Home > Hantu > Hantu ke?

Hantu ke?

Wah! Sekarang ni heboh pulak cerita hantu, ekk. Sayangnya Tie terlepas dari menonton cerita hantu terbaru di TV3 tu. Tie pernah mengalaminya tapi taklah sehebat dan menakutkan seperti teman kita MAZA nih!. Kalau nak tahu kisah dia berperang dengan hantu, boleh lah baca di SINI.

Oh ya, Tie dah pun baca e-novel terawal seorang teman bernama SUARA. Seronok pulak..kisah yang berkaitan dengan kelip2 atau kunang2. Sesiapa berminat boleh baca di link INI. Saja nak promosi kengkawan. Bukan nak bodek tau! Kalau tak kita sesama kita, siapa lagi, ekk??

Ada satu peristiwa yang memberi kesan kepada Tie sekeluarga ialah ketika tinggal di sebuah quarters kerajaan di JB. Masa tu anak2 masih kecil, iaitu 4 1/2 tahun dan 3 tahun. Dan Tie sedang sarat mengandung anak ketiga.

Rumah berkembar tu, dibina pada zaman jepun lagi. Pembinaannya nampak kukuh. Masih ada lagi tertulis no tel kontraktor pada kotak kayu meter letrik di atas pintu. Hanya ada 3 digit je…

Masa mula2 masuk, Tie nampak ada bekas lubang paku atas setiap pintu rumah. Hubby kata ada orang telah memaku secara bersilang, lalu dia buangnya. Hubby tak ceritakan sebabnya, Tie pun tak tanya. Tapi Tie hairan kenapa hubby sibuk2 panggil sahabatnya, seorang bilal datang bertandang di rumah. Dia kelihatan baca sesuatu dan menabur garam kasar di setiap pintu . (boleh ke buat gitu??)

Selang beberapa bulan, Tie bermimpi. (bukan mimpi hantu laa) Tie mimpi lantai dapur merekah dan kelihatan cahaya kuning terang menyinari seluruh rumah. Tie tak cerita pada hubby, mungkin kerana lupa. Kemudian anak perempuan tie demam panas . Malam tu mula lah satu kejadian yang tak dapat Tie lupakan.

Wani bangun tepat pukul 1 pagi. (Kami 4 beranak tidur dlm satu bilik sebab bilik tu cukup luas, dan juga untuk keselamatan. ) Dia terus menangis dan tangannya menunjuk2 ke sekeliling bilik . Katanya,” Ma…..takut ma….mata besar!!” Keadaan jadi riuh sebab dia tak henti2 berkata ,”mata besar!” Dia peluk Tie kuat2 tapi tetap tengok sekeliling dan menangis. Mujurlah hubby ada, dan Tie tak tahulah surah apa yang Tie baca. Memang huru hara dibuatnya. Lepas beberapa minit, keadaan Wani, reda dan dia terus tidur.

Tapi sejam kemudian , dia bangun lagi dan menangis . Perkara yang sama berulang lagi. Abang Wani pulak terus memujuk adiknya, dan berkata, ” Dek….tembak dia dek!! ” Begitu bersemangat si abang tuh! Si adek terus tembak berkali2 dengan bunyi ,” Beng! Beng Beng!! ” Dalam suasana takut, Tie tak tahan nak ketawa!!
(Wani ketika berusia 3 tahun. Becok betul mulutnya!)
Tiga kali Wani diganggu. Tie pun rasa pelik. Rumah tu seperti ada sesuatu. Ayah Tie pernah bermimpi diserang sekumpulan jin ketika tidur di sana. Setelah ayah baca surah ayat kursi, ketua jin itu menyerah kalah. (dalam mimpi dia lah) Kawan Tie pernah nampak sesuatu keluar masuk bilik ketika dia datang menziarah. Dan dia sempat pesan, jaga solat dan suruh baca surah2 tertentu.

Seorang sahabat hubby dari klate (seorang yang amat dihormati dan berilmu) pernah berkunjung ke rumah. (hairan sebab dia datang secara tiba2) Dia berkata, penghuni rumah tu kurang senang dengan hubby. Katanya (jin tu mengadu kat dia laa ) hubby selalu pergi ke tempat2 yang tidak bersih (sedangkan itulah tugas hubby yakni memantaunya)

Tapi kesemuanya mereka ni berkata, penghuni rumah tu merupakan seekor jin islam. Dan semuanya pesan agar jangan cuai solat. Kata sahabat hubby, jin itu menjaga harta peninggalan kerajaan belanda iaitu emas. Ia hendak memberi emas tu (dah malas nak jaga kot!!) tapi hanya kepada yang betul2 beriman (yang sempurna ibadahnya!) . Emas tu tertanam di bawah rumah tu… Ia akan timbul sedikit demi sedikit bila tiba masanya…Ha!!.. baru teringat, mimpi tie tu sebenarnya ada erti……..hi hi..

Selepas tu, keadaan rumah itu menjadi lebih tenang. Tapi Tie tertanya2, pada siapakah Jin itu akan hadiahkan emasnya……….(kesian kat dia penat jaga beribu2 tahun…mungkin tak larat dah!!) hi hi……….berangan pulak nih! Kalau Tie dapat (memang tak layak pun!) tentu dah kaya raya sekarang……

Hmmm….. ada tak sesiapa pernah melalui pengalaman aneh atau menakutkan ? Jom kita sembang2 pasal antu lak!! Heeeee ….heeeee………….eeeeeeeeeee……….

P/s: Buat pengetahuan semua, hubby dah buat sembahyang hajat, sebelum kami pindah masuk. Rumah tu masih ada lagi…tak tahu siapa pulak yang duduk ketika ini. Tapi , kalau diberi peluang, memang tie takkan duduk situ lagi. Bukan takut, tetapi kerana tak selesa….rumah tu sejuk dan muram je.
Categories: Hantu
  1. fazemy
    December 22, 2008 at 2:42 pm

    Kak Tie apa cite hantu mlm2 ni..eee takutnya. Dulu umh MIL penah kena serang hantu. Bkn serangla…hantu tu panggil2 nama anak buah. time tu saya tak balik kampung. Tapi yang ada mmg dengar la suara tu. DOk panggil2 nama anak buah tu. ANak buah tu nagis2. diorang baca quran dan berjaga sampai subuh. dh subuh hantu tu balik tak dtg2 dah. Rasa diorang anak buah tu time magrib pergi main kat bwh pokok besar tepi rumah..pastu dia kencing kot kat pokok tu. Bdk umo 4 tahun apalah yg dia tahu. tp mlm tu dia jelah yg nmpk smbil tunjuk2 syiling mcm wani jugak. ee seram

  2. izzah
    December 22, 2008 at 2:42 pm

    wah..org pertama ker yang akan mengomen nih..baca tajuk jer dah menakutkan..tengok gambar kat atas pun takut gak..baca citer nie..pun agak meremang la bulu roma..pengalaman izzah masa kat sekolah menengah dulu ada la..tapi bukan lah izzah yang diganggu..pernah jadi satu malam satu blok asrama kena ganggu..sampai di quarantine kawasan blok tu..yang ada kat dalam tak leh keluar,yang kat luar plak tak leh masuk or lalu dekat dengan blok tu..cuma ustaz dan warden jer yang mengawal..masa tu memang takut bila tiba waktu malam..

  3. Tie
    December 23, 2008 at 12:18 am

    Fazemy – Hi hi…cerita ni tak berniat nak menakutkan ….. haha…satu pengalaman je… Tak sangka lak antu tu boleh panggil2 orang, ekk. Biasa setan ni cuma tunjukkan rupa je, atau paling teruk dia mengilai…hi hi..Izzah – Masa kat asrama memang gitu. Kak tie dulu dok itm, selalu dengar cerita kepala dok terbang malam2…hu hu..takut…tutup langsir bila malam…

  4. December 3, 2010 at 10:04 pm

    hahah
    nothing to say
    just bored…………….
    ermmmmmmmmmmmmm

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: