Home > Pengetahuan > Elephantitis (kaki gajah)

Elephantitis (kaki gajah)

Memang sudah lama Tie nak tahu apakah sebenarnya penyakit untut ni. Setelah kisah Puan Shaliza Shahzulkarib terpapar di akhbar, barulah Tie teringat dan cuba google untuk mendapatkan maklumat sebenar. Tetapi sebelum itu Tie ingin menyatakan rasa simpati kepada Puan Shaliza kerana terpaksa menanggungnya begitu lama dan menghadapi cabaran sebagai ibu dan isteri manakala menguruskan rumah dalam kepayahan. Tie kagum dengan pengorbanannya. Moga2 Puan Shaliza dan orang2 yang senasib dengannya dapat sembuh dan kembali sihat seperti biasa.

[Photo]Shaliza Shahzulkarib, 33, yang menghidap penyakit ‘lmphaedema praecox’ atau untut sejak 14 tahun lalu ketika ditemui Kosmo! Ahad di rumahnya di Taman Cheras Idaman]

Kaki Gajah atau Untut adalah disebabkan oleh parasit dan virus bawaan nyamuk Mansonia yang hidup di kawasan berpaya dan air bertakung, sama seperti nyamuk Aedes. Mereka yang mengidap penyakit ini akan mengalami keadaan di mana salah satu, atau kedua-dua kaki akan ´membesar´ akibat lapisan kulit yang tumbuh berlapis-lapis.Jangkitan penyakit ini, yang lebih kerap menyerang lelaki berbanding wanita bermula apabila mangsa digigit nyamuk Mansonia betina, menyebabkan jangkitan cacing mikrofilaria yang menjadi punca penyakit ini.

PUNCA DAN JANGKITAN

Nama saintifik bagi penyakit ini ialah ‘Filariasis Limpatik’. Walaupun jarang berlaku, kerajaan mengkategorikannya sebagai masalah besar untuk negara ini. Kira-kira 6% penduduk negara ini dijangkiti penyakit ini dengan majoritinya adalah mereka yang tinggal di luar bandar. (ramai jugalah tuh!) Keadaan ini terutamanya berlaku di kawasan tepi sungai seperti di Pahang, Terengganu, Perak, Bintulu dan Miri di Sarawak serta Sungai Kinabatangan di Sabah.

Kitaran hidup cacing parasit ini bermula apabila ia memasuki badan manusia, bertelur dan menghasilkan larva.Selain manusia, haiwan seperti monyet dan beberapa jenis primat juga antara perumah yang dikenal pasti boleh menjadi tempat pembiakan cacing ini. Cacing-cacing yang kelihatan seperti benang jahit ini tidak membawa kesan buruk kepada manusia semasa ia hidup kerana jangkitannya bersifat Asimptomatik, justeru ia tidak berjangkit.


Namun begitu, kesan buruknya mula timbul apabila cacing ini mati dan sisa badannya terkumpul di badan perumahnya.Larva mikrofilaria mengambil masa kira-kira sembilan bulan untuk menjadi cacing matang. Selepas setahun, cacing dewasa boleh membiak dan menghasilkan beribu-ribu mikrofilaria lagi. Dalam tempoh ini, mikrofilaria akan tersebar jika individu itu digigit nyamuk.Dalam badan nyamuk, mikrofilaria mengambil masa antara tujuh hingga 21 hari untuk membesar ke peringkat paling berjangkit sebelum dipindahkan ke perumah baru apabila nyamuk menghisap darah mangsa lain.

Apabila sampai ke badan perumah baru, mikrofilaria ini akan masuk ke dalam sistem limfa untuk membiak di sana. Haiwan ini boleh hidup antara enam hingga 10 tahun dalam badan manusia, justeru, kesan jangkitan hanya dirasai apabila cacing dewasa mati.(peliknya…)


KESAN JANGKITAN

Antara tanda jangkitan cacing ini ialah demam dan bengkak kelenjar yang berulang. Bagi kaum wanita pula, mereka mungkin mengalami masalah Anemia, sementara jangkitan pada kanak-kanak juga boleh menyebabkan mereka terencat. Tanda jangkitan yang akut pula ialah keradangan pada kulit, limfa dan salur limfa sebelum berakhir dengan kaki gajah yang kronik.

Bagaimanapun, bukan semua individu yang dijangkiti akan mengalami masalah Untut; ada yang hanya dilanda demam Filariasis. Sama ada seseorang itu akan dijangkiti Untut atau hanya sekadar demam Filariasis sahaja, bergantung kepada daya tahan terhadap penyakit seseorang individu itu.Ia juga bergantung kepada berapa banyak cacing yang mati di dalm badan perumahnya, jika kaki bengkak dan besar, menandakan cacing dewasa yang mati adalah banyak.

Bahagian kaki yang membesar itu sebenarnya disebabkan reaksi sel terhadap sisa badan cacing yang membuatkan ia membahagi dengan cepat dan akhirnya membentuk lapisan sel berlebihan.Akibatnya, kaki kulit akan menjadi berlapis-lapis, tebal dan berlipat sehingga kaki akan kelihatan hodoh. Untut juga bukan penyakit keturunan kerana ia tidak akan menjangkiti anak-anak jika ibu bapa mereka terbukti ada menghidapnya.


ADAKAH ANDA BERISIKO?

Mereka yang berpotensi dijangkiti penyakit ini ialah penduduk kawasan pedalaman yang tinggal berhampiran sungai atau kolam yang kotor, kawasan di mana terdapat banyak tumbuhan keladi bunting serta kawasan aliran airnya adalah perlahan.Turut berisiko ialah kawasan yang tidak mempunyai sistem pembentungan yang sempurna sepeerti kawasan setinggan. Oleh kerana ia sering menyerang penduduk kawasan yang kurang membangun, maka terdapat dakwaan tidak bertanggungjawab yang mengaitkannya sebagai penyakit orang miskin.(tak baik laa..)


RAWATAN

Dahulu, proses diagnosis penyakit ini adalah sukar kerana cacing parasit ini mempunyai sifat yang hanya boleh dikesan pada waktu malam. Bagaimanapun, kini melalui teknologi terkini, kehadiran larva boleh dikesan melalui ujian darah ke atas antigen cacing parasit.Bagi mereka yang sudah dijangkiti penyakit ini, antara ubat-ubat yang biasanya digunakan ialah Diethylcarbamazine (DEC) yang merencatkan perkembangan larva cacing di dalam badan perumah, manakala Albendazole pula khas untuk membunuh cacing dewasa.Melalui rawatan sempurna, ia boleh mengatasi masalah kulit disebabkan reaksi sel terhadap sisa badan cacing, mengurangkan beban jangkitan. (Jadi..masih ada peluang untuk sembuh lah ,ya..)Mencegah adalah lebih baik dari merawat.

Justeru, langkah terbaik adalah untuk menjaga kebersihan kawasan tempat tinggal kita. Eloklah hapuskan tempat pembiakan nyamuk seperti tayar lama, botol, pasu, perangkap semut dan sebagainya. Ramai antara kita yang kini mempunyai landskap berkolam di laman rumah(tie pun nak buat ni) , tapi mesti berhati2 lah , ya. Sekiranya kolam-kolam ini tidak dipantau kebersihannya, kelak ia akan memerangkap pemiliknya apabila menjadi tempat pembiakan nyamuk.


Di kawasan-kawasan kampung pula, kolam-kolam tinggal juga hendaklah kembali diusahakan dengan menternak ikan (Tie dah buat tuh!)daripada dibiarkan sahaja menjadi tempat pembiakan pelbagai nyamuk. (takut gak!)

Harap2 pembaca sekelian dapat
sedikit manfaat dari info ini. Tie cedok dari
Yayasan Dakwah Islamiah. Boleh baca selanjutnya…tie potong sana sini laa…

ooooooooooooooooOOOoooooooooooooooooo

Dari KAKCHIK

Bingkisan ini tie terima dari KAKCHIK. Terima kasih kerana ingat pada tie. Tie telahpun tepek kat slide tu (lama dah). Tiada apa yang boleh tie balas selain dari ucapan terima kasih banyak2, ekk. (skrg ni internet slow…leceh lah)
p/s: Sorry lah…font ni teruk betul. Sekejap rapat, sekejap jarang…susah betul nak baiki..Nampak gaya nak kena pindah rumah nih!!
Categories: Pengetahuan
  1. oso
    June 10, 2009 at 4:33 pm

    salam,
    nak tambah, tentang kaki gajah, ada disebabkan filiarasis, cancer buah dada/ pangkal rahim kerana saluran limph terputus/tersumbat disebabkan pembedahan/kimo. ada juga yang kena desebabkan kecacatan lymph / semakin kecil @ tersumbat. terbaru ada juga baby baru lahir yang dah kena, jadi mungkin genetic!

    oleh itu:
    1. filiarisis
    2. kanser payu dara/pangkal rahim
    3. lymph tersumbat/kecacatan sistem
    4. keturunan???????????

    searh lagi……
    tq

    • Tie
      June 11, 2009 at 9:22 pm

      Terima kasih…….. hehehehe………….

      Tak tahu lak kerana genetik ni…. dapat lagi ilmu sejemput, ekekekeke…….😛

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: