. wow! lbey terang.. hehe.Tie • 77pSelamat datang kirana. Pasang lampu spotlight ni, tu yang nampak terang…hi hi..izankak tie, seronoknya ada yang sayang… tambah mcm sy yg x de kkk / abg. saya dulu2 diaorang ajar makan maggie macam mkn mamie.Tie • 77pIzan, sayang sebagai kawan je laa…. dan suka2. Makan maggie pun ada gak, guna air panas, ada yang bawa ikan bilis goreng dan bawang goreng. Sedapnya…hi hi…AL-BIMA SAKTIsalam,kenangan semalam,sesekali dikekang,seronok jua perasaan…Tie • 77pSalam, kenangan semalam, kenangan indah, tetap terpahatt diingatan, hi hi….nekcunSalam Tie, lam dah cuba nak gebang ngan tie, tapi entah kenapa susah lak nak masuk rumah baru ni…Tie • 77pSekarang ni network slow laa. Tie guna mozilla. Kalau guna explorer lagi lembab. kesian nekcun…..lochoekak tie nampaknya dah menghilang.. erm.. adakah berlaku sesuatu perkata yang tidak disangka..??Tie • 77pHi hi….ada orang rindu ke?? Kak tie gi menyorok dlm gebar laa…… sejuknya……..Adilasy tag kak tie :Dtgk blog sy yekak tie mana menghilang?Tie • 77pAlamak….kena tag?? ingat tak de tag lagi….Kak tie tak hilang laa. Mustahil makcik sebesar ini boleh menghilang. Kak tie balik klate kejab.Adilakekekekeke ooo ade rupanya :DintanLamanya Kak Tie balik kg… Rindulah kat dia. Nanti singgah rumah tau, nak denda Kak Tie sikit..:)Tie • 77pHi hi…tak sangka ada orang rindu…ni balik kelate je…belum pergi holiday kat oversea lagi (berangan lak!). Baru balik sini dah kena denda…hu hu…..nanti kak tie gi rumah intan, ekk..idasalam kak tie….ida dulu duk kolej jati n kolej teratai… part 04 kena kick duk luar… hihihi… sila ambil award di blog ida yerrrrTie • 77pSalam ida…kenapa pulak kena kick dari asrama tu?? Buat salah apa pulak. Maik masak2 , ekk?? Hi hi…Ada award utk kak tie?? Nanti kak tie ambik, ekk.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: