Home > Santai > Sesuatu

Sesuatu

November 11, 2008 Leave a comment Go to comments

Di bawah ini ada sesuatu yang ingin Tie sampaikan. Layan saja, okay…..

Rumah ni memang memeningkan. Tapi itulah yang hendak disampaikan oleh seorang philanthropist dan designer, Daniel Czapiewski. Ketidakstabilan bangunan ini telah sengaja dibina sebagai satu sindiran terhadap era communist Poland yang lampau. Rasa2nya tak sanggup nak masuk ke rumah ni, takut gak!

Nama lembu handsome ni ialah Chilli. Ia adalah lembu tertinggi (besar kemungkinan!) dengan ketinggian 6 kaki 6 inchi. Besar betul, kan…. Agak2 berapa ribu nilainya, ekk?

Wah! Tengok tu…. Gambar hero ni diambil di Borneo. Terkejut gak mat salleh’s bila melihat kerenah mereka ni. Buat pertama kali naturalists melihat orang utan mengguna kayu untuk menangkap ikan.

Mereka ni dah pandai belajar berenang pulak tu. Sebelum ini wildlife experts ingat orang utan ni tidak tahu berenang. Malah mereka ni turut terkejut melihat orang utan2 ni mengambil dahan pokok dan menggunakannya sebagai lembing utk mendapatkan ikan. Sebenarnya orangutan’s ni belajar setelah memerhati aktiviti nelayan2 tempatan di situ. Kira belajar dari pemerhatian, gitu.

Mereka berdua merupakan pasangan aneh yang paling menyayangi. Anak monyet dan burung merpati ini tidak dapat dipisahkan setelah bertemu di sebuah sanctuary di China.

Anak monyet macaque yang berumur 12 minggu ini , telah ditinggalkan ibunya hampir2 mati ketika diselamatkan di Pulau Neilingding,Goangdong Province. Walaupun kesihatannya semakin baik setelah dibawa ke hospital haiwan, dia kelihatan amat berduka sehinggalah dipertemukan dengan seekor merpati putih.

Perhubungan persahabatan yang murni telah membantu macaque ini memulakan kehidupan yang lebih bermakna. Terharu sungguh, kan.

Hmmm….ini sudah kira mengubah ciptaan tuhan. Atau…tak apa ke?? Apa pulak tujuan petani2 tembikai ini , ekk? Mungkin hendakkan sedikit kelainan atau untuk memudahkan peminat2 tembikai memotongnya… Entahlah.

Tapi Tie tahu macam mana mereka buat gitu. Haa…masa buah tu kecil mereka memasukkannya kedalam bekas 4 segi yang boleh laras. Ia akan membesar dalam bekas tu laa. Betul ke? Main agak2 je…..

Ini Robert the Rabbit. Geram lak tengok bulunya yang tebal. Malangnya Robert dah tiada lagi. Lelaki tu Karl Szmolinsky, seorang pembiak rabbit di timur Germany. Entah berapa kilo sayur sehari dia boleh makan, ekk?

Lastly, memperkenalkan seekor kucing istimewa. Memang kucing ni tak lah secomel bangsanya. Rasa kasihan pula. Kenapa Tie kata begitu, ekk? Kerana Tie ada pengalaman itu, rasa tersisih, dan sering diperkatakan oleh ‘teman2’. Tapi ianya dah berlalu, dah belajar menerima hakikat ini.

Tie tak tahu jenis apakah kucing ini, samada ia species lain atau kucing biasa yang tidak sihat. Namun, seperti juga diri kita, kucing istimewa itu juga makhluk tuhan. Ia juga ada perasaan, ingin disayangi dan diberi perhatian. Kerana itu, walau apa pun pandangan kita terhadap sesuatu atau seseorang, kita tidak boleh menilainya sehinggalah kita menilai diri kita sendiri.

Categories: Santai
  1. dnasura
    January 6, 2009 at 5:18 pm

    rase tekejut je tgk kucing tu kak tie..takut pun ade, nampak weird je..huhu

  2. Tie
    January 7, 2009 at 3:20 am

    Dnasura – Itulah kelebihannya…Dia buat orang terkejut! Kak tie pun terkejut gak! Dan kesian..hu hu..

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: